Silaturahim Sambil Mencuri Hati Bakal Mertua

on 05 Februari 2012



Bertandang ke rumah bakal emak mertua tidak perlu malu-malu dan gentar menghadapi mereka.Asalkna pendekatan tepat,hati bakal mertua bukan saja tidak mungkin ditawan,malah mereka akan cair dengan anda.Bagaimana mahu melakukannya?


Berpenampilan Sopan

  • Kenakan pakaian yang sopan,kemas dan bertudung ketika bertandang kerumah mereka.Hindari pakaian yang tidak sempurna yang boleh menyakitkan mata seperti jeans koyak atau bertampal sana sini atau pakaian seksi.
Bawa Buah Tangan

  • Ketika mengunjungi ke rumah bakal mertua,sebaiknya anda tidak datang dengan tangan kosong.Bawalah sesuatu yang baik berupa buah atau makanan yang menjadi kegemaran mereka.
Jangan Syok Sendiri

  • Kalau kita syok sendiri atau terlebih ramah dengan bakal mertua boleh mengundang masalah juga bukannya mereka tertarik malahan mereka akan merasa menyampah dan mereka akan merasakan kita seolah -olah memaksakan diri di tengah keluarga mereka.
Turun Ke Dapur

  • Jangan menolak jika bakal mertua mengajak anda menyiapkan makan malam.Meski tidak pandai memasak,bukan bererti anda tidak pernah kedapurkan ?Jangan takut untuk berterus terang bahawa anda tidak pandai memasak kerana mereka meklum ramai anak dara sekarang yang tidak pandai  memasak.Selepas makan jangan lupa mengemaskan dan membersihkan pinggan mangkuk yang telah digunakan.
Hargai Tradisi

  • Tunjukkan pada mereka bahawa anda menghormati budaya atau tradisi keluarga pasangan.Pelajar sebanyak mungkin tradisi keluarga pasangan misalnya apakah harus berjabat tangan,membungkukkan badan atau mencium tangan disaat berjumpa bakal mertua.Mereka akan pasti menghormati anda.
Sembang

  • Cari bahan sembang yang menarik minat bakal mertua.Anda boleh bertanya kepada pasangan anda tentang kegemaran bakal mertua.Informasi ini akan menjadi bahan bualan.Jika ada idea selitkan cerita kelakar ringan untuk menceriakan suasana.
Perlihatkan Cinta

  • Jangan ragu memperlihatkan cinta anda kepada anak kesayangannya.Ini tak bermakna anda harus berpeluk-pelukan atau cium sana sini.Cukup dengan memberi perhatian akan perkara kecil dengan senyuman serta pandangan mata rasa sayang.Ketika bakal mertua melihat anda menyayangi anaknya,dia akan ikut rasa bahagia kerana anaknya  berada di tangan orang yang tepat sebagai pasangan anaknya,Dan dalam masa yang sama jaga tingkah laku anda,kalau ketawa jangan terlalu over.

Kerana Lady Gaga lelaki ini ganti kelamin jadi wanita


Dengan segala sesuatu yang ada dalam dirinya, Lady GaGa memang dikenal sebagai susukk pujaan yang sangat berpengaruh. Namun siapa sangka kalau pengaruh penyanyi Born This Way begitu kuatnya sampai-sampai membuat remaja  Inggris ini memutuskan ganti kelamin gara-gara Lady GaGa.


Remaja lelaki bernama Cambell Kenneford memang telah lama memimpikan dirinya jadi seorang model wanita. Selama beberapa tahun terakhir, remaja 16 tahun ini memang telah berpakaian dan bersikap seperti wanita. Tak ayal, orang-orang di sekitarnya pun mengejek dan menjauhinya.


Sekian lama hidup dengan ejekan dan pandangan sinis, pemikiran Cambell pun berubah sejak bertemu Lady GaGa. Setelah bertemu sang superstar, remaja asal Bedfordshire, Inggris ini mengaku mendapatkan kepercayaan diri untuk mengekspresikan diri dan menunjukkan pada dunia bahawa dia seorang wanita.


Seperti dilansir dari Dailymail,Setelah mendapatkan persetujuan dari doktor untuk melakukan operasi ganti kelamin, remaja yang selalu berdandan ala Lindsay Lohan ini pun semakin mantap menuju tujuan. Didukung pula oleh ibunya, Cambell kini telah rasmi menjalani operasi dan berganti kelamin menjadi seorang wanita.

Gamer Taiwan Tewas Setelah Bermain Game Online


Game internet kembali menelan korban, kali ini seorang gamer muda ditemukan tewas di sebuah kafe internet di Taiwan saat ia bermain game online selama berjam-jam.


Chen Rong-yu (23) diperkirakan mengalami serangan jantung setelah bermain League of Legends selama 23 jam. Namun, orang-orang disekitarnya tidak menyedari jika pemuda tersebut telah meninggal, selama sembilan jam sebelum ia ditemukan tewas.


Kerana Chen tampaknya masih dalam posisi duduk di kerusi dengan tangan terentang di depan keyboard seolah-olah ia masih bermain di sebuah kafe internet di New Taipei City.


Seorang pelayan baru menyedari bahawa Chen telah meninggal ketika tubuhnya mulai kaku dan mengeras, dan tak satu pun dari 30 gamer lain yang berada di sekitarnya menyedari sesuatu yang salah pada pemuda tersebut.


Dikutip dari Dailymail, Chen pergi ke warnet pada hari Rabu (01/02) dan telah bermain game non-stop. Ia terakhir kali terlihat membuat panggilan telepon sekitar tengah hari pada hari.


Ujian awal menunjukkan bahawa pemuda itu meninggal setelah menderita serangan jantung yang disebabkan oleh suhu rendah, kelelahan dan kurang bergerak.

Wanita ini Meramal Menggunakan Aparagus

Jika sebagian peramal menggunakan kad tarot, bola kristal, atau tulang belulang untuk memprediksi masa depan, wanita yang satu ini mempunyai media yang unik untuk meramal iaitu menggunakan Asparagus.


Menyebut dirinya sebagai “Asparamancer”, Jemima Packington melemparkan asparagus ke udara dan kemudian membaca ramalan berdasarkan posisi yang terbentuk ketika asparagus tersebut mendarat.


Packington yang telah menggunakan asparagus untuk meramal sejak masih kecil, mengatakan telah membuat prediksi yang akurat tentang beberapa hal, seperti keluarga kerajaan dan politik.


“Mungkin terdengar konyol untuk sebahagian orang tapi ramalan saya sangat akurat. Saya telah meramal menggunakan asparagus sejak berusia lapan tahun. Mak cik saya mempunyai kemampuan meramal dengan daun teh dan saya telah diwarisi kemampuannya,” tutur wanita berusia 56 tahun ini.


Diketahui, Packington telah membuat prediksi untuk 2012 iaitu dua kehamilan keluarga kerajaan Inggris, perubahan kepemimpinan untuk salah satu parti politik utama di Inggris, runtuhnya Euro dan kematian tokoh berprofil tinggi Inggris.



Craig Lewis Menjadi Manusia Pertama yang Hidup Tanpa Jantung dan Denyut Nadi

Craig Lewis menjadi manusia pertama di dunia yang boleh tetap hidup meskipun tanpa jantung di dadanya. Semua ini berkat pengubatan spektakuler yang dilakukan oleh dua doktor dari Texas.





Doktor Billy Cohn dan Bud Frazier dari Texas Heart Institute berhasil mengganti jantung milik Craig Lewis dengan sebuah alat pam yang berfungsi seperti jantung manusia.


Jantung buatan ini telah menyelamatkan nyawa bapa berusia 55 tahun itu dari penyakit amyloidosis, sebuah penyakit yang menyebabkan tubuhnya memproduksi protein abnormal. Protein-protein ini dapat memenuhi organ tubuh hingga organ tersebut berhenti bekerja.
Kini, Lewis boleh dikatakan sebagai manusia tanpa jantung pertama yang berjalan di muka bumi. Tak hanya itu, jantung buatan tersebut membuat bapa ini tak memiliki denyut nadi kerana cara kerja jantung buatannya yang tak berdetik seperti jantung asli, melainkan hanya mengepam darah terus menerus tanpa henti. Tapi bagaimanapun hasilnya, selama alat ini berfungsi, Lewis akan tetap hidup meskipun tanpa denyut jantung dan denyut nadi.
Yang mengkhuatirkan adalah kerana tak memiliki denyut jantung mahupun denyut nadi, jika bapa ini tiba-tiba pingsan, dan orang yang menolongnya tidak mengetahui riwayat kesihatannya, boleh saja Lewis langsung dikatakan meninggal. Padahal ia masih hidup. Bayangkan kekacauan yang terjadi jika ia tiba-tiba bangun di bilik mayat pada malam hari di hospital.
Kamu boleh menonton filem dokumenteri singkat mengenai keajaiban medik tersebut di video berikut:

.

Cara Syaitan Menelanjangi Wanita



Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.


Berikut adalah cara bertahap:


I. Menghilangkan Definisi Hijab


Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.


Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.


Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?


Pertama, Membuka Bahagian Tangan


Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu.. tidak apa-apa kan?


Kedua, Membuka Leher dan Dada


Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.


Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.


Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang


Syaitan berbisik lagi, “Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak “cool” cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. “Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang,” syaitan memberi idea baru.


Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. “Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).


Keempat, Agak di Buka Sedikit


Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya “cool” dan “vogue”, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. “Yah… . tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy,” katanya.


Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.


II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit


Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih “power”, tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.


Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit


Syaitan Berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh… … ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala… … . orang tetap menamakannya dengan jilbab.”


Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.


Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis


Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja.” Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis.”


Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.


Ketiga, Terbuka Seluruh Betis


Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”


Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki,” bersungut. “Fitnah? Ah… … itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”


Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.


III. Serba Mini


Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”


Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.


Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”


Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” Syaitan tak ingin ambil risiko.


Penutup


Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.


Wallahu a’lam bisshawab



Kaitan tanda lalu lintas dengan cinta



Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-


DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sehaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.


JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya.


SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru


PEJALAN KAKI
Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.


JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji.


JALAN SEMPIT
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.


AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.


JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah ‘declare’ sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!



Bakar Bayi Hasil Hubungan Sulit

Evi Susiana sanggup membakar bayi yang baru dilahirkan hasil hubungan sulitnya dengan seorang jejaka kerana kecewa suaminya telah berkahwin lain.Dan lebih mengecewakan lagi jejaka itu turut meninggalkannya setelah mengetatui Evi mengandung hasil hubungan sulitnya itu.


Disebabkan kecewa dan tidak mahu keluarganya menanggung malu dia nekad membakar bayi itu hidup-hidup ditempat pembuangan sampah.Bayi yang dilahirkannya didalam bilik mandi tanpa pertolongan sesiapa.Perbuatan kejinya itu menjadi mudah kerana bayi itu tidak menangis seperti bayi yang biasa.


Tanpa berfikir panjang dia memasukkan bayi itu kedalam plastik dan membiarakan bayi itu keseorangan didalam bilik mandi semalaman.Pada mulanya dia ingin memberitahu kejadian itu kepada ibunya tetapi memandangkan ibunya tidak sihat dia membatalkan niatnya.Keesokannya dia membawa bayi itu ketempat pembuangan sampah dan dia membakar bayi itu hidup-hidup.


Sangkanya semua akan selesai tetapi perbuatannya telah diketahui oleh seorang penduduk yang kemudiannya telah membuat laporan kepada pihak polis.Dengan terbongkar kes ini ramai penduduk tidak menyangka Evi yang di anggap seorang wanita yang baik sanggup berbuat demikian.Mereka juga tidak menyangka dia sanggup mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain,pada hal dia masih menjadi isteri orang.(link)



Cium katak ,chef didenda US$335



Seorang Chef Christopher Turla terpaksa membayar denda sebanyak US$335 kerana pegawai kesihatan mendapati rakaman video yang memperlihatkan dia mencium dan menjilat dua katak di dapur restoran tempatnya bekerja beberapa kali.


Turla mengatakan, tindakannya itu hanyalah untuk bermain-main sahaja.Tetapi Pegawai Kesihatan Daerah Scott tidak mengambil ringan masalah tersebut. Pengawas makanan Linsay Gorishek mengatakan, katak membawa beberapa jenis penyakit dan Turla telah mencium katak itu dengan mulutnya kemudian tangannya meenyediakan makanan di meja.


Pemilik restoran, Yidi, bersedia  membayar denda tersebut. Dia juga mengatakan bahawa  akan memberi tujuk ajar kapada Turla tentang kebersihan.



Seorang Wanita Tewas Kerana Hair Extension

DI Wanita kelahiran Jamaica itu tewas kerana keracunan gam getah yang melekat di hair extension yang digunakannya.Wanita ini ditemukan tewas kerana alergi yang disebabkan gam di hair extension yang digunakannya.Selama 14 tahun belakangan, Atasha Graham kerap menggunakan hair extension untuk mempercantik penampilannya.Namun di suatu malam, Graham ditemukan pengsan setelah pulang clubbing di klub malam. Fenton Johnson, kekasih Graham yang juga menjadi DJ di klub malam itu, mengaku tidak melihat ada yang aneh pada kekasihnya.

Namun setelah sampai di rumah, Graham pengsan dan tidak bernafas lagi. Johnson segera menghubungi ambulance, tapi nyawa Graham tidak dapat diselamatkan lagi.
Menurut dugaan Michael Heath, anggota pasukan medik yang menangani kes Graham, wanita kelahiran Jamaica itu tewas kerana keracunan lgam yang melekat di hair extension yang digunakannya.


Bahan kimia itu diduga menyerap masuk ke dalam aliran darah dan mulai meracuni tubuh Graham.
Ditambah lagi, alkohol yang diminumi Graham saat clubbing, memperparah proses meresapnya racun dalam tubuh. Reaksi ini biasanya terjadi sekitar 1,5 jam setelah gam diaplikasikan ke rambut.
“Korban tewas keraa hair extension biasanya mengalami keadaan anaphylactic shock. Setiap tahun, di Inggris terdapat 10-20 korban tewas akibat hair extension. Di Amerika lebih banyak lagi,” ungkap Heath seperti diberitakan Daily Mail.
Setelah dilakukan ujian laboratorium terhadap sampel rambut Graham, Heath meyakini perempuan bertubuh subur itu mengalami keadaan anaphylactic shock akibat zat kimia tryptase.
Di tubuh Graham, kadar zat ini mencapai 178 microgram per satu liter darah, 25 kali lebih banyak dari batas normal, iaitu 2-14 microgram per liter darah.
Agar tidak mengalami keracunan seperti ini, ada baiknya jika Anda mengamati terlebih dulu produk rambut yang akan digunakan.
Lebih disarankan lagi jika tidak berganti-ganti produk, kerna kulit kepala perlu penyesuaian dalam waktu yang tidak sebentar.

Lelaki ini buat hubungan seks dengan meja


OHIO- Seorang lelaki Amerika mungkin kehabisan akal untuk menyalurkan hasrat biologisnya. Tidak ada lawan jenis yang boleh diajak berhubungan intim, meja pun jadi sasarannya. Waduh…


Apesnya, adegan itu dirakam melalui handy cam oleh salah seorang tetangganya yang menyaksikan kelakuan Art Price Jr, nama lelaki itu.


Menurut polis, dalam rakaman video itu terlihat Art Price Jr menindih-nindih meja, layaknya orang yang sedang berhubungan seks.


Saksi sekaligus perakam yang disembunyikan identitasnya mengatakan, sebelum menggeluti mejanya, Price mengitari ‘lawan’ mainnya itu.Meja yang berada di halaman rumahnya, di sebuah kota di Ohio.


“Ia benar-benar telanjang. Lelaki itu menggunakan lubang di meja itu yang sebenarnya berfungsi untuk menancapkan payung,” ujar polis setempat Kapten Matt Johnson seperti dikutip, Telegraph.co.uk


Menurut polis akibat perbuatan lari daripada tatasusila yang aneh itu, Price terancam dipenjara. (fit)
(Sumber:Okezone.Com)

Lelaki 'bahaya' untuk anda dating



Seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai pilihan yang berbahaya untuk anda ‘dating’ atau berpasangan dengannya sekiranya dia:


• Mahukan anda berhenti kerja atau bertukar rakan-rakan hanya kerana dia sahaja.


• Tidak menghormati masa anda untuk bersendirian/‘privacy’. Apa anda nak buat semua dia nak tau. Kalau petang anda telefon dia, kena ‘hantar report’ apa yang anda buat sebelum tu dan apa yang anda nak buat selepas itu. Senang cakap apa saja anda buat dan nak buat dia nak tahu. 


• Suruh anda buat perkara yang anda tak selesa buat seperti menipu bagi pihaknya, pinjamkan dia duit sedangkan baru seminggu dua kenal.


• Mendesak ingin selalu berjumpa anda. Hari ni baru jumpa, esok nak jumpa lagi. Dua tiga hari kemudian nak jumpa lagi. Anda kata sibuk atau ada hal, dia pujuk. Anda tetap kata tak boleh dia mendesak juga.


• Ada reputasi menipu.


• Kaki judi, peminum arak.


• Menggunakan dadah atau pil-pil khayal.


• Pernah gagal dalam banyak perhubungan cinta yang lepas dalam sejarah hidupnya. Berapa kali nak kata banyak ya? Kalau umur baru 25 tahun dah gagal bercinta 5-6 kali tu banyak tu… Cinta monyet tak kira!


• Tidak memuji malah menampakkan sikap tidak suka kepada kedua ibu bapanya sedangkan anda dapat rasa dan tau kedua ibu bapanya bukanlah orang yang jahat. Walau pun kedua ibu bapanya ada membuat kesalahan, memburukkan kedua ibu bapa sendiri lebih-lebih lagi pada peringkat baru anda kenali dia menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengannya.


• Mempunyai sejarah telah didiagnosis mengalami masalah tekanan jiwa atau “mental illness” 


• Tidak berkerja,(Sebab pemalas) Ada sahaja alasan sedangkan anda lihat dia bukanlah sakit atau bodoh.


• SELALU bertukar-tukar kerja atau dipecat dan SENTIASA memberi alasan menyalahkan orang lain sebab kehilangan kerjanya itu.


• Ingin mengawal fesyen rambut anda, pakaian anda, sikap dan cara anda, rakan-rakan atau dengan siapa anda berkawan dan kerja anda pun dia nak kawal juga.


• Menyembunyikan sesuatu maklumat penting tentang dirinya yang anda hanya tau kemudian. Sebagai contoh, dia kata dia bujang, rupanya duda, memanglah duda tu bujang..tapi kenapa tak cakap awal-awal dia pernah kahwin.


• Merasakan dirinya saja yang istimewa, unik dan lebih baik berbanding orang lain.


• Percaya undang-undang untuk orang lain, dia tak tertakluk pada undang-undang dan boleh buat apa yang dia suka.


• Terlalu menarik dan peramah lebih dari kebiasaan. Perlu ambil perhatian di sini, lelaki yang ‘handsome’, cute, ‘smart’, peramah dan boleh membuat perempuan tertarik padanya dengan cepat sekali dari segi penampilannya, caranya, fizikalnya atau apa saja pada dirinya, anda perlu berhati-hati.



CINTA DAN SAHABAT



Pada suatu hari CINTA & SAHABAT berjalan dalam satu kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga


Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..Lalu SAHABAT pun ikut terjun dalam telaga…


Kenapa??
Kerana… SAHABAT akan buat apa sahaja demi CINTA !!


Didalam telaga CINTA hilang…


Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan SAHABAT masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..


Kenapa??
Kerana… SAHABAT itu sejati & akan kekal sebagai SAHABAT yang setia… kan ?? so, hargai lah SAHABAT kita selagi kita terasa dia amat menghargai kita.



Jual anak



Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. 


Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 


Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je. 


Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...? 


Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...


Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. 


Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu.. 


Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! 


Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! 


Pak Abu: HEHEHEHEHE....



Ibu ini rela dermakan ginjal kepada sesiapa yang dapat mencarikan anaknya pekerjaan

Sungguh mengharukan. Kasih ibu kepada anaknya memang tak terhingga. Seorang ibu di Itali rela melakukan apapun agar anaknya mendapat pekerjaan. Dia bahkan rela jika harus mendermakan ginjalnya.


Ibu yang mengasihi anaknya itu adalah Enrica Mastrini, yang tinggal di kota Nocera Umbra,  Perugia. Wanita itu sangat sedih kerana putranya yang berusia 38 tahun tak  mendapat pekerjaan. Dia pun rela melakukan apapun demi membantu anaknya mendapat pekerjaan.

"Bahkan mendermakan ginjal saya," tutur Enrica Mastrini kepada surat khabar Itali, La Nazione dan dilapor oleh news.com.au, Khamis (2/2/2012).


"Anda boleh tetap hidup normal (dengan satu ginjal saja). Hal yang paling penting bagi saya saat ini adalah mendapatkan kembali senyuman putraku dan putra pasangannya yang berusia 8 tahun. Dan saya bersedia melakukan apa saja yang diperlukan," kata wanita berusia 58 tahun ini.


Enrica yang sehari-hari berprofesi sebagai pemeriksa tiket kereta api ini menuturkan, putranya kesusahan mendapatkan pekerjaan sejak bisnisnya bannkrup pada tahun lalu. Hingga kini, putranya terpaksa hidup bergantung dari penghasilan pasangannya. 


Putra Enrica tersebut mahir berbicara 4 bahasa dan telah lama bekerja sebagai penterjemah. Namun kemudian lelaki itu merasa jenuh dan beralih profesi menjadi buinessman. Sayangnya, usaha bisnisnya kemudian bankrup.


Enrica sendiri menyedari bahwa putranya pasti akan marah jika mengetahui niatnya ini. Tapi baginya, hal itu tidak akan menjadi masalah. Enrica sangat ingin melakukan sesuatu demi putranya. Enrica pun serius akan memberikan ginjalnya kepada siapapun yang boleh membantu putranya mendapatkan pekerjaan.




Sumber: detiknews

Wanita Takut Pisang



Fran Dando seorang warga Britain menghidapi sindrom ganjil dikenali fobia pisang yang menyebabkan dia  berasa gementar ,berpeluh dan muntah sertiap kali melihat buah pisang.Dia yang berusia 21 tahun itu mula merasa takut dengan buah pisang ketika berumur 7 tahun.


Ketakutan ini berpunca apabila seorang saudara lelakinya meletakkan sebiji pisang di atas tilam ketika tidur dan mendapati ada benda lembik dan licin di bawah badannya dan dia kemudian merasa panik serta gemuruh.
Kini dia terpaksa belajar mengawal perasaan itu kerana anak lelakinya gemar memakan pisang.(link)



Kenali ciri-ciri lelaki daripada gaya seluar



Seluar Jeans 

  • Lelaki yang menggemari seluar jeans adalah seorang yang optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi orang yang disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan. 





Seluar Baggy 

  • Lelaki yang meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu-ragu dalam mengambil keputusan, lemah lembut. 





Seluar Warna Terang 
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yang berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah. 




Seluar Gantung / Hanger 

  • Lelaki yang sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yang misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia. 





Seluar Ketat 

  • Lelaki yang menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

Wow! Nenek 100 Tahun Panjang Umur kerana Suka Main Nintendo

Seorang nenek di Scotland merayakan ulang tahun ke-100 dan mengungkapkan rahsia umur panjangnya. Sang nenek mengaku kegemarannya bermain game konsol portable, yakni Nintendo DS, membuat fikirannya tetap aktif sehingga awet muda.


Nenek tersebut, Kathleen Connell memilih menghabiskan waktunya selama 2 jam sehari untuk memainkan game yang mengasah otak dalam Nintendo DS Lite miliknya. Hal ini tentu saja sangat berbeza dengan apa yang dilakukan kebanyakan datuk dan nenek lainnya.

Kit, panggilan akrab Kathleen, merayakan ulang tahunnya yang ke-100 . Pada usianya yang genap satu abad itu, Kit masih boleh hidup secara mandiri di Thornliebank, East Renfrewshire, terpisah dari anaknya.


Nenek satu cucu ini mengaku sangat gemar bermain permainan Nintendo yang bernama 'Brain Trainer'. Menurut permainan asah otak tersebut, usia mental Kit yang sebenarnya adalah 64 tahun, sama seperti usia puterinya, Pam. Wow!


"Benar-benar super. Saya tidak merasa lebih tua dari 80 tahun. Saya berusaha untuk membuat otak saya tetap aktif dengan bermain Nintendo. Saya tidak tahu apa yang akan saya lakukan tanpa itu," tutur Kit seperti dilansir oleh Daily Mail.


Kit yang pencen ini mampu hidup seorang diri meskipun kedua kakinya telah dipotong. Dia menghabiskan hari-harinya dengan melukis di komputer ataupun bermain puzzle.


"Saya akan memainkannya di petang hari, kemudian saya istirahat sebentar dan minum teh, lalu saya akan kembali bermain Nintendo. Jika tidak ada acara televisyen yang bagus, saya akan duduk selama 1 atau 2 jam untuk bermain game. Saya akan melakukan permainan asah otak dan mungkin saya juga akan belajar melukis," tuturnya.


"Saya tidak boleh berkata-kata banyak soal Nintendo ini. Namun, ini membantu otak saya seaktif mungkin di usia saya. Jika memang ada rahasia umur panjang, saya rasa itu adalah berpikir positif dan tetap menjaga pikiran Anda aktif," imbuh nenek yang bersemangat ini.


Sang anak, Pam Stewart menceritakan baahwa kegemaran ibundanya ini dimulai saat dirinya memberikan hadiah sebuah Nintendo saat ulang tahun Kit yang ke-96. Sejak saat itu, Kit pun seakan kecanduan bermain Nintendo. Bahkan dia membeli yang baru keraa Nintendo pertamanya rosak. Pam sendiri takjub dengan keahlian ibundanya bermain Nintendo.


"Saya sangat bangga dengannya, dengan caranya untuk tetap aktif selama bertahun-tahun. Saya membelikannya (Nintendo) sekitar 6 tahun lalu dan sekarang dia sudah memiliki banyak jenis game. Itu tentu saja tetap membuatnya cerdas," ucap Pam.




Sumber: detiknews

Kedut Hilang Berkat Bibir Palsu


Apa yang pertama kali Anda fikirkan saat melihat foto produk yang satu ini? Bibir tebal seperti badut atau boneka plastik? Percayakah Anda, alat ini merupakan produk kecantikan yang diyakini dapat mengurangi kedut di wajah?
Alat ini bernama Face Slimmer. Alat yang menyerupai bibir tebal berwarna merah ini merupakan hasil kreasi Glim, perusahaan kosmetik ternama di Jepun.
Seperti dilapor Asian Tube, Face Slimmer bermanfaat untuk menghilangkan kedut di wajah dan mencegah penuaan dini.
Cara kerjanya, getah elastik yang menjadi bahan utama Face Slimmer membantu Anda untuk melakukan senam wajah agar kulit tetap kencang. Cukup pasangkan alat ini di mulut, lalu ucapkan “A-I-U-E-O” selama minima 3 minit setiap hari.
Tentu saja, Anda tidak akan bisa mengucapkan apa pun dengan mudah, kerana bahan getahnya yang tebal terasa mengganjal di mulut. Tapi itulah inti latihan senam wajah yang menjadi bahagian utama dari Face Slimmer.
Oddity Central mencatat, di saat banyak warga Jepun menyebut Face Slimmer sebagai produk yang inovatif, respon di dunia maya justru tidak demikian.
Setelah foto-foto Face Slimmer beredar, tak sedikit pula yang mencemuh kerana geli melihat bentuknya. Banyak pula yang menyebutnya mirip mulut boneka yang biasa digunakan sebagai sex toys.

Tips Meramal Jenis Kelamin Bayi ala China


Ternyata orang China sudah punya jadual khusus untuk meramalkan jenis kelamin anak yang kelak akan lahir.
Jadual berikut ini diambil dari Royal tomb dekat Peking , China. Original copy tersimpan di Institute of Science of Peking. Kebenaran dari jadual berikut ini telah dibuktikan oleh ribuan orang dan dipercaya 99% kebenarannya. Ahli-ahli genetik China telah meneliti dan menyajikan kembali jadual ini setelah terkubur lama di Royal tomb selama 700 tahun yang lalu.
tabel anak2 Tips Meramal Jenis Kelamin Bayi ala China
Keterangan :
P = Perempuan
L = Laki-laki
Penjelasan :
Anda dapat memilih musim atau bulan yang anda inginkan untuk mendapatkan bayi laki-laki atau perempuan dengan berpedoman pada jadual diatas. Usia isteri dari umur 18 sampai 45 tahun pada baris atas , sedangkan kolom kiri dari tabel menunjukkan BULAN PEMBUAHAN dari anak yang diinginkan. Dengan berpedoman pada jadual diatas anda akan dapat memilih waktu bila harus melakukan senggama menurut jenis kelamin anak yang diinginkan.
Contoh singkat : Jika istri berusia 27th dan bayinya dibuat pada bulan Januari, berdasarkan tabel diatas bayi yang akan dilahirkan adalah perempuanJadual diatas didasarkan pada bulan proses pembuahan bayi, bukan kelahiran dari bayi. (YahooGroups)

25 Semut Mati ditemukan dari Dalam Telinga Seorang Gadis


Semut adalah haiwan bertubuh kecil dan mungil. Semut  kita anggap sebagai binatang biasa yang tidak berbahaya bagi kita. Tetapi, tahukah anda bahawa Seorang Gadis Di Taipei, China ditemukan dalam telinganya 25 ekor Semut Mati ?
Seorang gadis berusia 16 tahun mengakui telah kemasukan semut sebanyak 25 ekor semut. Gadis ini memiliki kebiasaan buruk memakan kek di atas tempat tidur. Dia mengaku terkadang menyentuh telinganya ketika sedang makan gula-gula lalu tertidur tanpa membersihkan sisa-sisa bekasnya. Sisa-sisa ini yang mengakibatkan banyak semut berdatangan ke atas tempat tidur, dan sebahagian memutuskan menetap di telinga sang gadis kerana disana terdapat banyak makanan yang cukup untuk hidup mereka.
Setelah beberapa bulan, kemudian dia memeriksakan telinganya ke doktor ahli telinga iaitu doktor Hung Yaun-tsung, doktor itu mengatakan Telinga yang sakit kerana kemasukan serangga adalah hal yang lumrah menurut Hyung, Ia sehari-hari memang sering menerima pesakit dengan telinga yang kemasukan serangga seperti lipas, nyamuk dan semut. “Tapi ini pertama kali saya menemukan begitu banyak semut di dalam kedua telinga,” tambahnya.
Menurut Hyung, semut-semut itu kemugkinan mati kerana pesakitnya pernah menitiskan sedikit minyak ke dalam lubang telinga. Ia memberikan masukan bila seseorang mengeluh kemasukan serangga kecil agar memasukan sedikit minyak ke dalam telinganya agar si serangga yang hinggap di telinga si korban tersebut mati, namun jangan menggaruk telinga kerana malah akan mendorong serangga yang masuk tersebut ke dalam lebih jauh lagi dan hinggap di dalam telinga.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved