Nasihat untuk orang bercinta

on 11 Mei 2012


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang bercinta :
  • Janganlah membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum berkahwin
  • Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya.Kelak mungkin 'si dia' bukan jodohmu
  • Jika  kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'
  • Jika engkau menyintainya,binalah asas perkhawinan dengan tidak melanggar syariat -Nya
  • Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkhawin hanya palsu,yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan
  • Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbai untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu
  • Membina keserasian sebelum berkhawin bukanlah dengan cara ber'dating' cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu
  • Jika engkau masih belum bercinta , tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu  ke gerbang perkhawinan 
    • Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH , kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu 
             
    Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang . Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

    sumber :I luv Islam

    Bekas wanita selingkuhan Ryan Giggs ini selamba cuba pakaian dalam walaupun banyak kamera yang mengintainya

    Imogen Thomas, bekas peserta Big Brothers Inggris, terlihat santai mencuba pakaian dalam di sebuah kedai. Bekas wanita selingkuhan Ryan Giggs ini tidak peduli jika sejumlah kamera ikut mengintainya.


    Cacing pembunuh (Mongolion Death Worm)


    Mongolion Death Worm wujud di padang pasir Gobi,ia mempunyai bentuk seperti cacing tetapi dalam saiz yang agak besar seperti ular.Boleh membunuh manusia dengan nafasnya yang beracun.

    Bai Fang Li tukang beca yang pemurah

    Tak perlu menggembar-gemburkan sudah berapa banyak kita menyumbang orang kerana mungkin belum sepadan dengan apa yang sudah dilakukan oleh Bai Fang Li. Kebanyakan daripada kita menyumbang kalau ada wang yang lebih.

    Bai Fang Li berbeza. Ia menjalani hidup sebagai tukang beca. Hidupnya sederhana kerana berapalah sangat pendapatan daripada tukan beca. Namun semangatnya tinggi. Seharian mengayuh becak mencari penumpang yang bersedia menggunakan jasanya. Ia tinggal di rumah sederhana di Tianjin, China.




    Dia hampir tak pernah beli makanan kerana dia mengutip makanan daripa sisa yang di buang. Begitupun pakaiannya. Apakah hasil membecanya tak cukup untuk membeli makanan dan pakaian? Pendapatannya cukup dan mampu membeli makanan serta pakaian. Namun ia lebih memilih menggunakan wang hasil penat lelahnya untuk menyumbang yayasan yatim piatu yang mengasuh 300 anak yang kurang  mampu.



    Bai Fang Li mulai tersentuh untuk menyumbang yayasan itu ketika usianya  74 tahun. Ketika itu dia tak sengaja melihat seorang anak usia 6 tahun yang sedang menawarkan perkhidmatan untuk membantu wanita mengangkat barang di pasar demi untuk mendapat upah.


    Namun yang membuat Bai Fang Li hairann, si anak memungut makanan di tempat sampah untuk makannya. Padahal dia membeli makanan untuk mengisi perutnya. Ketika ia tanya, ternyata si anak tak mahu menggunakan wang itu untuk membeli makan kerana wang itu akan digunakan untuk membeli makan kedua adiknya yang berusia 3 dan 4 tahun .Mereka hidup bertiga bersendirian kerana orang tua mereka entah di mana.

    Bai Fang Li yang berkesempatan menghantar anak itu ke tempat tinggalnya tersentuh. Setelah itu ia membawa ketiga anak itu ke yayasan yatim piatu di mana di sana ada ratusan anak yang diasuh. Sejak itu Bai Fang Li mengikuti cara si anak, tak menggunakan uang hasil mengayuh becanya untuk kehidupan sehari-hari melainkan disumbangkan untuk yayasan yatim piatu tersebut.

    Bai Fang Li mula menyumbang kepada yayasan itu sejak tahun 1986. Ia tak pernah menuntut apa-apa dari yayasan tersebut. Pada tahun 2001 usianya mencapai 91 tahun dan datang ke yayasan .Dia mengatakan kepada pengurus yayasan kalau dia sudah tak sanggup lagi mengayuh beca kerana kesihatannya yang semakin buruk.Sumbangan terakhirnya sebanyak 500 yuan.

    Dengan wang sumbangan terakhir itu, jumlah keseluruhan sumbangya ialah sebanyak 350.000 yuan . Anaknya, Bai Jin Feng, baru tahu kalau selama ini ayahnya menyumbang ke yayasan tersebut. Tahun 2005, Bai Fang Li meninggal setelah terserang sakit kanser paru-paru.


     Melihat semangatnya untuk menyumbang, Bai Fang Li memang orang yang luar biasa. Dia hidup tanpa kenal penat lelah untuk menolong anak-anak yang tak beruntung. Meskipun hidup dari mengayuh beca (jika diukur jarak mengayuh becanya sama dengan 18 kali keliling bumi),dia mempunyai jiwa yang murni untuk melihat orang lain bahagia.

    Apa yang pelik dengan jam ni?

    macam ni macam mana nak tahu pukul berapa?

    Awek ini meninggal dunia setelah pertama kali di cium kekasihnya


    Jemma Benjamin  ini merupakan warga negara England. Dia meninggal dunia beberapa saat setelah bercium dengan kekasihnya untuk pertama kali.

    Jemma yang berumur 18 tahun berciuman dengan kekasihnya yang juga teman kuliah Daniel Ross, 21 tahun, di rumah Daniel setelah pergi keluar bersama.

    Daniel Ross

    Dari hasil diperiksa Jemma meninggal kerana kelainan keadaan jantung yang biasa dikenal sebagai SADS - Sudden Arrhythmic Death syndrome - yang setiap tahunnya membunuh 500 orang di England.

    Daniel yang baru 3 bulan mengenal Jemma, berusaha seboleh mungkin untuk menyelamatkannya sebelum paramedik datang. Daniel mengatakan bahawa dia dan Jemma baru saja pergi ke bar untuk mencari makanan dan minuman namun harus kembali kerumah kerna kad kreditnya tertinggal, setelah sampai dirumah dia dan Jemma berciuman di lorong pintu depan kemudian kedapur dan kembali ke ruang tamu dan duduk disofa, namun tiba-tiba kelopak mata Jemma mulai terkulai dan mulutnya berbuih. Daniel kemudian menelofon 999 dan melakukan CPR yang diajar melalui telefon, namun jemma tidak dapat diselamatkan.

    sumber: http://www.dailymail.co.uk/health/ar...condition.html

    Orang jujur sahaja boleh beli barang di sini


    Sebenarnya sih ini bukan pasar yah kerana penjual disana adalah para petani yang membuka tapak sendiri-sendiri untuk menjual hasil kebunnya yang tersisa.

    Dan kalau dilihat, tidak ada bedanya dengan pasar yang ada di Isini kecuali satu perbezaannya yaitu tidak ada orang yang menjaga untuk lapaknya tersebut.


    Jadi bagaimana transaksinya?  mereka (si penjual) telah mencantumkan harga di setiap barang dagangannya dan apabila ada pembeli yang datang untuk membelinya, si pembeli cukup masukkan wang seharga barang yang dibeli ke tempat yang telah disediakan.

    Dan percaya atau tidak, boleh dibilang hampir tidak ada satupun petani yang rugi kerana berdagang dengan cara sepeti ini. Atau dengan kata lain, semua pembeli selalu membayar apa yang mereka ambil.



    [Amaran] Inilah akibat menggunakan handphone ketika sedang dicharge

    Beberapa hari yang lalu, seorang laki-laki sedang mencharge HP di rumahnya

    Ketika itu, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya saat HP tersebut masih lagi dicharge dan masih bersambung dengan sumber elektrik.Setelah beberapa saat, arus elektrik yang mengalir masuk ke handphonenya telah membuat di terkena kejutan dan lelaki muda tersebut tercampak ke lantai.

    Orangtuanya bergegas datang ke biliknya dan menemukan anaknya pengsan, dengan denyutan jantung yang lemah dan jari terbakar.

    Dia dilarikan ke hospital terdekat, tapi meninggal ketika sampai dihospital.

    sumber : infotemplatez.blogspot.com





    Cafe dengan nama yang paling kreatif






    Jika anda disuruh buang air di toilet ini,anda sanggup?


    Apa tujuan sebenar toilet ini dibina.....


    Al Quran Raksasa Terbuat Dari Kulit Unta Dan Ditulis Dengan Tinta Emas


    Pernahkah Anda melihat Al Quran berukuran raksasa? Jika belum, Anda mungkin boleh singgah ke Solo, Jawa Tengah, yang memiliki sebuah Al Quran berukuran raksasa. Keunikan lain dari kitab suci umat Islam ini adalah bahannya terbuat dari kulit unta dan ditulis dengan tinta emas.

    Al Quran terbesar berukuran panjang 1,5 meter dan lebar 2,5 meter itu tersimpan di Masjid Fatimah. Al Quran ini tebalnya mencapai 20 centimeter dengan berat hampir 200 kilogram. Selain terbuat dari kulit unta, tulisannya pun dibuat dengan tulisan tangan dengan tinta emas. Bahkan, meski sudah berusia ratusan tahun, lembar demi lembar Al Quran ini masih terjaga dengan rapi.

    Selama bulan Ramadan ini banyak masyarakat yang berkunjung ke masjid tersebut untuk melihat Al Quran ini secara langsung. (liputan6.com)

    Gambar..aksi polis smackdown wanita berpakaian seksi

    Seorang petugas Polis Taipei menghadapi pramuniaga mengenakan pakaian mini dan meminta pelanggan. Polisi memperingatkan bahawa dia terlalu seksi berpakaian. Namun pramuniaga tersebut mengabaikannya  , polis menjadi marah. Polis yang beratnya 80kg mengangkat tubuh  wanita tersebut  40 kg, lalu polis mengeluarkan jurus judo dari kakinya dan membanting ke  tanah,wanita tersebut mengalami lebam di seluruh badan. Polis kemudian menangkap wanita tersebut dan membawanya ke balai polis..


    Kekerasan polis terhadap pramuniaga itu tertangkap oleh kamera CCTV . Wanita tersebut marah kerana petugas telah menyakiti dia menggunakan kekuatan yang berlebihan,wanita tersebut mengatakan ke wartawan "Apakah ini anda melindungi dan melayani kami?! Kita semua sama tidak ada yang beda! "



    Polis kelmarin telah menunjukkan bahawa pada pukul 9 pagi, seorang polis meronda menggunakan motosikal ketika dia melelalui sebuah jalan dia melihat seorang wanita berdiri. Polis itu mengatakan bahawa wanita itu mengenakan skrit mini lingerie, dan menghampiri ke kereta untuk mempromosi barang. bahkan berani membongkok di tingkap kereta, memperlihatkan seluar dalamnya ketika berbicara dengan pelanggan. Petugas itu merasa tindakan ini tidak layak dan menuduh wanita tersebut merosak kesusilaan masyarakat,lalu wanita tersebut marah dan mengabaikan teguran polis tersebut.



    Melihat bagaimana wanita itu marah dan mengabaikannya , polis itu memperingatkannya bahawa dia telah menghina seorang polis. Tiba-tiba dia melepaskan semburan kata-kata kotor, yang semuanya terakam sebagai bukti. wanita tersebut kemudian mati-matian tidak mahu ikut polis tersebut.Saya sangat ingin melihat reformasi di negara ini dan ingin melihat negara ini bersih dari wanita-wanita berpakaian seksi begini kata polis itu.

    Odori-don: Sajian Sotong "Menari" yang Mengerikan dari Jepun


    Makanan yang satu ini mungkin nampak mengerikan bagi sebahagian orang, bahkan terlihat tidak ber"perikemanusiaan". Namun, makanan ini benar-benar disajikan di restoran Ikkatei Tabiji di Hokkaido, Jepun..

    "Odori-don" atau "mangkuk nasi dengan sotong yang menari" adalah masakan Jepun yang menyajikan sotong hidup yang telah dipenggal kepalanya dan diletakkan di atas semangkuk nasi sushi bersama potongan atau irisan tipis kepalanya yang terpenggal.

    Awalnya, kepala sotong tersebut terlihat tidak bergerak, tetapi jika dituangkan bumbu kicap khas Jepun di atasnya, maka sotong tersebut akan bergerak seperti sedang "menari".

    Setelah "pertunjukkan" itu, cumi kemudian diangkat dari mangkuk dan dipotong-potong menjadi ukuran kecil untuk kemudian disajikan kembali oleh tukang masak.





    Aksi gay boy cilik yang buat sesak nafas bila korang lihat gambar ini


    Nak kata budak berdua ni gay tak tahulah pulak..pasal dia orang ni masih kecil..
    kesian dari mana dia belajar perkara seburuk ini...boleh rosak masa hadapannya...

    sumber gambar : bestoneoffour.wordpress.com

    Atok 73 tahun buat business jual isteri

    Punya wajah cantik namun miskin. Sementara sejumlah lelaki kaya ingin pasangan muda dan cantik serta seksi. Inilah alasan CEO Hand in Hand, Joseph Weiner, menjalankan business mail-order bride atau menjadi pihak ketiga mencari pasangan bagi sejumlah lelaki  kaya. Weiner membuka bisnesnya di Abu Dhabi untuk lelaki tempatan  dan wanita muda yang cantik dari Republik Czech yang tidak terpengaruh oleh fahaman feminisme. Harga satu kali kontak sekitar 7.000 dirham . Bisnes ini sering disebut jual beli pengantin.


    Calon isteri cantik bagi lelaki kaya 


    Setelah membuka cabangnya di Abu Dhabi, Uni Emirat Arab (UE), Hand in Hand sudah berhasil menikahkan dua pasangan. “Industri ini sudah sangat laris, para lelaki biasanya ingin perempuan muda, cantik, dan seksi. Menemukannya sangat sulit,” kata lelalki berusia 73 tahun ini.


    Dia mengatakan, perempuan Czech memberikan kombinasi antara otak, cantik, dan setia. Bahkan menyebutkan taikun Donald Trump menikah perempuan berasal dari Republik Czech. Sejumlah sumber mengatakan bisnis ini adalah upaya menggabungkan keperluan antara keinginan lelaki yang ingin memiliki isteri cantik dan sperempuan yang ingin keluar dari garis kemiskinan. -ruanghati.com

    Monyet Duduk Manis Ala Model untuk diambil gambar


    Monyet di Longleat Safari dan Adventure Park ini duduk dengan nyaman di cermin sisi dan fotografer Ben James pun dengan senang hati mengambil gambarnya seperti sedang meengambil gamabr seorang model.

    Bezanya seperti dikutip Dailymail, primata ini tak menampilkan senyum lebar melainkan pose serius serupa pada foto Victoria. Bulan lalu, gorilla Afrika Barat Nico merayakan usianya ke-50 dan sayangnya mawar dankek raksasa tak mampu menyenangkannya.

    Fotografer pun berhasil mengabadikan gambar ia sedang melempar bunganya ke lantai setelah melihat kek ulang tahun raksasanya. Menariknya lagi, gorila ini juga memiliki TV di biliknya yang selalu menyala selama 16 jam. Menarik bukan?

    sumber : daily mail

    Dirogol sampai hilang ingatan

    Arab Saudi mencatatkan penderaan amah yang sangat teruk...
    Dalam bulan ini sahaja beberapa orang amah telah didera seperti dipotong bibir..
    Kejadian terbaru ini amah dirogol sampai hilang ingatan.Dia dirogol 
    berulang-ulang kali......
    Mana perginya pemikiran waras Pak Arab ni.....????


    KANDARA, Arab Saudi – Seorang pembantu rumah Indonesia hilang ingatan selepas dia berulang kali diseksa dan dirogol dua majikannya di Arab Saudi, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar Jawa Pos, dia ditemui oleh beberapa amah Indonesia lain dalam keadaan menyedihkan di sebuah jambatan di sini, Jeddah.

    Nasib malang yang menimpa pembantu rumah itu dikenali sebagai Nina berumur dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Karawang, Jawa Barat, diceritakan oleh sekumpulan amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan Kandara kepada seorang wartawan akhbar Jawa Pos.

    Jambatan tersebut menjadi tempat tinggal amah-amah Indonesia yang senasib dengan Nina.

    Menurut seorang amah di jambatan itu, Hani Marsiana, Nina ditemui dua minggu lalu dalam keadaan tidak bermaya dengan tubuhnya mempunyai kesan dipukul.

    Hani berkata, Nina ditemui oleh beberapa amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan dan mereka merawatnya sehingga dia kembali waras tapi masih trauma dengan kejadian menimpanya. 

    Menurutnya, selepas badannya mula bergerak dan mampu duduk, amah-amah Indonesia lain mula bertanya mengenai kisah hidupnya.

    Dia berkata, Nina menceritakan pada mulanya dia diperkosa oleh seorang majikan Arab menyebabkannya meninggalkan majikannya itu.

    Nani kemudiannya diperkosa oleh seorang oleh warga Mesir selepas terpedaya dengan jaminannya untuk membantunya.

    Hani berkata, Nani kemudiannya dibuang oleh warga mesir itu di kawasan Kandara.

    “Nina ini diturunkan dari mobil (kereta) Camry oleh orang Mesir itu,” katanya.

    “Kasihan sekali amah-amah di sini. Mereka tidak (diberi) gaji selama berbulan-bulan, bahkan ada yang diseksa, diperkosa dan dibuang ke jambatan Kandara,” ujar seorang lagi pembantu rumah Indonesia, Rokib. 

    Anak Perempuan 12 Tahun Posting Foto Nakal, Ayah Tuntut Facebook


    Seorang ayah dari Ireland Utara, menyaman Facebook setelah anak perempuannya yang berusia 12 tahun memasang foto-foto nakal dirinya di situs jaringan sosial paling popular di dunia maya.

    Dikutip Digital Trends, , sang ayah mengajukan saman yang isinya mempertanyakan mengapa Facebook membolehkan anak berusia 12 tahun menjadi anggota padahal sesuai dengan aturan bahawa batas minimum umur untuk menjadi anggota adalah 13 tahun.

    "Pendapat peribadi saya adalah Facebook tidak sesuai untuk siapapun yang berada di bawah umur 18 tahun namun pihak perusahaan bahkan tidak boleh memenuhi janji mereka untuk tidak membiarkan anak umur di bawah 13 tahun menjadi anggota," demikian disampaikan penasihat hukum sang ayah, Hilary Carmichael.

    "Seharusnya melakukan pemeriksaan umur, seperti meminta nombor pasport adalah cara simpel bagi Facebook untuk mengimplementasikan aturan tersebut," jelas Carmichael lagi.

    Menurut penasihat hukum, foto anak perempuan berusia 12 tahun itu tergolong masuk kategori eksplisit secara seksual, mengenakan make up tebal, dan berpose . Gadis belia itu bahkan memasukkan informasi di mana ia tinggal dan sekolah tempatnya menuntut ilmu. Kes ini disidangkan di Belfast High Court dengan tuduhan Facebook bersalah kerana teledor. Dalam saman itu juga disebutkan jika perusahaan yang terletak di Palo Alto, California, menciptakan risiko yang boleh membahayakan si gadis tersebut.

    Jika akaun gadis belia itu tak dihapus Facebook maka sang penasihat hukum memastikan akan menggunakan aplikasi untuk menghentikan operasi perusahaan itu di Ireland Utara.

    Bra Selamatkan Nyawa Dua Perempuan


    Bra ternyata tidak hanya berfungsi sebagai penyangga payudara dan penunjang penampilan bagi perempuan tapi juga dapat menyelamatkan nyawa pemakainya. Dua orang perempuan lepas dari maut, berkat bra yang dikenakannya. Meskipun terjadi di dua tempat yang berbeza, namun kedua perempuan tersebut sama-sama terselamatkan dari ancaman peluru.

    Nyawa seorang perempuan asal Detroit yang tidak disebutkan identitinya ini, terselamatkan dari peristiwa penembakan yang dialaminya berkat bra yang dikenakannya. Kejadian penembakan bermula ketika perempuan berusia 57 tahun itu melihat sekumpulan perompak masuk ke dalam rumah tetangganya. Menyedari aksinya ketahuan, salah seorang perompak langsung menembakkan senjatanya ke arah perempuan itu. Peluru yang ditembakan kemudian menembus kaca jendela dan mengenai kawat bra sang perempuan. Meskipun mengalami luka, namun peluru itu tidak menembus tubuhnya.


    "(Bra) itu membuat peluru tidak menembus tubuhnya," kata Philip Cook juru cakap polis Detroit. "Dia menderita luka namun tidak mengancam nyawanya," tambahnya.

    Lain lagi peristiwa yang terjadi di Brazil. Kebiasaan menyimpan wang dalam bra yang dulu biasa dilakukan nenek kita ternyata juga dilakukan seorang perempuan Brazil. Ivonette Pereira, nama perempuan itu, terkena tembakan saat naik sebuah bas di negara bahagian Bahia, Brazil timur-laut. Ia sedang dalam perjalanannya ke Lauro de Freitas, ketika sekumpulan perompak menjadikan bas yang ditumpanginya sebagai sasaran. Aksi perampokan memang sering terjadi di ibukota Bahia, Salvador, itulah alasannya mengapa perempuan berusia 58 tahun itu, menyembunyikan uwang sebanyak 150 real (69 dolar AS) dalam bra yang dipakainya.

    Saat perompakan berlangsung, seorang polis berusaha menghadang aksi tersebut hingga terjadilah tembak menembak. Malangnya, satu peluru tersasar mengenai dada Ivonette. Meskipun ia sempat dibawa kehospital untuk mengeluarkan peluru itu, namun nyawanya selamat kerana bra yang menampung cukup banyak uang itu berhasil menahan sebagian besar impak dari peluru sesat tersebut.


    Kesian..ikan ini ketagihan cokelat


    VIVAnews - Staf aquarium berhasil memulihkan seekor ikan gurame yang ketagihan cokelat dan membuatnya memakan makanan yang lebih sihat bagi ikan sebangsanya. Sebelumnya, gurame yang malang itu selalu diberi makan Kit Kat oleh pemiliknya.

    Awalnya, staf dari Sea Life London Aquarium bingung oleh kelakuan ikan seberat 4 kilogram itu yang menolak untuk makan sampai akhirnya mereka mendapati bahawa ikan itu tidak pernah diberi makan apapun selain cokelat.

    Mereka kemudian memadatkan serpihan Kit Kat ke dalam anggur agar Gary, gurame berukuran panjang 40 centimeter itu mau ‘beristirahat’ dari pola makannya yang biasa.

    “Saya tidak pernah mendengar ikan diberi makan cokelat, apalagi dibesarkan sepenuhnya dengan makanan itu,” kata Rebecca Carter, petugas yang ditugaskan untuk menangani Gary, seperti dikutip dari Sky News.

    Carter menyebutkan, gurame umumnya memakan buah. “Tetapi untungnya Gary tidak nampak mengalami penyakit akibat ketagihan cokelat,” ucapnya. “Akan tetapi, kami tidak merekomendasikan pemilik ikan untuk memberi makan makanan seperti ini,” ucapnya.

    Sayangnya, Gary bukanlah satu-satunya haiwan yang memiliki pola hidup yang aneh diserahkan ke pusat penangkaran hewan itu oleh pemiliknya.

    Di dekat kandang Gary, tinggal Ed, seekor ikan keli yang memutuskan untuk bersikap seperti kucing. Ed hanya mahu makan makanan yang disuapi dengan tangan ke mulutnya dan sambil ditepuk-tepuk kepalanya. Ed juga belajar menyerang ikan lain yang berupaya mencuri makanannya.

    Staf aquarium menyebutkan, pola makan Gary dan Ed yang aneh merupakan masalah yang serius. “Banyak orang yang tidak melakukan penelitian terlebih dulu saat mereka akan memelihara ikan. Akhirnya, mereka tidak mampu merawat mereka dengan baik,” kata Carter.

    ”Kami senang boleh memberikan tempat bagi Gary, tetapi faktanya, kami tidak punya tempat yang cukup luas untuk menampung banyaknya permintaan pemilik haiwan yang ingin menyerahkan peliharaannya,” ucap Carter.

    Gaji Tak Dapat, Tukang Bangunan Tidur di Atap Tanda Protes

    SHAANXI - Seorang tukang bangunan melakukan protes dengan cara yang luar biasa. Dia tidur di atas atap yang belum jadi demi meminta pembayaran upahnya.

    Chen menolak untuk turun dari atap setinggi tujuh tingkat tersebut hingga dia dan rakan-rakannya menerima bayaran.

    Dia mengatakan bahawa dirinya dan 10 temannya yang bekerja membangun gedung di Xi'ian, ibukota Shaanxi, belum menerima bayaran sejak bulan Julai.

    Setelah perbincangan gagal, Chen naik ke atap yang masih belum jadi dan menolak untuk turun, demikian lapor Orange, Selasa (15/11/2011).

    Pegawai kontraktor bangunan tersebut akhirnya muncul dengan membawa wang dan ikut memujuk Chen bersama petugas pemadam kebakaran.

    Akhirnya petugas pemadam kebakaran berhasil menurunkan Chen dengan paksa dan dia langsung dibawa ke hospitaal untuk diperiksa.(rhs)

    [Kejam] Lelaki tinju,pukul dan cekik seorang perempuan

    TRIBUNNEWS.COM - Polis menangkap seorang lelaki yang meninju seorang perempuan dan memasukkan kepala wanita itu kedalam plastik sampah.

    Lelaki dari Long Island, New York, Amerika Syarikat (AS) bernama David Knudson (32), ditangkap berkaitan dengan pembunuhan dan saat bersamaan dia sempat mencekik perempuan berusia 32 tahun di Baldwin. Selain mencekik, dia meninju dan memasang plastik sampah di kepalanya dan kemudian mencekiknya.

    Untunglah sang korban berhasil melarikan diri. Polisi kemudian menjatuhkan tuduhan ke Knudson dengan tindakan penyerangan, mencekik, dan sejumlah kes lainnya. Lelaki berusia 41 tahun ini akan menghadapi dakwaan Tidak jelas apakah dia akan diwakili oleh seorang peguambela.

    Sumber: My Fox New York

    Ni Notebook atau Lamborghini?? Mantap Abissss!



    Spesifikasi Notebook AS*S VX7-SZ049V Lamborghini


    Intel Core i7-740M (1.73 Ghz with Turbo Boost up to 2.93G)
    8 GB DDR3 1066 Mhz ( 2Gx2+4G )
    1 TB - 5400 rpm ( 2 x 500 GB )
    Blue-Ray 8xSuper Multi-Dual Combo(Read only)
    15.6" Full HD Color Shine (LED) res ( 1600x900, 16:9, Glare )
    Nvidia GTX 460M 3 GB DDR5

    Nenek 70 tahun siap sedia lepas keperawanannya untuk pertama kali


    MANCHESTER - Kesibukan kadang dapat membuat orang lupa. Seperti halnya yang terjadi pada Pam Shaw di Inggris, yang mengaku masih perawan hingga usia 70 tahun. Selama ini Pam mengaku terlalu sibuk dengan pekerjaannya.

    Sebagai penyanyi Kabaret, mengatakan, dirinya siap untuk melakukan hubungan seks pertama kali semasa hidupnya di usia 70 tahun. Selama ini dia mengaku terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak punya waktu untuk bersenang-senang dengan lelaki.

    Walaupun pada usia muda dijuluki sebagai penyanyi sensasional, dia tidak pernah memiliki hubungan seks dengan lelaki manapun. Pam berprinsip untuk tidak melakukannya sebelum menikah.

    "Saya tidak pernah benar-benar intim dengan seorang lelaki, hanya sedikit ciuman. Saya punya nama panggung yang seksi dan berpakaian seksi, tapi itu semua hanya untuk karier saya," ujar Pam, seperti dikutip dari The Sun, Kamis (10/5/2012). 

    Wanita yang sekarang hidup seorang diri tanpa orang tuanya itu mengaku saat ini adalah moment yang tepat untuk melepas keperawanan, kerana tidak ada yang mempermasalahkan dan mengkhuatirkan masalah itu. Sejak muda, ibunya selalu mendampinginnya dan mengawasinya dalam beraktiviti.

    "Saat ini saya siap untuk mengambil segala risiko untuk memiliki hubugan dengan lelaki yang tepat. Kriteria pria bagi saya masih sangat tinggi, yakni lelaki yang berbadan tinggi, berkulit gelap dan tampan, serta kaya," tuturnya.

    "Saya tidak pernah merasa terlalu tua untuk apa pun. Saya memang berusia 70 tahun tapi saya berjiwa muda. Saya masih terlihat menarik kerana saya belum pernah menikah atau punya anak," celoteh Pam.
    (faj)

    Budak darjah 6 buat video porno


    MEXICO CITY - Seorang anak laki-laki yang baru menginjak kelas enam sekolah rendah di Mexico tiba-tiba saja membuat gempar negara itu. Bagaimana tidak, anak yang seharusnya masih lugu itu sudah membuat sebuah video porno.

    Juru bicara Kementerian Luar Negeri Mexico, Omar Kantun, pun angkat bicara mengenai masalah ini.

    "Dalam video itu dipertontonkan adegan tiga orang anak laki-laki tengah melakukan perbuatan tidak senonoh. Sepertinya video itu dirakam dengan menggunakan telefon," ujar Omar Kantun seperti dikutipEmirates247 Khamis, (10/5/2012).

    Dugaan sementara video ini dirakam pada saat jam rehat di sebuah ruangan kelas yang kosong. Video itu diduga dirakam pada akhir April lalu.

    "Penyelidikan atas kes ini tengah berlangsung. Sejauh ini belum ada tindakan yang diambil, baik terhadap pihak sekolah atau pun pelaku," tegas Kanton.

    Kantun melanjutkan, salah seorang ibu dari pelaku video mesum itu telah diberitahukan atas insiden ini. Namun, tidak disebutkan lebih lanjut bagaimana reaksinya dalam menyikapi video yang melibatkan anaknya itu.(rhs)-okezone

    Baby Sitter Terancam Dipenjara 30 Tahun kerana Cabuli Anak kecil


    TRIBUNNEWS.COM, NEW JERSEY -Seorang baby sitter terancam 30 tahun penjara, setelah diduga mencabuli seorang anak perempuan berusia lima tahun, dan menyiarkan perbuatannya kepada para pengidap pedofil melalui media Skype.
    Jennifer Mahoney (33), warga Manalapan, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di hadapan hakim Pengadilan AS, Rabu (9/5/2012). Ia telah melakukan eksploitasi seksual terhadap anak, pada dua kesempatan terpisah di rumahnya.
    "Dia tidak percaya apa yang terjadi padanya. Dia marah kepada dirinya sendiri," ujar Herbert Ellis, kuasa hukum Jennifer, seperti dikutip dari Dailymail, Khamis (10/5/2012).
    Dalam nota pembeliannya, Jennifer menilai dirinya layak dihukum 30 tahun penjara akibat perbuatannya. Dia juga sepakat untuk tidak merayu.
    Jennifer telah ditahan oleh pihak berkuasa sejak Disember tahun lalu, setelah jaksa mengantongi barang bukti, yakni tiga video porno yang menampilkan pornografi anak di komputer saksi, Robert Ramos Jr dari Austin, Texas. Jennifer mengaku, dirinya lah yang mengirim video ke Ramos.
    Ramos dalam kes terpisah, telah didakwa kepemilikan pornografi anak, dan eksploitasi seksual anak di bawah umur. (*)

    Biadab, Bayi Nyaris Dikubur Hidup-hidup oleh Ayahnya


    TRIBUNNEWS.COM - Dua orang lelaki ditangkap oleh Polis India, lantaran mencuba mengubur bayi berusia dua bulan hidup-hidup.
    Kedua lelaki itu merupakan, Ayah dan pak cik bayi itu, dimana saat ditangkap mereka berkilah, melakukan hal tersebut lantaran disuruh oleh guru spiritual mereka untuk mengubur bayi demi kesihatan anak berikutnya.
    Menurut polis, rencana gila kedua orang itu terbongkar setelah seorang penjaga kuburan, membuat laporan adanya rencana acara penguburan bagi bayi yang masih hidup.
    "Penjaga kuburan memberitahu kami bahawa sejumlah orang membawa bayi untu dikuburkan, namun bayi itu menangis," kata polisi BK Yadav kepada BBC, Kamis (10/5/2012).
    Saat anggota mereka tiba di lokasi, polis menemukan orang tua Radhika dan pak ciknya telah mengganti kuburan, kata polis. Setelah melakukan pencarian, akhirnya polis berhasil menemukan bayi itu dibungkus kain yang dilengkapi dengan simbol-simbol agama.
    Bayi yang menderita gizi buruk itu kini dilarikan ke rumah sakit Kota Meerut di  Uttar Pradesh yang terletak sekitar 80 km di timur Delhi.untuk menerima perawatan medis
    Polis mengatakan ayah dan pak cik ditahan namun ibu bayi dibebaskan dengan alasan kemanusiaan. Ibu bayi berada di rumah sakit untuk merawat bayinya.
    Polis mencatat kes itu sebagai upaya pembunuhan dan konspirasi.

    Rebombo: Dulu perogol, kini bela hak wanita


    JOHANNESBURG - Dumisani Rebombo bukan seorang pembela wanita yang biasa. Dia sebenarnya seorang yang 'disabitkan' kerana kes rogol dan dua dekad selepas perbuatan kejam itu, dia memohon maaf dan insaf dengan perbuatannya.
    Sebagai suspek muda yang perlu berada di mahkamah, Rebondo bercerita dengan CNN mengenai keganasan luar biasa, dan keazamannya untuk mengubah keadaan ini di negaranya sendiri - Afrika Selatan yang satu ketika dulu terkenal di mata dunia kerana dasar apartheid.
    Dia melakukan perbuatan kejam seawal usianya 15 tahun apabila seorang budak lelaki di Blinkwater mengejeknya kerana tidak mempunyai teman wanita dan mencabar untuk membuktikan kelelakian dengan melakukan hubungan seks.
    “Saya berasa sangat takut ketika itu kerana  sebelum itu tidak melakukan hubungan seks,” kata Rebombo.
    Pada jam 5 petang, dia bertemu rakan-rakannya, minum arak dan mengambil marijuana.
    Dia merogol seorang budak perempuan selepas rakannya membuat demikian dan merasa satu perasaan yang sangat teruk, rasa bersalah yang amat tinggi dan takut jika perkara ini diketahui oleh ibu bapanya. Tidak ada perkataan yang boleh digambarkan bagaimana kejamnya perkara yang dia lakukan.
    Pihak polis di Afrika Selatan berkata, sebanyak 66,196 kejadian rogol berlaku antara 2010 hingga 2011 tetapi ramai yang percaya lebih banyak lagi kejadian berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
    “Perempuan yang saya rogol itu tidak membuat sebarang laporan polis mengenai kejadian tersebut kerana takut berlaku kejadian yang tidak diingini dan tidak memberitahu sesiapa menyebabkan saya tidak berubah,” kata Rebombo.
    Kajian Majlis Penyelidikan menunjukkan 28 peratus lelaki di Afrika Selatan dilaporkan pernah merogol, tiga suku ialah perogol kali pertama adalah seperti Rebombo.
    Tahun demi tahun berlalu.  Rebombo menyertai organisasi kesaksamaan jantina. Hanya pada masa itu dia mula berfikir semula mengenai nasib perempuan yang pernah dirogolnya dan merasakan perlu bertindak sesuatu untuk membetulkan kesilapan lampau.
    Dia mencari kembali perempuan itu lalu merancang satu pertemuan di klinik dan meminta maaf dan menyesali segala perbuatannya terhadap perempuan tersebut.
    Perempuan itu juga menceritakan hidupnya berubah selepas kejadian malang tersebut. Dan, walaupun sudah berkahwin, kadangkala dia menangis apabila disentuh suami sendiri kerana trauma dengan apa yang pernah Rebombo lakukan.
    “Saya rasa bersalah dan sangat malu dengan perbuatan diri saya sendiri apabila perempuan tersebut hidup dalam penderitaan,” kata Rebombo yang telah mendirikan rumah tangga. Dia kini tinggal di Mpupalanga, berhampiran bandar raya Durban.
    Dia kini berkhidmat sebagai pengurusan kebangsaan bagi projek "One Man Can" kendalian Sonke Gendera Justice Network. Projek ini menggalakkan hubungan sihat antara kaum lelaki dan wanita.
    Katanya lagi, dia cuba mengubah cara pemikiran manusia supaya lebih menghormati kaum wanita dan tindakan kejam seperti merogol mesti dihentikan dan sesiapa yang mengetahui kejadian ini mesti melakukan sesuatu, bukanlah berdiam diri.

    * Sedutan daripada artikel dibawa CNN
    sumber : sinar harian

    Budak lapan tahun pandu BMW


    BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.
    Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.
    Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.
    Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).
    Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Vidal Sassoon mati sakit tua


    LOS ANGELES: Pelopor pendandan rambut selebriti, Vidal Sassoon, disahkan mati di rumahnya di California, kata Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), semalam. Sassoon berusia 84 tahun.
    Jurucakap polis LAPD berkata, mereka diminta pergi ke rumah Sassoon di Mulholland Drive, Hollywood, dan mendapati pereka fesyen rambut itu meninggal dunia akibat faktor semula jadi.

    Katanya, ahli keluarga Sassoon ada bersamanya ketika dia menghembus nafas terakhirnya.


    Digelar “pengasas fesyen rambut” oleh sesetengah pihak, Sassoon melancarkan rangkaian salun sendiri sejurus selepas membuka kedai pertamanya di London pada 1954.

    Dibesarkan di England, akhbar LA Times melaporkan, Sassoon menghidap leukemia tetapi butiran lanjut mengenai kematiannya belum dikeluarkan. - AFP



    sumber : myMetro

    Lelaki ‘import’ 49 haiwan eksotik untuk dimakan


    MUNICH: Seorang lelaki Jerman ditahan pegawai kastam di Lapangan Terbang Munich apabila didapati membawa 49 haiwan eksotik hidup, kata pihak berkuasa semalam.
    Menurut jurucakap kastam, lelaki berusia 28 tahun itu baru pulang dari Oman membawa sejumlah beg.

    Katanya, lelaki terbabit berjalan di “laluan hijau” tetapi ditahan pihak berkuasa untuk pemeriksaan.


    Apabila diperiksa, dia didapati membawa hampir 50 haiwan, termasuk 31 cicak ekor berduri dan 18 reptilia lain seperti gecko atau tokek dan cicak.

    “Lelaki itu tidak mengisytiharkan kandungan bagasinya kerana menganggap haiwan berkenaan sebagai makanan,” katanya.


    Malah, kata jurucakap itu, lelaki terbabit juga mahu menggigit kepala satu daripada haiwan berkenaan di depan pegawai kastam untuk meyakinkan mereka.



    Pegawai kastam kemudian merampas haiwan berkenaan dan lelaki terbabit mungkin didenda sekurang-kurangnya 1,000 euro (RM3,977). - AFP


    sumber : myMetro

    Pengajaran untuk pemandu bahaya


    WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.
    Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.

    Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.


    Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.

    Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.


    Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.



    “Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.

    Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.


    “Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.

    Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.


    Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.


    “Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya. - DM



    sumber : myMetro

    Sultan Johor perjelas isu


    JOHOR BAHRU: “Apa yang dilaporkan dalam media asing itu tidak benar kerana perbuatan mereka (ekspatriat) yang mabuk pada hari itu, melakukan kekacauan terhadap pelancong lain, termasuk menceroboh bot peribadi dan berkelakuan biadab terhadap pengawal peribadi adalah punca sebenar (kejadian),” begitu titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pelangi, semalam.
    Baginda bertitah demikian bagi menerangkan kejadian sebenar membabitkan empat ekspatriat warga asing yang cedera ditumbuk pengawal peribadi kerabat ketika mereka bercuti di Pulau Rawa, dekat Mersing, Jumaat minggu lalu. Terdahulu, baginda berkenan menemui wartawan bagi menerangkan perkembangan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula Ahad ini.

    Minggu lalu, akhbar The Straits Times Singapura melaporkan empat ekspatriat warga asing cedera ditumbuk pengawal peribadi kerabat diraja dengan seorang lelaki Britain berusia 28 tahun cedera manakala rakannya warga Jerman mengalami pendarahan otak. Pada masa sama, baginda menasihatkan pelancong asing yang mengunjungi negeri ini supaya menikmati percutian mereka tanpa melakukan sebarang kekecohan atau kekacauan hingga melanggar undang-undang.


    Baginda bertitah, pelancong asing dialu-alukan bercuti dan menghayati keindahan alam negeri ini, tetapi perlu menghormati budaya setempat, menjaga perlakuan dan menghormati undang-undang sedia ada.

    “Saya minta tidak ada pihak memperbesarkan cerita ini. Jika diambil kira, mereka (pelancong asing) boleh dikenakan tindakan undang-undang, tetapi pada hari kejadian saya hanya minta mereka pulang. “Saya maafkan mereka dan lupakan perkara ini serta mengalu-alukan kedatangan mereka untuk menikmati percutian, tetapi jaga perlakuan dan jangan menimbulkan kekacauan dan melanggar undang-undang,” titahnya.


    Berikutan kejadian itu, pelancong warga Jerman terbabit terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebelum dipindahkan ke wad biasa di sebuah hospital di Singapura, kelmarin. Difahamkan, kejadian itu dikatakan berlaku ketika empat ekspatriat itu sedang makan malam sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka dan rombongan diraja.



    Sultan Ibrahim bertitah, pada hari kejadian, baginda sudah berangkat pulang selepas menghadiri program menyelam di pulau berkenaan.

    “Di negeri ini banyak pulau yang cantik dan indah serta terkenal dalam kalangan pelancong. Janganlah hanya disebabkan satu dua antara mereka yang tidak menjaga perangai, pelancong yang berada di negeri ini gambarkan tidak selamat. “Malah, pada hari kejadian, doktor peribadi istana turut merawat mereka yang cedera akibat terpijak terumbu karang,” titah baginda.




    sumber : myMetro

    Dicerai lepas ‘kantoi’ SMS cinta pada anak


    PETALING JAYA: Hati isteri mana yang tidak remuk apabila mendapati suami kedua yang dikahwini enam tahun lalu mencintai anak tiri berusia 10 tahun.
    Lebih malang, ketika mahu mendapatkan penjelasan, wanita itu dibelasah dan diceraikan dalam kejadian di kediaman mereka di Sungai Buloh, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, wanita terbabit yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai pembantu klinik swasta mendakwa cedera di kepala selepas dihentak suaminya sebelum diceraikan talak satu ketika mereka bertengkar mengenai hal berkenaan.


    Menurut sumber, wanita berkenaan terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ayat cinta yang dihantar suaminya dalam telefon bimbit anak perempuan berusia 10 tahun hasil perkahwinan pertama.

    “Mangsa yang curiga dengan kandungan SMS berkenaan kemudian cuba memeriksa telefon bimbit suaminya itu untuk mendapatkan kepastian ketika lelaki itu mandi. “Malangnya, telefon bimbit suaminya itu tidak dapat diaktifkan kerana kata laluannya dikunci,” katanya.


    Sumber berkata, sebaik suaminya keluar dari bilik air, mangsa terus bertanyakan soalan bertubi-tubi mengenai luahan cinta kepada anaknya menerusi SMS itu.



    “Tindakan mangsa mengundang kemarahan sebelum suaminya memaki hamun mangsa sebelum mengemas pakaiannya dan menghentak kepala serta tengkuk mangsa lalu melafazkan cerai talak satu,” katanya.

    Katanya, lelaki terbabit memadam semua SMS menyebabkan mangsa yang tidak berpuas hati serta bimbang dengan keselamatan anak membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian malang menimpa wanita itu.


    sumber : myMetro

    Lempar nota cemas untuk selamatkan ibu


    KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menulis nota “tolong selamatkan ibu, kami di W1310” dan melontarnya dari tingkat 13 sebuah kondominium di Batu Kawa, di sini, bagi mendapatkan pertolongan selepas ibunya dibelasah bapanya sehingga tidak sedarkan diri, malam kelmarin.
    Nyata usaha itu tidak sia-sia, apabila nota berkenaan ditemui seorang penghuni kondominium sama yang kebetulan melalui blok pangsapuri itu, biarpun agak lewat iaitu kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas 14 jam ia ditulis.

    Wanita mahu dikenali sebagai Mei, 40, berkata, dia menemui nota berkenaan di kaki lima berhampiran pintu utama blok itu dan membuang kertas itu ke dalam tong sampah berhampiran selepas membacanya.


    “Saya sempat membaca nota di atas kertas itu, tetapi agak ragu dengan kesahihannya sebelum membuangnya ke dalam tong sampah dan pulang ke rumah.

    “Namun, saya berasa tidak sedap hati sebelum kembali semula ke tong sampah tadi untuk mengambil kertas itu dan pergi ke rumah yang dinyatakan.


    “Saya menekan loceng beberapa kali sebelum seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan trauma sedang menangis membuka pintu, saya lihat seorang wanita terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu dengan kesan lebam di muka dan kepala,” katanya ketika ditemui Harian Metro.



    Mei berkata, terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

    Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa seorang warga Indonesia dikenali sebagai Juliani, berusia 26 tahun, seorang suri rumah dipukul suaminya menggunakan kayu golf dan tali pinggang sehingga tidak sedarkan diri.


    Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 10 malam kelmarin, apabila suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja.

    “Berdasarkan keterangan mangsa, dia kerap dipukul suaminya, tetapi kejadian kelmarin paling teruk sehingga mangsa tidak sedarkan diri kerana mendakwa suaminya memukul dan menendangnya tanpa belas kasihan.


    “Suspek seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.


    “Mangsa yang sudah sedar masih dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.


    Roslan berkata, pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada Konsul Indonesia dan kes disiasat mengikut bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan.



    sumber : myMetro

    Pengakuan wanita rakam ibu belasah bayi


    KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”
    Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
    Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

    Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.



    “Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.



    sumber : myMetro

    Nyaris rentung masak pau


    ALOR SETAR: Seorang wanita yang sibuk menyiapkan kuih pau dan dim sum untuk jualan, nyaris rentung dalam kebakaran di rumahnya di Taman Saga, Alor Mengkudu, dekat sini, semalam.
    Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa, Chuan Ching Yeed, 50, menyedari kepulan asap dari bahagian belakang rumahnya menyebabkan dia keluar menyelamatkan diri sehelai sepinggang.

    “Saya tak sempat selamatkan apa-apa barang kecuali telefon bimbit dan menghubungi suami yang ketika itu mempunyai urusan di luar.


    “Saya tak pasti bahagian mana mula terbakar, tetapi saya nampak pada mulanya di bahagian tengah namun bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri walaupun semua perabot terbakar,” katanya di sini, semalam.

    Chuan berkata, hanya dia dan suaminya, Chong Chee Keong, 54, tinggal di rumah itu sejak 10 tahun lalu, manakala tiga anak mereka masing-masing tinggal berjauhan selepas berkahwin.


    Mangsa menganggarkan kerugian dialaminya RM100,000 berikutan banyak barangan dalam rumahnya musnah dijilat api. Sementara itu, Ketua Balai Bomba Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Faizal Zainol Halim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 11.30 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dari balai itu bergegas ke lokasi sebelum tiba enam minit kemudian.



    Beliau berkata, pihaknya turut meminta bantuan anggota Balai Bomba Alor Setar yang disertai lapan orang dengan dua jentera dan 30 anggota bomba sukarela untuk membantu memadamkan kebakaran.

    “Api berjaya dikawal jam 11.43 pagi daripada merebak ke rumah bersebelahan dan hasil siasatan kami mendapati seluruh bahagian dalam rumah mangsa musnah 70 peratus, tetapi kerugian dan punca masih dalam siasatan,” katanya.



    SUMBER : MYmETRO

    Akibat daripada kebodohan




    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    Chimpanze Nakal yang Mengintip Dibalik Tshirt Seorang Wanita


    Seekor chimpanze nakal ini tidak dapat menahan rasa keingintahuannya, dan dengan cepatnya mengintip dibalik tshirt penjaganya saat wanita tersebut sedang memeluknya erat-erat.
    Primata berumur dua tahun ini tak melepaskan pandangannya ke arah belahan dada sang penjaga setelah menggunakan jari telunjuknya untuk menarik t-shirt hijau wanita tersebut.





    Momen in berhasil diabadikan oleh fotografer Cyril Ruoso saat berada di Pandrillus Drill Sanctuary, Nigeria.
    “Ini adalah sebuah foto yang lucu, menunjukkan sikap seekor chimpanze, dan itu adalah pertama kalinya saya mengambil gambar yang secara jelas menunjukkan perilaku semacam ini.” kata  fotografer berusia 41 tahun dari Burgundy, Perancis, tersebut.

    Arkib Blog

     
    © borak kosong All Rights Reserved