Hampir semua tubuh gadis 20 tahun diubahsuai

on 16 April 2012

Berawal ketika baru berusia 18 tahun, Kirsty melahirkan seorang anak perempuan bernama Savannah. Sejak saat itu, rasa percaya dirinya turun drastik kerana payudara kecilnya yang hanya berukuran 30B tampak kendur setelah bersalin.

Operasi plastik pertamanya dilakukan untuk memperbaiki bahagian payudara. Tapi bukan hanya mengencangkan, ia malah tertarik untuk sekalian membesarkannya  menjadi 30G.

Sukses dengan operasi penanaman implan silikon di payudara, ia makin terobsesi untuk terus memodifikasi penampilannya. Tindakan berikutnya adalah menyuntikkan facial filler, pengencang kulit yang harus disuntikkan 11 kali.

Sedangkan untuk perawatan di bawah permukaan kulit, di samping facial filler ia juga menyuntikkan botox secara rutin. Padahal untuk sekali perawatan dengan botox, ia harus membelanjakan wang yang banyak.

Tidak puas hanya di kulit wajah, Kirsty pun melanjutkan permak kecantikannya dengan mengubah warna kulit di seluruh permukaan tubuh. Agar warnanya lebih gelap dan terkesan eksotis, ia secara rutin menyuntikkan perangsang pigmen dan membakar kulitnya di atas tanning-bed.

Untuk gigi lebih putih dan berkilau, Kirsty membayar doktor gigi untuk memasang veneer atau pelapis gigi. Sedangkan untuk membuat jemarinya makin lentik, ia memasang sambungan kuku acrylic.

Rambut panjang di kepalanya tak luput dari permak, meski tidak terlalu ekstrem seperti bahagian tubuh lainnya. Untuk rambut, Kirsty hanya melakukan perawatan rutin dan memasangkan hair-extension atau sambungan rambut agar lebih panjang dan kelihatan anggun.

 Kirsty mengaku puas dengan penampilan barunya, meski sangat subjektif untuk menentukan lebih cantik atau mengerikan.

Yang jelas Kirsty mengaku, semua ini hanya mengikuti apa yang pernah dilakukan ibunya untuk menjaga penampilannya agar tetap terlihat awet muda. Pasangan ibu dan anak ini pun kini makin akrab kerana boleh melakukan perawatan rutin bersama-sama.

“Ibu saya dulu juga sering operasi plastik, kini kami sama-sama rajin menyuntikkan botox. Sekarang umurnya 43 tahun tapi tampak jauh lebih muda,” ungkap Kirsty seperti dikutip dari The Sun.

Meski begitu, Kirsty berharap tradisi mempermak tubuh di keluarganya tidak dilanjutkan oleh Savannah anak perempuannya. Kalaupun kelak Savannah ingin melakukan operasi plastik, satu-satunya operasi yang akan diberinya izin hanya pemasangan implan payudara.

Sumber :http://www.detik.com/

Kejadian aneh di depan mesin ATM











[Hebat] Lelaki Thailand ini kahwin dengan 2 kembar sekaligus

Mr Wichai (Tao), 24 tahun, dari  Samut Songkram, kehidupan nya menjual barang-barang terpakai telah berkahwin dengan dua kembar gadis cantik, Ms Sirintara dan Ms Thipawan (22) sekaligus.

Mr Wichai, telah berkahwin dalam suatu upacara untuk pernikahan itu secara serentak. Mr Wichai mengatakan bahawa dia tidak melihat banyak masalah dalam melakukan tugas-tugas perkongsiannya dengan dua isteri.

Mr Wichai berkata bahawa dia telah berteman baik dengan gadis kembar tersebut sejak mereka masih kanak-kanak lagi.
‘Ketika saya dewasa, saya berjalan lmelalui rumah mereka setiap pagi dan cuba memutuskan untuk diri saya, mana yang paling saya sukai, tetapi ini mustahil – saya suka mereka berdua – dan saya tidak boleh menentukan salah satu dari mereka untuk hidup bersama.

Sampai pada satu hari ketika saya tidak boleh menahan lagi dan sedikit kecewa , akhirnya saya mengatakan kepada mereka,’ Saya cinta kamu berdua dan ingin berkahwin dengan kamu berdua”
Ternyata Mr Wichai yang beruntung, kedua gadis mengakui untuk bersumpah bersama dan ingin berkahwin dengan satu lelaki yang sama.

‘Awalnya tidaklah mudah, dengan gossip tetangga, tapi keluarga kembar memahami, dan mendukung sepenuhnya,Mereka hanya mencintai seorang jejaka.

Mr Wichai hidup bersama dengan dua gadis kembar di rumah keluarganya setelah pernikahan, dan ibunya dengan bangga telah mempersiapkan dua buah kamar untuk yang mereka yang baru menikah.

Ketika ditanya tentang aturan tidurnya, Mr Wichai menjawab dengan sambil tersenyum.
‘Tentu saja tidak ada masalah! Selama tiga malam dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam lagi dengan Sirintara. Dan setiap hari Sabtu, kita akan tidur bersama-sama ‘


sumber http://jelajahunik.blogspot.com
bk-untung gila lelaki ini.....

Lelaki terselamat setelah termasuk kedalam mesin pembancuh simen

CHINA - Seorang buruh bangunan secara menakjubkan selamat setelah dia terjatuh dalam mesin pembancuh simen automatik.

Xu 20 tahun, ketika itu sedang mencampur semen ke dalam mesin  tersebut.Ketika gantung simen itu tersangkut dengan besi pengaduk, dia ikut terjatuh ke dalamnya.

Seorang rakannya mendengar teriakannya dan terus berlari ke arah mesin itu sebelum Xu bercampur dengan semen.

Tapi tubuhnya tersangkut, dengan cepat dia memanggil bomba untuk memotong mesin itu agar Xu dapat dikeluarkan

"Hanya kepalanya yang tampak di luar mesin pembancuh itu. Seluruh tubuhnya tidak boleh digerakkan," ujar salah seorang anggota bomba.

"Saya tidak boleh membayangkan jika rakannya tidak dengan cepat mematikan alat itu," sambungnya.

Akhirnya Xu berhasil diselamatkan dengan memotong mesin tersebut dan menarik Xu keluar.

Xu akhirnya dilarikan ke hospital dan dirawat kerana patah kaki dan lututnya terluka tapi doktor mengatakan bahawa dia akan segera sembuh.

'Macam ni rupanya si pondan ni menipu








tu yang nampak montok tu....


Pernah tak tengok orang masak daging burger macam ni

1293329194072295

Aku rasa ni kot yang pertama didunia masak daging burger guna seterika……
memang gila babi orang ni……

Gaya unik peminta sedekah





Dilakukan untuk mendapat sedikit imbalan daripada yang menonton...

Foto lelaki dibelasah olekh sekumpulan awek



sumber : asikdeh.com

Pak cik 53 tahun meninggal ketika berhubungan seks dengan kekasih gelap (teman rapat isterinya) kerana overdose


Berhubungan seks dengan selingkuhan diketahui lebih berisiko membuat serangan jantung, apalagi ditambah overdose ubat kuat. Seperti yang dialami seorang laki-laki di Malawi, yang akhirnya meninggal dalam perjalanan ke hospital.


Laki-laki berusia 50-an tahun yang tidak disebutkan namanya ini dilarikan ke sebuah hospital di Blantyre kerana mengalami serangan jantung, minggu lalu. Ia datang ke hospital dalam keadaan tidak sedar, lalu meninggal tak lama setelah sampai di hospital.


Seorang petugas membenarkan bahawa laki-laki ini mengalami kolaps saat sedang berhubungan seks. Namun yang lebih memalukan, ia melakukannya tidak dengan pasangan rasmi melainkan dengan selingkuhan yang tidak lain adalah teman akrab isterinya sendiri.


Dari tangan sang selingkuhan, polis menyita beberapa biji ubat kuat yang digunakan untuk meningkatkan stamina saat berhubungan seks. Diyakini, obat kuat tersebut merupakan salah satu pemicu serangan jantung yang menewaskan laki-laki tersebut.


Khabarnya, laki-laki tersebut sudah 13 tahun menjalin hubungan perselingkuhan dan memiliki riwayat hipertensi atau tekanan darah tinggi. Sebelum mengalami serangan jantung, ia juga sudah merasakan gejala tidak enak badan sehingga sempat menghentikan aktiviti berhubungan seks.


"Pada titik tersebut, ia berhenti untuk mandi dan menenangkan diri. Setelah mandi ia melanjutkan hubungan seks dan tiba-tiba saja kolaps," kata seorang sumber yang juga tidak disebutkan namanya, seperti dikutip dari Bnltimes, Minggu (1/1/2012).

Sebagaimana diketahui, hubungan seks dalam kondisi tertentu sebenarnya malah bermanfaat untuk menjaga kesehatan jantung dan pembuluh darah. Hubungan seks bisa menurunkan tekanan darah rata-rata, meski saat orgasme terjadi peningkatan tekanan darah untuk sesaat.

Namun ketika dilakukan dengan pasangan tidak resmi, hubungan seks tidak lagi memberikan manfaat tetapi justru membahayakan karena bisa meningkatkan risiko serangan jantung. Banyak faktor yang mempengaruhinya, salah satunya karena faktor stres yang melatarbelakangi perselingkuhan itu sendiri.

Sumber : http://www.detikhealth.com/read

Inikah beruang paling peramah?

Beruang biasanya tidak dikenal kerana perilaku baik mereka. Namun beruang Kodiak yang ramah ini memberikan sambutan hangat kepada mereka yang mengunjungi rumahnya di sebuah taman hidupan liar.

Video pendek yang berdurasi tujuh saat ini menunjukkan seorang pengunjung melambaikan tangannya kepada beruang dan sang haiwan tersebut dengan ramah membalas lambaian tersebut.


Rakaman ini diyakini difilemkan di Olympic Game Farm di Washington, dan dengan cepat menjadi hit di Internet setelah diposting ke situs YouTube.

Hebat abang ni lukis guna mulut aje

Pelukisnya adalah Doug Landis, pelukis sketsa pensil dari Amerika Syarikat. Dia melukis dengan menggunakan mulutnya ! Sebelum aia mengalami cedera sewaktu sekolah , Doug bukanlah seorang pelukis. Cedera tersebut mengkibatkan kelumpuhan lehernya sampai ke bawah.


Sejak dia mengalami cedera tersebut, Doug banyak menghabiskan waktunya menonton di depan TV sampai pada suatu hari abangnya, Monte, mencabarnya untuk belajar melukis dan menyelipkan sebuah pensil di mulut Doug ! Doug kemudian dengan sabar banyak menghabiskan waktunya belajar melukis memakai pensil dengan menggunakan mulut, yang akhirnya menghasilkan gambar-gambar yang cantik.Dibawah ini adalah antara lukisan yang dilukisnya.






bukti kalau berusaha pasti capai kejayaan

Luka lara Rita Rudaini

SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya tidak lepas daripada ujian demi ujian. Pasang surut hubungan dalam rumahtangga sebenarnya adalah asam garam yang perlu ditempuh oleh setiap pasangan. Namun, setiap yang berkahwin sudah pastinya tidak pernah meletakkan had usia perkahwinan mereka. Tambah pula, bagi mereka yang memang berkahwin atas dasar cinta dan suka sama suka sudah tentunya mengharapkan yang terbaik untuk perkahwinan yang dibina.

Sama juga kisahnya dengan pasangan­ suami isteri Rita Rudaini Mokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang kini sedang dilanda kemelut dalam rumah tangga.

Hubungan yang pada mulanya dibina berlandaskan cinta dan kasih, ini semakin goyah apabila si suami berhasrat memfailkan permohonan cerai.

Usia perkahwinan yang baru sahaja mencecah empat tahun pada Februari lalu, ini sudah semakin hampir menemui jalan penamat.

Sehari sebelum menyambut hari lahirnya yang ke-36 pada Rabu lalu, Rita mengesahkan bahawa dia menerima khidmat pesanan ringkas daripada suaminya yang memaklumkan telah membuat permohonan cerai.

Berita yang diterima itu bagaimanapun tidak mengejutkan Rita memandang­kan suaminya telah empat bulan meninggalkan rumah mereka.

Akhirnya, kemarau yang yang tidak sudah- sudah melanda rumahtangga pasangan ini sudah hampir ke kemuncaknya.

Reda menerima takdir yang sudah tertulis buatnya, Rita bersyukur di saat dirinya dirundung duka kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, masih lagi setia mene­mani.

Ketabahan anak kelahiran Kangar, Perlis ini dalam menempuh alam rumahtangga yang sering dihimpit badai sebenarnya terletak pada zuriat yang dilahirkan.

Tidak mahu dilihat lemah di mata anak-anaknya biarpun kedua-duanya masih lagi kecil, Rita sedaya upaya tidak mengalirkan air mata di hadapan mereka.

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lara di hati Rita seakan dapat dirasai apabila anaknya yang sulung Rayyan seakan-akan tidak mahu berenggang daripada ibunya sepanjang majlis sambutan ulang tahun Rita yang diadakan di Hotel Royal Chulan, pada 11 April lalu.

Biarpun dirinya sedang dilanda derita, namun aktres jelita ini tidak mahu melayan perasaan sedihnya mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi sebaliknya cuba mengukir tawa dan menggembirakan diri di samping kelompok keluarga, rakan dan peminat yang selama ini setia menyokong dirinya.

“Sempena ulang tahun saya pada hari ini (Rabu), saya ingin melupakan segala peristiwa pahit dan mahu maju ke hadapan.

“Biarlah selepas ini saya dan anak-anak saya bahagia tanpa derita. Saya hanya ingin tumpukan perhatian kepada anak-anak. Saya janji kepada diri saya sendiri untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan sempurna. Sebagai ibu, saya hanya mahu melihat mereka membesar dengan baik tanpa sebarang kekurangan. Tanpa mereka, saya boleh mati,” katanya sebak.



sumber : sinar harian

Facebook mampu undang ketagihan

STOCKHOLM - Laman sosial Fecebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan.

Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan.

Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini.

Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna.

Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari.



sumber : sinar harian

Pameran seni tampilkan wanita bogel di Itali


VENICE, Itali - Satu pameran seni berjudul Madame Fisscher diadakan di Palazzo Grassi di sini bermula pada 15 April sehingga 15 Julai depan.
Pameran itu yang menampilkan karya seni artis Switzerland, Urs Fischer menampilkan beberapa model wanita yang mendedahkan keseluruhan tubuh badan mereka.
Beberapa model itu melakukan pelbagai gaya dalam keadaan bogel seperti duduk dan berbaring. - Agensi
sumber : kosmo online

Pai ‘mayat’ laris


PERNAMBUCO (Brazil): Beratus-ratus penduduk dikhuatiri telah memakan daging paha dan pinggul mangsa pembunuhan selepas daging mereka dijadikan inti pai.
Penjaja, Isabel da Silbeira menjualnya setiap hari kepada penduduk tempatan di sekitar bandar ini.

Polis percaya, makanan itu yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai empanada, mengandungi bahagian tubuh sekurang-kurangnya dua wanita yang dibunuhnya bersama-sama suaminya, Jorge, 50.


Kedua-duanya dibantu oleh wanita berusia 25 tahun, Bruna Cristina da Silva, juga kekasih Jorge.

Laporan sebelum ini menyatakan, Jorge ialah pakar karate.


Sebahagian mayat Alexandra Falcao, 20, dan seorang lagi wanita berusia 31 tahun ditemui dalam peti sejuk sementara sebahagian lagi tertanam di belakang rumah pasangan itu di Garanhuns, timur laut Brazil.



Polis turut menemui kanak-kanak berusia lima tahun, dipercayai anak seorang gadis berumur 17 tahun yang dilapor hilang dari bandar berhampiran pada 2008.

Ketua Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga mereka merancang membunuh seorang pemuda sebagai mangsa ketiga mereka.




“Mereka sudah membuat perancangan dan menetapkan tarikh untuk membunuh lelaki itu. Kedua-dua pembunuhan yang mereka lakukan sama saja - menikam hingga mati, mengalirkan darah, memotong mayat mangsa dan mengambil bahagian paling enak untuk dibuat inti empanada.

“Apabila Isabel keluar, dia akan menjaja pai itu. Ia habis dalam sekelip mata. Ia amat popular,” kata Fernandes.


Pegawai polis itu juga berkata, ketiga-tiga suspek turut memakan mayat mangsa kerana yakin ia boleh membersihkan jiwa mereka. “Dengan membolehkan orang lain memakan daging itu juga, mereka menganggap ia akan membantu mereka menjadi suci juga,” kata Fernandes. Polis mula menjejaki ketiga-tiga suspek selepas seorang wanita terbabit ditangkap menggunakan kad kredit seorang mangsa yang hilang bulan lalu. - Agensi



sumber : myMetro

Padah layan nafsu


KUALA LUMPUR: Akibat terlalu mengikut nafsu menyebabkan golongan gay memilih menjalani kehidupan songsang walaupun sedar tindakan itu dilarang dalam Islam, kata pakar motivasi, Prof Madya Md Izzudin Ali.
Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan golongan homoseksual itu pada peringkat permulaan hanya mempunyai sedikit perasaan terhadap perkara itu, namun apabila mereka terus melayan nafsu sendiri, menyebabkan lama-kelamaan mereka terus terjerumus kepada kehidupan songsang itu.

“Ada kalangan mereka menganggap perasaan begitu wujud disebabkan masalah hormon, tetapi apabila sudah tahu ada yang tak kena dengan diri, mereka yang sepatutnya merujuk kepada pakar bagi menyelesaikan masalah, melayan perasaan hingga akhirnya terus dengan kehidupan songsang.


“Lebih menyedihkan apabila hubungan sejenis itu sudah menjadi perkara biasa dan normal kepada mereka hingga terlupa azab bakal menanti akibat mengamalkan perbuatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam Metro Ahad semalam mengenai lokasi Goyang Pak Arab menawarkan pakej tayang ‘anu’ yang memang dikenali sebagai pusat kunjungan lelaki bernafsu songsang untuk melampiaskan nafsu masing-masing.


Malah, ada antara rumah urut dikunjungi wartawan, penjaga kaunternya dengan selamba menyerahkan album mengandungi gambar lelaki dengan aksi berahi untuk dibuat pilihan sebelum sesi urut. Ketika ditanya pakej urutan berahi yang ditawarkan, penjaga kaunter itu tanpa segan-silu mengakui menawarkan pakej tayang anu dengan bayaran RM75 ketika sesi urutan, selain menyediakan pakej urut batin dan B2B dengan kadar bayaran berbeza. Izzudin berkata, kebanyakan mereka yang terjebak dengan kehidupan songsang memilih menjalani corak kehidupan itu kerana terpengaruh dengan rakan, selain media seperti Internet yang begitu terbuka memaparkan cara hidup dilaknat Allah itu.



“Konsep ‘bertaubat kemudian’ diamalkan seolah-olah mereka tahu bila ajal akan tiba hingga terus hanyut dibuai keseronokan duniawi, malah langsung tidak rasa bersalah dengan perbuatan itu,” katanya.


sumber : myMetro

Ditipu pakej ‘pucuk muda’


KUALA LUMPUR: Hanya tiga hari diperlukan seorang duda warga emas untuk mencari ‘pucuk muda’ bagi mengisi kekosongan hidup dengan upah kahwin rendah.
Pakej itu ditawarkan seorang lelaki berusia 30-an yang menyasarkan golongan lelaki tua sebagai sasaran termasuk upah kahwin RM700, seutas rantai emas dan wang tunai RM1,100 untuk persiapan majlis perkahwinan dengan pasangan muda berbanding pakej biasa berharga antara RM10,000 dan RM20,000.

Dalam kejadian terbaru, seorang warga emas berusia 67 tahun membuat laporan di Balai Polis Rawang, di sini, kelmarin selepas kerugian hampir RM2,000 apabila diperdaya suspek dan bakal ‘isteri’.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, kira-kira jam 9.30 pagi, 9 April lalu, mangsa mendakwa dihubungi lelaki yang baru dikenalinya sebelum suspek mengatur pertemuan dengannya.

“Kurang 10 minit kemudian, lelaki terbabit datang di tempat kerja mangsa di Rawang sebelum bertanyakan warga emas terbabit sama ada benar dia mahu berkahwin atau sebaliknya. Selepas mangsa bersetuju, suspek meminta tempoh tiga hari bagi membolehkannya mencari calon isteri yang sesuai,” katanya.


Sumber itu berkata, pada keesokan hari, suspek menghubungi mangsa sebelum mengatakan sudah bertemu dengan calon isteri yang sesuai dan berjanji akan memperkenalkan wanita berusia antara 20 dan 30 tahun kepada warga emas itu, kira-kira jam 2.30 petang, Khamis minggu lalu.




Menurutnya, selepas bertemu dan berbincang, mangsa bersetuju untuk berkahwin dengan wanita berusia 20-an yang dibawa suspek.

Katanya, suspek kemudian menetapkan beberapa syarat termasuk upah kahwin RM700, wang majlis perkahwinan RM1,100 selain seutas rantai emas sebagai hantaran perkahwinan.




“Mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu kemudian menyerahkan wang dan rantai emas kepada lelaki terbabit dengan disaksikan bakal ‘isteri’ itu.

“Suspek terbabit kemudian berjanji akan mengatur perkahwinan antara mangsa dan pasangannya itu dalam masa terdekat,” katanya.


Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu lelaki terbabit dan bakal isterinya itu selepas gagal menghubungi mereka.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.



sumber : myMetro


Ibu rebah dihentak anak


CHUKAI: Seorang wanita berusia 59 tahun hanya mampu mengerang kesakitan apabila dibelasah anak lelakinya dengan besen berulang kali sambil merayu kepada lelaki itu menghentikan perbuatan terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Paya Berenjut, di sini, tengah hari kelmarin.
Tindakan biadab dan tidak berperikemanusiaan lelaki berusia 30 tahun yang bagaikan dirasuk itu apabila hajatnya mendapatkan wang daripada ibunya tidak dilayan wanita berkenaan.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, wanita yang berusia 59 tahun sedang berehat di ruang tamu selepas keletihan memasak makanan tengah hari untuk keluarga.

Katanya, ketika berehat, mangsa dikejutkan dengan kehadiran anak lelakinya yang masih bujang itu.



Lelaki itu tiba-tiba meminta ibunya memberi wang untuk berbelanja.



sumber : myMetro

Azimat gila kuasa


SUBANG JAYA: Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.
Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.
Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik.



Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kebiasaannya benda pelik itu diperoleh daripada bomoh yang menjalankan khidmat mereka tanpa bersandarkan al-Quran.



sumber : myMetro

Rakan sekolah hadiah sebutir peluru hidup


SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia 37 tahun terkejut apabila anak lelakinya berusia 10 tahun menunjukkan sebutir peluru hidup yang ‘dihadiahkan’ rakan sekolahnya ketika sesi persekolahan di sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Wanita berkenaan menyedari kejadian itu apabila anaknya yang pulang ke rumah mereka di USJ di sini, menunjukkan peluru berkenaan, jam 12.30 tengah hari.

Wanita itu merampas peluru berkenaan sebelum bergegas ke Balai Polis USJ 8, di sini, membuat laporan penemuan peluru itu.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah merampas peluru berkenaan daripada kanak-kanak itu termasuk rakannya yang menemui peluru berkenaan.

Menurutnya, rakan kanak-kanak itu menemui beberapa peluru di rumahnya sebelum menghadiahkan kepada anak wanita berkenaan.


Katanya, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan baru berpindah ke rumah itu yang sebelum ini dihuni seorang anggota polis yang sakit.



“Ketika mengosongkan rumah berkenaan untuk berpindah, anggota terbabit tertinggal peluru hidup itu sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan,” katanya.


SUMBER : MYmetro

Penemuan Fantastik: Membuat Lampu Tanpa Elektrik Dari Bekas Botol ! [Video]


Seorang bapak dari Filipina ini berhak mendapat penghargaan atas penemuan "bola lampu"nya yang sepatutnya masuk kedalam salah satu penemuan paling inspirasional tahun ini. Memang bola lampu itu tak akan menyala pada malam hari, tapi bayangkan berapa banyak bil elektrik yang boleh dijimat menggunakan solusi kreatif ini.






Bagaimana nak tahu dia lelaki ke perempuan?

Cuba kita lihat gambar wanita ini..
memang cantik....
Sesiapa yang melihatnya pasti tergoda..




 Tapi jangan tergoda dulu kerana
dia sebenarnya seorang lelaki yang di make up
menjadi wanita....




Kepakaran tukang make up membuat kita tertipu..
Jadi bagaimana kita nak tahu dia lelaki atau perempuan bila
kita berhadapan dalam situasi begini?
Ini yang jadi persoalan..!!!!


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved