[NGERI],Gunting rambut dengan sabit,silap buat terkoyak kulit kepala

on 14 Ogos 2012

Ngeri!! pertama kali tengok orang gunting rambut guna sabit...
bukan calang-calang orang yang boleh buat begini...
silap buat boleh koyak kulit kepala.....Gunting pakai sabit ini ada di
sebuah kampung di China....










lega rasanya dah siappp......


Gambar-gambar lucu

Kejadian spontan yang dapat menceritakan segalanya..

 Relaks..boss..

 oik!! aku pun kena...

 ada gaya tak??

 yang berani sahaja dapat melakukannya

dan yang ini..roti canai ada di mana-mana...



Bila kasut macam ni nak jual kat Malaysia?








Seminit punya pasal pencuri kereta terselamat

Hanya kerana seminit pencuri kereta ini terselamat..inilah kelemahan undang-undang
ciptaan manusia......

NANTES: Seorang lelaki Perancis berjaya mengelak dibicarakan atas tuduhan mencuri kereta selepas peguamnya membuktikan dia ditahan seminit sebelum menjadi dewasa.

Peguam, Delphine Branquet, memberitahu mahkamah di Nantes, anak guamnya ditahan pada hari dia menyambut hari lahir pada 29 November tahun lalu.


Selepas diselidik, katanya, lelaki terbabit didapati ditahan pada jam 10.49 malam, kurang seminit daripada detik tepat dia dilahirkan 21 tahun lalu, menyebabkan tertuduh tidak layak dibicarakan sebagai seorang dewasa.


“Penahanan itu tidak cukup membuktikan tertuduh adalah seorang lelaki dewasa ketika itu berdasarkan masa dicatatkan pihak berkuasa,” katanya.


Justeru, hakim sebuah mahkamah juvana berpendapat mahkamah tidak layak membicarakan tertuduh kerana dia masih remaja ketika ditahan.


Keputusan itu sekali gus menyelamatkan lelaki terbabit daripada dakwaan mencuri dan memandu kereta tanpa lesen. - AFP

Nak kurus,makan 10kg kentang

Hanya dengan mengamalkan memakan kentang lelaki ini berjaya menurunkan
berat badannya tetapi syarat utama mesti berusaha gigih...


WASHINGTON - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Chris Voigt yang gigih mengamalkan diet memakan ubi kentang selama 60 hari akhirnya berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Diet istimewa itu membawa kesan baik terhadap kesihatan Voigt apabila berat badannya berkurangan dari 89.35kg kepada 79.83kg manakala tahap kolesterolnya berkurangan kepada 69 mata.

Pengurangan berat badan itu mengejutkan doktor yang memeriksanya.

Voigt kini dinasihatkan secara perlahan-lahan mengambil makanan yang lain selepas dia berhenti mengamalkan diet istimewa itu Isnin lalu. - kosmo online

Pertandingan pelik ular dan ikan mesti masih hidup selepas dimasak

Yang ini lebih gila lagi, di salah satu daerah di China mengadakan pertandingan menyajikan daging ular dan ikan dalam keadaan hidup. Kriteria pemenangnya adalah kecepatan penyajian dan pergerakan dari ular serta ikan tersebut. Bila daging ularnya tidak bergerak-gerak maka ia gagal, demikian pula bila daging ikan mulut dan insangnya tidak bergerak-gerak maka ia dianggap gagal.Ikan dan ular yang masih hidup ketika selepas dimasak di kira pemenang....



untuk melihat videonya sila ke..http://www.youtube.com/watch?v=ZYUqfgfpjRw

Senyum yang bernilai US$1.5 Juta

Dia tampil di iklan produk kopi Itali, Lavazza, Julia mendapat bayaran US$ 1,5 juta. Dan di iklan berdurasi 45 saat itu, Julia hanya akan mempamerkan senyum sahaja.

Dalam iklan tersebut, aktris berusia 43 tahun itu tidak akan mengucapkan sepatah kata apa pun. Dia tampil sebagai Venus yang ada di lukisan Sandro Botticelli. Ceritanya, Venus tidak mahu tersenyum jika belum mendapatkan secawan kopi Lavazza.


Wow! Telefon boleh direndam 8 jam tak rosak

Memang lasak betul telefon ini...sesuai untuk mereka yang kerja lasak...


LONDON - Pengeluar barangan pembinaan dan kejuruteraan, JCB, mencipta telefon bimbit paling lasak di dunia dikenali sebagai JCB Toughphone Sitemaster, lapor sebuah akhbar semalam.

Syarikat berkenaan mendakwa gajet itu tidak rosak walaupun ia direndam di dalam air selama lapan jam, tahan cuaca panas pada suhu 75 Celsius dan suhu beku -30 Celsius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Berbeza dengan telefon bimbit pintar iPhone keluaran Apple yang perlu dijaga rapi, ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang.

Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.

JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.

Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak. - Agensi



Jom tengok orang snokerling atas salji

agaknya ada ikan besar kot di bawah salji tu..

[Hebat]Mahasiswa ini buat rumah kecil mesra alam yang boleh bergerak kemana-mana

Daihai Fei, seorang mahasiswa China telah membuat sebuah rumah portable yang mesra alam.Rumah yang berbentuk seperti telur ini punya rangka yang terbuat dari bambu dan kemudian diatasnya dilapisi sebuah karung serta sebuah panel surya di bahagian atas untuk digunakan sumber lelektrik di dalam rumah kecil ini.

Yang menarik disinilah adalah karung yang digunakan dimana berisi serbuk gergaji dan biji rumput dimana kalau rajin menyirami karung yang ada maka rumput akan tumbuh dan secara automatik dan akan menjadi atap yang dipenuhi rumput selain membuat penghijauan sekaligus sebagai lapisan untuk menyerap panas atau sama seperti sistem Atap Hijau (Green Roof)

Di dalam rumah ini hanya terdapat sebuah katil, wastafel kecil, lemari kecil dan sebuah lampu yang menggunakan tenaga dari panel surya.Untuk membuatnya mudah dipindah, jroda di pasang di bahagian bawah untuk memudahkan rumah kecil ini ditarik kemanapun.

Daihai Fei mengatakan bahawa dengan rumah kecil ini, dia boleh jimat banyak kerana sudah tidak perlu lagi membayar bil-bil.









Kolam renang ilusi di Jepun

Kolam renang unik yang dibuat untuk seni. Dalam salah satu halaman Muzeum ada sebuah kolam renang yang dibingkai oleh dek batu gamping. Bila dilihat dari geladak, kolam renang muncul untuk diisi dengan air yang berkilauan.Pada kenyataannya, bagaimanapun, lapisan air hanya sekitar 10 cm yang terletak di atas kaca transparent.




Sup tulang berusia 2,400 Tahun

Liu Daiyun dari Institut Arkeologi Provinsi Shaanxi.

Pasukan arkeologi China telah menemukan satu periuk sup yang dikatakan berusia 2.400 tahun di ibukota kuno Xian. Periuk sup ini ditemukan di pusara yang digali untuk pembangunan perluasan bandar udara setempat.

Isi dari periuk cairan dan tulang. Isi adunan sup itu berada di dalam periuk tanah yang tertutup rapat ini sedang diteliti oleh arkeologi. Apa saja bahan yang digunakan menjadi  penelitian mereka. .

"Ini merupakan penemuan pertama berkait penemuan sup tulang dalam sejarah arkeologi China," kata Liu Daiyun dari Institut Arkeologi Provinsi Shaanxi.

Dikatakannya, penemuan ini akan memainkan peranan penting dalam mempelajari kebiasaan makan dan kebudayaan pada Paska Perang Negara-negara Bahagian (475-221 sebelum Masehi).

Xian pernah menjadi ibukota kuno selama lebih dari 1.100 tahun.Arkeologi juga menggali periuk tanah lain berisi cairan tanpa bau yang dipercayai anggur.

Kain kafan termahal di dunia berjenama BVLGARI






Ini merupakan kain kafan berjenama BVLGARI yang asli dan kain ini hanya dijual kepada orang-orang kaya di Arab Saudi.Walaupun kain kafannya harga beratus-ratus ribu itu belum tentu boleh menjamin kita di alam kubur dan akhirat.Astarghfirullahalazim , sampai begitu sekali pemikiran orang kaya-kaya ini.Sampai nak masuk kubur pun kena pakai kain kafan yang berjenama.....minta dijauhkan kita daripada sifat-sifat begini..


Posman tak nak kirim surat kerana kucing


Posman di Portsmouth menolak memberikan surat melalui pintu rumah kerana takut diserang kucing  pemilik rumah.Pejabat pos menyatakan bahawa Lana, kucing bercorak warna-warni, merupakan ancaman bagi pekerjanya.  Lana mencakar tangan petugas pos ketika dia akan memasukkan surat melalui lubang di pintu rumah.

Petugas pos terpaksa mengetuk pintu hingga pemilik keluar mengambil surat.Namun pemilik kucing, Carl White mengatakan, kucingnya tidak menyerang dan hanya sedang bermain-main.Kini White (36) dan isterinya Carol (26) diminta menjauhkan kucing dari pintu, atau mereka tidak akan menerima surat lagi.

White yang merupakan pegawai pembersih di Pelabuhan Portsmouth mengatakan, dia terkejut mengetahui Lana menjadi ancaman."Kotak surat kami hanya berukuran enam inci dan kucing kami selalu duduk di belakangnya," ujarnya .

Kini pemilik kucing tersebut harus selalu memastikan bahawa kucing mereka tidak lagi duduk di balik pintu dan yang pasti tidak menyerang posman.(link)






Cat causes complaint after attacking postman
Uploaded by itnnews. - News videos hot off the press.

[Hukuman pelik]Yang diperkosa kena rotan,yang memperkosa dibebaskan

PELIK! INI MENUNJUKKAN DUNIA SUDAH TERBALIK.. Pemerkosa(perogol) dibebaskan dan dimaafkan oleh ketua agama sebaliknya mangsa pemerkosaan(rogol) menerima hukuman rotan.  Seorang gadis 16 tahun yang jadi mangsa perkosaan di Bangladesh dihukum cambuk 101 kali kerana hamil akibat perkosaan itu.

Ayah gadis itu juga didenda dan diancam bahawa keluarganya akan diusir dari desa mereka jika dia tidak membayar denda. Menurut para aktivis hak asasi manusia, gadis yang segera dinikahi setelah perkosaan itu diceraikan beberapa minggu kemudian setelah ujian kesihatan menunjukkan bahawa dia hamil.

Gadis malang itu diperkosa seorang lelaki berusia 20 tahun di daerah Brahmanbaria pada April tahun lalu. Harian Daily Star Bangladesh, sebagaimana dikutip Telegraph, Selasa, melaporkan bahawa gadis itu merasa sangat malu setelah diperkosa sehingga tidak berani untuk mengajukan masalahnya.

Kes permerkosaan ini terungkap setelah ia melakukan ujian kehamilan dan ketua agama di desa itu mengeluarkan fatwa yang menyatakan, gadis itu harus di hukum rotan. Pemerkosa (perogol) dimaafkan oleh para ketua agama. Gadis itu mengatakan kepada Daily Star bahawa perogol jahanam itu telah merosakkan hidupnya. “Saya menginginkan keadilan,” kata gadis itu.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved