Sanggup tunggu anjing berak selama 3 hari untuk dapatkan semula berlian

on 16 Februari 2012

Aneh. Itulah manusia, apapun akan dilakukan demi wang, sanggup menunggu seekor anjing berak selama 3 hari 3 malam  agar tidak kehilangan sebuah berlian yang sangat mahal dimana berlian tersebut sudah tidak sengaja telah ditelan  oleh anjing itu.

Inilah bentuk berlian 3 karat yang tertelan anjing tersebut

Kejadian berlaku ketika George Kaufmann yang memang biasanya selalu mengajak anjing peliharaannya  dari jenis golden retriever bernama Solie ke kedai perhiasan Robert Bernard Jewellers di Rockville Maryland Amerika Syarikat.  Dalam sebuah urusan bisnes berlian  Mr Kaufmann dan rakan perniagaannya Robert Damarr  bertemu untuk membicarakan perkembangan perniagaan berlian mereka terutama dalam masa krisis kewangan global .

Mereka duduk berbincang dengan serius tentang  masalah dan peluang di bisnes berlian. Semasa  perbincangan  sebuah batu permata berlian 3 karat senilai kurang lebih USD 20.000 jatuh kelantai dari meja.

Solie anjing Golden-retrieve yang menelan batu permata mahal

Berlian yang mahal tersebut tepat jatuh disamping Solie anjing setia yang selalu ikut majikannya itu.  Solie kemudiannya memakan berlian itu. Para pengusaha berlian berasa panik melihat kejadian tersebut yang berlangsung sangat cepat. tanpa boleh berbuat dan sempat mencegah. Akhirnya  anjing pun dibawa ke doktor haiwan.

Dokter haiwan pun memberikan saranan bahawa cara mengeluarkan berlian tersebut iaitu secara semulajadi dimana berlian dibiarkan keluar dengan sendirinya ketika Solie berak dan mereka harus meneliti serta mencari berlian mahal tersebut dalam kotoran Solie. Mereka harus bersabar menunggu hingga 3 hari, setiap gerak geri Solie yang akan berak langsung dijaga kerana takut berlian tercicir dan hilang.

Pada hari ketiga berlian itu keluar dari perut anjing itu melalui berak dan tuan anjing itu pun membersihkannya dan memulangkan semula kepada tuan punya berlian.-ruanghati.com







Saksikan kehebatan sungai membelah jalanraya






[Peristiwa hebat]Kucing ini cuba bangunkan kawannya yang dah mati

Cuba lihat gambar dan video dibawah...
nilaikan sendiri betapa binatang pun tahu erti sebuah
persahabatan dan kehilangan sahabat...







Sarapan sambil berbasikal

Macam-macam idea manusia ini...
sarapan sambil berbasikal...




Jaket unik dari kulit manusia?

Mendengar  jaket dibuat dari kulit manusia pastinya sangat mengerikan dan kita cuba membayangkannya saja kita mungkin tidak mampu. Tapi tidak dengan jaket yang satu ini, yang dibuat dengan konsep “pakaian tak terlihat”. Sebuah jaket yang telihat seperti ‘daging berwarna’, mirip warna kulit manusia dan bentuknya mengikuti lekuk tubuh. Mengenakan jaket ini mungkin akan membuat sebahagian orang setidaknya melirik dua kali kepada anda, bahawa anda tidak memakai baju.


Anjing superb boleh buat kerja rumah dan berbelanja dipasar raya

Sandie 4 tahun seekor anjing telah membuktikan bahawa dia benar-benar adalah sahabat terbaik dengan belajar untuk melakukan semua kerja rumah tangga pemilik-nya.

Ia melalukan segala yang dilakukan pemiliknya seperti berbelanja dan mencuci dan ia bahkan boleh membayar belanjaan nya.

Sandie mengikut Ms Line, yang lumpuh dari pinggang ke bawah, ke supermarket - menempatkan semua berbelanja di sebuah beg, yang ia kemudian membawa dengan di mulutnya. 

  Sandie membantu untuk menyusun pakaian pemiliknya Sue Line 

Ketika mereka hendak membuat bayaran di cashier Sandie boleh mengambil wang dari dompet pemilik-nya dan menyerahkannya kepada pembantu kedai.

Sandie juga boleh memisahkan pakaian kotor dan mengunci pintu mesin sebelum kitaran bermula. 

Dia juga menguasai cara membuka pintu dapur untuk membiarkan dirinya keluar ke tandas - dan selalu ingat untuk menutupnya kembali.

Ms Line, seorang pesara kesihatan NHS pengurus kepercayaan, lumpuh 40 tahun yang lalu setelah dia terlempar dari keretanya diMalam Tahun Baru.
Memperbesar

  Sandie membawa surat untuk Ms  Line yang lumpuh dari pinggang ke bawah 

Ms 61-tahun dari Coventry, berkata: "Hidup saya telah menjadi jauh lebih mudah kerana  Sandie membantu saya. Dia seperti anjing pintar dan telah memberi saya rasa kepercayaan diri yang belum pernah saya miliki sebelumnya.

'Saya telah kehilangan beberapa keupayaan tangan saya, Sandie membantu dengan mengambil dan membawa segala yang diperlukan  saya.


'Banyak perkara yang ia boleh lakukan. Dia membawa saya segala seperti membawa surat di pagi hari, untuk mengambil telefon saya jika berdering. "

Lee Armstrong, wakil pengurus kedai tempatan Tesco Sue di Bedworth, berkata: "Sandie telah menjadi sesuatu dari selebriti disini dan dia pergi  mengambil bahan makanan untuk pemiliknya."


Sue membeli Sandie ketika dia hanya beberapa minggu, dari seorang teman - dan berharap bahawa haiwan kesayangan barunya akan memberikan nya erti persahabatan .

Ms Line menambah: 'ibu' Sandie adalah seekor anjing yang sangat cerdas, dan itu jelas suatu sifat yang telah diwariskan.

'Tidak satupun dari kita yang pernah membayangkan, seberapa pintar Sandie,". "Inilah indahnya untuk memiliki pendamping yang indah, dan bagi saya untuk kembali sedikit kemerdekaan.

[Aneh] Biskut dibuat daripada lumpur kerana terpaksa

Meskipun mengetahui lumpur mengandungi toksin atau parasit yang dapat membawa maut, namun masyarakat miskin di Haiti terpaksa meneruskan kehidupan dengan tanah lembek yang dikeringkan itu. Adunan yang telah dicampurkan garam dan lemak sayuran akan dibentuk bulat.

Di Port-Au-Prince, Haiti, penduduknya tergolong miskin. Apakah makanan tengah hari mereka? Ya, biskut lumpur. Bukan kerana rasanya yang enak, tetapi sebab terpaksa. Inilah yang dilalui oleh Charlene Dumas dan keluarganya yang merupakan sebahagian penduduk di Port-Au-Prince .

Dengan kenaikan harga makanan, masyarakat paling miskin di Haiti tidak mampu membeli sepiring nasi untuk mengisi perut yang lapar dengan makanan. Keadaan ini memaksa mereka mengambil langkah yang mungkin anda tidak dapat bayangkan semata-mata untuk mengganjal perut.


Charlene, 16, bersama bayi lelakinya yang baru berusia sebulan, terpaksa bergantung kepada sejenis penawar kelaparan tradisional masyarakat Haiti iaitu biskut yang diperbuat daripada lumpur kuning yang dikeringkan.
SEORANG penduduk merasai biskuit sebelum membelinya.

"Apabila ibu saya tidak memasak, saya terpaksa makan biskuit ini tiga kali sehari," kata Charlene.

Anaknya, Woodson yang berbaring di atas pahanya kelihatan lebih kurus berbanding beratnya yang mencecah enam paun sewaktu lahir.

"Apabila saya menyusukan Woodson, bayi saya ada kalanya kelihatan tidak selera, kerana perutnya mulas-mulas", katanya.

Di pasar kawasan orang miskin La Saline, dua pinggan nasi dijual pada harga 60 sen. Harga tersebut telah dinaikkan sebanyak 10 sen sejak bulan Desember lalu.

Harga kacang, susu dan buah-buahan juga meningkat pada kadar yang sama. Malah, harga untuk tanah liat yang boleh dimakan turut mengalami peningkatan yang hampir mencecah RM4.85 dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

BISKUT lumpur yang siap akan dipasarkan di jalanan.




Menurut pembuat biskut, harga lumpur untuk menghasilkan 100 keping biskut kini bernilai sekitar RM16. Itu pun pada harga sekitar 5 sen sekeping biskut lumpur masih menjadi rebutan. Kira-kira 80 % warga Haiti menjalani kehidupan kurang daripada RM6.40 sehari perolehan pendapatan.

Trak-trak pedagang akan membawa bertong-tong lumpur ke pasar La Saline dari pusat bandar Hinche dan akan kelihatan puluhan wanita berebut membeli bahan tersebut untuk diproses menjadi biskut.

Dengan mengangkat beberapa tong lumpur dan air sambil menaiki anak tangga menuju kebagian atap sebuah bekas penjara, batu-batuan dan kerikil lumpur dipisahkan dengan sehelai kertas sebelum bahan-bahan tadi diolah bersama sedikit garam.

Adunan kemudian dibentuk menjadi biskuit bulat dan dibiarkan kering di bawah sinar terik matahari. Biskuit-biskuit yang telah kering, dimasukkan ke dalam tong untuk dijual di pasar atau tepi-tepi jalanan.

Seorang wartawan yang mencuba sekeping biskut tersebut mendapati ia memiliki ketebalan dan licin, dan jika terkena lidah, ia mampu menyerap semua lembaban dalam mulut.
Lumpur mengandung toksin atau parasit yang dapat membawa maut. Namun, menurut seorang profesor imunologi dari Universiti State Colorado yang mengkaji pemakanan lumpur, Gerald N. Callahan menjelaskan, lumpur juga berpotensi memperkuatkan tahap imun janin dalam rahim terhadap beberapa jenis penyakit.


BISKUT dikeringkan di bawah sinaran matahari terik.

Para doktor di Haiti berkata, mereka yang bergantung kepada biskut-biskut tersebut untuk makanan sebenarnya sangat berisiko terhadap malnutrisi. "Jika saya melihat orang makan biskut-biskut itu saya akan melarangnya, " kata Dr. Gabriel Thimothee, seorang pengarah eksekutif di Kementerian Kesihatan Haiti .....


Seorang ibu, Marie Noel, 40, yang menjual biskut-biskut tersebut di pasar menampung kehidupan tujuh orang anaknya berkata, seluruh keluarganya bergantung kepada biskut ini. "Saya harap suatu hari nanti, saya mempunyai makanan yang mencukupi dan tidak lagi perlu makan benda-benda ini. Saya tahu ini tidak menyehatkan, " katanya. – AP

sumber : juandry.blogspot.com


bk-syukur pada apa yang kita miliki kini.....



Kucing beri isyarat bagus (thumbs up)

Hebat kucing ni...


LONDON - Satu klip video di laman YouTube menunjukkan seekor kucing memberikan isyarat bagus menerusi ibu jari kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam klip itu, terdapat seorang wanita yang bercakap dengan menggunakan loghat British meminta haiwan tersebut memberikan isyarat bagus.

Satu maklumat mengenai klip video itu di laman tersebut menyatakan bahawa kucing tersebut bernama Jimmy dan ia merupakan haiwan yang amat bijak walaupun boleh dianggap pemalas. - Agensi





Berani anda mandi macam budak ni?

Mandi adalah salah satu aktiviti seharian kita. Inibertujuan untuk membersihkan badan atau menyegarkannya kembali. Umumnya mandi dilakukan secara santai sehingga semua tubuh boleh dibersihkan. Namun,bagaimana kalau mandi dilakukan seperti yang dilakukan oleh budak ini.Berani anda mandi sepertinya?

image
Siap gosok lagi……

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?


Saya mahu sahabat-sahabat memberikan kritikan kepada blog ini agar dapat memperbaiki kelemahan serta dapat memajukan lagi persembahan blog ini.Kritikan yang diterima akan dapat memberikan lagi semangat untuk terus maju dalam dunia blog ini.

Seorang tahanan dibenar saman penjara kerana kemaluannya digigit tikus

New York - Seorang tahanan berasal dari New York yang mengeluh kemaluannya digigit tikus ketika dia ditahan di penjara, akhirnya diizinkan untuk menyaman pihak berkenaan.

Peter Solomon mengakui  dia diberi suntikan rabies seraya menambahkan bahawa warden penjara tahu sel di mana dia ditempatkan penuh dengan tikus.

Pengacara untuk Nassau County berusaha mencari cara agar saman itu dibatalkan.

Dalam salah satu argumennya, pakar kesihatan mereka menuturkan bahawa mereka tak melihat bukti adanya luka serius, demikian laporkan BBC.

Solomon ditahan di Lembaga Pemasyarakatan Nassau, dekat New York, pada tahun 2007 sebelum persidangan atas tuduhan dia telah mengancam isterinya.

Veteran perang Vietnam ini mengatakan bahwa dia menderita gangguan shock traumatik, kini dipindahkan ke unit observasi medik di tengah kekhuatiran dia menderita sakit mental.

Dia mendakwa seekor tikus atau "haiwan pengerat" muncul dari lubang di tilam tidurnya pada suatu malam. Haiwan itu menggigit kemaluan dan tangannya sampai berdarah.

Mr Solomon, yang kini berusia 50 tahun itu mengatakan pihak county memberikan perlakuan yang berbeza dan gagal melindunginya dari kutu. Kini ia menuntut ganti rugi sebagai kompensasi.

Pihak County  membantah pernyataan Solomon dan mengatakan bahawa masalah tikus itu biasa di penjara selain itu luka yang dialaminya tak memerlukan jahitan dan luka-luka lainnya lebih bersifat psikologis.

Namun hakim Arthur Spatt tak sependapat dengan pihak County. Dia menyatakan bahawa Mr Solomon dapat melanjutkan saman untuk kelalaian jaminan perlindungan sebagai kompensasi.

Lahir anak kembar dianggap sial

Kebanyakan wanita mungkin akan mengalami kesulitan jika memiliki enam anak kembar sekaligus, tapi lebih sulit lagi bagi Gladys Bulinya kerana di Kenya orang yang memiliki anak kembar banyak dianggap kutukan.

Keluarganya tidak membantunya, dan suaminya meninggalkan dirinya kerana dia dianggap pembawa sial, setelah anak kembar keenam lahir tahun lalu.

Sehingga wanita berusia 35 tahun itu kini tinggal bersama 10 anak dari 12 anaknya di rumah dengan satu bilik yang terbuat dari jerami.

Dia hamil ketika usianya masih muda, ketika itu dia masih duduk di bangku sekolah. Tapi kerana kekasihnya juga terlalu muda, maka mereka tidak dinikahkan.

Kesedihannya bertambah ketika keluarganya meminta dia untuk meninggalkan bayinya di hospital agar boleh dijadikan anak angkat orang lain.

Mereka meyakini bahawa anak kembar adalah pembawa sial, jika tidak salah satu dari mereka mati, boleh jadi keduanya yang mati atau orang tuanya.

Ketika dia menikah dan tinggal bersama suaminya, dia pun melahirkan anak kembar, kembali keluarga  suami mengusirnya pulang kerumah orang tuanya. Tapi orangtuanya juga tidak mahu menerimanya kerana dianggap membawa sial.

Keluarganya malah menikahkan dia dengan lelaki yang lebih tua 20 tahun darinya. Tapi lagi-lagi anak kembar lahir dari rahimnya. Demikian laporanr BBC.

Sumber :http://www.okezone.com

[Malang] Perokok didenda 1,200 poundsterling setiap kali jiran bau rokok

REPUBLIKA.CO.ID,LONDON – Seorang perokok diwajibkan membayar denda sebanyak 1.200 poundsterling  kepada tetangganya. Perokok itu harus membayar denda setiap kali tetangganya mencium bau asap rokok di rumah mereka.

 Russell dan Amanda Poses yang mengaku sangat terganggu dengan bau asap rokok yang masuk melalui jendela dari sebuah apartment di bawahnya. Mereka menyebutnya dengan istilah ‘bau busuk’.

Harry Lysons, lelaki berusia 70 tahunan, mengaku sangat candu dengan curut. Namun, dia menerima keputusan Mahkamah Agung Manhattan yang mengharuskan dirinya membayar denda 1,200 poundsterling setiap kali Russell dan Amanda mencium bau rokok di rumah mereka.

Pengacara Lyson menyatakan kliennya menerima keputusan tersebut. “Dia menerima semuanya,’’ katanya.

[Aneh] 'Kembar' dari ibu yang berbeza

Mereka menyebutnya ‘twiblings’: dua anak yang lahir hampir bersamaan, dari sperma lelaki sama, sel telur wanita berbeza, juga rahim berbeza. Kedua anak ‘kembar’ ini lahir setelah orangtuanya, Michael Callahan dan Melanie Thernstrom, menjalani program reproduksi.

Anak itu berasal daripada sperma Michael dan sel telur dari dua penderma wanita yang dirahsiakan identitinya. Pembuahan dilakukan di laboratorium reproduksi. Setelah berhasil, janin ditumpangkan ke dalam rahim dua wanita pengganti ibu hamil (surrogate mother).

Cara ini diambil setelah Melanie mengalami gangguan reproduksi dan sukar untuk hamil. Bersama suaminya, Melanie enam kali gagal menjalani program bayi tabung. Berbagai terapi reproduksi juga gagal kerana sel telurnya bermasalah.

Pasangan suami isteri itu sangat mendambakan anak kembar di kehidupan mereka.Usaha ntuk mengmbil anak angkat juga sukar kerana  usia mereka yang dianggap terlalu tua. Melanie 42 tahun, dan Michael 37 tahun.

Tak ada jalan lain, Melanie pun akhirnya merelakan suaminya menjalani program bayi tabung sendiri. Pasangan itu sengaja melibatkan dua penderma kerana ingin mendapatkan dua anak sekaligus dalam kehidupan mereka seperti anak kembar.

Doa mereka terkabul. Pembuahan sperma Michael dengan dua sel telur penderma anonim matang bersamaan. Mengingat keadaan rahim Melanie yang lemah, mereka kemudian 'menumpang' dua janin itu di rahim dua wanita pengganti sehingga lahir.

Dua wanita itu Melissa Fowler, 30 tahun ada dua anak, dan Fie McWilliams, 34 tahun juga ada dua anak. Keduanya tinggal di Oregon.

Melanie dan Michael memberi perhatian  selama Melissa dan Fie mengandung janin itu. Mereka juga ikut mendampingi Melissa dan Fie ketka bersalin. Melissa melahirkan bayi Violet, dan Fie melahirkan Kieran, dengan beza waktu hanya beberapa hari.

Melanie dan Michael kini hidup bahagia bersama Kieran dan Violet. Mereka juga tetap menjaga hubungan baik dengan Melissa dan Fie yang telah meminjamkan rahimnya selama sembilan bulan. “Kami tak akan melepaskan ikatan antara anak kami dan dua wanita yang mengandung mereka,” kata Melanie.- Daily Mail.

Apa yang anda lakukan jika jumpa duit USD97 RIBU?

Apa yang Anda lakukan jika menemukan Wang sebanyak USD97 ribu  ? Tentu pilihannya hanya ada dua, mengembalikan atau mengambilnya.


Tapi seorang nenek yang jujur berusia 75 tahun, memilih yang pertama, yakni mengembalikan wang tersebut. Nenek yang bernama Billie Watts tersebut menemukan wang sebanyak USD97 ribu  di sebuah toilet di restoran.

Nenek jujur tersebut mengatakan kepada The Daily News Journal jika dia menemukan wang itu di dalam sebuah beg yang tergantung di dinding.

Ketika memeriksa beg tersebut, Watts menemukan seikat wang dolar pecahan USD1.000. Namun kerana tidak ada alamat atau identiti si pemilik tersebut, akhirnya Watts dan suaminya memutuskan untuk membawa wang itu ke rumah.

Watts kemudian memberitahu pihak restoran jika dirinya menemukan beg berisi wang tersebut. Dan pihak restoran menanyakan kepada pelanggan jika ada yang kehilangan beg.

15 minit kemudian, seorang wanita menelefon Watts dan mengaku sebagai pemilik beg tersebut. Setelah memadamkan antara gambar dan wajah wanita tersebut akhirnya Watts menyerahkan beg berisi wang tersebut.

Wang itu diketahui adalah dari hasil penjualan rumah wanita tadi. Dia hendak pindah ke Florida dengan seorang anaknya. Sebagai ucapan terimakasih  Watts diberikan wang USD1.000, namun nenek yang jujur itu menolaknya.

Isteri minta cerai sebab suami tulis namanya 'Guantanamo" di telefonnya

Hati-hati jika mencantumkan nama isteri ke dalam memori telepon genggam Anda. Nama isteri terkadang ditulis dengan ”Mama”, ”Bonda di Rumah”, ”Sayang”, atau nama-nama sebutan manis dan menyenangkan lainnya. 

Berbeza dengan lelaki Arab ini, dia menuliskan nama ”Guantanamo” dalam memori buku telepon di telepon genggamnya untuk menyebut sang isteri tersayang. Guantanamo adalah nama penjara AS yang berisi teroris. 

Media-media menggambarkan keadaan di Guantanamo menyeramkan, dengan penyiksaan terhadap para tahanan. Demikian menurut harian Al-Watan edisi Minggu . Nama panggilan ”kesayangan” untuk isterinya itu ditemukan sang isetri secara tidak sengaja saat membuka-buka telepon suami ketika suami tidak di rumah. 

Walaupun pasangan itu telah menikah selama 17 tahun, isterinya tetap naik darah. Kerana terlampau berang dan marahnya, isteri ”Guantanamo” itu langsung meminta cerai. 

Terlalu Rajin Bersihkan Rumah, Suami Dicerai Isteri

Umumnya ,  suami paling malas disuruh membersihkan rumah seperti menyapu atau mengemop lantai Dan  kalau ada cuma satu atau 2 orang aja yang rajin.

Tapi suami yang satu ini malah rajin membersihkan rumah, hingga sang isteri malah minta cerai.

Seperti yang diberitakan Metro.co.uk , seorang wanita di Jerman terpaksa menceraikan suaminya yang sudah 15 tahun dinikahinya, gara-gara sang suami hampir setiap saat selalu melakukan pekerjaan rumah sehari-hari, bersih-bersih, menyusun perabot.

Puncak kesabaran isteri berakhir saat sang suami merobohkan dinding dan kemudian membangunnya lagi kerana alas an dinding itu kotor.

Chrisitan Kropp, Hakim sidang dari pusat kota Sondershausen bahkan menganggap kes cerai itu sebagai hal yang pelik.

"Aku tak pernah mengalami seorang meminta cerai dengan alasan seperti itu," ujarnya.

Lelaki waras ini tinggal di rumah sait jiwa selama 8 dekad


Seorang lelaki waras dari Romania telah tinggal di rumah sakit jiwa selama 80 tahun setelah masuk saat masih anak-anak ketika dirinya ditinggalkan ibunya.

Illie Ciurcov, 87 tahun ditemukan masih hidup di sebuah fasiliti Romania yang percuma selama audit rutin rumah sakit jiwa  yang dilakukan dalam rangka untuk mencari cara untuk memotong perbelanjaan.

"Aku selalu  bermaksud untuk pergi tapi tempat itu begitu nyaman sehingga aku terus  tetap tenang," canda Illie.

Lelaki itu mengaku kepada seorang penjaga rumah sakit jiwa di sana sebagai seorang anak setelah ditinggal pergi ibunya.

Kucing Tertua Sedunia Yang Disuntik Mati Kerana Dikira Sakit Dan Liar


Hidup salah satu kucing tertua sedunia, Miez Maz harus berakhir tragik hanya kerana seorang doktor haiwan  mengira dirinya kucing liar dan sakit yang harus ditidurkan selamanya. 
Miez Maz, akhirnya dipaksa dicabut nyawanya setelah hidup lama sebagai salah satu kucing tertua sedunia oleh seorang doktor haiwan di Swiizerland yang salah mengira Miez sebagai kucing liar dan penyakitan.

Miez Maz diambil seorang pejalan kaki setelah kucing itu melarikan diri dari rumahnya di Tagerwilen, Switzerland
Menurut laporan di kota kecil  itu, Miez Maz telah tinggal di sebuah stesen kereta api tempatan dimana para pekerja di sana memberinya makan dan merawatnya.

Namun, seorang doktor haiwan setempat khabarnya mengira kucing itu liar dan mengambilnya untuk ditidurkan selamanya - yang kemudian menyebabkan kemarahan dari penduduk tempatan dan staf stesen tersebut.

Video Lawak Orang Bunuh Diri di Hong Kong Yang Menggemparkan

Seorang lelaki  di Hong Kong berniat bunuh diri dengan melompat dari bangunan yang tinggi.Paramedik serta petugas pemadam kebakaran pun datang untuk membuat lelaki itu mengurungkan niatnya.Tetapi apakan daya.


Maut terjatuh dari tingkat 14


KUALA LUMPUR - Selepas dikejutkan dengan kejadian 14 buah motosikal hangus angkara perbuatan khianat kelmarin, penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak sekali lagi tersentak dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terjatuh dari tingkat 14 semalam.
Mayat Wong Tong Sing, 69, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di Blok B kawasan perumahan itu pada pukul 11.30 pagi oleh penduduk.
Mayat Tong Sing ditemui lengkap berpakaian dan dia mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Difahamkan, mangsa hidup sebatang kara dan isterinya juga gagal dikesan selepas wanita itu melarikan diri dari pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Menurut jiran, sebelum terjatuh, dia ternampak Tong Sing menuju ke tingkat paling atas itu sebelum berbaring di atas tembok sambil menghadap ke luar bangunan.
Katanya, dia yang mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku kemudian telah menjerit ke arah lelaki itu supaya turun, namun tidak dipedulikan mangsa.

sumber : kosmo online

Dicekup dalam semak


KAMPUNG RAJA - Seorang pelajar perempuan yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima padah apabila dia didenda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman tersebut selepas beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah tertuduh kerana melakukan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki yang bukan suaminya.

Mohd Nazri turut memerintahkan perempuan berumur 18 tahun itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, tertuduh ditangkap bersama lelaki sebayanya di dalam sebuah Perodua Kembara dalam semak di tepi lebuh raya Kampung Padang Luas pada jam 1.05 tengah hari, 24 Disember tahun lalu.

Ketika ditangkap tertuduh baru selesai menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah menengah manakala pasangannya beralamat di kampung sama tidak bekerja.

Dia dituduh mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) 2001 Terengganu yang boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa syariah melakukan rondaan dan tinjauan di sekitar kawasan lebuh raya Kampung Padang Luas (menghala ke Lata Tembakah) dan melihat sebuah kereta Perodua Kembara yang diletakkan dalam semak berhampiran kebun getah.

Setelah menghampiri kereta itu, penguat kuasa mendapati tidak kelihatan orang di dalamnya tetapi manakala semua pintu dan cermin tertutup rapat serta enjin dan pendingin hawa dihidupkan.

Penguat kuasa merapati kenderaan tersebut melalui pintu sebelah kanan pemandu dan mendapati kedua-dua kerusi hadapan direbahkan sepenuhnya. Nik Mohd Shahrul Irwan memberitahu mahkamah lagi, penguat kuasa bertindak mengetuk cermin dan membuka pintu menyebabkan mereka terkejut dan gelisah.

Lelaki ketika memakai baju T dan tanpa memakai seluar manakala tertuduh perempuan memakai baju T lengan panjang tanpa memakai seluar dan tudung.
Sehelai seluar dalam dan seluar trek yang dijadikan barang kes milik perempuan turut dibawa ke mahkamah untuk pengesahan.

Perempuan terbabit menangis ketika berada dalam kandang tertuduh apabila Mohd Nazri menegur perbuatannya yang telah melukakan hati ibu bapanya. Dia hadir ke mahkamah dengan ditemani abangnya.

Pasangannya pula turut dijatuhkan hukuman yang sama dalam perbicaraan berasingan pada minggu lalu.

Mak Nyah kena serang enam lelaki

KUANTAN - “Saya hanya mampu menjerit apabila hayunan rantai besi yang berikat mangga itu terkena tepat di kepala,” kata juru mekap yang menjadi mangsa serangan enam lelaki di depan Wisma Delima, Jalan Haji Abdul Aziz, semalam.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita berkata, dia bersama rakannya, Shasha sedang berjalan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum didatangi enam lelaki menaiki motosikal.

“Tanpa sebarang amaran, tiga daripada mereka terus memukul saya menggunakan besi, topi keledar dan rantai besi berikat mangga, manakala yang lain berada di atas motosikal,” katanya.

Rozita berkata, begnya disentap hingga putus sebelum pukulan bertubi-tubi hinggap di bahagian belakangnya.

Katanya, dia tidak mampu melawan dan ketika itu, rakannya Shasha datang membantu, tetapi turut menjadi sasaran tiga lelaki yang memakai baju dan jaket serba hitam.

Rozita, yang ketika itu berlumuran darah, lari menyelamatkan diri, tetapi apabila menyedari rakannya juga dipukul, dia kembali ke arah rakannya sebelum rebah di situ.

“Selepas lebih lima minit, enam lelaki itu menghilangkan diri dengan motosikal. Ketika itu saya hanya separa sedar di pangkuan Shasha,” katanya.

Sementara itu, Shasha yang masih lagi trauma dengan serangan itu, tidak menyangka kumpulan lelaki itu tergamak memukul mereka dengan besi dan topi keledar.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut dan darah yang mengalir di kepala, ada individu yang kebetulan lalu di jalan itu dan menghantar mereka ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Ketika itu saya memang tidak berdaya sementelah melihat rakan yang hampir pengsan di pangkuan. Nasib baik ada orang lalu di kawasan itu dan membawa kami ke hospital,” katanya.

 Akibat serangan itu, Rozita menerima enam jahitan di kepala, luka di dahi, lebam di bahagian bahu, belakang dan lengan, manakala Shasha pula luka di bahagian kepala dan lengan.

Rakan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Bakri, 50-an berkata, kumpulan mak nyah itu menggelar lelaki yang menyerang mereka Geng Anti Maknyah kerana sebelum ini kira-kira 12 kali kejadian sama berlaku membabitkan 10 mangsa.

Katanya, kumpulan lelaki itu akan bertindak di antara jam 1 pagi hingga 5 pagi, tetapi tidak mengambil barang penting atau beg duit dan hanya menyerang serta memukul mangsa.

“Kes ini sebenarnya sudah berlaku enam bulan lalu, tetapi kini lebih kerap terutama di Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang dan Lorong Pasar.

“Mereka selalu diserang dan menggunakan senjata sama. Mereka tidak mengambil wang, tetapi akan mencederakan mangsa,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen, Sim Chon Siang berharap, kum­pulan mak nyah itu mendapat pembelaan sewajarnya kerana menjadi mangsa kejam lelaki tidak berperikemanusiaan itu.

“Walau siapa pun mereka, kita berharap mak nyah ini dapat hidup selesa tanpa gang­guan lelaki yang bersikap ganas seperti ini,” katanya ketika melawat Rozita dan Shasha di sini.

Dalam pada itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi

Superintendan Kamaruz­zaman Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu dan akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Pelik..nenek jadi anak dara sunti

SANGLANG – Pelik tetapi benar. Seorang nenek yang mempu­nyai empat anak, 19 cucu dan tujuh cicit, didaftarkan sebagai perempuan yang baru berusia 15 tahun.

Puan Ahmad, yang sepatutnya kini berumur dalam lingkungan 90 tahun itu sendiri tidak menyedari nombor dalam MyKadnya, iaitu 960412-02-0058, menunjukkan dia kononnya dilahirkan pada 1996.

“Rahsia’ itu terbongkar apabila cucu Puan, Siti Noor Atikah Mat Yusop, 21, membawanya ke klinik untuk rawatan tahun lalu.

“Saya sendiri tidak ingat umur yang sebenar, tetapi saya ingat anak sulung berumur 72 tahun. Semua dokumen lama pun sudah hilang entah ke mana,” katanya ketika ditemui media di rumahnya di Kampung Padang Keria, Kuala Sanglang, di sini, semalam.

Siti Noor Atikah berkata, mereka sekeluarga tidak mengetahui bahawa MyKad yang dimiliki neneknya bermasalah sehingga dia membawa neneknya ke hospital.

“Saya mula sedar berkenaan kesilapan pendaftaran umur nenek saya ketika seorang jururawat bertugas bertanyakan kepada saya mengenai umur nenek

“Setelah mengetahui masalah berkenaan tahun lahirnya, saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis untuk memaklumkan kesalahan tarikh lahir nenek yang ada pada MyKad itu, tetapi saya dimaklumkan MyKad nenek saya boleh digunakan.

“Selepas itu saya dan ahli keluarga yang lain pun biarkan begitu sahaja,” katanya.

Anak ketiga Puan, Mat Yusop Kamis, 64, berkata, kesilapan catatan dalam MyKad itu menyebabkan ibunya tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagaimanapun mereka sudah membuat rayuan.

“Saya memohon BR1M kepada ibu saya, namun kami menerima surat menyatakan permohonan ibu saya untuk mendapatkan BR1M tidak diluluskan kerana tidak layak.

“Kemudian semasa saya menerima BR1M, saya diminta untuk membuat rayuan, namun nasib tidak menyebelahi ibu saya kerana permohonan kali kedua juga ditolak,” katanya.

Whitney Houston lesbian


LOS ANGELES: Whitney Houston didakwa merahsiakan dia lesbian dan menagih arak dan dadah bagi melupakan kehidupan yang penuh penipuan itu.
Bagaimanapun ketagihan melampau menyebabkan penyanyi itu terbunuh. 
Khabar angin yang mula tersebar mendakwa, penyanyi itu, selama 30 tahun, mempunyai hubungan sulit dengan bekas penolongnya.

Tetapi rakannya kini bercakap secara terbuka mengenai nafsu seks songsang penyanyi itu selepas kematiannya.




Aktivis hak asasi gay, Peter Tatchell berkata, perkahwinan Whitney dengan Bobby Brown hanya menjadi tabir kepada kehidupan sebenarnya.

“Adalah penting untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai aspek kehidupannya ini.

“Whitney paling bahagia dan berada di puncak kehidupannya pada 1980-an apabila dia menjalinkan hubungan songsang dengan teman wanitanya.

“Mereka saling mencintai satu sama lain dan gembira bersama. Kemungkinan ketidakupayaannya untuk menerima dan melahirkan cinta sesama jenis menyebabkan dia menagih dadah.

“Dia terdesak untuk berkahwin dengan Bobby Brown. Perkahwinan itu menjadi satu bencana. Kehidupan Whitney semakin merosot selepas itu,” ” kata Tatchell kepada akhbar Daily Star.

Aktivis yang berpangkalan di Britain itu bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan.

Namun, sumber lain berkata, wanita itu ialah Robyn Crawford.

Bekas pembantu penyanyi itu menulis kata-kata penghormatan bertemakan Valentine untuk Whitney beberapa jam selepas penyanyi itu mati.

Ia disiarkan oleh sebuah majalah Amerika Syarikat.

Robyn menulis: “Saya mula mengenali Whitney ketika saya berusia 16 tahun dan serta-merta tahu bahawa dia wanita istimewa.

‘Whitney menjadi peragawati ketika itu dan mempunyai kulit kuning kemerah-merahan. Dia tidak kelihatan seperti orang lain yang pernah saya temui di New Jersey.

“Saya tidak percaya tidak dapat lagi memeluk atau mendengar ketawanya lagi.”
Dakwaan itu disokong oleh adik ipar Whitney dan bekas pengawal peribadinya, Kevin Ammons.

Malah, bekas suaminya, Brown menggambarkan bahawa perkahwinan mereka adalah untuk melindungi keinginan Whitney terhadap wanita.

Adik Bobby, Tina Brown berkata: “Saya melihatnya dengan seorang wanita beberapa kali.”

Dan Brown, 43, menulis dalam biografinya bahawa dia yakin Whitney mempunyai agenda lain. Beberapa pihak percaya Brown merujuk kepada perkahwinan itu sebagai cara untuk menghentikan khabar angin.

“Perkahwinan kami musnah sejak awal lagi,” kata Brown.

Bekas pengawal peribadinya menulis dalam bukunya mengenai bintang itu bahawa Robyn menampar Whitney selepas dia melihat penyanyi itu berseronok dengan lelaki dan begitu berang apabila Whitney berikrar untuk berkahwin dengan Brown.

Ammons juga mendakwa Whitney membayar bekas pegawai perhubungan awamnya supaya tidak mendedahkan hubungan sulitnya dengan Robyn.

Whitney, 48, ditemui mati dalam kamar mandi di Hotel Hilton Beverly di Beverly Hills, California, Sabtu lalu.

Dia didakwa memakan terlalu banyak campuran dadah dan arak sebelum itu.

Whitney akan dikebumikan Sabtu ini di New Jersey.

Ketika menyangkal khabar angin pada 2000, Whitney berkata: “Saya adalah ibu, bukan lesbian. Saya bukan gay.” - DM



sumber : myMetro

Lebih cerah kulit lebih mahal


KUALA LUMPUR - Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.
"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama.
Beliau turut berkata, seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.
"Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.
Abdul Jalil menjelaskan, kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.
"Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.

sumber : kosmo online

Wanita adu didera kekasih hilang sejak Januari


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang pernah membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, Julai tahun lalu kerana didera teman lelakinya dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi rakannya sejak Januari lalu.
Wanita dikenali sebagai Phang K M, 21, dilaporkan hilang oleh rakan sekelasnya sejak awal tahun ini selepas meminjam wang daripada mereka.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong ketika mengadakan sidang media di Wisma MCA, di sini, berkata, rakan mangsa yang bimbang dengan keselamatan Phang datang berjumpanya 9 Februari lalu bagi memaklumkan kehilangan wanita itu.


“Semasa mangsa datang berjumpa kami Julai lalu, dia dalam ketakutan berikutan didera teman lelakinya selain diperas ugut untuk menyebarkan gambar bogel miliknya sekiranya meninggalkan lelaki terbabit.

“Justeru, hingga Disember tahun lalu, mangsa sentiasa berhubung dengan kami dan memberitahu teman lelakinya tidak lagi mengganggunya,” katanya.


Menurut Chong, rakan-rakan hanya bimbangkan keselamatan mangsa berikutan tahu kejadian menimpanya tahun lalu dan takut berlaku perkara tidak diingini terhadap mangsa.




“Mereka tidak peduli dengan wang dipinjam itu, sebaliknya hanya mahu mangsa berada dalam keadaan selamat dan seterusnya menghabiskan pengajiannya di kolej,” katanya.

Sehubungan itu, Chong menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Phang menghubungi pejabatnya di talian 03-21618044



sumber : myMetro

Warga emas selamba kelentong pendududk


KUALA LUMPUR: Berbekalkan perwatakan disenangi dan dihormati penduduk setempat, seorang warga emas berjaya memperdaya 20 jirannya sebelum lesap bersama wang tunai bernilai lebih RM400,000 dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Cheras, di sini.
Lelaki berusia 58 tahun itu memancing mangsa dengan menawarkan bantuan untuk mendapatkan rumah PPR baru di tujuh kawasan di sekitar Lembah Klang dan Selangor termasuk Bukit Jalil, Pandan Indah dan Taman Melawati pada harga serendah RM15,000 seunit. 
Difahamkan, warga emas itu sudah menipu mangsa sejak 2009 hingga akhir tahun lalu dan memilih mangsa yang rata-rata kurang berpendidikan dan warga emas hingga sanggup mengeluarkan wang simpanan serta meminjam dengan rakan serta saudara-mara.

Untuk memudahkan urusan kelulusan permohonan, setiap mangsa perlu membayar RM4,000 sebagai bayaran pendahuluan dan jika mangsa berminat memiliki unit tambahan mereka perlu membayar lebih dan ada di antaranya sudah melabur RM100,000.



Menceritakan kembali modus operandi warga emas terbabit, seorang mangsa yang juga suri rumah yang mahu dikenali sebagai Mey, 29, berkata, dia tidak mempunyai rumah sendiri ditegur lelaki berkenaan ketika berada di kawasan perumahan itu


sumber : myMetro

Jurulatih kaki cabul

PETALING JAYA: Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah sekolah menengah di sini, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa.


Difahamkan, lelaki terbabit berusia 44 tahun dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu.

Perbuatan itu terbongkar 8 Februari lalu selepas seorang mangsa dicabul mengadu kepada bapanya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, di sini.


Menurut sumber, selepas membuat laporan mengenai kejadian itu, mangsa yang ditemani bapanya mengadu perkara berkenaan kepada pihak pengurusan sekolah.

“Hasil siasatan pengurusan sekolah, lebih 10 pelajar tampil mengaku mereka turut menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit sepanjang dia mengendalikan badan beruniform berkenaan,” katanya.


Sumber itu berkata, suspek dikatakan secara terang-terangan mencabul mereka ketika sesi latihan dengan memegang dada pelajar perempuan dengan alasan kononnya untuk memeriksa barisan ketika berkawad.




“Malah, ada pelajar diumpan masuk ke bilik persatuan disediakan sekolah dengan alasan mengukur baju sebelum mereka dicabul,” katanya.

Difahamkan, semua pelajar perempuan yang menjadi mangsa turut dipaksa merahsiakan perkara berkenaan dan mangsa akur kerana takut sikap garang suspek.


Sejurus pihak berkuasa menerima laporan berkenaan, jurulatih terbabit ditahan polis 9 Februari sebelum dibebaskan selepas percakapannya dirakam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


“Setakat kini, kami mendapati hanya empat ke lima pelajar sekolah berkenaan yang tampil membuat aduan kepada polis mereka menjadi mangsa gangguan seksual jurulatih terbabit,” katanya.


Menurutnya, suspek yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).



sumber : myMetro

Janda jual air liur kebas RM5,000


KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.
Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

“Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.



“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.


sumber : myMetro

Tak sanggup air sum-sum anak diambil


SUNGAI SIPUT: “Saya tidak rela doktor mengambil air tulang sum-sum anak saya. Biarlah kami sekeluarga berusaha mengubatinya menggunakan kaedah perubatan Islam dan tradisional,” kata Zamziba Zabidi, 46, bapa kepada remaja, Muhammad Alif Syafiq, 18, yang menghidap penyakit misteri.
Muhammad Alif kini buta mata kanan selepas mengalami bengkak luar biasa sebesar bola tenis sejak 10 bulan lalu hingga menyebabkan matanya tersembul.

Derita ditanggung remaja berkenaan pernah dipaparkan Harian Metro pada 14 Januari lalu, namun hingga kini penyakit dihidapinya belum menampakkan tanda-tanda sembuh.


Kali terakhir, remaja berkenaan mendapatkan rawatan tradisional Islam dan moden di Melaka dan mendakwa bengkak dihidapi menunjukkan tanda-tanda susut, namun hanya sementara sebelum kembali membengkak.

Zamziba berkata, berdasarkan laporan perubatan terakhir, doktor pakar mengesyaki anaknya menghidap barah dan diminta menjalani rawatan kemoterapi.


Menurutnya, pihak hospital mengarahkan anaknya menjalani proses mengambil air tulang belakang bagi mengenal pasti penyakit sebenar




"Saya dan isteri pasrah dengan keadaannya, malah berharap dia kembali sihat seperti sebelumnya.

“Sebagai bapa, saya menaruh harapan tinggi terhadapnya memandangkan dia anak sulung,” katanya.


Derita Muhammad Alif sedikit terubat selepas menerima kunjungan Yayasan Bina Upaya (YBU) di rumah keluarganya di Kampung Tersusun Kledang Utama, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif YBU, Datuk Zainal Abidin Omar sempat meluangkan masa melawat remaja berkenaan selain menyerahkan sumbangan bagi meringankan bebannya. Menurut Zainal Abidin, pihaknya prihatin dengan derita remaja berkenaan dan berharap ada pihak tampil membantu memberikan sumbangan.


“Kami akan cuba membantu Muhammad Alif dan pada masa sama berharap ada pihak lain turut serta memandangkan penyakit dihidapi remaja itu memerlukan kos rawatan tinggi,” katanya.



sumber : myMetro

[Pelik]Remaja disambar petir pada pukul 13.13 ,haribulan 13 pada usia 13 tahun

Banyak orang percaya, angka 13 adalah pembawa sial. Dan tak ada yang boleh membuktikan mitos ini. Lebih dramatik lagi seorang remaja Inggeris (namanya tak disebutkan) disambar petir pada hari Jumaat, 13 Ogos 2010, tepat pukul 13.13. Dan ketika kejadian remaja ini  berumur 13 tahun.Remaja ini disambar kilat ketika menonton Festival Udara Lowestoft Seafront .

Namun remaja ini berjaya diselamatkan oleh seorang sukarelawan St. John Ambulance Yang menakjubkan, mangsa hanya menderita luka terbakar yang ringan dan dirawat di Hospital James Paget.

Rex Clarke, ketua pasukan St. John Ambulance, mengatakan ketika petir menyambar, sepanjang hari itu  hujan turun dengan lebatnya.

Menurut Clarke, selain remaja itu, ada dua orang lagi yang disambar petir di lokasi itu. "Ketiganya mangsa itu  memegang payung yang menjadi konduktor elektrik."

Clarke sendiri terkejut melihat keadaan emaja itu. Menurut pengalamannya sebagai paramedik, disambar petir adalah kecelakaan serius yang boleh membawa kesan serius kepda jantung mangsa "Namun ketika kami sampai di sana, mangsa dalam keadaan sedar dan bernafas," katanya.

Clive James, pakar pertolongan pertama St. John Ambulance menjelaskan dampak terberat dari sambaran petir adalah berhentinya detak jantung dan pernafasan dengan seketika. "Jika ini terjadi, beri korban nafas buatan secepatnya dan langsung hubungi ambulans," ia memberi tips.

Ditambahkan James, sambaran petir juga bisa menyebabkan luka bakar atau cedera benturan. "Jika korban tidak bisa berjalan, pindahkan ia secepatnya dari lokasi. Sebab, kilat bisa menyambar di tempat yang sama," katanya.

Bukti kenapa pasang iklan di Afrika lebih murah di Jepun

image
Ini iklan yang dipasang di Jepun…canggih dan pasti kosnya yang tinggi

image
Ini iklan yang dipasang di Afrika…cantik dan kosnya murah….

[WOW] Wanita Tunisia mengandung 12 bayi sekaligus

Wanita yang berasal Tunisia mengaku sedang mengandung 12 bayi. Wanita yang enggan disebutkan namanya itu mengungkapkan kehamilan ini sangat menggembirakan kerana sebelumnya wanita ini mengalami dua kali keguguran. Dia dan suaminya berharap memiliki enam anak laki-laki dan enam anak perempuan. Ketika ini wanita tersebut dikatakan sedang hamil sembilan bulan dan dalam masa menunggu melahirkan.



Namun, para pakar kesihatan mengkritik keras apa dialami wanita ini. Mereka menuduh doktor yang merawat pasangan itu mempertaruhkan kesihatan serta kehidupan ibu dan bayi yang dikandung. Tidak diketahui pengubatan kesuburan apa yang mereka lakukan, tapi suami wanita yang bernama Marwan, mengatakan kalau mereka mengharapkan anak kembar.

Isterinya pula ingin segera memeluk bayi kembarnya dan ingin melahirkan secara normal. Tetapi menurut pakar kandungan itu tidak mungkin. Marwan, yang mengajar di sebuah sekolah di Gafsa, bahagian barat Tunisia, mengatakan kehamilan 12 bayi ini adalah sebuah keajaiban.

"Awalnya aku berfikir bahawa isteriku akan melahirkan kembar dua. Tetapi ditemukan lebih banyak janin," kata Marwan seperti dikutip dari Telegraph.co.uk. Keadaan tersebut menurut Simon Fisher, pakar fertilitas dari University of Oxford, sangat menakutkan. Dia mengatakan kehamilan tersebut dapat terjadi kerana pasangan mengabaikan nasihat dari doktor dengan melakukan hubungan seksual selama pengubatan.

"Kesempatan untuk janin bertahan hidup sangat kecil. Mungkin beberapa dari janin akan hidup tanpa masalah kesihatan tetapi risiko mereka mengalami masalah kesihatan yang serius juga sangat besar," kata Fisher. Keadaan ini juga sebelumnya dialami oleh seorang wanita yang berasal Amerika Syarikat, Nadia Sulaeman, tetapi jumlah bayinya tidak sebanyak wanita asal Tunisia tersebut. Pada Januari 2010, ia berhasil melahirkan lapan bayi hasil IVF (pembuahan buatan).

Pada Mei lalu, wanita InggEris, Nuala Conway, melahirkan enam bayi kembar. Satu dari empat anak perempuan dan dua anak lelakinya meninggal bulan lalu. Pada 1996, wanita Inggeris lainnya, Mandy Allwood, juga hamil kembar lapan setelah mengambili ubat kesuburan.

Mandy ditawarkan untuk menggugurkan beberapa janin demi memberi kesempatan bertahan hidup janin lainnya, tapi dia menolak. Akibatnya bayi kembar lapan, enam anak laki-laki dan dua perempuan, dilahirkan selama tiga hari dan semuanya meninggal hanya dalam waktu satu jam.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved