55 anak daripada 55 perempuan

on 29 Februari 2012

Seorang lelaki yang tinggal di Paris, Perancis, yang mendaftar 55 anak dari 55 ibu yang berbeza akan menjalani 10 tahun penjara dan denda kerana didakwa melakukan penipuan.Dia disyaki telah mengaku sebagai ayah anak-anak itu dan membantu orang mendapatkan tempat tinggal dengan alasan palsu.

Lelaki berumur 54 tahun berasal daripada Afrika itu, yang dirahsiakan identitinya, ditangkap di sebuah flat dua bilik di Paris dalam sebuah serbuan oleh pihak polis. Dalam serbuan tersebut, polis menemukan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa lebih dari 50 orang berdaftar di alamat itu.

Polis mensyaki, lelaki itu terlibat penipuan untuk mendapatkan jaminan sosial yang boleh mendapatkan wang negara lebih dari 1 juta euro per tahun ketika para ibu itu meminta bantuan. Ketika ini 42 wanita telah mengaku yang lelaki itu merupakan bapa kandung anak mereka.Tetapi pihak berkuasa tidak mempercayainya dan akan melakukan ujian DNA.

Lelaki itu mengaku, dia bertemu dengan perempuan- perempuan itu di bar, tempat hiburan malam, dan kadang-kadang dalam kunjungan ke negera mereka, seperti Senegal, Cameroon, dan Mali. Dengan membayar sebanyak 150-200 euro, dia mendaftarkan anak-anak itu dan ibu mereka pada pihak berkuasa Perancis, yang memungkinkan mereka untukmembolehkan mereka tinggal dan meminta bantuan daripada pihak kebajikkan di Peranchis.-kompas

Bilik hotel percuma dengan syarat adegan seks disiarkan secara lansung

Seorang penguasaha industri porno mempunyai idea yang cukup gila. Berth Milton, bos perusahaan Private Company ini berniat menyediakan bilik hotel yang mewah bagi pasangan yang mahu adegan intimnya disiarkan langsung di internet.

Lelaki yang berasal dari Sweden ini yakin satu hotel saja dapat meraup untung sampai USD 43,8 juta per tahun, dari hasil satu bilik. Kerana itu, Milton merancang untuk membuka 100 hotel lima bintang untuk menjayakan rancangannya.

Bilik-bilik hotel tersebut dapat diduduki secara percuma. Syaratnya, pasangan harus berhubungan intim dan dirakam oleh perusahaan Private Media kepunyaan Milton.

Namun selain untuk para pasangan , hotel itu juga boleh diduduki oleh orang biasa. Milton yakin mereka juga akan berminat tinggal di hotelnya.Mereka bebas bertelanjang di hotel tersebut.(link)


Robot bantal boleh jatuh cinta dengan pemiliknya

Sejenis robot ciptaan terbaru di Jerman boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekali gus mengubati kesepian berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Menyerupai sebuah bantal besar, robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta.Lebih istimewa kata perekanya, Stefan Ulrich, robot yang dikenali sebagai funktionide itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya.

Menurut Ulrich, pada masa hadapan, robot boleh menggantikan teman lelaki atau wanita bagi mengisi kekosongan hidup.

"Semakin ramai orang mementingkan kebendaan dan mereka menggunakan teknologi untuk lari daripada realiti kehidupan," kata Ulrich.

"Justeru, jika robot dan objek dapat memenuhi keperluan emosi mereka, mengapa mereka masih perlukan manusia lain?," tambahnya.-kosmo online







Bentuk buah catur yang pelik









buah catur yang unik....

Bayi yang berumur 26 tahun

Tak seperti kebanyakan lelaki dewasa lainnya, keadaan fizik Jerly Lyngdoh (26), sangat berlainan. Usianya 26 tahun tetapi keadaan fiziknya seperti bayi yang berusia 2 tahun.Tinggi badan Jerly tidak lebih dari 84 cm dan beratnya hanya10 kg.

 Sehingga kini, Jerly tidak boleh berkomunikasi dan memerlukan bantuan ibunya untuk melakukan aktiviti hariannya.

Walaupun  fiziknya seperti bayi, tetapi gigi susunya telah digantikan gigi kekal. “Dia telah menjalani diet yang tepat. Memiliki gigi yang kuat dan tidak memiliki masalah dengan pencernaannya. Yang menjadi permasalahan adalah ketidakmampuannya berbicara satu patah katapun hingga usianya ketika ini,” terang J Ryngdong, doktor  di Hospital Pemerintah Ganesh, Meghalaya, India. Ryngdong mencuba menganalisis kes yang menimpa Jerly.Jerly lahir pada 29 March 1983 di sebuah desa terpencil di  Jaintia Hills.

Tak minum minyak sehari kepala pening

Jesen Khairul Fuadi,  berusia enam tahun mempunyai kebiasaan yang unik iaitu meminum minyak. Kebiasaan ini sudah dilakukan sejak dia berusia satu tahun. Setiap hari, kanak-kanak yang belum sekolah itu boleh menghabiskan dua hingga tiga liter minyak.
Kemana pun pergi dia mesti membawa minyak bersamanya. Mulut dan hidungnya selalu membau dan meminum bekas yang membawa minyak itu. Dia mengaku pening jika tidak membau aroma minyak itu.

Bapanya mengaku sudah kerap melarang anaknya meminum minyak. Berbagai cara telah diusahakan agar kebiasaan buruk anaknya itu berhenti seperti diterapi dengan pengubatan alternatif, menyembunyikan semua bekas berisi minyak dan mengganti minyak dengan air tetapi masih juga gagal.

Akibat meminum minyak itu pertumbuhan tubuh Jesen tidak normal dibanding anak seusianya. Tubuhnya tampak mungil, rambutnya kusam dan matanya sayu.

[Ngeri] Cara mengajar murid paling ekstream

Pernah kita terfikir cara pembelajaran seperti ini.Kalau cara inilah 
yang di amalkan nescaya murid akan serik untuk datang kesekolah
untuk belajar.Sebelum dipratikkan seharusnya guru dulu yang merasakan
kesan daripada pembelajaran cara begini.......nasib baik cara ini belum menjadi amalan













sumber gambar : Arjan Benning

Sebelum diterapkan, guru harus berlatih dulu  bagaimana cara membentuk huruf-huruf tersebut dengan penyepit baju ini. 

Guru-guru yang menggunakan cara ini untuk mengajar ABC ke muridnya pasti lah guru-guru teladan yang rela berkorban demi anak muridnya. Sungguh sesuatu yang sangat luar biasa. Akan kah ada guru-guru seperti ini?


Rumah milik Nabil kena pecah

Kediaman pelawak dan pelakon terkenal, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau, di Seremban hari ini.
    
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 minit pagi ini, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah itu melalui sebuah daripada bilik rumah itu yang kini didiami keluarga bapa saudaranya.
    
Menurut bapa saudara Nabil, Rahmat Abdul Latiff, 55, kejadian disedarinya sebaik pulang ke rumah itu selepas menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat membeli belah berhampiran.
    
Katanya setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000.
    
"Kejadian ini yang pertama berlaku di rumah ini dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di Seremban hari ini.
    
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

- Bernama


sumber : malaysiakini

Jumpa telur ayam bulat seperti bola


James Church 27 tahun seorang chef terkejut apabila dia terjumpa sebiji telur ayam unik yang berbentuk bulat seperti bola ketika sibuk memasak di Hotel Bristol di Newquay, Cornwall.Dia yang terjumpa telur itu didalam satu bekas ketika myediakan sarapan pagi.

Menurutnya, dia berasa tergamam seketika sebelum memanggil semua orang yang berada di dapur untuk melihatnya.


Dia berkata, mereka turut kagum kerana tidak pernah melihat telur unik itu.

Church yang bekerja selama lapan tahun sebagai tukang masak membuat keputusan untuk menyimpan telur unik itu.(link)

Lelaki atau perempuan?






Mereka ini sebenarnya lelaki yang telah menukar jantina...


Berhati-hati beli mee kerana ada mee yang dibuat daripada chopsticks

Berhati-hatilah bila membeli mee goreng di restoran. Pastikan mee-nya benar-benar mee. Soalnya sekarang ada mee yang dibuat dari bekas penyepit yang dikumpulkan dari tempat sampah  di restoran atau hotel. Di bawah ini adalah proses pembuatan mee dari penyepit makanan (chopsticks).

Penyepit dipotong-potong kecil


Ditambah air dan garam


Ditambah sedikit tepung


Di tambah penyedap rasa


Direbus selama 15 menit


Dimasukkan dalam botol dan dibiarkan 2 hari


 Setelah 2 hari


Digoreng dan dicampur sayuran serta daging. Siap dihidangkan.

Satu keluarga berambut panjang

Rambut adalah mahkota wanita.berbagai cara dilakukan pada rambut kaum hawa tersebut agar tampak indah dan menjadi kebanggaan tersendiri bagi pemiliknya. termasuk diantaranya adalah memanjangkan rambutnya. bila panjangnya secara wajar tentu nampak indah, namun apa jadinya bila panjangnya mencapai 37 kaki  dan nampak mengerikan.Malah semua ahli keluarganya berambut panjang.Keluarga itu ialah keluarga Sutherland dari New York.



Cara penumpang di China mengatasi kesesakkan dalam bas

Di China, untuk menghindari kepenatan akibat kesesakkan seorang penumpang nekad memanjat besi pegangan bas. Dia pun selamba begayut di besi itu.




Dan ini cara berpayung didalam hujan yang gerenti
tak basah punya....

Budak tak makan selama 4 tahun

Seorang budak lelaki di Britain, Daniel Harrison, berusia empat tahun trauma untuk mengambil makanan pejal sehingga menyebabkan dia tidak makan selama empat tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki itu yang menghidap autisme, takut untuk makan atau minum selepas dia diserang sakit gastrik yang teruk semasa masih bayi.

Fobia yang dihidapi oleh Daniel menyebabkan dia terpaksa diberi makanan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.

Bagi mendapatkan makanan dan rawatan, Catherine dan Kevin Harrison iaitu ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa berulang alik dari sebuah hospital di London yang terletak agak jauh dari kediaman mereka di sini, England. Kos bagi rawatan tersebut juga mahal.

"Berdasarkan sudut perubatan, anak kami boleh mengambil makanan seperti manusia normal, tetapi dia amat takut untuk makan atau minum," kata bapanya.

Setakat ini, pakar-pakar di Britain gagal mengubati ketakutan Daniel untuk makan tetapi ibu bapanya tidak berputus asa dan merancang untuk membawanya ke sebuah klinik pakar di Austria sebagai jalan terakhir untuk merawat anak mereka.

Keluarga tersebut kini gigih untuk mengumpul dana berjumlah £20,000 (RM99,437) bagi tujuan itu.-

Awas mewarnakan rambut boleh membuat anda kelihatan seperti 'monster'

Maksud hati ingin tampil lebih bergaya dan menawan, apa daya bukan semakin cantik yang didapat melainkan kesakitan dan keburukkan. Mungkin inilah ungkapan yang lebih tepat bagi gadis bernama Abigail Coulbourne yang berusia 15 tahun, yang bermaksud mewarnakan rambutnya yang berwarna kecoklatan dengan pewarna rambut yang lebih gelap.

Ada satu hal yang tidak diperhatikan gadis  ini sebelum melakukan proses mewarnakan dia tidak terlebih dahulu melakukan ujian kesan terhadap kulitnya seperti yang disyorkan oleh pengeluar produk.

Seringkali kita menganggap ringan dan remeh dari cara pemakaian yang baik. Namun inilah jadinya bila tidak mengikut arah pemakaian produk. Zat Clairol dalam pewarna yang tidak sesuai dengan kondisi kulit boleh mengakibatkan bengkak pada wajah dan kulit kepala lainnya.

Jadi berhati-hatilah jika memakai pewarna rambut dan baca segala peraturan pemakaian yang ditunjukkan di kotak bungkusan.

Bunuh diri kerana rakaman video seks bersama seorang lelaki


Tyler Clementi seorang pelajar Universiti Rutgers membunuh diri dengan terjun daripada jambatan George Washsington setelah dua rakan sekuliahnya merakamkan aksi dia melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki di biliknya.

Polis yang menemui mayat seorang lelaki di Sungai Hudson telah cuba untuk mengesahkan mayat itu Clementi dan Clementi sebelum ini ada menulis satu nota di laman Facebook miliknya yang menyatakn di akan terjun dari jambatan itu.

Dua orang rakannya yang merakamkan aksi seks tersebut telah didakwa merakamkan aksi seks tanpa kebenaran dan menyiarkan imej itu di internet.




Gadis dengan payudara seberat 20 paun

Carol Ortiz dari Bolivia berusia 21 tahun mempunyai payudara seberat 20 paun.Payudaranya mula membesar selepas dia melahirkan anak.Payudara terus membesar sehingga kini dan dia juga hendak mengecilkan payudaranya kerana membebankan dirinya tetapi tidak seorang pun yang sanggup.






Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved