Fotografer dan 25 orang model bogelnya ditahan

on 21 Mac 2012


Pihak Polis South Carolina menahan seorang fotografer dan 25 model yang berpose bogel di bawah pohon di taman awam. Polis menahan mereka selama dua jam tanpa denda.

Fotografer Jack Gescheidt mengatakan, ia dan kru dokumenterinya sedang mengambil gambar sekelompok orang bogel di bawah pohon Angel Oak yang dikhabarkan telah berusia 1.400 tahun di Johns Island Park.

Ia mengaku, tindakannya dilakukan guna meningkatkan kesedaran bahawa rencana pembangunan di lingkungan itu boleh mengancam pohon yang ada. Pihak polis telah di hubungi oleh pihak taman.

Fotografer dan modelnya ditahan selama dua jam. Namun kemudian mereka dibebaskan tanpa denda. Leftenan Chip Searson mengatakan, ia menyarankan agar kumpulan itu tak melakukan hal serupa di kemudian hari.

Gescheidt mengatakan, pengambilan foto itu merupakan sebahagian projek TeenSpirit yang melibatkan berfoto bogel di bawah pohon-pohon penting di beberapa negara.

"Saya menangis saat melihat pohon itu. Menakjubkan sekali. Menjaga pohon itu sangat penting," ungkap fotografer itu.
__________________



Video seorang polis memasukkan sebuah bungkusan (dadah) pada kereta orang ditahannya



Sebuah klip video yang diambil dari kereta peronda menujukkan sorang aparat polis ‘diduga’ menempatkan sebuah bungkusan ubat terlarang (dadah) pada kereta seorang lelaki yang mereka hentikan saat melanggar tanda berhenti.
Video yang difilemkan pada 11 Februari 2011 ini dirilis oleh surat khabar tempatan, Utica Phoenix, menunjukkan dua orang petugas dari Utica, New York, sedang menggeledah kereta saat pria itu ditahan.










Dalam rakaman tersebut, salah satu petugas polis terlihat menarik sebuah bungkusan dari sakunya saat ia masuk ke sisi kanan kereta dan muncul sesaat kemudian dengan memegang bungkusan yang sama. Namun tidak jelas apakah isi bungkusan tersebut merupakan narkotika.
Mail Online menulis bahawa, pihak polis Utica mengatakan bahawa mereka masih menyelidiki insiden ini, dan bahawa video tersebut juga sementara dalam diperiksa oleh FBI.






Gila, Wanita Hamil Telan 41 Kapsul Berisi Dadah


BALI, RIMANEWS- Petugas Bea dan Cukai Bali menangkap seorang wanita Filipina yang sedang hamil kerana didapati membawa shabu-shabu sebanyak 342,87 gram. Barang haram itu diseludup dengan cara ditelan.

Ketua Penindakan Bea Cukai Kanwil Bali, Yanuar Chaliandra menjelaskan, dari tangan tersangka Maria Cecilia Lopez, disita barang bukti berupa 41 kapsul berisi kristal putih yang diduga methampethamine atau shabu.

Pemilik paspor VV0878854 itu masuk Bandara Ngurah Rai Bali dengan menumpang pesawat Thai Airways TG 431. Petugas yang curiga kemudian melakukan pemeriksaan terhadap tubuh Maria.

“Tersangka mengaku hamil satu bulan dan menunjukkan surat keterangan doktor. Tapi petugas mencuriga ada sesuatu yang janggal pada perut tersangka yang terasa sangat keras, berbeza dengan perempuan hamil pada umumnya,” ujar Yanuar.

Guna memastikan kecurigaan itu, petugas melakukan pemeriksaan dan mendapati ada benda-benda berbentuk kapsul dalam perut Maria. Kerana dalam keadaan hamil muda, petugas kemudian berusaha mengeluarkan kapsul dalam perut tersangka secara hati-hati dan bertahap selama dua hari .

Setelah dilakukan ujicoba dengan narcotics test kit, diketahui bahawa serbuk kristal dalam kapsul itu adalah narkoba golongan I jenis methampethamine atau shabu-shabu.

Berdasarkan pemeriksaan sementara, Maria mengaku membawa barang haram itu dari Bangkok (Thailand) dan rencananya hanya transit di Bali dengan tujuan akhir Jakarta. Dia mengaku diperintah sesorang warga Filipina yang berada di Bangkok.

Setiap pengiriman narkoba, Maria mendapat wang saku 400 US$. Sebagai upah dari pengiriman barang haram itu, Maria mendapat imbalan 2.000 US$ .

Maria mengaku baru kali ini mengirim barang ke Indonesia. Biasanya, dia mengirim narkoba ke negara-negara di Afrika. Dengan modus disembunyikan dalam rongga bahagian dalam bag.

Tersangka dijerat Undang-undang Nomor 35 Tahun 2009 tentang Narkotika. Atas perbuatannya tersebut, Maria menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup, dengan denda paling banyak Rp10 miliar.

Gila..gadis 12 tahun di lempar ke lantai oleh seorang perempuan kerana pandang kekasihnya


Seorang wanita ditangkap polisi setelah marah kepada gadis kecil berumur 12 tahun yang menurutnya telah melirik kekasihnya di sebuah acara pesta ulang tahun keluarga.

Sebuah acara pesta ulang tahun keluarga dihebohkan dengan penyerangan seorang wanita bernama Candace Kiley, 24, kepada seorang gadis yang masih berumur 12 tahun. Kiley marah kerana dia melihat gadis itu melirik mata kearah kekasihnya yang berusia 30 tahun. Ia lalu memarah dan melempar gadis malang tersebut ke lantai. Serangan itu berhasil dihentikan setelah dilerai oleh anggota keluarga yang lain.

Dilaporkan oleh News8, gadis kecil itu menderita luka di kepala yang diikuti dengan serangan asma.
Akibat cemburu butanya, Kiley harus hadir di pengadilan dirinya pada 23 Ogos nanti.


sumber: wtnh

Seorang Pencuri yang Sopan dari New Jersey


Vineland, N.J. (New Jersey), Amerika Syarikat - Pihak berwajib melaporkan seorang pencuri menawarkan dirinya untuk memperbaiki pemisah ruangan yang telah ia rosakkan ketika dia menceroboh sebuah rumah di New Jersey.

Pemilik rumah, Maria Cardona, menangkap si pencuri sewaktu peristiwa ceroboh itu berlangsung. Sang pencuri yang tertangkap mengatakan kepada dirinya bahawa tadinya dia bermaksud untuk masuk ke rumah tetangga sebelah.

Cardona, mengatakan kepada The Press of Atlantic City bahawa si pencuri telah membuat dirinya gugup saat dia mulai bercerita tentang keluarganya sambil terus memasukkan tangannya ke dalam saku. Pencuri itu "sangat sopan", tetapi ia hanya ingin si pencuri segera pergi dari rumahnya.

Polisi wilayah Vineland mengatakan tidak ada barang hilang dari kejadian yang berlangsung pada Hari Isnin kemarin tersebut.


Sumber: AP

Hebat....Porsche 911 dijadikan sasaran latihan menembak

JAMAICA PLAIN, Massachusetts - Seorang pemilik kereta mewah Porsche 911 mengambil keputusan membiarkan keretanya yang berharga AS$80,615 (RM244,300) menjadi sasaran latihan menembak.

Beliau bertindak demikian kerana bosan dengan kerosakan enjin kereta tersebut yang kerap berlaku.

Kereta itu diberikan kepada sebuah persatuan yang dikenali sebagai Comm2A yang terletak di Jamaica Plain, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Hasilnya, kereta yang berwarna perak itu menerima 10,000 tembakan peluru dari 140 pucuk senjata api.

Ia diletakkan di kawasan latihan menembak dan menjadi sasaran latihan oleh ahli persatuan terbabit.

Tembakan yang datang dari beberapa mesingan dan senjata automatik menyebabkan rupa sebenar bentuk Porsche tersebut sukar dikenali.

Sebelum ini, pemilik yang tidak mahu dikenali itu dikatakan telah membelanjakan beribu-ribu dolar untuk membaiki masalah enjin dan sistem penyejukan kereta tersebut. - Agensi

Air mineral paling mahal di dunia

Mungkin banyak di antara kita yang merasa harga air mineral di negara kita masih  mahal .. Tapi jangan kaget jika mendengar harga air mineral yang satu ini kerana harganya jauh di atas air mineral yang beredar di negara kita. Yang pasti tergolong Air mineral paling mahal di dunia

Nama capnya adalah Fillico Beverly Hills. Kerana  ketika  ini Fillico Beverly Hills merupakan air mineral termahal di dunia. Fillico Beverly Hills merupakan produk terbaru yang di produksi oleh perusahaan Vieluce di Osaka, Jepang.

Menurut mereka, air minum ini menjadi sangat mahal kerana berasal dari kaki gunung Rokko, Kobe, Jepun. Seperti kita ketahui, mata air ini sudah terkenal sebagai air terbaik untuk membuat sake.

Fillico Beverly Hills juga merupakan air mineral yang sangat terbatas dalam pengeluarnya. Kerana setiap bulan hanya diproduksi 5.000 botol. Dan per 750 ml. Keunikan lain dari Fillico Beverly Hills adalah dari tutup botolnya. Tutup botol Fillico Beverly Hills di reka semirip mungkin dengan mahkota Raja dan Ratu.
Untuk kemasan tutup botol yang mirip kaisar fredrick II dari kekaisaran romawi, harganya lebih mahal .




Perompak paling hodoh di Britain

MANCHESTER – Mencari perompak bank, David Holyoak, 33, (gambar) bukan sukar bagi polis Britain kerana suspek dikesan memiliki telinga yang besar, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki dari Whitefield di sini, digelar sebagai Shrek iaitu watak kartun popular yang berwajah hodoh malah wajahnya mudah dicam seorang petugas sebuah bank selepas merompak dengan beberapa suspek lain.

Dia yang dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun oleh sebuah mahkamah di Bolton kelmarin, disindir seorang pegawai polis kerana terlalu hodoh untuk melakukan rompakan itu.

“Lelaki ini perlu melihat diri di cermin dan sepatutnya mengetahui dia tidak layak melakukan perbuatan jenayah,” katanya yang menggelar Holyoak sebagai Shrek selain juga perompak paling hodoh di Britain.

Suspek ditahan bersama dua lelaki setelah merompak seorang pengawal keselamatan yang menghantar sejumlah wang tunai ke sebuah pejabat pos di Bury.

Kereta yang dinaiki bersama rakan-rakannya untuk merompak itu terlanggar pokok menyebabkan dia melarikan diri ke sebuah taman.

Dia kemudian ditangkap polis semasa bersembunyi bersama dua rakannya di taman itu. – Agensi

Dalam hujan pun masih mencuri

Kalau dah jiwanya kaki mencuri,dalam apa keadaan pun
tetap nak mencuri...cuba saksikan gambar dibawah....





tak peduli orang sekeliling memandang yang penting
dapat duit....

Rupa Tanpa Wajah (berlubang sedalam 10 cm)





Tumini iaitu seorang wanita yang tinggal di Desa Nglanduk di Indonesia menghidap penyakit aneh apabila lubang 10 sentimeter terbentuk di bahagian tengah kepala.Suaminya Marto menyatakan kedua-dua mata isterinya  hidung dan bibir hilang dan yang hanya tinggal dagu serta keningnya.




Isterinya juga tidak dapat bercakap kerana tidak mempunyai bibir kerana lubang itu selebar 10 hingga 15 cm.Penyakit itu mula dikesan ketika  dia berumur 20 tahun.Penyakit itu bermula dengan bintil jerawat di hidung sebelum membesar dan gatal.Doktor menyatakan penyakit itu ialah kanser tetapi dia tidak mempunyai wang untuk merawatnya.
Dia kini cuma mengurungkan diri dan merungut kerana tidak dapat menahan sakit.

Iklan yang menjijikan

Gambar-gambar dibawah ini ialah gambar iklan mengenai satu produk mencuci
tangan...cara penyampaian iklan ini sungguh menakjubkan tetapi bila perhatikan menjijikkan ia jugak..



cuba gambarkan jika beginilah keadaan tangan anda....


Gila..pembantu jururawat cabut kuku tangan dan kaki pesakit kerana stress


Stress merupakan hal yang sering kita temui. Di kala kita tertekan oleh beban pekerjaan, suasana di rumah yang kacau bilau, atau hal lainnya yang membuat fikiran pusing, kita kadang-kadang perlu melakukan kegiatan lain untuk melepaskan stres. Namun, yang dilakukan pembantu jururawat Akemi Sato untuk menghilangkan stress benar-benar gila!

Sato, 37, ditangkap polis kerana telah mencabut hingga lepas kuku kaki dan tangan pasiennya yang berusia 80 tahun dan menderita senile dementia (pikun) di hospital Mori, Kyoto, Jepun.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Sato melakukannya. Pada bulan Januari tahun 2006 dia pernah ditangkap polis oleh kes serupa. Dia dipenjara selama 3 tahun 8 bulan kerana di tahun 2004 dia telah melukai 6 orang pesakitnya dengan cara mencabut hinggal lepas 49 kuku tangan dan jari para pesakitnya. Mereka semua tidak mampu bergerak setelah terkena stroke ataupun penyakit lainnya.

Pengadilan wilayah Kyoto mengatakan bahawa Sato melakukan hal tersebut untuk melepaskan stress dari pekerjaan tambahan yang diberikan oleh atasannya.

Setelah bebas, dia dipekerjakan oleh hospital Mori awal Ogos Tugasnya adalah untuk mengganti cadar dan pampers orang dewasa. Namun, sepertinya "kebiasaan" Sato belum hilang.

Pada 24 Ogos, rakan kerjanya menemukan darah pada kaki seorang pesakit yang sudah tua. Ketika diselidiki lebih lanjut, Sato akhirnya mengaku telah mencabut lepas kuku pesakit wanita tersebut.

Melihat dari resume Sato, hospital awalnya yakin Sato adalah jururawat yang berpengalaman dan cekap. Mereka tidak mengetahui Sato pernah dipenjara. Namun, setelah dipekerjakan, pihak hospital mengatakan Sato tidak bekerja dengan baik dan harus selalu diawasi. Hubungan kerja antara dia dan atasannya juga tidak baik.

Polisi melaporkan bahawa ada beberapa pesakit lain di hospital Mori yang diketahui kukunya telah terlepas, tetapi tidak menjelaskan apakah Sato juga bertanggungjawab atas hal tersebut.

Sumber: Weird Asia News, Japan Today

Ayah Tertua di Dunia Meninggal Setelah Anaknya Lahir

LINCOLN - Seorang lelaki yang menjadi ayah tertua di dunia dengan usia 78 tahun, meninggal dunia setelah sang isteri melahirkan anak perempuannya beberapa bulan.

Dennis Ealam diketahui merasa sangat senang dengan kelahiran puterinya. Dia mengakui bahawa dirinya sudah sangat tua untuk membesarkan puterinya itu. 

Dia juga mengungkapkan bahawa untuk mengurus seorang bayi di usianya itu sangat tidak mudah.  

"Saya terus berusaha untuk melakukan cara hidup sihat. Saya tidak merokok ataupun meminum minuman keras," ujar lelaki yang merupakan bekas pemandu bas, seperti dikutip dari The Sun, Isnin (19/3/2012).  

Lelaki tersebut akhirnya meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Lincoln, Inggris, sebelum sempat merayakan ulang tahun purterinya yang pertama.

Puterinya yang bernama Violet adalah anak ketiga dari isteri barunya, Cora yang berusia 38 tahun. Dia sudah menjadi ayah dari 5 orang anak yang didapat dari penikahan sebelumnya. Anak pertamanya sudah mencapai usia 50 tahun

Aneh, Wanita Ini Menikahi Dirinya Sendiri

Pernikahan merupakan peristiwa indah yang menyatukan dua orang dalam satu ikatan. Tapi bagi Nadine Schweigert, pernikahan adalah momentum indah di mana ia mengucap janji setia terhadap dirinya sendiri. Ya, ia menikahi dirinya sendiri. 

Berbalut gaun pengantin satin warna biru dengan buket mawar di tangan,wanita 36 tahun asal Fargo, North Dakota, Amerika Syarikat,itu berjalan menuju ke gereja. Tak ada pasangan di sampingnya. Hanya ada pendeta, keluarga, dan sekitar 45 teman.

Wanita yang telah memiliki tiga anak dari bekas suaminya itu, mengucap janji setia kepada dirinya sendiri. Menikmati kehidupan tanpa pasangan, dan menikmati hubungan cinta seumur hidup dengan peribadinya, seperti dilaporkan akhbar tempatan InForum. 

Upacara tukar cincin pun dilakukan secara simbolis antara dirinya dan "mempelai lelaki" di dalam dirinya. Sementara tamu yang hadir diminta meniupkan ciuman ke udara sebagai lambang restu, dilanjutkan memotong kek pengantin. 

Wanita yang merencanakan bulan madu seorang diri ke New Orleans, ini menjadikan pernikahan sebagai cara untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ia tengah belajar mencintai dan menerima dirinya sebagai seorang wanita mandiri.
"Saya mulanya menunggu seseorang datang dan membuat saya bahagia, tapi pada titik tertentu, seorang teman berkata, kenapa saya harus menikah dengan seseorang? Menikahlah sendiri dan raih kebahagiaan!" katanya. 

Niatnya menikah sendiri tentu mendapat banyak pertentangan. Banyak teman yang menganggapnya gila. Bahkan putranya sendiri juga memusuhi. "Aku mencintaimu ibu, tapi aku malu denganmu sekarang," kata Schweigert mengulang kalimat putranya yang berusia 11 tahun. 

Meski setiap orang memiliki hak untuk menikah, terlepas dari preferensi seksualnya, pernikahan Schweigert mengundang perdebatan mengenai makna ritual pernikahan yang sesungguhnya.

Sumber: vivanews 

Aneh, Tak Boleh Berhenti Tertawa Setelah Operasi Pinggul

Manusia biasanya akan tertawa bila merasa senang dan melihat sesuatu yang lucu. Tapi hal ini tidak berlaku bagi seorang pria asal Belanda. Setelah menjalani operasi pinggul 2 tahun lalu, pria ini hampir selalu tertawa sepanjang waktu meski tidak ada hal yang lucu.

Menurut Nolda Bosse, suaminya Huug Bosse kini menghabiskan hari-harinya dengan menertawakan setiap orang dan setiap benda yang ia lihat. Hal ini berawal sejak ia mendapatkan anestesi sebelum menjalani operasi penggantian pinggul pada tahun 2010.

"Ini tampak terjadi setelah operasi, setelah mendapatkan anestesi. Dia menjadi lebih banyak tertawa," jelas Nolda Bosse pada Dutch TV programme Man Bijt Hond, seperti dilansir Dailymail, Selasa (20/3/2012).

Lelaki asal Belanda ini menganggap hampir semua hal menjadi lucu dan menertawakan apapun yang dilihatnya. Namun berbeza dengan isterinya, kebiasaan baru Bosse terkadang membuatnya kesal dan jengkel.

Yang paling menjengkelkan adalah ketika keluarga sedang mengadakan perbincangan serius lalu tiba-tiba Bosse tertawa tanpa henti meski tidak ada hal yang lucu.

Perubahan ini nampaknya membebani anggota keluarga Bosse. Puteri dan saudaranya pun merasa terganggu dengan kebiasaan baru Bosse. Bahkan menurut Nolda, puterinya tidak pernah lagi mengunjungi mereka.

"Keperibadiannya telah berubah secara signifikan sejak operasi dan sekarang ia tertawa hampir sepanjang waktu. Kadang itu benar-benar menjengkelkan kerana ia tertawa sepanjang hari," jelas Nolda.

Namun meski hampir semua hal membuatnya tertawa, masih ada satu hal yang membuat Bosse menangis, yaitu ketika mendengarkan lagu kebangsaan Belanda yang ia deskripsikan sebagai sebuah lagu yang indah.

Bosse yang sedang tertawa terbahak-bahak boleh tiba-tiba tampak hikmat dan mulai menangis saat mendengar lagu kebangsaan tersebut. Namun setelah lagu berhenti, ia pun boleh kembali tertawa.

Sumber: detikhealth

Aksi pembantu rumah yang biarkan atok keseorangan kerana sibuk dengan iPhone dan laptopnya




STOMPer Joy was concerned to see an elderly man left unattended while his maid was busy using her iPhone and laptop.

Said the STOMPer:

"Take a look at the modern maid today. iPhone savvy, net book savvy.

"This maid was so engrossed with her iPhone that poor ah gong was left to idle in his wheelchair.

"Why does maid activists think all maids suffer in Singapore?

"Some maids have better lives than their employers. Every day is like an off day in families where no one is around to supervise.

"Both madam and sir need to work to bring food on the table and have no choice but to depend on maid services for elderly care."

sumber : stomp.com.sg

Ingin Nonton Vidoe Porno Percuma, Mengaku Sebagai Polis


Seorang lelaki Amerika mengaku kepada pemilik kedai video yang menyediakan filem porno kalau dirinya adalah seorang polis dari unit “age verification”.


 Pemuda itu lalu berbohong dan meminta si pemilik kedai meminjamkan beberapa kaset video guna untuk memeriksa  si bintang filem porno tersebut.


 Setelah kebohongan si polis yang ketiga kalinya di kedai yang sama selama 9 hari, si pemilik merasa curiga. Lalu ia menelefon pihak polis di Colorado.


 Namun nampaknya kecurigaan si pemilik kedai tercium oleh si polis palsu itu. Ia meyakinkan si pemilik kedai dengan memperlihatkan lencana ,yang tentunya palsu dan juga sebuah kad bisnis.


 Komandan polis setempat, Tim Lewis memastikan kalau pihak polis tak punya unit seperti itu.


 Pihak kedai  kemudian segera menyerahkan rakaman kamera CCTV yang ada di kedai tersebut kepada polis.
 Saat ini pihak polis sedang mencari si pelaku.


 (femalefirst.co.uk)

Jarang Berhubungan Seks, Penduduk Ipswich Ditawari Cat Percuma


Para penduduk di kota kecil Inggris, Ipswich ditawari cat merah percuma dalam rangka menginspirasi mereka untuk melakukan seks.




Menurut  sebuah survey yang baru-baru ini dilakukan perusahaan cat Dulux, masyarakat di Ipswich, East Anglia, paling jarang melakukan berhubungan (seks) di Inggris, sehingga organisasi itu menawarkan setin cat percuma warna merah tua untuk mengubah bilik tidur mereka menjadi bilik kerja/ hias wanita.




Seperti yang dilapor dari situs Femalefirst, masyarakat di Ipswich berhubungan seks sekitar 18.1 kali dalam 1 tahun, bertolak-belakang dengan mereka yang ada di Bradford yang melakukan hubungan seks rata-rata 66.5 kali dalam satu tahunnya.

Robert Gibbs Lelaki Kelebihan Berat Badan Minta Tolong Di youtube


Robert Gibbs Lelaki Kelebihan Berat Badan Minta Tolong Di youtube - Sungguh dramatik Robert Gibbs seorang yang mempunyai berat badan berlebihan di antara 272 kilogram (kg) dan 317 kg meminta bantuan dengan mengupload video di youtube agar ada yang boleh menolongnya.


Rakaman video selama tiga minit itu disiarkan di laman YouTube pada minggu lalu sebelum hari ulang tahunnya. Dan dia juga berharap dapat menemui seseorang yang berpengetahuan luas tentang kegemukan,


“Saya membuat rakaman ini kerana tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya tidak peduli lagi tentang ejekan orang lain,” kata Gibbs dalam rakaman itu.“Inilah peluang terakhir saya untuk menurunkan berat badan,” katanya

Nasi Canggih yang Boleh Dimasak dengan Air Dingin


Cara Masak Nasi paling Praktis dan Mudah dan tidak perlu susah.... tidak perlu harus menanak nasi...hanya dengan air dingin anda sudah boleh memasak nasi..simple kan... untuk lebih jelasnya silakan baca artikel ini....!!


 Pernahkah ada dibayangan anda untuk memasak nasi dengan menggunakan air yang dingin? Pasti anda berfikir hal tersebut tidak mungkin, tapi percaya atau tidak, suatu hari nanti kita akan dapat menikmati nasi yang dimasak dengan menggunakan air dingin.


 Hal itu akan terwujud kerana sebuah perusahaan di Jepun telah berhasil menciptakan nasi yang dimasak hanya dengan menggunakan air dingin.


 Perusahaan tersebut telah memperkenalkan produk yang diberi nama dengan Hotto! Raisu atau Hot Rice (Nasi Hangat). Bagaimana proses pembuatannya? Nasi tersebut di masak dengan 4,000 kali tekanan normal atmosfera, pengembang produk berhasil membuat nasi tersebut mampu bertahan dalam suhu kelembapan dalam jangka waktu yang lama. Sehingga untuk memasak nasi tersebut hanya menggunakan air dingin/biasa.


 Harga produk saat ini belum boleh dipastikan kerana untuk memproduksi 30 kotak nasi tersebut memakan belanja 10,000 yen. Perusahaan tersebut masih mencari cara agar produk yang akan dijual dengan harga yang lebih murah. Produk ini sangat sesuai untuk kegunaan para korban bencana alam dimana susah untuk mencari bahan bakar untuk memasak nasi.


Sumber

Kate Middleton Buat 3 Tentera Inggeris Pengsan

Tak boleh disangkal, kecantikan dan keanggunan Kate Middleton memang sering memukau banyak lelaki. Tapi kali ini luar biasa, kerana  tiga lelaki pingsan ketika bertemu dengannya.

Lebih luar biasa lagi, kerana mereka bukan lelaki biasa, melainkan para tentera yang menghadiri peringatan St. Patrick Day yang digelar Sabtu (17/3) lalu. Saat itu, isteri Pangeran William yang bergelar Duchess of Cambridge ini sengaja hadir dalam rangkaian tugas kenegaraan.

Namun acara tak berlangsung sukses bagi tiga tentara malang ini. Satu tentara nampak tergeletak di antara barisan dengan pakaian seragam lengkap, sedangkan dua yang lain harus diseret keluar barisan kerana tampak hampir pingsan.

Kate sendiri memang tampil memukau, dengan gaun hijau khas Ireland, yang dihiasi dengan bros Irish Guard milik Ratu Inggris. Dalam acara ini, Kate juga menyempatkan diri untuk memasangkan daun semanggi berkelopak 3 (yang dipercaya sebagai azimat keberuntungan), pada 40 tentara dan seekor anjing pemburu Ireland.

Sumber : http://id.omg.yahoo.com 

Demi Percaya Diri, Biker Tato Kepalanya

Sebahagian orang merasa memiliki tato pada bagian tubuh tertentu menimbulkan rasa nyaman serta meningkatkan rasa percaya diri. Hal ini lah yang dirasakan oleh seorang lelaki asal Florida, Amerika Syarikat (AS).

Lelaki yang hobi meenunggang  motor besar ini diketahui memiliki tato bergambar wajah di bahagian kepala belakang kepalanya yang nyaris tanpa rambut.

"Lelaki itu hanya menyisakan sedikit saja rambutnya agar terlihat seperti kumis dan alis," demikian seperti diberitakan The Sun Selasa, (20/3/2012).

Tidak hanya di bahagian belakang kepalanya saja, namun tato juga hampir menutupi seluruh badan lelaki itu.

Minggu Motor Tahunan ke-71 di Daytona Beach, Florida dipilih lelaki itu sebagai acara untuk mempamerkan tatonya tersebut.

Sumber : http://international.okezone.com 

Dokumen Rahasia Mengungkapkan 9.000 Penjahat Perang Nazi Lari ke Amerika Selatan

Sembilan ribu penjahat perang Nazi melarikan diri ke Amerika Selatan setelah Perang Dunia II, telah terungkap untuk pertama kalinya.
Jaksa Jerman baru-baru ini diberikan akses ke file rahsia di Brazil dan Chili yang mengkonfirmasi jumlah sebenarnya dari imigran dari Jerman.
Dailymail menulis, menurut dokumen rahsia tersebut, diperkirakan 9.000 penjahat perang melarikan diri ke Amerika Selatan, termasuk dari CroaTia, UkrainE, Rusia dan EropaH barat lainnya yang membantu Nazi.
Sebagian besar, mungkin sebanyak 5.000 orang, pergi ke Argentina, antara 1.500 dan 2.000 orang diperkirakan telah berhasil sampai ke Brasil, sekitar 500 sampai 1.000 ke Chili, dan sisanya ke Paraguay dan Uruguay.
Jumlah ini tidak termasuk beberapa ratus lagi yang lari mencari selamat ke Timur Tengah.
Perkiraan sebelumnya untuk berapa banyak penjahat perang Nazi yang melarikan diri ke Amerika Selatan bervariasi, mulai dari 5.000 hingga 300.000 orang.
File-file juga menunjukkan bahwa selama perang Presiden Argentina Jenderal Juan Peron menjual 10.000 pasporT Argentina kosong ke Odessa, sebuah organisasi yang dibentuk untuk melindungi mantan perwira SS jika terjadi kekalahan dalam perang.
Kurt Schrimm (62), di Jerman, adalah salah seorang pasukan hukum yang memilah-milah arsip tersebut.
“Dokumen-dokumen ini memberikan petunjuk terpanas kami selama bertahun-tahun.” tuturnya.
Schrimm mengatakan bahawa seorang sejarawan perempuan memberikan petunjuk tentang penjahat perang Nazi yang lolos, yang antara lain termasuk dalang Holocaust Adolf Eichmann, Josef Mengele dan komandan kamp kematian Treblinka Franz Stangl.
Ada harapan bahwa dokumen-dokumen itu mungkin mengarahkan kepada buruann yang hidup.
Schrimm dan rakannya Uwe Steintz (52), percaya bahawa arsip itu juga dapat memberikan petunjuk bagi para penjahat Nazi yang menyelinap kembali ke tanah air mereka dan hidup tanpa terdeteksi.
Yang membuat tertarik bagi para pemburu penjahat Nazi ini adalah rincian dari ‘jalur tikus’,  rute melarikan diri keluar dari Eropah setelah Perang Dunia II, yang memungkinkan 800-an orang pembunuh melarikan diri dengan pasport yang diberikan oleh Vatikan.
Sejak tiba di Amerika Selatan tiga minggu lalu, Schrimm dan Steintz telah mempelajari catatan Historico Arquivo, di Rio de Janiero.
Diketahui, Nacional Archivo adalah tempat penyimpanan semua dokumen imigrasi. Mereka menunjukkan bahawa 20.000 orang Jerman menetap di Brasil antara tahun 1945 dan 1959. 

Scarlett terima petua diet

Aktres cantik Scarlett Johansson bertuah kerana diberi petua untuk berdiet oleh pasangannya dalam filem Avengers, Jeremy Renner.

Jeremy mengajar aktres itu untuk bersedia dari segi fizikal sebelum mengamalkan cara berdiet yang betul dan seimbang.

“Dia (Jeremy) mengajar saya untuk tidak mengambil sejumlah besar makanan sebelum memulakan diet yang betul.

“Dia menyarankan agar makan enam kali hidangan kecil sehari. Saya tidak tahu daripada mana dia belajar mengenai hal itu namun apa yang saya boleh katakan, ia berhasil,” katanya yang perlu menguruskan badan untuk filem Avengers. 



sumber : sinar harian

Penduduk Surabaya diserang tomcat

JAKARTA - Serangan serangga Tomcat atau kumbang Paederus sejak beberapa hari lalu kini semakin menggemparkan penduduk beberapa kawasan di Surabaya, Jawa Timur apabila jumlah mangsa semakin meningkat.

Sehingga hari ini sejumlah 48 orang dilaporkan tercedera akibat bersentuhan dengan serangga itu dan terkena racunnya.

Mangsa yang bersentuhan dengan serangga itu biasanya mengalami masalah kulit timbul bintik-bintik, gatal berair dan meninggalkan bekas hitam pada kulit.

Ketua Pengarah Pengendalian Penyakit dan Kesihatan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia Tjandra Yoga Aditama dalam kenyataan media pada Selasa, berkata sebahagian daripada pesakit yang diberikan rawatan sudah sembuh sementara yang lain keadaan kulit mereka tidak begitu serius.

Jabatan Kesihatan Jawa Timur telah memberi penerangan kepada masyarakat supaya berwaspada dan menghindarkan diri daripada bersentuhan dengan serangga Paederus itu selain meminta mereka melakukan usaha pencegahan.

Tjandra Yoga menasihatkan masyarakat yang terjumpa serangga itu supaya jangan memicitnya agar racunnya tidak terkena pada kulit mereka.

Bunuh tomcat dengan menyembur racun serangga dan buang tanpa menyentuhnya.

Jika sentuhan pada kulit tidak dapat dielakkan, mereka hendaklah segera mencuci dengan air yang mengalir dan sabun bahagian kulit yang bersentuhan dengan serangga itu.

Penduduk juga dinasihatkan membersihkan kawasan persekitaran rumah dan memeriksa dinding serta siling rumah dekat lampu sebelum tidur. - Bernama 



sumber : sinar harian

Kutcher bakal jadi pelancong angkasa lepas


ALBUQUERQUE, New Mexico - Bilionair Britain, Richard Branson menyatakan aktor Ashton Kutcher menjadi pelanggannya yang ke-500 yang bakal berlepas ke angkasa lepas.
Branson membuat pengumuman itu dalam blognya kelmarin.
Kutcher akan menaiki kapal angkasa Virgin Galactic milik Branson.
Branson menghubungi Kutcher, 34, bagi mengucapkan tahniah dan menyatakan aktor tersebut berasa seronok kerana menjadi antara kumpulan pertama pelancong yang menaiki kapal angkasa Virgin Galactic mengelilingi orbit bumi.
Virgin Galactic kini berada pada peringkat terakhir ujian penerbangan.
Kapal angkasa itu akan memulakan penerbangan dari Terminal Spaceport America yang dibina di sebuah gurun di Upham, New Mexico.
Virgin Galactic merancang memulakan penerbangan komersial pada tahun 2013.
Branson menyatakan dia dan anak-anaknya merancang untuk menyertai penerbangan pertama ke angkasa lepas itu. - Agensi
sumber : kosmo online

Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas


HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga.
Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China.
Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. - AFP
sumber : kosmo online

Juri X Factor dituduh berlakon dalam video seks


LONDON: Juri X Factor Tulisa Contostavlos mendiamkan diri dan bersembunyi selepas dia dituduh berlakon dalam pita video seks di Internet.
Bintang terkenal itu berubah malu dan menghubungi peguamnya selepas pita selama lapan minit itu mula tersebar, semalam.

Rakaman menunjukkan Tulisa yang berambut perang melakukan seks oral bersama seorang lelaki misteri. Kem Simon Cowell enggan memberi ulasan sama ada pita itu akan merosakkan kedudukannya dalam program itu. Pihak pengurusan Tulisa juga tidak membuat sebarang ulasan selepas laman web nottulisa.com mendedahkan berita itu.


Satu mesej yang dihantar ke laman itu berbunyi: “Bukan Tulisa dan bekas teman lelakinya merakam aksi mereka melakukan seks di tempat umum, dirakam di belakang pentas dalam konsert muzik di telefon Blackberry!” Laman web kedua bergelar pappzd.com menulis dalam Twitter: “Jadi, peguam Tulisa baru meninggalkan pejabat kami selepas memberi kami notis bertulis tangan. Jadi, pada dasarnya, kami terpaksa memghentikan paparan video itu.” Tulisa turut menjadi bahan jenaka di kalangan selebriti.


sumber : myMetro

Bieber kena belasah?


LOS ANGELES: Dia adalah bintang pop remaja kecil yang dikenali dengan wajah keanak-anakan dan lirik polos yang membuatkan namanya cukup masyhur.
Bagaimanapun, dalam sesi fotografi terbaru, tidak dinafikan Justin Bieber akan mengejutkan peminat dengan penampilan lelaki sasa berlumuran darah yang dibelasah teruk.

Penyanyi lagu Baby berusia 18 tahun itu dilihat bermandi darah ketika mukanya ditumbuk oleh peninju yang tegap. Imej itu adalah satu daripada banyak gambar yang diambil oleh jurugambar fesyen terkenal dunia Tony Kelly untuk sesi fotografi majalah Complex. Dengan berpakaian kemeja putih dan tali leher hitam di gelanggang, Bieber dilihat dipukul dengan kuat di rahangnya sebelum meludahkan darah daripada mulutnya. Kemejanya koyak dan wajahnya penuh lebam dan berdarah, sebelum dia ditenangkan wanita berbikini di gelanggang ketika dia bersedia untuk bertarung semula.


Dalam gambar lain Bieber menyarung jaket tuxedo hitam dan turut bertarung beberapa pusingan dengan bola belon peninju.

Imej mengejutkan itu diambil Tony Kelly, jurugambar yang dilahirkan di Dublin yang telah mengambil pelbagai gambar fesyen jenama mewah untuk majalah seperti GQ, Tatler dan Vanity Fair.


Selepas merakam gambar konflik di negara dilanda peperangan, termasuk Rwanda dan Afghanistan, Kelly menjadi seorang daripada jurugambar paling dikehendaki selepas menceburi industri fesyen, selepas bekerja dalam industri itu selama lapan tahun.



Kelly juga telah bekerja untuk kempen iklan terbesar untuk American Apparel dan Mini Cooper, serta majalah lelaki Playboy. - TS 


sumber : myMetro

Tunang dajal


KAJANG: Hanya kerana tidak puas hati ikatan pertunangan bakal terputus di tengah jalan dan impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, seorang lelaki sanggup merogol tunangnya sendiri dalam kereta, malam kelmarin.
Wanita berusia 24 tahun terbabit diperdaya tunangnya itu untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum bersetuju mengikut tunangnya menaiki kereta.

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Utara Semenanjung itu menjemput mangsa di pejabatnya di Taman Keramat, di sini, jam 6 petang.


Sebaik wanita terbabit menaiki Proton Perdana dipandu tunangnya, lelaki terbabit dikatakan memecut ke arah Kajang.

Mangsa yang menyedari sikap pelik tunangnya itu dan bimbang diapa-apakan cuba bertindak nekad melawan dan terjun daripada kenderaan berkenaan.


Malangnya, tindakan itu gagal apabila tunangnya itu menghalangnya dengan menarik baju dipakai mangsa hingga terkoyak hingga menampakkan sebahagian badannya.




Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Hentian Rawat dan Rehat Bukit Dukong, di sini sebelum memberhentikan keretanya di satu kawasan sunyi.

“Mangsa cuba melarikan diri selain melawan dan mempertahankan diri. Bagaimanapun, mangsa dipukul dan ditumbuk suspek sebelum dirogol di dalam keretanya.


“Selepas insiden itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kajang. Namun, kelibat mencurigakan suspek dan mangsa disedari abang mangsa. Lelaki itu kemudian bertindak mengejar suspek tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam.

Berikutan itu, mangsa menceritakan kejadian dia dirogol tunangnya itu sebelum ditemani abangnya ke balai polis berhampiran membuat laporan.


Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 17 tahun turut diperkosa seorang lelaki dipercayai abang angkat mangsa di kawasan tangga sebuah pusat beli-belah di Kajang, di sini.


Ab Rashid berkata, gadis lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu membuat laporan berkenaan kelmarin dan dipercayai kejadian itu berlaku bulan lalu dan mendakwa dirogol abang angkatnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama.


Menurutnya, mangsa yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan hanya berborak kosong dengan suspek di kawasan tangga itu namun dia dipeluk sebelum dirogol.


Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



sumber : myMetro

Kurung kekasih jadikan hamba seks


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup mengurung kekasihnya di hotel bajet di Jalan Haji Taib 3, Chow Kit, di sini selama seminggu sejak 9 Mac lalu untuk dijadikan hamba seks.
Bagaimanapun, dengan pertolongan seorang pekerja hotel, mangsa berjaya melarikan diri pada 16 Mac lalu sebelum membuat laporan polis mendakwa dirogol teman lelakinya.

Pada masa sama, terdapat satu laporan dibuat bapa mangsa yang menyatakan anaknya itu berusia 32 tahun melarikan diri dari rumah pada 10 Mac selepas mangsa tidak pulang ke rumah.


Berdasarkan semakan laporan itu, mangsa ditahan sebelum penahanannya dimaklumkan kepada bapanya.

Selepas bapa mangsa datang menemui anaknya di balai polis, mangsa dibenarkan pulang bersama keluarganya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.


Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Hulu Klang mengikut teman lelakinya itu dikenali sebulan lalu, jam 5 petang, 9 Mac selepas lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di ibu kota.



“Sebelum keluar bersama lelaki itu, mangsa diminta meminjam RM1,000 daripada ibunya dan dengan menunggang motosikal, mangsa dibawa ke Chow Kit sebelum menyewa hotel bajet di Jalan Haji Taib 3,” katanya. 


sumber : myMetro

Misteri ‘van putih’ kembali


SHAH ALAM: Misteri ‘van putih’ kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.
Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.


“Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007.


Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.




Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.

“Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.


Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.

“Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.


Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu.



sumber : myMetro

Koma berebut staf wanita


ALOR SETAR: Seorang kakitangan sebuah bank di Jalan Pegawai, di sini, tergamak memukul rakan baik sendiri menyebabkan mangsa koma hanya kerana cemburu dan tidak puas hati melihat hubungan baik mangsa dengan seorang kakitangan wanita yang bekerja di bank sama.
Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa, Mohd Khairul Faiz Mohd Sobri, 22, terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas mengalami kecederaan serius di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.
Kejadian berlaku di kawasan parkir motosikal di bangunan bank berkenaan ketika mangsa baru tiba dari Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat dengan beberapa rakan sekerja sebelum mangsa bertemu dengan suspek berusia 20-an berhampiran sebuah premis di bangunan bank berkenaan.

Difahamkan, mangsa dan suspek dipercayai rakan baik dan sering bersama sebelum ini, namun disebabkan mangsa rapat dengan seorang kakitangan wanita di bank berkenaan menyebabkan suspek cemburu hingga berlaku perselisihan faham.



Bagaimanapun, suspek bertindak di luar jangkaan apabila memukul kepala mangsa dengan objek tumpul hingga rebah ke lantai dalam keadaan berlumuran darah di kepala. 


sumber : myMetro

Maut tersepit bawah lori


SEREMBAN: Seorang lelaki terbunuh dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya melekat di bahagian belakang sebuah lori selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak kenderaan berat itu di Kilometer 262, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, semalam.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Mohamad Aizad Osman, 26, menunggang motosikal Yamaha LC gagal mengelak sebelum merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan motosikal ditunggangi mangsa terperosok di bawah lori manakala tubuh mangsa melekat di tempat duduk motosikalnya.


Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika lori berkenaan dari arah Kuala Lumpur yang mengalami masalah enjin berhenti di laluan kecemasan.

“Bagaimanapun, motosikal dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba merempuh sisi belakang lori terbabit menyebabkan mangsa dan motosikalnya tersepit di bawah lori.


“Keadaan mangsa cukup mengerikan apabila kaki dan paha mangsa masih tersepit di tempat duduk menyebabkan tubuh mangsa terjuntai ke bawah,” katanya. Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika lori dari arah Kuala Lumpur itu berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami kerosakan enjin.




Susulan kejadian itu, petugas penyelenggara lebuh raya segera menghubungi polis trafik serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.



sumber : myMetro

Gila seberang jalan pun sempat buat projek

image
Dah dasar namanya binatang..mana sempat jelah…..

Sanggup pilih buaya daripada suami sendiri


Vicki Lowing wanita dari Australia ini sanggup berpisah @ bercerai dengan  suaminya daripada berpisah dengan buaya peliharaannya.Pencerai ini berlaku pada tahun 2005.Dia telah memelihara buaya ini sepanjang satu setengah meter selama 13 tahun.Buaya ini dijumpai didepan pintu rumahnya oleh orang yang tidak dikenali.Buaya yang dikenali sebagai Johnie dibiarkan berkeliaran dirumahnya dan  kadang-kadang buaya ini tidur dibilik anak lelakinya.Kerana dia memberi tumpuan lebih kepada buayanya di katakan punca pencerainnya.Dia berkata "Suami boleh menjaga diri sendiri tapi buaya saya tidak boleh membuat makanannya sendiri.

Kura-kura berhidung babi


Ternyata ada haiwan aneh iaitu penyu berhidung babi yang populasinya telah menurun drastik selama 30 tahun terakhir.

Reptilia unik ini telah menjadi ikon konservasi internasional, kerana itu tidak memiliki kerabat dekat dan dianggap sebagai penyu yang paling disesuaikan dengan hidupnya, iaitu di bawah air yang biasa berada pada kolam air tawar dan sungai.

“Penyu berhidung babi ini dianggap unik dan tidak biasa di antara spesies air tawar kura-kura dalam banyak aspek, ekologi morfologi dan perilaku mereka berbeza,” kata Carla Eisemberg dari University of Canberra, Australia seperti dikutip BBC Nature.

Jahanam..ajar anak saudara hisap ganja dan posting videonya ke you tube

INILAH.COM, Minnesota – Lelaki berasal Minnesota memposting video mengajarkan anak saudaranya15 tahunnya membalut dan merokok ganja di YouTube. Alhasil, ia ditahan selama 20 hari.

Khari Jerome Anse Tillman Sr. (32) dari Rosemount, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) yang awalnya mendapat empat tuduhan tindak jenayah ringan ini akhirnya diputuskan ditahan selama 20 hari dan dua tahun masa percubaan.

Putusan itu merupakan sebahagian penawaran ketika dia mengaku bersalah atas tindak jenayah ringan berkait kenakalan anak tersebut. Seperti dikutip UPI, polis menangkap Tillman ketika layanan perlindungan anak membawa serangkaian video YouTube yang menarik perhatian para pihak berwajib itu.

Video itu menggambarkan Tillman sedang mengajari anak saudaranya cara mebalut ganja dan merokoknya. Namun video itu telah dihapus dari web tersebut.

Ketika video itu dibuat pada Januari 2010, Tillman masih menjadi pengasuh rasmi remaja itu.

[Hot] "Intersex" Jenis Kelamin Baru Manusia

Organisasi hak asasi manusia Australia mengusulkan agar di negara itu, pondan diakui sebagai jenis kelamin rasmi. Untuk itu, organisasi ini mengusulkan jenis kelamin baru yang dinamakan "intersex".

 Seperti diberitakan Reuters,  Komnas HAM Australia tersebut meminta agar "intersex" menjadi alternatif rasmi jenis kelamin yang dimasukkan ke dalam formulir-formulir.

 Dalam draft usulannya, Human Rights and Equal Opportunities Commission (HREOC) juga memasukkan hasil perbincangan  transgender dan transeksual di Australia. HREOC sendiri merupakan lembaga negara yang memberikan nasihat kepada pemerintah Australia.

 Dalam draft usulan, penandaan "intersex" juga diberikan kepada seseorang yang tidak melakukan operasi untuk mengubah jenis kelaminnya.

 Menurut laporan Dailt telegraph, draft usulan berjudul "Sex Files-The legal recognition of sex: Proposed reform" itu, merupakan kunci dari draft usulan yang masih dikembangkan.

Dah kena penjara pun nak suntikan botox

Macam-macam hal...itulah akibat bila penguatkuasaan kurang ketat
banduan pun boleh dapat suntikan botox...


MEXICO CITY: Terkurung dalam penjara tidak menghalang seorang ‘ratu’ kartel dadah daripada mendapatkan perkhidmatan Botox, kata pihak berkuasa semalam.

Menurut pentadbir penjara Mexico City, seorang doktor diseludup masuk ke Penjara Wanita Santa Martha Acatitla pada bulan lalu untuk melakukan ‘prosedur yang tidak dibenarkan ke atas tahanan’.


Dalam kenyataan pendakwa pula, doktor terbabit memberikan suntikan Botox kepada Sandra Avila Beltran yang lebih dikenali di kalangan kartel dadah Sinaloa sebagai ‘Ratu Pasifik’.


Sandra dipenjara sejak 2007 kerana disyaki bersubahat dengan pengedar dadah, mengubah wang haram serta menganjurkan jenayah.



Seorang hakim membebaskan Sandra daripada tuduhan berkenaan pada Disember lalu tetapi pihak pendakwa mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.


Dia juga mungkin diekstradisi ke Amerika Syarikat berhubung rampasan lebih sembilan tan kokain dalam kapal nelayan di perairan Mexico pada 2001.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved