Cara meninggal dunia yang pelik

on 01 Februari 2012

1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air


Penyair Cina Li Po (abad VII-VIII Masehi) merupakan penyair terkenal yang selalu mabuk. Suatu ketiaka dia sedang mabuk waktu naik perahu melungsuri sungai Yangtze. Dia melihat bayangan bulan di air. Kerana mabuk, ia berusaha menggapai bayangan itu untuk memeluknya, namun gagal lalu dia jatuh ke dalam air dan tenggelam.


2. Meninggal keraa janggut


Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia. Panjangnya sekitar 140 cm. Pada tahun 1567, terjadi kebakaran. Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang .Akibat terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan meninggal di tempat kejadian.


3.Meninggal kerana menahan buang air kecil


Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, ia sedang menghadiri jamuan makan besar  di Praha (sekarang Ceko). Adat pada masa itu sesiapa yang bangun di tengah jamuan makan, termasuk untuk buang air, adalah sangat tidak sopan. Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan.Akibatnya  terjadilah infeksi (sistitis) yang teruk. Beliau meninggal 11 hari kemudian.


4.Meninggal kerana tongkat konduktor


Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra pada perayaan kebaikan daripada penyakit Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687. Kerana terlalu bersemangat, ia menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya mengakibatkan luka (infeksi dengan nanah) dan diikuti gangren (pembusukan). Lully menolak untuk dibedah, dan akhirnya ia pun tewas kerana infeksi yang menyebar ke seluruh tubuh.


5.Meninggal kerana lidah tergigit


Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dengan Pinkerton detective agency-nya. Suatu hari ia sedang berjalan di trotoar dan kaki tertendang sesuatu. Tidak sengaja lidahnya tergigit, dan terjadilah infeksi yang kemudian membunuhnya.


6.Meninggal kerana menendang peti


Mirip dengan Lully, tapi ini terjadi di awal abad 20 pada Jack Daniel, seorang pengusaha whiskey terkenal dari Tennessee, Amerika Serikat. Pada suatu subuh ia ingin membuka salah satu peti, namun ia lupa nomor kombinasinya. Ia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka, meradang (infeksi), dan akhirnya menewaskannya.

Dahsyat pak polis ni , guna jari pun boleh

Ada juga polis yang macam ni...
guna jari pun boleh...
Mana dia berlajar ni...

betul-betul buat lawak....

Boneka ajaib ini boleh mengeluarkan air mata bila kena suntik

berita2.com: Pembuat mainan di Jepun telah menciptakan sebuah boneka yang boleh menangis mengeluarkan air mata, seolah-olah benar-benar merasa kesakitan ketika lengannya disuntik. 

'Air mata' air mengalir dari mata bayi boneka bernama Yume-chan ketika disuntikan jarum di lengannya.

Boneka aneh ini adalah persembahan terbaru dari pengeluar mainan Tomy dan telah didemonstrasikan di sebuah pameran mainan di Tokyo pada Selasa 31/1/2012. Tomy merancang memasarkan boneka itu pada bulan Jun 2012.





Awal bulan ini, Toys'R'Us membuat kemarahan dengan orang tua di AS dengan menjual boneka yang nampaknya menyumpah pada anak-anak. Ibu ayah terkejut dan mengaku telah mendengar boneka itu berkata "Hei jalang gila" di antara perkataan boneka mereka.

Kata-kata hanya dikenali dengan jelas antara kosakata rasmi adalah "Mama" dan "Dada". Toys'R'Us berniat untuk terus menjual boneka, Namun demikian menawarkan kemungkinan pembeli untuk menukar kalimat-kalimat yang ada di  boneka itu.

Alat menyusu bayi yang serupa dengan payudara yang asli

Jepun memang terkenal dengan reka cipta yang pelik-pelik
yang kadang-kadang tak terfikir oleh kita.
Contohnya alat untuk menyusukan bayi ini...


Tak berhati perut punya budak

Betul-betul tak berhati perut budak ni...
Sanggup dia aniaya kucing sampai macam ni sekali..
Cuba kalau dia di perlakukan seperti kucing ni....
Ini mungkin kes balas dendam @ memang kerja dia suka
seksa binatang....













Sanggup menyewa jiran untuk hamilkan isteri

Di Stuttgart, Jerman, seorang pemuda membayar tetangganya untuk menghamilkan isterinya, kerana dia sendiri mati pucuk. Pasangan Demetrius Soupolos, 29, dan Traute - bekas ratu kecantikan setempat ini ingin mempunyai anak tetapi sayangnya doktor mengatakan suaminya mati pucuk dan tidak boleh menghamilkan  isterinya.


 Souplos tanpa ragu-ragu membayar tetangganya, Frank Maus, 34, untuk menghamilkan isterinya, apalagi dilihatnya Maus dan isteriya mempunyai dua anak. Rencana aneh ini tampaknya berjalan lancar. Souplos membayar Maus 2.500 dollar untuk tugas 3 malam dalam seminggu selama 6 bulan.


 Dengan semangat Maus menjalankan pekerjaan barunya yang menyenangkan ini.  Maus meniduri Traute sebanyak 72 kali tetapi sayangnya Traute tidak juga hamil. Soupolos akhirnya mendapat informasi dari doktor yang menyatakan bahawa sebenarnya Maus juga sama sedang menjalani terapi mati pucuk seperti Souplos dan isterinya terkejut.Kemudian isteri Maus  mengakui bahawa dua anaknya bukanlah anak kandung dari Maus.

Kanak-kanak 9 Tahun Hidup Tanpa Otak Kanan

Umurnya baru sembilan tahun. Di usia sekecil itu, Cameron Mott harus kehilangan setengah organ otaknya dalam sebuah pembedahan yang sangat berisiko. Dia harus dibedah kerana sindrome Rasmussen yang dideritanya.




Sindrome Rasmussen di kesan ketika Cameron berusi tiga tahun. Penyakit ini menular dan mematikan fungsi otak kanannya. Akibatnya, kejang-kejang dan gejala epilepsi hebat mengganggu kehidupan harian gadis kecil ini.


Atas persetujuan keluarga, Cameron menjalani bedah kepala untuk pengangkatan otak kanannya. Tindakan berisiko tinggi dengan harapan hidup yang sangat tipis itu harus ditempuh demi menghentikan kejang-kejang dan epilepsi hebat yang selalu menderanya setiap waktu.




Sejak awal doktor telah mengatakan, seandainya Cameron selamat dari pembedahan, kemungkinan besar akan mengalami koma dan lumpuh pada sisi kiri tubuhnya. Sebab, otak kanan adalah organ yang mengawal tubuh bahagian kiri.


Namun keajaiban timbul setelah operasi dan menjalani fisioterapi, Cameron dapat berlari, dan bermain, walaupun sedikit  pincang dan kehilangan penglihatan tepi.Dia hanya menjalani rawatan dihospital selama empat minggu.


Adakah ia merasakan efek operasi? Cameron menjawab, "Tidak terasa sama sekali." Cameron mengaku tetap mengejar impiannya. "Saya akan menjadi seorang balerina saat besar nanti."

Perubahan wajah gadis cantik yang menggunakan heroin


Vika Zavalina seorang yang sangat cantik di waktu remajanya.Akibat terpengaruh
dia menggunakan heroin.Ini wajah pada tahun 2004

Selepas setahun menggunakan heroin...

Pada tahun 2008 mula menjual heroin...

wajah pada Februari 2010



inilah wajahnya sekarang...
betapa heroin boleh menghancurkan keadaan hidup 
seseorang....

sumber : http://englishrussia.com

Kerana nak jadi wanita lelaki ini nekad potong kemaluan sendiri

Hanya kerana keinginan yang begitu lama tidak kesampaian untuk merubah kelaminnya menjadi seorang wanita seorang transseksual  merasa kecewa.Selama 8 tahun menanti alat kelaminnya tidak berubah,dia akhirnya nekad dengan memotong alat kelamin lelaki yang dimilikinya. Berbekal sebungkus ubat anastesi (anti rasa sakit/bius) yang diperolehinya ,pemuda yang berusia 28 tahun bernama Zhang Heng tersebut memotong kemaluan dan buah zakar yang dimilikinya hingga putus.




Hasil perbuatan nekadnya tadi membuat Zhang yang berasal dari Changsia Daerah Hunan di China Selatan mengalami pendarahan hebat. Akhirnya hal tersebut diketahui  ibunya.Ibu yang merasa panik kemudian menelefon pihak ambulan yang membawanya ke hospital berhampiran.



Zhang terbaring di hospital menolak untuk diubati melainkan meminta doktor segera merubah kelaminnya.Setelah sampai di hospital dan di rawat oleh pasukan perubatan,yang memutuskan  untuk menjahit kembali kemaluannya yang terpotong agar boleh kembali seperti sedia kala. namun apa yang terjadi? Hal tersebut membuat Zhang berteriak menolak  dan  meminta  dilakukan pembedahan kelamin menjadi kelamin wanita.


Bagi Zhang lebih baik mati baginya kalau tetap menjadi lelaki Hanya ada satu kalimat mati atau menjadi wanita
Kejadian  ini membuat ibu Zhnag merasa seduh kerana dialah satu-atunya anak yang boleh memberi zuriat keturunanya.


sumber : ruang hati.com

Sebab kenapa bodyguard ini dipecat oleh seorang artis wanita

Haifa Wehbe adalah seorang penyanyi terkenal di Lebanon.Setelah konsert berakhir peminatnya cuba menyerbunya. Melihat keadaan  ini, para bodyguard Haifa Wehbe bertindak cepat mengawal majikannya. Sayangnya, setelah kejadian tersebut, para bodyguard tersebut dipecat! Kenapa mereka dipecat? Jawabannya boleh anda lihat pada gambar-gambar berikut.





rupanya bodyguard ini mengambil kesempatan!!!

Akibat kegagalan pembedahan plastik artis ini kelihatan seperti 'monster'

Artis ternama Finland ini melakukan bedah plastik dengan tujuan mengekalkan kecantikannya. Bukannya jadi cantik, namun bedah plastik telah mengubah wajahnya menjadi seperti “monster”.






Keluarga makan orang

Satu keluarga ternyata menganut budaya pemakan manusia. Keluarga aneh ini berasal dari Republik Cheszkolovakia. Keluarga aneh yang  enam orang ini secara kejam membunuh dua orang remaja, memutilasi kemudian memakan mereka. Peristiwa ini sempat menggegarkan pada 2007 lalu.




Aksi keluarga Mauerova ini dilihat oleh tetangganya yang kebetulan memiliki cctv. Di luar dugaan gambar keluarga aneh  yang sedang melakukan aksi kejahatan, muncul dalam gambar di tv monitor  tetangganya. Mereka melaporkan hal ini ke polis yang langsung menyelongkar rumah keluarga pemakan manusia itu. Enam orang anggota keluarga Mauerova akhirnya di penjarakan.

Wanita Peru curi, tipu


SINGAPURA: Seorang warga Peru datang ke republik ini tahun lalu untuk mencuri dan menipu dengan mengguna kad kredit yang dicuri.
Semalam, Maria Elena Tello Espinoza dihukum penjara 15 bulan kerana perbuatannya itu.

Sebuah Mahkamah Daerah diberitahu, Maria, 45, tiba di Singapura pada 21 Mac lalu. Tiga hari kemudian, dia mencuri di kafe Starbucks di The Central, Jalan Eu Tong Sen. Rakaman CCTV menunjukkan wanita itu mengawasi kafe berkenaan pada jam 11 malam sebelum duduk di belakang seorang pelanggan yang meletakkan beg komputer riba di lantai, bersebelahan kerusinya. Kemudian, ketika mangsa berbual dengan rakannya, dia menggunakan begnya sendiri untuk melindungi perbuatannya mencuri beg mangsa.


Dia kemudian keluar untuk bertemu rakannya, Luis Alberto Eavpia Earcia, 51, juga warga Peru yang bertindak memerhati di luar kafe itu. - ST


sumber : myMetro

Kanak-kanak tadika China ditilik nasib untuk nilai kecerdasan, potensi


BEIJING: Beberapa tadika di wilayah utara di China mengenakan bayaran 1,200 yuan (RM579) kepada ibu bapa kanak-kanak untuk membaca tapak tangan mereka untuk menilai kecerdasan dan potensi mereka.
Ramai ibu bapa menemui tukang tilik itu yang digunakan di tadika di wilayah Shanxi di mana ujian itu direka untuk kanak-kanak berusia tiga bulan ke atas, menurut laporan agensi berita Xinhua. 
Agensi berita itu melaporkan, syarikat yang mereka ujian itu, Shanxi Daomeng Culture Communication Co berkata, menilik tapak tangan membantu “mengenal pasti kepintaran dan potensi kanak-kanak itu.”

Dalam negara yang diperintah oleh Parti Komunis, polisi seorang anak untuk satu keluarga, menyebabkan ibu bapa mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka dengan harapan dapat membantu mereka apabila sudah tua.



Namun begitu, beberapa pakar menolak idea teknologi menilik tapak tangan.


Pakar pediatrik berkata, “Teknologi ini masih belum terbukti.”

Menilik nasib, termasuk menilik tapak tangan, merupakan tradisi turun temurun masyarakat Cina walaupun pemimpin negara itu tidak menggalakkan malah menghukum pengamal menilik nasib yang mereka label sebagai kepercayaan karut.

Ramai orang, termasuk pegawai kerajaan merujuk pakar ramalan untuk mendapatkan panduan dalam kewangan, karier dan perkara peribadi.

Malah, ramai pasangan Cina mendapatkan ramalan untuk merancang dan memastikan bayi mereka lahir pada hari bertuah dalam kalendar Cina. - Xinhua



sumber : myMetro

Hilang nyawa demi sahabat


KUANTAN - Niat murni seorang budak lelaki berusia 12 tahun untuk menyelamatkan rakannya yang terkapai-kapai lemas ketika mandi di Pantai Batu Hitam dekat Beserah kelmarin memakan diri apabila dia yang mati lemas manakala rakannya itu selamat.
Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Sharul Hafiz Ramli, 12, turun ke pantai untuk mandi bersama dua rakannya, Mohd. Nor Faiz Rolzami, 10, dan Mohd. Taufik Firdaus Omar, 12.
Namun ketika pelajar Sekolah Kebangsaan Balok di sini itu cuba menyelamatkan Mohd. Sharul yang terkai-kapai, dia sendiri yang tenggelam dan hilang sebelum ditemui lemas tiga jam kemudian.
Cerita Mohd. Taufik, sebaik sampai di pantai mereka yang tinggal di Kampung Batu Hitam iaitu kira-kira 50 meter dari pantai, mereka hanya mandi di tepi pantai sebelum Mohd. Sharul dan Nor Faiz bergerak ke tengah pantai.
"Saya yang secara tiba-tiba tidak sedap hati menoleh ke arah mereka sebelum ternampak Nor Faiz terkapai-kapai.
"Saya kemudian nampak Mohd. Sharul cuba menyelamatkan Nor Faiz namun Mohd. Sharul turut lemas sebelum hilang," cerita Mohd. Taufik.

sumber : kosmo online

Anak Datuk didakwa membunuh


SUNGAI PETANI - Tanda tanya mengenai kes pembunuhan seorang eksekutif pemasaran yang ditemui mati separuh bogel di kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang enam tahun lalu bakal terjawab apabila seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.
Shahril Jaafar, 31, yang juga anak seorang kenamaan bergelar Datuk dari Pengkalan Jaya Bukit Kecil, Air Keroh, Melaka dituduh membunuh Chee Gaip Yap, 25, di kelab tersebut di antara pukul 5.30 petang pada 14 Januari 2006 hingga 3.05 pagi keesokan harinya.
Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu hanya dapat dilakukan semalam selepas tertuduh sebelum ini telah melarikan diri ke Perth, Australia sebelum dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 17 Januari lalu.
Dia melarikan diri ketika dibebaskan sementara bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh tersebut.
sumber : kosmo online

Penyamun tewas kali keempat


AMPANG: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Perumpamaan itu bersesuaian dengan seorang penyamun apabila kegiatannya memecah masuk sebuah rumah kedai di Pandan Indah, di sini, sejak lima bulan lalu tumpas selepas ditahan polis, kelmarin.
Pemuda berusia 20-an terbabit sering menjadikan rumah itu sebagai habuannya apabila mencuri telefon bimbit dan wang serta barangan berharga milik penyewa. Malah, lelaki itu juga tinggal di kawasan sama.

Mangsa, S Karthigan, 33, berkata sejak Ogos lalu, empat kali rumah kedainya itu dipecah masuk dan kali terakhir Jumaat lalu hingga menyebabkan kerugian RM3,000.


Katanya, dia mengesan penyamun itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di depan rumah kedainya itu dan membuat dua laporan polis terhadap lelaki itu namun tiada tangkapan. Tetapi, kejadian Jumaat lalu berjaya menahan lelaki itu selepas dia masuk ke dalam rumahnya yang kini disewa lima pelajar.

“Ketika kejadian, lima pelajar itu sedang tidur dan tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit yang melarikan wang RM50 dan telefon bimbit.


“Semua penghuni tidak sedar kehadiran lelaki itu dan mengetahui kejadian keesokan paginya selepas melihat tombol pintu dan jeriji besi dipotong,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya sejurus kejadian.



Menurutnya, lelaki itu seperti menggunakan ilmu pukau kerana semua penghuni tidak menyedari kedatangannya namun kehadirannya dikesan melalui CCTV.

Katanya, selepas lelaki itu ditangkap kelmarin, semua penghuni kawasan berkenaan yang menerima nasib sama tampil dan memberitahu rumah masing-masing sering dimasuki penyamun, tetapi tidak dapat mengesannya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pihaknya menahan seorang lelaki kelmarin yang kini direman.


sumber : myMetro

Hantu Kak Limah kena samun


KUALA LUMPUR: Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.
Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.



“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya



sumber : myMetro

Ana Raffali nikah jurugambar 25 Februari


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ana Raffali atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, bakal melangsungkan pernikahannya pada 25 Februari ini dalam majlis yang dirancang secara sederhana di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu memilih jurugambar bebas, Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30, sebagai suaminya ketika memaklumkan perkara itu dalam sidang media di PNB Darby Park, di sini, semalam.

Ana berkata, majlis bakal bermula dengan acara pertunangan pada jam 10.30 pagi dan disusuli akad nikah sejam kemudian.


“Selama ini saya tidak pernah menganggap diri sebagai selebriti dan seperti orang biasa juga. Jadi, kami ingin mengadakan majlis ini secara sederhana,” kata Ana.

Menurutnya, majlis pernikahan akan disempurnakan sendiri bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor manakala majlis resepsi turut diadakan pada hari sama di pekarangan masjid itu.


“Keluarga Naim merisik saya Disember lalu dan bersetuju untuk melangsungkan pernikahan pada 25 Februari ini. Sepatutnya, majlis itu diadakan pada 24 Februari bersamaan hari jadi Naim, tetapi tarikh itu tidak sesuai.



“Tidak salah sekiranya majlis itu dianjakkan lewat sehari kerana lebih penting kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu yang dianggarkan 1,000 orang,” katanya.


sumber : myMetro

Lihat video ini,sebagai seorang ibu sanggup anda memperlakukan anak anda begini





Sanggupkah anda yang berfikiran waras menyuruh dan berbuat begini
semata-mata untuk mengambil barang yang terjatuh....
tanap memperdulikan keselamatannya.

Sanggup pelihara 4,600 kalajengking kerana nak tebus dosa

Seorang pemuda di Thailand sanggup menjaga dan memelihara lebih dari 4.600 kalajengking sebagai haiwan peliharaan untuk menebus kesalahannya masa silam iaitu telah memasak dan memakan kalajengking  untuk menjual sebagai makanan ringan. Hal ini dilakukan Suang Puangsri yang berusia 38 tahun  setelah ini menerima Buddha sebagai agama yang dianutinya.Sebelum ini dia tidak beragama.


Dalam bermeditasi selalu Suang memasukan kalajengking kedalam mulutnya selama berjam-jam


Pemuda yang kebal racun kalajengking ini setiap hari menyediakan banyak cengkerik sebagai makanan haiwan  tersebut. Waktunya  banyak dihabiskan untuk bermeditasi di ruangn bawah rumahnya yang berlantai tanah, dan di ruangan tempatnya bermeditasi sekaligus tempat para kalajengking itu hidup dalam keadaan redup tidak banyak cahaya serta lembab. Sambil bermeditasi Suang sering memasukan kalajengking kedalam mulutnya untuk ritual nya menyayangi haiwan yang dulu pernah dibunuhnya  untuk dijual.






Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved