Lelaki 78 tahun dituduh rogol jururawat peribadi 23 kali dalam sebulan

on 28 Januari 2012

Seorang jururawat peribadi yang berasal dari Indonesia berusia 25 tahun mengaku diperkosa oleh majikannya di Taiwan yang berusia 78 tahun hingga 23 kali dalam sebulan. Demikian diberitaka NowNews.


Dalam pengakuannya kepada pihak polis, dia mengatakan dirinya diperkosa di bilik mandi dan juga
ruang tamu antara Februari dan September dan dia juga mengatakan  majikannya memberinya beberapa ubat-ubatan sebelum memperkosanya.


Dalam pengakuannya, jururawat ini juga menuduh  majikan mengancam akan mengirimnya kembali ke Indonesia. Tetapi, pasukan penyiasat kemudian menemukan perbezaan dalam pernyataannya dan membatalkan tuduhan itu.


Pasukan penyiasat  kemudian mengatakan jika wanita akhirnya mengaku bahwa  majikan tidak memperkosanya namun memintanya melakukan  hubungan seks  dengan dirinya.


"Dia mengatakan bahawa isteri  majikan memintanya melakukan hubungan seks dengan anak laki-lakinya," demikian kata pasukan penyiasat.Lelaki itu mengatakan dia menyewa perawat tersebut untuk merawat isterinya pada Februari lalu.


Lelaki itu juga mengatakan, jururawat itu sebenarnya yang ingin mengadakan hubungan seks dengannya namun ia tak boleh lagi melakukannya. Seorang kawan lelaki tua itu mengaku bahawa  jururawat itu selalu menawarkan untuk mengadakan hubungan seks dengan bayaran setiap kali dia berkunjung ke rumah lelaki tua itu.


sumber : tribunnews.com

Ada seorang ibu boleh keluarkan 3 liter susu badan sehari

Jika sebahagian ibu merasa sedih tidak boleh memberikan air susu ibu (ASI) secara cukup kepada bayinya kerana kesulitan mengeluarkannya tetapi tidak pada  Luo, yang berasal Chongqing, Daerah Sichuan, China.Setiap hari dia mengaku boleh mengeluarkan air susu hampir tiga liter.


Jumlah lebih dari cukup untuk dinikmati anak perempunya yang berumur 6 minggu Shan Shan. Agar tidak membazir susu itu terpaksa diminum oleh ibunya (nenek Shan Shan), suami Luo sendiri dan ibu mertuanya. Tapi tetap air susu itu tetap terbuang kerana berlebihan.
Hingga akhirnya ibu mertua  Luo mengatakan bahawa susu yang mereka minum itu terlalu banyak dan memberikan saranan agar  Luo memandikan bayinya dengan air susu yang melimpah itu.


“Kenapa susu itu tidak dimanfaatkannya untuk memandikan bayi. Dia pun akhirnya menerima saranan saya,” kata mertua Ny Luo seperti dikutip  China News.
Setelah memandikan Shan Shan beberapa hari dengan air susu ibu itu, Luo ternyata mengaku cukup puas dengan saranan itu. Menurut dia, anaknya kini memiliki kulit yang lebih lembut dan putih sejak dimandikan dengan air susu ibu.


Meski demikian Luo tetap saja merasa tidak selesa dengan hal itu. Dia berniat untuk menyumbangkan air susunya kepada yang lebih memerlukan.

Pintu rahsia yang gempak















sumber : stomp.com.sg

Demi Moore cium budak 15 tahun kecoh di internet


infospesial.net -   Beberapa wkatu lalu Demi Moore diberitakan sedang sakit dan masuk hospital, kini publik dihebohkan dengan video yang memperlihatkan Moore sedang mencium budak lelaki berusia 15 tahun. Video menjadi sorotan ketika Entertainment Tonight mempublikasikan gambar tersebut.


Dalam video yang dibuat tahun 1982 lalu itu, terlihat Moore mencium bibir Philip Tanzini yang merupakan bintang filem 'General Hospital' bersama Moore juga. Kejadian tersbeut dilakukan pada perayaan ulang tahun Tanzini yang ke 15 tahun.


"Aku sangat mencintainya. Ia adalah orang yang paling disukai," kata Moore dalam video itu. 






Pada tahun 1982, diketahui Moore telah menikah dan berumah tangga dengan suami pertamanya, Freddy Moore. Meski demikian, Moore terlihat santai mencium bibir Tanzini dengan penuh ghairah. 


"Aku mencintaimu Tanzini. Dan dia satu-satunya yang kucintai," ucap Moore sambil tertawa.


Moore sendiri ketika menikahi Ashton Kutcher tahun 2005 lalu dianggap sebagai wanita yang menggemari lelaki yang usianya lebih muda. Perbezaan usia Moore dengan Kutcher terpaut jauh yakni 16 tahun. Dan kini pun Demi Moore dan Ashton Kutcher telah bercerai, akibat Ashton  berselingkuh.

[Pelik]Lelaki 60 tahun potong zakar untuk meningkatkan ilmu kung fu

Semasa singgah satu blog ada satu kisah seorang tua yang memtong zakarnya semata-mata untuk
menguasai ilmu kung fu..sila baca petikkan dibawah....


gambar hiasan

City Evening News melaporkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Jilin, China bertindak memotong zakarnya semata-mata untuk menguasai ilmu kung fu. Lelaki itu mendakwa sifunya memberitahunya dalam mimpi agar memotong zakarnya jika mahu meningkatkan penguasaan ilmu kung funya - Qi Gong. Lelaki itu juga mendakwa sifunya turut mengarahkannya agar memusnahkan barang dan harta bendanya. 


Keesokan harinya, lelaki dengan nama keluarganya Zhang terlompat-lompat sekeliling rumah kerana tidak dapat menahan kesakitan selepas memotong kemaluannya. Dia kemudiannya rebah dan tidak sedarkan diri.


Orang kampung yang menjumpai lelaki itu dalam keadaan bogel kemudiannya menelefon polis. Selepas membuat pemeriksaan, pihak polis menemukan zakar lelaki itu di rumahnya, namun pihak hospital gagal menyambungnya semula kerana kecederaan yang teruk pada zakar tersebut.


Selepas sedarkan diri, lelaki itu menceritakan perihal mimpinya itu kepada pihak polis.


sumber : duniacacamarba.blogspot.com (terima kasih)

Wanita adakan pesta besar-besaran raikan penceraiannya


Umumnya seseorang rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat besar untuk merayakan pesta pernikahan. Namun, perempuan yang seorang ini sanggup mengeluarkan dana yang besar untuk merayakan pesta perceraiannya.


Perempuan asal Arab Saudi rela berbelanja sebesar USD2665 untuk menyewa sebuah aula besar demi mengadakan pesta perceraiannya. Dirinya pun tidak lupa mengundang ratusan kerabat dan teman-temannya untuk ikut merayakan pesta perceraiannya.


"Perempuan itu menepati janjinya untuk mengadakan pesta besar guna merayakan perceraiannya," ujar Suratkabar Sabq seperti dikutip emirates247, Jumaat, (27/1/2012).


Perceraian menjadi suatu hal yang dipilih oleh perempuan itu kerana suaminya berselingkuh dengan banyak wanita selama 20 tahun. Awalnya sang suami menolak menceraikan dirinya, namun berkat desakan sang isteri, dirinya langsung menyetujui perceraian itu.


Ratusan perempuan dilaporkan menghadiri pesta perceraian yang meriah itu. Para tamu yang hadir pun menikmati dengan alunan musik dan berbagai makanan. Tampaknya perempuan itu sengaja ingin berbagi kebahagiannya dengan perempuan lain, kerana band yang diundang pun adalah sebuah band perempuan.


Sumber : http://international.okezone.com

Gempak pelukis dari Malaysia ini guna bola basket untuk lukis gambar Yao Ming

Pelukis dari Malaysia, yang saat ini menetap di Shanghai, melukis Yao Ming (bekas pemain basketball NBA dari China) hanya dengan menggunakan bola basket dan cat merah. Menggunakan nama pengguna ohiseeRED, dia mengupload video saat sedang melakukan aksinya di YouTube.
Mahu lihat bagaimana bola basket beralih fungsi menjadi alat lukis? Lihat video di bawah ini 



sumber: Huffington Post

Krishan Bansal: Manusia Penghitung Wang Super Cepat dari India [Video]


Setelah berita tentang pekerja kilang kad dengan tangan ekstra cepat di China dan petugas stempel profesional di Jepun, kali ini ada lagi manusia bertangan cepat lainnya, iaitu Krishan Bansal yang berasal dari Uttar Pradesh, India. Dia mampu menghitung sejumlah wang Rupee pecahan Rs 100 dalam waktu 19 saat.
Bansal tercatat dalam Limca Book of Record (semacam MURI-nya India) sebagai orang yang menghitung wang pecahan Rs 100 paling cepat se-India. Kecepatan Bansal dalam menghitung wang ini setara dengan mesin penghitung wang. Bahkan Bansal memiliki keunggulan dibandingkan dengan mesin wang. Jika mesin wang hanya menghitung wang saja, Bansal juga boleh membezakan antara wang asli dan palsu.



sumber: NBS,YouTube

Arnab Lucu yang Makan Pisang Jadi Hit Internet



Apabila disebut arnab, pastilah yang pertama terlintas difikiran kita adalah Carrot. Namun arnab gemuk yang lucu ini jelas-jelas lebih memilih pisang sebagai makanan kesukaannya.




Sambil tidur-tiduran di pelukan majikannya, arnab makan pisang dengan rakusnya


Klip video di YouTube ini memperlihatkan seekor arnab putih besar yang terbuai dalam pelukan pemiliknya, sambil dengan rakusnya mengunyah pisang.


Setelah dimuat naik setahun yang lalu, arnab putih lucu ini menjadi hit di internet, dengan lebih dari 280.000 penayangan.



Jom lihat aksi pasangan suami isteri menipu untuk hidup











Cuba bunuh diri sebab tertekan


KUALA LUMPUR - Niat seorang pelajar warga Pakistan untuk membunuh diri setelah dipercayai tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya tidak lama lagi tidak kesampaian apabila dia berjaya dipujuk oleh pihak polis dan saudaranya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tera Singh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.57 tengah hari semalam, pelajar berusia 20-an yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 28, Pangsapuri Vista Komanwel, Bukit Jalil di sini.
"Polis yang menerima panggilan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pelajar lelaki itu berada di balkoni rumahnya di tingkat 23 dan seperti mahu melompat.
"Melihatkan keadaan cemas itu, pihak polis meminta bantuan dua sepupu pelajar itu yang juga tinggal di kawasan pangsapuri sama untuk memujuk mangsa," katanya di sini semalam.
sumber : kosmo online

Batu zamrud sudah dipotong terbesar dunia dilelong


KELOWNA, British Columbia - Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.
Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.
Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini.
Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).
Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.
Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. - Agensi
sumber : kosmo online

Pelacur terkenal berdarah Maghribi jadi pereka fesyen


PARIS - Setahun lalu, seorang pekerja seks Perancis berdarah Maghribi, Zahia Dehar menjadi tajuk utama akhbar apabila dia didakwa dibayar tiga bintang bola sepak Perancis untuk menjalin hubungan seks ketika dia masih di bawah umur.
Pendedahan tersebut nyaris memusnahkan kerjaya tiga bintang bola sepak iaitu Franck Ribery, 28, Karim Benzema, 23, dan Sidney Govou, 31.
Namun, nasib Zahia, 19, jauh lebih baik apabila dia kini bergelar model peragaan dan tidak lagi berkecimpung dalam aktiviti tidak bermoral itu.
Pada Rabu lalu, koleksi pakaian dalam dan musim panas serta bunga ciptaan Zahia diperagakan di pentas Palais Brongniart di sini sempena Minggu Fesyen Couture.
Palais Brongniat merupakan bekas Bursa Saham Paris.
Beberapa model memperagakan fesyen pakaian dalamnya itu di depan sejumlah tetamu.
Pada akhir peragaan itu, Zahia muncul di pentas dengan memakai pakaian dalam yang jarang. - Agensi
sumber : kosmo online

Pepsi sangkal dakwaan guna janin dalam produk


CHICAGO: Senator dari Oklahoma, Ralph Shortey semalam mencadangkan undang-undang untuk mengharamkan sebarang penggunaan janin dalam makanan.
Rang undang-undang itu dikemukakan selepas khabar angin tersebar menerusi Internet, mendakwa syarikat minuman ringan, Pepsi, menggunakan janin dalam produknya.

PepsiCo menafikannya dan menyifatkan khabar angin itu sebagai palsu.


“PepsiCo tidak pernah menjalankan atau membiayai kajian yang menggunakan sebarang tisu manusia atau sel yang diperoleh daripada janin,” kata jurucakapnya, Peter land.

Khabar angin itu bermula ekoran permohonan paten daripada satu pembekal Pepsi yang memetik penggunaan sel HEK293 dalam proses kajian bagi satu penguji-rasa tiruan.


HEK293 diperoleh daripada janin yang digugurkan dan ia banyak digunakan dalam kajian bioteknologi. - AP



sumber : myMetro

Terlepas bas,budak berusia 10 tahun pandu kereta kesekolah


PARIS: Polis menahan seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas dia memandu kereta bapanya untuk ke sekolah apabila tertinggal bas, semalam.
Budak lelaki terbabit turut membawa bersamanya seorang kawan berusia sembilan tahun yang juga ketinggalan bas sekolah.

Jurucakap polis Valence berkata, budak itu memandu kereta Renault Megane bapanya sejauh kira-kira dua kilometer sebelum terbabas ke tepi jalan, tetapi tiada sesiapa cedera.


Ketika polis tiba, budak terbabit merayu tidak ditahan. - DM


sumber : myMetro

Parah..Harimau bintang baham wanita hamil


GUWAHATI: Dua orang, termasuk seorang wanita hamil cedera parah selepas dibaham seekor harimau bintang semalam, serangan ketiga seumpamanya dalam masa beberapa minggu.
Dalam kejadian terbaru itu, haiwan liar berkenaan dikatakan sesat dan berkeliaran di Guwahati, bandar terbesar di negeri Assam, India.

Harimau bintang itu mencetuskan panik apabila berkeliaran di kawasan berpenduduk padat di bandar berkenaan, tempat dia membaham seorang lekaki berusia 20 tahun dan seorang wanita hamil.
Suami wanita terbabit, Abid Ali berkata, isterinya kehilangan banyak darah dan pengsan.

“Dia cedera parah di belakang kepala,” kata lelaki itu.

Seorang lagi mangsa, Moziz Haq berkata, dia juga cedera di kepala.

“Ia seolah-olah mengetuk dan menampar dan saya rebah ke tanah dengan darah memercik pada seluruh tubuh,” kata Moziz kepada wartawan ketika ditemui di hospital.

Haiwan berkenaan kemudian ditembak menggunakan ubat pelali oleh pegawai hutan sebelum dihantar ke zoo di bandar itu.


Ia adalah serangan ketiga membabitkan harimau bintang di Guwahati bulan ini.

Dalam kejadian ngeri yang dirakam menerusi kamera, tiga orang cedera dan seorang mati apabila dibaham oleh seekor harimau bintang pada 7 Januari lalu.


Tiga lagi penduduk cedera dalam serangan berasingan minggu lalu.


Beribu-ribu penduduk India menjadi mangsa serangan haiwan liar setiap tahun, membabitkan gajah, harimau, harimau bintang dan ular.


Aktivis pemuliharaan alam sekitar berkata, semakin banyak haiwan liar memasuki bandar kerana perkembangan kawasan bandar dan industri menyebabkan habitat mereka semakin kecil. - AFP



sumber : myMetro

‘Aku tembak kawanku’


KUALA BERANG: Seorang lelaki tergamam apabila niatnya menyembelih haiwan liar yang berjaya ditembak ketika memburu di hutan Kampung Kuala Menjing, di sini, kelmarin, sebenarnya rakan sendiri.
Lebih menyayat hati, mangsa, Lans Koperal Yaseer Janudin, 26, yang bertugas di Cawangan Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suspek berusia 49 tahun sebaik menyedari kejadian malang yang berlaku kira-kira jam 9.45 malam itu.

Malah, suspek yang bekerja sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Kuala Berang sempat mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah sebelum mangsa yang masih bujang dan berasal dari Kampung Permatang Pasir, Melaka, meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat cedera parah di badan dan tangan kanan.


Kejadian malang itu dipercayai berlaku kira-kira tiga kilometer dari jalan besar. Difahamkan, sepasukan polis yang bergegas ke lokasi kejadian terpaksa berjalan hampir 500 meter sebelum tiba di lokasi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir, berkata mangsa dipercayai pergi ke hutan berkenaan kira-kira jam 5 petang bersama suspek sebelum disertai seorang lagi rakan mereka, Fauzi Mustapa, 29.



sumber : myMetro

Gila punya mak campak anak ke dinding kerana merengek minta susu


BATU PAHAT: Hanya kerana merengek meminta disediakan sarapan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dicampakkan ke dinding oleh ibunya selepas dipukul berkali-kali di rumah mereka di sini, kelmarin.
Kejadian dikatakan berlaku pada jam 7 pagi ketika kanak-kanak berkenaan sudah siap memakai pakaian seragam untuk ke sekolah. Sumber polis berkata, sebelum kejadian ibu mangsa yang berusia 30-an, sedang bersiap hendak menghantar anaknya itu ke sekolah berhampiran, namun mangsa merengek meminta diberikan sarapan terlebih dulu.

“Berikutan itu, suspek dikatakan naik angin lalu memukul mangsa berkali-kali sebelum mencampaknya ke dinding. Wanita itu kemudian menghantar anaknya ke sekolah dan memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa.


“Bagaimanapun, beberapa ahli keluarga menyedari kesan lebam pada mangsa memujuk kanak-kanak itu menceritakan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan ketakutan, mangsa menceritakan kejadian menimpanya dan ahli keluarga ibunya cuba menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun usaha itu dihalang suspek .


“Suspek turut memberi amaran kepada ahli keluarganya supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.



Keluarga suspek kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari yang sama.


sumber : myMetro

Misteri beg busuk dalam kereta


AMPANG JAYA: Mayat atau bangkai? Itu persoalan yang masih belum terungkai selepas polis menemui sebuah beg besar yang berbau busuk dalam di sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan perumahan di Pandan Indah, di sini, semalam.
Beg bersaiz besar itu ditemui di tempat duduk belakang kenderaan terbabit oleh penduduk di situ jam 4 petang sebelum memaklumkannya kepada polis selepas curiga berikutan baunya yang terlalu busuk.
Namun, sehingga jam 8 malam tadi polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti kandungan sebenar beg itu selepas ia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan PPUKM itu dijangka diperoleh selewat-lewatnya hari ini.




“Selepas menerima aduan, sepasukan forensik dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum pemeriksaan lanjut di tempat duduk belakang kereta itu menemui sebuah beg berukuran agak besar.

“Pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kandungan di dalam beg berkenaan. Ada kemungkinan ia mayat, namun kami belum pasti sehingga mendapat hasil pemeriksaan dilakukan PPUKM,” katanya.



sumber : myMetro

Tangan halimunan sapu bersih wang ATM


KUALA LUMPUR: Dengan kepakaran dimiliki, dua penjenayah menyapu bersih wang tunai berjumlah RM388,000 dalam mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Taman Connaught, Cheras, di sini, tanpa meninggalkan kesan rompakan.
Kedua-dua penjenayah licik yang memakai seragam pekerja syarikat kawalan keselamatan untuk mengelirukan orang ramai di stesen minyak itu dipercayai memiliki kemahiran tinggi yang membolehkan mereka memecahkan kod rahsia untuk menyelongkar mesin ATM berkenaan.
Kelicikan dan kepakaran mereka menyebabkan kehilangan wang tunai di mesin ATM itu hanya disedari jam 2.30 petang kelmarin dan pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati rompakan dipercayai dilakukan pada 4 Januari lalu.

Sumber polis berkata, kejadian disedari selepas petugas syarikat kawalan keselamatan memeriksa mesin ATM berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pihak bank dan laporan kehilangan wang dibuat di Balai Polis Cheras.




“Petugas syarikat kawalan keselamatan berkenaan terkejut apabila mendapati semua wang di dalam mesin ATM itu hilang sedangkan tiada sedikitpun kesan pecah atau rosak. Mereka kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak bank.

“Selepas rakaman CCTV di tempat kejadian diperiksa, didapati pada jam 5.30 petang, 4 Januari lalu, dua lelaki memakai pakaian seragam seakan-akan pekerja syarikat kawalan keselamatan membuka mesin ATM itu dan melarikan wang,” katanya.



sumber : myMetro

Maut pergi kenduri


JELI: “Arwah berhajat membeli kereta Mac depan menggunakan wang simpanan, tidak kesampaian apabila meninggal dunia terlebih dulu,” kata Ismail Mohamad, 53, selepas isterinya, Kamariah Rani, 50, terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 93.5, Jalan Kota Bharu-Machang-Grik dekat Kampung Lakota, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa menunggang motosikal jenis Nitro bersama anak lelakinya, Mohd Zarfan Daniel Daud, 9, dipercayai dirempuh Perodua ViVa yang dalam perjalanan dari Tanah Merah menuju Dabong, Kuala Krai.

Mohd Zarfan patah kedua-dua paha dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.


Menurut Ismail, arwah isterinya sebelum itu mahu ke rumah adiknya, Mat Johan, 47, di Kampung Lakota bagi menghadiri kenduri sempena menduduki rumah baru.

“Kami sempat makan bersama sebelum arwah bertolak dengan anak kami jam 11.30 pagi.


“Saya kemudian pulang ke rumah di Kampung Sungai Satan sebelum dikejutkan dengan panggilan jiran memaklumkan kemalangan itu terus ke tempat kejadian,” katanya Katanya, dia sudah mengesyaki sesuatu tidak kena berikutan kelakuan arwah yang akhir-akhir ini seperti yang tidak mahu berenggang dengannya.




“Kami berdua menoreh dan jika di rumah, arwah sering menghubungi saya supaya pulang lebih awal.

“Arwah seorang isteri yang baik walaupun kami baru tiga tahun hidup bersama,” katanya.


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.


sumber : myMetro

Pelik AC Mizal dilantik sebagai duta pelancungan negeri Perak


IPOH: Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.
Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor. 
Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.



“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


sumber : myMetro

Operasi berdarah


MELAKA: “Selepas pegawai kami ditumbuk dan dipukul, saya dan rakan lain cuba membantu tapi kami turut diserang lebih 30 lelaki bersenjatakan rotan, kayu, besi dan pisau.
“Seingat saya, seramai tujuh orang membelasah saya sebelum seorang daripada mereka melibas dengan pisau rambo,” kata Azizan Abbas, 26. 
Penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu cedera di lengan dan ibu jari manakala empat rakan setugasnya turut cedera ringan selepas diserang kira-kira 30 lelaki dipercayai tonto ketika melakukan operasi membanteras kafe siber haram di Taman Sri Duyong, Kandang, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam selepas kumpulan penguat kuasa terbabit selesai memasukkan peralatan komputer yang dirampas daripada sebuah kafe siber di situ ke dalam van.




Azizan berkata, sebelum itu, seorang lelaki datang berbincang dan meminta pegawainya, Mutahir Ab Rasid, 35, menunjukkan waran geledah dan menyita barang berkenaan.

“Namun, lelaki itu menumbuk Mutahir sebelum beberapa orang lagi memukulnya dari belakang. Beberapa orang lagi memecahkan cermin van. Ketika saya dan rakan yang lain mahu membantu Mutahir, kami turut diserang,” katanya yang lengan kanannya terbelah sepanjang kira-kira 13 sentimeter (sm). 



sumber : myMetro

Teras dakwa wujud kes murtad akibat pengaruh Facebook


SHAH ALAM - Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa agar Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, yang penubuhannya diumumkan semalam, agar memberi perhatian serius ke atas punca gejala pemurtadan membabitkan umat Islam termasuk di kalangan golongan remaja menerusi laman Facebook.


 Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, murtad tidak boleh hanya dilihat dari sudut undang-undang semata-mata, tetapi juga harus ditangani dari pelbagai faktor lain iaitu sosiobudaya, pendidikan dan ekonomi masyarakat.


 "Kebiasaannya mereka yang menjadi mangsa murtad ialah apabila mereka didekati oleh pihak lain yang sememangnya mempunyai hasrat untuk mempengaruhi agar mangsa dimurtadkan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


 Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah akan ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.


 Katanya, jawatankuasa itu akan memantau secara dekat pelaksanaan penguatkuasaan enakmen tersebut oleh jabatan agama Islam negeri masing-masing.


 Sehubungan itu, Azmi menambah, jawantankuasa tersebut juga perlu memberi perhatian ke atas usaha mengkaji dan menyemak semua enakmen mengenai murtad.


 "Ini adalah kerana ada negeri yang masih mempunyai kelonggoran dalam isu murtad sehingga pihak yang mahu memohon menukar nama dan agama dari Islam kepada bukan Islam boleh berbuat demikian di negeri tersebut," katanya.


 Azmi menambah, kini sudah wujud kes murtad golongan remaja hanya kerana terpengaruh dengan perhubungan dalam Facebook.


 "Gejala perhubungan di luar pengetahuan ibu bapa dan guru telah mendedahkan remaja kepada penukaran agama tanpa diketahui oleh sesiapapun," katanya lagi.


 Beliau menambah, pihaknya sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad, tetapi terus berpura-pura masih Islam.


 "Kes ibu bapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius.


 "Kami memandang serius gejala murtad yang berkembang di kalangan anak muda akibat masalah keluarga yang tidak dapat dikendali dengan baik," katanya lagi.


 Azmi berkata, beliau juga berpendapat adalah sangat penting jawatankuasa yang diwujudkan membantu negeri-negeri sama ada negeri yang sudah ada enakmen mengenai larangan menyebar agama lain dari Islam kepada orang Islam atau negeri yang masih belum ada enakmen berkenaan.


 "Kerjasama bersepadu dengan semua agensi hendaklah dilakukan jika jawatnkuasa ini serius untuk mengatasi gejala murtad ini," katanya lagi.


 Malah menurut beliau, isu penguatkuasaan undang-undang perlu diatasi segera kerana ia akan memberi imej kepada wibawa pihak berkuasa agama.


 "Jika enakmen yang ada tidak dikuatkuasa walaupun sudah terbukti pihak yang terbabit bersalah maka enakmen dan agensi yang ujud akan menjadi momokkan masyarakat," katanya lagi.


sumber : sinar harian

Terowong madu kasih


MELAKA: Biarpun terowong pejalan kaki di bawah Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) dibina bagi menghubungkan Kampung Bukit Palah dan Masjid Al-Azim, di sini, namun kebanyakan pejalan kaki lebih rela mempertaruhkan nyawa melintasi lebuh raya enam lorong berkenaan.
Terowong yang dibina sejak lebih 10 tahun itu jarang digunakan dan penduduk khuatir dengan tahap keselamatan di dalam terowong sepanjang 50 meter itu berikutan kurang kemudahan asas.

Malah, ada yang mendakwa terowong itu dijadikan tempat pasangan memadu kasih khususnya pada waktu malam termasuk pelajar.


Penduduk, Nordin Omar, 61, berkata keadaan terowong yang gelap berikutan lampu yang disediakan rosak selain persekitaran sunyi membolehkan terowong itu menjadi tumpuan pasangan muda melakukan perbuatan sumbang.

“Kami pernah menangkap beberapa pasangan. Dulu kawasan ini sunyi dan mereka suka memadu kasih di situ, malah pejalan kaki pernah menemui tilam atau tikar di dalam terowong itu, selain ia menjadi kawasan lepak Mat Gian.


“Pada waktu petang pula, terowong ini menjadi pilihan pasangan pelajar untuk berasmara. Namun kini, gerai berdekatan mula beroperasi dan ia dapat mengurangkan aktiviti tidak sihat di dalam terowong berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.




Menurut Nordin, keadaan itu juga menyebabkan jemaah yang hendak ke masjid di situ untuk menunaikan solat Subuh takut menggunakan terowong berkenaan.

Katanya, cadangan untuk membina pagar supaya laluan itu boleh ditutup pada waktu malam diaju kepada pihak bertanggungjawab, tetapi ia tidak dapat dilaksana kerana tiada individu yang sanggup memegang kunci pagar bagi menjaga laluan berkenaan.


Seorang lagi penduduk, Noorazman Ali, 40, berkata selain menjadi lokasi pasangan bercinta, terowong berkenaan juga kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada sistem perparitan yang menghubungkan longkang di terowong itu dengan longkang berhampiran tidak diselenggara dengan baik.


“Setiap kali hujan lebat terowong ini dinaiki air kerana longkang sedia ada tidak dapat mengalirkan air keluar.


“Keadaan ini menyukarkan pengguna untuk melalui terowong berkenaan, malah keadaan sistem perparitan yang tidak diselenggara dikhuatiri mengundang serangan haiwan berbisa,” katanya.


Menurut Noorazman, keadaan terowong berkenaan bertambah bahaya apabila lampu yang disediakan rosak sehingga laluan itu gelap.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Abdul Razif Ibrahim, berkata pihaknya akan mengarahkan kakitangan jabatan itu untuk turun padang meninjau masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan segera.


“Bagaimanapun, cadangan memasang pagar tidak dapat dilaksanakan kerana ia laluan awam dan kami tidak boleh menutupnya,” katanya.



sumber : myMetro

'Tandas perempuan' jadi pintu laluan judi haram


KLANG - Taktik pengusaha sebuah pusat hiburan di sini yang meletakkan label 'tandas perempuan' pada sebuah pintu di dalam premis bagi melindungi aktiviti perjudian haram, terbongkar dalam serbuan polis terhadap pusat hiburan itu semalam.


 Serbuan oleh Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang diketuai ASP Emmi Shah Fadhil mendapati pintu berkenaan sebenarnya ialah laluan untuk pelanggan bermain mesin judi haram.


 Emmi Shah berkata taktik itu dipercayai digunakan oleh pengusaha pusat hiburan itu untuk mengelak daripada kegiatan haram itu dihidu pihak berkuasa.


 Beliau berkata, ruangan judi berkenaan turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk bidaan kecil dan bidaan VVIP yang dijalankan di dalam sebuah bilik khas yang lebih besar serta ditutup dengan cermin hitam.


 "Ketika serbuan, terdapat 10 pelanggan berusia antara 20 dan 55 tahun sedang leka bermain mesin slot dan komputer judi. Kita turut merampas 12 mesin judi slot dan 22 buah komputer yang diubah suai untuk dijadikan mesin judi dalam talian," katanya kepada pemberita di  sini hari ini.


 Emmi Shah berkata kesemua pelanggan, termasuk seorang warganegara Myanmar dan seorang warga emas berusia 60-an serta empat pekerja, ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.


 Beliau berkata, premis dua tingkat itu beroperasi sejak tiga tahun lepas dan berdasarkan rekod, ia pernah diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa.


 Emmi Shah berkata, sebelum ditahan, warga emas terbabit bertindak menyembunyikan wang tunai bernilai RM750 di dalam seluar dalamnya untuk mengelak daripada ditahan polis.


 Namun, helahnya gagal apabila wang tersebut ditemui setelah pemeriksaan dijalankan terhadapnya. - Bernama


sumber : sinar harian

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved