Apa sudah jadi? Guru sanggup culik anak murid kerana saham

on 10 Februari 2012

Gara-gara kerugian dalam saham seorang persendirian
sanggup menculik anak muridnya untuk mendapatkan
wang tebusan..

DHAKA - Seorang guru persendirian ditahan kerana menculik seorang budak perempuan sebelum menuntut tebusan bagi mengatasi kerugian yang dialaminya ekoran kejatuhan indeks Bursa Saham Dhaka di Bangladesh baru-baru ini, kata polis semalam. 

Menurut seorang pegawai polis, Sukanta Chakrabarty, anggota-anggpta perisikan polis menemui budak berusia lapan tahun itu dan menahan guru tersebut, Abdul Majid kelmarin di Pulau Kutubia, 100 kilometer ke selatan bandar pelabuhan Chittagong.

"Abdul Majid menculik muridnya sebagai cubaan untuk mengembalikan kerugian yang dialaminya dalam bursa saham. Dia kerugian sebanyak AS$7,145 (RM21,863) dalam perniagaan saham dan menuntut jumlah yang sama daripada keluarga mangsa," tambahnya. 

Bursa Saham Dhaka mengalami kejatuhan teruk sejak awal Disember 2010. 

Ia telah kerugian sebanyak 30 peratus sejak mencatat rekod tertinggi dengan 8,918.51 mata pada 5 Disember lalu. 

Bangladesh mempunyai lebih 3.3 juta peniaga saham dengan 80 peratus daripadanya merupakan pelabur kecil dan pelabur baru. - AFP

Bunuh anak dengan elektrik kerana bercinta dengan lelaki tak direstui

Apa yang sebenarnya di fikirkan oleh mereka ini.Adakah kerana cuma anak
bercinta dengan lelaki yang tak restui keluarga sampai sanggup membunuhnya...



ISLAMABAD: Gara-gara bercinta dengan lelaki yang tidak direstui keluarga, seorang gadis dibunuh dengan menggunakan arus elektrik.

Polis berkata semalam, anggota keluarga Saima Bibi, 17, memutuskan untuk membunuhnya dalam satu mesyuarat majlis desa kerana memalukan keluarga.

“Terdapat tanda-tanda penderaan dan melecur pada leher, belakang dan tangan yang mungkin disebabkan penggunaan arus elektrik,” kata Zahoor Rabbani, jurucakap polis di Bahawalpur, timur Pakistan, tempat kejadian itu berlaku.


Perdana Menteri, Yusuf Raza Gilani memandang serius kejadian itu dan mengarahkan polis mengemukakan laporan segera, menurut kenyataan pejabatnya.

Kematian Saima dipercayai akibat pembunuhan kerana menjaga maruah.

Ia sering berlaku di kawasan luar bandar di mana berkahwin tanpa kebenaran anggota keluarga lelaki atau melakukan persetubuhan sebelum berkahwin dilihat sebagai pencemaran serius terhadap maruah keluarga atau suku kaum.

 Doktor di sebuah hospital tempatan berkata, punca kematian Saima masih belum dapat dipastikan.

Saima dikatakan jatuh cinta dengan jirannya, Dilawar dan melarikan diri ke Karachi, bandar terbesar di Pakistan baru-baru ini.

 Anggota keluarganya memujuk dia pulang dan berjanji untuk membenarkan dia berkahwin dengan lelaki itu.

“Bapa dan ibu saudara serta anggota keluarga lain kemudian enggan memenuhi hajatnya kerana mendakwa lelaki itu daripada kasta rendah.

“Beberapa bapa saudaranya dan beberapa orang yang berpengaruh lain membunuhnya apabila dia enggan menuruti kehendak mereka,” kata Zahoor.

Polis menyerbu kampung Saima selepas menerima maklumat daripada seorang penduduk kampung yang berkata, anggota keluarga Saima memberitahu orang ramai gadis itu membunuh diri.

Menurut Zahoor, pihaknya menangkap bapa Saima, Abdul Majeed dan seorang bapa saudaranya. - Reuters

[Hebat] Lelaki ini berjaya menyambut budak yang jatuh dari eskalator

Seoranglelaki di turki menjadi pahlawan setelah berhasil menangkap tepat kanak-kanak4 tahun yang jatuh dari eskalator di sebuah mall di Istanbul

Kejadian tersebut yg berhasil  rakam kamera, memperlihatkan kanak-kanak tersebut yang sedang menunggu ayahnya, memegang tepi eskalator dan  naik keatas  sebelum terjatuh.

‘Saya memperhatikan anak tersebut bermain dekat eskalator, tidak ada yang berbahaya ketika itu’ kata lelaki itu kepada wartawan. ‘Saya kembali ke kedai dan kemudian diberitahu bahwa dia menaiki eskalator di bahagian tepi. jadi saya berlari mengikuti dan melihat dia hampir terjatuh. saya memiliki masalah kesihatan, namun saya melakukan yang terbaik untuk menangkap anak tersebut.





Inilah atlet gymnastik yang terkencing ketika bertanding

Kencing boleh menjadi masalah bila berlaku tidak tepat pada masanya. Misalnya, seperti yang dialami oleh Emilie Le Pennec. Atlet gymnastik dari Perancis ini  kencing ketika bertanding. Lihat saja gambar di bawah ini.



Syok gila abang ni

begitu feeling.....

Lelaki ini akan dipenjara jika tak ajak isteri dating


Jospeh Bray, 47, harus segera mengajak isterinya, Sonja, 39, dating. Jika tidak, lelaki dari Florida, Amerika Syarikat, ini terancam hukuman penjara.


Sesuai surat hukuman yang dibacakan Hakim John Hurley,dating itu diterjemahkan dengan menghadiahi isteri bunga sebagai lambang cinta, mengajak makan malam romantis, dan mengakhirinya dengan bermain bowling bersama.


"Dia harus berhenti di suatu tempat untuk mendapatkan bunga, lalu pulang ke rumah menjemput isteri. Setelah berdandan rapi, ajak isteri ke Red Lobster. Dan, setelah makan malam romantis, pergilah ke tempat bowling," kata Hurley di pengadilan di Florida, Amerika Syarikat, dikutip orange.co.uk.


Hakim menjatuhkan hukuman atas kes kekerasan dalam rumah tangga yang terjadi beberapa waktu lalu. Selain berdating romantis, hakim juga memerintahkan pasangan yang tinggal di sebuah perkebunan itu untuk berkonsultasi dengan kaunselor pernikahan.


Kes bermula saat Bray lupa memberi selamat Sonja yang sedang berulang tahun. Pertengkaran tak terelakkan. Berdasar kesaksian Sonja, Bray yang mulai emosi kemudian meludahinya, mendorongnya ke sofa, dan mencekik lehernya.


Hakim menganggap kes itu sebagai kekerasan rumah tangga minor. Hukuman yang dijatuhkan pun sekadar membantu mengembalikan keharmonisan pasangan tersebut. "Tapi, jangan dianggap remeh, kalau hukuman tak dijalankan, Bray boleh dipenjara," kata Hurley.


Sumber : http://kosmo.vivanews.com

Dunia Hanya Milik Mereka Berdua






Buku yang dipinjam selama 221 tahun tak pernah dikembalikan!! Siapakah peminjamnya?

NEW YORK--Hampir 221 tahun lalu, presiden pertama Amerika Serikat, George Washington, meminjam buku The Law of Nation karya Emer de Vattel. Tarikh itu berdasar catatan oleh admin Perpustakaan Kota New York, pada  5 Oktober 1789. Sejak itu, buku tersebut tak pernah kembali.




Mereka baru menyedari ada koleksi yang ghaib ketika mengemaskan perpustakaan awal tahun ini. Sejumlah buku ghaib antara tahun 1789 hingga 1792, dan sejumlah nama popular terkait di dalamnya, antara lain John Adams, John Jay, Aaron Burr, Alexander Hamilton, George Clinton, dan lain-lain. Satu lagi, itu dia, presiden pertama AS. Setelah dikira, denda yang patut dikenakan kerana lembat mengembalian buku itu sebanyak 300 ribu dolar AS. Namun perpustakaan hanya menghendaki buku tersebut kembali.

Beberapa hari setelah berita ghaibnya buku-buku itu diberitakan New York Daily News, mereka ditelefon ahli waris George Washington. Ktua rumah tangga istana Washington di Virginia menyatakan buku yang dimaksud sudah tak ada, namun mereka memupnyai buku dengan judul dan penulis sama namun cetakannya berbeza.

Pihak perpustakaan menyetujuinya. Apalagi dalam buku ini ada juga beberapa catatan dari sang tokoh. Maka untuk menandai kembalinya koleksi itu, mereka membuat perayaan kecil kelmarin. Sayangnya, tak disebutkan apakah pihak ahli waris George Washington juga membayar denda atau tidak pada perpustakaan ini...

Heboh pencari cacing dapat tangkap cacing naga sepenjang 2.5 meter

Warga di kawasan Tanjung Api-api, Banyuasin, Sumatera Selatan, dihebohkan dengan penemuan cacing nipah sepanjang 2.5 meter. Uniknya lagi, cacing itu punya dua taring besar di kepala.

Kerana bentuknya yang unik, warga sekitar menyebut haiwan  itu sebagai cacing naga. Badan cacing naga seukuran jari warna merah ini, sedikit mirip lipan yang punya banyak kaki di sepanjang bagian bawah tubuh. Namun, terlihat dan terasa lebih lembut seperti haiwan mollusca.

Cacing ini ditemukan oleh Timan.Dia mengatakan, cacing tersebut ditangkap dengan menggunakan besi yang dibentuk seperti garpu. "Saya tidak ikut karena takut," kata War.

Timan yang sehari-hari bekerja sebagai pencari cacing tak menyangka mendapat cacing naga sepanjang 2.5 meter.

Rosinta, mahasiswi pascasarjana Universitas Sriwijaya, Palembang yang sedang melakukan kajian untuk tesis kajian lingkungan di pelabuhan feri Tanjung Api-api terkejut melihat cacing ini. "Saya baru lihat ada cacing panjang seperti itu," kata Rosinta

Gurauan-guruan kasar daripada seorang kawan

Bergurau itu perkara biasa daripada seorang kawan tetapi
jika kertelaluan itu sudah melampau...













Di kejar orang ramai kerana mandi bogel

17841_298178186542_521886542_3306954_980098_n

Pelik betul cara dia orang ni sembahyang satu rakaat hanya ambil masa 25 saat

Solat itu seharusnya dilakukan dengan rukun dan tertib. Salah satu rukunnya adalah tuma’ninah. Dengan begitu mudah-mudahan Allah akan menerima ibadah solat kita.

Tapi cuba kita cara mereka ini sembahyang? Bayangkan, untuk menyelesaikan 1 rakaat, mereka cuma memerlukan masa  25 saat untuk menyelesaikan. Kejadian ini benar-benar terjadi di daerah Indragiri Hulu, Riau. Video ini diambil pada 26 September 2008 sewaktu mereka mengerjakan solat tarawih.






[Gila] Kanak-kanak 7 tahun buat seks oral dalam kelas

Berita AP melaporkan seorang guru kelas sekolah rendah di California utara digantung tugas bagi membolehkan  pihak polis menyiasat aduan seorang murid berusia 7 tahun bahawa rakan kelasnya melakukan seks oral dan sebahagiannya menanggalkan pakaian mereka semasa berbuat perilaku demikian.

Siasatan sedang giat dijalankan di Markham Elementary School di Oakland. Pengetua sekolah  memaklumkan situasi yang berlaku kepada ibu bapa melalui sepucuk surat.

"Kami percaya jika laporan ini benar, maka ada kesilapan pertimbangan yang serius  atau kurangnya pengawasan di dalam kelas," kata Troy Flint, jurucakap Oakland Unified School District.

"Kami sedang menyiasat bagaimana kejadian ini boleh berlaku. Kejadian ini adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kami, begitu juga ibu bapa dan anggota masyarakat yang lain."

Guru lelaki yang digantung tugas itu  yang namanya dirahsiakan, memberitahu  penyiasat bahawa dia tidak melihat kejadian yang didakwa berlaku itu pada minggu lepas. Guru tersebut dilarang memasuki kawasan sekolah sehinggalah penyiasatan selesai.

Berita ini ringkas dan tidak begitu spesifik, namun berita ini berisi kejadian yang boleh menjadi mimpi ngeri kepada ibu bapa. jadi awasi anak-anak dan ambil langkah drastik bagi memastikan anak-anak kita terhindar daripada kejadian yang sememangnya tidak terduga oleh akal fikiran kita.

sumber : duniacacamarba.blogspot.com

Tumpang kaki kiri di kaki kanan supaya salur darah tidak rosak

Berkorban apa saja..asalkan kakinya dapat diselamatkan...
beginilah nasib seorang lelaki yang mendapat kemalangan....


BEIJING: Demi menyelamatkan kaki kiri seorang lelaki yang cedera akibat kemalangan, doktor di sebuah hospital di China mengambil keputusan menjahit kaki berkenaan ke kaki kanannya untuk sementara sebelum mencantumkannya semula tidak lama lagi.

Menurut jurucakap hospital itu, lelaki itu - hanya dikenali sebagai Ma - terbabit dalam kemalangan di tempat kerja dua minggu lalu. 

Katanya, insiden itu menyebabkan kaki kiri Ma rosak teruk dan mengalami jangkitan kuman. 

“Jika dibiarkan, kemungkinan besar kaki kiri Ma terpaksa dipotong,” katanya. 

ELAK SALUR DARAH ROSAK...doktor memperkemaskan balutan pada kaki kanan Ma selepas disambung dengan kaki kirinya yang cedera sebelum pembedahan membetulkan kaki itu dilakukan tidak lama lagi.

Bagi menyelamatkan Ma, kata jurucakap itu, pasukan perubatan hospital membuat keputusan radikal - memotong kaki kiri Ma. 

Kaki itu kemudian dijahit ke kaki kanan untuk sementara waktu bagi memastikan salur darah serta otot Ma tidak rosak. 

“Pembedahan bagi menyambung semula kaki kiri Ma dijangka dibuat dalam tempoh sebulan,” katanya. - TS

[Kerja gila] Buat patung daripada 4.5 liter darah sendiri


Seorang seniman Marc Quinn menggunakan darahnya sendiri untuk membuat patung kepala berdarah manusia yang bertajuk "Self". Fakta, ini patung menyeramkan adalah dari bentuk kepala  Marc Quinn sendiri yang dbuat daripada 4,5 liter darah beku.Darah itu adalah darahnya sendiri.
Darah diambil dari tubuh sendiri selama lima bulan. Karya ini kemudian diulang setiap lima tahun untuk menjaga kecantikkan patung daripada seniman pelik ini.

Ambil sperma mayat kerana cinta

Seorang hakim pengadilan New York, meluluskan permintaan seorang perempuan untuk mengambil sperma kekasihnya yang meninggal beberapa jam sebelumnya.

Gisela Marrero, kekasih Johnny Quintana (31), lelaki yang meninggal dunia kerana serangan jantung, ingin punya anak kedua daripada si mati. Sperma secara perubatan masih dianggap segar sampai 36 jam setelah kematian.

Sementara itu,keputusan hakim diperlukan lantaran Quintana dan Marrero tidak berkahwin Keputusan di Bronx, New York, itu diberitahu kepada Gisela Marrero hanya empat jam sebelum deadline kesegaran sperma kekasihnya.

Selepas hakim mengizinkan melalui keputusan pengadilan, petugas bank sperma pun bergegas ke Jacobi Medical Center, tempat jenazah Quintana disemayamkan. Sebelumnya Marrero sudah memiliki anak dengan Quintana yang kini berusia dua tahun.

Kemajuan tekhnologi kesihatan memang dapat membuat seseorang mendapatkan apa pun yang diinginkannya. Namun apakah perilaku seperti ini dapat dibenarkan? Semuanya tergantung pada peribadi masing-masing walaupun seharusnya ikatan pernikahan menjadi kata kunci yang menjadi dasar dalam suatu hubungan untuk masa depan anak-anak mereka nantinya.Tapi mereka didunia barat kahwin atau tidak bila-bila masa pun boleh mempunyai anak.

Gila basuh tangan dengan air kencing






LETAK MAKLUMAT IKLAN
Biar benar brother ni...makin pelik manusia hari ini..
sanggup basuh tangan dengan air kencing...


Buat bebola daging dari daging monyet kerana daging lembu dan ayam mahal

Polis Indonesia menahan pasangan suami isteri yang membuat bebola daging daripada daging monyet yang dilindungi.

Mereka dipercayai memburu puluhan monyet Jawa atau dikenali monyet daun perak dari Taman Negara Baluran di timur pulau Jawa, menurut kenyataan kumpulan perlindungan haiwan Profauna.


“Polis menemui 30 kilogram daging, dua senapang dan seekor monyet,” kata kenyataan itu.

Pasangan itu mengakui perbuatan berkenaan melanggar undang-undang tetapi memburu monyet itu kerana daging lembu, ayam lebih mahal.   ~~ Agensi

Inilah Bintang YouTube Yang Digaji Google US$ 1 Juta Tiap Tahun


YouTube nampaknya memang sudah mulai menjadi 'saluran TV' masa kini yang menerbitkan banyak bintang dan  mendulang wang yang serius. Setelah Justin Bieber, Charlie Schmidt si pencipta 'Keyboard Cat', dan band Boyce Avenue, kini nama Ray William Johnson juga berhasil kaya raya keranya.


Bayangkan! Untuk video parodi yang dia posting ke YouTube, lelaki berusia 23 tahun ini mendapatkan bayaran sebesar US$ 1 juta  per tahun. Dengan mendapatkan 5 juta kunjungan untuk videonya yang dipost tiap dua minggu sekali ini, Ray digelari sebagai jutawan baru di YouTube.


Siapakah Ray? Dia sebelumnya dikenal sebagai aktor dan komedian amatur. Namanya melambung ketika dia mulai membuat acaranya sendiri di YouTube yang berjudul Equals Three yang kini menjadi salah satu agensi komunikasi terkenal di Amerika Syarikat.


 Februari 2012, kanal YouTube miliknya, RayWilliamJohnson menjadi kanal yang memiliki banyak pelanggan di situs tersebut. Dengan sebanyak 5,3 juta pelanggan, video-videonya secara total telah mendapatkan sebanyak 150 juta kunjungan.


Atas popularitinya yang tinggi tersebut, Ray ditawari kerjasama pihak Google. Dalam kerjasamanya, dia bakal menerima bayaran sekitar US$ 3.000 hingga US$ 9.000 untuk tiap per 2 juta kunjungan dalam videonya.


Seperti dilansir Wall Street Journal, pada tahun lalu Ray mendapatkan ratusan kerjasama yang membuatnya berhasil mendapatkan wang sebanyak US$ 100 ribu. Dan, tahun ini kanal miliknya mendapatkan kenaikan kunjungan sebesar 80% lihat video terbarunya di sini.


Seiring tingginya jumlah pengguna internet, YouTube memang menjadi pesaing saluran TV konvensional dengan pemilikian 780 juta pengunjung unik setiap bulannya. Angka ini dikatakan lebih besar dibandingkan jaringan TV pada umumnya.

Dilarang Main PlayStation, Anak Bunuh Ibu

Philadelphia - Sungguh gila. Seorang anak sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri kerana alasan yang sangat mengarut, yakni dilarang bermain konsol game PlayStation.

Si anak derhaka bernama Kendall Anderson, usianya baru 16 tahun. Awal mulanya, sang ibu yang bernama Rashida Anderson geram kerana anaknya berbuat nakal. Maka sebagai hukumannya, dia mengambil PlayStation Kendall dan melarangnya bermain.



 Kendall rupanya tidak mahu dilarang main game kesukaannya. Maka keduanya pun bertengkar sampai hampir dua jam lamanya,  kemudian ibunya masuk kebilik untuk tidur.

Namun Kendall mempunyai niat sangat jahat.Dia menyusup ke bilik ibunya dan menghentam tubuh  ibunya yang sedang tidur dengan tukul besi sebanyak 20 kali. Ibu pun tewas meninggal dunia.

Semua perbuatan itu diakui sendiri oleh Kendall, yang telah ditangkap oleh polis di wilayah Philadelphia, Amerika Syarikat. Ketika melihat ibunya sudah tak bernyawa, dia kemudian cuba menghilangkan jejak dan menguburnya di luar rumah.
.
"Jika saya boleh saya tidak akan melakukannya. Saya sangat merindukan ibuku, dia adalah satu-satunya orang yang memperhatikanku,"kata Kendall dalam proses persidangan untuk mempertanggungjawabkan aksi kejamnya itu.

Wow..ada khidmat sewa awek


MASYARAKAT China setiap tahun merayakan festival musim gugur yang berlangsung selama 7 hari penuh. Selama festival berlangsung, sudah menjadi tradisi bagi para pemuda untuk memperkenalkan kekasihnya kepada kedua orang tua. Lalu bagaimana dengan para lelaki jomblo?


 Untuk menghindari omelan dari keluarga karena tak kunjung punya pacar, inilah yang mereka lakukan.


 Untuk menghilangkan rasa malu kerana tidak juga mendapatkan kekasih, para pemuda di China memilih untuk menggunakan jasa peminjaman kekasih yang tersedia secara online.


 Seperti dilapor Chinahush, mereka cukup mengunjungi situs Taobao –eBay versi China- lalu memilih ‘seller’ mana yang akan digunakan jasanya.


 Terdapat beberapa penyedia jasa peminjaman kekasih yang menawarkan berbagai tipe wanita dan layanannya tersendiri.


 Untuk menikmati jasa khidmat  sewaan, para pelanggan harus mengeluarkan biaya 200 RMB hingga 1.000 RMB  tergantung pilihan servis yang diminta.


 Dengan tarif tertentu, sang kekasih sewaan dapat melakukan beberapa hal di depan keluarga pelanggan.


 Di antaranya memasak, belanja bahan makanan, merawat anggota keluarga yang sudah lanjut usia, hingga berdoa untuk leluhur.


 Layanan yang terakhir ini, mendoakan keluarga merupakan servis yang paling mahal tarifnya.


 Seperti diberitakan Oddity Central, sebelum pelanggan memperkenalkan kekasih sewaannya ke keluarga, pihak penyedia jasa akan meminta sejumlah data, seperti foto, riwayat keluarga dan segala detail.


 Ini bertujuan agar sang kekasih seolah sudah tahu betul dengan keluarga pelanggan , serta menghindari rasa canggung.


 Namun ada dua hal yang tidak boleh dilakukan antara pelanggan danbkekasih sewaannya, iaitu berciuman dan berhubungan intim. 

Proposal pernikahan paling tak romantik

Kita sudah sering melihat berbagai macam proposal pernikahan yang unik dan aneh, tapi dari semua yang sudah pernah dilakukan, proposal ini nampaknya adalah yang paling geeky sekaligus yang paling tidak romantis, kecuali jika kekasihmu adalah orang yang akrab dengan dunia IT atau aljabar.




User doctorpappa dari YouTube tidak hanya mengajukan proposalnya melalui situs sharing video tersebut, ia sambil mengenakan topeng Bender atau Bender Mask yang biasa dilihat di sirianimasi Futurama, juga mengeluarkan kata-kata proposalnya dari bilangan biner! Yap, seperti judul videonya  01001111011010000010000001101000011000010110100100100001 yang jika diutak-atik atau dikonversikan maka dapat dibaca sebagai kata 'Oh hai!' Apalagi cuba yang kurang geeky?
Dalam videonya sendiri, ia memberi petunjuk:
01011001011011110111010100100111
01101100011011000010000001101110
01100101011001010110010000100000
01100001001000000111000001100101
01101110001000000110000101101110
01100100001000000111000001100001
01110000011001010111001000101110
0010111000101110
Jika kamu cukup rajin mengikuti petunjuk diatas dan mendengarkan dengan teliti kode biner yang ia katakan. Maka isi pesan sebenarnya akan menjadi: "Rachel, you are awesome. Will you marry me?"
Dan jika kamu pingin tahu jawaban dari Rachel, Coba pecahkan ini: 011110010110010101110011. Jangan khawatir, baca petunjuknya di bawah.
Cari  terjemahkan di sini.



sumber: Gizmodo

Bunuh anak kerana tindik lidah

Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa memukul anak perempuannya hingga mati akibat marah terhadap tindakan remaja itu menindik lidahnya.

Lelaki itu menyerah diri kepada polis selepas memukul anak perempuannya yang berusia 17 tahun dengan menggunakan kabel elektrik.

Lelaki sebelum itu dipercayai bertengkar dengan anaknya berkaitan isu itu dan memberi amaran supaya mangsa tidak memakai subang di lidahnya itu.

Lelaki berusia 38 tahun yang menetap di Durban akan dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Jurucakap polis, Konstabel Mumsy Mfeka berkata, remaja itu menghubungi bapanya untuk menjemput beliau di sekolah Sabtu lalu.

“Sebaik tiba di sekolah, guru mengadu sikap buruk remaja itu kepada bapanya.

“Dalam perjalan pulang, lelaki itu menyedari anaknya tetap memakai subang di lidahnya meskipun sudah dilarang.

“Lelaki itu memarahi anaknya kerana engkar terhadap larangannya dan kemudian memukulnya dengan kabel elektrik.

“Apabila menyedari anaknya tidak lagi bergerak, lelaki itu membawanya ke klinik berhampiran tapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. – Agensi

Hebat kucing ini

Sungguh ajaib kucing yang satu ini. Ia masih boleh berjalan pulang ke rumahnya dan membuat  majikan berteriak . Padahal, ada panah yang terpacak di kepalanya hingga menembus dari depan ke belakang.

Kucing berusia empat tahun di Indiana, AS itu bernama Brownie. Majikan yang tak disebutkan namanya, terkejut luar biasa ketika melihat Brownie pulang dengan anak panah di kepalanya.


Anak panah sepanjang 30 cm itu masuk dari bahagian kiri tengkoraknya. Kemudian keluar persis di atas mata kanannya. Beruntung anak panah itu tidak menembus di matanya atau mengenai otaknya.
Ini sangat keterlaluan dan merupakan keajaiban si kucing masih hidup. Ia bahkan boleh berjalan pulang meski boleh dipastikan lukanya pasti sakit. Siapapun pelakunya, tak boleh seenaknya menyiksa haiwan seperti ini dan melarikan diri, kata CEO Monroe County Humane Association, Sarah Hayes.


Dia berjanji akan mencari pelaku yang memanah kucing berbulu coklat muda dan putih itu. sementara Brownie ketika ini sedang dalam proses pemulihan akibat lukanya. Mungkin kucing memang benar-benar memiliki sembilan nyawa.

inilah.com

Budak 12 tahun selamatkan rumah nenek daripada dilelong

Kerana tak boleh membayar wang ansuran, rumah seorang nenek di Amerika Syarikat tarancam akan dilelong minggu depan. Namun berkat usaha sang cucu yang masih berusia 12 tahun, rumah nenek itu boleh diselamatkan.
Noah Lamaide  seperti anak biasa lainnya yang masih berusia 12 tahun. Hanya saja, jika kebanyakan anak umur segitu lebih sering menghabiskan waktu cutinya untuk bermain di luar atau bermain video game, Noah lebih suka menyibukan dirinya dengan berbagai kegiatan amal.
Pada tahun 2010, di usianya yang masih 10 tahun, Noah membangun website Noah's Dream Catcher Network. Website ini ditujukan untuk pengumpulan dana bagi para korban bencana badai Katrina. Dari saat itu ia terus melancarkan program-program bantuan lainnya untuk menolong orang-orang yang sedang memerlukan.
Sifat peduli sesama Noah nampaknya diwarisi dari sang nenek, Janice Sparhawk. Semenjak Noah lahir, neneknya ini sudah menolong lebih dari 100 anak malang yang tidak memiliki tempat tinggal dengan mengizinkan mereka tidur di rumahnya. Namun kerana keadaan tubuhnya yang sudah tua dan sakit, nenek berhati mulia ini tak mampu membayar wang yang telah ia pinjam dari bank dan terancam menjadi gelandangan jika ia tak boleh membayarkan hutangnya sebesar $10,000  hingga 15 Februari mendatang.
Mengetahui keadaan neneknya yang sedang kesulitan, Noah meminta pertolongan dari komuniti di website miliknya untuk membantunya mengumpulkan dana sebesar $10,000 agar rumah neneknya tersebut tidak jadi dilelong. Tanpa ia duga sebelumnya, jumlah sebanyak itu ternyata berhasil terkumpul hanya dalam waktu beberapa minggu.

Posting permintaan tolong Noah di websitenya
Walaupun saat ini ia sedang berbahagia kerana usahanya berhasil, ia juga sempat panik kerana jumlah derma pada saat-saat awal tak sebanyak yang ia perkirakan.
"Saya fikir saya tak akan boleh mencapainya," ujar Noah. Kepada reporter media setempat ia juga mengatakan: "Ternyata ada lebih banyak orang baik di dunia ini dari yang saya duga sebelumnya."
Nenek Janice sudah meminta pertolongan kepada berbagai pihak termasuk pemerintah, bukan dalam bentuk wang, melainkan dalam bentuk program, dan tak ada satupun yang memberinya jalan keluar. Ia tak menduga masalahnya ini boleh diselesaikan oleh cucunya sendiri yang masih berumur 12 tahun.
sumber: myfoxwausau

Artis wanita minta cerai jadi trend


JAKARTA: Kini sudah menjadi trend untuk artis wanita Indonesia menuntut cerai daripada suami.
Di awal 2012 ini, seorang artis wanita, Ratu Felisha, mendapat status janda dan dua lagi artis sedang menjalani proses perceraian mereka di mahkamah. 
Perkahwinan Tere dan Nova Eliza, kini berada di ambang perceraian. Sebab perceraian pula bermacam-macam.

Namun, yang pasti, mereka merujuk kegagalan rumah tangga mereka ke pejabat agama.




Ratu Felisha bercerai pada 30 Januari lalu, manakala Tere, penyanyi kumpulan DPR dan Nova, seorang pelakon drama televisyen yang mencuba nasib di bidang seni suara juga akan bergelar janda tidak lama lagi.

Selain daripada mereka, beberapa artis lain yang sedang melalui proses perceraian termasuklah penyanyi pop era 80-an, Lis Sugianto dan hos Anandita Witoelar.

Artis yang dinobatkan sebagai artis terbaik pada Pesta Filem Indonesia 2011, Prisia Nasution juga bercerai pada awal 2012 lalu, ketika namanya melonjak naik setelah berlakon dalam filem “Sang Penari.”

Apa yang tidak kena dengan perkahwinan mereka?

Ada spekulasi mengatakan bahawa perceraian itu hanya mencerminkan gaya hidup mereka sebagai selebriti, tetapi yang pasti dalam kes perceraian itu, biasanya si isteri yang menuntut cerai.

Fenomena apakah ini? - Detikhot. 



sumber : myMetro

Lelaki paling pendek dunia enggan berkahwin


SURUNGA, Nepal - Seorang warga emas yang didakwa lelaki terpendek di dunia, Chandra Bahadur Dangi menyatakan, dia berharap kehidupannya menjadi lebih baik selepas mendapat pengesahanGuinness World Records.
Dangi mendakwa dia memiliki ketinggian cuma 56 sentimeter (sm) dengan berat badan hanya 12 kilogram.
Pada minggu ini, sepasukan pegawai Guinness World Records dijangka tiba di kampung halaman Dangi di Purandhara, selatan Nepal bagi mengukur ketinggian lelaki berusia 72 tahun itu.
Dalam wawancara pertama bersama agensi berita AFP, Dangi berkata, pengesahan Guinness World Records amat bermakna buat dirinya selepas dia hidup susah selama bertahun-tahun.
"Saya percaya hidup saya akan menjadi lebih baik. Saya berharap saya akan menjadi terkenal di seluruh dunia," kata Dangi ketika ditemui pada satu acara keagamaan di Surunga, bandar yang terletak di tebing sungai Kankai, 280 kilometer ke tenggara ibu kota Nepal, Kathmandu.
"Saya mahu melawat negara-negara luar dan bertemu orang ramai di seluruh dunia."
Dangi yang memiliki lima adik-beradik yang mempunyai ketinggian normal kini menjalani kehidupan sebagai pesara.
Menurutnya, dia belum pernah bercinta dan masih belum berumah tangga.
"Saya pendek sejak zaman kanak-kanak. Justeru, saya tidak dapat mencari seorang wanita untuk berkahwin semasa saya muda. Kemudian saya meninggalkan terus idea mengenai perkahwinan.
"Pada peringkat umur ini, saya tidak berminat untuk berkahwin lagi," katanya.
Punca dia tidak membesar masih lagi menjadi misteri walaupun ramai pemegang gelaran lelaki terpendek dunia sebelum ini disahkan menghidap sindrom pembesaran terbantut yang mempunyai tanda-tanda sejak dalam rahim ibu lagi.
Dangi menyatakan, beberapa saudaranya akan mengaraknya pada festival semasa dia masih muda.
Menurutnya, dia tidak berkongsi sebarang bayaran yang diperoleh daripada saudaranya itu.
"Mereka melayan saya sebagai alat permainan," katanya kepada akhbar Republica.
Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sm.
Namun, jika dakwaan Dangi disahkan, dia bukan sahaja merampas gelaran Balawing tetapi turut diisytihar sebagai lelaki terpendek di dunia yang pernah direkodkan.
Seorang lagi rakyat Nepal, Khagendra Thapa Magar memegang rekod sebagai lelaki paling pendek di dunia selama setahun ketinggiannya dengan 67sm pada 2010.
Magar muncul di televisyen di Eropah dan di Amerika Syarikat selain menjadi duta pelancongan Nepal.
- Agensi
sumber : kosmo online

Anjing baham muka pengacara televisyen


DENVER: Seorang pengacara utama sebuah stesen televisyen dikejarkan ke hospital selepas mukanya dibaham seekor anjing yang baru diselamatkan ketika program itu disiarkan secara langsung.
Media semalam melaporkan, haiwan seberat 39 kilogram itu, Max, membaham muka Kyle Dyer ketika pengacara itu membongkokkan badannya untuk menepuk anjing Argentine Mastiff berkenaan.

Program bual bicara pagi itu disiarkan stesen KUSA-TV. Pada Isnin lalu, kru stesen berkenaan merakamkan sejumlah anggota bomba menyelamatkan Max yang terkapai-kapai di tasik dalam cuaca sejuk selepas tergelincir.


Ekoran insiden semalam, Max diletakkan dalam sangkar dan diawasi pegawai kawalan haiwan, manakala pemiliknya, Michael Robinson, didenda.

KUSA-TV berkata, Kyle kini stabil dan semakin pulih di sebuah hospital di Denver.


“Pasukan trauma sedang menilai kesan kecederaan di mula Kyle,” kata jurucakap stesen televisyen berkenaan.




Sementara itu, Robinson berkata, dia bersiar-siar dengan Max pada Isnin apabila anjing itu ternampak seekor serigala dan mengejarnya.

Menurut pihak berkuasa, Max terperangkap dalam tasik itu selama 20 minit sebelum anggota bomba tiba dan menariknya keluar.


Ekoran insiden itu, KUSA-TV menjemput Robinson, Max serta anggota bomba yang menyelamatkan anjing berkenaan untuk ditemubual KUSA-TV berkata, insiden serangan Max itu dipotong daripada siaran, tetapi sebahagian daripada klip berkenaan kemudian didedahkan untuk tatapan umum.

Sementara itu, Pengarah Kawalan Haiwan Denver, Doug Kelley, berkata kecederaan dialami Kyle agak serius. - DM



sumber : mymETRO

Gadis serigala risau jadi andartu


MUMBAI: Tiga wanita adik-beradik bimbang ‘Sindrom Serigala Jadian’ yang dialami bakal menyebabkan mereka sukar mencari suami.
Berdepan masalah penumbuhan bulu tidak terkawal, Savita, 23; Monisha, 18; dan Savitri, 16, mungkin menjadi anak dara tua gara-gara Hypertrichosis Universalis.

Mengikut nisbah, penyakit itu hanya dialami seorang daripada satu bilion penduduk dunia.


Menurut Savita, dalam keadaan begitu, perkahwinan adalah mustahil untuk mereka.

“Siapa yang mahu menjadi suami kepada seseorang yang mukanya dipenuhi bulu?” katanya.


Di kawasan perkampungan kecil di Sangli, wanita bujang tidak mempunyai banyak pilihan.




Hidup dalam serba miskin, keluarga terbabit ternyata tidak mampu menyediakan wang berjumlah RM21,500 untuk setiap seorang daripada mereka bagi menjalani rawatan laser membuang bulu berkenaan.

Ketika ini, adik-beradik malang itu hanya menggunakan krim membuang bulu untuk mengurangkan sedikit masalah berkenaan.


Bagaimanapun, kata Savita, ia hanya bertahan seketika apabila bulu di muka mereka kembali tumbuh dengan cepat.

“Dulu ketika bersekolah, pelajar di sana selalu mengejek saya dengan pelbagai gelaran dan enggan berkawan dengan kami,” katanya.


Ibu mereka, Anita Sambhaji Raut, 40, berkata dia mempunyai enam anak, tetapi hanya tiga mengalami sindrom berkenaan.


Kata Anita, penyakit itu menurun daripada suaminya yang dikahwini secara paksa ketika dia baru berusia 12 tahun.


“Saya hanya menyedari suami saya itu mempunyai muka dan badan berbulu pada hari kami dikahwinkan.


“Keadaan itu sangat menakutkan saya,” katanya.


Akibat penyakit itu, kata Anita, dia sentiasa berdepan dengan cercaan masyarakat setempat.


“Apabila saya membawa Savita keluar, orang kampung akan memanggil kami binatang atau ahli sihir,” katanya.


Sementara itu, Monisha berkata, dia tetap berharap ada lelaki sudi menjadikannya sebagai isteri.


“Jika ada yang sesuai, saya akan terima, tetapi jika tidak, saya terpaksa terus berusaha menyambung hidup,” katanya. - TS



sumber : myMetro

Kolumnis hina Nabi ditahan


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari yang dikehendaki kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.
Sumber Interpol memberitahu semalam, lelaki itu ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam selepas melarikan diri dari negara itu.

Kolumnis terbabit dilaporkan mengeluarkan satu laporan menghina Islam melalui twitternya yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.


Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada sambutan Maulidur Rasul minggu lalu dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad dan seolah-olah kedua-dua mereka sama taraf. — Bernama


sumber : myMetro

10 sekeluarga dirakam curi susu


MELAKA: Sekumpulan 10 lelaki dan wanita dipercayai daripada satu keluarga mencuri pelbagai susu formula berjenama dalam peket dan tin bernilai lebih RM1,600 dari sebuah kedai menjual ubat di Taman Cheng Baru, dekat sini.
Mereka dipercayai sudah lama melakukan perbuatan itu berdasarkan gerak-geri mereka walaupun premis berkenaan di Jalan Cheng Baru 1, di sini, dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Pemilik kedai, Robert Chong, 48, berkata kejadian berlaku jam 5.25 petang, Selasa lalu, ketika dia dan anaknya berniaga dalam kedai.


Katanya, dia mulanya tidak mengetahui perbuatan kumpulan itu sebelum meneliti CCTV dan terperanjat melihat taktik digunakan kumpulan itu yang begitu licik memperdayakannya.

“Ketika kejadian, saya dan anak lelaki bekerja sebelum datang seorang lelaki yang berpura-pura mahu membeli lampin pakai buang sebelum muncul rakan lelakinya juga mahu membeli barangan sama.


“Tidak lama kemudian, muncul enam wanita dan dua lelaki lain masuk dalam kedai kononnya mahu membeli pelbagai barang.




“Saya tidak sedap hati apabila ternampak dua lelaki mencurigakan keluar dari kedai lalu menyuruh anak mengejar mereka, tetapi gagal,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu yang ketiga berlaku di kedainya sejak mula berniaga lebih setahun lalu. “Selepas memeriksa rakaman CCTV, saya dapati 13 susu formula termasuk 11 tin berharga lebih RM129 lesap,” katanya.


Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak.


sumber : myMetro

Pelayan rimba dicekup


BANTING: Rahsia sebuah restoran makanan laut terpencil di Jenjarom, di sini, yang dikunjungi orang ramai terbongkar apabila didapati turut menawarkan pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur dari China sebagai pelaris untuk mengejar keuntungan.
Pelanggan termasuk yang datang dari ibu negara dan Petaling Jaya dikatakan sanggup meredah jalan tanah merah dikelilingi ladang kelapa sawit sejauh lebih 500 meter dari jalan utama semata-mata untuk menikmati khidmat ‘pelayan rimba’ di restoran berkenaan.
Kegiatan pelacuran dipercayai dijalankan sejak sebulan lalu itu terbongkar selepas polis menahan 13 wanita warga China dan seorang wanita tempatan dalam Ops Noda, malam kelmarin.

Pegawai Turus Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, semua wanita warga China yang ditahan berusia antara 21 hingga 50 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.



Menurutnya, seorang wanita warga tempatan yang turut ditahan dalam serbuan itu bertugas sebagai juruwang.


sumber : myMetro

Pisau cukur Karachi


KUALA LUMPUR: Dia dipaksa menggugurkan kandungan, dibawa ke negara asal suaminya hanya untuk melihat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain dan kini, terpaksa pula menanggung hutang kad kredit serta pinjaman bank RM120,000 yang dibuat warga asing itu menggunakan namanya.
Itu antara penderitaan seorang peniaga wanita selepas berkahwin dengan lelaki Pakistan yang mempunyai niat tersembunyi mahu mengikis hartanya dan mempermudahkan diberi taraf pemastautin tetap (PR). 
Peniaga pakaian itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati, 47, berkata perkahwinan dengan Mat Pakistan berusia 44 tahun itu yang kedua baginya selepas perkahwinan pertama dengan lelaki tempatan gagal.

“Hubungan kami bermula sebagai rakan sekerja. Ketika itu, dia tak punya sebarang harta dan antara kami tidak wujud perasaan cinta, sebaliknya lebih kepada perasaan mahu melengkapi hidup antara satu sama lain.



“Saya setuju menerima lamarannya mungkin kerana masih kecewa dengan kegagalan perkahwinan pertama,” katanya ketika mengadu kepada Pegawai Khas (Ibu Tunggal), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Khaty Kassim, baru-baru ini.


sumber : myMetro

Datuk Nik Aziz suka tidur atas riba


KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.


“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.


Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.




Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.

Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.


“Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).

“Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina,” katanya.


Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.



sumber : myMetro

Tukar sambutan 'Valentine' kepada Hari Suami Isteri

KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih `Valentine's Day' yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.

"Untuk masa akan datang, kita bersetuju untuk menukar Valentine's Day kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar.

Beliau berkata tujuan kerajaan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam sebenar.
    
Ini selaras dengan matlamat kerajaan melancarkan kempen menggalakkan remaja  melangsungkan perkahwinan melalui program Gerbang Az-ziwaj yang diperkenalkan dua tahun lepas melibatkan 100 pasangan mengadakan perkahwinan secara berkelompok, katanya.

Melalui program itu, katanya kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 bagi setiap pasangan yang kurang mampu untuk membiayai mas kahwin dan majlis perkahwinan yang dilangsungkan.

Nik Abdul Aziz melahirkan kebimbangan gejala sosial yang berlaku di seluruh negara akibat pergaulan bebas dan perkahwinan tidak sah menyebabkan kadar kelahiran anak luar nikah atau anak zina mencecah lebih 234,00 di seluruh negara dalam tempoh 2006 hingga 2010.

Menurutnya lebih membimbangkan lagi apabila kira-kira 81,000 daripada jumlah itu melibatkan orang Melayu atau umat Islam dari seluruh negara.

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita untuk menempatkan wanita yang menjadi mangsa yang terlibat dengan gejala sosial akibat pergaulan bebas dan penganiayaan suami yang tidak bertanggung jawab.

Sementara itu, Wan Ubaidah berkata pusat itu di Pengkalan Chepa mula menerima penghuni terdiri daripada ibu tunggal dan wanita yang merupakan mangsa gejala sosial.- Bernama



sumber : sinar harian

DUDUK SAMA JANTAN LAGI BEST......

Inilah pengakuan ngeri yang di buat oleh seorang pelajar IPTA kepada sebuah akhbar tabaloid.Kononya dengan tinggal bersama pasangan mereka akan dapat belajar bersama-sama,boleh berkongsi pendapat serta dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.Kalau tinggal dengan rakan sejenis tidak mengapa tetapi ini dengan teman lelaki.


Sanggup menipu mak bapak mereka dengan mengatakan mereka tinggal dengan rakan sejenis.Malahan ada yang hidup lebih daripada sepasang suami isteri.Dengan tinggal serumah kononnya mereka dapat mengenal hati budi masing-masing.Mereka kebanyakkannya menyewa di kawasan penduduknya yang ramai tidak beragama Islam.Ada juga diantara mereka yang sanggup menggugurkan anak apabila diri mereka hamil akibat terlanjur.
Adakah ini generasi yang kita mahukan???

CELUR ANAK SAMPAI MATI

Ini lagi satu penderaan anak yang sangat dan amat menyedih kan.Si ibu sanggup mencelur anakya yang beumur setahun setengah kerana anaknya merengek.Kisah sedih ini berlaku di sebuah daerah di Indonesia,SI ibu  berusia  40an .Anak ini di khabarkan anak luar nikah yang tidak di ketahui bapanya .Anak yang tidak berdosa ini telah di benamkan kepalanya ke dalam baldi yang berisi air panas tanpa belas kasihan.Inilah akibat kalau si ibu kurang sabar dan menghadapi tekanan jiwa.Si ibu menghadapi tekanan ini kerana kesempitan hidup.
Adakah kesempitan hidup ini memberi kita lesen untuk membunuh anak kecil walaupun anak itu anak luar nikah?Seorang ibu yang bergelar manusia sebenarnya tidak tergamak untuk membunuh anaknya sendiri,pada hal haiwan yang tidak berakal akan menentang sesiapa sahaja yang menggangu anaknya.
Anak merupakan amanh tuhan yang tidak ternilai dan kita mesti menyanyanginya walaupun dalam apa keadaan.

SALAH KLINIK

Minah yang berumur 25 tahun mempunyai suami berumur dalam lingkungan 50 an.Pada suatu pagi monah telah pergi ke suatu kelinik pergigian.Minah mendaftar kan diri dan disuruh tunggu kerana doktor ada pesakit lain.Kemudian dia panggil,Minah pun masuk dan duduk dia kerusi sambil menyelak kainnya."Kenapa kamu selak kain kamu .ini bukan kelinik penyakit kelamin tapi ini kelinik gigi."beritahu doktor kepada Minah.
Minah pun menjawab"Saya tahu doktor masaalahnya gigi suami saya tersangkut kat celah ni....,"Minah menunjukkan kepada doktor.


p/s ini rekaan tiada maksud yang lain .

SALAH PERMINTAAN pulak

Man berasa bosan .Dia tidak tahu kemana dia hendak pergi.Lalu dia mengambil keputusan untuk berjogging.Dia pun berjogging di kawasan hutan kecil ditepi rumahnya.Selepas penat berjogging ,dia pun berhenti rehat dan duduk dibawah sebuah pokok.Ketika mata hampir terlelap kerana kepenatan,tiba-tiba dia terlihat satu cahaya keluar daripada satu pokok didepannya dan dia pun menghampirinya.Alangkah terperanjat rupanya yang mengeluarkan cahaya itu ialah sebuah teko.

Man pun mengambil teko itu lalu mengusapnya,teko itu mengeluarkan asap.Man terperanjat asap yang keluar itu sebenarnya jin. Jin itu ketawa dengan kuatnya sambil berkata"Terima kasih tuan kerana menyelamatkan aku dan aku akan membalas jasamu."Man ketakutan.dia takut jin itu akan membunuhnya."Kau nak balas jasa aku dengan apa."tanya Man."Kau boleh minta apa saja yang kau mahu tetapi hanya 3 kali segala,permintaan mu akan aku tunai kan.'kata jin.

"Ok permintaan aku yang pertama aku mahu jadi kaya,"Man meminta."Kaya itu senang saja"Jin pun membaca jampinya .Sekelip mata Man menjadi kaya.Bila sudah kaya Man menjadi tamak dan rakus.Dia mengosok teko.jin pun keluar'Kau mahu apa?tanya jin."Aku mahu jadi raja."Man meminta. Jin pun membaca jampinya dan serkelip mata Man menjadi raja.

Bila sudah menjadi raja Man semakin tamak dan suka berfoya-foya.Pada suatu hari Man ingin mengadakan pesta dan menyuruh menterinya memanggil semua termasuk seorang penyanyi yang sangat cantik bernama Fairus.Man sungguh tertarik dan mula ingin mengoda si Fairus tetapi Fairus cuba mengelak.Man berasa geram ,dia pun mengambil teko tadi untuk meminta pertolongan jin.Jin pun keluar"Kau mahu apa dan ini permintaan kamu yang terakhir.''Aku tahu dan mahu kamu letakkan aku sentiasa di celah kelengkang  Fairus tanpa pengetahuannya."Man meminta dalam keadaan mabuk."Betul ,kamu tak menyesal."tanya jin lagi."Betul " jawab Man,Jin pun membaca jampinya,dalam sekelip mata sahaja Man telah berubah......MAN TELAH BERUBAH MENJADI TUALA WANITA(KOTEX)...Man menyesal kerana salah permintaan dan selama-lamanyalah Man menjadi tuala wanita.


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved