Mayat Tak Reput

on 09 Februari 2012

Seorang ibu yang kematian anaknya 20 tahun dahulu dapat melihat wajah kembali.Menurutnya ini semua kerana kubur yang menempatkan jenazah anaknya terpaksa di pindahkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalanraya.
Yang menjadi tanda tanya mayat anak yang meninggal 20tahun dahulu iaitu ketika ia berusia 16 tahun kerana demam panas tidak reput dan wajah seperti baru meninggal.Semasa kematian anaknya ini si ibu baru melahirkan anak bongsunya.Adik bongsunya yang selama ini hanya mengenal kakaknya melalui gambar akhirnya dapat menatap wajah sebenar kakaknya dan turut mengembumikan semua jenazah kakaknya.
Apabila ditanya apakah amalan yang di amalkan oleh arwah sehingga Allah memelihara jasadnya.,si ibu memberitahu yang anaknya suka membaca Yassin setiap hari.WALLAHUALAM
Kadang amalan yang selalu kita amalkan banyak membantu kita di hari kemudian seperti memperbanyakkan zikir.

Tiduri Lelaki Muda

"Aku tak takut tuhan sebab aku tak mintak ilmu dan kecantikkan daripadaNya.".Akibat keangkuhannya muka nya yang cantik mulai merosot dan dia menjadi gila.Inilah akibat menuntut ilmu hitam yang memastikan dia kelihatan cantik dan muda.Syarat untuk ilmu itu dia perlu meniduri lelaki bujang atau teruna.
Cerita ini di cerita oleh seorang tua dan berlaku di Kuala Selangor dan kejadian ini berlaku pada awal 50 an dimana ketika itu ilmu hitam sangat popular di kalangan masyarakat Melayu.Perempuan yang asalnya penari joget turut mengamal ilmu hitam dan sanggup membelakangi suaminya seorang cikgu semata -mata untuk memperkuatkan ilmunya.Dia sanggup mengoda guru-guru pelatih yang muda untuk di tiduri sewaktu suaminya tiada di rumah.Dia juga telah memperbodoh -bodohkan suaminya sehingga sampai peringkat menyuruh suaminya membasuh pakaian dalamnya serta suka menengking tetapi suaminya bersikap seperti tikus jatuh ke beras. Dia seolah -olah menutup mata atas kelakuan isterinya
Akhirnya ilmu tadi memakan dirinya akibat takbur kerana dia mengatakan dia lebih berkuasa dari tuhan.Dia menjadi gila serta suka melucutkan pakaian.
Tiada apa yang ada di dunia ini akan kekal buat selama-lamanya.Akhirnya kita akan kembali kepada nya.Tiada yang sempurna melainkan ilmu Allah.

Tip kenali lelaki sudah berpunya

Ada beberapa ciri untuk mengetahui LELAKI itu  sudah berpunya atau belum (BERKAHWIN) :
  • tidak mengajak kamu bertemu orang tua nya
  • apabila berbual mengenai wanita,pengetahuannya cukup luas memandangkan dia sendiri pernah duduk serumah,tidur sebilik dan sekatil dengan wanita
  • miangnya memang luar biasa.Barangkali kerana di kongkong isterinya di rumah.Melihat tubuh kamu matanya kelihatan menakutkan
  • perutnya boroi kerana makan dan minum sentiasa di jaga oleh isterinya di rumah
  • akan menghubungi kamu pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana masanya bersama isteri terutama di waktu malam
  • sanggup menukar penampilan untuk kelihatan menarik di hadapan kamu walaupun uban di kepala mula tumbuh
  • sanggup menunaikan segala permintaan kamu walaupun isterinya di abaikan
  • tidak akan memunculkan dirinya di hadapan orang ramai kerana takut tembelangnya pecah.
Lebih penting selidiki latar belakang nya samada bertanya sama rakan atau sesiapa sahaja kenalannya.Kalau sudah berkahwin baik di jauhi kerana akan merosakkan rumahtangganya.


sumber; ILUV ISLAM

Tangkap Isteri Sedang Berzina

Gara-gara nafsu seorang wanita akhirnya telah di tangkap oleh suaminya sendiri ketika melakukan zina dengan lelaki lain.Perbuatannya itu telah membangkitkan kemarahan suaminya sehingga memaksa kedua pasangan zina keluar tanpa seurat benang.
Mujurlah jiran-jirannya yang datang kemudian telah berjaya memujuk suaminya agar dia membenarkan isteri dan lelaki gelapnya memakai pakaian.Kejadian ini berlaku di sebuah kawasan di Shah Alam.Wanita ini dikatakan telah berkahwin sebanyak tujuh kali dan selalu membuat kerja terkutuk ini semasa dia berkahwin dengan suaminya yang lain-lain itu.Setiap perkahwinan wanita yang berasal dari Sabah ini hanya bertahan selama satu setengah tahun sahaja.
Namun suaminya yang ketujuh ini yang telah berjay menghidu perangai busuk wanita ini dan dia telah berjaya memasang perangkap serta membongkar kegiatan maksiat isterinya.
Apakah yang di kehendaki sebenarnya oleh wanita ini ?

SURAT RASMI-cara minta kahwin lagi

Suami bin Lelaki
16,Jalan Awam,
01110 Melaka.


Isteri binti Lelaki
16,Jalan Awan,
01110 Melaka                                                                                                             20April 2009

Puan,
Perkara : Permohonan Untuk Berpoligami

Merujuk perkara diatas saya akan memberikan sebab -sebab saya membuat permohonan ini

Sebab utama saya membuat permohonan ini adalah saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan kepada saya.Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu,memandangkan masih ada tiga lagi kekosongan,eloklah dapat di isi secepat mungkin.Pihak yang akan mengisi kekosongan itu  ialah setiausaha pejabat saya yang bernama Cik Farah.Memandangkan komitmen yang telah ditunjukkan di pejabat amat baik,eloklah kita masukkan dia kedalam carta organisasi keluarga kita.Kekosongan kuota yang selebihnya akan di isi kemudian

Untuk makluman pihak puan,yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,terpaksalah saya tangguhkan permohonan ini di samping kurang keyakinan saya untuk membuat permohonan.Kini setelah saya mengeluarkan duit ASB saya,kini kembalilah semangat saya yang hilang itu.

Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak.Hidup kita selama ini bahagia kerana jika tidak tak kan puan menjadi seperti sekarang.Semua yang puan miliki kini semua sudah bertambah besar.Rumah,kereta ,rantai dan badan sudah menjadi besar.Jika dulu potongan badan puan seperti gitar kini sudah seperti tong drum.Oleh itu sudilah kiranya kita berkongsi kebahagiaan bersama orang lain.

Pihak puan juga mendapat faedah daripada kelulusan permohonan ini kerana puan akan dapat menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari bekerja dan 1 hari berehat.Waktu bekerja yang selebih nya akan ditampung oleh pihak ketiga.Kebaikan yang puan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti,saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan.Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga.Menguntungkan bukan.


Saya berharap agar pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini..Hadirkanlah senyuman seperti mana kita menyambut kehadiran bayi pertama 10 tahun yang lepas.Situasinya hampir sama cuma bezanya ialah jika 10 tahun dulu kita terpaksa menjaga dan membelainya bersama -sama tetapi kali ini setiap urusan membelai dan memanjakannya hanya akan di pikul oleh pihak saya sepenuhnya.Saya berharap permohonan ini akan di balas dengan penuh keikhlasan dari pihak puan dan tanda tangan di atas kertas yang saya lampirkan ini bukan di balas dengan balingan periuk,mangkuk dan senduk serta perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.Bersamalah kita berkongsi kebahagian yang kita kecapi demi keharmonian keluarga kita.


Akhir kata,saya harap permohonan saya ini dapat di balas secepat mungkin.Semoga kita bersama-sama pihak ketiga dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian Terima Kasih,





'BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


p/s siapa yang berani buat macamni......sumber : Warta kota

Kasut Crocs selamatkan budak



Seorang budak Harley Sutton-Dormer's berusia 3 tahun telah di selamatkan daripada kejutan elektrik kerana memakai kasut crocs.Kejutan elaktrik itu berpunca daripada alat pengering rambut yang ada di bilik persalinan di sebuah kolam renang.




Pasukan perubatan mengatakan dia terselamat daripada kecederaan serius kerana memakai kasut crocs pada ketika itu.

Tom Cruise hip hop sama JLO

Dengan menggunakan watak Les Grossman yang dilakonkannya dalam filem Tropic Thunder ,Tom Cruise telah menari HIP HOP bersama Jlo di MTV movie awards.





Inilah agaknya bila shark kahwin sotong raksasa





LETAK MAKLUMAT IKLAN

Veteran perang Russia dapat anak lagi

Aramais Nazarov 89 tahun seorang veteran perang Russia mendaoat anak lagi bersama isterinya yang berusia 35 tahun.Anak yang baru lahir itu merupakan anak yang keempat dan yang pertama bersama isteri mudanaya. 
Anak nya yang sulong berusia 61 tahun dan telah pencen.Isterinya merasa bahagia hidup brsamanya dan mengatakan Aramais masih lagi kuat.
Bapa tertua yang mendapat anak pula ialah seorang lelaki India berusia 90 tahun dan anaknya yang ke 21 baru  lahir 3 tahun yang lalu.

Malu diketahui beronani budak 12 tahun bunuh diri

Akibat malu kerana onani, Dede Saepudin,12 tahun pelajar  kelas VI SD membunuh diri di rumahnya di Kampung Sadatani Lebak, Desa Kubang Baros, Kecamatan Cinangka, Serang, Banten.


Ia mati dengan mengantung diri menggunakan kain sarung yang diikatkan pada kayu plaform di ruangan tak terpakai di rumahnya. Peristiwa tragis di Hari Natal ini, baru diketahui pada pukul 11:30.

Mayat mangsa ditemui oleh Neneng,4, adik kandung mangsa ketika bermain petak umpet bersama teman-temannya. Neneng lari ketakutan melihat keadaan yang mengerikan itu lalu memberitahu orangtuanya. Bersama tetangganya, jasad Dede diturunkan. Penduduk kemudian melaporkan ke Mapolsek Cinangka.

Kapolres Cilegon, AKBP Drs. Dwi Gunawan mengesahkan adanya kejadian itu. “ ketika anggota kami datang, mayat mangsa berada di ruang tamu kerana sudah diturunkan oleh penduduk,” terang Kapolres didampingi Kapolsek Cinangka, AKP Agus Supriyanto.

Menurut Kapolres, berkata motif mangsa mengantung diri  masih dalam penyelidikan.  Mereka berpendapat mangsa merasa malu kerana sebelum itu ia telah ditangkap oleh  orangtuanya ketika sedang onani di biliknya.

DIKIRA KE RUMAH TEMAN
“Maklumat itu kami perolehi dari orangtua mangsa. Mungkin kerana merasa takut dan malu, perbuatan tak senonoh itu diketahui orangtuanya, mangsa kemudian ambil jalan pintas,” terang Kapolres.

Berdasarkan keterangan Cecep,45, ayah mangsa, selepas magrib Dede tidak lagi dilihat berada di rumah. Orangtua mangsa menyangka mangsa pergi bermain ke rumah teman-temannya. “Kerana sudah menjadi kebiasaan, orangtua mangsa tidak mensyaki apa apa yang berlaku. Namun keesokan harinya mangsa telah ditemui dalam keadaan mati tergantung,” ujar Kapolres.

Setelah siasatan dibuat mayat mangsa diserahkan kepada pihak keluarga untuk dimakamkan. “Kami tidak melakukan bedahsiasat kerana permintaan dari pihak keluarga mangsa,” tegas Kapolres seraya menjelaskan hasil siasatan tidak ada bekas luka kekerasan.  ~~sensasi

Pengacara TV Nekad Berbikini Kerana Kalah Taruhan


Pengacara televisyen 'Extra' Maria Menounos memenuhi janjinya mengenakan bikini saat membawakan sebuah acara. Menounos nekad mengenakan bikini di tengah cuaca dingin di Times Square, New York, awal mingguini, setelah kalah pertaruhan dari rakannya AJ Calloway.


Dikutip dari laman US Weekly, selebriti berusia 33 tahun itu menyokong pasukan New England Patriots dalam pertandingan Super Bowl XLVI yang akhirnya dimenangkan The New York Giants. 


"Baru saja selesai tanning (menggelapkan kulit). Kalah taruhan dengan AJ Calloway dan sekarang saya harus memakai bikini Giants di New York," ujar Menounos melalui akaun Twitter-nya.


Bukan kali ini saja aksi Menounos mengundang perhatian publik. Saat melintasi karpet merah di acara Golden Globe Awards 2012 lalu, Menounos berpose layaknya atlet football. Dikutip dari laman Daily Mail, Menounos yang tampil cantik dalam balutan gaun berwarna kuning serta sepatu tumit tinggi tak segan-segan berpose seperti atlet football Amerika, Tim Tebow.


Sumber : http://showbiz.vivanews.com

Video ahli parlimen India sedang sedang syok tengok filem porno semasa sesi debat

Tiga orang politik India dari pihak konservatif moral, termasuk menteri urusan wanita, mengundurkan diri hari setelah tertangkap  menonton video porno di telefon selama sesi debat parlimen.




Cekik Bayi

Cuba kita lihat gambar  bayi yang cukup sifatnya mati kerana kebodohan ibunya sendiri.Ibunya sanggup mencekiknya hanya kerana untuk menutup malunya.Dia hanya tahu malu pada masyarakat tetapi dia tidak tahu malu pada Tuhan.
Bertapa besar dosanya kerana membunuh bayinya sendiri .Walaupun telah membuat kesilapan janganlah sampai di cekik bayi yang tidak berdosa ini.Yang berdosakan ibubapanya bukan bayi itu,ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah tapi bukan dengan cara membunuh.
Tidak si ibu tadi tahu dia akan di tuntut di akhirat kelak.Jangan kerana nikmat yang sekejap itu menjadikan kita lebih teruk daripada binatang.

Mak dan bapak kasi anak 14 bulan heroin

Ini jenis mak bapak ape ni .Sampai sanggup memberi anaknya yang baru berusia 14 bulan heroin.Budak ini di berinya Methadon dan mati kerana keracunan semasa di hospital.Apa ke jadah jenis mak bapak macam ni?Mak dan pasangan merupakan penagih heroin,Mereka berdua akan dibicarakan.
Cuba kita gambar budak sungguh comel bukan tapi kerana sikap mak bapaknya yang tak berakal dia mati begitu sahaja.

Bengang (Bodoh,Masalah,Sopan-santun)

Tiga orang sahabat mempunyai nama yang sangat unik iaitu BODOH,MASALAH ,SOPAN-SANTUN.Mereka ini berkaan sejak dari kecil lagi.Mereka bertiga selalu pergi kemana-mana bersama tetapi SI BODOH dan SOPAN -SANTUN tidak bertemu dengan MASALAH selama 3 hari.Lalu mereka berdua berpakat melaporkan kehilang kawannya di balai polis.SOPAN -SANTUN tidak mahu masuk dan hanya menyuruh Bodoh yang membuat laporan

BODOH : "Selamat pagi tuan,"
POLIS : "Pagi ,apa yang boleh saya bantu?"
BODOH : "Saya datang nak buat aduan ,tuan,"
POLIS : "Siapa nama awak?"
BODOH: "BODOH...tuan,"
POLIS :" Apa...cuba ulang sekali lagi (dengan nada yang kuat),"
BODOH : " BODOH tuan
POLIS : "Apa kena dengan awak ni panggil saya bodoh ,mana perginya sopan -santun awak?"
BODOH : "SOPAN-SANTUN ada kat luar tuan,"
POLIS : "Kenapa dengan budak ni...adakah awak datang sini untuk cari masalah?"
BODOH :" Ya tuan mana tuan tahu saya cari MASALAH?"
Polis itu terus benggang sambil menepuk dahi.

Model Iklan Susu Segar di Rusia








luka sikit walaupun jatuh 300 kaki kedalam sungai



Sepasang suami isteri yang berusia 58 dan 57 tahun terselamat walaupun kereta mereka yang melanggar pokok  terjatuh kedalam sungai dari ketinggian 300 kaki. 




Kereta BMWZ3 yang dipandunya 50mph telah tergesel kereta lain sebelum terjunam kedalam sungai.




Mereka berdua hanya mengalami luka yang kecil telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan lanjut.


Porsche 'terslow' sekali di dunia

         Inilah kereta Porsche 'terslow' sekali di dunia cuma mampu bergerak 10mph sahaja




Mungkin anda tak percaya,Sebenarnya kereta Porsche ini di reka oleh seorang artis dengan menggunakan kayuhan basikal sahaja .Rangkanya hanya mengunakan tiub plastik dan kertas aluminium emas .Hannes Langeder mengambil masa selama 6 bulan dan 1000 jam serta kos sebayak 11 ribu paun untuk membina kereta ini.

INI  GAMBAR CARA-CARA DIA MEMBINA KERETA INI:

                        DAN INILAH HASIL DARIPADA KERAJINANNYA :


Iklan Seksi David Beckham Dipamer di Bangunan New York


infospesial.net -  Iklan David Beckham untuk H&M dipamer di bangunan New York City kelmarin. Bintang bola sepak ini tampil memukau dengan posenya dengan versi lebih besar dan dipamerkan di sebuah bangunan di The Big Apple.


Lelaki 36 tahun ini telah dicat ke sebuah billboard dan mungkin menjadi penyebab insiden lalu lintas beberapa orang yang melalui kerana terpesona oleh gambar hitam putih tersebut.


Mungkin ada bahagian yang langsung menarik perhatian jika melihat iklan ini. Julukan Golden Balls pada Beckham, kerana selain punya kemampuan bermain bola yang baik, Beckham juga dikenali sebagai lelaki yang hebat.

Janda Bisu Jadi Korban Pemerkosaan Lelaki Mabuk


Seorang janda bisu di Bulukumba, Sulawesi Selatan menjadi korban pemerkosaan oleh pemuda mabuk. Bukan hanya diperkosa wanita malang ini juga diambil perhiasannya oleh pelaku.


Korban yang dikenali MN (35) yang merupakan warga Jalan Datu Tiro, Kelurahan Ela-ela, Kecamatan Ujung Bulu ini  melaporkan peristiwa yang dialaminya ke polis pada Rabu (8/2/2012) kelmarin.


Korban memberitahu, peristiwa memilukan itu berawal ketika ia sedang seorang diri berada dirumahnya. Tiba tiba saja datang seorang pemuda mabuk memeluknya hingga memperkosanya.


Pelaku bahkan juga hendak  merampas perhiasan rantai emas milik korban sehingga menyebabkan ranati korban terputus. Selepas diperkosa, korban mendatangi tetangganya dan menceritakan dengan bahasa isyarat tentang apa yang menimpanya.


Menurut bahasa isyarat yang diertikan oleh tetangganya tersebut, pelaku pemerkosa merupakan pemuda di kampung itu sendiri.
Pelakunya disebut memiliki ciri berkumis tebal dan terdapat bekas luka pada wajah sebelah kanan.


Polis saat ini masih terus melakukan penyelidikan untuk mendapatkan  pelaku sebenar dibalik peristiwa pemerkosaan itu.


Sumber : http://news.okezone.com

Nasha Aziz tarik balik rayuan

PUTRAJAYA - Pelakon Nasha Aziz hari ini menarik balik rayuan yang dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan di sini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapa kandungnya Abdul Aziz Mohd Ali.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Zainun Ali kemudian mengetepikan rayuan itu.

Dua hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Hakim Datuk Ramly Ali dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Terdahulu, peguam Siti Maspuah Maulan yang mewakili pelakon dan model itu memaklumkan kepada panel hakim berkenaan bahawa anak guamnya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Okt 2009 yang meluluskan permohonan Abdul Aziz agar mahkamah membuat penghakiman dalam saman malu terhadap Nasha berikutan ketidakhadiran peguam yang mewakili pelakon itu sebelum ini pada pendengaran saman itu.

Bagaimanapun, tiada alasan diberi berhubung penarikan balik rayuan itu.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan Nasha, 40, membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya, mulai tarikh saman itu difailkan iaitu pada 31 Mac 2005, hinggalah tarikh saman itu diselesaikan.
   
Abdul Aziz, 63, seorang guru silat, menyaman Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung sebuah tulisan dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa bahawa dia bukan bapa kandung pelakon itu.

Dalam penyata tuntutannya, Abdul Aziz berkata dia adalah bapa kandung Nasha dan perkataan berunsur fitnah yang terkandung dalam tulisan bertajuk "Jangan tanya hal peribadi" itu, yang tersiar pada 24 Nov 2004, menyebabkannya menderita serta menanggung malu dan merosakkan nama baiknya.

Abdul Aziz menuntut ganti rugi, faedah, kos dan ganti rugi lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, dengan mendakwa tulisan itu membawa maksud atau mengandaikan yang dia telah meninggal dunia.

Dalam kenyataan bela dirinya, Nasha berkata perkataan "bapa" yang terdapat dalam tulisan itu merujuk kepada bapa saudaranya bernama Abdul Aziz Hathim, yang memeliharanya.

Pelakon itu tidak menafikan Abdul Aziz adalah bapa kandungnya, tetapi berkata dia menganggap bapa saudaranya itu sebagai bapanya.

Bercakap kepada pemberita, peguam M.Visvanathan yang mewakili Abdul Aziz, berkata berikutan penarikan balik rayuan itu, keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agar anak guamnya dibayar ganti rugi, adalah terpakai. - Bernama



sumber : sinar harian

Tak sanggup jadi pemuas nafsu

BALIK PULAU - Gara-gara tidak sanggup lagi menjadi bahan pemuas nafsu seks teman lelaki ibunya sejak awal tahun lalu, seorang pelajar tingkatan dua bertindak melarikan diri dari rumahnya bagi mengelak terus menjadi mangsa keadaan.

Remaja perempuan berkenaan dipercayai bertindak demikian pada 6 Februari lalu selepas suspek berusia 46 tahun itu dikatakan mengugut mahu memukul mangsa sekiranya memberitahu ibunya mengenai perbuatan jijiknya itu.

Difahamkan, suspek dikatakan tinggal bersama keluarga mangsa sejak empat tahun lalu selepas kematian bapanya akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku apabila ibu mangsa tiada di rumah dan kali terakhir mangsa didakwa dirogol suspek pada dua minggu lalu, kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, mangsa bertindak meninggalkan rumah tanpa disedari ibunya pada Isnin lalu dan tinggal bersama seorang rakan di Seberang Perai.

Beliau berkata, remaja terbabit bagaimanapun dibawa rakannya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kelmarin, kira-kira jam 8 pagi.

“Mangsa turut mengatakan kejadian sama berlaku sejak awal tahun lalu tetapi dia terpaksa mendiamkan diri kerana takut dicederakan.

“Remaja terbabit kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut kesihatan dan polis telah memanggil ibunya untuk siasatan,” katanya.



sumber : sinar harian

Tikus jadi haiwan peliharaan



WALTHAM, Amerika Syarikat (AS) - Tikus kini dijadikan haiwan peliharaan di AS dengan para pemilik haiwan itu menganggap ia bijak dan suka bermain.
Seorang pemilik haiwan itu, Robin Ruslau dari Dresden, negeri Maine, AS pada mulanya menyayangi tikus selepas seorang anak perempuannya meminta dia menjaga seekor haiwan tersebut.
Anak perempuannya itu membuat permintaan itu kerana tuan haiwan tersebut pergi bercuti.
"Saya seolah-olah tidak mempercayai betapa luar biasa haiwan itu. Selepas berakhirnya dua minggu (menjaga tikus itu), saya tidak mahu melepaskan haiwan itu," kata Ruslau.
Menurut para pemilik haiwan peliharaan itu, tikus suka bermain dan penyayang jauh berbeza daripada reputasi tikus yang dianggap binatang menjijikkan. - Agensi
sumber : kosmo online

Bayi paling berat di China sejak tahun 1949



XINXIANG, China - Seorang ibu melahirkan bayi gergasi seberat 7.04 kilogram di Hospital Bersalin Xinxiang di bandar ini pada Sabtu lalu.
Bayi lelaki yang bernama Chun Chun itu dipercayai yang paling besar pernah direkodkan di China sejak negara ini dibentuk pada tahun 1949. - Agensi
sumber : kosmo online

Dilenyek lori minyak


MIRI: Seorang pengurus sebuah syarikat pembalakan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori tangki minyak di Kilometer 22, Jalan Miri Bintulu, di sini, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, Liong Kieau Sat, 52, dari Desa Pujut, Permyjaya, di sini, dipercayai memandu sendirian dan dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Miri, kira-kira jam 7 pagi.

Jurucakap polis trafik Miri ketika dihubungi berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.


Katanya, keadaan jalan yang licin akibat hujan dipercayai menyebabkan kereta dipandu mangsa memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori tangki minyak.

“Malah, kenderaan mangsa yang remuk itu diseret beberapa meter selepas pertembungan itu menyebabkan dia tersepit sebelum dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba,” katanya.



sumber : myMetro

Maut dalam mesin sampah


PUTRAJAYA: “Selepas mendengar seorang rakan menjerit, saya segera mematikan enjin dan bergegas ke belakang lori. Saya terkejut apabila melihat seorang pekerja tersepit sebahagian badan di mesin pemampat sampah dalam keadaan tidak sedar,” kata pemandu lori syarikat Alam Flora Sdn Bhd, Mohd Osman, 39.
Dia menceritakan kejadian rakan sekerjanya yang maut di bahagian belakang lori ketika memunggah sampah di Apartmen Fasa 4, Presint 9, semalam.

Ketika kejadian pada jam 11 pagi itu, Kamarudin Hussin, 41, berada di bahagian kanan belakang lori pengangkut sampah sebelum dia terjatuh ketika mesin itu sedang bergerak memampatkan sampah dalam lori berkenaan.


Seorang rakan yang berada di sebelah kiri belakang lori bersama mangsa menjerit meminta enjin dimatikan.

Mohd berkata, dia menghubungi penyelia sebelum mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan.


“Kejadian ini memang tidak terduga, malah mangsa juga seorang yang rajin bekerja. Kami tidak bersarapan bersama sebelum melakukan tugasan kerana mangsa membawa bekal sendiri.




“Cuma apa yang saya perasan mangsa kelihatan berpakaian lebih kemas, berbanding sebelum ini. Biasanya, jaket dipakai dibiar terbuka, tetapi kali ini zipnya ditarik dengan kemas," katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan sudah mengambil keterangan pemandu dan pekerja Alam Flora yang lain.


“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, tetapi punca kejadian masih disiasat. Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan,” katanya.

Jurucakap Alam Flora ketika dihubungi berkata, pihaknya bersimpati atas kemalangan yang menimpa pekerja itu dan berharap kejadian tidak berulang.


“Kami akan melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu. Pada masa sama kami menasihati pekerja lain supaya utamakan keselamatan kerana nyawa lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.


Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Azuan Abdul Rahman, 32, berkata, dia sekeluarga terkejut dan trauma dengan kejadian tragis itu.


Menurutnya, dia menerima berita mengenai kejadian itu pada jam 11.20 pagi dan menelefon beberapa ahli keluarga termasuk adiknya yang juga isteri mangsa, Noraziah Abdul Rahman, 30, untuk mengesahkan kejadian itu.


“Selepas adik ke Hospital Putrajaya, baru saya betul-betul percaya adik ipar sudah tiada.


“Apa penting sekarang, kami sekeluarga perlu memberi semangat kepada adik dan dua anaknya yang kehilangan orang tersayang,” katanya.


Mohd Azuan berkata, arwah bekerja lebih lima tahun dengan Alam Flora dan kali terakhir mereka berjumpa arwah dua minggu lalu.


Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras, dekat Kuala Lumpur.



sumber : myMetro

Bungkusan bayi dalam plastik


TAWAU: “Mujur kami meronda sejam sekali, kalau tidak bayi ini pasti jadi habuan anjing yang banyak berkeliaran di sini,” kata pengawal keselamatan, Fredly Suman, 40, yang menemui bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di kaki lima bangunan berhampiran pejabat Jabatan Air di Tanjung Batu, di sini, awal pagi semalam.
Menurut Fredly, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dia bersama rakannya, Umar Emat, 55, sedang melakukan rondaan di kawasan itu sebelum melihat satu bungkusan plastik di siar kaki bangunan terbabit.

“Pada mulanya, saya menyangka plastik ini berisi sampah dibuang penduduk atau digonggong anjing.


“Tetapi, sebaik membuka plastik ini, saya terkejut melihat wajah bayi yang comel,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Katanya, bayi perempuan itu kemudian menangis tanpa henti menyebabkan dia dan rakan membawanya ke pondok pengawal sebelum menghubungi polis.


Fredly berkata, dia melihat bayi itu seolah-olah kelemasan dalam plastik dengan berbantalkan kain batik ketika membuka bungkusan berkenaan.




“Sebaik dikeluarkan, saya lihat bayi ini masih bertali pusat namun keadaannya seperti sudah dimandikan dengan rambut disisir rapi serta tiada kesan darah di badan,” katanya.

Fredly berkata, sepanjang bekerja di kawasan itu sejak 18 tahun lalu, kejadian itu pengalaman pertamanya.


“Mujur saya cepat membuka ikatan plastik itu, jika tidak sudah pasti bayi itu akan mati kelemasan atau menjadi mangsa anjing liar,” katanya.

“Selama ini saya hanya membaca kejadian sebegini melalui media, tak sangka pula turut mengalaminya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.


Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, bayi itu dipercayai baru dilahirkan serta berada dalam keadaan sihat dan polis yakin ia baru ditinggalkan di kawasan itu sebelum ditemui pengawal keselamatan berkenaan.


“Buat masa ini, bayi yang cukup sifat ini ditempatkan di Hospital Besar Tawau dan berada dalam pengawasan pihak hospital,” katanya pada sidang media di pejabatnya.


Ibrahim berkata, polis sudah menjalankan siasatan termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 bagi mengesan individu yang membuang bayi itu.


“Mereka yang bertanggungjawab perlu diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.


“Polis meminta kerjasama mana-mana hospital, klinik bersalin atau mereka yang mengetahui kejadian ini supaya menghubungi polis dengan segera,” katanya.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.



sumber : myMetro

Kemaruk raba sesama lelaki


KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.
Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.
Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.



Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka ‘kemaruk’ meraba lelaki lain


sumber : myMetro

Amukan gila jiran


KUALA LUMPUR: “Saya menjerit dan berdiri di belakang suami ketika kami diserang jiran yang bersenjata rantai besi dan topi keledar,” kata Siti, 33, cedera dipukul jirannya yang berang selepas insiden kemalangan kecil membabitkan dirinya dan suami serta isteri jirannya.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi di Setiawangsa, di sini, kelmarin, pasangan terbabit tergamam apabila jirannya memecah pintu rumah sebelum menyerang mereka.

Menceritakan semula kejadian, Siti, penyelia sebuah pusat beli-belah berkata, sebelum diserang, dia bersama suami yang menunggang motosikal pulang ke rumah dilanggar motosikal ditunggang isteri jirannya.


Menurutnya, akibat pelanggaran itu berlaku pertengkaran beberapa minit sebelum suaminya meredakan keadaan dan mereka pulang ke rumah kerana motosikal mereka hanya mengalami kerosakan kecil.

“Sangkaan saya kejadian itu sudah selesai meleset apabila tiba-tiba jirannya itu mengamuk dan menyerang kami selepas dimaklumkan isterinya mengenai kemalangan kecil itu.


“Saya yang ketika itu memasak terkejut apabila terdengar dentuman kuat dari luar pintu rumah. Ketika itu, suami berada di ruang tamu sebelum melihat jiran meluru masuk dan memukulnya,” katanya.




Siti berkata, lelaki terbabit yang berusia 30-an kemudian melibas rantai besi hingga terkena badan suaminya, malah dia yang berada di dapur meluru keluar membantu, namun turut dipukul lelaki terbabit yang seolah-olah hilang pertimbangan.

“Walaupun puas kami menyuruh jiran itu bertenang dan berbincang, namun lelaki terbabit tidak mempedulikannya sebaliknya semakin ganas menyerang kami.


“Selepas beberapa minit kami cuba mempertahankan diri, akhirnya lelaki itu berhenti sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, akibat serangan itu, mereka cedera di kepala dan lebam seluruh badan.


“Saya tidak sangka hanya kerana salah faham menyebabkan dia menyerang kami dan bertindak ganas memecah pintu rumah.


“Saya dan suami hingga kini masih trauma, tambahan pula ini kali pertama ia berlaku,” katanya.


Bimbang dengan keselamatan diri dan tidak mahu kejadian sama berulang, mereka membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan lanjut.



sumber : myMetro

(Video) Seorang Pencuri Ditelanjangi Orang Ramai di Jalan Raya Kerana Ragut Beg Seorang Wanita Tua

Mungkin ini merupakan hari yang buruk untuk melakukan kejahatan bagi pemuda asal Mexico ini, setelah ia ditelanjangi oleh orang ramai ketika tertangkap ketika cuba meragut beg milik seorang wanita tua.


Pemuda ini ditelanjangi orang ramai kerana cuba meragut beg seorang wanita tua

Orang ramai yang marah bertindak melucuti pakaian sang peragut, hingga sang pemuda ini hanya tinggal stoking kaki saja di jalan yang sibuk.

Ratusan orang yang menyaksikan kejadian ini mencemuh sang peragut, dan melemparinya dengan duit syiling serta botol bekas air mineral,sebelum ia ditahan oleh polis.



Isteri di langgar dengan lori 26 tan

Kerana bosan atas sikap cemburu seorang lelaki sanggup melanggar isterinya sendiri dengan lorry seberat 26 tan.
Dalam pemeriksaan polis lelaki itu dalam keadaan mabuk ketika melakukan perlanggaran itu.

Nasibnya BAIK

SEORANG PEMANDU BERNASIB BAIK KERANA KERETA YANG DI PANDUNYA TIDAK TERJERUMUS KEDALAM LUBANG YANG TIBA-TIBA MENDAP.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved