Sanggup bunuh isteri hamil untuk dapatkan janin buat tangkal menang loteri

on 11 Februari 2012

Betul-betul kerja gila...sanggup bunuh isteri untuk dapat janin
untuk dibuat tangkal supaya boleh menang loteri...

HANOI: Seorang lelaki Laos memberitahu polis, dia membunuh isterinya yang hamil dengan kapak kerana mahukan janin untuk menjadikannya tangkal bagi membolehkannya menang loteri.

Akhbar Vientiane Times melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap sehari selepas memujuk isterinya yang berusia 24 tahun masuk ke dalam hutan di wilayah Xieng Khuang sebelum membunuhnya dengan mengapak belakang wanita itu.


Menurut laporan itu, janin berkenaan tidak ditemui.

Polis memberitahu akhbar berkenaan, lelaki itu mengaku merancang menggunakan janin berusia tiga bulan untuk membuat ‘louk lord,’ tangkal yang menurut legenda masyarakat Laos boleh memberi pemiliknya kuasa dan kekayaan. “Pembunuh itu mengaku melakukan jenayah kejam itu tetapi enggan menyatakan di mana dia menyimpan janin berkenaan. “Suspek berkata, dia diberitahu jika dia berjaya menghasilkan ‘louk lord,’ dia boleh bercakap dengan hantu untuk mendapatkan nombor loteri.

“Atau dia boleh menjual tangkal itu dengan harga yang amat tinggi,” kata Ketua Penyiasat, Mejar Khamsouk Phonkhamdy.

Bagaimanapun, menurut Khamsouk, setakat ini tidak jelas sama ada lelaki itu melakukan jenayah berkenaan bersendirian atau bersama rakan yang masih berusaha membuat tangkal itu. - AFP

Inilah hantu bergaun merah yang dapat dirakam oleh seorang pemuda

Warga desa Nagrak, Kecamatan Nagrak Selatan, Sukabumi, Jawa Barat, kelmarin dikejutkan dengan kemunculan susuk tubuh hantu perempuan di rumah salah seorang penduduknya. Kemunculan hantu yang mengenakan gaun merah tersebut dapat dirakamkan kamera anak pemilik rumah.

 Ade, anak kepada  Ika Jayasantika, yang merupakan pemilik rumah tersebut yang berhasil mengamabil gamabar menyeramkan tersebut kedalam video yang  dibuatnya ketika hari menjelang gelap. Bahkan, Ade sendiri sempat berteriak-teriak memanggil ayahnya ketika melihat susuk hantu tersebut di beberapa tempat dalam rumahnya.-TRIBUNNEWS.COM










[Seram] Kerana cinta sejati sanggup bergambar dengan mayat isteri

image
lelaki ini sanggup bergambar dengan mayat isterinya kerana terlampau cintakan isterinya

Wanita rosakkkan apartment kerana kekasih melakukan seks dengan wanita lain

Memang kecewa betul perempuan ni...sampai dia sanggup
melakukan perkara begini....

DUBAI: Seorang wanita yang kecewa bertindak membalas dendam dengan merosakkan apart- men bekas teman lelakinya dan mengancam lelaki itu serta teman wanita barunya dengan pisau.

Wanita warga Brazil itu yang dinamakan oleh pihak polis sebagai P, dikatakan berang apabila menemui bekas teman lelakinya, warga New Zealand yang dinamakan D, melakukan seks dengan teman wanita barunya, rakyat Britain, juga dinamakan D, pada hari yang sama lelaki itu memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan.

Polis berkata, P pergi ke rumah bekas teman lelakinya pada awal pagi dan mendapati teman wanita barunya berada di atas katil.

Menurut polis, P tidak dapat mengawal kemarahannya dan merosakkan apartmen itu.

Dia kemudian didakwa cuba menyerang bekas teman lelaki dan teman wanita barunya dengan pisau.

Lelaki itu menelefon polis yang kemudian menangkap ketiga-tiga mereka.

 Menurut polis, mereka kini ditahan di Balai Polis Bur Dubai dan kedua-dua wanita terbabit ditahan di dalam bilik kurungan yang sama. Wanita Britain itu memberitahu polis, dia terlalu takut dan cuba bersembunyi di dalam bilik mandi apabila wanita Brazil berusia 24 tahun itu menyerangnya.

Polis berkata, kes itu sudah diserahkan kepada pendakwa raya. - GN

Inilah akibat bila buaya cuba makan belut elektrik


[Pelik] Ada bus stop yang boleh beritahu berat badan kita

Ada bus stop yang unik di luar sana. Sambil menunggu bas, kita boleh tahu berapa berat badan kita. Sudah tentu tanpa ada yang duduk maka angka disitu adalah 0 kg. Seperti gambar di bawah ini....

:
:
:
:


:
:
:
:

 Jika ada yang duduk maka akan tertera di billboardnya berapa berat badan kita yang sebenarnya. Ini adalah kreatifiti dari iklan di luar sana. So sesiapa yang punya berat badan yang berat..baiknya jangan duduk di bus stop ini.....
:
:
:

Bank bagi orang miskin wang untuk dibakar

Bank sentral di Hungary membakar wang lama untuk membantu warga kurang mampu guna melawan musim dingin yang mematikan di Eropah, dengan membuat wang tersebut menjadi berbentuk bata.


“Untuk bank sentral, tanggung jawab sosial perusahaan merupakan hal penting.” tutur Barnabas Ferenczi, ketua pusat logistik  bank.


“Penilitan kami menunjukkan bahawa sifat pemanasan dari wang ini mirip dengan batubara, sehingga mereka cukup berguna untuk pemanasan dan mengatasi masalah bahan bakar.” tambahnya.


Diketahui, proses pembuatan untuk tunai menjadi bata di bawah pengamanan ketat. Dimana para pekerja harus memakai pakaian tanpa saku.



Awek yang tak pernah tutup mulut bila bergambar










kesian dia...


[Ajaib] Kanak-kanak berubah alat kelamin


Bandung -  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun tiba-tiba berubah kelamin.

Awalnyanak perempuan sulung pasangan Damin (26) dan Rani Marlinda (23) ini lahir seperti anakyang biasa. Memiliki struktur tubuh seperti anak perempuan. Namun ketika  usia 4 tahun, tumbuh penis di kemaluannya.

Ditemui di kediamannya,  anak kecil itu sangat manja di pangkuan ibunya. Mungkin kerana malu,sesekali dia menangis. "Anak saya lahir sebagai perempuan. Waktu lahir pun punya vagina. Keanehan muncul ketika berusia 4 tahun. Di celah-celah vagina ada benjolan seperti penis," kata Rani.

Penis di kelamin , semakin lama semakin tumbuh hingga keluar sekitar 5 cm. Namun untuk buang air kecil, cairan keluar dari lubang kemaluan perempuan.

"Saya pasrah anak saya mahu jadi lelaki atau perempuan sama saja. Saya ikut keputusan doktor," kata Damin yang datang tak lama setelah kedatangan wartawan di rumahnya.

sumber : http://www.ngobrolaja.com

Perut perempuan yang sungguh mengerikan

Perut orang pastilah bentuk nya beza-beza, masing-masing punya keunikan nya sendiri. Banyak yang  makan baik di rumah mahupun di restoran, perutnya biasanya buncit. Bagi yang suka beresnam terutama ke fitness, biasanya perutnya langsing. Apapun perut anda, pasti anda tidak pernah terbayang bagaimana kalau perut anda akan seperti ini...


Kanak-kanak 6 tahun di telanjangi oleh 23 rakan sekelasnya

LONDON - Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menderita setelah disiksa secara fizik dan seksual oleh 23 teman kelasnya. Insiden yang terjadi disebuah sekolah rendah di England telah mengundang kontroversi.

Menurut laporan The Sun, mangsa setipa hari menerima perlakukan tidak senonoh dari teman sekelas tersebut. Ibu mangsa mengakui jika anaknya sering mendapatkan tindak tersebut dari teman-teman sekelasnya.

"Amat mengerikan mendengar apa yang telah dia alami. Setiap hari dia ditelanjangi. Tiap hari dirinya mengalami siksaan fizik serta seksual dan setiap hari pula dia menangis meminta pertolongan tetapi tidak ada seorangpun yang mahu menolongnya," kata ibu mangsa.

Ketika ini pihak berwajib  terus menyelidiki mengapa anak-anak pelaku pelecehan tersebut masih dapat bebas bersekolah.Orang awam ini terus memperhatikan kes yang memasuki proses penyelidikan atas tuduhan pelecehan ini.

Sementara pihak sekolah dan pihak berwajib setempat menyatakan, jika keseluruhan murid yang diduga terlibat dalam kes ini tidak dapat diproses kerana masih dibawah umur yang ditetapkan untuk bertanggung jawab atas tindakan jenayah.

Inilah yang Terjadi Jika Menyuntikan Insulin ke Tempat yang Sama Setiap Hari


Seorang lelaki berusia 55 tahun dengan diabetes tipe 1 membuat para doktor terkejut setelah dia memperlihatkan dua buah benjolan yang menggantung di bawah pusatnya.


Pesakit yang diketahui berasal dari Afrika Selatan tersebut telah diperintahkan untuk menyuntikkan insulin ke dua bidang perutnya untuk mengawal tingkat gula darahnya.


Akibat menyuntikkan Insulin pada tempat yang sama selama bertahun-tahun, perut pesakit ini tumbuh dua benjolan


Namun, ia tidak menyedari bahawa ia harus mengganti tempat suntikan di berbagai bahagian tubuh kerana hormon insulin mendorong pembentukan lemak lembut dalam lapisan kulit. Akibatnya, dua buah benjolan tumbuh di perutnya yang dikenal sebagai lipohipertrofi.


Kes ringan seperti lipohipertrofi sering dijumpai, namun pesakit ini memiliki kes yang parah kerana ia tidak mengubah tempat injeksi selama tiga dekad.


“Kami adalah kelompok dari lima doktor senior dengan pengalaman bertahun-tahun, namun diantara kami belum pernah melihat kes seperti ini sebelumnya. Kami merasa perlu mempublikasikan gambar ini dalam jurnal keraa itu seperti kes ekstrim.” tutur Dr Stan Landau, dari Pusat Diabetes dan Endokrinologi di Joannesburg kepada Dailymail.


Dr Landau mengatakan bahawa sang pesakit terus menyuntikkan insulin dalam perutnya kerana mengira benjolan tersebut normal bagi pengguna insulin.


“Dia telah melihat orang lain dengan keadaan yang sama, tetapi dengan benjolan yang lebih kecil. Sayangnya benjolan tersebut tidak pernah diperiksa meskipun ia tidak merasa sakit,” jelasnya.

[Nasib baik] Wanita ini hampir kena langgar






LETAK MAKLUMAT IKLAN

Panjang lagi umur wanita ini...sikit lagi nak kena langgar...

Ayah bunuh pasangan suami isteri kerana marah hapuskan nama anaknya sebagai sahabat di facebook


Seorang ayah menembak mati pasangan muda setelah marah kerana mereka menghapuskan putrinya sebagai sahabat di jejaring sosial Facebook.


Marvin Potter (60) didakwa dengan pembunuhan  terhadap Billy Payne Jr (36) dan kekasihnya Billie Jean Hayworth (23). Selain itu, temannya Jamie Curd (38), juga didakwa dengan pembunuhan tersebut.




Marvin Potter (kiri atas) didakwa atas pembunuhan terhadap Billy Payne Jr dan kekasihnya Billie Jean Hayworth (kanan)


Menurut Timesnews.net, kedua mangsa ditembak di bahagian kepala, dan selain itu tenggorokan Payne juga dipotong oleh Potter.


Beruntungnya, bayi mereka yang masih berusia lapan bulan, lepas dari keganasan Potter  dan ditemukan berada dalam lengan sang ibu yang telah tewas di rumah mereka di Tennessee.


Menurut Sheriff Mike Reece, para mangsa sebelumnya telah mengeluh kepada pihak polis bahawa Jenelle Potter (30), (putri Marvin Potter) telah melecehkan mereka setelah dihapus sebagai teman di situs jejaring sosial Facebook.


Pasangan ini hidup dengan ayahnya, Billy Payne Sr yang merupakan orang terakhir yang melihat mereka hidup.


Dia mengatakan kepada detektif bahawa terakhir kali ia melihat Hayworth adalah saat ia bangun untuk memberi makan bayi sebelum berangkat kerja pada jam 5.30 pagi, 31 Januari lalu.


Lima jam kemudian, tubuh kedua pasangan naas tersebut ditemukan oleh bekas tetangga yang singgah untuk mengambil surat keluarga. Dimana tubuh Payne ditemukan di biliktidurnya dan Hayworth ditemukan di bilik bayi.

Lelaki minta perlindungan polis kerana isterinya kuat seks

Bernafsu besar betul isteri lelaki ini sampai lakinya
dah tak larat nak melayan..
saya petik dari kosmo online

gambar hiasan
BERLIN, Jerman - Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis kerana isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.

Menurut polis, lelaki itu datang ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa lalu.

Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak daripada tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks.

Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun.

Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu.

"Sekarang, dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.

"Ketika itu, tindakannya mahu keluar dari rumah mustahil dilakukan kerana isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melaksanakan tugas perkahwinan (seks) sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam," menurut polis. - AFP

Penderita penyakit ini boleh mati jika tersentuh dengan benda dingin

Anna Todd, 33, tak boleh menahan air mata setiap kali melihat putrinya Little Bea Todd. Putrinya yang masih berumur tiga tahun itu tidak dapat bermain bersama anak-anak seusianya kerana sistem kekebalannya sangat lemah. Sang putri  boleh meninggal jika bersentuhan dengan benda dingin.

"Sistem kekebalan tubuhnya sangat rapuh. Kami tidak boleh membiarkan dia bermain dengan anak-anak yang lain kerana kami tidak tahu apakah anak-anak itu batuk, memiliki virus atau cacar air. Ini dapat mengancam nyawanya," kata Anna, seperti diberitakan dari laman Daily Mail.
Yang membuatnya menangis adalah ketika putri kecilnya melihat anak-anak bermain di taman dan berkata, "Oh sayang Mami, kita tidak dapat bermain  hari ini, ada anak-anak terlalu ramai di sana. Itu memilukan."

Namanya penyakit arthritis juvenile, Bea didiagnosis menderita penyakit tersebut dan HLH hemophagocytic lymphohistiocytosis. Hemophagocytic lymphohistiocytosis (HLH), juga dikenal sebagai sindrom hemophagocytic, adalah gangguan penyakit yang jarang terjadi. Itu membuat Bea tak mampu melawan penyakit apapun, termasuk flu ringan. Penyakit laneh itu diawali dengan ruam-ruam di tubuh ketika berusia lima bulan.

Sejak usia lima bulan, Bea menjalani rawatan intensif selama berbulan-bulan di hospital Pada usia dua tahun, Bea menjalani transplantasi sumsum tulang di London's Great Ormond Street Hospital. Baru Februari 2010, Bea keluar dari hospital meski masih harus menjalani beberapa rawatan kemoterapi dan melakukan tranfusi trombosit setiap dua hari sekali.

Kisah sedih itulah yang kemudian mendorong dermawan menghadiahkan taman bermain khusus untuk Bea di belakang rumahnya. "Sekarang dia boleh keluar dan bermain bila masa saja. Ini luar biasa kerana saya sempat berfikir dia tidak boleh berjalan kembali," ujar Anna.

Meski keadaan Bea mulai menunjukkan kemajuan dengan bebrapa rawatan  yang tak boleh terlewat, Anna dan suaminya harus memastikan lingkungan rumah selalu kering. Keluarga ini juga memeriksa orang-orang yang berinteraksi dengan Bea sama ada sihat atau tidak mengidap virus apapun.

sumber : situslakalaka.blogspot.com

[Pelik] Nenek ini kena denda kerana punggut sampah

 Seorang nenek didenda dan diperlakukan seperti penjenayah setelah didenda kerana memungut sampah yang dijatuhkannya. Demikian dilaporkan Daily Mail.

Lesley Apps (64)  ini diancam akan dipenjara jika dia gagal membayar di tempat denda yang dikeluarkan pegawai pemerintah setempat.

Namun, dia menolak membayar kerana dia tidak membuang sampah sembarangan dan dia mengambil sampah ketika itu juga. Dia mengaku sering merasa takut jika tukang tagih datang ke rumahnya meminta wang denda tersebut.

Apps mengatakan dia singgah di kedai setempat untuk membeli sebungkus rokok dan tidak sengaja menjatuhkan pembungkus rokok di jalan. Seorang staf dewan kota mendekatinya ketika dia memungut pembungkus rokok itu. "Meski saya melakukan kebaikan tetap saja saya dikenai hukuman. Seharusnya saya tinggalkan begitu saja sampah itu," katanya.

Lelaki Ini Tertarik Secara Seksual Pada Keretanya


ARKANSAS - Nathaniel mungkin terlihat seperti lelaki biasa pada umumnya. Namun, lelaki berusia 27 tahun itu memiliki keunikan sendiri kerana memiliki ketertarikan secara seksual dengan keretanya sendiri. 


Lelaki ini mengaku dirinya bahawa ia terlibat hubungan intim dengan keretanya selama hampir lima tahun. Nathaniel bahkan mengatakan berkencan dengan kereta yang diberi nama Chase selama ini.


Ia pun bahkan tidak segan-segan memperlihatkan rasa sayangnya. Lelaki yang berasal dari Arkansas, Amerika Syarikat (AS) ini bahkan membelikan kereta jenis Chevy Monte Carlo keluaran 1998 tersebut dengan hadiah ulang tahun.


Tidak hanya itu, Nathaniel pun mengaku saking sayangnya dengan kereta berwarna merah ini, dirinya pun melakukan hubungan seks dengannya.


"Saya tertarik kepadanya secara emosional dan seksual. Sulit untuk menjelaskan hal tersebut," pengakuan Nathaniel kepada TLC, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (10/2/2012).


"Chase saya lihat sebagai seorang lelaki. Dia telah melalui banyak hal selama lima tahun kami bersama," imbuhnya.


Meski Nathaniel sadar kalau Chase tidak merasakan seperti yang dirasakannya, lelaki tersebut tetap akan menyayangi kereta tersebut.

MAAF ... Ini Hanya Untuk Lelaki


1. Kalian Para perempuan boleh tahu kalau seorang lelaki benar-benar sakit atau terluka ketika ia menangis di depanmu.


2. Lelaki tidak suka apabila kamu membicarakan bekas kekasihnya..


3. Lelaki mencintaimu lebih dari kamu mencintai mereka, bila mereka serius menjalani hubungan..


4. Lelaki benar-benar berfikir bahawa wanita itu aneh dan tidak boleh di teka tapi tetap mencintai mereka lebih dari wanita mencintai lelaki..


5. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukaimu, dia akan mengesampingkan semua sifat-sifat burukmu..


6. Lelaki boleh tergila-gila kerana senyum seorang wanita..


7. Lelaki membenci wanita yang berlebihan/hiperbola..


8. Lelaki tidak akan boleh bermimpi dan berharap terlalu banyak..


9. Lealki akan tergila-gila kalau wanita menyentuh tangan mereka..


10. Ketika seorang wanita mengatakan "tidak", lelaki menganggapnya sebagai "cuba lagi lain kali"..


11. Lelaki menyayangi ibu mereka..


12. Kamu tidak akan pernah boleh memahami lelaki kecuali kamu mendengarkan dia..


13. Seperti hawa, wanita adalah kelemahan lelaki...


14. Lelaki sangat terbuka mengenai diri mereka..


15. Tidak ada lelaki yang jahat ketika merayu..


16. Lelaki benar-benar mengagumi wanita yang mereka sukai meskipun wanita itu tidak cantik tiap harinya..


17. Lelaki menemukan cara untuk membuatmu putus link dengan lelaki lain..


18. Lelaki menyukai wanita yang punya otak di banding dengan wanita dengan skirt mini..


19. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang wanita beritahukan kepadanya.


20. Lelaki berfikir terlalu banyak..


21. Ketika lelaki mengatakan dia tidak memahamimu, ertinya dia beranggapan kamu tidak berfikir seperti dia...


22. Seorang lelaki harus mengalami penolakan, ditipu, disia2kan dan tak di hargai. Kerana jika ia terlalu baik, tidak pernah jatuh cinta dan sakit hati kerana cinta, dia tidak akan boleh menjadi dewasa...


23. Ketika situasi yang tidak di inginkan terjadi, lelaki menyalahkan diri mereka lebih dari wanita. Mereka bahkan boleh menyakiti diri mereka secara fisik..


24. Ketika seorang lelaki berpura-pura tenang, periksa apakah ia berpeluh Mungkin kamu akan melihat kalau ia sebetulnya sedang gugup...


25. Jika seorang lelaki memulai berbicara serius, dengarkanlah dia..


26. Lelaki menyukai ke-feminim-an, bukan ketidakberdayaan...


27. Seorang lelaki akan membuang-buang waktunya dengan bermain games  seperti halnya seorang wanita membuang-buang waktunya dengan dandan atau shopping...


28. Lelaki menyukai wanita yang boleh memasak ...


29. Lelaki menyukai wanita yang seperti ibunya. No kidding!!!


30. Seorang lelaki sesungguhnya punya lebih banyak masalah dari pada apa yang terlihat dengan mata kasar. Jangan mudah terpengaruh. Cubalah mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan kamu akan terkejut...


31.Kalian tahu tidak, lelaki itu mempunyai passion yang kuat untuk berubah tapi mempunyai will power yang lemah...


32. Ketika bermasalah, seorang lelaki biasanya berusaha tenang, namun sesungguhnya sedang memikirkan jalan keluar...


33. Lelaki belajar dari pengalaman, bukan dari buku yang di baca wanita dan mereka jadikan sebagai dasar pengalaman mereka...


34.Jika seorang lelaki sedang bungkam, katakanlah sesuatu...


35. dan yang terakhir.. lelaki cenderung menganggap semua wanita sama, tapi ketika mereka sudah lebih mengenal wanita tersebut, mereka akan menyedari kalau mereka salah..


Sorry for all, but this is a Man..
We're not perfect, but always be perfect because of u..
Point mana yang paling kalian suka, dan tidak suka..
semoga boleh membuka fikiran kita.....

Padah jual anak patung ‘suci’


TAIPEI: Seorang lelaki Taiwan ditangkap kerana didakwa menipu, membabitkan berjuta-juta dolar Taiwan dengan menjual anak patung Sesame Street dan barangan lain yang didakwanya mempunyai kuasa ajaib.
Suspek yang kenali sebagai Lin, menipu seorang ahli perniagaan sebanyak Tw$3 million (RM300,000) dengan menjual anak patung Elmo dan Sesame Street yang didakwanya ‘suci’. - AP


sumber : myMETRO

Pengurus selamat ditimpa batu 20 tan


ALBERTVILLE (Perancis): Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap batu seberat 20 tan ketika melalui jalan di Arly Gorge di banjaran Alps.
Penyelamat berkata, mereka tidak menyangka melihat Ludovic Masciave masih bernyawa ketika mereka memeriksa kereta pacuan empat roda yang remuk teruk itu.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila melihat Masciave, 36, tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan.


Pengurus jualan itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti berhampiran Grenoble.

Jurucakap hospital berkata, Masciave ditempatkan di unit rawatan rapi kerana mengalami pelbagai kecederaan parah, termasuk remuk paru-paru dan patah tulang rusuk.


“Keadaannya kini semakin stabil dan Masciave menunjukkan pemulihan memberangsangkan,” katanya. - DM



sumber : myMetro

Wanita Inggeris bercakap pelat Perancis selepas hidap selesema


LONDON: Debie Royston terkejut apabila mendapati dia tiba-tiba mula bercakap dengan pelat Perancis selepas menghidap selesema, lapor media semalam.
Ibu berasal dari Birmingham itu berkata, dia mengalami masalah selesema beberapa kali sejak tahun lalu.

Menurut Debie akibat masalah itu, dia tidak mampu bercakap selama sebulan dan panik jika masalah itu berlanjutan.


Kata Debie, 40, dia terfikir untuk berkata sesuatu tetapi mulutnya gagal berfungsi.

“Selama beberapa bulan, saya terpaksa belajar bertutur semula, tetapi apabila suara saya kembali, saya terkejut gaya pertuturan saya bertukar daripada loghat Inggeris kepada pelat Perancis,” katanya.


Lebih aneh, Debie tidak pernah menjejakkan kakinya ke Perancis.




Kata Debie, dia memang gembira mampu bertutur semula tetap berasa janggal dengan gaya pertuturannya.

Sementara itu, pakar terapi pertuturan mengesyaki Debie mengalami Sindrom Pelat Asing. - TS



sumber : myMetro

Remaja kemaruk barangan plastik


LOS ANGELES: Siri My Strange Addiction disiarkan saluran TLC pernah memaparkan pelbagai kerenah manusia yang ketagih objek pelik, termasuk kanji jagung hingga kemaruk tidur dengan pengering rambut.
Dalam musim terbarunya yang disiarkan sehari dua lagi di Amerika Syarikat, My Strange Addiction menjanjikan kejutan paling hebat.

Melalui musim ketiga My Strange Addiction, siri itu bakal menyiarkan laporan remaja berusia 18 tahun, Kailyn, yang mengaku ketagih memakan plastik.




Berasal dari Sacramento, California, Kailyn percaya sehingga kini dia memakan lebih 60,000 barangan plastik sejak 11 tahun lalu.

Malah, kata Kailyn, jika perlu membuat pilihan di antara makanan dan plastik, dia pasti memilih plastik untuk mengisi perutnya.


Antara objek plastik pernah dimakan Kailyn ialah 12 alat kawalan jauh, lebih 5,000 manik, 1,000 sudu koktel, 100 garpu, kira-kira 10 botol minuman, dua puting, tiga bekas cakera padat, kira-kira 50 penyangkut baju dan 25 tudung plastik.




“Plastik adalah sesuatu yang saya mahu dan saya berasa perlu kepadanya,” katanya.

Ditanya mengapa dia kemaruk kepada plastik, Kailyn berkata, ia bukan disebabkan rasanya, tetapi tekstur yang ada padanya.


“Saya sukakan rasa plastik itu hancur ketika dikunyah, selain teksturnya yang kasar tetapi lembut pada masa yang sama,” katanya.

Ketika ditemubual dalam program itu, Kailyn berkata, tekstur alat kawalan jauh televisyen mungkin satu daripada objek paling digemarinya.


Menceritakan bagaimana dia menelan plastik dikunyahnya, Kailyn berkata, dia membuang butang yang ada pada objek berkenaan sebelum meletaknya di kedua-dua belah mulut.


“Kemudian saya akan menelannya,” katanya.


Di sebalik kegemarannya memakan alat kawalan jauh, Kailyn berkata, objek plastik paling disukai ditelan ialah sudu koktel yang mudah ditemui di restoran tempatnya bekerja.


“Saya pelayan restoran dan ada banyak objek plastik di situ,” katanya.


Pada hari biasa dan tiada tekanan, kata Kailyn, dia menelan kira-kira 15 sudu koktel sehari.


“Saya sedar tabiat itu boleh membahayakan kesihatan,” katanya.


Jika tabiat Kailyn belum cukup memeranjatkan, rancangan My Strange Addiction juga menyediakan laporan mengenai keanehan seorang lelaki Arkansas, Nathaniel, yang mengaku terangsang nafsunya melihat keretanya. - DM



sumber : myMetro


Majalah porno, senjata tajam ditemui dalam penjara


BANGKOK: Lebih daripada 800 paket rokok, majalah porno, pengecas telefon bimbit, aksesori judi dan senjata tajam buatan sendiri, ditemui ketika polis menyerbu Penjara Pusat Khao Bin di wilayah Ratchaburi, semalam.
Ketua Penjara Khao Bin, Thanawee Prawat berkata, sekumpulan 300 anggota polis dan pegawai pemulihan, bersama tiga ekor anjing pengesan dadah, mencari setiap sudut Zon 5 penjara itu di mana 900 banduan ditempatkan. 
Kesemua banduan di Zon 5 menjalani hukuman penjara 30 tahun atau penjara seumur hidup.

Thanawee berkata, pihak berkuasa menemui sebuah telefon bimbit dengan kad SIM yang disembunyikan di dinding penjara.




Ada panggilan keluar dibuat daripada telefon itu dan pegawai akan menyiasat lokasi di mana pemintas isyarat telefon bimbit gagal memintas transmisi dan isyarat di penjara itu.

Pegawai juga akan menyiasat dan mengesan panggilan di telefon bimbit itu.

Tambahnya lagi, tiada dadah ditemui dalam serbuan itu.

Kelmarin, pihak berkuasa menyerbu Zon 7 dan Zon 9 di penjara Khao Bin dan menemui lebih 100 barang haram termasuk telefon bimbit, kad SIM, pengecas telefon bimbit dan kabel, aksesori judi dan senjata buatan sendiri.

Jabatan Pemulihan mengatakan penjara Khao Bin mempunyai sistem perlindungan keselamatan terbaik di antara penjara di negara itu.

Kerajan bercadang untuk memisahkan pengedar dadah terkenal yang disyaki meneruskan hubungan jual beli dadah di luar penjara melalui banduan lain. - Bangkok Post 



sumber : myMetro

‘Saya tak guna botox’


KUALA LUMPUR: “Saya tidak pernah menggunakan botox’atau melakukan sebarang suntikan pada muka,” kata pelakon dan pengacara, Zoey Rahman, 27, menafikan dakwaan raut wajahnya kian berubah selepas didakwa melakukan suntikan kolagen.
Zoey sebelum ini hadir ke Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) di Stadium Putra Bukit Jalil, 29 Januari lalu dengan raut wajahnya dikatakan berubah dan didakwa menggunakan suntikan kolagen. 
Zoey berkata, wajahnya kelihatan berseri-seri disebabkan dia menggunakan produk kecantikan yang membantu memulihara dan memulihkan kerosakan kulit selain menghilangkan jerawat dan tanda penuaan.

“Saya masih tahu batasnya dan menafikan menggunakan botox seperti mana didakwa pihak tertentu. Saya hairan kenapa ada orang iri hati dengan perubahan wajah saya berbanding sebelumnya sehingga sanggup menuduh saya membuat suntikan kolagen,” katanya.



Kata Zoey, penampilannya juga semakin berubah selepas gemar mengikuti perkembangan dan gaya artis luar negara terutama dari Korea yang disifatkan sebagai kreatif dan unik ketika muncul di khalayak ramai.




Sumber : myMetro

Putus tangan kerana RM500


IPOH: Hanya kerana gagal melunaskan hutang RM500, seorang buruh putus tangan kiri dan cedera teruk di seluruh badan akibat diserang lima lelaki berhampiran Pangsapuri First Garden, Silibin, di sini, malam kelmarin.
Kejadian pada jam 7 malam itu menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Nantha Kumar, 41, lari menyelamatkan diri dengan meninggalkan tangan kirinya yang putus akibat ditetak dengan pisau memotong daging.
Bagaimanapun, doktor yang merawat mangsa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, gagal menyambung semula tangan kiri mangsa yang putus itu.

Isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Susilawaty berkata, seminggu sebelum kejadian beberapa individu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang RM500 daripada suami.



“Bagaimanapun suami saya merayu diberikan tempoh sedikit masa lagi memandangkan pekerjaan dan gajinya tidak menentu,” katanya.


sumber : myMetro

Tiga gadis murtad,ibu bapa beri kebebasan


KUALA LUMPUR: Kemaruk cinta keterlaluan, bukan saja menyebabkan segelintir gadis Melayu tanpa berfikir panjang menyerahkan tubuh kepada teman lelaki, malah lebih menyedihkan ada yang sampai tahap keluar daripada agama Islam atau murtad.
Fenomena itu berlaku selepas mereka yang masih muda dan mentah, kurang kawalan ibu bapa serta cetek didikan agama, bercinta dengan lelaki bukan Islam lalu dengan mudah terpengaruh anutan agama kekasih masing-masing.
Ikuti pengalaman tiga gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, Azlin dan Laili kepada Harian Metro mengenai keterlanjuran mereka sebelum diselamatkan dan kini diberi bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.



RINA, 20, dari Melaka
“Saya bersekolah sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tinggal bersama ibu selepas dia dan ayah bercerai ketika saya kecil. Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, saya dimanjakan dan segala kemahuan dituruti.

Kerana tidak minat belajar, saya mengambil keputusan untuk bekerja pada usia masih muda dan daripada situ mula bergaul dengan rakan termasuk yang bukan Islam.

Hampir setiap malam saya keluar berhibur di kelab malam dan arak menjadi minuman biasa. Saya gembira dengan kebebasan dimiliki terutama selepas hidup menyewa dengan rakan.



sumber : myMetro

Kelar leher sendiri


KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia yang menunggu giliran dihantar pulang ke negara asal kerana memasuki negara ini secara haram mengelar leher sendiri menggunakan pisau di rumah Perlindungan Konsulat Jeneral Indonesia di Jalan Tun Haji Openg, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai ada masalah mental itu bernasib baik apabila perbuatannya disedari dua kakitangan konsul berkenaan. 
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika lelaki terbabit ditempatkan di konsul berkenaan selepas ditahan di Bintawa sejak sebulan lalu kerana memasuki negara ini secara haram.

Katanya, pada hari kejadian, lelaki dari Surabaya itu dilihat berlari ke dapur lalu mengambil pisau dan mengelar leher sehingga badannya berlumuran darah.




“Bagaimanapun, perbuatannya disedari dua kakitangan konsul berkenaan selepas terdengar jeritan seorang wanita yang ternampak mangsa mengalami pendarahan teruk di leher.

“Kedua-dua lelaki terbabit merampas pisau di tangan lelaki terbabit, namun, mangsa cuba melawan sehingga memaksa tiga lagi kakitangan konsul membantu,” katanya. 



sumber : myMetro

Gaya pengantin k-pop


MENGAMBIL inspirasi pakaian tradisional Korea Selatan dikenali sebagai Hanbok atau Choson-ot untuk Korea Utara serta kegilaan masyarakat terhadap filem serta drama Korea memberi idea kepada pereka serta pemilik Udaimatunnur, Ismail Abd Rahman.
Dia menghasilkan rekaan pakaian pengantin Korea berkonsepkan Malaysia dengan mengambil ciri-ciri Hanbok seperti gabungan warna ceria merah dan putih berpotongan gaun kembang yang disesuaikan untuk pengantin Muslimah. 


Pakaian yang dipersembahkan bersempena Festival Fesyen Islam (IFF) ini mengambil konsep pesona timur dengan gambaran lima gadis jelita yang turun dari gunung Fuji. Menariknya, setiap padanan disertakan perhiasan seperti kipas berbulu serta payung kertas yang unik dan menawan yang menjadi identiti dalam penggayaan wanita Korea.

Menurut Ismail, dia menggabungkan fabrik sutera sifon, satin dan organza bagi setiap busana agar lebih menyerlah serta terletak cantik pada tubuh si pemakai. Dalam hal ini pemilihan kain sangat penting.




Ini kerana fabrik yang lembut seperti sifon sesuai untuk padanan raja sehari manakala untuk tudung dia menggunakan fabrik yang sama dengan rekaan ala serban.

“Untuk gaya pesona timur, saya mengambil inisiatif menghasilkan rekaan tudung lain daripada yang lain. Rekaan ringkas dan tidak sarat pastinya menjadi pilihan. Gaya ala serban lebih sesuai kerana menampakkan potongan serta menjadikan mempelai lebih tinggi. Untuk lebih menyerlah, penggunaan bunga segar pada tudung memberikan kelainan,” katanya.

Potongan gaun kembang dengan juraian pada tangan serta hadapan baju direka mengikut tradisi masyarakat Korea namun Ismail menggabungkan ciri tradisional menerusi jahitan manik bunga sakura menggunakan kristal dan Swarovski bagi menampakkan keindahan busana pengantin. Ikatan pada pinggang seperti tali pinggang besar menggunakan rona merah menjadi pelengkap kepada gaya pengantin k-pop.

“Jika padanan gaun Korea lebih sederhana menggunakan fabrik polos, saya sengaja mencipta kelainan menerusi jahitan manik pada hadapan baju yang menjadi ciri rasmi dalam penggayaan busana pengantin Melayu. Dengan jahitan bunga sakura pada fabrik putih ini, ia akan lebih memberi keunikan dan kepelbagaian pada potongan baju itu sendiri,” jelasnya.

Penyertaan kali keempat di IFF kali ini memberi peluang kepada Udaimatunnur menyerlahkan rekaan pengantin Muslimah. Jika dulu rekaan bersifat tradisi tetapi kini penambahan banyak unsur Inggeris serta timur turut mempengaruhi rekaannya.

“Sebab itu, ciri kontemporari menjadi pilihan mempelai dengan gabungan gaya moden dan tradisional. Dengan kegilaan unsur k-pop, sedikit sebanyak ciri ini turut memberi idea kepada pereka menghasilkan rekaan lebih kreatif, unik
dan moden,” jelasnya mengagumi kemunculan pereka muda berkonsepkan busana Muslimah dengan rekaan segar dan menawan.

Busana pengantin Korea boleh didapati di butik Udaimatunnur yang terletak di Rawang, Selangor. Mempelai boleh memilih sama ada menjadikan pakaian untuk persandingan sekiranya inginkan kelainan atau untuk pakaian persalinan.


Inilah cara kalau nak jadi elite

Inilah cara kalau mahu menjadi tentera elite diTaiwan....
















[Video] Kekasih Menyamar Jadi Penumpang Lamar Pramugari di Atas Pesawat

Inilah saat paling romantis yang paling dirasakan oleh gadis cantik seorang pramugari . Tidak menyangka sama sekali disaat bekerja secara rutin di atas pesawat dalam penerbangan  dari Lisabon Portugis ke Barcelona Sepanyol, ternyata  kekasihnya menyamar menjadi penumpang biasa.



Tak sangka momen yang tak terlupakan itu terjadi ketika bekerja diatas pesawat diketinggian ribuan kaki

Saat gadis manis yang bernama Vera Silva yang berusia 29 tahun ini melayani penumpang seperti biasanya tiba tiba  kekasihnya Joao Viera berdiri dan mengejutkan penumpang pesawat yang sekitar 80 orang penumpang, seraya melontarkan kata-kata lamaran yang ditujukan buat kekasih dengan penuh romantisme Vera terpana dan akhirnya menerima lamaran sang kekasih tercinta

[Kurang ajar] Bangunkan suami degan kaki

Malang sungguh jika suami mempunyai isteri begini...



APALAH nasib seorang suami apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng apabila sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya. Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama.

Lebih 10 kali juga isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantarnya.

Atas alasan lambat mengangkat telefon dan membalas SMS itu juga, barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan si isteri.

Paling memilukan si suami, pernah satu ketika isterinya mengejutkannya daripada tidur menggunakan kaki. Ikuti luahan Razman, 30, kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN mengenai kisah dukanya memperisterikan ‘wanita samseng’ sebagai pengajaran kepada masyarakat.

untuk bacaan seterusnya sila klik open di spoiler

Spoiler:



APALAH nasib seorang suami apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng apabila sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya. Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama.

Lebih 10 kali juga isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantarnya.

Atas alasan lambat mengangkat telefon dan membalas SMS itu juga, barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan si isteri.

Paling memilukan si suami, pernah satu ketika isterinya mengejutkannya daripada tidur menggunakan kaki. Ikuti luahan Razman, 30, kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN mengenai kisah dukanya memperisterikan ‘wanita samseng’ sebagai pengajaran kepada masyarakat.


Bagi membuktikan dakwaannya, Razman menghubungi beberapa ahli keluarga, rakan dan jiran supaya wartawan mengetahui sendiri kebenaran kisahnya.


“Mahligai perkahwinan kami dibina atas dasar suka sama suka. Lima tahun berkenalan membuatkan saya mengimpikan hidup bahagia dengannya. Sepanjang berkenalan hinggalah bertunang dalam tempoh itu, memang ada pergaduhan dan beberapa kali saya dimakinya, namun dia (isteri) meminta maaf dan berjanji untuk berubah.

Saya terima dia dengan hati terbuka dengan harapan dia berubah. Namun selepas bergelar suami isteri, dugaan demi dugaan menimpa saya. Hari bersanding dia sudah buat hal.

Saya dan keluarga tiba lewat sedikitpun dia menengking. Rakan saya datang dari jauh mahu mengambil gambar bersama pun dia naik angin sambil berlalu dengan jelingan benci. Malu saya dengan rakan yang hadir.

Selepas sebulan hidup bersama, saya lihat perangainya semakin menjadi-jadi. Jika saya lambat mengangkat telefon atau membalas SMS, dia mengamuk. Bukan mengamuk biasa, tetapi sampai minta cerai.

Walhal, saya bukan tidak menjawab panggilan atau SMS dihantarnya, tetapi lambat jawab kerana ketika itu bermesyuarat atau berbincang dengan majikan.

Dia tuduh saya lambat jawab telefon atau SMS sebab ada perempuan lain. Atas sebab itu dia minta cerai. Ikutkan hati saya nak ceraikan saja, tetapi saya masih waras dan sayangkannya.

Saya buat tak tahu saja dan keluar rumah seketika bagi meredakan keadaan. Apabila pulang, saya pujuk dan sejukkan hatinya, OK lah dia sikit. Namun, perangai samsengnya tak berubah.

Kalau marah, habis disumpah seranahnya saya. Perkataan seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus sentiasa diungkapkan kepada saya. Tak puas sumpah seranah menerusi mulut, dia SMS kepada saya.

Bukan saja kepada saya, tetapi juga adik-beradik dan beberapa rakan saya. Malu saya dibuatnya. Antara SMS mengatakan saya jantan tak guna, menyesal kahwin dengan saya, jangan ingat anak dalam kandungan akan menjadi milik saya dan pergi jahanam.

Saya cuba mengambil pendekatan tegas dengan menegur perbuatannya. Apabila ditegur, dia sesuka hati keluar rumah. Pernah sekali dia hilang empat hari, katanya pergi kerja, tetapi rupa-rupanya balik kampung tanpa pengetahuan saya.

Risaunya saya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu. Saya risau sebab dia mengandung. Selepas itu baru saya sedar, ibu dan ayahnya kerap masuk campur dengan hal rumah tangganya. Saya menemui SMS daripada ibu mentua di dalam telefon bimbit isteri.

Mentua ‘mengajar’nya supaya meletakkan ‘air penawar’ di dalam makanan atau minuman saya supaya saya tunduk dengan isteri.

Lebih menyedihkan saya, satu lagi SMS ditulis ibunya menuduh saya mencuri barangan isteri untuk dibuat ‘guna-guna’ supaya isteri tunduk kepada saya.

Isteri saya bukan saja memusuhi saya tetapi keluarga saya. Sepanjang bergelar isteri kepada saya, dia tidak pernah berkunjung ke rumah mentuanya. Pernah satu ketika ketika abang saya datang ke rumah saya, isteri memaki abang saya, antaranya dengan perkataan ‘kepala mak kau aku pijak’.

Saya tidak tahu kenapa isteri membenci keluarga saya, padahal keluarga saya tidak mencampuri urusan kami. Memang abang ada beri nasihat, tetapi sekadar nasihat dan isteri tak boleh terima.

Dalam tempoh hampir setahun perkahwinan, lebih 10 kali isteri meminta cerai dengan alasan remeh, tetapi saya bersabar. Saya pernah membawanya berjumpa kaunselor, tetapi selepas tamat sesi kaunseling, saya dijadikan tempat meluahkan kemarahan.

Habis ustaz yang memberi kaunselor itu dimakinya. Dia kata ustaz bodoh dan tak layak beri kaunseling. Saya pelawanya bertemu kaunselor sekali lagi, tetapi dia dengan tegas tidak mahu lagi mendapatkan kaunseling.

Sikap samseng isteri bertambah buruk apabila pernah satu ketika dia menggunakan kaki untuk mengejutkan saya daripada tidur. Dua kali dia tolak badan saya dengan kaki saya diam, masuk kali ketiga saya tepis kakinya dan memarahinya.

Pernah juga kerana saya lewat menjawab panggilan telefon dan SMSnya, komputer riba syarikat yang saya gunakan dihempas sampai hancur. Dia SMS kepada saya: “Hahaha... aku dah pecahkan notebook (komputer riba) kau.”

Paling mengecewakan saya, isteri pulang ke kampungnya untuk bersalin dan saya hanya diberitahu ketika isteri hampir bersalin. Kelam kabut jadinya apabila saya terpaksa tergesa-gesa pulang ke kampung isteri.

Saya datang bersama abang kerana saya minta pertolongannya untuk bergilir-gilir memandu. Apabila isteri melahirkan anak kami, saya mahu mengazankannya, tetapi mentua seperti tidak membenarkannya.

Namun saya buat juga kerana bayi itu anak saya. Sedih saya dibuatnya apabila ibu mentua sengaja menunjukkan arah kiblat yang salah ketika saya mahu mengazankan anak saya.

Seperti menidakkan zuriat saya kepada bayi itu, selepas saya mengazankan anak saya, dengan segera ayah mentua mengazankannya dengan kedudukan kiblat yang betul.

Dalam keadaan selepas bersalin, isteri sekali lagi buat hal apabila menghantar SMS memaki hamun saya kerana membawa bersama abang saya, walhal abang saya tunggu di luar saja. Saya dan keluarga saya dikatakannya sial... ibu bapa saya dikatakannya bodoh dan keluarga saya lebih teruk daripada kafir.

Saya terus diketepikan isteri dan keluarganya. Saya tidak dialu-alukan bersama isteri. Ketika mendapat tahu anak saya ditempatkan di wad kerana demam kuning selepas pihak hospital menghubungi saya, cubaan saya untuk menghubungi isteri tidak berjaya.

Telefon tidak diangkat, SMS tidak dibalas selepas beberapa hari. Satu ketika isteri membalas SMS, tetapi bukan memberitahu mengenai keadaan anak saya tetapi meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Bercerita mengenai wang, isteri kini menuntut wang daripada saya yang dikatakan sebagai hutang perkahwinan satu ketika dulu.

Walhal, ketika memberi wang berkenaan, kami berjanji ia adalah wang bersama, tetapi atas rasa tanggungjawab saya cuba juga membayarnya semula sedikit demi sedikit.

Soal saya terpaksa menggunakan wangnya adalah atas kehendaknya. Saya merancang dan menyediakan untuk membuat kenduri kecil-kecilan di sebelah keluarga saya, tetapi dia mahu buat kenduri besar.

Saya tidak mahu kerana tidak cukup wang, tetapi dia memberi wangnya untuk merealisasikan kenduri yang diimpikannya. Saya akur, tetapi sekarang dia mula mengungkitnya semula.

Hampir setahun berumah tangga, saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk berpisah dengan isteri. Apa guna saya terus bersabar kerana isteri terus membuat dan melayan saya seperti ‘kain buruk’.


KERANA kecewa, Razman berkesempatan menghasilkan coretan khas buat isterinya:

Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang SMS kat member-member ofis abang cakap yang abang ni berpenyakit...
Abang sayangkan sayang
Walaupun lebih 10 kali sayang minta cerai
Abang masih sayangkan sayang
Walaupun sayang hina adik-beradik abang
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang hina abang ada SPM saja
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang gunakan kaki sayang untuk gerakkan badan abang
Abang sayang lagi
Walaupun sayang keluar rumah tanpa izin abang

Abang harapkan SMS ucapan kerinduan dari sayang
Ucapan kasih sayang dari sayang
Ucapan puitis cinta dari sayang
Bukan caci dan maki daripada sayang...

Sekarang hati abang dah tawar
Tawar sangat
Sayang faham maksud abang?
Takkan pasal tak angkat telefon sayang nak hantar macam tu?
Dah tu sayang kenapa hantar SMS kat adik- beradik abang?
Malu abang, malu sangat
Tapi abang sayang lagi... tapi bukan kepada sayang
Abang sayang kat anak abang yang comel itu
Bagi abang sayang sudah tak wujud di dalam hati abang

Tapi sayang jangan risau...
Allah SWT maha mengasihani...
Hari-hari lepas solat abang berdoa...
Berdoa kepada yang Esa supaya cinta abang berputik semula...
Supaya kasih abang kepada sayang bertaut kembali...
Walaupun hakikatnya abang sudah benci sayang...

Yang dikasihi,
Suamimu yang tercinta.



Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved