Kesian atuk ini kerana lupa tarik handbrek dilanggar kereta sendiri

on 13 Februari 2012

gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 89 tahun tewas setelah dia dilanggar oleh kenderaanya sendiri yang parking di halaman sebuah pusat oerbelanjaan di tenggara Kota Melbourne, Australia. Demikian dilaporkan Herald Sun.

Lelaki yang tinggal di kawasan Wheelers Hill ini dikatakan meninggalkan kenderaannya dalam keadaan enjinnya masih hidup dan lupa memasang brek tangan ketika meletakan(parking) keretanya, di pusat perbelanjaan Wheelers Hill..

Dia berjalan menuju ke kenderaan setelah selesai membeli dari sebuah kedai ketika kenderaanya mundur dan menghentam serta menggiling di atas dadanya. Lelaki malang ini kemudian dibawa ke hospitalThe Alfred kerana mengalami luka serius dan tak lama kemudian meninggal dunia.-TRIBUNNEWS.COM

Nenek kemaruk pucuk muda ,petang cerai ,pagi berkhalwat

Nenek oh nenek kenapa nenek buat perangai begini...
nenek tak malu ke....nenek tak malu pada Tuhan?
nenek oh nenek...


PASIR PUTEH: Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata kemaruk nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak, awal pagi semalam.

Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik mendapat maklumat awam. 

Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik tidur itu suaminya. 

Tindakannya itu nyata gagal meyakinkan penguat kuasa agama dan pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Pasir Puteh untuk diambil keterangan serta disoal siasat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. 




Ismail berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai yang dikumpulkan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat yang didakwa membabitkan seorang wanita warga emas bersama pasangannya. 


“Berikutan aduan yang diterima, rumah itu diserbu penguat kuasa agama yang mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita warga emas dalam keadaan berkemban beberapa minit kemudian. 

“Ketika siasatan dilakukan, wanita itu berdolak-dalik dengan mengatakan lelaki berseluar pendek yang tidur di biliknya adalah suaminya menyebabkan penguat kuasa mencurigainya,” katanya. 

Katanya, tidak sampai lima minit disoal, wanita berkenaan menukar pengakuan dengan mendakwa dia tidak tahu menahu kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya. 

“Selepas disoal siasat, wanita itu mendakwa dia baru bercerai dengan suaminya kira-kira jam 5 petang kelmarin, menyebabkan pasangan berkenaan terus disiasat untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya. 

Ismail berkata, tiada orang lain berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dan sebagai warga emas, wanita itu tidak sepatutnya berkelakuan tidak senonoh sebaliknya perlu menjadi teladan kepada cucunya yang remaja. 

Berikutan itu, katanya, pasangan berkenaan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Caligynephobia, Penyakit Aneh Takut Pada Wanita Cantik


Wanita memang makhluk yang indah dan mempesona. Hampir setiap orang suka memperhatikan wanita yang cantik. Tapi tidak bagi penderita caligynephobia, paras wanita yang cantik justru membuatnya ketakutan alias fobia. Menurut American Psychological Association, fobia adalah salah satu gangguan mental yang paling umum, yang mempengaruhi lebih dari 11 persen pria dan wanita. Tapi mungkin tidak banyak orang yang tahu bahwa ada orang yang fobia dengan wanita berparas cantik, yang dikenal dengan caligynephobia atau
 venustraphobia.


 Seperti ketakutan atau fobia lainnya, caligynephobia diciptakan oleh fikiran bawah sedar sebagai mekanisme perlindungan. Hal ini mungkin disebabkan oleh peristiwa masa lalu yang menghubungkan wanita cantik dengan trauma emosional.


 Fobia wanita cantik ini juga boleh dipicu oleh berbagai peristiwa selain trauma peribadi, seperti kejadian di filem dan televisyen atau melihat pengalaman orang lain yang berhubungan dengan wanita cantik.


 Orang dengan caligynephobia akan menganggap wanita berparas cantik sebagai makhluk yang sangat berbahaya. Orang dengan kelainan ini akan sangat panik bila bertemu dengan wanita cantik.


 Seperti dilansir dari Ehow, gejala lain yang dialami penderita caligynephobia saat melihat wanita cantik baik langsung mahupun di televisyen, foto atau video adalah:
 - Sesak nafas, nafas menjadi cepat dan pendek
 - Denyut jantung tidak teratur
 - Berkeringat dingin
 - Mual
 - Ketakutan secara menyeluruh


 Meskipun gejala-gejala ini berbeza antara sesama penderita caligynephobia, tapi efeknya jelas akan membuat penderita tidak dapat berkonsentrasi dan  menurun bila berada di dekat wanita cantik.


 Fobia ini tidak hanya berlaku bila berhadapan langsung dengan wanita cantik, tapi juga boleh terjadi bila si penderita melihat wanita cantik di televisi, foto atau video.


 Sekitar 6 peratus penderita mengaku mengalami masalah yang cukup signifikan. Tapi belum ada ubat yang pernah dikembangkan secara khusus untuk mengubati fobia wanita cantik, ubat-ubatan yang ada hanya mampu menekan ketakutan untuk sementara waktu.

Jom lihat lembu panda (lembu yang mirip panda)

Sebagai penutup tahun 2010 lahir lembu panda yang sangat aneh di Colorado.Lembu ini menjadi salah satu dari 24 jumla lembu panda yang ada di dunia. Haiwan ternakan berasal dari Amerika Syarikat itu menjadi lembu panda penutup yang lahir pada 2010.

Ben lahir di desa Campion Timur, Amerika Syarikat, dari ibu bernama Bella, lembu lowline Angus, yang lahir dalam suhu  kosong darjah celcius.







Lembu ini memiliki kulit putih di bahagian tengah dan wajah putih dihiasi oval hitam di sekitar mata. Susuknya yang mirip panda itulah yang membuatnya disebut lembu panda.

“Ada 26 keturunan jenis lembu ini  di dunia dan kami menghasilakan 18 dari mereka,” ujar Gradwohl yang juga memiliki tujuh dari 24 jenis lembu panda. Haiwan aneh ini dijual dengan harga US$30 ribu .






Kata bekas ratu cantik Brazil lelaki 70 tahun seperti lelaki yang berusia 30 tahun


Dalam kabinet pemerintah (Brazil) baru Presiden Dilma Rousseff, Tahun Baru lalu,dihebohkan dengan munculnya wajah cantik dan muda. Bekas peserta ratu cantik berusia 27 tahun ini tiba-tiba menjadi  perhatian seluruh media di Brazil.

Marcela Temer, nama wanita cantik ini, menjadi popular dan popularnya hampir mengalahkan popularPresiden Brasil Dilma Rousseff kerana menikahi lelaki berusia 70 tahun, Michel Temer, Naib Presiden Brazil.

Gambar Marcela Temer dan suaminya, Naib Presiden Michel Temer, menghiasi halaman depan surat khabar tempatan secara berturut-turut sejak Tahun Baru setelah  hubungan mereka dirasmikan.

Perempuan berambut perang yang tamat pengajian fakulti undang-undang itu bertemu dengan suaminya tujuh tahun lalu ketika dia meminta Michel bergambar dalam satu acara di kota tempat tinggalnya di pinggiran negara bahagian Sao Paulo. Sebagai balasannya, Michel mendapatkan nombor telefon gadis cantik yang ketika itu baru berusia 20 tahun.

Hubungan keduanya terjalin selama tujuh tahun sehingga akhirnya Michel dan Marcela memutuskan berkahwin minggu lalu.

"Soal hubungan, umur tak menjadi penghalang dalam kes kami. Rasanya Michel seperti lelaki yang berusia 30 tahun, masih bersemangat dan penuh energi. Luar biasa," kata Marcela Temer.

Marcela merancang mengikuti ujian tertulis untuk memastikan apakah dia memenuhi syarat untuk membuka biro perundingan undang-undang dan akan menjalani kegiatan amal, jika ada tuntutan ke arah itu, sebagai isteri naib presiden.-kompas.com

Tangkap ikan air tawar dengan tangan jadi kegilaan sejak disiarkan di internet

Kegilaan menangkap ikan menggunakan tangan semakin menjadi
ikutan sejak disiarkan di internet...


LONDON - Terdapat kegilaan terbaru dalam kalangan pemancing apabila mereka menggunakan tangan untuk menangkap ikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pertandingan menangkap ikan dengan menggunakan tangan itu bermula pada 1990-an tetapi apabila iklan mengenainya disiarkan di Internet ia kini mempunyai ramai pengikut.

Seorang pemancing yang aktif menggunakan tangan, Tim Jones berkata: "Kebanyakan aktiviti itu berlaku di kawasan air cetek.


"Jika paras air melebihi kepala anda, menangkap ikan dengan menggunakan tangan akan menjadi sukar dan mustahil untuk bergusti dengan seekor ikan di permukaan."

Menurutnya, pemancing yang menggunakan tangan suka menangkap ikan air tawar di bawah pokok yang tumbang, celah batu atau lubang di tepi tebing sungai.

"Ikan air tawar akan membuat sarang di tempat yang dianggap selamat. Semasa musim bertelur dan musim panas, suhu dalam air akan meningkat. Anda akan sukar untuk mencari ikan di sarang pada waktu itu kerana haiwan itu kerap meninggalkan lokasi tempat bertelur," katanya.

Seorang pemilik laman web memancing, Jason Cook berkata, menangkap ikan dengan tangan itu dianggap sebagai aktiviti berbahaya.

Menurutnya, jari si penangkap ikan boleh hilang dimakan ikan.

Para penangkap ikan itu akan memasukkan tangan ke dalam mulut ikan air tawar menyebabkan terdapat calar dan luka pada lengan mereka kerana terkena gigi haiwan tersebut.

Berat sebahagian ikan yang ditangkap itu boleh mencecah 27.21 kilogram. - Agensi

[Pelik] Kerana ditinggalkan kekasih,lelaki ini menjadi gemuk

Kekasih punya pasal lelaki ini memilih makanan untuk mengubat hatinya yang luka
dan menyebabkan dia menjadi gemuk..


LONDON: Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason memberitahu kekecewaan ditinggalkan kekasih mendorong nafsu makannya menjadi-jadi hinggakan berat badannya mencecah 444 kilogram.

Mason, 50, tidak berhenti makan 24 jam sehari semata-mata untuk memulihkan hatinya yang terluka. Menjelang 2009 keadaan tubuhnya menjadi terlalu gemuk sehinggakan dia tidak dapat berjalan.

Akhbar ketika itu mendedahkan bagaimana dia memerlukan pembedahan bagi mengurangkan makanan yang diambil jika dia mahu terus hidup.

Sejak itu Mason yang berasal dari Ipswich sudah mengurangkan lebih 190 kilogram dan melepaskan gelaran Lelaki Paling Gemuk di Dunia dipegangnya. Dia juga berharap akan menemui cinta baru.

Mason mendedahkan dia menghadiri makan malam dengan seorang wanita istimewa pada Hari Tinju.

Namun, dia mengakui: “Makanan adalah dadah saya. Ia memerlukan usaha untuk memperoleh saiz sekarang ini. Saya tidak pernah makan begini ketika muda. Saya kurus dan aktif ketika itu.”

“Amalan makan tanpa henti 24 jam sehari disebabkan oleh sesuatu perkara yang berlaku ketika saya berusia 20-an. Anda boleh kata yang saya makan untuk menyembuhkan hati saya yang terluka.


“Saya bertemu seorang wanita pada usia 21 tahun dan dia membuatkan hidup saya cukup sempurna.


“Dia berbeza dengan wanita lain yang saya temui sebelum itu. Dia berusia 39 tahun dan lebih tua daripada saya. Saya masih berasa sedih untuk menceritakan apa yang berlaku.


“Saya memanggilnya Char. Saya menyukainya dan berfikir akan meneruskan hidup ini bersamanya.

“Dia mempunyai kediaman sendiri dan saya membantunya untuk menghias rumahnya. Kemudian, secara tiba-tiba dia memutuskan hubungan kami.

“Kejadian itu berlaku pada 1986 ketika saya berusia 26 tahun. Dia bertemu dengan lelaki lain dan kemudian terus bertunang.” - Agensi

Libas parang ke leher mentua


MOJOKERTO (Indonesia): Seorang lelaki melibas leher bapa mentuanya dengan parang kerana tersinggung dengan teguran lelaki tua itu sebaik dia tiba di kediamannya di daerah Bangsal, di sini, kelmarin.
Insiden itu berlaku apabila warga emas yang dikenali sebagai Juwadi, 85, menegur menantunya, As’at, 35, kerana pulang lewat.

Isteri suspek, Supami memberitahu suaminya pulang lebih lewat kira-kira jam 10 malam. As’at biasanya pulang ke rumah pada waktu petang. As’at yang tersinggung dengan teguran mentuanya lalu bergegas ke belakang rumah sebelum mengambil gergaji dan parang.


“Suami saya bergegas ke belakang rumah lalu mengambil gergaji serta parang sebelum masuk ke dalam rumah semula. Tiba-tiba dia menghayunkan parang itu ke leher bapa saya.

“Bapa saya lalu terjatuh berlumuran darah. Saya tidak dapat berlari keluar untuk mendapatkan bantuan kerana pintu rumah dikunci suami. Selepas anak sulung saya berjaya membuka pintu, kami berlari keluar untuk meminta bantuan jiran,” katanya. Jiran tetangga yang datang untuk membantu mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana suspek masih memegang gergaji dan parang di tangannya.


Selepas seorang saudaranya menangkapnya dari belakang, jiran-jiran kemudian membantu membawa mangsa ke hospital berhampiran. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. - Inilah.com



sumber : myMetro

Siswa mati jatuh eskalator pasar raya


BANGKOK: Seorang lelaki semalam mati selepas jatuh dari tangga bergerak di tingkat tiga pusat beli-belah Central Pinklao di daerah Bang Phlat di bandar raya ini.
Pongsathorn Suwannakhorn, 31, dari Nonthaburi dikejarkan ke hospital berdekatan selepas dia jatuh ke tingkat bawah pusat beli-belah itu kira-kira jam 1 petang.

Dia mengalami patah leher, lengan, kaki dan disahkan meninggal dunia di hosiptal, kata pegawai polis yang menyiasat kes itu, Leftenan Wanchai Phanphat.


Lelaki itu membawa kad pengenalan pelajar Universiti Ramkhamhaeng.

Siasatan awal polis menunjukkan Suwannakhorn membeli-belah di pusat beli-belah itu dan pergi ke tingkat atas melalui tangga bergerak. Saksi melihat dia menjengah ke bawah sebelum jatuh dari tangga bergerak itu ke tingkat bawah. Insiden itu mengejutkan ramai pengunjung yang menyaksikan kejadian itu. Polis berkata, insiden itu mungkin satu kemalangan atau bunuh diri kerana adik perempuan Suwannakhorn memberitahu polis, abangnya masih dalam rawatan bagi membantunya menangani tekanan dihadapi.


Pegawai perhubungan awam pusat beli-belah terbabit berkata, insiden itu dirakam pada kamera keselamatan yang akan membantu polis menentukan punca kematiannya.



Pegawai perhubungan awam itu berkata, pusat beli-belah berkenaan selalu mengekalkan tahap keselamatan yang tinggi, termasuk mempunyai sistem kamera keselamatan dan bilangan pengawal mencukupi. Susur tangga bergerak juga dibina cukup tinggi. - Bangkok Post


sumber : myMetro

Plat kereta paling bertuah cecah bidaan RM1.1j


BANGKOK: Plat kenderaan dipercayai paling bertuah dijual kepada ahli keluarga Hotel Sukhothai, Passakorn Sakonsattayathorn pada harga 11 juta baht (RM1.07 juta) dalam satu bidaan.
Sakonsattayathorn semalam memperoleh bidaan untuk plat "Yor Ying Yor Ying 9999" itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tanah, Asdsathai Rattanadilok Na Phuket berkata: “Plat kereta “Yor Ying Yor Ying 9999” dilelong dengan bidaan harga tertinggi dalam sejarah, melebihi harga sebuah kereta.” Na Phuket berkata, jabatannya menganjurkan bidaan untuk plat paling bertuah setiap tahun. Dia berkata, berikutan acara tahun ini jatuh hampir dengan hari Valentine esok dan "Yor Ying" bermaksud wanita dalam bahasa Thai, maka ia adalah hadiah paling hebat untuk menawan hati seorang wanita. - Bangkok Post



sumber : myMetro

Pengetua cari pelacur di Internet


SINGAPURA: Seorang pengetua di sebuah sekolah ternama di republik ini bersama beberapa penjawat awam kanan disiasat kerana melanggan pelacur daripada sindiket maksiat di Internet, menurut laporan media tempatan.
Penjawat awam itu disyaki apabila Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Jabatan Perisikan Polis (PID) melakukan beberapa serbuan terhadap sindiket maksiat akhir Disember lalu, lapor akhbar Shin Min.

Senarai nama pelanggan sindiket yang didedahkan antara bukti yang dirampas dalam serbuan bersar-besaran itu.


The Straits Times melaporkan kira-kira 80 orang, termasuk penjawat awam membantu polis dalam siasatan terhadap operasi maksiat di Internet.

Menurut laporan Shin Min, penjawat awam berpangkat tinggi itu, termasuk pengetua terbabit sudah meletakkan jawatan. Penjawat awam itu bertugas di pelbagai jabatan kerajaan - kebanyakannya daripada jabatan pendidikan dan kakitangan berpakaian seragam.


Menurut laporan itu, pengetua terbabit tinggal di kondominium mewah di timur negara itu bersama keluarganya. Setiap unit kediaman di kawasan itu mencecah harga pasaran sekurang-kurangnya SGD$1 juta (RM2.5 juta) dan semua penduduknya memandu kereta mewah.



Lelaki berusia 39 tahun itu sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki. - Asiaone


sumber : myMetro

Tubuh terus panjang


SEREMBAN: “Biarpun mengalami kesukaran terutama ketika menaiki kenderaan atau mencari saiz seluar, saya reda dan menganggapnya anugerah Tuhan yang tiada pada remaja lain,” kata Sheikh Akmal Sheikh Imam, 16.
Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang itu mencatat sejarah tersendiri apabila namanya direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Remaja Lelaki Paling Tinggi di Malaysia dengan ketinggian 204 sentimeter. Lebih manis apabila pengiktirafan itu dikatakan diterima selepas seminggu kisah anak bongsu daripada tiga beradik itu dipaparkan dalam Harian Metro, November tahun lalu. Menurutnya yang mesra dengan gelaran ‘Adik’ dan ‘Panjang’, dia bersyukur kerana ahli keluarga serta rakan sentiasa memberi dorongan selain menerima keadaan dirinya sebagai insan ‘istimewa’.

“Tidak dinafikan saya berdepan kesulitan menjalani kehidupan seperti orang lain, namun semua itu dapat diharungi dengan bantuan keluarga yang sentiasa bersama saya. “Sebagai contoh, saya sukar menaiki Proton Iswara milik bapa selain kadangkala perlu membuat tempahan seluar kerana ketiadaan saiz.


“Selain itu, saya terpaksa tidur atas lantai atau sofa yang lebih selesa berbanding katil sedia ada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seremban 2 di sini, semalam.

Katanya, dia bersyukur dengan anugerah Allah yang turut memberikannya badan yang sihat dan tidak menghadapi masalah menjalani sesi persekolahan bersama rakan lain.


Sementara itu, bapanya, Sheikh Imam Mohammed, 47, berkata ketinggian Akmal terus menunjukkan peningkatan tujuh sentimeter berbanding hanya 197 sentimeter tahun lalu.



sumber : myMetro

Isteri suruh pulang CD dibelasah suami


KUALA LUMPUR: Hanya kerana menyuruh suami memulangkan cakera padat (CD) lagu milik abangnya, seorang wanita teruk dibelasah ketika pasangan itu menaiki kereta untuk pulang ke rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 20 tahun bertanya kenapa suaminya tidak pulangkan CD itu walaupun mereka menghadiri majlis hari jadi di rumah abangnya di Sentul.

Suaminya yang berusia 20-an itu tidak mempedulikannya pertanyaan isterinya, namun wanita terbabit yang mendesak menyebabkan mangsa naik angin dan memarahinya.


Menurut sumber, lelaki terbabit memberitahu CD yang dipinjamnya rosak dan dia akan menggantikan semula, namun mangsa masih tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Si suami yang gagal mengawal kemarahannya memukul kepala mangsa dengan tangan beberapa kali sebelum menyuruh mangsa turun dari kereta,” katanya.



sumber : myMetro

Neelofa kongsi rezeki bersama anak-anak yatim


Secantik namanya, begitu juga cantiknya budi pekerti dimiliki selebriti yang kian meningkat , Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa.

Biarpun begitu sibuk dengan aktiviti mempromosikan filem sulung lakonannya, Azura di samping jadual padat sebagai pengacara Nona, namun si cantik ini masih sempat lagi mencuri masa untuk melakukan kerja amal.

Boleh dikatakan rezekinya ketika ini cukup murah dengan dihujani pelbagai tawaran lakonan, juga perniagaan kasutnya, tetapi anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat.

Aktres baru sahaja menyambut hari lahir pada 10 Februari lalu, mengambil kesempatan membawa 30 anak yatim didatangkan khas dari Rumah Al-Faiz, Gombak bagi menonton wayang filem Azura di MBO, Space U8, Bukit Jelutong, baru-baru ini.

Telah lama menyimpan hasrat untuk membawa mereka menonton wayang, Neelofa yang juga pelakon utama filem tersebut, bersyukur dapat merealisasikannya pada malam Rabu lalu.

Neelofa berkata, hubungannya dengan kanak-kanak di Rumah Al Faiz, Gombak, sudah lama terjalin. Katanya, dia pernah menjadi pengacara untuk majlis-majlis amal, termasuk majlis berbuka puasa pada tahun lalu.

“Sebenarnya, kami sudah lama berkenalan dan saya anggap mereka ini sebagai adik-adik saya. Malah mereka pun memanggil saya dengan panggilan Kak Lofa.

“Kami kenal kebetulan semasa saya menjadi pengacara di majlis amal melibatkan Rumah Al-Faiz, Gombak. Jadi sudah lama saya menyimpan hasrat membawa mereka menonton filem pertama saya. Alhamdulillah, ia berjaya juga dilaksanakan,” katanya yang tampil kasual pada malam tersebut.

Mempunyai sembilan adik-beradik dan anak buah yang ramai, membuatkan pelakon ini tidak ‘kekok’ melayan karenah anak-anak yatim dengan mesra. Bukan saja berinteraksi, malah juga bergurau senda, sekali gus memperlihatkan sisi murni, Neelofa.

Mengulas mengenai program tayangan amal tersebut, Neelofa memberitahu tidak menganggap aktiviti itu sebagai program wajibnya setiap kali filem barunya keluar.

“Terlalu banyak program yang ada dalam perancangan. Tetapi saya tidak mahu program ini dianggap sebagai perkara wajib.

“Sekiranya ada peluang lagi saya akan luangkan masa untuk melakukan kerja amal seperti ini cuma tidak tahu bila,” katanya yang menganggap perkara itu sebagai program peribadinya.

Neelofa turut memberitahu, program tersebut juga bukan merupakan sebahagian daripada aktiviti mempromosikan filem barunya itu.


Sambut hari jadi dua hari awal

Tidak hanya meraikan anak yatim, Neelofa turut diberikan kejutan ketika awal tayangan filemnya itu dengan tontonan gambar-gambarnya ketika kecil sehinggalah kemenangannya sebagai Juara Dewi Remaja 2010/2011.

Tidak terhenti setakat itu, selebriti ini bertambah terkejut apabila kira-kira 30 ahli keluarganya, turut hadir membawa kek, sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23.

Biarpun hari lahirnya diraikan dua hari lebih awal, namun Neelofa kelihatan begitu terharu dengan ingatan daripada keluarganya yang sanggup meluangkan masa datang ke Kuala Lumpur.

“Tak sangka keluarga sanggup datang ke majlis ini untuk meraikan hari lahir saya memandangkan sudah lama kami tidak berjumpa.

“Apa pun saya begitu berterima kasih dengan usaha mereka yang sanggup menguruskan majlis ini. Saya tahu ini tentu idea kakak saya (Nabila) dan pihak pengurusan saya,” katanya yang diberikan kek berwarna biru lembut sesuai dengan namanya yang membawa maksud cahaya bunga biru.
Dalam pada itu, pihak MBO yang turut menaja lokasi tayangan amal tersebut turut memberikan bunga sebagai hadiah hari lahir kepada Neelofa.

Beberapa penonton bertuah pada malam tersebut turut diberikan kad keahlian MBO yang mengandungi baucer RM100 untuk menonton wayang di panggung tersebut.

Selain dihadiri dengan anak-anak yatim dan kaum keluarga, sesi tayangan amal tersebut turut dihadiri oleh 30 pembaca majalah hiburan No 1 negara, Media Hiburan.


Terima kritikan

Mengulas mengenai kritikan diterima menerusi lakonannya dalam filem Azura, Neelofa menganggap perkara itu sebagai semangat untuk dirinya melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Bagi orang yang membesar dengan filem Azura, mungkin ada yang tidak boleh terima pembaharuan dalam filem ini. Ada antara mereka yang membandingkan lakonan saya dengan pelakon lama.

“Tetapi bagi generasi muda, kebanyakan maklum balas yang saya terima baik kerana mereka suka dengan pengolahan cerita yang menggunakan latar masa zaman sekarang,” katanya yang telah menonton filem tersebut lebih daripada tiga kali.

Bagaimanapun, Neelofa berharap peminat dapat menerima lakonannya sebagai pelakon baru.

Tambahan pula, katanya, filem tersebut adalah lakonan pertamanya dan dia ditawarkan berlakon filem itu sebelum memenangi Dewi Remaja lagi.

“Saya harap peminat faham saya memulakan karier dengan filem ini. Jadi, jika diikutkan banyak perkara telah saya pelajari melalui pengalaman berlakon.

“Apa yang saya boleh katakan, peminat nilailah lakonan saya untuk filem yang akan datang juga dan pastinya terdapat perubahan dan peningkatan untuk itu,” katanya.

Neelofa turut mengakui kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya selepas berlakon untuk empat filem lain.

Tidak memilih sebarang watak yang diberikan, Neelofa menganggap tawaran yang diterima sebagai satu cabaran baru buatnya.

“Saya tak kisah mengenai watak yang ditawarkan. Tetapi saya akan melihat jalan cerita, pengarah dan pelakon lain yang terlibat dalam produksi itu,” katanya.


Tumpu perniagaan

Tidak sekadar berbakat dalam bidang seni, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran ini turut berbakat dalam bidang perniagaan.

Memilih kasut sebagai produk perniagaannya, Neelofa optimis dengan setiap rekaan dihasilkan di bawah jenamanya sendiri.

“Tahun ini saya akan mengeluarkan lebih banyak rekaan kasut terkini dan saya kini sedang dalam proses melakukan penjenamaan semula kasut saya di bawah jenama Neelofa.

“Kebanyakan rekaan sudah dihantar ke kilang dan kini saya menunggu masa untuk memasarkan kasut tersebut, sekali gus merasmikan perniagaan saya,” katanya yang mendapat idea perniagaan kasut semasa menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010/2011.
sumber : sinar harian

Jaclyn jelas isu 'sentap' dengan peminat

Biarpun ramai pihak memuji kehebatan Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang disifatkan paling berprestij sepanjang penganjurannya, ada pula beberapa pihak menyalahkan Jaclyn Victor di atas kekalahan lagu Sedetik Lebih.

Malah ada juga pihak bertindak membuat undian, penyanyi mana lebih bagus membawa lagu tersebut. Namun kerana tindakan dan kritikan berlebihan segelintir peminat ‘tegar’ lagu tersebut nyanyian asal Anuar Zain, Jaclyn atau nama penuhnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor dikatakan naik angin, menerusi beberapa kenyataan dikeluarkan menerusi laman Facebook miliknya.

Jaclyn atau mesra di sapa Jac semasa dihubungi Zass mengakui tahap kesabarannya hilang, selepas beberapa pihak menyalahkannya kerana kegagalan lagu Sedetik Lebih memenangi tiga lagu terbaik, biarpun penilaian lagu itu sudah dilakukan 80 peratus sebelum malam kemuncak tersebut.

“Saya bukanlah seorang yang cepat naik darah, nak melenting tak tentu pasal. Saya rasa, saya sangat penyabar orangnya. Saya pasti, setiap kesabaran manusia pasti ada hadnya dan saya cuma manusia biasa sama seperti yang lain.

“Saya akui saya tersilap kerana cepat sangat ‘meletus’, saya sepatutnya lebih sabar menghadapi sebahagian pihak mungkin tidak menyukai saya. Malah jika difikirkan, kalau saya menyanyi, sedap macam mana, bagus macam mana sekali pun, orang belum tentu menyukai saya.

“Saya juga tak berniat meminta simpati sesiapa, cuma saya harap orang lebih faham sesuatu keadaan sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tapi jika ada pihak yang terasa dengan saya, saya mohon maaf,” jelasnya.

Jac berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan kekalahan Sedetik Lebih harus memahami AJL itu sendiri sebelum menuduhnya yang bukan-bukan.

“Anugerah Juara Lagu adalah program menilai lagu, lirik, melodi. Ia tentang penulis lirik dan pencipta lagu. Kami sebagai penyanyi hanya menyanyikan sahaja lagu tersebut.

“Ini bukan Anugerah Juara Penyanyi, yang mempertandingkan penyanyi, ia mempertandingkan lagu. Sebagai bonus untuk penyanyi hanyalah anugerah vokal dan persembahan sahaja,” terangnya lagi.



sumber : sinar harian

2 kumpulan bertempur


PETALING JAYA: Pergaduhan di antara dua kumpulan membabitkan 15 lelaki menyebabkan dua daripada mereka parah di dada dan kepala selepas dilibas dengan pedang samurai serta kapak dalam kejadian di Flat Desaria, di sini, semalam.
Seorang daripada mangsa yang berusia 26 tahun dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terkena libasan pedang samurai sekumpulan 10 lelaki yang menyerangnya di tempat letak kereta flat berkenaan jam 8.30 pagi.

Saksi yang juga penduduk di situ dan hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 40, berkata ketika dalam perjalanan masuk ke rumah daripada bergotong-royong memasak di belakang rumahnya, dia terserempak empat lelaki di depan garaj keretanya.


“Seorang daripadanya parah di dada dan 10 lelaki mengejarnya. Saya melarikan diri apabila melihat sebilah pedang samurai dipegang seorang daripada 10 lelaki itu.

“Seorang lagi memegang rim kereta serta menghentak kepala seorang daripada kawan mangsa. Kejadian itu menyebabkan penduduk ketakutan kerana bimbang turut menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Pengerusi Surau Flat Desaria, Hamsah Samiri, 54, berkata sebelum kejadian dia melihat enam lelaki membawa sebilah pedang samurai yang menegurnya dan tidak menyangka mereka terbabit pergaduhan.




Katanya, dia terkejut selepas melihat seorang lelaki mengalami pendarahan teruk di dada selepas ditetak. Dia berlari meminta bantuan daripada seorang penduduk yang kemudian menghubungi ambulans dan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata siasatan awal mendapati seorang daripada mangsa yang berusia 26 tahun parah di rusuk manakala identitinya seorang lagi mangsa masih disiasat.


“Mangsa dikejarkan ke PPUM untuk rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil, tetapi masih tidak sedarkan diri,” katanya.




sumber : myMetro

Che Ta nafi masih bercinta dengan Shahir


PERAI: Tidak mahu dilabel sebagai artis yang suka bermuka-muka, Rozita Che Wan tampil menepis dakwaan konon dia masih menjalin hubungan cinta dengan penyanyi muda yang juga juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau lebih dikenali sebagai Shahir.
“Saya menafikan dakwaan masih bercinta dengan penyanyi itu, sekali lagi saya tegaskan saya kini solo dan tidak mempunyai kekasih.

“Laporan akhbar ada orang ternampak saya berjalan berpimpin tangan dengan penyanyi itu tidak benar sama sekali,” katanya.


Tidak mahu dianggap sengaja mencari publisiti murahan, Rozita atau popular dengan pangilan Che Ta mendakwa mungkin pihak yang mendakwa melihat mereka berdua itu tersilap orang.

Menurutnya, dia tidak mahu dirinya dikaitkan dengan penyanyi terbabit kerana mereka kini sudah tidak mempunyai sebarang hubungan.


Katanya, dia sudah lama tidak berhubung dengan penyanyi itu dan tidak mahu mengenangkannya.



“Hubungan saya dengan dia sudah berkubur dan saya mahu tutup buku mengenainya,” katanya.


sumber : myMetro

Model iklan cari ibu, adik-beradik


KOTA BHARU: Akibat perselisihan faham antara ahli keluarga, seorang model iklan komersial terpisah dengan tiga adik-beradik dan ibunya 30 tahun lalu ketika berusia 5 tahun.
Samsuddin Mustapha, 36, berkata, dia terpisah dengan ibunya, abang dan dua adik perempuan akibat perselisihan faham antara ahli keluarga selepas ayahnya meninggal dunia.

Katanya, dia dibawa ibu saudara menetap di Kampung Machang Gocho, Pasir Mas, dekat sini, manakala adik-beradik tinggal bersama saudara di Bangkok, Thailand.


Sesiapa yang mempunyai maklumat dan mahu memberi bantuan, boleh menghubungi Samsuddin di talian 017-6092004.


sumber : myMetro

Sanggup habiskan duit untuk mengembara bersama enam patung wanita silikon

Lain orang lain citarasa dan hobinya seperti lelaki yang satu ini
sanggup menghabiskan duit demi patung-patungnya...saya petik dari
kosmo online

OTTAWA, Kanada - Seorang lelaki berusia 57 tahun, Dave Hockey membelanjakan wang sebanyak AS$25,600 (RM78,246) untuk mengembara ke seluruh dunia dengan enam patung wanita silikon, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia membawa patung silikon itu ke beberapa lokasi menarik di Stonehenge, Britain, Grand Canyon dan Niagara Falls di Amerika Syarikat (AS). 

Bapa dua anak itu berkata: "Isteri saya memahami ia (patung-patung itu) merupakan satu hobi."

Hockey juga kini menghasilkan filem dokumentari pengembaraannya selama tujuh minggu dari rumahnya di Nova Scotia, Kanada ke San Diego, AS untuk berjumpa dengan pemilik patung lain.

Semasa pengembaraan itu, dia juga membawa patung silikon yang cantik Bianca yang dibeli dengan harga AS$ 3,246 (RM9,921) yang pernah muncul dalam filem Lars and the Real Doll. Patung itu turut dibawa untuk aktiviti terjun udara, menaiki kuda dan menjadi pembonceng motosikal Harley Davidson.

"Saya membeli patung pertama pada November 2006 kerana ia kelihatan menarik dan cantik. Lelaki yang menyatakan patung tidak cantik sebenarnya pembohong," katanya.

Dia sanggup berkelakuan sopan di depan patung wanitanya dengan mengungkapkan kata-kata meminta berjalan di depan patungnya selain membeli kasut dan aksesori lain untuk mencantikkan patung tersebut.

Beberapa patung itu seberat lebih 40.91 kilogram dan dia memerlukan sebuah kerusi roda untuk membawanya memasuki hotel dan di kawasan tarikan pelancongan.

Hockey kini dalam proses terakhir untuk menyunting dokumentari yang dihasilkannya itu tetapi dia berharap akan dapat menyiapkannya dalam masa enam minggu lagi. - Agensi

Comel betul kura-kura Albino ini



Ada pelajar di China makan telur cacing untuk kurus

Macam-macam cara digunakan untuk mrnguruskan badan.
walaupun boleh menyebabkan kesan sampingan..

BEIJING: Pelajar perempuan di Xiamen, China dilapor memakan telur cacing bulat untuk mengurangkan berat badan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Telur berkenaan akan menetas di dalam perut, membolehkan mereka yang memakannya menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau berdiet.


Dengan kekurangan pekerjaan di seluruh negara itu, wanita China berdepan dengan tekanan untuk kelihatan kurus jika ingin mendapat peluang pekerjaan, Sebahagian pelajar pula merenung gambar selama beberapa jam dengan hasrat mengekang selera makan sebagai cara untuk melangsingkan badan.


Seorang pelajar, Xiaomei berkata, beberapa rakannya menggunakan sabun khas yang dapat membantu diet mereka. Ada juga yang mandi sehingga 10 kali sehari. - Agensi

Inilah aksi nenek yang mengemparkan dunia forum internet di China

Seorang wanita tua berumur 70 tahun, telah menggemparkan China  setelah beberapa foto nya muncul di forum China.

Mungkin terlihat aneh untuk wanita seusianya untuk bertindak  seperti itu, tetapi menurut Sun Linchong, cucu perempuannya, mengatakan nenek ini sangat luar biasa terbuka dan positif dengan hal-hal baru. Bersama-sama mereka menyiapkan beberapa alatan dan mengambil foto lucu, hanya untuk tertawa.

Ketika upload foto set pertama dilakukan, Sun Linchong tidak tahu neneknya akan menjadi terkenal di internet China, tetapi orang-orang yang pernah melihatnya langsung terpesona. Sekarang duo ini secara teratur meng-upload foto lucu nenek yang mereka cintai.






Ni terlupa pakai baju atau sengaja

12937103341762411
Pok Cik ni terlupa pakai baju atau memang sengaja tak nak pakai…

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved