Kisah-kisah pelik tapi mungkin ada benarnya...

on 27 Januari 2012



Kisah-kisah pelik, tapi mungkin benar untuk dikongsikan dengan kawan-kawan semua. Harap baca dengan tenang supaya mudah menghayati jalan ceritanya.




Mula kisahnya begini:


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku akaun bank abang le..


 ============ ========= ========= =======


Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya ok.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........


 ============ ========= ========= ========= =


Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Walaikumsalam"
Posmen: "Ni rumah encik Sameon ye?
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
En. Sameon: "Buat susah aje encik nie! Apasal tak pos aje?!!"
Posmen: "Betul jugak yer!???"


 ============ ========= ========= ========= =
Seorang lelaki tua pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Ohhh sudah tentu," jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.


============ ========= ========= ========= ==


Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ye!!
Amin : Bukan itu sebabnya.. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
Mendengarkan penjelasan Amin, Shan pula menangis.
Amin : Eh, kenapa pula encik menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing....


 ============ ========= ========= ========= ==


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam peti surat yg berwarna merah tu.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab atoknya.
 Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


 ============ ========= ========= ========= =


Mungkin lawak tetapi dalam lawak ada kisah yang benar-benar terjadi-
sumber : www.activeboard.com/forum.spark

24 Jam Ditinggal Pergi Isteri, Jantung Sam Handelaar Yang Sihat Pun Ikut Berhenti


 Entah kerana serangan jantung atau terlalu sedih, jantung veteran perang dunia yang tadinya sihat tiba-tiba saja berhenti 24 jam setelah ditinggal pergi sang isteri untuk selamanya.


Sam Handelaar adalah veteran Perang Dunia yang berusia 85 tahun dan sudah menikahi isterinya selama 60 tahun.


Pada 17 Januari 2012 yang baru lalu, isterinya yang juga berusia 85 tahun, Carrie meninggal kerana kanser. 


 Adapun saat Carrie masih hidup dan dirawat di hospital Basildon, Sam pasti mengunjungi Carrie, dengan  memandu kereta atau juga berjalan kaki 2 sampai 3 kali seminggu sampai Carrie meninggal.


Dan tepat 24 jam setelah Carrie meninggal, Sam yang keadaannya sepenuhnya sihat  sebelumnya itu tiba-tiba saja meninggal setelah jantungnya berhenti tiba-tiba.


 Adapun pasangan dari Basildon, Essex yang baru saja merayakan pernikahan diamond ini bakal di kebumikan berdampingan di pemakanan Pitsea.


“Mereka mencintai satu sama lain.


"Ayahku lumayan fit dan sihat sebelum ibuku meninggal, namun jantungnya (Sam – red) berhenti begitu saja,” ujar John Handelaar, anak tertua  mereka yang berusia 56 tahun seperti dikutip dari dailymail.co.uk.

Wanita hanya tutup badan


BANDAR KUWAIT: Orang ramai yang membeli belah di sebuah kompleks perniagaan di Salmiya, menunjukkan reaksi terkejut apabila sekumpulan anggota polis tiba bagi menahan tiga wanita muda yang hanya memakai abaya atau jubah tetapi tidak berpakaian dalam di sebalik jubah hitam itu. 

 Dua daripada wanita itu, berasal dari negara Teluk sementara seorang lagi warga tempatan bawah umur, kata sumber polis yang dipetik dalam akhbar al-Rai. Kejadian berlaku ketika mereka berada dalam sebuah kafe di kompleks beli belah popular di kota itu beberapa hari lalu. 


Rahsia terbongkar apabila seorang budak lelaki memberitahu ibunya dia melihat seorang daripada wanita itu tidak memakai apa-apa di sebalik abaya dipakainya. 


Abaya, jubah panjang berwarna hitam, dipakai wanita di sini bagi menutup pakaian dalam apabila berada di khalayak ramai. 


Akhbar itu melaporkan ketiga-tiganya memberitahu polis mereka menghabiskan malam sebelumnya di pangsapuri melakukan hubungan seks, minum arak serta datang ke kafe itu pagi berikutnya. 
 Menurut al-Rai, apabila anggota polis menyoal wanita itu, seorang daripada mereka enggan mengikut arahan sebaliknya ‘mendedahkan’ anggota tubuh kepada pengunjung lain di kafe terbabit. 


Polis menghubungi bapa kepada dua warga Teluk itu namun dia memberitahu mereka tidak dapat pergi ke Kuwait kerana ‘terlalu sibuk dengan urusan peribadi.’ 


Tidak diketahui apakah bentuk dakwaan akan dikenakan kepada wanita itu, namun seorang aktivis hak asasi wanita Kuwait, Marwa Tarek, memberitahu akhbar Mesir, Bikya Masr, Selasa lalu bahawa hukuman terhadap mereka mungkin berat jika dituduh sebagai homoseksual. – Agensi


sumber : berita harian

Lihat aksi lelaki yang menolong orang bunuh diri

Seorang bernama Chen Fuchao cuba membunuh diri dengan bertenggek di atas jambatan kerana kecewa memiliki hutang sebanyak 2 juta yuan. Hutang tersebut muncul akibat projeknya yang gagal.
Masalah timbul bukan kerana aksi bunuh diri ini tetapi kerana niatnya  ini dibantu oleh Lai dengan cara menolak Chen sehingga jatuh . Lai marah kerana aksi Chen tersebut membuat jalan sesak di sekitar jambatan sehingga 5 jam.Lai yang menolak Chen berkata "Aku marah kerana orang seperti Chen sangat ego. Tindakan dia banyak melanggar kepentingan awam".


Aksi kedua orang ini telah membuat mereka didakwa  oleh pengadilan setempat. Chen didakwa mengganggu kepentingan umum dan Lai untuk aksinya menolak Chen hingga jatuh.
Untungnya Chen selamat dalam insiden tersebut, namun kemungkinan lumpuh kerana patah tulang belakang.
Chen  mengatakan dia tidak akan menerima permintaan maaf Lai meskipun telah menyatakan penyesalan mengenai insiden itu. Lai mengatakan dia berfikir Chen adalah seorang pembuat masalah. Lai memutuskan untuk menolak Chen dari jembatan kerana dia melihat bantal udara. Pemadam kebakaran di tanah mengatakan mereka tidak punya waktu untuk memindahkan bantal itu ke posisi yang tepat.Chen jatuh di tepi bantal dan memantul ke tanah.










Mari kita tengok keanehan kucing ini

kucing1


kucing2
Cuba lihat bulu kucing ini..perhatikan bulunya yang berwarna hitam itu seolah-olah berbentuk kucing…memang aneh…

Yang patut dicontohi,sayang bapa daripada isteri


Gadis cilik 8 tahun dengan Skill Bermain Gitar yang Mengagumkan


Zoe Thomson kelihatannya seperti seorang seorang gadis cilik normal yang menyukai kartun Sponge Bob, atau menonton filEm Harry Potter. Namun, gadis berusia 8 tahun ini langsung berubah drastiK saat anda memberikannya sebuah gitar elektrik, dan mulai menunjukkan kemahirannya memainkan musik-musik rock.


Seperti dalam klip video yang diunggah ke YouTube ini, gadis asal Thatcham, Berkshire, Inggris, tersebut menunjukkan kehebatannya memainkan sepotong solo gitar dari grup band metal Finland, Stratovarius.


Dengan lincahnya jari-jari Zoe menari pada gitar dan memainkan solo tersebut dengan mudahnya, dan klip ini pun langsung menjadi hit Internet dengan labih dari 600.000 tayangan sejak di muat naik pada 16 Januari lalu.


Diketahui, Zoe telah melakukan serangkaian klip solo saat ia masih berusia enam tahun, dengan gitarnya. Bahkan ia juga merupakan salah satu anggota dari ‘Mini Band’ dimana Zoe bermain sebagai gitaris.



Model dari China yang di katakan mirip Kim Kardashian

Inilah wajah model yang dikatakan mirip wajah Kim Kardashian





Manusia yang berkepala aneh

Inilah manusia yang berkepala aneh...







Lelaki Amerika Lakukan Backflip Setiap Hari Selama Setahun


Awalnya Sam Morrison dari Sparta, New Jersey, melakukan pertaruhan dengan sang ayah sebesar 100 dolar, bahawa ia tidak akan berhasil melakukan salto belakang (backflip) atau salto dinding setiap hari selama setahun.


Namun pemuda berusia 21 tahun ini membuktikan bahawa ia mampu melakukannya, dan merakam setiap gerakan salto yang ia lakukan setiap hari kemudain mengabungkannya dalam sebuah klip berdurasi 4 minit 27 saat.


Setelah di muat naik di YouTube pada 24 Januari lalu, video kumpulan salto Sam ini telah menjadi hit internet dengan menarik lebih dari 48.000 penayangan.



Jenis insurans yang pelik-pelik


Demi melindungi aset berharganya, para selebriti tak ragu mngeluarkan duit yang banyak. Sebab, selain bakat, penampilan dan bahagian tubuh tertentu kerap menjadi modal untuk tetap terus sukses di bidangnya. 


Sejumlah nama selebriti seperti Mariah Carey, Heidi Klum, Rihanna dan hingga pemain  bola seperti Ronaldo mengeluarkan jutaan dolar demi menginsuranskan aset berharga mereka. 


Selain pesohor, ada beberapa orang biasa yang juga menghabiskan wang banyak demi melindungi asetnya dari kerosakan. Ini lima diantaranya:


1. Insurans punggung 
Sebuah hotel di Inggris mengeluarkan 4 juta,  untuk menginsuranskan punggung seorang karyawannya, Natalie Thomas. Sehari-hari, warga Luton, Bedfordshire memiliki tugas yang terbilang unik, iaitu menguji keempukan tilam di hotel premium tersebut.
Sang "Direktur Tilam Pegas" ini harus menguji 24 tempat tidur setiap hari untuk menguji seberapa nyama 46.000 tilam.


2. Insurans tangan 
Gemma Howorth menjadikan tangan indahnya sebagai sumber pernghasilan yang membuatnya hidup dalam kemewahan. Tak menghairankan ia menginsuranskan tangannya senilai 5 juta. 


Tangannya menghiasi lebih dari 250 iklan di seluruh dunia. Dalam iklan Fairy Liquid, tangannya bahkan muncul menggantikan tangan Kate Moss dan Lily Cole yang didapuk menjadi model utama iklan produk kecantikan kulit itu. 


3. Insurans alat vital 
Seorang aktor porno, Kieran Lee menginsuranskan alat vitalnya senilai US$ 1 juta. Bintang filem dewasa 28 tahun mengatakan ini adalah caranya untuk melindungi dirinya bila terjadi kecelakaan selama dia 'bekerja'. 


Tak hanya Kieran, perusahaan tempatnya bekerja, Brazzers, juga ikut mengeluarkan wang dengan jumlah yang sama sebagai upaya berjaga-jaga apabila sang aktor mengalami kecelakaan yang melukai organ vitalnya.
Selama kariernya, Kieran telah membintangi lebih dari 800 judul filem dewasa, dan 600 judul diantaranya dibuat oleh Brazzers.


4. Insurans keperawanan
Tiga saudara perempuan asal Scotland menginsuranskan keperawanan mereka senilai 1 juta  di insurans Essex. Tiga bersaudara ini merupakan sebahagian dari sebuah komuniti Kristian. 


Salah seorang diantaranya telah membayar 100 ribu pondsterling sejak 2000 silam. Namun, belakangan insurans ini dibatalkan kerana ada keluhan dari Gereja Katolik yang memandang konsep tersebut tidak sah.


5. Insurans lidah 
Gennaro Pelliccia mengasuransikan lidahnya sebesar US$ 14 juta  Pelliccia telah merasai puluhan ribu jenis kopi untuk merasakan perbedaan dan menentukan kualitinya. Baginya, lidahnya sama pentingnya dengan pita suara seprang penyanyi atau kaki jinjang seorang supermodel.


Sumber : http://kosmo.vivanews.com

Wow..gaun ni seberat 50 kilogram


PUBLIK mode kembali dibuat tercengang dengan deretan busana unik di Paris Couture Week 2012. Kali ini giliran desainer asal Perancis, Stephane Rolland, yang menampilkan busana haute couture yang penuh kesan elegan dan glamour.


Dalam koleksi Stephane Rolland Couture untuk musim semi 2012, ditampilkan serangkaian long dress minim detail namun memiliki keunikan tersendiri. Masing-masing gaun memiliki satu ornamen penguat dengan cut-out dan bentuk yang unik. Nuansa art deco terlihat kental di sini, dengan lekuk dan potongan ornamen yang menjadi centerpiece dari setiap busana.




Dalam salah satu rancangannya Rolland menambahkan ornamen kain berbentuk kipas di bagian leher yang mengikuti garis potongan kerah V-neck. Di gaun lain, Rolland menyisipkan aksen tulip yang menambah volume di area leher. Aksen tulip ini juga digunakan di beberapa tempat, seperti pinggul dan bahu. Desainer yang sempat bekerja di rumah mode Balenciaga itu juga merancang beberapa gaun dengan belahan paha yang cukup tinggi hingga melampaui garis pinggang.


Untuk menutup rangkaian peragaan busana, Rolland menampilkan sebuah gaun merah dengan bahagian ekor yang menjuntai lebar. Rolland menggunakan kain silk jersey sepanjang 45 meter yang beratnya sebesar 50 kilogram. Gaun itu digunakan Yasmin Le Bon, supermodel blasteran AS-Iran yang menjadi muse dalam fashion show kali ini. Seperti diberitakan Daily Mail, kerana beratnya, diperlukan dua orang untuk memasangkan gaun ini di tubuh Yasmin.


Koleksi Spring-Summer Haute Couture ini terinspirasi dari seniman kinetic, Michel Deverne, yang terkenal akan hasil seni dengan siluet lembut dan minim motif.


(rere/gur)

Suara Aneh Misteri Terdengar dari Langit Kanada [Video]


Suara berdengung keras yang misteri terdengar oleh banyak warga sebuah kota kecil Alberta dan Manitoba di Kanada. Polisi belum dapat menemukan dari mana suara ini berasal. Suara apakah gerangan?
Suara aneh yang didengar dan menjadi perbincangan oleh banyak penduduk kota ini pertama kali terdengar pada hari Minggu pagi yang lalu pada 15 Januari. Polis setempat telah mendapat sejumlah komplain terkait suara tersebut.
Seorang warga bernama Dawson Penner yang sempat merakam suara tersebut mengatakan: "(Suara) itu cukup menyeramkan."
Menurut Penner, banyak orang yang mengira suara tersebut berasal dari suara bajak salji, tapi ia yakin bahwa tak mungkin suara mesin bajak salj boleh terdengar hingga seluruh kota.
Polis hingga saat ini belum dapat memastikan dari mana sumber suara itu berasal.
Berikut adalah video dari warga yang berhasil merekam suara aneh tersebut:


Heboh Foto Candid dan Kostum Seksi SNSD di Hong Kong


PENAMPILAN SNSD ketika menggadakan konsert di Hong Kong menjadi perbincangan.


Mengutip situs AllKPop, Khamis (26/1) kostum dress pink bulu-bulu yang dikenakan Tiffany dan kostum lingerie look Taeyeon pada konsert yang diadakan Minggu (15/1) ini menjadi perdebatan di forum online China.


Banyak netizen menganggap kostum Tiffany dan Taeyeon ini terlalu seksi.


“Pasti ada anak di bawah umur menonton konsert ini. Harusnya mereka lebih selektif memilih kostum,” tulis seorang netizen.






Tapi tak sedikit netizen yang membela. “Personel SNSD berusia 20-an. Performance macam ini mestinya tidak perlu dipermasalahkan.”


Semakin heboh tatkala tabloid Face terbitan Hong Kong menerbitkan foto-foto candid SNSD saat di dalam pesawat.


Menurut Channel News Asia, Kamis (26/1) dalam foto tampak Jessica menaikkan kaki, Sooyoung tidur dengan mulut menganga, dan YoonA sedang membuka mulut lebar saat hendak melahap makanan.


Dengan setumpuk jadual yang melelahkan, rasanya wajar jika gadis-gadis cantik ini tertidur pulas . Wajar pula jika fans SNSD marah melihat foto-foto idolanya diambil dan dipublikasikan tanpa izin.


Tapi ada pula fans yang tetap mengagumi, dan menganggap foto candid itu menunjukkan sisi sebenar personel SNSD.

Badan kereta Mercedes Travolta dileraikan pencuri


LOS ANGELES - Seorang lelaki yang mencuri kereta vintaj Mercedes Benz 1970 milik aktor terkenal, John Travolta telah dihukum penjara selama 16 bulan dan diarah membayar sebanyak AS$50,000 (RM151,950.00) sebagai bayaran pengembalian semula benda yang dicuri, menurut satu laporan mahkamah yang diperoleh kelmarin.
Lelaki itu, D L Rayford Jr. dihukum penjara 16 bulan selepas dia tidak membuat pengakuan dalam kes kecurian kereta berkenaan pada 5 Januari lalu, hampir tiga minggu sebelum pihak berkuasa mengumumkan penangkapannya.
Dia dan seorang lagi lelaki, Michael T. Green ditangkap pada bulan lalu kerana disyaki mengambil kereta tersebut dan masing-masing didakwa melakukan kecurian kenderaan.
Namun, Green tidak mengaku bersalah berhubung dua dakwaan melakukan kecurian kenderaan.
Travolta meletakkan kenderaan itu di sebatang jalan raya di kawasan perumahan di Santa Monica selama 10 minit pada September tahun lalu semasa ia dicuri.
Pelakon itu membawa kunci kereta tersebut semasa dia berjalan ke sebuah ruang pameran kereta Jaguar yang terletak berdekatan.
Namun, seorang pegawai polis Santa Monica, Sarjan Richard Lewid menyatakan, badan kereta Travolta itu sudah dileraikan semasa ia ditemui.
Antara bahagian yang dileraikan tetapi ditemui itu ialah kerusi dan meter laju. - Agensi
sumber : myMetro

Tiada puntianak di Menara Condong


TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.
Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.
Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.
"Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.
"Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.
sumber : kosmo online

Doktor beli buah pinggang dijel


TOKYO: Seorang doktor dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah mengupah kumpulan penjahat sebanyak RM300,000 untuk memperoleh satu buah pinggang bagi dirinya.
Buah pinggang itu diambil daripada seorang lelaki yang dilapor berhutang kepada sebuah kumpulan penjenayah.

Toshinobu Horiuchi, 56, membayar lapan juta yen (RM300,000) untuk mendapatkan organ itu yang diperlukannya selepas buah pinggangnya tidak berfungsi lagi.


Hakim, Atsuo Wakazono yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun itu berkata, membeli buah pinggang menjejaskan dengan serius prinsip keadilan dalam pemindahan organ. - AFP


sumber : myMetro

Hidup guna identiti mendiang abang


TOKYO: Seorang lelaki Jepun memalsukan kematiannya dengan mendakwa mayat mendiang abangnya sebagai mayatnya sendiri.
Akhbar Asahi Shimbun melaporkan, walaupun ketika abangnya masih hidup, Tsukasa Oizumi menggunakan lesen memandu abangnya kerana lesen memandunya dibatalkan akibat kesalahan trafik berulang kali.

Apabila abangnya mati pada usia 56 tahun pada 2008, Oizumi mengambil alih keseluruhan identiti mendiang.


Dia memberitahu pihak berkuasa bahawa mayat itu ialah mayatnya. Malah, doktor yang menguruskan mayat abangnya juga tidak mengesyaki apa-apa. Mayat tu dibakar seperti biasa di Jepun.

Oizumi, kini 58, seterusnya menuntut bayaran faedah keselamatan sosial atas nama abangnya untuk membiayai penjagaan ibu mereka yang sudah tua.


Menurut akhbar itu, dia menyerah diri di sebuah pejabat kebajikan tempatan baru-baru ini setelah sedar terhadap kesalahan yang dilakukannya. - AP



sumber : myMetro

Ibu muda muat naik gambar menyeramkan di Facebook sebelum bunuh diri


DETROIT: Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook.
Berasal dari Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam gambar sempena Halloween.

Mereka digambarkan berlumuran darah dalam gambar berkenaan.


Kata Cynthia, kesedihan akibat kematian ibunya terlalu berat untuk ditanggung.

Dia menamatkan nota bunuh diri itu dengan berkata: “Mak, saya datang.” Ibu Cynthia mati pada 2007 ketika baru berusia 35 tahun.


Cynthia juga dikatakan tertekan apabila teman lelakinya, Ryan Jason Hardwick, ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.



Sementara itu, polis berkata, Cynthia menembak dirinya sejurus selepas mengemas kini statusnya dalam Facebook di rumah datuknya, ketika ahli keluarganya ada di situ. - DM


sumber : myMetro

Pulas telinga sampai lebam


SEREMBAN: “Hancur luluh hati apabila melihat telinga anak perempuan mempunyai kesan lebam teruk dipercayai dicubit pengasuh,” kata Suhaila Shaari, 25, ibu kepada kanak-kanak perempuan yang cedera dipercayai didera pengasuhnya di sebuah rumah di Ampangan di sini, minggu lalu.
Lebih menyayat hati apabila mangsa, Norshamin Shafika Abdullah, 2, dikatakan dicubit pada pipi dan telinganya hingga meninggalkan kesan lebam dan menyebabkan mangsa tidak berhenti menangis kesakitan.

Suhaila yang bekerja sebagai penjual tiket berkata, perbuatan itu disedarinya pada Khamis minggu lalu apabila dia ke rumah pengasuh berusia 50-an berkenaan untuk mengambil tiga anaknya termasuk mangsa, kira-kira jam 7.30 malam.


“Pengasuh memberitahu kononnya anak lelaki saya berusia setahun menggigit kakaknya (mangsa).

“Sebagai seorang ibu, saya cukup kenal anak-anak dan tahu perkara itu tidak berlaku berikutan kesan cubitan jelas dilihat pada telinga dan pipi mangsa,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.


Menurutnya, dia dan suaminya ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), berikutan anak perempuannya itu asyik meraung akibat kesakitan di telinga.




“Berdasarkan laporan perubatan pakar kanak-kanak di hospital itu, kesan lebam di telinga kiri anak saya adalah kerana dicubit dan dipulas dengan kuat.

“Malah, kesan lebam di pipinya juga jelas menampakkan kuku wanita dewasa.


Suhaila berkata, dia tidak menyangka pengasuh itu sanggup bertindak demikian dan berlagak baik seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Saya akui mungkin anak saya nakal tetapi mencubitnya hingga meninggalkan kesan dan trauma kepada anak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


“Selepas meneliti laporan perubatan, saya membuat laporan di Balai Polis Rahang untuk tindakan lanjut,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan dan sedang menjalankan siasatan.



sumber : myMetro

Ramai bedah buang payudara


IPOH: Keinginan mak nyah atau pondan berubah menjadi Muslim sejati terbukti apabila semakin ramai aktif mengikuti kelas agama.
Malah, ada antara mereka sanggup menjalani pembedahan bagi membuang silikon yang ditanam pada payudara dalam proses kembali lelaki sejati.

Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, hajat mak nyah menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah dianggap titik permulaan perubahan.


Saimah berkata, biarpun bilangan mak nyah yang sukarela mengerjakan umrah tidak ramai, ia perkembangan positif.

Menurutnya, tiga program Mukhayyam anjuran Jakim sepanjang tahun lalu menarik hampir 100 mak nyah seluruh negara mengikuti modul motivasi santai.


“Paling utama bukanlah perubahan fizikal, tetapi penerapan asas utama Muslim sejati, mendirikan solat dan meninggalkan perkara dilarang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.




Menurutnya, mak nyah yang mengikuti program Jakim itu anti lelaki dan enggan menjadi lelaki sejati.

“Kami (Jakim) tidak memaksa mereka memotong rambut atau mengubah fizikal wanita dimiliki,” katanya.



sumber : myMetro

Pokai angkara penyanyi


KUALA LUMPUR: “Bukan mahu mengaibkan dia, tetapi perbuatannya yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kami sekeluarga hidup sengsara sejak lapan tahun lalu,” kata sepasang suami isteri yang menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis, didakwa akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal.
Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503.
Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.


“Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat,” katanya ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, di sini, semalam.

Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama.



sumber : myMetro

‘Isteri derhaka’


PETALING JAYA: “Kamu sepatutnya taat pada suami. Kesalahan yang kamu lakukan adalah berat kerana menderhaka kepada suami,” kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad selepas menjatuhkan hukuman terhadap seorang suri rumah dan pasangan lelakinya yang masih bujang selepas mengaku salah atas tuduhan berkhalwat, Mei tahun lalu.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM2,800 terhadap Mohd Zefrie Mohd Jasbir Khan, 31 dan Nur Sarah Euzen Petrus, 25, serta memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Dalam penghakimannya, Wan Mahyuddin berkata, kesalahan dilakukan pasangan itu berat terutama sekali tertuduh perempuan isteri orang.


“Sepatutnya kamu berdua dikenakan hukuman yang berat kerana tidak beri kerjasama terhadap pegawai penguat kuasa iaitu orang yang membantu mengelakkan kamu melakukan perkara mungkar. “Penguat kuasa mengambil masa 40 minit mengetuk pintu dan memberi salam sehingga memaksa mereka memecah masuk rumah itu.

“Kamu patut berterima kasih kepada penguat kuasa kerana mengelak kamu daripada melakukan zina,” katanya.


Beliau berharap hukuman yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh memberi keinsafan terhadap mereka dan tidak mengulangi lagi perbuatan itu. Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium, dekat sini, jam 4 pagi pada 16 Mei 2011. Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau maksimum penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.




Terdahulu dalam rayuan untuk mengurangkan hukuman, Mohd Zefrie yang bekerja sebagai juruterbang memohon mahkamah mengurangkan denda kerana dia sudah bertaubat dan menyesal atas kesalahannya.

Tambah Mohd Zefrie, sekiranya hukuman berat dikenakan terhadapnya, berkemungkinan dia akan hilang pekerjaan.


“Saya belajar dari kesilapan. Sebelum ini saya kurang pengetahuan agama, tetapi sekarang saya sudah belajar sikit sebanyak mengenai Islam,” katanya yang turut mengakui ini adalah kesalahannya yang pertama. Sementara itu, Nur Sarah pula mengakui kesilapan yang dilakukannya yang bergelar isteri ketika kejadian.

Bagaimanapun, dia memberitahu mahkamah dia kini sudah bercerai dengan suaminya.


Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan itu kerana dia tidak mengemukakan surat cerai dan dokumen berkaitan.


Menurut Nur Sarah, ketika kejadian suaminya turut ada bersama pegawai penguat kuasa ketika serbuan dilakukan.


Mengikut fakta kes, ketika ditemui dalam rumah berkenaan, tertuduh perempuan pada ketika itu berada dalam bilik dan sedang tidur dengan memakai baju tidur paras paha manakala tertuduh lelaki berada di bilik pertama dan memakai seluar pendek kelabu dan kemeja-T.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie daripada Jabatan Agama Islam Selangor, Shafezan Rusli yang berhujah tindakan tertuduh tidak memberi kerjasama terhadap pegawai penguat kuasa adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima.



sumber : myMetro

Pelajar dibelasah 5 lelaki


ALOR SETAR: Seorang pelajar Kolej Poly Tech Mara (KPTM), Jalan Putra, di sini, mendakwa dibelasah lima lelaki termasuk tiga pelajar sebuah kolej di Jitra dalam kejadian di asrama KPTM Al-Ligori, Jalan Langgar, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam, mangsa, Mohamad Asyraf Mohamad Fauzi, 18, cedera di mulut, kening sebelah kanan, kaki kiri, kepala dan punggung selepas dibelasah dan ditumbuk tanpa belas kasihan.
Difahamkan, motif dendam berlarutan ketika mangsa menuntut di sebuah kolej di Jitra dipercayai menjadi punca kumpulan lelaki berkenaan menyerang mangsa di asramanya.

Mohamad Asyraf berkata, dia mendaftar masuk ke kolej berkenaan yang terletak di Jitra pada 18 Julai tahun lalu kerana berminat mengambil jurusan seni bina yang ditawarkan.




“Sejak memasuki ke kolej itu, seorang pelajar dipercayai tidak berpuas hati dengan saya dan sentiasa mencari punca supaya kami bergaduh. Ada satu masa kami pernah berselisih faham sehingga membuatkan dia marah dan bertindak di luar batasan.

“Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusannya. Saya selalu dibuli ketika berada di sana termasuk dibelasah pelajar terbabit. Saya sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak pengurusan, tetapi tiada tindakan sehingga ibu bapa saya mengambil keputusan mengeluarkan saya daripada kolej itu.

“Saya keluar dari kolej berkenaan pada Oktober tahun lalu kerana tidak tahan selalu dibuli,” katanya yang mengunjungi pejabat Harian Metro, di sini, semalam.



sumber : myMetro

10 mak nyah terbuka hati tunai umrah


IPOH: Keazaman tinggi berubah ditunjukkan lebih 10 mak nyah yang terbuka hati ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.
Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.


Hanafi berkata, dia cukup berbesar hati dan berbangga dapat membawa semua mak nyah berkenaan mengerjakan umrah di Tanah Suci menerusi khidmat syarikat Rabbani Travel and Tour Sdn Bhd yang turut memberikan kursus persediaan.

“Mereka teruja menunaikan umrah dan sanggup mengeluarkan kos RM5,000 setiap seorang.


“Saya memastikan mereka menjalani ibadat umrah ini dengan sempurna selain membuat persediaan awal sebelum berangkat ke Makkah tidak lama lagi,” katanya.




Hanafi berkata, keinginan menunaikan umrah ditunjukkan mak nyah itu harus dipuji dan wajar dijadikan contoh setiap manusia berhak berubah dan mendekati Allah.

Program berkenaan dibantu penolong khas, Ustaz Hanafidan Zubir Asadi Mohamad yang teruja bagi membawa golongan mak nyah itu mendekatkan diri ke rumah Allah.


Zubir berkata, mereka mengumpul seramai mungkin peserta menerusi program umrah itu.

“Kami masih membuka penyertaan sebelum akhir bulan Februari ini. Besar kemungkinan program umrah berkenaan dijalankan pertengahan Mac depan,” katanya.



SUMBER : myMetro

Nenek Selamatkan Suami dari Terajang Rusa


ALASKA - Seorang perempuan berusia 85 tahun membuktikan rasa sayangnya kepada sang suami dengan cara yang berani. Nenek itu menyelamatkan suaminya dari terajang seekor moose atau sejenis rusa besar dengan sebuah skop. 


Sadar nasib suaminya dalam bahaya, Dorothea Taylor datang menyelamatkan George Murphy dengan memukul rusa tersebut dengan skop. Akibatnya, Taylor pun terpaksa dirawat di hospital menyelamatkan suaminya itu.


Kejadian ini berawal saat keduanya tengah berjalan bersama di luar rumah. Taylor mengaku biasanya mereka ditemani oleh anjing peliharaannya, tetapi saat itu cuaca terlampau dingin bagi anjing mereka.


Murphy menceritakan bagaimana dirinya berhadapan dengan seekor rusa besar di depannya. "Dia (rusa) menyedari kehadiran saya dan mulai mengejar. Saya sempat berlaku ke arah truk, tetapi tidak berhasil," jelas Murphy seperti dikutip Digital Spy, Khamis (26/1/2012).


"Tiba-tiba saja rusa itu mulai menginjak-nginjak saya kemudian sempat berputar dan kembali menginjak tubuh saya. Saat itu tidak ada yang boleh dilakukan. Saya takut itu akan membunuh saya," imbuh Murphy.


Di saat itu lah Taylor bergegas untuk membantu suaminya. Bersenjatakan skop salju, Talylor memukuli kepala rusa besar tersebut. Pada akhirnya rusa pun menyerah dan pergi.


Kini Murphy dirawat di hospital di Anchorage. Nenek itu menderita luka memar pada bahagian kepala dan kaki sebelah kiri. Beberapa tulang iganya pun dikhabarkan patah.


Meskipun menderita, pengorbanan Taylor untuk menyelamatkan suaminya membuahkan hasil. Sang suami selamat dan terus menunggu Taylor hingga sembuh.
(faj)

Pudu jadi ‘merah’


KUALA LUMPUR: Busuk, jijik dan kotor. Itu gambaran boleh diberikan di kawasan sekitar Pudu, di sini, apabila beberapa lokasi yang menjadi tumpuan warga asing dipenuhi sampah-sarap, malah laluan pejalan kaki turut terdapat tompokan merah sisa ludahan sirih.
Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati timbunan sampah-sarap berlonggok di kaki lima jalan dan longkang meskipun pihak berkuasa tempatan menyediakan tong sampah di sepanjang jalan terbabit.

Dikenali sebagai lokasi bas perantara dan ekspres menerusi Pudu Sentral yang terletak di Jalan Pudu, menjadikan kawasan itu tempat pengumpulan warga asing yang gemar melepak terutama ketika cuti musim perayaan dan hujung minggu.


Difahamkan terdapat warga asing yang mengambil mudah serta sesuka hati membuang sampah di kaki lima jalan dan longkang.

Malah, kegemaran warga negara Myanmar memakan sirih dan meludah sisanya di tempat umum juga antara punca laluan pejalan kaki dan longkang sepanjang Lebuh Pudu menyakitkan mata memandang.


Hasil pemeriksaan Harian Metro juga mendapati lebih lima gerai haram menjual sirih diusahakan warga asing di kawasan terbabit dan lebih menarik perhatian pengunjung apabila ia dijual serendah RM1 untuk empat set sirih.




Pekerja kilang warga Myanmar yang hanya mahu dikenali sebagai Aye Tut, 34, berkata sirih makanan tradisi masyarakat negaranya dan mereka mengamalkannya sejak kecil menyebabkan amalan itu terbawa-bawa hingga dia bekerja di Malaysia.

“Saya selalu ke sini dan setiap kali berkunjung pasti membeli beberapa bungkus sirih untuk dibawa balik ke asrama. Lagipun, bukan kami saja yang makan sirih, orang Pakistan pun amalkannya,” katanya.


Sementara itu, pekerja restoran di situ, Azlina Mohd Bakri, 28, berkata, dia kurang selesa dengan perbuatan warga asing yang meludah sisa sirih, malah tindakan membuang sampah di merata tempat menyebabkan Pudu sering dilabel kawasan kotor serta menjijikkan.

“Sudahlah meludah, buang sampah pula di merata tempat. Perbuatan mereka itu menyakitkan mata dan kotor pula apabila meninggalkan sisa merah. Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap perkara ini,” katanya.


Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, berkata kompaun RM30 dikenakan terhadap individu yang didapati membuang sampah termasuk puntung rokok merata tempat.


“Anggota penguat kuasa DBKL sentiasa membuat rondaan di beberapa kawasan tumpuan orang ramai seperti Masjid India, Chow Kit, Bukit Bintang dan Pudu dari masa ke semasa untuk memastikan kebersihan ibu kota dijaga,” katanya.



sumber : myMetro

Wow,Nenek 93 Tahun Ini Luar Biasa Staminanya


INILAH.COM, London – Usianya sudah 93 tahun dan bekerjsa sebagai instruktur yoga. Namun, ia lebih berstamina ketimbang murid-muridnya. Luar biasa!


Melihat Tao Porchon-Lynch membuat Anda menyimpulkan bahawa mungkin yoga adalah rahsia bahagia di usia senja. Ia energik dan telah mempraktikkan yoga selama 70 tahun terakhir.


“Saya juga suka foxtrot dan hal-hal gila lainnya,” ujar Tao bergurau, dilansir Daily Mail. Menurutnya, berdansa tango sama nikmatnya seperti minum champangenya.


Di masa mudanya, Tao belajar yoga di India. Bekas model dan aktris ini kemudian pindah ke Amerika Syarikat (AS) saat usianya menginjak awal 30-an tahun.


Setelah karier di dunia perfileman Hollywood dan televisyen, ia mulai bekerja di UniTel pada 1960-an dan mendirikan stesen televisyen di India.


Sejak saat itu, Tao mengajar yoga di India, Perancis dan Amerika selama lebih dari 45 tahun terakhir. Sebanyak 400 instruktur yoga lulus dengan sertifikat darinya.


“Saya melakukan yoga sebelum tidur. Kemudian dengan murid-murid setelah bangun setiap pukul 05.00 pagi. Saya biasanya tidur tengah malam,” ujarnya.




“Saya keras kepala mengenai hal itu. Saat orang berkata tak boleh, maka saya harus boleh melakukannya,” paparnya.


Jika ingin sepertinya, mungkin Anda boleh membeli buku pertama yang ditulis Tao. Yakni ‘Reflections: The Yogic Journey of Life’.

Kelab striptease jual perfume untuk tipu isteri dirumah


Sebuah strip club di Afrika Selatan, Mavericks melancarkan serangkaian parfume bernama Alibis untuk menipu para isteri yang suaminya selalu pergi ke strip club.


Adapun parfum-parfum itu berfungsi untuk menyembunyikan aroma dari bau kelab tersebut sehingga para isteri atau juga kekasih mereka tak curiga dengan mereka.






Strip club Mavericks Revue Bar di Cape Town  itu secara esklusif menjual alibis dengan 3 macam parfume dimana parfume dan cologne atau aftershave itu bernama My Car Broke Down (berbau bensin, getah terbakar, minyak dan baja), I Was Working Late (berbau kopi, baju wol atau bulu domba, rokok dan tinta) serta We Were Out Sailing (berbau laut segar, garam laut, aqua dan tali katun/kapas). 


Ketiga jenis parfume itu dijual dengan harga $37 per botol dimana diciptakan oleh guru Porky Hefer.

Waspada! Modus Penipuan Baru di FB: iPad 3 Percuma


California - Ekspektasi pasar dan konsumen akan iPad 3, menimbulkan banyak modus penipuan online (scam) terbaru, contohnya dengan penawaran iPad 3 percuma.


 Symantec memperingatkan, besarnya ekspektasi publik akan iPad 3, pasti akan memunculkan modus penipuan seperti yang mereka duga sebelumnya. Demikian seperti yang dikutip dari ST.


 "Email spam terbaru di Facebook kini menjanjikan hadiah iPad 3 gratis. Agar lebih meyakinkan publik, para penipu menggunakan alamat email yang terkoneksi dengan Facebook," tulis pihak Symantec di pernyataan resminya.


 Bahkan di beberapa modusnya, para penipu tersebut memperkenalkan diri mereka sebagai CEO Facebook, Mark Zuckerberg.


 Para pengguna kemudian banyak yang tertipu dengan mengklik link URL yang tersedia dan terkena 'phising-attack'.


 Symantec menyarankan kepada para pengguna untuk segera melaporkan hal tersebut, jika terjadi pada mereka. Anda juga sebaiknya berhati-hati dan tidak sembarang mengklik link.

"Hantu Pukul Isteri Saya"


WISCONSIN - Polis menahan seorang lelaki yang diduga melakukan tindak kekerasan dalam rumah tangga. Namun lelaki itu mengelaknya dan mengatakan hantu yang telah mencekik isterinya.
             
Michael West ditahan setelah isterinya, Rebecca, menghubungi polis dan melaporkan telah dua kali dipukul dan dicekik oleh suaminya.


Namun sang suami berkata lain mengenai luka itu. "Suaminya mengaku luka yang diderita oleh sang isteri disebabkan akibat istrinya terjatuh," ujar petugas polis seperti dikutip Mirror, Khamis, (26/1/2012).


Hal yang paling mengejutkan, ketika ditanya terkait luka yang diderita isterinya di bahagian leher, West mengatakan, itu adalah perbuatan hantu.


West yang saat ini ditahan  di pejabat polis Fond du Lac akan didakwa dengan pasal kekerasan dalam rumah tangga, pencekikan, perilaku tidak tertib dan melawan ketika hendak ditangkap.


Alasan West yang melibatkan dunia ghaib diragukan oleh banyak pihak. Termasuk salah seorangnya sutradara filem Ron James yang mengatakan, dia tidak percaya dengan pengakuan West.


"Tidak ada bukti kuat terkait laporan yang menyebutkan hantu melakukan penyerangan terhadap manusia ," ujar Sutradara film Ron James.


James mengatakan, keterangan West baru dapat dipercaya jika dia memiliki bukti rakaman video atau suara yang dapat menunjukkan ada aktiviti ghaib di kediamannya.(rhs)

Janin Bayi Berumur 15 Minggu Yang Hidup Hingga Sekarang




Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat di atas adalah gambar janin bayi yang dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 minggu. Janin kecil dan merah itu mempunyai berat 10 auns dengan panjang 10,2 inchi, janin itu kemudian diberi nama Kimberly Mueller.




 Janin ini dibolehkan bersama ayah ibunya beberapa saat saja setelah dilahirkan sebelum akhirnya dibawa pergi oleh para ahli yang bekerja ekstra keras untuk menyelamatkannya. Ayahnya hanya sempat membisikkan ke telinga sang janin ‘Kimberly, you can do it baby”….



 Harapan hidupnya cuma 1 banding 1000. Bahkan Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus mengalami liku-liku hidupnya dengan penuh perjuangan.





 Alhasil setelah 6 bulan perjuangan sang janin untuk hidup, kini janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. 

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved