Doktor menyamar jadi buaya untuk buat kajian

on 27 Februari 2012

Kajian "gila" ini namanya. Dr. Brady Barr  melakukan sesuatu yang sangat berbahaya iaitu menyamar sebagai buaya dan berkumpul bersama dengan buaya-buaya di kandang buaya untuk membuat kajian tentang kehidupan reptilia itu.
Doktor ini memakai pakaian buaya yang dibuat daripada fiber glass, aluminium dan kevlar. Untuk menutupi bau manusianya dia meyapukan najis kuda diseluruh pakaian buaya itu.



macam nak serah nyawa je.....


Kerana asyik melayan nafsu kereta masuk kedalam sungai pun tak sedar

Nafsu buat orang lupa daratan, bila nafsu sudah menguasai diri akal dan fikiran sihat tak lagi bekerja dan yang ada hanya hasrat untuk melampiaskan nafsu semata. Mungkin inilah sebabnya sepasang kekasih yang tengah dirasuki nafsu berahi ini tak lagi berhati hati dan waspada saat 'parking' keretanya di tepi sungai, sehingga handbrake kereta pun lupa nak di tarik..

Kerana melayan nafsu pasangan ini tak menyedari keretanya mula bergerak ke arah sungai

Saat mereka berdua tengah asyik didalam kereta , secara  perlahan kereta mereka bergerak sedikit demi sedikit ke arah tanah yang lebih rendah, dan menuju ke sungai Rhine di Cologne Jerman, hingga akhirnya kereta mereka masuk kedalam sungai yang  deras arusnya.

Nasib baik kejadian tersebut ada yang sempat dilihat orang ramai jatuh ke sungai, sehingga penyelamat polis segera melakukan pertolongan. Sebelum ini juga pernah ada kejadian serupa di tempat yang sama dimana pasangan Jochen Ransett yang berusia 56 tahun dan isterinya Maria yang kendaraannya mereka juga masuk kedalam sungai kerana asyik melakukan hubungan seks di dalam kereta dikawasan tersebut.(link)

Ni kategori terer ke atau nak bunuh diri?



memang dia berani..tapi kemalangan tidak berbau...
nyawakan penting....


Inikah yang dinamakan seni atau menyiksa diri?

Kenapakah mereka sanggup menyiksa diri mereka
sebegini.Adakah ini yang dikatakan seni?
Bagi aku ini bukan seni tapi menyiksa diei sendiri....









Lelaki punya 300 lubang di muka




Habis satu muka dia tindik.Dikatakan ada 300 lubang dimukanya.
Lihat patung di belakang sampai ngeri tengok wajah pemuda ini.Bertambah
handsome ke kalau pasang tindik mcam ni?


Cara menyeludup yang tak masuk akal






idea yang jarang kta fikirkan dan tak masuk akal...


Mug untuk blogger tegar

Sambil berblog sambil minum air kopi panas...
Mug ini di lengkapi dengan USB....





BOLEH ORDER SATU NII....


Pernah anda lihat akuarium macam ni



Akuarium ini di panggil Fish & Flush

Cacing sepanjang 2meter

Kalau panjangnya macam nilah cacing ni,
ikan pun takut nak makan...
Semua ikan cabut lari....


Tak boleh hidup atau mati tanpa komputer










 keranda pun nak dipasang komputer...

kubur nak juga dihias komputer....itulah manusia zaman sekarang
tak boleh hidup dan mati tanpa komputer...

bk-lupa lak borak kosong ada tercalon di blog pilihan Malaysia
so..siapa nak mengundi borak kosong sila klik

Nenek hidup sederhana sumbang saham AS$7juta

Grace Groner, seorang nenek hidup sederhana hingga akhir hidupnya dan meninggal dalam usia 100 tahun, membikin kejutan kerana mempunyai saham bernilai AS $7 Juta .
Grace Groner hidup sendiri sampai meninggal itu memang orang “berpunya” dan mulia, di balik kesederhanaannya. Masyarakat mengelarnya“Amazing Grace”. Dia tinggal di rumah yang hanya memiliki satu bilik tidur, bertempat di Lake Forest, Chicago.
Groner pernah menjadi sekretari di Abott Laboratories selama 43 tahun. Dia sering menyumbang dana biasiswa kepada  Lake Forest College. Dia selalu berkata akan menyumbang lebih banyak apabila sudah meninggal, tapi tidak ada yang pernah menyangka jumlah yang disumbangkannya begitu besar .

[Pelik] Pasangan minta undian orang ramai sama ada gugur atau lahirkan bayinya


Pasangan yang berusia 30-an ini mengatakan ini merupakan cara terbaik dari demokrasi Amerika Syarikat (AS).Kenapa mereka berkata begitu.Ini kerana pasangan dari Minneapolis AS, menyiarkan gambar scan bayi  mereka yang belum lahir di internet untuk meminta para pengguna web mengundi sama ada mereka meneruskan kelahiran bayi ini atau menggugurkannya dan mereka mengelar bayi sebagai Wiggles.

Ketika ini, usia kandungan Alisha mencapai 17 minggu, dan pengguna web boleh memberikan pendapat mereka sehingga minggu ke 20 iaitu sebelum 7 Disember kerana mereka di bolehkan menggugurkan kandungan sehingga minggu ke 20 sahaja mengikut undang-undang.

Pasangan itu mengatakan, suara final akan 'sangat mempengaruhi keputusan mereka', dan hasil terakhir menunjukkan 79.79% suara menginginkan pasangan ini menjaga bayi itu, 20.53% lainnya mengatakan agar mereka melakukan pengguguran

Dalam blog, Alisha menulis dia takut menjadi seorang ibu dan boleh menyebabkan gangguan saraf membina keluarga.

”Saya takut tekanan  menjadi isteri sempurna dan ibu sambil mempertahankan pekerjaan saya, pada akhirnya akan membuat dalam keadaan tekanan dan mengakibatkan gangguan saraf,” tambahnya. Alisha mengalami dua kali keguguran dalam sepuluh bulan terakhir.

David Davidson,salah seorang yang  melihat gambar scan bayi itu telah meminta pasangan ini agar mempertimbangkan tindakan mereka. Dia berkata, “Jika Anda membiarkan orang laing menentukan nasib keluarga Anda di internet, maka Anda pasti tak cukup matang menjadi orangtua dan memerlukan bantuan profesional.”

bk-macam ni punya orang pun ada kat dunia ini......



Iklan yang dah macam trailer filem

BEST betul iklan ni dah macam trailer filem...
mesti mahal kos nak buat iklan macam ni...





Betina ini boleh digilir oleh 14 jantan setiap hari

Tupai merah betina nampak begitu berghairah 'mengahwini' 14 tupai jantan setiap hari. Alasannya sangat sederhana, tupai merah jantan selalu bersedia untuk 'kahwin', bila-bila pun.

Berdasarkan penelitian di Royal Society Journal Biology Letters, perilaku dari tupai betina itu tidak ada hubungannya dengan gen. Sebelumnya mereka berfikir bahawa genetik telah mendorong tumpai betina untuk sering 'kahwin' tapi ini salah. Ketika muncul keinginan 'kahwin' oleh tupai merah jantan muncul, tupai merah betina tidak pernah menolak.

“Perilaku mereka sangat dipengaruhi oleh kesempatan,” ujar Eryn McFarlane, ilmuwan di University of Guelph. Meskipun menjadi jantan yang gemar melakukan hubungan seks seringkali dianggap sebagai keistimewaan, namun perilaku ini boleh menimbulkan kematian.

“Memiliki lebih banyak pasangan bererti lebih banyak mengeluarkan tenaga untuk 'kahwin', ini meningkatkan paparan bagi pemangsa, serta meningkatkan potensi penyebaran penyakit menular melalui seksual,” tegasnya.

Strategi perkahwinan yang optimal hanya terjadi jika unsur genetik ikut  untuk menjaga agar kepentingan masing-masing individu terus berjalan. Bahkan, gen manusia telah berevolusi untuk membantu mengawall hormon dan faktor biokimia terkait keinginan seksual. Namun begitu tupai betina belum mampu berevolusi untuk mengatakan ‘tidak’ kepada pasangannya .

McFarlane dan pasukan penyelidikannya menemukan bahawa lebih banyak tupai jantan di suatu kawasan yang tertarik untuk 'kahwin', maka semakin banyak pula betina yang bersedia. “Tidak ada ikatan yang kuat antara perilaku kahwin dan genetik pada diri tupai merah. Ada indikasi bahawa perkembangan tingkat pergaulan mereka masih berjalan lambat.”

Kereta Lelaki Ini Dipijak Perempuan Bogel


SAN FRANCISCO - John Knight terpaksa memperbaiki kereta Volvo miliknya kerana seorang perempuan bogel berbadan besar memijak bahagian hadapan keretanya dan berjalan di atasnya hingga memijak kaca depan keretaJohn.


Ketika John sedang memandu di jalanan di Kota San Francisco, Amerika Syarikat (AS), seorang perempuan bogel dengan berat badan 125 kilogram muncul dan melompat ke kereta milik John. Perempuan itu langsung berjalan di depan hingga memijak kaca keretaJohn.


Para warga setempat langsung terkejut ketika melihat penampakan perempuan besar itu. Pada awalnya, tubuh perempuan itu terbalut oleh selimut, dirinya pun dikelilingi warga. Namun, perempuan besar itu langsung melepas selimutnya dan menghampiri kereta John.


"Dia berjalan dan naik ke atas kereta saya. Dia pun memija kaca depan dalam keadaan bogel," ujar John, seperti dikutip Daily Mail, Senin (27/2/2012).


Perempuan  itu mencoba untuk menghancurkan kaca depan kereta John . Beberapa tendangan dilakukan oleh perempuan itu hingga akhirnya petugas polis datang dan mengamankan perempuan itu dan memaksanya turun dari kereta John.


Setelah diamankan, perempuan itu langsung dibawa ke rumah sakit jiwa dan hingga saat ini, belum jelas apakah polis akan menahan perempuan itu. John juga tidak mendakwa perempuan itu kerana merosak keretalnya.(AUL)

Kenapa akhbar The Star siar gambar ini?



KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

“Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?” demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

sumber : harakahdaily

Ajaib seorang lelaki koma sedar untuk beritahu identiti penembaknya dan dia kemudian meninggal dunia


CAIRO - Tidak ada yang mustahil untuk terjadi di dunia ini. Seperti kisah yang dialami oleh seorang lelaki Mesir ini.


Dia yang mengalami koma hampir selama tujuh bulan akibat luka tembak di kepala, tiba-tiba sedar dan dengan cepat mengidentifikasi pelaku yang menembak kepalanya. 


"Lelaki itu tiba-tiba terbangun dan menjelaskan pelaku penembakan terhadap dirinya bernama Muhammad yang berprofesi sebagai seorang tukang cukur. Tak lama setelah itu polis pergi untuk menangkap pelaku dan lelaki itu pun meninggal dunia," ungkap sebuah Surat Khabar Mesir seperti dikutip emirates247 Minggu, (26/2/2012).


Lelaki yang bekerja sebagai pegawai di salah satu instansi pemerintahan Mesir itu ternyata hanya sedar beberapa minit saja untuk mengungkapkan identiti pelaku penembakan terhadap dirinya sebelum akhirnya dia meninggal dunia.(rhs)

Toilet Dengan Pemandangan Bangunan Pencakar Langit di Frankfurt




Bangunan pejabat pusat Commerzbank di Frankfurt, Jerman, mempunyai toilet yang unik. dimana para pekerja yang menggunakan bilik kecil dapat melihat pemandangan kota dari ketinggian ratusan meter.


Toilet tersebut terletak di tingkat ke-49 pada bangunan yang memiliki tinggi 260 meter ini, sehingga para pekerja tidak perlu merasa khuatir ada yang mengintip mereka dan dapat sepuasnya menikmati pemandangan kota dari atas gedung pencakar langit itu.


Diketahui, Commerzbank Tower selesai pada tahun 1997 dan menjadi gedung pencakar langit tertinggi di Eropah sampai 2005.

Lelaki Benggong Nekad Menembak Perutnya untuk Uji Jaket Anti Peluru


Entah apa yang berada di fikiran lelaki yang satu ini, saat ia memutuskan untuk menembak perutnya dari jarak dekat, hanya untuk menguji sebuah jaket anti peluru.
 Untungnya jaketanti peluru tersebut benar-benar bekerja melindungi tubuh lelaki itu dari terjangan peluru, meskipun pada akhirnya ia harus mengerang kesakitan kerana impaknya.


Lelaki yang tidak diketahui namanya ini menguji jaket anti peluru dengan sebuah pistol Glock 10mm, dan kemudian merakam seluruh kejadian ini dengan kamera.


Video aksi nekadnya ini telah menuai beragam komen di YouTube, dimana beberapa orang mengagumi keberaniannya, namun yang lain mencela dan mengatakan bahawa tindakan yang dilakukannya ini adalah sesuatu yang bodoh.


Pelik...Seorang Ayah Ditahan Hanya Kerana Anaknya Melukis Senjata


Seorang lelaki dari Kitchener, Kanada  terkejut s dirinya ditangkap oleh pihak berwajib setempat, hanya gara-gara puterinya yang berusia 4 tahun melukis sebuah senjata di sekolah.


Jessie Sansone ditangkap saat berada di sekolah puterinya pada Rabu (22/02), dan petugas membawanya ke balai polis dan kemudian menggeledahnya.


 “Saya saat itu sedang menjemput puteriku, dan hal terakhir yang saya ketahui bahawa saya kemudian ditahan,” kata lelaki berusia 26 tahun tersebut.
 Sansone mengakui bahawa dirinya terkejut bahawa ia ditahan hanya kerana sang puteri melukis senjata pada sehelai kertas, dan menggambarkan penahanannya ini sebagai sesuatu yang diluar akal sihat.


Guru Besar sekolah, polis dan petugas perlindungan anak membela tindakan ini. Mereka mengatakan harus diadakan investigasi apakah Sansone memiliki senjata di rumahnya yang dapat diakses oleh sang anak.


Menurut detektif puterinya yang berusai empat tahun itu melukis seorang lelaki yang memegang senjata, dan ketika ditanyai sang guru siapakah lelaki yang memegang senjata tersebut, gadis cilik itu menjawab bahawa lelaki itu adalah ayahnya, yang menggunakan benda itu untuk menembak orang jahat dan monster.


 Namun ternyata senjata yang membuat Sansone ditahan adalah sebuah pistol mainan, dan ia kemudian dibebaskan setelah petugas menggeledah rumahnya, dan tidak menemukan sesuatu yang mencurigakan.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved