Sampah selamatkan lelaki ini

on 15 Februari 2012

Vangelis Kapatos (26) cuba membunuh diri dengan terjun dari apartmentnya ditingkat sembilan.Dia mendarat di atas kumpulan sampah yang belum diangkat petugas kebersihan. Maklumlah, pada akhir Disember lalu terjadi hujan salji yang hebat di New York, Amerika Syarikat, dan sampah itu belum juga dibersihkan. Vangelis terus dibawa ke hospital karena cedera dan dikhabarkan keadaannya stabil.

”Semua orang mengeluhkan sampah yang masih belum dipunggut, tetapi saya sangat bersyukur sampah itu masih berada di situ sehingga saya terselamat,” ujar Vangelis yang kemudian menyesali tindakannya untuk membunuh diri tersebut.

Polisi menyatakan, Vangelis tidak meninggalkan sebarang pesan atau nota sebelum terjun dari apartmentnya. Mak Ciknya Katharina Kapatos, mengatakan, Vangelis sangat tertekan dan dirawat dibahagian mental selama satu bulan sebelum dibenarkan pulang. Anak muda itu juga pernah menyatakan khuatir tidak dapat membayar sewa apartmentnya

Pemungut sampah yang baru akan mengumpulkan sampah itu ,mengatakan ada 77.000 tan sampah yang belum diangkut sejak datangnya hujan salji itu. Datuk bandar New York Michael Bloomberg berharap para pekerja dapat menyelesaikan pengangkutan sampah akhir minggu ini. (Reuters/Joe)

Aksi hebat Spiderman dari China

Spiderman dari China.. Chinese Spiderman beraksi memanjat tebing tanpa memakai alat bantu apapun.. satu aksi yang sangat berbahaya  oleh Spiderman ini......




spiderman dari Amerika pun tabik kat dia.....

Tikam isteri sebanyak 208 kali kerana tekanan kerja

Seorang lelaki menikam isterinya sebanyak 208 kali sebelum akhirnya dia melompat daripada kondominium dan meninggal ditempat kejadian.

Chan Ka Piu (44) disyaki mengalami tekan dengan menyerang isterinya Liew Pui Mun (43) Ketika itu isterinya tertidur dan dia menyerang istri di bahagian punggung.

Liew berhasil menolak suaminya namun dia memutar tubuh  isterinya di tempat tidur dan terus menikamnya. Kemudian isterinya berjaya melarikan diri dari tempat tidur dan kemudian Chan melompat daripada kondominium.

Liew, kemudian dimasukkan ke hospital dan  isteri mengatakan suaminya tertekan mengenai pekerjaannya. Namun, dia tak menyangka masalah itu berakhir dengan penuh tragis.-TRIBUNNEWS.COM

Ada juga anjing yang perlu pil viagra

HUNTINGTON - Viagra ternyata tidak hanya  digunakan oleh  orang dewasa. Ternyata anjing pun memerlukannya.

Tempat perlindungan anjing di New York ketika ini memerlukankan pil viagra untuk diberikan kepada seekor anjing jenis pit bull yang bermasalah dengan jantungnya.

Pegawai Perlindungan Haiwan dan Pusat Adopsi di Huntington, Long Island, Amerika Syarikat (AS) mengatakan, haiwan berusia enam tahun bernama Ingrid ini, memerlukan dua butir pil biru itu setiap hari.. Jika tidak haiwan malang tersebut akan mengalami kegagalan jantung.

Obat yang digunakan untuk keperkasaan para lelaki tersebut seharga USD10 sebijinya . Pihak perlindungan haiwan pun sudah meminta bagi para pemakai ubat kuat itu untuk menyumbangkan pil yang sudah tidak digunakan lagi.

Seorang wanita dikhabarkan telah menyumbangkan viagra yang disembunyikan suaminya, kerana dia menduga suaminya tersebut telah melakukan kecurangan.

Guru cucuk mata pelajar dengan kayu

Seorang guru di sebuah SMP Tamalatea, Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan, tergamak mencucuk mata seorang pelajar dengan sebatang kayu.  Mangsa yang bernama Muhammad Kadafi itu mengalami luka serius di bahagian mata, sehingga mendapat rawatan intensif di Hospital Bhayangkari.


Kejadian ini bermula ketika Kadafi dan empat rakannya sedang berada di kelas. Kadafi hendak membuang sampah dengan cara menendang keluar kelas. Seorang guru Matematik, Hasnah, melihat kejadian itu. Hasnah marah dan menampar Kadafi.

Tak puas, Hasnah kemudian mencucuk mata kiri pelajarnya itu dengan sebatag kayu.  Mangsa terus terjatuh dan tak sedarkan diri. Matanya berdarah.  Rakan rakannya pun segera membawa Kadafi pulang.

Keadaan Kadafi membimbangkan. Ayahnya, Syamsiar Suyuti, segera membawa Kadafi ke hospital. Menurut doktor, mata hitam Kadafi berdarah. Dokter bimbang Kadafi akan buta jika tak segera diubati.

Syamsiar berang dengan kejadian yang menimpa anaknya. Dia pun segera melaporkan Hasnah ke Polsek Tamatea. Dia menuntut Hasnah ke muka pengadilan. Polis telah menangani kes ini. Polis belum menahankan Hasnah yang telah mengabdi selama 30 tahun di sekolah tersebut.  ~~sensasi

sumber : mran3238.wordpress.com

[HEBAT] Pelajar dapat telefon bimbit dilengkapi GPRS di Beijing China

Diberikan secara percuma untuk mengatasi keganasan....
saya petik dari myMetro

gambar hiasan

BEIJING: Pelajar di sekitar Beijing diberi telefon bimbit dilengkapi sistem peranti pengesanan global (GPS) untuk mengekang masalah orang hilang dan keganasan, lapor media tempatan semalam.

Menurut Global Times, alat itu disediakan Yayasan Palang Merah Beijing dan bagi fasa pertama, 20,000 unit diedarkan.Akhbar itu melaporkan, alat berkenaan boleh digunakan sebagai jam.

Ketua program itu, Liu Quan, berkata program berkenaan dilaksanakan untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar ketika kadar keganasan di sekolah semakin meningkat.

Sekurang-kurangnya lima serangan keganasan dilaporkan berlaku di sekolah China dalam tempoh Mac hingga Mei tahun lalu, menyebabkan 17 orang - termasuk 15 kanak-kanak - terbunuh.Lebih 80 orang lagi cedera.

Menurut Palang Merah Beijing, setiap tahun kira-kira 200,000 kanak-kanak hilang dan sehingga kini 600,000 orang masih gagal ditemui. Sementara itu, walaupun telefon bimbit berkenaan diberi percuma, ibu bapa masih perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak RM370 bagi tempoh dua tahun.

Lebih 100,000 unit telefon bimbit seumpama itu dijangka diedarkan ke seluruh sekolah di Beijing tahun ini. - AFP

[Pelik] Ada 50 batang jarum dalam tubuh kanak-kanak ini

Kanak-kanak lelaki Brazil mempunyai sebanyak 50 jarum logam di dalam tubuhnya dan doktor yang merawatnya mengatakan  jarum-jarum itu terlekat di dalamnya satu per satu.

Dr Luiz Cesar Soltoski berkata, pakar-pakar bedah berharap untuk membuang sebahagian besar jarum - yang panjangnya lebih kurang 2in (5cm) - tetapi kerana ada yang di dalam paru-parunya, mereka harus menunggu hingga pernafasan anak itu semakin baik. Beberapa darinya tidak boleh dibuang, kerana ianya terlalu dekat atau di dalam organ-organ vital, katanya.

Ibu anak itu, yang bekerja sebagai orang gaji, membawanya ke hospital di utara-timur bandar kecil Ibotirama minggu lalu, mengatakan bahawa ia mengeluh sakit. Tiga hari kemudian, selepas x-ray telah menunjukkan ada beberapa batang jarum, doktor telah memindahkan dia ke hospital yang lebih besar di Barreiras.

Ibunya berkata kepada polis dia tidak tahu bagaimana jarum masuk ke situ, tetapi mereka akan menyiasatnya. Nama anak itu dirahsiakan kerana faktor usianya.

Soltoski mengatakan ia percaya jarum masuk ke dalam tubuhnya satu demi satu kerana tidak mungkin baginya untuk menelan mereka. "Kami fikir ia hanya boleh masuk dengan penembusan kerana kami menjumpai jarum di dalam paru-paru, kaki kiri dan di pelbagai bahagian toraks. Itu tidak mungkin terjadi melalui penelanan," katanya.

Doktor tidak menemui tanda-tanda luka di luar, tetapi gambar x-ray yang dibawa oleh laman-laman web Brazil menunjukkan beberapa batang jarum dalam tubuhnya.

Anak itu ditempatkan di dalam ruangan penjagaan intensif, tetapi Soltoski mengatakan keadaannya semakin baik.


Via - Guardian

Lelaki gigit sampai mati ular yang gigitnya kerana marah

Ianya tidak pelik jika seekor ular menggigit seorang manusia, tetapi ianya adalah pelik jika seorang manusia menggigit seekor ular kerana membalas dendam.

Seorang tukang kebun, Ramesh Jamda yang bekerja di sebuah taman kerajaan di New Delhi , India, telah digigit oleh seekor ular yang kemudiannya dia membalas dengan menggigit kembali ular tersebut dan menguyah sedikit cebisan daging ular tersebut.

Tukang kebun yang berusia 25 tahun itu terlalu marah dengan ular yang menggigitnya sewaktu dia menjalankan kerja-kerjanya itu.Kerana tidak tahan sakit, lelaki itu menggigit ular yang menyerangnya itu sehingga mati.

"Saya gigit dia kerana itulah cara untuk melawan balik," kata Ramesh.

Menurut akhbar itu, Ramesh telah muntah beberapa kali sebelum pengsan selepas menggigit ular itu.
 Dia kemudiannya tidak sedarkan diri dan dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Dia telah selamat dari gigitan ular tersebut sebaliknya ular itu telah mati akibat gigitannya.(link)

Terlalu Mabuk, Seorang Pencuri Minta Bantuan 911




Seorang pencuri di Amerika ditahan setelah jadi mabuk di rumah yang dia masuki.

John Finch masuk ke sebuah rumah kosong di Bellefonte, Delaware, namun bukannya mencuri barang-barang milik tuanpunya rumah, John memutuskan untuk pergi ke tempat simpan minuman.

Pencuri 44 tahun itu pun menghabiskan 3 hari berpesta minum 3 botol gin dan 2 botol wiski.

Dan ketika si pemilik rumah balik untuk memeriksa beberapa hal dirumahnya, John pun sembunyi di sebuah almari.

Ketika tuan punya rumah pergi, John berusaha keluar dari rumah. Namun sayang, dirinya terkunci di dalam sehingga John - yang sedang mabuk- menelefon 911 untuk minta bantuan.

Menurut Michael Bingnear, petugas berkata John terlalu mabuk untuk memanjat kembali ke pintu dimana dirinya tadinya masuk dan tidak tahu caranya bagaimana membuka kunci di depan dan belakang pintu.Dia kemudiannya ditangkap dan sedang menanti perbicaraan.


Ayah tembak anaknya sendiri kerana adakan hubungan seks dengan adik tirinya

Seorang ayah dari Highland Park, Michigan, USA dituduh membunuh anaknya - yang merayu-rayu agar jangan dibunuh - setelah mengetahui bahawa anaknya itu telah melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya.

Jamar Pinkney Hero, 37, yang sangat marah setelah mendengar bahawa anak lelakinya yang berusia 15-tahun iaitu Jamar Pinkney Jr melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya yang berusia baru 3 tahun, menelanjanginya kemudian menggiringnya ke sebuah tanah kosong dan menembaknya hingga mati meskipun dirayu oleh anak lelaki itu dan ibunya, kata relatif.

Pihak berkuasa Michigan memfailkan dakwaan pembunuhan peringkat pertama terhadap Pinkney pada hari Rabu kerana menembak anaknya pada hari Isnin.

Peguam bela O'Meara Corbett berkata bahawa pihak pendakwa harus mempertimbangkan bukti daripada keadaan fikiran ayah itu setelah mengetahui tentang gangguan seksual tersebut.



"Ini adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani oleh semua pihak yang terlibat, termasuklah polis," kata ketua polis iaitu Ted Caldwell.

"Highland Park adalah sebuah bandar kecil. Mereka adalah orang-orang yang telah menjadi ahli masyarakat selama bertahun-tahun."

Penembakan terjadi pada Khamis malam di sebuah tanah kosong di bandar itu. Ibu kepada anak itu, Lazette Cherry, mengatakan kepada Detroit Free Press bahawa anak laki-lakinya mengatakan ia sudah melakukan hubungan seksual yang salah dengan budak perempuan itu.



Sumber - NyDailyNews

Ashanti Pakai Kasut 'Sex' di New York Fashion Week


Hampir semua orang berlumba-lumba untuk mengenakan busana paling stylish saat menghadiri minggu mode. Namun Ashanti  menjadi perhatian berkat pemilihan sepatunya yang unik.


Penyanyi R&B asal Amerika itu tampak menghadiri peragaan busana Falguni & Shane Peacock di minggu mode New York Fashion Week pada Minggu (12/2/2012). Ashanti terlihat mengenakan terusan berpotongan seksi.


Seperti yang dikutip dari Huffingtonpost, penyanyi berusia 31 tahun itu memakai terusan midi yang terbuat dari bahan transparan. Gaun tersebut sengaja diberi detail yang menutupi payudara serta alat vital Ashanti.


Selain pemilihan busana , Ashanti juga mengenakan sepasang kasut pointy hitam yang tidak kalah unik. Kasut rancangan Christian Louboutin itu dihiasi dengan tulisan 'SE' pada sepatu sebelah kanan, dan 'EX' pada sepatu kiri. Jika didekatkan, akan tampak tulisan 'SEX'.


Pemilihan busana dan sepatu Ashanti begitu menarik perhatian banyak orang. Namun apakah terusan transparan dan kasut sex miliknya boleh disebut stylish, dan berpotensi menjadi trend?




Sumber : http://wolipop.detik.com

Berpose Gila Untuk Valentine


Pasangan  Doug Hutchinson dan Courtney Stodden turut merayakan Hari Valentine. Seperti biasa, pasangan ini merayakannya dengan berpose seronok di depan kamera. 


Untuk momen Valentine, Doug (51) dan Courtney (17) memilih tema filEm Disney, Lady and the Tramp. Namun begitu, lebih tepatnya pose-pose mereka layaknya filEm panas dewasa daripada filEm Disney.


Pasangan itu menghabiskan masa di kapal pesiar di Marina Del Rey, Los Angeles. Setelahnya keduanya menuju ke sebuah restoran Itali.


Dalam restoran tersebut, Courtney memakai gaun berwarna merah di mana bahagian dadanya begitu menonjol. Sedangkan Doug mengenakan setelan jaket hitam dengan tshirt abu-abu di dalamnya.


Dalam sebuah pose, pasangan ini saling memakan selembar spagetti dari hujung ke hujung. Sedangkan di pose lainnya, Doug menyuapi Courtney spagetti dengan mulut Courtney yang menganga dan terlihat begitu seronok.


Sedangkan di foto lainnya, pasangan pengantin baru ini berpose di atas yacht. Courtney begitu seksi menggoda mengenakan bikini hitam, yang bahagian dadanya begitu menonjol. Sedangkan Doug mengenakan kemeja hitam dengan seluar pendek berwarna krem.


Dalam sebuah pose, Doug menyuapi isterinya itu dengan stroberri merah. Courtney membuka mulutnya, dengan pose di begitu menggoda.


Di pose lainnya tak kalah gila, Doug meletakkan sedikit krim di dada istrinya dan mencolek stroberi dengan krim tersebut lalu memakannya.


Sumber : http://artis.inilah.com/read

Lari dari rumah kerana suami tak buat toilet


Setengah juta warga India tidak memiliki akses ke tandas yang sempurna. Seorang wanita di negara bahagian Madhya Pradesh, India, memilih untuk meninggalkan rumah dan suami. Itu dilakukan bukan kerana sang suami selingkuh atau kekerasan dalam rumah tangga.


Wanita yang memiliki nama lengkap Anita Narre ini memilih lari lantaran suaminya, Shivram, tidak membangun toilet di rumahnya.


"Ini tidak baik bagi wanita untuk pergi untuk buang air besar di tempat terbuka. Kerana itu setiap rumah harus memiliki toilet," kata Narre kepada BBC, Selasa 14 Februari 2012.


Shivram  bukan tidak mahu membangun toilet di rumah. Himpitan ekonomi membuatnya tak mampu membangun toilet. Upahnya yang minim sebagai buruh hanya cukup untuk makan dan keperluan sehari-hari.


Shivram mengatakan isterinya akan kembali lagi ke pelukannya setelah pembangunan toilet yang dibiayai tabungan dan dana bantuan warga setempat, selesai dilakukan.


Tapi, keputusan Narre ternyata mendapat apresiasi dari sebuah LSM. Sikap tegasnya untuk memaksa suaminya membangun toilet dinilai sangat tepat. Bahkan, ia dihadiahi wang sebesar US$10 ribu oleh LSM tersebut.


Minimnya sarana toilet yang layak di rumah penduduk adalah masalah utama yang dihadapi warga pedesaan India, terutama perempuan. Setidaknya setengah juta warga India tidak memiliki akses ke sarana sanitasi dasar yang layak. Banyak warga India yang tidak memiliki toilet yang layak atau bahkan yang sederhana sekalipun.


Sumber : http://dunia.vivanews.com/news

Ayam Jantan Ini Boleh Bertelur


BEIJING - Para ilmuwan di China tengah menyelidiki sebuah kasus yang cukup heboh yakni, munculnya seekor ayam jantan yang bisa bertelur. 


Huang Li membesarkan ayam jantan itu dengan tujuh ekor ayam betina di peternakan kecil di Desa Chumiao, Kota Mengcheng, China. Li mengatakan, seluruh anggota keluarganya sudah menyantap ayam-ayamnya selama bertahap pada musim dingin ini dan hanya ayam jantan itulah yang tinggal.


Li pun terkejut ketika menemukan ayam jantannya mengeluarkan telur. Li sebelumnya menyangka hal itu adalah sebuah lawak.


"Saya mengira hal itu adalah lawak dan salah seorang tetangga saya menaruh telur itu didekat ayam saya. Namun, pada esok harinya, ada telur lain muncul, begitu pula hari-hari selanjutnya. Saya menyaksikan ayam jantan saya bertelur," ujar Li, seperti dikutip Orange, Isnin (13/2/2012).


Peristiwa itu langsung tersebar ke stesen televisyen secara cepat dan para ilmuwan dari Kementerian Pertanian China langsung meminjam telur dari ayam jantan milik Li, untuk diteliti.


"Mereka (ilmuwan) ingin tahu, apakah ayam saya adalah ayam betina yang tampak seperti ayam jantan, atau ia berubah menjadi ayam betina, ketika ayam-ayam betina milik saya sudah habis disantap," jelas Li.


"Yang dapat saya katakan adalah, ayam ini melakukan pekerjaan yang baik. Di pagi hari, suaranya dapat membangunkan kami dari tidur dan kami pun memperlakukannya seperti ayam betina ketika bertelur," imbuhnya.(AUL)

Anak kecil ini akan keluarkan airmata setiap kali kencing atau buang air besar


Biasanya orang hanya menangis saat merasa sakit atau menahan emosi, baik keraa sedih ataupun terharu. Namun akibat gangguan saraf, seseorang boleh menangis tiap kali buang air besar atau kencing meski sebenarnya tidak sedang kesakitan.


 Seorang anak perempuan usia 3 tahun di Inggris dilaporkan mengalami keadaan langka yang membuatnya selalu menitiskan air mata saat kencing dan buang air besar (BAB). Sama sekali tidak terasa sakit, namun air mata itu jatuh tanpa bisa dibendung.


 Keluhan ini diketahui sejak November 2009, ketika usianya baru beberapa minggu. Tidak hanya mengeluarkan air mata, ekspresi anak kecil yang tidak disebutkan namanya ini juga menjadi nampak kosong kerana rahangnya tiba-tiba akan melemah sehingga mulutnya terbuka.


 Dia ini juga tidak pengsan, ia tetap sadar dan sedikitpun tidak mengeluhkan adanya rasa sakit di saluran kencing mahupun pencernaannya. Hasil pemindaian di rumah sakit menunjukkan, ginjalnya sangat sihat dan matanya tidak sedang mengalami iritasi.


 Hasil penelusuran para ahli menunjukkan, kes serupa pernah dilaporkan di jurnal ilmiah pada tahun 1932 dan sejak saat itu belum ada kes lain yang tercatat. Ketika itu seorang mahasiswa kedoktoran juga mengeluarkan air mata secara berlebihan setiap kali kencing dan buang air besar.


 Ketika itu si mahasiswa hanya diubati dengan atropin, sejenis obat saraf yang boleh menurunkan produksi air mata. Ubat ini juga dipakai untuk melebarkan pupil mata pada beberapa penyakit mata yang dipicu oleh adanya gangguan pada sistem saraf.


 Menurut para ahli, penjelasan dari kEs ini kurang lebih sama seperti ungkapan 'air mata buaya'. Ungkapan ini ditujukan pada orang yang pandai bersandiwara, boleh menangis tersedu-sedu dan mengelurkan air mata meski sebenarnya hatinya tertawa-tawa.


 Namun dalam kes ini, air mata keluar di luar kehendak kerana ada kelainan saraf yang pusatnya berada di satu lokasi dengan pengaturan sistem defekasi (BAB) dan urinasi (kencing). Dikutip dari MSNBC, Selasa (14/2/2012), bagaimanapun mekanisme ini masih belum menjelaskan mengapa rahang anak Inggris itu turun dan ekspresinya menjadi tampak kosong. 

Wanita Ini Bahagia Boleh Menikah Walau 3 Hari Kemudian Meninggal


 Seorang wanita penata rambut di Inggris terpenuhi keinginan terakhirnya untuk menikah bersama sang kekasih tiga hari sebelum meninggal dunia. Rachel Sanderson, 32 tahun, telah berupaya keras berjuang melawan kanser selama beberapa tahun. Meskipun demikian, ia tetap bertekad untuk menikahi kekasihnya, Glen.


 Tiga hari sebelum meninggal, Rachel dan Glen Sanderson mengikat janji pernikahan di depan keluarga dan teman-teman dekat di Bangsal 35 Rumah Sakit Newcastle Freeman. Pada tanggal 25 Januari lalu, Rachel Sanderson yang tinggal di East Boldon, South Tyneside, memutuskan bahawa dia ingin menikah.


 Maka pada hari itu juga, bilik wadnya dihias dengan sepanduk, hiasan balon dan upacara pernikahannya segera dilangsungkan dengan sang pengantin wanita berbaring di tempat tidur. Namun pada dini hari tanggal 28 Januari 2012, Rachel meninggal dengan tenang di dakapan ibunya.


 Pada tahun 2002, Rachel merasakan kesemutan di jari-jarinya dan merasa nyeri parah di bahu kirinya. Hasil scan USG dan rontgen menunjukkan bahawa Rachel mengalami sakit sendi. Pada tahun 2009, Rachel melihat ada benjolan di bahunya dan ternyata hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa ia mengalami sarkoma sinovial, jenis kanser yang jarang ditemui.


Tumor di bahu Rachel sudah seukuran cangkir kopi besar dan nampaknya bahu hingga lengan kirinya harus diamputasi. Namun Rachel memilih untuk mendapat pengubatan dengan kemoterapi dan radioterapi.


 Meskipun ahli bedah telah berusaha melakukan operasi tumor, tetapi kanser menyebar ke paru-paru dan otaknya. Pada bulan Ogos 2010 dia diberitahu berita mengejutkan bahwa keadaannya sudah tak lagi boleh disembuhkan.


 "Berita itu sungguh menghancurkan. Rachel selalu bertekad untuk mengalahkan penyakit kansernya, tetapi sayangnya ia tidak boleh. Saya sangat sedih kerana dia tidak boleh menghadiri peringatan hari ulang tahunnya dan sulit untuk dijelaskan dengan kata-kata bagaimana saya hidup tanpa dia," kata Ibu Rachel, Sylvia Howey, 64 tahun.


 Rachel bekerja di berbagai salon rambut di North Tyneside dan Newcastle, Inggris. Namun setelah diagnosis tumor, dia berhenti dari pekerjaannya.


 "Saya sangat kagum pada putri saya. Dia memutuskan bahawa dia akan menjadi pesakit paling bahagia di unit kanser Rumah Sakit Freeman. Dan dia terus-menerus tersenyum menjalani semua rasa sakit dan kekecewaan yang dialaminya selama bertahun-tahun," kata Sylvia seperti dilansir Dailymail, Senin (13/2/2012).


 Biasanya, waktu tunggu minima antara permohonan izin pernikahan dan izin pernikahan adalah 15 hari. Namun Rachel dan Glen boleh menikah begitu cepat kerana izin khusus yang hanya dikeluarkan apabila salah satu pihak pengantin mengalami sakit parah.


sumber

Gadis ini tulis dalam jurnal bagaimana nikmatnya saat membunuh orang


Remaja ABG  ini menuliskan bagaimana ia membunuh, mencekik dan menggorok lengan tetangganya dalam sebuah jurnal. Ia bahkan menikmati momen sadis itu. Alyssa Bustamante (15) menulis perasaannya itu dalam sebuah jurnal, bahawa membunuh gadis kecil itu rasanya ‘amazing’ (amazing, luar biasa) dan ‘pretty enjoyable’ (menikmati).




Foto Alyssa Bustamante saat berpose dengan dandanan Vampire


Setelah menuliskannya, Bustamante pergi ke gereja dengan perasaan biasa dan sambil tertawa-tawa. Kata-kata itu kemudian dibacakan di pengadilan. Dalam sidang dengar pendapat awal minggu ini, ditentukan apakah ia harus dipenjara seumur hidup atau dikurangi untuk pembunuhan gadis cilik berusia 9 tahun pada Oktober 2009 lalu.


Bustamante yang kini berusia 18 tahun duduk dan diam saat polis, pengacara dan ahli forensik membaca  apa yang ia tuliskan saat berusia 15 tahun itu. Ahli tulisan tangan menggambarkan bagaimana ia melihat di balik goresan tinta biru itu bahawa Bustamente berusaha menutupi pembunuhan.


“Saya baru saja membunuh seseorang. Luar biasa. Setelah menyingkirkan fikiran ya Tuhan saya tak boleh melakukan ini, rasanya nikmat juga. Tapi sekarang saya nervous dan gementar. Baiklah, saya harus ke gereja. LOL,” tulisnya. LOL adalah laughing out loud atau tertawa keras dalam bahasa lisan. Jurnal dibacakan setelah pihak keluarga korban meminta Bustamente dihukum seberat dan semaksimal mungkin.


Bustamante mengaku bersaah atas pembunuhan serta serangan dengan senjata bulan lalu. Ia terancam hukuman seumur hidup atau minimal, sepuluh tahun penjara.  (Sumber)

Remaja 14 Tahun Tembak Wajah Sendiri di Kantin Sekolah


TRIBUNNEWS.COM - Seorang remaja lelaki menembak dirinya sendiri di bahagian wajah di sebuah kantin sekolah menengah pertama di New Hampshire, Amerika Serikat (AS). Demikian dilansir AP, Sabtu (11/2/2012).


Kejadian itu berlangsung saat semua pelajar sedang rehat. Remaja yang hanya diketahui bernama Hunter Mack, kemudian dirawat di RS setelah menembak wajahnya pada pukul 11.00 waktu setempat di Walpole Elementary School, southwestern New Hampshire.


Polis menutup sekolah selama beberapa jam namun tak ada orang lain yang terluka dalam insiden itu. Jaksa Wilayah Cheshire County Peter Heed mengatakan kemungkinan hal itu disebabkan kerana si pelajar itu memiliki masalah hubungan percintaan dengan seorang gadis.


"Sudah jelas masalah itu melibatkan hubungan percintaan dan saya merasa itu sudah adil untuk dikatakan," kata Heed. Keadaan pelajar itu dalam keadaan kritikal.


Ethan Symonds, remaja di kelas tujuh yang duduk di dekat meja remaja malang itu mengatakan dirinya mendengar sesuatu yang sangat keras seperti kantong makanan ringan yang dibunyikan. Ketika ia melihat lagi, darah mengucur dan ia kemudian lari .Ada 70 pelajar dari 170 yang terdaftar di sekolah itu berada di kafetaria ketika insiden itu berlangsung.

Model Ini Selamat dari Kecelakaan Kerana Payudara Besar


TRIBUNNEWS.COM - Model yang dikenal sebagai pemilik payudara implan terbesar di Brasil serta tercatat di Guinness World Records, Sheyla Hershey, selamat dari kecelakaan lalu lintas. Demikian dilansir The Sun, Selasa (14/2/2012).


Perempuan kelahiran 19 Disember 1979 ini hanya mengalami lecet-lecet di payudara implannya. "Payudara menyelamatkan saya. Mereka melindungi saya dan saya pasti sudah meninggal tanpa bantuan mereka," kata perempuan bernama asli Sheyla Almeida yang tinggal di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS), dan memiliki ukuran payudara 38KKK.


"Payudara melindungi wajah dan kepala saya dari terhantuk. saya sangat berterima kasih," katanya. Sheyla sudah menjalani sedikitnya 10 kali operasi plastik dan berencana akan menambah ukurannya menjadi 38MMM.


"Saya berencana bertemu dengan suami dan anak saya di rumah seorang kawan namun tiba-tiba saya merasa pening," jelasnya.


"Saya menghindari seekor anjing dan akhirnya membuat kendaraan kehilangan arah. Saya melanggar pohon, berputar beberapa kali lalu menghentam pohon lainnya di sisi jalan. Tapi sekarang saya baik-baik saja," kata Sheyla.

Ayah Ini Tak Sengaja Putar Filem Porno di Pesta Ulang Tahun Anaknya


TRIBUNNEWS.COM - Seorang ayah tak  sengaja mempertontonkan filem berisikan adegan suami isteri di pesta ulang tahun seorang anaknya.


Seperti dikutip dari AP, Selasa (14/2/2012), insiden itu berawal ketika sang ayah menyewa DVD The Smurf, di kios penyewaan DVD, Redbox, di wilayah Tremonton, Amerika Syarikat (AS), untuk diputar dalama cara ulang tahun anaknya. 


Setibanya di rumah, ia cuba memutar filem tersebut di sebuah layar projektor, melalui laptopnya. Namun bukannya cuplikan filem The Smurf yang muncul, sebuah adegan film biru-lah yang muncul.


Atas insiden itu, polisTremonton, telah melakukan penyelidikan, namun mereka tidak menemukan adanya pelanggaran hukum yang dilakukan oleh sang ayah. Polis menyatakan insiden itu terjadi tanpa disengaja.


Menurut polis, pihaknya menemukan ada yang salah dengan laptop yang digunakan, dan tidak ada muatan pornografi  di dalam DVD The Smurf tersebut.


 The Smurfs dirilis di tahun 2011 yang lalu, yang menceritakan perjalanan makhluk khayalan berwarna biru yang dikejar oleh penyihir jahat, sehingga melarikan diri ke Kota New York. (yahoo.com)

Shakira Diselamatkan Abangnya dari Serangan Singa Laut


Dalam halaman halaman Facebook-nya pada Minggu (12/02) Shakira menceritakan detail bagaimana ia diserang oleh seekor singa laut liar saat sedang melakukan pelancungan alam di Cape Town, Afrika Selatan. Dimana binatang kecil tersebut terkejut ketika penyanyi berusia 34 tahun ini cuba melihat lebih dekat dan mengambil foto.




Pada halaman Facebooknya, Shakira menjelaskan bahawa dirinya diselamatkan abangnya dari serangan singa laut


“Tiba-tiba, salah satu dari mereka melompat keluar dari air begitu cepat, meraung geram dan mencuba menggigit saya,” tulisnya.


“Aku lumpuh oleh ketakutan dan tidak boleh bergerak, hanya boleh terus melakukan kontak mata dengan haiwan itu sementara saudara saya Tony datang dan menyelamatkan hidup saya, membawa saya jauh dari binatang itu.” tambahnya.


Dia berhasil lari meskipun dengan cedera kecil, yang menurut Shakira bahawa dia dan abangnya terkena goresan batu saat peristiwa itu terjadi.


“Mungkin binatang itu bingung terhadap refleksi mengkilap dari BlackBerry saya saat hendak mengambil foto,” tulis Shakira.


Tapi ternyata, insiden dengan singa laut ini tidak akan mencegah bintang tersebut menikmati sisa-sisa cutinya.


“Hari ini dengan penguin! Jelas binatang ini lebih ramah!” posting Shakira kemudian.

Krim kulit ada logam berbahaya


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan Daily Protecting Cream: Jole et Beaute dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk-produk itu.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A. Rahman berkata, jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.
Menurutnya, penggunaan produk keluaran dari Jepun itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan.
sumber : kosmo online

Penduduk ukur lelaki paling pendek dunia


KAMPUNG REEMKHOLI, Nepal - Ketinggian seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa menjadi lelaki paling pendek di dunia telah diukur oleh beberapa penduduk kampung dekat rumahnya di sini pada Khamis lalu.
Kampung lelaki itu terletak 540 kilometer ke barat daya bandar Kathmandu.
Dia menunggu pengesahan daripada para pegawai Guinness World of Records berhubung dakwaannya itu.
Ketinggian lelaki itu cuma 56 sentimeter dan punca dia kelihatan rendah masih menjadi misteri.
Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sentimeter.
- Agensi

sumber : kosmo online

Wanita hamil mengaku curi duit tabung kuil kerana terdesak


BANGKOK: Seorang wanita hamil yang ditangkap ketika cuba mencuri duit dari kotak derma buat kali kedua, merayu supaya tidak dipenjara dan berkata dia berbuat demikian kerana terdesak.
Anongnut Yuyued, 32, ditahan semalam oleh pelancong dan pekerja ketika dia cuba membuka tabung derma di dewan kuil Wat Kasttrathirat di Ban Phrom, di wilayah Phra Nakhon Si Ayutthaya. 
Ketika ditangkap, wanita yang hamil tujuh bulan menangis dan berkata dia perlukan wang kerana suaminya meninggalkannya apabila hamil kali kedua.

Dia yang mempunyai anak lelaki berusia 10 tahun berkata, sejak banjir yang melanda Ayutthaya tahun lalu, dia tidak mempunyai pekerjaan dan tiada siapa mahu mengambil seorang wanita hamil bekerja.



Anongnut memberitahu sami kuil itu, dia semakin terdesak kerana tarikh dia melahirkan anak semakin hampir. - Bangkok Post


sumber :myMetro

Putus nyawa di riba suami


GUA MUSANG: “Saya sempat mengajar isteri mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia di atas riba saya,” kata Baharudin Yusof, 59, suami Siti Mariam Ibrahim, 56, yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 4 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Siti Mariam dalam perjalanan dari Kuala Lipis untuk pulang ke rumahnya di Rancangan Tanah Felda Perasu bersama Baharudin dan anak lelaki mereka, Mohd Lokman, 26.

Kemalangan berlaku apabila Perodua Kancil dipandu Mohd Lokman merempuh sebuah kereta yang terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum kedua-dua kenderaan itu terbalik.


Siti Mariam meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di badan, manakala Baharudin dan Mohamad Lokman cedera ringan. Pemandu sebuah lagi kereta yang berusia 23 tahun, parah dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Mayat Siti Mariam dihantar ke HGM untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya lewat malam kelmarin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Perasu, di sini.



sumber : myMetro

Mayat melekat pada mesin



KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.


Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.




“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.



sumber : myMetro

Air kencing Apek positif


PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Saiful Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing ke atas mereka selepas ditahan dalam satu operasi, dua tahun lalu.
Perkara itu disahkan pegawai polis mengendalikan ujian saringan terbabit, Sarjan M Sanggar, 48, selepas diarahkan Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli yang mengetuai serbuan di kondominium di Bandar Sunway pada jam 10 malam, 12 Jun 2010.
Menurutnya, ujian ke atas sampel air kencing itu dibuat di hadapan setiap suspek dengan memasukkan stik penguji THC berfungsi mengesan kehadiran ganja dalam air kencing.

“Ujian saringan dilakukan di hadapan mereka satu persatu dan semua bekas spesimen itu kemudian dilabelkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tarikh ujian dijalankan.



“Sebelum melabel, saya memaklumkan setiap suspek hasil ujian berkenaan semuanya didapati positif dadah,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.


sumber : myMetro

Isteri dicerai kerana membebel pasal 'gigitan cinta'


KUALA LUMPUR: Leteran demi leteran seorang isteri pertama yang inginkan penjelasan mengenai ‘gigitan cinta’ di leher suaminya membawa bencana apabila dia ditinggalkan di tepi jalan, dipukul suami dan madunya sebelum diceraikan dengan talak satu.
Insiden bermula jam 8.30 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 24 tahun menikmati sarapan bersama suaminya di sebuah restoran di Rawang.
Sumber berkata, ketika bersarapan mangsa ternampak gigitan cinta di leher suaminya, lantas menyuarakan rasa tidak puas hati dan meminta lelaki berusia lewat 20-an itu memberikan penjelasan.

Menurutnya, apabila lelaki itu tidak memberikan penjelasan memuaskan hatinya, mangsa berleter dan mendesak menyebabkan berlaku pertengkaran.



“Malu apabila pertengkaran mereka menjadi perhatian ramai, mangsa diarahkan suaminya masuk ke dalam kereta dan mereka meninggalkan restoran itu.


sumber : myMetro

Lelaki serah barang kemas RM30,000 selamat isteri


GOMBAK: Bimbang isterinya dibunuh, seorang lelaki menyerahkan barangan kemas bernilai RM30,000 yang disimpan dalam peti simpanan khas selepas rumah mereka di Batu Caves diceroboh lima lelaki dipercayai warga Indonesia, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, pasangan berusia 50-an itu yang tidur nyenyak terkejut selepas bilik tidur mereka dipecah masuk suspek bersenjatakan parang.

Menurut sumber, terkejut dengan kehadiran lelaki bertopeng itu, mangsa berdiam diri sambil menenangkan isterinya yang menggigil ketakutan sebelum suspek menyuruh mereka jangan melawan jika tidak mahu dicederakan.


“Mangsa yang ketakutan merayu dilepaskan dan memberitahu tiada barangan berharga di dalam rumah, namun suspek enggan mempercayainya sebelum mengacukan parang ke arah isteri mangsa dan mengugut membunuhnya jika enggan menyerahkan barangan berharga.

“Bimbang dengan keselamatan isterinya, mangsa menunjukkan peti keselamatan mengandungi barangan kemas yang disembunyikan di dalam almari,” katanya.


Sumber berkata, suspek mengarahkan mangsa mengambil peti itu, malah turut menendangnya supaya cepat menyebabkan mangsa terjatuh dan luka di lutut.




“Sebaik mendapatkan barangan kemas itu, suspek melarikan diri meninggalkan mangsa.

“Yakin diri mereka selamat, mangsa datang ke Balai Polis Selayang untuk membuat laporan kejadian itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.


SUMBER : myMetro

Kenapa unta malas nak bawak orang ini?




Kesian dia unta pun malas nak bawak dia....

Kucing dengan tulisan kalimah Allah di badannya

Tulisan itu tergambar dengan jelas di punggung  kucing bernama Via milik Ny Herlina (35) Probolinggo.

Kucing yang bertuliskan perkataan Allah itu kini menjadi perhatian warga setempat. Keanehan kucing itu tak hanya di bahagian bulu, namun ketika lahir, Via lahir di atas sajadah pemiliknya, Ny Herlina (35) warga Desa Karangreng, Kecamatan Krejengan, Kabupaten Probolinggo.

“Waktu dilahirkan oleh ibunya, si kucing itu lahir di atas sejadah,” kata Ny. Herlina ketika ditemui sejumlah wartawan di rumahnya.



Melihat ibu kucing itu melahirkan di atas sejadah, tempat Ny Herlina solat dia terkejut. “Saya berasa terkejut semasa melihat induk kucing itu melahirkan diatas sejadah,” tambahnya.

Dia mengatakan, kucing miliknya itu diketahui ada tulisan arab berkalimah  Allah, ketika berumur tiga bulan. “Yang terkejut bukan hanya saya, tapi semua tetangga yang melihatnya terkejut. Kerana pada bulunya terdapat tulisan Allah,” ungkapnya.-Detiksurabaya.com.

Iklan coca cola yang sungguh mengharukan





Iklan sangat mengharukan. .Sebuah monolog dari salah seorang tertua di dunia yang dipertemukan dengan bayi yang baru saja dilahirkan di dunia ini.Patah tumbuh hilang berganti......

Ini bukan gambar photoshop

ini bukan gambar photoshop dan lelaki ini
memang mempunyai kelebihan berbuat begini....

[Aneh] Ada pohoh pisang berdarah

Benda dan kejadian-kejadian pelik menunjukkan kekuasaan Tuhan tetapi
janganlah ada manusia yang meyembah sehingga berlakunya syirik...seperti kejadian
pohon pisang yang katakan berdarah ini...

POHON pisang dibalut dengan kain berwarna putih bagi mengelak ia ditusuk orang ramai yang mahu melihat cecair berwarna merah di Bojonegoro semalam.

JAKARTA - Sepohon pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala pohonnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam, lapor sebuah akhbar semalam.

"Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pohon pisang aneh ini," kata pemilik pohon itu, Sutrisno kepada wartawan Detikcom ketika ditemui dirumahnya.

Bahagian tengah pohon itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.

Menurut Sutrisno, pohon pisang itu tidak menunjukkan sebarang tanda keganjilan apabila ia masih kecil.

Namun, selepas pohon itu membesar, ia mula mengeluarkan buah aneh seperti nanas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk.

Menurutnya, sebulan sebelum pohon pisang itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah. - Agensi

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved