Kerat jari teman wanita

on 14 Februari 2012

AMERIKA SYARIKAT - Pegawai-pegawai sherrif Yavapai County telah menangkap seorang lelaki dari Rimrock pada hari Sabtu selepas dipercayai memotong sebahagian jari teman wanitanya dan mengugut akan membunuh dia dan ibunya.

Ronald Gene Olivier, 48, memaksa teman wanitanya itu mengerat jarinya untuk mendapatkan kepercayaannya. Dia ditangkap dan dibawa ke penjara Camp Verde atas tuduhan penculikan, keganasan rumah tangga, penyerangan, jenayah kerosakan, dan menolak penangkapan.

Mangsa yang berusia 43 tahun mengatakan kepada pihak berkuasa bahawa dia diancam bunuh jika dia tidak membiarkan jarinya dipotong dengan pedang.

Penyiasat mengatakan Olivier meletakkan tangan mangsa di atas meja dan menghiris sebahagian dari jari kelingking kirinya. Mangsa berlari ke rumah jiran dan meminta bantuan selepas serangan.

Doktor tidak dapat mencantum semula jari mangsa. Olivier masih dalam tahanan dengan ikat jamin $150,000.

Perompak kena gelak kerana merompak dengan sudu

image
Seorang perompak cuba untuk merompak sebuah bank di Lublin, Poland. Tetapi yang kelakarnya, dia menggunakan sudu untuk menakutkan orang. Staf bank menolak untuk mengeluarkan wang setelah mengetahui bahawa lelaki itu hanya bersenjatakan sebilah sudu.
Lelaki yang cuba merompak itu akhirnya diketawakan oleh mangsa-mangsanya dan pergi dari situ dengan tangan kosong. Walaubagaimana pun, pihak polis tidak memandang ringan kes ini dan akan cuba menyiasat.
Jurucakap polis, Renata Laszczka-Rusek berkata, "Ianya adalah satu yang pelik tetapi dia telah melanggar undang-undang dan kami akan mencarinya."

Via - ziua.net

Lidah yang di tatoo

Apa yang membuat mereka ini sanggup untuk melakukan
tatoo begini???Kerana glamour atau seni???



rasanya tak ada siapa yang nampak
kecuali jelirkan lidah....takkan nak jelir lidah selalu nanti
dah macam anjing pulak....

Siapa yang nak bergambar dengan seniman bogel ini kena bayaran $250

AsiaOne melaporkan seniman bogel T. Venkanna berasal dari Hyderabad India mengadakan pertunjukkan seni Art Stage Singapore di Marina Bay Sands Convention Centre. Pengunjung yang menghadiri pameran ini boleh memegang tangannya (bukan yang "tut"), berbual atau bergambar dengannya dengan kadar bayaran $250.

Pertunjukkan yang dilabelkan oleh Venkanna sebagai suatu seni ini telah menarik ribuan pengunjung. Yang menariknya, Shin Min Daily melaporkan bahawa 70 peratus daripada pengunjung yang mengambil gambar dengannya ialah kaum wanita.

Menurut Venkanna, sebahagian besar daripada pengunjung  tidak berani merenung matanya, malu, dan tidak banyak bercakap dengannya. Namun, mereka melayannya dengan hormat dan tidak mengganggu atau menyoal niat artistiknya.

Pameran seni ini berakhir pada hari ini, 16 Januari.

sumber : www.duniacacamarba.blogspot.com 

Makanan yang Dimakan Whitney Houston Beberapa Minit Sebelum Meninggal

infospesial.net -  Tragis, gambar ini dirilis dari bilik hotel dimana Whitney Houston meninggal dunia, terlihat sisa-sisa makanan terakhirnya seperti hamburger, kentang goreng dan sandwich kalkun yang dikatakan telah dimakannya, sebelum ia ditemukan  di bilik mandi.





Gambar-gambar ini juga menunjukkan jika Whitney telah minum champange dan bir tak lama sebelum kematiannya. Dan boleh saja jika alkohol dan ubat resep Xanax menjadi kombinasi mematikan yang juga ditemukan di tempat kejadian, menjadi penyebab kematiannya. Dokter Whitney dilaporkan akan di soal siasat mengenai kematian Whitney, apakah ia memperoleh ubat yang ditemukan ilegal di biliknya, di hotel Beverly Hill Hilton.

Tubuh penyanyi yang berusia 48 itu ditemukan di sebuah tab mandi di biliknya, Sabtu (11/02/2012), dengan dikelilingi oleh botol yang berbeza dan berbagai macam pil termasuk ibuprofen (ubat penghilang rasa sakit), Xanax (ubat anti kecemasan), Midol (untuk kram menstruasi), amoksisilin (untuk bakteri infeksi).

Petugas koroner County akan meminta salinan catatan medis Whitney dan akan membandingkannya dengan botol resep yang ditemukan di bilik hotelnya, sebuah sumber mengatakan kepada surat khabar Inggris, The Sun.

Jika ada yang memberi Houston ubat secara ilegal, mereka boleh dikenakan."(hukuman) harus dipastikan bahawa tidak ada unsur kelalaian dalam kes ini. Itu boleh menjadi dakwaan dalam kes ini, "kata sumber itu.
(Dailymail)

Dapat lesen memandu setelah 960 kali ujian

Pantang menyerah. Itulah Cha Sa-soon. Demi mendapatkan sebuah lesen memandu, dia rela mencuba ujian sampai 960 kali.

Apabila dia berhasil mendapatkan lesen itu dia siap membeli sebuah kereta.

Pejabat  berita Yonhap mengatakan, Cha hampir setiap hari menjalani ujian untuk mendapatkan lesen sejak April 2005. Dia mengatakan perlu membeli sebuah kereta  kecil kerana ingin mengunjungi anak-anaknya serta untuk keperluan perniagaannya, iaitu menjual sayur-sayuran.Hebat  semangat Ibu Cha, pantang menyerah.(link)

Video kucing boleh mengira


[Gila]Di AS Serah Password Facebook Jadi Syarat Meminta Kerja

MARYLAND (Berita SuaraMedia) – Beberapa perusahaan mulai mengakses profile Facebook para calon karyawan, untuk meneliti latar belakang dan sifat-sifat mereka.

Namun apakah dapat dibenarkan jika  password Facebook pun harus diserahkan?

Kontroversi ini terjadi di Amerika Syarikat. Seorang calon pekerja diharuskan menyerahkan password Faceboook pada tempat kerjanya. Pencari kerja bernama Robert Collins ini tidak dapat menerima syarat ini dan mengadu ke lembaga American Civil Liberties Union (ACLU) untuk meminta bantuan.

ACLU pun menghantar surat protes pada Maryland Department of Public Safety and Correctional Services, tempat Collins meminta kerja.

Mereka menyebut kwajiban penyerahan password Facebook adalah menakutkan dan satu tindakan yang salah terhadap privasi pencari kerja.

Collins memang pantas marah, kerana dia sebenarnya adalah pekerja lama di department itu. Bercuti selama 4 bulan kerana sakit, dia diharuskan meminta semula yang salah satu syaratnya, harus memberikan password dan username Facebook.Dan ternyata tak hanya Collins, ternyata semua calon pekerja yang melamar pun diwajibkan melakukan hal serupa.

Seperti diberitakan Cnet, tindakan seperti  ini dipandang berlebihan dan melanggar privasi seseorang.

“Tindakan ini adalah invasi total (terhadap privasi-red) dan terlalu berlebihan,” demikian kata Collins. Dia jelas tidak mahu bosnya mengakses account Facebook miliknya.

Remaja 11 tahun diTangkap karena Mengancam Guru dengan Gambar Pistol

Seorang remaja 11 tahun ditangkap polis kerana mengancam guru dengan gambar pistol dan tongkat (dailymail.co.uk). Remaja bernama Tim dari Arvada, Colorado, yang dijemput polis di rumahnya untuk ditahan setelah membuat sebuah gambar bertuliskan 'guru harus mati'.

image

Tim yang sedang menjalani terapi di Attention Deficit Disorder. Membuat gambar tersebut hanya sebagai ungkapan kemarahan, seperti yang dianjurkan oleh terapisnya, Dr Patrick Bacon, "... jika kamu sedang marah, buatlah sebuah gambar, itu lebih baik daripada mengganggu kegiatan kelas."

image

Setelah melukis gambar dengan pensil, Tim merasa lebih tenang. Kemudian gambar tersebut dibuangnya ke sampah. Tetapi guru mengambilnya, membawa ke kepala sekolah untuk kemudian melapornya ke polis.
"Saya tidak menemukan kesalahan apapun pada anak saya," kata ibu Tim. "Dia hanyalah seorang remaj 11 tahun dan tidak ada maksud untuk merugikan siapapun."
Polis sudah memutuskan untuk memberikan hukuman percubaan. Jika Tim berkelakuan baik, maka akan segera dilepaskan.

Apakah ini hukuman ini sesuai untuk remajaberusia 11 tahun?

[ANEH] Ikan saling bercinta,bercium selama 30 minit

TRIBUNNEWS.COM - Ikan ini sungguh saling mencintai dan selalu berciuman ketika mereka saling bersentuhan di dalam akuarium. Bahkan, mereka boleh berciuman hingga 30 minit.

Kisah cinta dua ikan ini menyentuh hati banyak orang dan datang menyaksikan di akuarium yang terletak di wilayah Zhumadian, Daerah Henan, China.

Bahkan, banyak pasangan pengantin baru yang mengambil foto ketika ikan ini saling berciuman. Pemilik akuarium bernama Wei menyatakan ikan jenis nuri ini berhasil dari Taiwan dan baru tiba beberapa minggu lalu.

"Kami cuba memisahkannya namun kedua ikan ini menolak makan. Jadi, kami menempatkannya kembali dalam akuarium yang sama," jelas Wei.

Sumber: Dahe Daily

Kambing Aneh, Suka Makan Roti, Minum Kopi dan Wanita Cantik


TASIKMALAYA, RIMANEWS- Kambing adalah binatang herbivore yang biasa memakan dedaunan. Namun berbeza dengan kambing milik pasangan Kurnia dan Wati, warga Sukadana, Kecamatan Rajapolah, Tasikmalaya, Jawa Barat, yang setiap hari memakan nasi, roti, mi segera, atau meneguk kopi dan minuman berenergi.

Kurnia memberi nama kambingnya dengan Hengki Kurniawati. Setiap hari dia mengajak Hengki pergi ke warung terdekat. Di sana, kambing tersebut dibelikan roti atau kuih–layaknya anak kecil yang biasa membeli jajan.

Jika biasa haiwan tak takut kotor, Hengki sebaliknya. Dia tak pernah mahu memakan makanan yang sudah kotor atau bekas orang. Selama enam tahun terakhir, Kurnia harus mengeluarkan uang Rp 10 ribu setiap harinya.

“Kambing itu setiap hari makanannya seperti manusia. Bahkan tidak mahu rumput. Dia juga suka minum kopi atau susu dan makan roti yang biasa dibeli di warung,” ujar Kurnia.

Menurut Kurnia, kambing miliknya juga suka dengan wanita cantik, apalagi yang berpakaian seksi.

Artis Bollywood kena ramas oleh peminat


Ibu pun Menangis Melihat Beatty Memakai Jilbab

Diana Beatty pertama kali bertemu dengan seorang muslim ketika di bangku kuliah. Setelah itu dia mengenal beberapa muslim lagi yang pelahan-pelahan membuatnya sedar betapa selama ini dia bersikap arogan terhadap Islam dan Muslim.

Beatty banyak mendengar informasi tentang Islam dan Muslim, tapi kebanyakan yang dia dengar adalah hal-hal yang buruk. Setelah berinteraksi dengan beberapa Muslim yang dijumpainya, muncul rasa ingin tahu yang besar dalam dirinya untuk lebih mengenal Islam, kerana orang-orang Islam yang dia jumpai menunjukkan sikap dan perilaku yang membuatnya kagum, jauh berbeza dengan apa yang dia dengar selama ini. Beatty juga tertarik dengan ketulusan dan aspek-aspek ibadah yang dilakukan orang Islam, terutama solat.

“Agama yang membimbing kita dalam semua aspek kehidupan, adalah sesuatu yang saya cari selama ini. Saya dibesarkan sebagai seorang Kristian dan ketika saya mengenal beberapa orang Islam, saya adalah orang taat agama dan serius mempelajari Alkitab,” kisah Beatty.

“Tapi banyak pertanyaan saya tentang isi Alkitab yang tidak terjawab, dan saya justru menemukan jawabannya dalam Al-Quran. Awalnya, saya tidak suka membaca isi Al-Quran kerana Al-Quran menyebutkan bahawa Yesus bukan anak Tuhan dan Al-Quran menyebut tentang perang yang membuat saya teringat kembali pada apa yang saya dengar tentang teroris muslim dan kekerasan …”

“Tapi orang-orang Islam yang saya kenal, menjadi contoh buat saya seperti apa sebenarnya seorang muslim dan saya melihat bahawa stereotipe yang terbangun dalam pandangannya saya selama ini tentang muslim, tidak sesuai dengan fakta yang saya lihat,” tutur Beatty.

Perempuan yang berasal Colorado AS itu pun berfikir, bagaimana dia boleh tahu bahawa Alkitab itu benar dan Al-Quran salah, jika ia tidak mempelajarinya. “Terutama ketika banyak hal yang sama antara keduanya, Alkitab dan Al-Quran sepertinya berasal dari sumber yang sama,” sambung Beatty.

Semakin dalam mempelajari Al-Quran, Betty menemukan perbezaannya dengan Alkitab. Dalam Alkitab ia menemukan banyak kesalahan dan kontradiksi, tapi tidak dalam Al-Quran. Dia mengatakan, “Apa yang Quran katakan tentang Tuhan dan apa tujuan manusia hidup di dunia, buat saya lebih logik dan mudah untuk difahami.”

Berbulan-bulan Beatty melakukan perbandingan antara agama Kristian yang dianutnya dengan agama Islam yang sedang dipelajarinya. Dan masa itu merupakan masa-masa yang sulit baginya. Tapi hati Beatty memenangkan Islam. Dia makin yakin bahawa Islam adalah agama yang benar, yang dikirim Allah untuk umat manusia.

“Saya pun memutuskan untuk masuk Islam. Saat itu saya masih belum yakin tentang banyak hal, khususnya tentang jilbab. Saya juga belum tahu bagaimana melakukan solat, dan ibadah yang lainnya. Tapi saya mula belajar,” ungkap Beatty.

Dia tak membantah bahawa di hati kecilnya ada rasa takut ketika memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Berat baginya membayangkan akan berhadapan dengan keluarganya dan melakukan sesuatu yang mereka benci dan tidak mereka mengerti. Sempat tebisik dalam hatinya, bagaimana jika dia membuat keputusan yang salah? Beatty khuatir respon negatif yang akan dia terima dari teman-temannya, rakan kerja, atasan di pejabat dan dia khuatir dikeluarkan dari keluarganya.

Keluarga Beatty memang tidak suka melihat Beatty menjadi seorang muslim, tapi Beatty tetap diterima oleh keluarganya. “Tiap kali saya berbincang dengan ibu, dia mengeluhkan busana muslimah yang saya kenakan, sepertinya hal itu sangat mengganggunya lebih dari apapun dan dia akan menyatakan berbagai syarahan Kristian pada saya,” tutur Beatty.

Beatty bercerita, ibunya merasa terluka dan menangis selama seminggu ketika Beatty memutuskan untuk mengenakan jilbab. Dalam surat, sang ibu mengatakan bahawa apa yang dilakukan Beatty adalah tamparan keras di wajahnya, Beatty dianggap telah melanggar didikan orang tuanya dan sedang berusaha menjadi orang Arab. Keluarga Beatty juga menuding bahawa Beatty melakukan itu gara-gara suami Beatty yang seorang muslim. Keluarga Beatty tidak menyukainya dan meminta Beatty bercerai.

“Keluarga saya berkata, saya akan masuk neraka. Buat saya, tidak sulit menghindar dari makanan yang tidak halal, menjauhkan diri dari alkohol. Tidak sulit buat saya untuk belajar solat dan mengenakan jilbab. Satu-satunya yang berat buat saya adalah tekan daripada keluarga,” imbuh Beatty.

Pada titik ini Beatty merasakan, tantangan yang berat setelah dia menjadi muslim adalah keluarganya sendiri, kerana teman-teman dan orang-orang yang dia kenal, ternyata boleh menerima pilihannya menjadi muslim.

Tiga tahun sudah Beatty memeluk Islam. Dia mengakui bahawa Islam banyak memberikan perubahan dan meningkatkan kualiti hidupnya. “Islam mengubah saya secara total. Sekarang, saya tidak ragu lagi akan tujuan hidup saya di dunia ini dan bahawa saya sudah mengikuti jalan yang benar. Dulu, saya bahkan tidak menyedari bahawa saya sedang kehilangan arah. Tapi ketika saya menemukan Islam dan merenungkannya kembali, sangat jelas buat saya bahawa Islam-lah yang saya cari selama ini,” papar Beatty.

Beatty bersyukur menjadi seorang muslim kerana Islam memualiakan hidupnya sebagai seorang perempuan. Dia melihat sendiri bahawa lelaki muslim yang baik akan memperlakukan perempuan dengan baik. Suatu hal yang jarang dia temui dalam budaya masyarakat Amerika, dimana ia dibesarkan.

“Memilih masuk Islam, buat saya seperti kembali pulang ke rumah setelah sekian lama berkelana,”ujar Beatty yang sekarang menggunakan nama Islamnya Masuuma Amatullah.

Sumber : http://www.eramuslim.com

Kentut semasa merawat pesakit doktor dikenakan tindakan disiplin

REPUBLIKA.CO.ID,LONDON – Kelakuan Matius Walton sebagai doktor gigi benar-benar tidak sopan. Walton harus menjalani tindakan disiplin kerana kentut dan bersendawa ketika memeriksa pesakitnya.
Walton tidak hanya sedawa dan knetut. Walton juga sering menyentuh dua jarinya di belakang punggung pesakitya.

Sidang Dewan Gigi Umum juga mengungkapkan fakta mengejutkan lainnya. Kepada pesakit yang tidak boleh berbahasa Inggris, Walton sering menyuruh mereka menunjukkan beg duit mereka. Walton ingin melihat apakah mereka punya cukup wang untuk membayar.

Bekas rakan Walton juga mengatakan bahawa reakannya tersebut selalu berkata kasar. Jika kesulitan dalam mencabut gigi pasiennya, Walton selalu berkata ‘’f****ing hell.’’

Jururawat gigi, Nicola Groom, berkata: “Ketika berada di ruang pendaftaran kami memiliki pesakit cacat yang berada di bawah menunggu . Matius hanya akan berjalan sambil bersendawa. Dia fikir itu adalah lelucon besar. “

Groom menambah. “Jika pesakitnya memiliki status, misalnya seorang doktor datang, maka dia baik-baik saja. Dia akan berbicara normal,’’ kata Groom. ‘’Tapi jika pesakitnya itu orang biasa yang penampilannya sungguh berbeza, maka dia sama sekali tidak ada rasa hormat.’’

Ada satu lagi kelakuan Walton yang benar-benar tidak pantas. Dia pernah menolak seorang pesakit kanak-kanak yang baru berusia lima tahun.

Walton mengakui bahawa dirinya sering kentut di depan staf ketika dia masih menjalani pratikal di Whitchurch, Shropshire, pada 2006 dan 2007. Tetapi, dia menyangkal melakukannya ketika sedang memeriksa pesakit.

Walton juga membantah bahawa dia sering berkelakuan kasar terhadap pesakitnya. Dia mengaku tidak pernah meminta pesakitnya untuk menunjukkan wang mereka sebelum pengubatan.

Diserang asma gara-gara Facebook

KES terbaru di Itali, ditemukan adanya seorang remaja laki-laki yang terserang asma keranna terlalu sering mengunjungi  Facebook. Fasiliti yang semestinya memudahkan kita dalam bersosialisasi ini tak sedikit telah menyebabkan impak negatif, seperti juga penculikan terhadap anak.

Remaja  berusia 18 tahun itu dilaporkan mengalami depresi kerana terlalu sering melihat foto pada akaun bekas kekasihnya. Ia mengaku telah dicampakkan begitu saja oleh sang pacar. Kerana merasa belum menerima hal itu, remaja  itu pun lalu terus-menerus membukan akaun Facebook bekas kekasihnya lalu melihat foto-fotonya. Lama-kelamaan ia pun merasa depresi dan selalu terserang asma setiap melihat foto di akaun Facebook tersebut.

Namun, ketika doktor memaksanya untuk tidak membuka Facebook untuk sementara waktu, serangan asma pun terhenti. Seperti yang ditulis dalam jurnal The Lancet oleh Dr Gennaro D'Amato dari Naples beserta dua koleganya, disebutkan bahawa memang stress secara psikologi dapat memicu serangan asma. Mereka mengatakan "Kes ini mengindikasikan bahawa laman jejaring sosial, khususnya Facebook, boleh menjadi penyebab baru masalah kejiwaan yang boleh membawa masalah kesihatan seperti asma."

Kini sang remaja  yang telah didiagnosis mengalami asma akut telah dirawat intensif di hospital. Ibunyalah yang telah membantu doktor mencari tahu penyebab serangan itu setelah gejalanya semakin parah. Sementara itu, bekas kekasihnya sebenarnya juga telah menghapus profil remaja  itu dari akaunnya, tapi  remaja malah membuat beberapa akaun baru dan mengganti namanya sehingga ia boleh kembali berteman dengan sang mantan dan boleh kembali melihat foto-fotonya.

"Ia tampaknya mengalami sesak nafas yang terjadi berulang kali setiap kali ia mengakses Facebook," kata doktor. Untuk ke depannya, dokter pun meminta agar sang ibu boleh membantu anaknya mengatur pernafasan hingga normal sebelum dan sesudah membuka internet.

Rahsia Sperma Sihat dari Ayah Tertua di Dunia


Seorang lelakidi India bernama Ramjit Raghav dinobatkan sebagai ayah tertua baru-baru ini kerana menjadi Ayah pada usia 94 tahun. Bahkan, ia mengatakan masih dapat berhubungan seks dengan isterinya yang berusia 59 tahun tiga kali dalam semalam.


Raghav menceritakan bahawa ia dulunya adalah seorang pegulat dan memakan banyak makanan kaya lemak sampai saat ini. Setiap hari, Raghav meminum 3,5 liter susu dan makan hampir setengah kilogram almond dan mentega bening yang disebut ghee.


 Dalam pengubatan Ayurvedic di India selama berabad-abad, ghee telah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti air mani. Sayangnya, tidak ada bukti ilmiah yang nyata untuk mendukung gagasan ini. Seperti dilansir Menshealth.com, Minggu (12/2/2012), Ramjit Raghav memberitahu rahsia kesuburannya.


1. Pola makan dan olahraga
 Makanan dan olahraga jelas paling penting dan sangat mudah untuk meningkatkan kesuburan. Pakar kesihatan lelaki, Larry Lipshultz, MD, mengatakan bahawa sepertinya ada suatu metode yang dilakukan Raghav. Dilihat oleh postur tubuhnya yang ramping, Raghav nampaknya memiliki lemak tubuh yang sedikit.
 "Jaringan lemak mengganggu produksi testosteron dan memperlambat produksi sperma. Jika Raghav makan banyak lemak dibandingkan dengan kebanyakan orang, itu sebenarnya mirip dengan diet rendah karbohidrat," jelas Lipshultz. J.


2. Hindari mandi air panas
 Menghabiskan terlalu banyak waktu dalam air panas akan merosak sperma. Sperma diproduksi di testis kerana letaknya memungkinkan suhunya lebih dingin daripada suhu bahagian tubuh lainnya. 
 Panas yang hebat dapat mengganggu produksi sperma dan kolam air panas dapat sangat bermasalah kerana langsung menyentuh testis. Berendam dalam air panas satu sampai lima jam per minggu telah terbukti menurunkan jumlah sperma. Untungnya, penurunan tersebut tidak permanen.


3. Hindari makan kekacang
 Beberapa orang mengklaim bahawa kekacang adalah makanan yang sihat. Tapi kekacang ternyata adalah tersangka penyebab ketidaksuburan pada lelaki. Suatu penelitian tahun 2008 oleh Harvard menunjukkan hubungan yang serius antara asupan kekacang dan penurunan jumlah sperma.
 Tiap kali ejakulasi, jumlah sperma per mililiter orang yang memakan satu setengah porsi kekacangper hari 32% lebih sedikit dibandingkan dengan orang yang tidak memakannya. Apalagi, kekacang diketahui juga dapat menyebabkan disfungsi ereksi.


sumber 

Tukang masak cipta pie dari testis kerbau untuk hari Valentine

Seorang tukang masak ciptakan pie dari testis kerbau untuk  pasangan-pasangan yang merayakan hari kasih sayang.

Charlie Bigham mengatakan makanannya itu boleh menjadi zat perangsang nafsu birahi yang ideal dengan petunjuk-petunjuk memasak bahkan mendorong pasangan " untuk mematikan telefon, meyalakan lilin-lilin, dan menyelinap masuk ke sesuatu yang lebih nyaman."

"Sejak tahun 1996 aku sudah membuat makanan enakku ini dengan segala keperdulian  yang kamu inginkan jika kamu memiliki waktu. Bagaimanapun juga, (hampir)  tak ada 

Cara yang lebih baik untuk boleh bersama daripada makanan segar dan enak yang sudah disiapkan," ujar Charlie seperti dilapor dari situs Femalefirst.

Cinta Serigala, Tracie Koziura Ganti Nama Jadi Rebel Wolf


Tracie Koziura dari Leicester berganti nama menjadi Rebel Wolf. Dirinya mengganti nama itu sekitar 19 bulan lalu kerana dirinya pencinta serigala.
Rebel berusia 53 tahun dan menjalankan web development business  bersama partnernya Paul dan dirinya memiliki begitu banyak foto-foto serigala.
“Rebel Wolf lebih sesuai untukku ketimbang nama lahirku. Itu terasa benar. Aku selalu memberontak (rebel) saat masih remaja dan terpesona dengan serigala sejak yang aku boleh ingat.

Orang yang mengenal aku dengan baik masih memanggilku Tracie dan itu pulalah nama yang kugunakan untuk tujuan-tujuan bisnis.

Tapi aku suka dipanggil Rebel Wolf sepanjang waktu, meski Paul berpikir nama itu sedikit gila. Jika aku ada di situs-situs networking, aku selalu menggunakan nama Rebel Wolf. Aku sudah melakukannya sejak 1998,” jelas ibu satu anak ini.

Kanak-kanak Rusia Ini Dengan Gerakan Tari yang Luar Biasa



Umurnya mungkin baru beberapa tahun, namun kanak-kanak laki-laki dari Rusia ini benar-benar tahu bagaimana menghidupkan suasana dalam pesta.


Dengan gerakan tariannya yang luar biasa anak muda ini turun ke lantai menari dan menjadi menjadi bintang dalam pesta. Seperti seorang penari profesional ia memutar tubuhnya dengan mudahnya dalam iringan lagu tradisional, negara tersebut.




Dengan gerakan tari yang luar biasa, anak kecil ini menjadi bintang pada acara dansa


Bahkan, dengan gerakannya professionalnya ini, sang bocah mendapatkan partner menari, iaitu seorang wanita cantik dengan gaun merah.


Anak yang tidak diketahui namanya ini diyakini menari Lezghinka, tarian nasional para penduduk di Pegunungan Kaukasus yang terletak di Rusia, Georgia, Armenia, Iran, Turki dan Azerbaijan. Dimana, setiap negara memiliki versi sendiri dan dapat dilakukan sebagai tari solo, pasangan atau kelompok.



Alat Makan ini Membuat Anda Sarapan Sambil Membina Otot


Ingin bersenam namun tak mempunyai waktu ? Mungkin alat makan ini sesuai buat anda yang terlalu sibuk untuk melakukan latihan fisik dan dijamin dapat membentuk otot anda.


Peralatan makan dari krom yang terdiri dari pisau dan garpu mempunyai berat masing-masing 1 kg, sedangkan sudu beratnya 2 kg, atau lebih berat dari 32 set peralatan makan stainless steel dikombinasikan.




Perangkat makan ini diharapkan membakar kalori sementara anda menyantap makanan


Peralatan makan buatan tangan Firebox ini dijuluki sebagai peralatan makan sempurna untuk orang yang ‘rakus’ dan membutuhkan senaman.


Namun, selain harganya yang mahal, kerana satu set peralatan makan ini berharga 69.99 poundsterling, ada kekhuatiran bahawa perangkat makan ini dapat menambah ketegangan di sekitar pergelangan tangan pemakai.

Wow..nenek memandu selama 82 tahun tanpa pernah di saman


Umur tidaklah boleh menghalangi semangat dan kesenangan kita akan sesuatu. Mungkin prinsip ini yang terus dipegang oleh Maisie Griffith. Bukan apa-apa, Maisie saat ini sudah berusia 100 tahun dan masih senang memandu sendiri.


Nenek ini pun membuktikan hal itu ketika perayaan hari jadinya ke satu abad dirinya memandu sendiri. Maisie sendiri sudah 82 tahun mengemudi kereta dan hingga saat ini dia tidak pernah mendapat saman akibat memandu laju, salah parking  atau kecelakaan.


Maisie bahkan masih ingat ketika dia pertama kali belajar memandu di usia 12 tahun di pertanian keluarganya di Truganina, Victoria, Australia.


"Kuda dan keretanya agak lambat ketika dibawa ke sekolah yang jaraknya tiga km. Itu jadi sedikit lebih cepat ketika kami punya kereta," ingat dia.


Setelah enam tahun berlatih memandu di kawasan pertanian tersebut dan sudah cukup umur, enam tahun kemudian dia pun mendapat lesen memandunya.


Sekarang, dengan ulang tahun ke-100 ia bangga boleh mengingat itu semua dan menunjukkan pada keluarga dan teman-temannya bahawa mereka dapat 'melakukannya' juga dengan catatan memandu yang sempurna.


Sejak pertama kali memandu, Maisie sudah berganti puluhan kereta dan kini memandu sebuah Audi. "Anda hanya harus berhati-hati. Saya boleh pergi ke rumah putri saya, toko-toko dan pertemuan CWA (Country Women Association)," jelasnya seraya mengatakan paling tidak dirinya masih mengemudi hingga 10 kali tiap minggunya.


Sumber : http://oto.detik.com

Rayakan Hari Valentine, Lelaki Ini Pilih Bercerai


WELLINGTON - Hari Valentine yang jatuh setiap 14 Februari, umumnya kerap dirayakan dengan saling memberikan hadiah baik berupa cokelat, sejambak bunga atau bahkan lamaran dari pasangan yang ingin segera menikah.


Namun hal itu berbeza dengan yang dialami seorang wanita malang dari New Zealand. Bukannya menerima hadiah berupa bunga atau cokelat, wanita ini justru akan menerima surat cerai dari suaminya tepat pada perayaan Hari Valentine.


Hal ini bermula ketika sebuah stesen radio di New Zealand The Rock, menawarkan kesempatan berikut dengan sejumlah bayaran bagi siapa saja yang ingin mengumumkan perceraiannya tepat pada Hari valentine.


" Ini ditargetkan kepada para lelaki miskin yang mengira mereka telah menikah dengan seorang malaikat, padahal sebenarnya mereka hanya menikah dengan setan yang berpakaian malaikat," ujar The Rock dalam situsnya seperti dikutip Daily Mail Minggu, (12/2/2012).


Program 'Win a Divorce' ini rupanya menarik perhatian seorang lelaki yang diyakini bernama Sam untuk menceraikan isterinya. Sam dilaporkan akan mengumumkan perceraian itu melalui radio The Rock pada 14 Februari 2012 . 


Stesen radio The Rock ini memang terkenal melalui berbagai program kontroversi. Sebut saja seperti yang terjadi tahun lalu, dimana The Rock mengadakan sebuah kompetisi 'Win a Wife'. Pemenang dalam kompetisi ini akan mendapatkan paketjperjalanan selama 12 hari ke Ukraine untuk memilih wanita yang akan menjadi pasangan hidupnya.(rhs)

Pencuri pelik siap sapu lantai,lipat kain dan masak di rumah yang dimasukinya


Keluarga Ashley Murray kedatangan tamu dirumahnya pada malam Isnin kelmarin. Ia adalah tamu yang baik, mahu menyapu lantai, melipat baju, dan memasak makan malam. Sayangnya, tamu itu adalah orang yang tak diundang, dan ia datang ketika seluruh penghuni rumah tiada di rumah.
Ketika Murray bersama anaknya pulang  dan melihat keadaan rumahnya malam itu dari depan, ia menyedari ada sesuatu yang aneh. Lampu di ruang keluarga sudah menyala. Awalnya ia fikir saat itu kakaknya sudah pulang, tetapi ketika ia cuba membuka pintu, pintunya masih terkunci, dan setelah ia mengintip dari balik tirai jendela, terlihatlah seorang lelaki tak dikenal sedang berada di dapur rumahnya di daerah South Bend, Indiana.
Melihat itu, Murray menjauh dari jendela dan memanggil polis. Setelah memastikan polis akan datang, ia berteriak kepada si lelakitak dikenal "Polis sedang menuju kemari!" Dan lelaki itu membalas "Polis sudah disini," menutup jendela rumah, menguncinya, dan diam didalam hingga polis datang. Pencuri yang aneh.
Polis akhirnya datang dan langsung menahan tamu asing yang diketahui bernama Ketih Davis. Davis,  berusia 46 tahun itu terus-terusan berusaha menolak ditahan dengan alasan bahawa rumah itu adalah rumah tempat tinggalnya. Walaupun begitu, polis tetap menahannya.
Di poket Davis ditemukan satu set kunci milik Murray. Menurut Murray, kunci itu biasanya ia taruh di sebuah tempat penyimpanan khusus untuk digunakan oleh kakaknya yang biasa pulang malam. Ia menduga Davis telah mengintipnya dan mempelajari cara untuk membuka tempat penyimpanan itu.
Yang aneh, Murray tak menemukan satupun benda berharga yang hilang dalam rumahnya. Ia justru menemukan lantai rumahnya sudah disapu, pakaian sudah dilipat, dan bahkan ia sudah menambahkan lapisan kain serta bantal di atas sofa.
Barang yang hilang hanya ayam di peti sejuk dan jus jeruk, itupun ayamnya sudah menjadi ayam goreng setelah dimasak oleh Davis.
"Ia meminum jus jeruk saya, tapi saya tak keberatan kerana ia telah menyapu lantai dan melipat baju-baju saya," ujar Murray kepada WNDU.
Murray belakangan mengatakan kepada polis bahawa putranya pernah melihat lelaki ini sedang memerhatikan dirinya ketika sedang bermain bersama tetangga.
Polis yang menginterogasi Davis mengatakan bahawa sang pelaku telah memberikan alamat fiktif dan mereka mengalami kesulitan untuk mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut Davis. Sementara ini, mereka masih menduga sang pelaku antara terpengaruh oleh ubat-ubatan atau memang memiliki masalah secara psikologis.

Mayat pelancong Australia dalam sungai


TOKYO: Seorang lelaki dipercayai rakyat Australia ditemui mati di bandar peranginan ski Jepun, kata polis, semalam.
“Mayat itu ditemui dalam sungai dekat kedai serbaneka tengah hari kelmarin” di destinasi popular di Niseko di Pulau Hokkaido di utara Jepun, kata jurucakap polis.

“Kami masih mengenal pasti identitinya, tetapi dipercayai dia adalah warga Australia yang bercuti bersama beberapa rakan,” katanya.


Akhbar Australia The Herald Sun melaporkan lelaki itu dikenali sebagai David Fitzpatrick, 45, yang tidak muncul untuk penerbangan pulang ke negara asalnya. - AFP


sumber : myMetro

Biri-biri, rusa kahwin di zoo China sempena Hari Valentine


BEIJING: Sebuah zoo China akan mengadakan perkahwinan Hari Valentine untuk seekor biri-biri jantan dengan rusa betina, lapor agensi berita kerajaan Xinhua, semalam.
Pengunjung membanjiri taman hidupan liar di wilayah barat daya di Yunnan untuk menyaksikan biri-biri yang mempunyai nama Cina, Changmao bermaksud rambut panjang dan rusa itu, Chunzi (suci), selepas penjaga zoo mendedahkan di Internet, kedua-dua haiwan itu mula mengawan.

Taman hidupan liar itu akan mengeluarkan 500 tiket khas pada harga 66 yuan (RM33) sekeping untuk acara itu, lapor media kerajaan China News Service. Bagaimanapun, pakar memberi amaran mengenakan kualiti manusia pada haiwan. - AFP



sumber : myMetro

Paderi sebat dan biarkan kelaparan tiga anaknya hingga mati


SEOUL: Seorang paderi dan isterinya ditahan kerana didakwa membiarkan tiga anak mereka kelaparan dan menyebat kanak-kanak yang sakit itu hingga mati dalam cubaan untuk mengusir roh jahat, kata polis, semalam.
Paderi berusia 43 tahun itu dan isterinya ditahan atas kesalahan membunuh selepas saudara pasangan itu menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang reput di kediaman mereka bersebelahan dengan gereja di daerah Boseong dekat pantai barat daya negara ini.

Menurut jurucakap Agensi Polis Wilayah Jeonnam, ujian forensik menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan lima tahun mengalami lebam teruk di tubuh mereka tanpa sebarang makanan dalam perut.


Pasangan itu memberitahu polis, mereka cuba merawat tiga anak mereka yang mengalami demam panas dan selesema melalui puasa dan berdoa serta menyebat mereka berulang kali untuk “menghalau roh jahat”.

“Kami percaya kanak-kanak itu tidak diberi makan sejak 23 Januari lalu sebelum akhirnya mereka mati pada 1 atau 2 Februari lalu,” kata jurucakap itu. Pasangan itu menyebat setiap anak mereka sebanyak 39 kali dengan tali pinggang atau pemukul lalat dalam lima insiden berasingan, sebagai merujuk kepada petikan dalam kitab Injil.


Polis berkata, mereka merujuk kepada petikan dalam Injil yang berbunyi: “Usah tangguh untuk mendisiplinkan anak; jika kamu menghukum mereka dengan rotan, mereka tidak akan mati. Hukum mereka dengan rotan dan selamatkan mereka daripada kematian.” Anak keempat pasangan itu, bayi berusia setahun diletakkan dalam jagaan polis dan dalam keadaan sihat. - AFP



sumber : myMetro

Remaja 16 tahun cekik teman wanita hingga mati


JAKARTA: Seorang remaja lelaki mencekik teman wanitanya, gadis bawah umur, hingga mati di Kutai Timur, Kalimantan Timur kerana enggan mengadakan hubungan seks dengannya, Ahad lalu.
Ketua Polis Kalimantan Timur, Komisioner Kanan Adjutan, Budi Santoso berkata, mangsa ditemui mati pada jam 6 pagi dalam kawasan Masjid Darul Mutaqqim di Kampung Makmur Jaya. 
Polis menahan remaja lelaki itu di rumahnya.

Remaja berusia 16 tahun itu mengaku kepada anggota polis penyiasat dia melakukan jenayah itu.




Ketua Detektif, Sugeng Subagyo berkata, mangsa mati akibat dicekik.

Mayat gadis itu dihantar ke Hospital Besar Wahab Syahranie Samarinda untuk bedah siasat. - Jakarta Post 



sumber : myMetro

Dedah payudara semasa cuaca sejuk melampau di Moscow


MOSCOW, Rusia - Tiga aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom di sini semalam.
Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom.
Ketiga-tiga wanita itu mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius.
Salah satu poster itu mengandungi mesej yang menyamakan Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dengan ketua polis rahsia pada zaman pemerintahan pemimpin Adolf Hitler di Jerman, Heinrich Mueller.
Tunjuk perasaan itu dibuat kerana Ukraine dan Rusia gagal mencapai penyelesaian berhubung harga gas sejak beberapa bulan lalu.
Namun, ketiga-tiga wanita itu diusir keluar dari ibu pejabat tersebut oleh kakitangan lelaki syarikat Gazprom.
- Agensi
sumber : kosmo online

Pejabat Apek disimbah cat


KOTA BHARU: Selepas dipalit kontroversi dan menjadi mangsa fitnah, penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (gambar), 23, atau Apek, berdepan pula ancaman pihak tertentu apabila bangunan pejabat syarikat miliknya, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR), di sini, disimbah cat hitam.
Pengurus KFR, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff berkata, bangunan terletak di Jalan Seri Cemerlang, Dusun Raja itu disimbah cat hitam tiga kali.
Menurutnya, kejadian pertama berlaku antara 3 dan 4 Februari, diikuti kejadian kedua pada 9 Februari lalu dan terbaru Sabtu lalu.

Kejadian itu mendorong Seiyed Ahmad membuat laporan polis bersama Khairul Fahmi di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 1.33 tengah hari, kelmarin dan berharap mereka yang bertanggungjawab akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.




“Ketika kejadian pertama antara 3 hingga 4 Februari lalu, saya menyangka ia (simbahan cat) perbuatan budak nakal, namun selepas kejadian sama berulang, saya terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan Apek dan kakitangan.

“Kami tidak mahu menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Kami tidak mahu berlembut lagi kerana kejadian ini menjejaskan reputasi syarikat dan mengancam keselamatan orang lain terutama Apek,” katanya ketika ditemui di pejabat KFR di sini, semalam.

Menurut Seiyed Ahmad, satu bungkusan plastik mengandungi cat hitam turut ditemui di hadapan pintu masuk pejabat KFR pada Sabtu lalu dan bungkusan itu sudah diserahkan kepada polis sebagai bahan bukti.

Katanya, pihaknya akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) selain memantau sebarang pergerakan mencurigakan.

Dalam pada itu, Khairul Fahmi ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam, enggan mengulas dan menyerahkan kepada pengurusan KFR untuk membuat kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.



sumber : myMetro

Dosa RM17j, nyawa terancam


KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.
Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu. 
Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.



“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.


sumber : myMetro

Beli iPhone dapat komik Cina dan berus


JOHOR BAHRU: “Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam.
Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.
Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.

“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.




“Telefon bimbit berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya berus cat terpakai, komik serta telefon mainan,” katanya.

Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.

“Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.

“Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama,” katanya.

Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.

Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet.



sumber : myMetro

Telinga konstabel digigit si penipu



KUALA TERENGGANU - Telinga kiri seorang anggota polis berpangkat konstabel hampir putus selepas digigit seorang suspek yang cuba melarikan diri ketika baru ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Gong Badak di sini kelmarin.
Sebelum kejadian pukul 9 malam, suspek lelaki berusia 34 tahun dari Batu Rakit di sini berpura-pura mahu muntah sebelum dia menolak Konstabel Amran Yahya, 23, dan terus melarikan diri.
Bagaimanapun, Amran berjaya mengejar suspek yang belum sempat keluar dari kawasan balai menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.

sumber : kosmo online

Gambar Iklan Komersial di Jerman ini.. Lucu Atau Menyeramkan ?

Gambar Iklan Komersial di Jerman.. Lucu Atau Menyeramkan .Iklan ini nampak menyeramkan tetapi dilihat lagi sebenarnya lucu.Cuba nilaikan sendiri sama ada iklan ini lucu atau menyeramkan.






Gagal curi kereta gara-gara pemilik kereta bogel

image
Di London Seorang pencuri kereta terpaksa membatalkan niatnya untuk mencuri sebuah kereta  disebabkan pemilik kereta yang mengejar pencuri itu sambil telanjang. 
Russell Stuart yang sedang terlelap tidurnya, tiba-tiba terbangun setelah mendengar bunyi dekat keretanya. Dia melihat pencuri kereta berusaha untuk mencuri kereta kesayangannya tersebut. 
Stuart segera bangun dari tidurnya, membuka pintu penumpang dan duduk disamping kerusi tepat disebelah pencuri yang hendak mencuri itu. Namun lucunya, Stuart tidak sedar jika dirinya belum menggunakan pakaian sama sekali.
Setelah pencuri tersebut melihat yang dia bogil, dia langsung membuka pintu dan lari dari Stuart. "Saya langsung bangun dari tidur dan menuju ke kereta, buka pintu dan duduk disebelahnya," ungkap Stuart.
"Dia mungkin hairan mengapa ada orang yang berbadan besar dan telanjang duduk disampingnya. Tetapi ketika kereta kepunyaan kita berusaha dicuri, saya tak perlu berfikir tetapi langsung bertindak," kata Stuart.
Setelah pencuri itu lari, lelaki berusia 51 tahun tersebut sempat mengelilingi kota Kent, dalam keadaan telanjang untuk mencari pencuri itu. Namun dia menghentikan aksinya kerana dalam keadaan bogel mengganggu ketenangan kota.

Wow!!! Bil makan tengahari RM162,319

NEW YORK – Seorang pemilik sebuah restoran di sini memperoleh ‘durian runtuh’ apabila premisnya dikunjungi pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich. lapor sebuah akhbar.

Abramovich yang juga bilionair Rusia membayar £28,793 (RM162,319) untuk makan tengah hari di restoran makanan Itali, Nello bersama teman wanitanya, Dasha Zhukova, anak lelakinya, Arkady dan tiga orang rakan niaga kelmarin.
ROMAN ABRAMOVICH bergambar bersama Nello Balan di New York Jumaat lalu manakala gambar kecil ialah bil makan tengah hari bilionair itu.

“Apabila mereka mula membuat pesanan, saya faham bahawa mereka mahukan yang terbaik dan harga bukan persoalannya,” kata pemilik restoran tersebut, Nello Balan.

Mereka menjamu selera dengan hidangan mewah seperti kulat trufel, limpa dan pasta makanan laut dipadankan dengan beberapa jenis wain termahal di dunia.

Lebih hebat kata seorang saksi, Abramovich langsung tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila beliau melihat bil hidangan mereka.

Sebaliknya, lelaki ke-51 terkaya di dunia menurut majalah Forbes itu bertanya dengan sopan, sama ada bil tersebut termasuk caj perkhidmatan sebelum dimaklumkan caj perkhidmatan untuk hidangan mereka ialah £4,468 (RM25,188). – Agensi

sumber : mran3238.wordpress.com

Test kondom sampai macamni sekali


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved