Perempuan berkepala iPad

on 04 Februari 2012

Seorang wanita yang ingin tampil berbeza diantara ribuan wanita diseluruh dunia, dengan idea nya yang unik berhasil menkar kepalanya menjadi iPad dan berhasil menjadi perhatian orang-orang disekitar nya.


 Bermodal 4 buah iPad sang wanita menggabungkan nya hingga berbentuk kotak dengan memberikan ruang kosong dibahagian tengah untuk diisi dengan kepalanya. 4buah iPad yang digabungkan tidak memiliki penyangga di leher, tapi mempunyai penahan dibahagian atas yang berfungsi agar 4buah iPad stabil tidak melukai leher siwanita tersebut.


 4buah iPad ini dibuat dalam bentuk balik hingga tak ubahnya sebuah helmet dengan bentuk tidak lumrah dari iPad, kerana helm seperti yang kita ketahui dominan bulat.


 Yang menjadi pertanyaan adalah bagaimana cara si perempuan ini melihat ? kerana dilihat dari tampilan layar iPad tampak muka siperempuan dibahagian luar dan sepertinya menggunakan kamera bahagian belakang dari iPad tersebut.


Video burung baca ayat Al-Quran

Cuba perhatikan burung ini membaca ayat Quran...Betapa besarnya kuasa Tuhan.



Ayam hidup 18 bulan tanpa kepala

Mike Headless Chicken Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala. Kejadian ini benar ini berlaku pada  10 September 1945, Lloyd Olsen di suruh menyembelih seekor ayam untuk makan malam. Ibu mertuanya suka makan leher ayam, sehingga Olsen mencuba menyembelih ayam tersebut dengan ayunan kapaknya. Tapi ayam yang yang kemudian terkenal dengan nama "Mike Headless Chicken" ini  lari seperti ayam yang lain.


Mike Headless Chicken kemudian menjadi terkenal dan mulai melakukan persembahan dengan Olsen. Setiap penonton yang ingin melihat Mike Headless Chicken dikenakan bayaran sebanyak 25 sen.


Mike meninggal pada tahun 1947, setelah 18 bulan hidup tanpa kepala. Kematiannya disebabkan  jarum suntik yang digunakan untuk membersihkan kerongkongan Mike tertinggal di bekas luka sembelih.



'ppp' cutter

Ada lima orang pemuda sedang menghadiri temuduga. Si penemuduga pula merupakan lelaki Inggeris yang langsung tak faham Bahasa Melayu. Oleh itu, khidmat penterjermah terpaksa diperlukan. Masuk lah lelaki pertama.


L.Inggeris: What's ur name?
Abu: My name is Abu Bakar bin Ali.
L.Inggeris: What is ur father occupation?
Abu: My father is a wood cutter.


Lelaki Inggeris itu memandang si penterjermah. Penterjermah cepat2 menjawab.


Penterjermah: It's mean that his father is a carpenter.
L.Inggeris: Ok, U may go now.


Maka keluarlah lelaki pertama tu dan masuklah lelaki kedua.


L.Inggeris: What's ur name?
Ismail: My name is Ismail bin Ishak.
L.Inggeris: What's is ur father occupation?
Ismail: He is a meat cutter.
Penterjermah: His father is a butcher.
L.Inggeris: I see. U can go now.


Lelaki kedua keluar kemudian lelaki ketiga pulak masuk.


L.Inggeris: Ur name please?
Dahlan: My name is Dahlan bin Zainuddin.
L.Inggeris: Ur father's job?
Dahlan: Hair cutter.
Penterjermah: Means that his father is a barber.
L.Inggeris: Ok. U may go.


Keluar lelaki ketiga then lelaki keempat pula masuk.


L.Inggeris:Tell me ur name?
Hafiz: My name is Hafiz bin Hashim.
L.Inggeris: What's ur father doing?
Hafiz: He is a grass cutter.
Penterjermah: I think he want to say that his father is a gardener.
L.Inggeris: Oh, I see. Ok, U can go.


Kemudian masuklah lelaki terakhir.


L.Inggeris:Tell me what is your name?
Karim: My name is Ahmad Karim bin Ahmad Kassim.
L.Inggeris: What's is your father occupation?
Karim: My father is a..... 'pppp' cutter. ( Teragak-agak nak jawab)


Lelaki Inggeris dan penterjermah berpandangan sesama sendiri. Tak faham agaknya.


L.Inggeris: What did u say?
Karim: I said my father is a 'pppp" cutter. (Dlm hati, kenapa lah bapak aku pilih pekerjaan yang susah nak disebut)
Penterjermah: Awak cakap lah dalam bahasa Melayu.
Karim: Bapak saya Tok Mudim.
L.Inggeris: What is it mean?
Penterjermah:Oh. His father is a..... 'pppp' cutter.


Lelaki Inggeris tu pula dah mula nak bengang.


L.Inggeris: I know the word 'cutter', but I don't understand what's 'pppp' mean?!!...


Penterjermah itu menunjukkan objek yang dipotong dan sekaligus menyebabkan lelaki Inggeris ketakutan dan bangun melarikan diri.



SEX

Alkisah seorang anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. 


Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. 


Sesuai dengan konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan 
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu.. 


Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya menyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover).. 


NAME:........... 
SEX:............ 
Class:.......... 
Subject:..........



Kisah sedih awek jual mahal (video)

Frust menonggeng betul 'balak' nie.Sampai tergolek pasal awek tak layan...jual mahal konon.Punyalah lama menunggu nak beri bunga,awek tu pulak buat tak nampak aje...apa lagi tergolek-golek balak tu menahan kekecewaan...



Fikirnya Debu,Ternyata di Mata Ada Ulat


Hati-hati jika terkena debu di jalan atau dimana saja, ini telah terjadi
 pada seseorang.Waktu dia jalan dia fikir kena debu, dan mata terasa gatal-gatal.Setelah beberapa jam matanya agak merah, lalu dia beri ubat titik mata.Gatal beberapa hari ,dibawah matanya masih merah dan  bengkak.


 Semakin hari dibawah matanya semakin bengkak, lalu dia pergi ke doktor.
Setelah di periksa doktor berkata mesti dibedah takutnya ada benjolan apa....??
 Setelah dioperasi benjolan tersebut, maka keluarlah belatung atau ulat.
 Dimana awalnya dia fikir matanya terkena debu, namun ternyata telur ulat.
 Makanya hati-hati jika banyak debu, kalau sakit berlanjutan hubungi doktor terdekat dengan segera.




Inilah model hot yang berjaya memikat hati Presiden Filipina


Wanita boleh menaklukan hati lelaki itu pasti, bahkan orang hebat seperti Presiden Filipina pun boleh terpikat wanita yang HOT seperti Grace Lee  model FHM.









Anjing di ajar hisap rokok

Seekor anjing. Blackie,  anjing yang berbulu hitam itu boleh merokok seperti orang dewasa.Anjing ini telah diajari oleh pemiliknya setelah Blackie dibeli dari sebuah kedai haiwan di China.




Pemiliknya bernama Zeng Ziguang, dari Wuchang, Daerah Hubei. Pemuda yangberusia 23 tahun itu mengatakan  anjingnya telah ketagihan tembakau. Dalam satu hari Blackie MESTI mendapat satu bungkus rokok.


Pada mulanya anjing tidak suka dengan bau asap tetapi pemuda itu melatihnya agar biasa dengan meniupkan asap kepadanya.Lama kelamaan anjing ini telah biasa dengan bau asap.


Kemudian pemuda itu menyalakan rokok untuk anjing itu sebatang demi sebatang.
Kelakuan pemuda itu telah menerima kecaman oleh jiran tetangganya dan mengancam untuk melaporkan kepada pihak berkenaan.(link)

Bayi-bayi dalam botol yang sungguh menyedihkan

Inilah bayi-bayi dalam botol yang terdapat di sebuah muzium di Philladephia.Ini ini mangsa kesalahan doktor setempat....














INILAH AKIBAT TAK PERNAH SEMBAHYANG SUBUH

VIDEO INI MUNGKIN LAWAK TAPI AMBIL IA SEBAGAI SATU PENGAJARAN....




Potong zaka

Dua orang sahabat seorang berbagsa Cina (Hokkien) dan seorang berbangsa Melayu sedang berbual...


Apek : Lu potong zaka ada bagut ka?


Ali : Manyak bagus.Bila lu potong haa,lu punya barang manyak bersih loo..


Apek : err..saya kawan ala cakap..potong zaka ahh.. manyak problem..


Ali : Apa problem?


Apek : Manyak buang lui,lagi aah..dia punya performance tadak bagut...manyak sinang simputloh..


Ali : Cehh..apek,lu apa cerita..saya sula lama potong,tada apa problem..bini saya manyak puas woo..


Apek : Lu mini puas sama itu potong zaka ka?


Ali : Ya laa.Bila lu potong aahh..lagi sedap main woo..lu lagi lambat pancut..


Apek : err..lu punya 1.3 atau 1.5 ???


Ali : Woi apek cakap baik-baik sikit haa..saya punya 6 inci laa..


Apek : lu cakap biak betoi..mana ada potong zaka 6 inci...


Ali : Cilaka apek..nah tengok (buka seluar)


Apek : Chee sin ..gua tanya baik-baik..lu tunjuk lu punya lanchiau...


Ali : Habis lu tada percaya..daya tunjuk laa..


Apek : Saya tadak tany lu punya lanchiau..Saya tanya u punya nasional car...potong zaka..bolo punya olang..


Ali : Aiya apek..lain kali lu sebut betul-betul la..kasi susa saja..bukan potong zaka..Proton Saga..lah



Nenek 72 tahun masih aktif melakukan hubungan seks

Seorang wanita yang memiliki nama samaran Gu Jie ini mengaku masih mengalami kedatangan haid setiap bulan, walaupun usianya telah mencapai 72 tahun. 


Gu Jie juga mengaku masih melakukan hubungan seksual dengan suaminya secara aktif setiap minggu. 


 Gu Jie yang sudah berkahwin selama 42 tahun sangat  khuatir bakal hamil dan punya anak kerana dia dan suaminya aktif melakukan hubungan seks dan meminta untuk disuntik dengan ubat pencegah kehamilan.
Pihak perubatan mengambil masa 17 hari untuk memberikanya suntkan ini  kerana mereka terpaksa mengkaji keserasian ubat kepada mereka kerana faktor usia.


Akhirnya, perjuangan Gu Jie pun berhasil. Badan perancang keluarga di Haikou, daerah Hainan, China Selatan, mengizinkan wanita 72 tahun ini melakukan suntik  bulanan mulai 25 Ogos yang  lalu. (link)

Budak 2 tahun jatuh dalam mesin pengisar (full pic)

Seorang budak perempuan bernasib baik apabila selamat akibat jatuh  kedalam mesin pengusar di tempat kerja bapanya.Dia yang mengikuti bapanya pergi bekerja telah memanjat keatas mesin itu sewaktu bapanya bekerja ,lalu menjerit.


Seorang pekerja bertindak pantas lalu menutup suis mesin dan mereka mencarinya.Budak itu ditemukan didalam mesin pengisar.Bomba telah dipanggil dan budak itu mengalami patah kaki dan dibawa kehospital untuk dirawat.(link)













Berbagai kejadian yang unik dan lucu

Kecelakaan boleh terjadi kerana kurang berhati-hati ataupun juga faktor lainnya diluar kuasa kita. Pastinya tidak ada yang menghendaki sebuah  kejadian ataupun kecelakaan itu terjadi pada diri kita ataupun orang-orang terdekat kita. Gambar unik boleh jadi lucu, boleh jadi tragis dan juga boleh menyedihkan yang berhubung dengan kecelakaan.


1. Titanic tapi di patuk burung..




2. Kuda terbang






3. Traktor salah sasaran






4. Ini akibatnya kalau tidak sabar...




5.Sayang kereta baru ni kerana tidak dapat mengagak ketinggian...




6.Panjang sangat kereta ini.......




7. Ini yang paling bersemangat tapi sedikit menjijikan, menahan malu kerana ingin menang, "Panggilan Alam" sampai dia tahan...beginilah akibatnya.....







Bukti sebuah cinta???



cinta Pictures, Images and Photos



Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan menikahimu apabila saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta. 

Kekasihnya bertanya, “Sudikah kamu menikah denganku sekarang?” Tanpa apa-apa alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata ,“Tolong jaga mata saya baik-baik…”


Awek kencing atas kubur sambil merokok

Ini jenis awek tak geti adab (mungkin memang jenis bangsa tak beradab).Cuba perhatikan gambar ini..







Peniaga tertipu beli susu berkulat


KOTA BHARU - Seorang peniaga kecewa setelah mendakwa dia tertipu membeli susu yang dilelong di Pasar Malam Pauh Lima, Bachok pada malam Selasa lalu.
Peniaga berkenaan, Wan Zah Wan Ibrahim, 46 berkata, susu pekat tersebut dibeli setelah pengunjung pasar malam berkenaan berpusu-pusu mendapatkan susu terbabit.
 
“Semasa membelinya, saya ada tanya mengenai tarikh luput susu itu kerana musykil kenapa ia dijual murah, namun peniaga menjawab tarikhnya pada Julai nanti.
 
“Tin susu kebanyakannya kemek dan ketika itu saya syak ia susu lama, tetapi saya tidak pasti kenapa saya teruja untuk membelinya sehingga balik ke rumah, saya terkejut melihat susu berkulat dan berwarna kekuningan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
 
Wan Zah berkata, pada malam tersebut, peniaga itu melelong susu dengan tawaran harga RM10 untuk sembilan tin susu pekat.
 
Menurutnya, memandangkan dia memang memerlukan bekalan susu pekat untuk meniaga jagung kukus, dia membeli susu terbabit sebanyak RM10.
 
“Saya bernasib baik kerana menuang susu ke dalam bekas lain terlebih dahulu dan tidak tuang terus ke dalam jagung kukus, jika tidak, sudah pasti pelanggan saya mengalami keracunan makanan.
 
“Saya berharap perkara ini dapat disiasat oleh pihak berkuasa dan orang ramai diminta tidak mudah terpedaya mendapatkan susu murah,” katanya yang kesal kerana peniaga itu sanggup menipu tarikh luput kepada pelanggannya.

sumber : sinar harian

Pelacur asing dicekup tanpa baju


SHAH ALAM - Taktik sebuah rumah kedai menyediakan perkhidmatan memandikan pelanggan atas katil khas yang diletakkan di bilik air, sebelum menawarkan seks sebagai tarikan tambahan, terbongkar setelah polis menyerbu premis di Taman Botanic, Klang, kelmarin.
Kegiatan itu dikesan, selepas polis menerima maklumat orang awam yang curiga melihat ramai pengunjung memenuhi premis tiada berpapan tanda itu.
 
Hasil maklumat itu, serbuan diketuai Asisten Superintendan Aimy Shah Fadhil bersama tiga pegawai dan tujuh anggota dari Unit Urus Setia NKRA, Selangor, dijalankan, malam, kelmarin.
 
Menurutnya, ketika diserbu seorang pelacur warga asing dalam keadaan separuh bogel sedang melayan pelanggan.
 
“Kita tahan enam pelacur warga Vietnam dan tiga wanita China, masing-masing berusia antara 21 hingga 35 tahun dan dua penjaga premis serta tujuh pelanggan berusia antara 22 hingga 39 tahun,” katanya semalam.
 
Aimy Shah berkata, siasatan awal mendapati taktik meletakkan katil di bilik air itu, adalah modus operandi terbaru yang digunakan oleh sindiket pelacuran.
 
Menurutnya, terdapat juga kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran polis.
 
Katanya, siasatan menunjukkan semua pelacur itu menyalahgunakan pas lawatan sosial dan semua ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372 dan 373 Kanun Keseksaan.

sumber : sinar harian

Remaja dipenjara kerana bercium

ABU DHABI - Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dimasukkan ke pusat juvana selama tiga tahun di Emriah Arab Bersatu (AUE), selepas ditangkap bercium bersama dua remaja perempuan yang juga adik beradik.

Bapa mereka bertindak menghubungi polis, apabila menemui mereka melakukan perbuatan itu di rumahnya di Abu Dhabi.

Dia dituduh melakukan serangan seksual, memecah masuk ke dalam rumah mangsa, memberitahu hakim bahawa dua remaja perempuan berumur 13 tahun itu membenarkannya masuk dan kejadian itu bukan kali pertama, berikutan mangsa menjemputnya masuk ke dalam rumah serta rela berkucup.

Dalam perbicaraan Ahad lalu, dua remaja perempuan itu enggan menjawab soalan, mahu pun menafikan dan mengaku terhadap dakwaan terbabit.

Hakim menetapkan remaja lelaki itu boleh ditahan sehingga berumur 18 tahun, tetapi boleh dibebaskan jika dia menunjukkan keinginan untuk berdisiplin.



sumber : kosmo online

Humban dari tingkat 7


KUALA LUMPUR: Kematian seorang wanita berusia 20-an yang pada mulanya disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, awal pagi semalam, nyata berunsur jenayah selepas polis menemui kesan melecur pada badan mangsa.
Sikap rakan serumah mangsa yang hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu mengenai kesan melecur itu menimbulkan keraguan, sekali gus menyebabkan mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, penahanan seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 22 dan 24 tahun itu dilakukan kerana siasatan awal mendapati ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari kediamannya. Sumber itu berkata, sebelum itu polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat aduan pada kira-kira jam 4.15 pagi semalam.


“Selepas memeriksa mayat mangsa, polis mendapati ada kesan lecur di badannya dipercayai akibat disimbah air panas. Berikutan itu Unit Forensik dipanggil ke lokasi kejadian untuk memeriksa kediaman mangsa.

“Hasil pemeriksaan, dirumuskan ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari balkoni rumahnya yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.


“Rentetan itu, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita yang juga rakan serumah mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.




Menurutnya, sebelum itu ketika disoal siasat ketiga individu terbabit hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu menahu mengenai kecederaan dialami mangsa.

“Tindakan mereka itu menimbulkan keraguan kepada polis dan mengesyaki ada unsur jenayah lain dalam kes kematian mangsa dan bukan membunuh diri,” katanya.


Sumber itu berkata, hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbukti kematian mangsa dalam kes ini disebabkan perbuatan jenayah dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan penahanan yang dibuat.



sumber : myMetro

Apek terus difitnah dikatakan punca anak usahawan putus tunang



KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, sekali lagi menjadi mangsa fitnah apabila didakwa sebagai punca terputusnya ikatan pertunangan anak lelaki seorang usahawan terkenal di negeri ini yang hanya bertahan selama 28 hari.

Penyebaran fitnah itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu yang mendakwa Khairul Fahmi atau terkenal dengan panggilan Apek merampas tunang orang dan seorang gadis yang dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun sanggup memutuskan pertunangan untuk menjalin hubungan dengan Khairul Fahmi. 
Dakwaan itu kemudian dipetik di beberapa laman blog hiburan, semalam.


Wartawan Harian Metro yang mendapatkan penjelasan daripada bekas tunang Leuniey semalam mengesahkan hubungan mereka berakhir pada 14 Januari lalu selepas bertunang pada 16 Disember tahun lalu.


Bagaimanapun, dia enggan namanya disiarkan, namun mengakui dia anak seorang usahawan terkenal di negeri ini.


sumber : myMetro

Angkara jururawat cuai



KOTA KINABALU: Pilu hati sepasang suami isteri apabila anak mereka berusia dua tahun yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selepas menjalani pembedahan membuang tumor dalam otak, kini kritikal dan didakwa akibat kecuaian jururawat.
Bapa kanak-kanak itu, Laifi Joseph, 42, mendakwa seorang jururawat tersilap memasukkan cecair dipercayai susu ke saluran darah anaknya, Fiebienly Laifi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di sini, empat hari lalu.


Menurutnya, anak perempuannya yang juga orang kelainan upaya (OKU) baru selesai menjalani pembedahan dan kimoterapi selepas disahkan menghidap tumor dalam otak.

“Saya kesal dengan sikap jururawat itu yang cuai ketika menjalankan tugas sehingga nyawa anak saya terancam,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di hospital itu, semalam.


Menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira jam 7 pagi pada 1 Februari lalu ketika dan dan isteri melawat Fiebienly yang ditempatkan di PICU.


“Kami terkejut apabila mendapati tiub di bahagian ketiak kiri Fiebienly yang biasanya menyalurkan ubat dipenuhi cecair seperti susu, manakala lengannya mulai membiru,” katanya.

Laifi berkata, dia terus memanggil doktor bertugas ketika itu dan pegawai perubatan itu kemudian mengarahkannya keluar dari wad untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan.


Katanya, mengikut prosedur setiap jam 6 pagi atau selepas tiga jam anaknya akan diberikan susu.
“Saya yakin jururawat tersilap memasukkan susu di saluran yang tidak betul kerana biasanya makanan hanya disalurkan melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung.


“Selepas kejadian itu, ada doktor dan pihak pengurusan menemui saya dan menyatakan permohonan maaf di atas kesilapan itu,” katanya.


Menurutnya, apa dikesalkan kini pihak hospital seolah-olah cuba menyembunyikan kesilapan itu dan berdolak-dalih.


“Saya mahu tahu siapa individu yang bertanggungjawab dan dia perlu meminta maaf secara berdepan dengan saya kerana ia membabitkan nyawa manusia.


“Apatah lagi, anak saya baru berusia dua tahun dan OKU pula,” katanya yang ‘menetap’ di hospital berkenaan sejak tiga bulan lalu.


Laifi berkata, selepas kejadian terbabit, dia mendapati tubuh anaknya semakin susut.


“Walaupun doktor menyatakan anak kami tiada sebarang masalah akibat kejadian itu, kami tetap bimbang kerana perubahan berat badan agak ketara,” katanya.


“Anak kami baru saja menjalani pembedahan dan masih dalam keadaan lemah, berlaku kejadian ini pula,” katanya.


Sehubungan itu, Laifi membuat aduan kepada pihak hospital mengenai perkara itu kerana bimbang kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini pada masa depan.


“Saya juga sudah membuat laporan polis kerana bimbang sekiranya berlaku sebarang masalah terhadap anak kami selain hospital tidak mahu bertanggungjawab,” katanya yang turut mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang.


Ibu mangsa, Debbie Lee, 25, mendakwa individu yang melakukan kesilapan itu tidak pernah bertemu suami atau dirinya meminta maaf.


Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika dihubungi, memberi jaminan pihaknya akan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara itu.


“Ini kes serius kerana membabitkan kecuaian. Saya akan meminta hospital itu memberi laporan penuh kejadian sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.


sumber : myMetro

Pukul anak hingga berbirat



KUALA LUMPUR: Muka dan badannya bukan saja bengkak, tetapi turut dipenuhi kesan berbirat akibat dirotan dengan penyangkut baju oleh bapanya sejak hampir sebulan lalu.
Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 36 tahun bertindak kejam merotan dan memukul anak lelakinya itu yang berusia dua tahun kerana tidak tahan dengan tangisan kanak-kanak berkenaan.


Dalam kejadian terbaru jam 5.30 petang di rumah mereka di Kepong, di sini, kelmarin, mangsa sekali lagi ‘dibelasah’ bapanya hanya kerana enggan berhenti menangis.
Malah, ibu mangsa yang berusia 23 tahun dan cuba mempertahankan anaknya itu turut dipukul.


Tidak tahan menyaksikan penderitaan anak lelakinya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, jam 11.30 malam.


Menurut sumber, dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak terbabit dipercayai menangis disebabkan kesakitan kerana dipukul suspek.
“Bapa mangsa yang rimas mendengar tangisan anaknya itu naik berang lalu merotan mangsa menggunakan penyangkut baju,” katanya.


Sumber berkata, ibu mangsa cuba melindungi mangsa.
“Ibu mangsa turut dipukul hingga cedera di bahu kiri,” katanya.


Katanya, suspek meninggalkan rumah berkenaan dan kesempatan itu digunakan ibu mangsa menghubungi rakannya bagi memaklumkan kejadian itu.


“Rakan ibu mangsa datang dan membawa mangsa membuat laporan polis,” katanya.


Katanya, mangsa dibawa ke hospital dan dilaporkan masih ditahan di wad hospital berkenaan.


Sebaik menerima laporan kejadian itu, pegawai penyiasat yang mengendalikan kes berkenaan menghubungi bapa mangsa dan memintanya tampil bagi merakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.


Katanya, bapa mangsa memberikan kerjasama. Selepas percakapannya dirakamkan, dia ditahan bagi membantu siasatan.


Berdasarkan percakapan pengadu (isteri) dan keterangan daripada suspek selain laporan perubatan kanak-kanak terbabit, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai dera.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit, namun enggan mengulas lanjut.


Katanya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


sumber : myMetro

Mayat menggelembung disangka patung



TANJUNG KARANG: Misteri bau busuk yang dihidu ibu bapa ketika mahu mengambil anak mereka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yik Khwan, di sini, semalam, terbongkar dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan menggelembung, di Sungai Kampung Bagan Pasir, bersebelahan sekolah itu tengah hari semalam.
Pengawal keselamatan sekolah berkenaan, Shahrul Nizam Mohd Pamuji, 25, berkata dia menerima aduan ibu bapa pelajar sekolah itu mengenai bau busuk dari arah sungai, jam 12.30 tengah hari.


Menurutnya, dia dan beberapa ibu bapa pergi ke jambatan berhampiran sekolah itu sebelum terlihat sesuatu terapung di sungai berkenaan.
“Kami nampak sesuatu terapung seperti patung di sungai itu. Walaupun kedudukan kami ketika itu kira-kira 50 meter, namun bau busuk amat menusuk.


“Selepas diamati benda yang terapung itu bukan patung, tetapi mayat seorang wanita berbaju tidur.


“Saya menghubungi polis sebelum mayat wanita berusia 30-an itu diangkat pada jam 1.15 tengah hari dengan bantuan bomba,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang menggunakan alat khas pencangkuk untuk menarik mayat itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut.


sumber : myMetro

Tengkorak bayi dibedah seperti jigsaw puzzle


 Seperti memainkan puzzle, pasukan doktar di England membedah tengkorak seorang bayi lalu membentuknya kembali dengan susunan yang berbeza. Langkah dramatik ini dilakukan untuk mencegah kerosakan kekal di otak bayi tersebut.


Phoebe Grimes, di lahirkan dengan keadaan yang disebut craniosynostosis. Kelainan ini membuat tengkoraknya membeku, sehingga otak yang terus berkembang akan mengalami tekanan berlebihan kemudian rosak secara berkekalan.


Ibunya, Claire menyedari kelaianan dengan Phoebe ketika bayi itu baru berusia 6 minggu. Terdapat bahagian tertentu di kepalanya yang tampak lebih kecil daripada yang sepatutnya, sehingga Claire mulai rasa risau sebab ukuran kepalanya tidak sama dengan anak sulungnya.


Doktar Kanak-kanak di Hospital Birmingham tidakdapat memastikan diagnosisnya hingga beberapa minggu kemudian. Doktar hanya dapat mengidentifikasi kelainan yang diderita bayi malang tersebut ketika usianya telah mencapai 3 bulan dan tekanan di otaknya telah mencapai keadaan yang hampir kritikal.


Dokter mengatakan, Phoebe tidak mempunyai pilihan  selain menjalani pembedahan untuk menyusun kembali struktur tulang tengkoraknya. Jika tidak dilakukan segera, di kuatiri kerosakkan di otaknya akan lebih teruk apabial dia mula bersekolah kelak.


Setelah 4 bulan diagnosis diberikan, Phoebe  sudah cukup kuat untuk menjalani pembedahan. Doktar memotong tengkorak secara zig-zag dari telinga satu ke telinga yang lain, lalu menyusunnya kembali supaya dapat memberi ruang bagi otak untuk terus berkembang.


Pembedahan itu mengambil masa selama. Bekas luka dengan alor zig-zag itu membuat kepala Phoebe seolah-olah boleh pecah pada bila -bila masa.




Namun kini, bekas itu sudah tidak kelihatan di kepala Phoebe yang kini telah berusia 3 tahun. Berkat pembedahan zig-zag ini, Phoebe boleh menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain.(link)

Kesian betul dia







Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved