Bintik aneh di mata 9 bulan,rupanya cacing

on 30 Januari 2012



Berawal dari 2 bintik aneh di mata kiri, seorang  lelaki berjumpa seorang doktor. Tak disangka, bintik tersebut adalah cacing giling yang sudah 9 bulan bersembunyi di balik bola matanya.


John Matthews, dari Iowa  mengalami gangguan penglihatan sejak kemunculan bintik-bintik di matanya. Kerana khuatir, dia pergi ke hospital milik University of Iowa.


Setelah menjalani berbagai ujian, para dokor mengungkap gangguan penglihatan yang dialami Matthews disebabkan oleh adanya parasit. Dan ternyata, parasit yang nampak sebagai bintik aneh di mata kiri itu adalah seekor cacing.


Doktor menggunakan laser untuk mengeluarkan binatang tersebut. Dua tembakan laser di gunakan sebelum cacing itu mati dan boleh dikeluarkan.


Dia mengatakan  merasakan cacing itu bergerak-gerak di belakang bola mata untuk menghindari dari tembakan sinar laser.


Beruntung Matthews tidak mengalami buta walaupun mengalami kerosakan permanen di bahagian retina mata. Tidak diketahui pasti bagaimana parasit tersebut boleh masuk ke mata, namun  Matthews mendapatkannya ketika bercuti ke Mexico 9 bulan yang lalu ataupunm cacing giling itu didapatinya dari seekor rakun yang ia tangkap ketika berburu.


Rakun (Procyon lotor) dikenal sebagai salah satu rumah utama bagi cacing giling. Jutaan telur cacing di dalam perut rakun mudah sekali menular kepada para pemburu yang menangkapnya.(link)







Kesian wanita ini terkencing depan mesin ATM

Kesian wanita ini..kenapa tak pergi kencing dulu?
Kalau ye penting sangat pergilah cari tandas kencing dulu....
Nikan dah terkencing dalam seluar...


Kahwin sekali empat orang

Seorang lelaki Afrika Selatan telah menikahi empat wanita sekaligus pada masa yang sama. Namanya Milton Mhbele, dia berumur 44 seorang pengurus kota di Indaka. Hhukum di Afrika Selatan mengakui perkahwinan berpoligami. Walaupun sebenarnya biasa di sana, tetapi jarang terjadi pernikahan seperti kali ini.


Dia telah menikahi Thobile Vilakazi selama 12 tahun dan memiliki 11 anak. Pada 26 September, dia menikahi Thobile untuk kedua kalinya dan juga menikahi tiga isteri baru: Happiness Mdlolo (24), Zanele Langa (24) and Smangele Cele (23). Wanita-wanita ini semuanya mengenakan gaun putih dan masing-masing menerima cincin dan ciuman dari pengantin lelaki.


Isteri-isterinya ini akan hidup secara berasingan dans uami mereka akan digilir di antara mereka.


Lelaki ini berkata bahawa dia menabung untuk menggabungkan upacara ini. Dia juga menambahkan: "Saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti antara saya dengan mereka, tapi saya sangat gembira tentang hal ini, bukan hanya kerana saya belum pernah melakukannya sebelumnya, tetapi kerana saya percayaakan hal ini."


sumber : unic77.tk

Remaja mencuri laptop kerana nak check status facebook

Seorang pemuda 19 tahun mencuri laptop di restoran Starbucks di Florida, Amerika Syarikat, kerana ia dilarang meminjam untuk melihat halaman Facebooknya.


Menurut polis, pemuda itu, Cory R. Kinney, melihat seorang pelanggan sedang asyik minum sambil membuka laptopnya. Kinney, seperti lebih 150 juta orang di dunia lain yang ketagihan Facebook, tiba-tiba ingin membuka halaman sosial itu.


Dia meminta izin meminjam laptop. Tapi si pemilik laptop menolak. Kinney  menerima penolakan itu dengan baik-baik. Dia kemudian meninggalkan Starbucks tetapiTiba-tiba saja, Kinney berlari masuk, mengambil laptop, dan berlari keluar. Nasibnya tidak baik kerana ada dua orang yang sedang berada di tempat letak kereta melihat dan manahannya.


Petugas keselamatan pun datang dan menangkapnya. Laptop itu kembali ke pemilik semula, sedang Kinney didakwa kerana mencuri.(link)

Bunuh,basuh kemudian tidur sebelah mayat selama sebulan

Seorang lelaki berasal dari New Zealand ini menjerut teman wanitanya, warga Thailand dan kemudian tinggal dengan mayatnya selama sebulan.


Gordon Hieatt, 48, didakwa membunuh Nuttidar Vaikaew, yang juga berusia 48 tahun selepas mereka bertengkar di apartmennya April tahun lalu.


Dia kemudian membasuh mayat wanita itu dan tidur bersamanya di atas katil. Hieatt bagaimanapun menolak dakwaan dia mengadakan seks dengan mayat itu. Hieatt juga meletakkan gaun pengantin di kepala mayat Nuttidar dan meneruskan kehidupan hariannya seperti biasa.


Pembunuhan itu hanya diketahui apabila tuan rumahnya yang datang untuk mengutip sewa menyedari bau teramat busuk dari dalam rumah itu apabila Hieatt membuka pintu.


Apabila polis datang untuk menyiasat pada awal Mei, mereka mendapati kipas dihala ke mayat itu dengan tujuan untuk mengurangkan bau busuk itu.


Hieatt mengaku membunuh wanita Thai itu ketika bersembang menerusi Internet dengan seorang pelacur di Thailand. Hieatt bagaimanapun mem- beritahu mahkamah, dia tidak berniat membunuh Nuttida.
(link)

Parah...Christina Aguilera 'Tembus' di Atas Pentas


Seorang publik figure tentunya dituntut untuk selalu sempurna di atas pentas. Namun kecelakaan boleh hadir pada siapa saja, termasuk artis seperti Christina Aguilera.


Dilansir dari Aceshowbiz, penyanyi Beautiful ini membuat hadirin terkejut dengan insiden yang menimpanya saat hadir dalam pemakaman Etta James pada Sabtu (28/1) lalu. Ketika asyik bercakap di atas pentas, tiba-tiba Christina nampak mengeluarkan cairan yang mengalir melalui  kakinya.


Menyedari dirinya jadi pusat perhatian, juri THE VOICE ini pun buru-buru mengelap cairan itu dan kembali meneruskan pidatonya. Namun hingga kini, tidak ada penjelasan rasmi tentang cairan apa yang mengalir di kakinya tersebut. Beberapa pihak berspekulasi bahawa cairan itu adalah darah haid.


Kehadiran Christina ke pemakaman Etta James sendiri memang atas undangan dari pihak keluarga. Selain untuk menghormati mendiang, penyanyi 31 tahun tersebut sengaja diundang untuk menghibur keluarga dan pelayat yang hadir. Christina sendiri mengaku sangat senang mendapat undangan itu.


"Tidak setiap hari seorang artis dapat bertemu dengan orang yang menginspirasi diri dan karier artis itu sendiri. Tidak hanya kerana saya memang punya kesempatan untuk bertemu idola saya, Ms. Etta James, tapi juga kerana diminta keluarganya untuk tampil dalam acara memoriam yang sangat menyentuh namun memilukan ini," demikian ucapnya di atas pentas.


Sumber : http://musik.kapanlagi.com

Nasib baik dia orang ni jalan siang hari


Bagaimana kalau kita punya kakak macam ni?

Apakah agaknya nasib adik-adik jika kita mempunyai kakak
seperti ini....mati agaknya..






Mati kerana tak boleh kentut


kentut Pictures, Images and Photos
Banyak orang yang merasa malu jika kentut, kerana masalah kentut ini selalu dinilai salah dari sisi etika dan kesopanan. Tapi jangan remehkan pasal kentut ini, kerana orang boleh meninggal hanya gara-gara tak boleh mengeluarkan gas dari tubuh.

Dalam kehidupan normal, kentut merupakan hal yang sihat kerana menandakan sistem pencernaan khususnya gerakan peristaltik usus hingga anus berjalan dengan normal.

Bila frekuensinya berlebihan, maka menandakan adanya gangguan di perut. Tapi yang lebih buruk dan dapat mengancam nyawa adalah bila orang tidak boleh mengeluarkan gas dari dalam tubuhnya atau kentut.

Ketidakmampuan tubuh mengeluarkan gas atau kentut dari dalam tubuh dapat mengancam jiwa kerana disebabkan oleh keadaan peritonitis. Peritonitis adalah peradangan (iritasi) dari peritoneum,iaitu jaringan tipis yang melapisi dinding bahagian dalam perut dan mencakup sebahagian besar organ perut.

Perut (abdomen) sangat sakit, kembung dan kadang lembek. Rasa sakit akan semakin memburuk ketika perut disentuh atau bergerak.

  • Ketidakmampuan mengeluarkan gas atau kentut dari tubuh
  • Demam dan menggigil
  • Terdapat cairan di perut
  • Susah buang air besar
  • Kelelahan berlebihan
  • Hanya sedikit buang air kecil
  • Mual dan muntah

Peritonitis dapat mengancam kehidupan dan dapat menyebabkan beberapa komplikasi yang berbeza. Ada tiga jenis peritonitis, yaitu sebagai berikut:

1. Peritonitis spontan
Peritonitis spontan biasanya disebabkan oleh infeksi ascitesascites, iaitu pengumpulan cairan dalam rongga peritoneal. Hal ini biasanya terjadi kerana gagal hati atau ginjal.

Faktor risiko meliputi penderita penyakit hati termasuk orang yang meminum alkohol berlebihan dan penyakit lainnya yang mengarah ke sirosis, seperti virus hepatitis kronis (hepatitis B atau hepatitis C).

2. Peritonitis sekunder
Peritonitis sekunder memiliki beberapa penyebab utama, salah satunya kerana bakteria. Bakteria dapat memasuki peritoneum melalui lubang (perforasi) pada saluran pencernaan. Lubang tersebut dapat disebabkan oleh usus buntu yang pecah, radang lambung, perforasi usus, atau luka, seperti luka tembak atau pisau.

Peritonitis sekunder juga dapat terjadi jika hempedu atau bahan kimia yang dilepaskan oleh pankreas (enzim pankreas) bocor ke selaput rongga perut.

Kontaminan asing juga dapat menyebabkan peritonitis sekunder jika masuk ke dalam rongga peritoneal. Hal ini dapat terjadi selama penggunaan kateter dialisis peritoneal atau tabung makan.

3. Peritonitis dialisis
Peritonitis dialisis adalah peradangan pada selaput rongga perut (peritoneum) yang terjadi ketika seseorang menerima dialisis peritoneal, yang disebabkan oleh bakteria yang masuk ke wilayah tersebut pada prosedur dialisis. Bakteria kulit atau jamur dapat menyebabkan infeksi.

Penyebab peritonitis harus diidentifikasi dan segera diubati. Bila Anda mengalami gejala-gejala tersebut, segeralah menghubungi doktor atau ke hospital keranna keadaan ini boleh sangat berbahaya dan mengancam nyawa. Pengubatan biasanya melibatkan operasi dan antibiotik

Bila pramugari tak ada kerja







Terpaksa belajar mengeja dan memandu setelah tertusuk pisau 9in

OnMary sedang berkebun ketika kejadian ini berlaku.Dia tersandung dan secara tidak sengaja mendapat pisau dapur 9 inci tertusuk di matanya, di Battle Ground, Washington.Setelah di  x-ray 180 kali selama18 jam dan kemudian dia di bedah. Setelah sembuh daripada pembedahan Maria harus mempelajari kembali cara mengeja dan memandu. Inilah gambar yang diambil oleh jirannya.



Pasangan berzina dapat ditangkap kemudian direndam

Panasnya hubungan asmara Amir Mukhtar (26) dan kekasihnya Ernawati (22)  berakhir setelah ratusan berjaya menangkap  mereka. Dengan keadaan separuh bogel, keduanya direndam dalam kolah mandi.


Keduanya berzina di kampung Gampong Crung Padang Tiji. Setelah tertangkap basah  keduanya diserahkan kepada pihak berwajib Padang .


Menurut keterangan penduduk kampung, pelaku ‘zina’ tersebut sering berkunjung ke rumah M. Isa. Mereka juga sering diperingatkan oleh penduduk kampung namun mereka tak mengindahkan larangan. Hingga sejumlah penduduk melakukan pengintipan. Ketika keduanya berada dalam bilik sedang bercumbu, penduduk terus memasuki bilik dan menangkap pasangan itu. Dengan keadaan separuh bogel, Amin dan Erna dibawa ke luar rumah.


Kerana geram kampung mereka di kotori ,kedua pasangan itu kemudiannya direndam.Kedua ibubapa mereka juga dipanggil untuk meyaksikan kelakuan anak-anak mereka.Mereka dikatakan baru berkenalan setahun yang lalu.

[Video] Diserang singa ketika diwawancara

Lelaki ini berfikir mana ada singa yang di dalam kandang yang
mampu mengigit tetapi jangkaannya kurang tepat,singa itu 
dapat juga mengigit tangan lelaki ini...





[gambar] Lelaki di lenyek lori


Ini gambar kemalangan seorang lelaki dilanggar lori..
Badannya telah di lenyek oleh tayar lori ini...

Atok paku kepala sendiri,kanak-kanak tertusuk tombak


Gambar di atas (kiri) adalah seorang atok bernama Lin, 66 tahun, berasal dari Yuyi, Daerah Fujian, China Selatan, yang memaku kepalanya sendiri sedalam 20 cm kerana marah kepada isterinya yang memaki hamunnya kerana dia bermain judi.


Gambar (kanan) adalah kanak-kanak dari India, Meehul Kumar, 3 tahun. Kanak-kanak ini, yang sedang bermain di rumahnya, dia terjatuh lalu tertusuk tombak besi berukuran sekitar 2 meter. Tombak itu terus tertusuk menembus perut. Lihat gambar mengerikan ini, Kumar jadi seperti ’sate yang siap di panggang’, kerana tombak menembus dari kanan ke kiri.

[Kejam] Gadis ini bergambar bogel dengan kucing yang disiat kulitnya

Bila pertama kali tengok gambar ini macam tak percaya..
adakah sampai macam ni sekali kekejaman manusia..
kucing yang ada didalam gambar ini telah disiat kulitnya...
kemudian gadis ini bergambar pulak dengannya....


Inilah manusia yang disebut seperti lembu dicucuk hidung

Agaknya pepatah lembu di cucuk hidung itu amat sesuai bagi mereka
yang ada dalam gambar di bawah ini...




Lubang diperut lelaki ini untuk apa?

Lelaki ini mempunyai lubang di perutnya.
Tapi apa kegunaan lubang ini????



agaknya untuk apa?

Gila babi,babi gila pun tak buat macam ni

Maaf tajuk agak kasar sikit.Tapi aku merasa kesian tengok 
perempuan ini.Betapa rendahnya martabat dia.Sanggup diperlakukan
sebegini rupa.Sama ada dia rela atau dipaksa sepatutnya dia tidak merendahkan
martabatnya.Wanita adalah satu makhluk ciptaan Tuhan yang sangat indah dan 
tidak sepatutnya dia sanggup bertindak sebegini rupa.

sumber gambar : unic77.tk

Bukan nak menghina tetapi berasa kesian kenapa dia sanggup diperlakukan
begini.Harapan wahai kaum wanita kamu makhluk yang cukup 
istimewa.Pelengkap hidup pada kaum lelaki.Jaga maruah dan kehormatan diri.
Wahai kaum lelaki kamu adalah pelindung kepada kaum wanita.Jangan kerana mereka lemah
kamu sanggup memperlakukan mereka sebegini.
Yang penting kita saling hormat-menghormati.....
Dalam Islam wanita itu cukup-cukup istimewa........


Ulat dalam kepala akibat makan shushi dan sashimi



Inilah akibat makan sushi dan sashimi(ikan mentah,sotong mentah, udang mentah).Shota Fujiwara 80 tahun dari Gifuprefecture,Jepun telah menderita sakit kepala yang luarbiasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya.






Setelah menjalani pemeriksaan Ct-scan dan x-ray doktor  yang merawatnya menemui sarang ulat dibawah kulit kepalanya,namun masih diluar tempurung otaknya.


Ulat yang terdapat dikepala Shota adalah berasal dari parasit yang selalunya terdapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut atuapun ikan air tawar.Ulat parasit dan telurnya ini hanya boleh dimatikan dengan proses pemasakan dengan suhu yang tinggi.(link)

Ibu Keji, Sanggup Bunuh Anak Sendiri Agar Dapat Klaim Insurans


‘Kasih Ibu Sepanjang Masa”. Pepatah ini sepertinya tidak berlaku bagi seorang ibu bernama Susan Hendricks (48). Kerana demi mendapatkan wang insurans dia rela membunuh kedua anaknya. Seperti dikutip Reuters, ibu dari South Carolina ini cuba membela diri dengan mengatakan kepada polis bahawa anaknya yang telah membunuh tiga anggota keluarga sebelum akhirnya bunuh diri.


Namun, alibi Susan tidak boleh diterima sehingga ibu berusia 48 tahun itu didakwa atas tuduhan pembunuhan demi memperoleh wang insurans. ”Susan Hendricks (48) ditahan kerana membunuh dua anak lelaki, bekas suami dan ibu tirinya setelah ditahan di sebuah motel pada Isnin malam,” kata polisi.


Susan juga dituduh  atas kepemilikan senjata selama melakukan aksi jenayahnya. Yakni, sebuah pistol yang disimpan di dalam almari kecilnya. Polis dipanggil ke sebuah rumah di Liberty, South Carolina, pada 14 Oktober, kata Asisten Ketua Polis Pickens County Tim Morgan.


Berdasarkan penyelidikan di Tempat Kejadian Perkara (TKP) serta barang bukti forensik dan wawancara dengan anggota keluarga, polis menyimpulkan keterangan yang disampaikan Susan tidak benar. Anggota keluarga memberitahu polis mengenai motif Susan sebenarnya adalah klaim insurans. Susan akan menerima wang insuransberlipat-lipat dari para korban jika aksinya berhasil.(Sumber)

Pameran festival keranda bentuk unik


LONDON - Satu pameran tentang pelbagai bentuk keranda unik bagi memenuhi permintaan orang ramai apabila mereka meninggal dunia diadakan di London.
Pelbagai bentuk keranda seperti kapal terbang, gerabak kereta api lama, biola dan singa dipamerkan yang dihasilkan oleh pembuat keranda Crazy Coffins yang beribu pejabat di Nottingham, Britain.
"Saya tidak berfikir bahawa tiada benda yang kami tidak boleh lakukan," kata Pengarah Urusan Crazy Coffins, David Crampton.
"Para pelanggan merupakan pereka, kami hanya membuat apa yang mereka mahu.
"Kami menyatakan kepada mereka (para pelanggan), terdapat satu pilihan terakhir," katanya.
Firmanya itu membuat keranda dalam pelbagai bentuk seperti bot Viking, kereta Rolls-Royce, papan luncur dan layang-layang. - AFP
sumber : kosmo online

Ibu brutal seret anak di sisi kereta kerana tertinggal bas sekolah


SALT LAKE CITY: Seorang wanita Wood Cross di Utah, ditahan kerana didakwa memaksa anak lelakinya berjalan di sisi kereta ketika dia memandu sambil menarik tali pinggang budak berusia sembilan tahun itu.
Menurut polis, wanita terbabit bertindak begitu selepas anaknya tertinggal bas sekolah.

Ketua Polis Wood Cross, Greg Butler, berkata tindakan itu berbahaya kerana budak terbabit boleh dilanggar kenderaan dari arah bertentangan.


“Kes ini diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Daerah Davis untuk ditentukan tindakan sewajarnya,” katanya.

Menurut Butler, wanita berkenaan memandu sangat perlahan dan anaknya mampu berjalan mengikut kelajuan kenderaan itu.


Seorang jiran menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan. - Reuters



sumber : myMetro

Majalah Fesyen Turki tanpa seks, pornografi


ANKARA: Sebuah majalah untuk Muslimah moden dan peka terhadap fesyen membuktikan ia boleh dijual tanpa memaparkan gambar seksi atau mendedahkan tubuh.
Semuanya bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang ‘mencabar’ gambar lucah.

Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, 32, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung.


Ala - bermaksud “paling cantik” - hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam.

Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah.


“Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan.




“Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu,” katanya.

Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda.


Ketika ini, Ala mempunyai edaran 30,000 naskhah setiap edisi dan kira-kira 5,000 dilanggan dari luar Turki.

Mehmet berkata, mereka tidak mempunyai pengalaman menerbitkan majalah sebelum ini.


“Kami berkecimpung dalam bidang pemasaran. Kami mahir memahami kehendak pasaran,” katanya kepada SpiegelOnlilne, semalam.


Menurut Mehmet, 1,500 langganan itu dihantar ke Jerman dan mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk keturunan Turki.


Menyedari keadaan itu, Ibrahim dan Mehmet bercadang untuk menerbitkan Ala edisi Jerman pada masa depan.


“Ia bukan produk untuk Muslim saja, sebaliknya akan dipasarkan kepada wanita pelbagai agama kerana gerakan ‘memerangi kelucahan’ penting kepada wanita,” katanya.


Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman. - DM



sumber : myMetro

Remaja mengaku curi duit, telefon bimbit ayah


KUALA TERENGGANU: Remaja bawah umur yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit milik bapanya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, mengangguk faham sebelum mengaku bersalah ketika pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit Motorola L7 milik bapanya, semuanya bernilai RM540 di rumah mereka di Chendering, di sini, antara jam 7.10 hingga 8.30 pagi pada 17 hingga 20 Januari lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 380 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noradila menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Mengikut fakta kes, mangsa menyimpan wang RM500 dalam sampul dalam sebuah rak kain di rumahnya pada jam 8 malam, 15 Januari lalu. Apabila menyedari kehilangan itu pada jam 8.30 pagi pada 20 Januari lalu, dia mengesyaki ia dicuri tertuduh.


sumber : myMetro

Rogol isteri rakan kerana sangka isteri sendiri


RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.
Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek.


Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama.

Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.


Selepas melepaskan nafsu setan, suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya, sebelum beredar.




Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.


“Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari.


“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.



sumber : myMetro

Budak 12 tahun ketua geng samun


ARAU: Seorang remaja lelaki bawah umur berusia 12 tahun mengetuai tiga lagi rakannya ketika memecah masuk sebuah kedai alat telekomunikasi dan komputer di Kawasan Perniagaan Arau, di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila suspek bersama rakannya berusia antara 15 dan 17 tahun dikatakan terdesak untuk mendapatkan telefon bimbit baru selain barang elektronik untuk dijual di pasaran gelap.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, keempat-empat suspek yang menunggang dua motosikal dipercayai cuba memotong besi tingkap bahagian belakang kedai itu.


“Mereka yang dipercayai baru pertama kali memecah kedai itu berjaya memotong besi tingkap dan ketika sedang menarik keluar besi itu, kereta peronda polis yang meronda di jalan itu melihat kelibat mereka mencurigakan,” katanya.

Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka bertempiaran lari sebelum dikejar dan berjaya menahan dua daripada suspek berkenaan berusia 15 dan 17 tahun sementara dua lagi berjaya melarikan diri.


Katanya, kedua-dua remaja itu menyerah diri di Balai Polis Arau, tengah hari semalam sebelum mengaku cuba memecah masuk kedai itu.



“Semua remaja itu berasal dari Tambun Tulang dan masih mempunyai keluarga kecuali suspek berusia 12 tahun yang tinggal bersama saudara selepas ibu bapanya bercerai,” katanya.


sumber : myMetro

Lelaki cintai isteri orang kena hukuman potong


SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.



Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.


sumber : myMetro

Maut nahas dilibas pelepah sawit


JASIN: Seorang tukang rumah maut dengan lehernya cedera parah selepas dipercayai terkena pelepah kelapa sawit apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok berkenaan di Kilometer 38 Jalan Garing-Kesang, dekat sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu mangsa, Lim Kok Leng, 47, maut di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa memandu Proton Iswara dari arah Durian Tunggal ke Kesang selepas menemui rakannya sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, mangsa memandu seorang diri dan kenderaannya dipercayai terbabas dan melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terpelanting dan melanggar pula sebatang pokok kelapa sawit di tempat kejadian.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat jam 9 pagi ini (semalam) sebelum dituntut warisnya,” katanya, di sini, semalam.


Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, mangsa adalah anak kedua daripada 10 beradik.



Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya ketika kejadian.


sumber : myMetro


Gempar lelaki terlentang atas but kereta


KOTA TINGGI: Pengguna jalan raya di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini, gempar apabila terlihat seorang lelaki bertopi keledar terlentang di atas but Toyota Altis, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, ramai yang berhenti kerana mahukan kepastian, kemudian mendapati lelaki terbabit sudah meninggal dunia selepas motosikal ditunggang merempuh kereta berkenaan.

Berdasarkan dokumen perjalanan ditemui padanya, mangsa dikenali sebagai Johari, 32, berasal dari Surabaya, Indonesia dan bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran.


Pemandu kereta itu, Gan Chee Meng, 42, dari Kluang berkata penunggang motosikal berkenaan tiba-tiba memasuki laluannya lalu merempuh keretanya.

“Saya tergamam dan tidak sempat mengelak. Mangsa tercampak pada cermin depan kereta sebelum tubuhnya bergolek dan jatuh ke but belakang.


“Saya gagal mengawal kereta menyebabkannya terbabas di bahu jalan kira-kira 25 meter dari lokasi rempuhan,” katanya di tempat kejadian.




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian.

“Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi bedah siasat sebelum dituntut warisnya untuk dihantar pulang ke kampung halamannya.


“Kami sudah merekodkan keterangan pemandu kereta berkenaan dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.


sumber : myMetro

‘Ditumbuk, dipukul, diserang perkara biasa’



KUALA LUMPUR: “Setiap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilatih menguasai seni mempertahankan diri seperti silat bagi menghadapi sebarang situasi berbahaya termasuk kemungkinan diserang ketika melakukan operasi penguatkuasaan,” kata Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, semalam.
Beliau berkata, selain itu, semua anggota penguat kuasa DBKL diarahkan mengambil langkah berhati-hati bagi menghadapi sebarang keadaan ketika operasi termasuk ketika menghadapi keadaan tegang.

Katanya, semua anggota penguat kuasa biasanya dibekalkan dengan cota manakala bagi anggota berpangkat tinggi seperti inspektor atau pesuruhjaya penguatkuasaan, mereka dibekalkan senjata api bagi mempertahankan diri.


“Ditumbuk, dipukul atau diserang memang biasa dan sering berlaku kepada anggota penguat kuasa DBKL. Ia cabaran kita yang sentiasa terdedah bahaya dalam usaha memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan media Sabtu lalu, mengenai seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang cedera selepas diserang 30 lelaki dipercayai tonto ketika melakukan operasi membanteras kafe siber haram di Taman Sri Duyong, Kandang, Melaka.


Kejadian jam 11.45 malam itu berlaku selepas kumpulan penguat kuasa terbabit selesai memasukkan peralatan komputer dirampas dari sebuah kafe siber di kawasan itu ke dalam van.



sumber : myMetro

Kenapa tangan dan kepalanya?

 akibat terbakar....

di pancung ketika pergaduhan....

Orang aneh penikahannya pun aneh








Siap pakai G-string lagi....

Apakah ini pernikahan kerana cinta atau terpaksa?







Setelah melihat gambar..apakah ini pernikahan kerana
cinta atau terpaksa? Tidak diketahui berapa umur lelaki dan wanita ini tapi
daripada gambar lelaki selayaknya di panggil cucu oleh wanita ini.Cinta
itu buta atau buta kerana cinta...mungkin ada keistimewaan wanita ini yang 
membuat lelaki ini tertarik...


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved