Pekerja kilang Myanmar mati ditetak

on 22 Januari 2012


KLANG - Seorang pekerja kilang rakyat Myanmar ditemui mati dengan kesan tetakan dan hentakan di kepala di asrama pekerja sebuah kilang besi di Jalan Kapar di sini, pagi ini.


 Mangsa, Nyo Chaw, 36, ditemui tertiarap dengan berlumuran darah di dalam kabin yang dijadikan bilik oleh seorang rakan senegaranya pada pukul 9 pagi.


 Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohd Shukor Sulong berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada pengurus kilang terbabit pada pukul 9.52 pagi.


 Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati telah meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk di bahagian kepala.


 Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang telah empat tahun bekerja di premis itu dipercayai bertengkar dengan seorang rakan sebiliknya, malam semalam namun punca pertengkaran itu tidak diketahui.


 Bagaimanapun, rakannya itu disyaki telah melarikan diri selepas kejadian tersebut.


 Mohd Shukor berkata pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebilah pisau pemotong daging dan sebatang besi di luar bilik asrama yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa.


 Selain itu, dua dokumen pengenalan diri milik si mati dengan rakan sebiliknya itu turut ditemui, katanya di sini hari ini.


 Mohd Shukor tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah akibat pergaduhan antara mangsa dan rakan sebiliknya.


 Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis kini mengesan rakan sebiliknya itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama


sumber : sinar harian

Barbie Botak untuk Anak Penderita Kanser


"Kami ingin melihat Barbie Indah dan Gundul dibuat untuk membantu gadis-gadis muda yang menderita keguguran rambut akibat pengubatan kanser, alopecia atau trikotilomania," tulis laman tersebut.


Seorang ibu yang aktif dalam gerakan itu, Beckie Sypin, 32 tahun, bercerita bila anak perempuannya menderita leukimia. "Selama dua tahun terakhir dia menjalani kemoterapi. Dan tujuh bulan terakhir dia alami kebotakan," kata Sypin.


Sejak rambutnya gugur, putri Sypin kerap dipandang aneh oleh orang di sekitarnya. Bahkan beberapa orang menanyakan perihal kebotakan itu.


"Saya pikir, Barbie yang botak bisa menjadi hal normal dan membuat orang tak berambut menjadi hal aneh lagi," ujarnya.


Anak perempuan yang mengalami kebotakan kerap menangis saat rambut mereka gugur. Anak-anak itu, kata Sypin, bukan takut terhadap kanser yang dideritanya. "Mereka takut menghadapi fakta kebotakan."


Menurut psikolog anak, Deanna Pledge, Barbie botak boleh menjadi jambatan bagi seorang anak untuk mengenal penyakit kanser. Saat Barbie botak dipamer pada rak kedai, kata Pledge, akan menimbulkan pertanyaan di benak sang anak dan menanyakannya ke orang tua.


"Saat itu terjadi, maka terbentuklah diskusi mengapa Barbie botak dan penyakit apa yang menyebabkannya. Sehingga si anak tidak lagi aneh saat melihat anak sebayanya berkepala botak," kata Deane.


Selain itu, Barbie botak dilengkapi dengan rambut palsu yang boleh dilepas juga boleh memberikan edukasi kepada anak perempuan yang rambutnya rontok kerana kanser. Bersama Barbie, si anak bisa bermain memilih rambut palsu tanpa merasa aneh.


"Belajar dari Barbie, mereka bisa percaya diri menggunakan beragam topi atau rambut palsu," kata Deane.


Hingga saat ini, Mattel Inc tidak memberi komen apa pun terkait gerakan ini. Namun menurut Sypin, Mattel Inc telah mengirim surat yang berisi tidak boleh menerima idea dari luar. "Mereka katakan sedang mengembangkan idea baru untuk 2012, namun menolak ungkapkan apa idea itu," kata Sypin.

Nenek ni duduk seorang diri di apartment yang mempunyai 30 blok


Ketika Mavis Ward (83 tahun) membeli apartment mewah di kawasan Newquay, Cornwall seharga 300,000 Poundsterlling musim panas lalu, dengan fasiliti  tempat olah raga, kolam renang, treadmill, mesin rowing untuk berlatih dan sauna, ia tidak mengira kalu hanya ia seorang yang menjadi penghuni tetap di sana.


 29 apartment lainnya hanya digunakan sebagai rumah kedua atau tempat bercuti dan menginap, oleh tuannya lapor The Sun


”Aku tidak pernah menyangka hanya ada aku di sini. Awalnya aku melihat-lihat sambil berfikir :”Kemana sih orang-orang?” Ketika aku sedar hanya akulah satu-satunya penghuni tetap, aku menajdi sangat senang.”


 3 puteri, 4 cucu dan 2 cicit Mavis tinggal berdekatan dengannya dan selalu mengunjungi Malvis secara teratur.

FARAH jawab isu cerai, gambar intim


GAMBAR yang tersebar itu bukan punca kami bercerai. Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai itu. Apa yang ingin saya beritahu antara kami berdua memang tak ada persefahaman dan jalan yang terbaik adalah berpisah,” tegas Farah Ashikin, bekas isteri Hattan dalam satu pertemuan dengan Pancaindera di butik Amir Luqman di Plaza Damas, Kuala Lumpur Khamis lalu. 


Farah dan penyanyi Hattan telah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 


Rumahtangga yang dibina oleh pasangan ini pada 11 November tahun lalu cuma bertahan dua bulan selepas pelbagai spekulasi tersebar mengenai perceraian mereka seminggu setelah mereka bernikah.


 Bagaimanapun Hattan yang ketika itu masih suami Farah Ashikin menafikan sekeras-kerasnya mengenai berita itu sambil menyifatkan ia sekadar gosip kerana mereka berdua adalah pasangan bahagia.


Sayangnya, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang diharapkan akan berkekalan sehingga hujung nyawa, akhirnya musnah di pertengahan jalan apabila mereka disahkan bercerai pada minggu kedua 2012.


 Sebagai pasangan bahagia, sama ada Farah ataupun Hattan, sememangnya tidak mahu rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu runtuh.


Tetapi sebagai manusia kita hanya bisa merancang namun takdir yang menentukan segala-galanya. 


Sayangnya, apa yang kurang enak didengar, selepas perceraian itu pelbagai cerita yang tersebar sehingga mengguris hati dan maruah apabila gambar intim Farah dengan seorang lelaki tersebar dalam pelbagai blog dan portal hiburan tempatan.


Ketika ditanya kesahihan perkara berkenaan, Farah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar tersebut menjadi punca kepada penceraian mereka.


“Memang benar itu gambar saya. Tapi bukan sebab gambar tu saya bercerai dengan Hattan. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar.


“Itu gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya kahwin ada orang nak sebarkan gambar tu?


“Saya ada maruah dan keluarga. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh. Orang tak tahu apa yang terjadi. Orang dengar dan orang percaya bulat-bulat.


“Lagi satu saya bukan artis! Saya hanya orang biasa dan tak sepatutnya mereka siarkan gambar berkenaan. Itu cukup mengaibkan saya,” kata Farah, ibu tunggal kepada dua orang anak. 


Menurut Farah, walaupun dia redha dengan apa yang berlaku namun dia tetap sedih dengan perceraian itu.


“Saya sangat sedih dengan perceraian kami tetapi saya optimis dengan perjalanan hidup. Saya nak orang tahu yang saya tak menyesal berkahwin dengan Hattan.


“Biarpun banyak dugaan yang datang saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Cuma saya kesal bila ada yang menjaja cerita kami bercerai talak tiga di awal perkahwinan dulu.


“Itu memang satu berita yang tak benar dan sangat mengaibkan.


“Tetapi sama ada suka atau tidak saya kena terima penceraian ini. Kini saya hanya mahu memberi tumpuan kepada bisnes saya,” kata Farah.


 Mangsa godam


MENGULAS lanjut mengenai penyebaran gambar berkenaan, jelas Farah semuanya berpunca daripada penggodam yang telah membuat onar terhadap e-mel peribadi dan blog peribadinya.


Perkara ini bukan baru berlaku sebaliknya semenjak pertengahan tahun 2010, dia menjadi mangsa digodam yang akhirnya mengaibkan dirinya.


“Saya pernah buat laporan polis pada September 2010. Berita mengenai laporan polis itu pernah tersiar di sebuah akhbar berbahasa Inggeris. 


“Saya tak tahu siapa punya kerja. Tapi mereka godam e-mel saya, tambah kandungan termasuk dalam blog dan hantar pada semua kenalan untuk mengaibkan saya,” kata Farah yang merupakan pemilik Into Equity Sdn. Bhd. ini lagi.


Melalui syarikatnya itu, Farah merupakan ahli perniagaan hartanah dan pendidikan kanak-kanak yang beroperasi di London, Itali dan Hong Kong.


Selain terbabit dengan bisnes luar negara, dia juga merupakan pembekal barangan hotel terkemuka di Kota Kinabalu dan membekal peralatan kepada Kementerian Kesihatan.


Bisnes yang telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu cukup membuatkan dirinya terkenal dalam bidang perniagaan dan sudah pasti dia terkesan dengan kemelut tak berkesudahan yang akan menjejaskan perniagaannya.


“Saya orang bisnes dan saya tahu dengan penyebaran gambar itu akan menjejaskan reputasi saya. Kalau dengan pelanggan luar negara tak ada masalah tetapi bagaimana dengan pelanggan dalam negara?


“Mahu atau tidak saya kena membersihkan maruah saya yang tercalar. 


“Lepas ni saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Bila balik nanti saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya,” kata Farah.


sumber : utusan

Mandikan ibu, isteri setiap hari

SEBERANG MARANG –Kehidupan seorang warga emas, Lijah Salleh, 91, dan menantunya, Romelo Ngah, 54, di Kampung Atas Bukit, Jalan Lama di sini, amat menyayat hati apabila mereka berdua hanya mampu duduk dan berbaring akibat uzur dan lumpuh.

Namun, kedua-dua wanita kurang bernasib baik ini amat beruntung kerana Nordin Ali, 54, anak Lijah dan suami kepada Romelo seorang yang bertanggungjawab dan sabar melayani karenah ibu dan isterinya itu.

Malah, Nordin bukan sahaja menguruskan keperluan isterinya yang lumpuh sejak lebih sebulan lalu malah turut perlu menjaga ibunya, Lijah, yang mengidap penyakit nyanyuk dan uzur sejak lebih kurang lima tahun lalu.

“Saya tidak sanggup meninggalkan ibu dan isteri tanpa perhatian dan penjagaan, walaupun keluar sekejap kerana bimbangkan mereka.

“Setakat ini belum ada jabatan atau agensi tampil memberi bantuan namun, bagi menambah pendapatan sesekali saya keluar juga bekerja untuk memperoleh pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga ini,” katanya yang hanya bekerja kampung.

Nordin berkata demikian ketika menerima kunjungan pihak Pejabat Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang diketuai Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah.

Atas kasih sayang yang begitu mendalam, Nordin juga memandikan ibunya dan isteri selepas menunaikan solat subuh setiap hari seterusnya menyediakan sarapan sebelum melakukan rutin hariannya demi tanggungjawab yang terpikul di bahunya sebagai anak serta suami.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan pihak JKM daerah berjanji akan membantu keluarga itu melalui bantuan yang disediakan kerajaan sekali gus akan dapat mengurangkan beban tanggungan Nordin pada masa depan.



sumber : sinar harian

Ada pihak guna Facebook untuk menipu


LONDON 21 Jan. - Seorang wanita dari timur laut England, mendedahkan kegiatan penipuan oleh pihak tertentu yang menggunakan Facebook untuk meminta derma daripada orang ramai dengan mendedahkan tentang penderitaan anaknya.


Menurut Julie Chambers, 37, pihak tersebut telah menyiarkan beberapa gambarnya serta anak perempuannya, Zoe yang telah meninggal dunia ketika berusia dua tahun dan menipu orang ramai dengan memuatkan maklumat yang tidak benar di laman Facebook.


Daily Mail melaporkan, laman tersebut dipercayai mengutip derma kononnya untuk membantu Zoe yang dilahirkan dengan injap jantung yang kecil menjalani pemindahan jantung, sedangkan Zoe telah meninggal dunia pada 2008 selepas menjalani satu pembedahan jantung.


"Memang sukar bagi saya menghadapi hakikat itu jika anak saya masih hidup, tetapi dia tidak lagi bersama kami.


"Zoe sudah meninggal dunia dan seseorang telah menggunakan gambarnya untuk menipu orang ramai dengan meminta derma," kata ibu muda itu. - AGENSI


sumber : utusan

McDonald's Bersalah Pecat Pekerja kerana Seiris Keju


Sebuah restoran McDonald's dinyatakan bersalah kerana memecat seorang pekerjanya hanya kerana si pekerja menambahkan irisan keju pada sebuah hamburger untuk kawannya.

"Pemecatan itu keterlaluan sebagai sebuah sanksi," kata sebuah pengadilan wilayah Leeuwarden, di utara Belanda, dalam keputusan tertulis,. "Itu hanya seiris keju," demikian pertimbangan pengadilan tersebut sebagaimana dikutip Telegraph.

Sebuah surat peringatan sesungguhnya sudah merupakan hukuman yang pantas, kata pengadilan itu, yang memerintahkan jaringan makanan cepat saji tersebut membayar gaji si pekerja untuk lima bulan masa kontrak yang tersisa, iaitu sebanyak 4.265,47 euro. Perusahaan itu juga diharuskan membayar biaya pengadilan.

Pekerja itu, seorang perempuan, dipecat dari sebuah cawangan McDonald's di kota Lemmer pada March tahun lalu. Pemecatan itu terjadi hanya kerana ia, pada jam istirahat, memberi seorang kawannya sebuah burger keju yang lebih mahal dari seharusnya yang dia peroleh sesuai harga yang dia bayar.

McDonald's beralasan pekerja itu telah melanggar peaturan yang melarang pemberian percuma apa pun kepada keluarga, teman atau kawan.

Putusan pengadilan Belanda itu datang beberapa hari setelah jaringan makanan cepat saji tersebut melaporkan sebuah kenaikan keuntungan bersih sekitar 25 peratus
 
sumber : kompas.com

Padah curi pandu kereta abang


PETALING JAYA – Hasrat seorang remaja berusia 14 tahun mahu bersiar-siar menggunakan kereta Proton Perdana milik abangnya membawa padah apabila secara tiba-tiba stering kereta tersekat menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum melanggar sembilan motosikal di parkir Blok H, Apartment Idaman, semalam.
Kejadian jam 12 malam itu berlaku sebaik sistem keselamatan kereta berkenaan berfungsi selepas sepuluh minit ia dipandu. 
 
Ketua Biro Keselamatan Apartmen Idaman, Azmi Ardi berkata, siasatan lanjut pihaknya mendapati remaja berkenaan memandu kereta itu tanpa pengetahuan abangnya.
 
“Dia mengambil kunci kereta sewaktunya abangnya sedang tidur,” katanya.
 
Pelanggaran itu turut menyebabkan tiga remaja lain yang kebetulan berada di kawasan parkir cedera.
 
Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut, sementara remaja berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
Difahamkan, keluarga remaja berkenaan telah dipanggil dan bersetuju untuk menanggung kos perubatan mangsa yang cedera serta baik pulih motosikal yang rosak.
 
Sementara itu, pemilik kereta Proton Perdana memberitahu sistem keselamatan kenderaan itu digunakan bagi mengelak kecurian kereta, bagaimanapun sama sekali tidak menyangka adiknya sendiri yang terperangkap.

sumber : sinar harian

Kembar terpisah 67 tahun


BATU PAHAT – Siapa sangka, dalam keadaan berputus asa setelah usaha mencari kembarnya di negara asing selama berpuluh tahun, bukan setakat gagal malah langsung tiada petunjuk, ketika itulah doa Walitah Sawiyan, 70, dimakbulkan.
”Saya sudah bertekad, jika tak jumpa juga dengan kembar saya, Walitih, inilah kali terakhir saya mencarinya. Saya akan pulang ke Indonesia dan terus tinggal di sana. Kiranya saya sudah putus asa,” kata Walitah.
 
Namun takdir menentukan pada 4 Januari lalu ketika menunggu feri di Jeti Kukup, Pontian untuk pulang ke Tembilahan, Sumatera dalam perjalanan yang disangkanya adalah yang terakhir untuk mencari kembarnya itu, dia tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita yang tidak dikenali.
 
”Orang itu tegur saya kerana menyangka saya jirannya di Batu Pahat,” katanya.
 
Lalu Walitah mengajak wanita yang menegurnya itu untuk membawa dia bertemu dengan jirannya yang dikatakan wajah saling tak tumpah itu.
 
”Hati saya melonjak-lonjak mahu dibawa bertemu dengan jirannya. Tiba di sana, memang benarlah. Dialah Walitih yang saya cari-cari selama ini, malah saya pun sudah hampir berputus asa untuk mencarinya lagi,” kata Walitah sambil mengesat air mata.
 
Terharu sungguh dia dengan pertemuan yang tidak disangka-sangkanya itu.
 
Walitih yang turut serta dalam pertemuan dengan Sinar Harian, bagaimanapun memilih untuk tidak berkata apa-apa.
 
Dia lebih selesa melayan perasaan dengan caranya yang tersendiri setelah dipertemukan dengan kembar yang dirinduinya selama 67 tahun itu.
 
Apa pun, setelah bertemu Walitih, pencarian Walitah sebenarnya masih juga belum berakhir. Mereka kini sedang mencari seorang lagi adik, Tiwan yang berusia 10 tahun ketika hilang sebaik Perang Dunia Kedua meletus.
 
Menceritakan detik perpisahan mereka, Walitah berkata, dia diserahkan kepada keluarga angkat yang kemudian membawanya ke Sumatera untuk menyelamatkan diri daripada serangan tentera Jepun ke atas Malaya.
 
”Walitih pula diserahkan kepada keluarga angkat yang lain. Dia terus tinggal di kampung halaman kami, Kampung Parit Jorak Senawi, Batu Pahat,” katanya.
 
Meskipun berjauhan, kata Walitah, sejak itu dia tidak pernah melupakan adik beradiknya, yang kesemuanya lima orang.
 
”Dua daripada saudara saya, lelaki. Kedua-duanya hilang pada zaman perang. Seorang lagi perempuan, sudah meninggal,” katanya.
 
Bermula awal 2010, Walitah berkali-kali datang mencari kembarnya di sekitar Bukit Naning dan Batu Pahat.
 
”Saya bukan saja gagal temui dia, malah langsung tidak ada petunjuk,”katanya.
 
Rupa-rupanya, usaha Walitah itu disukarkan oleh satu sebab, Walitih kini bukan lagi dikenali sebagai Walitih.
 
”Dia sudah punya nama baru, Patimah Ijap. Sebab itu saya tak jumpa dia,” kata Walitah dengan sedikit senyuman terukir di bibirnya.
 
Kerana itulah juga, kata Walitah, jika Walitih tidak juga ditemui, dia akan hentikan terus pencarian itu.
 
Kini, setelah bertemu dengan kembar yang dicari-carinya, Walitah sebaliknya sudah tidak mahu kembali ke Indonesia lagi.
 
”Di sini kampung halaman saya, tanah tumpah darah saya. Saya mahu tinggal terus di sini bersama kembar saya sampai akhir hayat,” katanya.
 
Sehubungan itu, kata Walitah, dia berharap ada pihak dapat membantu memakbulkan satu lagi hajatnya iaitu menjadi warga Malaysia.
 
”Kami tidak sanggup untuk berpisah lagi. Biarlah sisa usia yang ada kami isi bersama setelah 67 tahun kami terpisah,” katanya dengan nada dan wajah yang sangat terharu.
 
Bersuara bagi pihak ibunya, anak Walitih, Saniyah Sahidan, 43, berkata, dia dapat merasai kegembiraan dan kelegaan hati ibunya setelah dipertemukan semula dengan kembar yang dirinduinya sejak sekian lama.
 
”Saya tak sanggup melihat dia sedih semula. Kerana itu, saya harap ada pihak sudi membantu ibu saudara saya ini kembali semula menetap di tanah air yang telah ditinggalkannya sekian lama. Ini negaranya, dia lahir di sini dan ibu bapa mereka juga orang sini. Cuma kepayahan hidup pada zaman perang yang membawa dia ke sana sedangkan itu bukan negaranya,” katanya.

sumber : sinar harian

Gaun Pengantin Terbuat Dari Rambut Manusia



Seorang pereka pakaian asal Inggris mendadak terkenal kerana dirinya mereka sebuah Gaun Pengantin Terbuat Dari Rambut Manusia.


Thelma Madine menciptakan Gaun Pengantin Terbuat Dari Rambut Manusia ini memerlukkan 250 meter rambut manusia yang disambung. Saat ini,gaun itu berharga GBP50.000 .

Gadis 13 Tahun Diperkosa Di Temukan Di Masjid


Jakarta:  Vagina seorang gadis berusia 13 tahun mengalami pendarahan. Ia ditemukan pukul 03.00 pagi hari di masjid dalam keadaan terkulai lemas . Ternyata ia telah diperkosa oleh seorang lelaki  beranak satu.

Lelaki itu baru seminggu berkenalan dengan gadis tersebut.  Ia bekerja sebagai petugas kebersihan di salah satu RW di Tanjung Duren Utara, Jakarta Barat. Namanya Wihanda alias Wiwi, 24, yang sempat dipukul warga diamankan anggota Sabhara Polsek Tanjung Duren untuk diserahkan ke Unit Perlindungan Perempuan Anak (PPA) Polres Jakarta Barat.

Sementara gadis yang  yang mengalami pendarahan itu dilarikan ke hospital. Sedangkan tersangka ditahan warga di rumah sewanya.

Gadis yang tinggal  Jalan Asia Baru, Duri Kepa, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, hingga Selasa malam masih menjalani rawatan di RS Sumber Waras. Ia terpaksa dirawat kerana mengalami pendarahan, dan menurut doktor mengalami kejutan.

Bagaimana pemerkosaan itu berlangsung? Sejak berkenalan dengan gadis itu,  Wihanda sering datang bermain ke rumah sewanya di Jalan Salak, Tanjung Utara. Gadis itu pun lalu bermain ke rumah tersangka hingga larut malam.

Ayah gadis itu, Syarif Sadari ( 40)  sempat mencari putrinya. Namun sekitar pukul 03:00 dinihari, gadis  itu ditemukan di sebuah masjid di tingkat dua dalam keadaan lemas dan mengaku dinodai pelaku di rumahnya. Selanjutnya mangsa dibawa ke hospital.

Sementara itu, petugas Polsek Tanjung Duren yang mendapat laporan dari masyarakat lalu datang ke tempat kejadian perkara sekaligus mengamankan tersangka.

“Kami langsung menyerahkan tersangka Wihanda ke Unit PPA Polres Jakarta Barat, untuk diproses,” ujar Kapolsek Tanjung Duren, Kompol Dwi Indra Laksmana.

Tersangka sudah lima tahun bekerja sebagai petugas kebersihan sudah beristeri dan memiliki satu anak. Keluarganya menetap di Sukabumi, Jawa Barat.

Keterangan Kanit PPA Polres Jakarta Barat, AKP Budi Setiadi M Hum, megatakan tersangka mengaku, korban adalah kekasihnya yang sering datang ke tempatnya. ”Kami belum boleh meminta keterangan mangsa kerana masih dirawat,” ujarnya.

Pilot ini teruskan penerbangan walaupun pesawat hancur selepas melanggar burung


Sebuah pesawat peronda penjaga pantai Jepun hampir saja celaka saat melanggar seekor burung Albatros. Dimana burung tersebut menciptakan lubang dengan lebar satu meter di bahagian hidung pesawat Bombardier DHC8-315, ketika pesawat itu sedang terbang pada ketinggian 300 meter di atas Laut Cina Timur pada Rabu (18/01) .


 Hebatnya, pilot tidak merasa perlu untuk melakukan pendaratan darurat, meskipun tubuh burung mati masih menyangkut pada hidung pesawat dan melanjutkan perjalannya ke tempat tujuan di Ishigaki, Okinawa.


Dalam insiden ini, tak ada satu pun dari sembilan anggota awak pesawat yang berada dalam penerbangan selama tiga jam dari Naha yang terluka.


 Dailymail menulis bahawa, Kementerian pengangkutan Jepun saat ini telah membuat investigasi untuk menyelidiki insiden tersebut. Dan dikatakan bahawa akan disiapkan peralatan radar di apangan Terbang Haneda Tokyo pada bulan April untuk membantu melacak kawanan burung, guna memandu pesawat keluar dari jalur mereka.

Kostum Baru Superman 2012 Tanpa Seluar Dalam


Aktor Inggris, Henry Cavill, terpilih sebagai tokoh superhero, Superman dalam filem terbarunya "Man Of Steel" dengan Kostum Baru Superman 2012 Tanpa Seluar Dalam. Demikian pengumuman studio Warner Bros, hari Minggu kelmarin. 
 Film ini di sutradarai oleh Zack Snyder dan rencananya dirilis pada Disember 2012.
 Cavill sendiri berhasil mendapatkan peranan sebagai Superman setelah melalui proses audisi yang ketat dan memenatkan. Perlu waktu yang panjang bagi Cavill untuk mendapatkan peranan sebagai Clark Kent di filem ini.
 Inilah foto-foto pada saat pembuatan filem Superman "Man Of Steel" dengan Kostum Baru Superman 2012 Tanpa Seluam Dalam.






Wanita 2 alat sulit tolak berlakon lucah


LOS ANGELES: Seorang wanita yang dilahirkan dengan dua saluran faraj dan mendapat perhatian industri filem lucah, tidak pernah terfikir untuk menerima sebarang watak dalam filem sebegitu. 
 Ketika muncul dalam rancangan televisyen awal minggu ini, Hazel Jones mendedahkan dirinya memiliki ‘uterus didelphys’, merujuk kepada keadaan dua rahim dan dua serviks. 
 Wanita berusia 27 tahun itu didekati syarikat Vivid Entertainment, sebuah syarikat produksi filem dewasa Amerika Syarikat. 


Mengakui terkejut, wanita berambut perang berasal dari High Wycombe, menegaskan akan menolak sebarang tawaran seumpama itu. 


Menurut rancangan This Morning, Jones memberitahu: “Saya tidak pernah terima apa-apa tawaran seperti itu mahu pun melakukannya pada masa depan. Jangan ganggu saya.” 


Jones memberi reaksi itu selepas pengasas Vivid, Steven Hirsch, menulis sepucuk surat kepadanya menawarkan AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk membintangi satu daripada filemnya, lapor TMZ.com. 
Dalam surat itu, Hirsch menulis: “Anda jelasnya seorang wanita luar biasa dan saya mahu menjadikan anda seorang bintang untuk membintangi satu daripada produksi akan datang Vivid. 


“Kami akan membayar anda sehingga AS$1 juta untuk perkhidmatan anda.” 


Hirsch juga berjanji untuk membayar tambang dan kemudahan oleh kerana filem itu akan dilakukan di sini. 


“Kami akan bawa anda ke Los Angeles sebaik saja anda setuju dan memberi anda kemudahan kelas pertama,” katanya. 


Seorang jurucakap Vivid mengesahkan tawaran itu dengan berkata: “Memang benar. Steven membuat tawaran kepada Hazel Jones.” 


Vivid menjadi studio pertama memperkenalkan pita seks selebriti, menunjukkan rakaman Pamela Anderson dan suaminya ketika itu, Tommy Lee serta Kim Kardashian. Jones belum memberi maklum balas terhadap tawaran itu. 


Jones memberitahu rancangan This Morning terbitan ITV, dia selesa walaupun mempunyai keadaan luar biasa itu, walaupun terpaksa kehilangan dara sebanyak dua kali. 


“Sebaik saja saya tahu keadaan itu, saya beritahu semua orang. 


“Saya fikir ia menakjubkan dan sudah pasti mengejutkan jika berada dalam parti,” katanya kepada hos televisyen, Holly Willoughby dan Phillip Schofield. 


Beliau menambah: “Jika wanita mahu melihatnya, saya agak gembira menunjukkan kepada mereka, ia bukan sesuatu yang memalukan buat saya.” 


Jones pergi mendapatkan rawatan doktor selepas teman lelakinya memberitahu dia ‘rasa berbeza’ mengenai kemaluan wanita itu. – Agensi


sumber : berita harian

Kapten Schettino Menangis seperti Bayi


KOMPAS.com — Kapten kapal pesiar Costa Concordia "menangis seperti bayi" selama 15 minit setelah meninggalkan kapalnya yang terbalik.


Beberapa jam kapal setelah pesiar mewah itu menghentam batu karang, Franceso Schettino, sang kapten kapal, yang sangat tergoncang, muncul di lahan kering di pulau kecil Giglio. Di sana ia bertemu kembali dengan Pater Raffaele Malena, rohaniwan di kapal itu. Malena mengatakan, "Saya berbicara dengan kapten itu. Dia memeluk saya selama sekitar seperempat jam dan menangis seperti bayi."


Pater Malena mengatakan hal itu kepada majalah Perancis, Christian Family, sebagaimana dikutip Daily Mail, Jumaat (20/1/2012), bahawa ia sendiri ingin tetap berada 'dekat dengan mereka yang terluka' setelah turun dari kapal tersebut pada dini hari Sabtu lalu.


"Saya turun melalui sebuah tangga tali," kata Pater Malena. "Saya dijemput sebuah sampan kecil dan sekitar satu jam kemudian kapten itu muncul."


Ketika menggambarkan bencana yang menyebabkan  11 orang tewas itu, Pater Malena mengatakan, "Saya sangat terkejut. Saya jatuh ke lantai. Ketika kapal itu bergoyang dari satu sisi ke sisi yang lain, elektrik padam. Kapten itu melempar jangkar. Beberapa orang—yang menganggap dirinya ahli—mengatakan bahwa dia melakukan kesalahan; orang lain mengatakan dia melakukan hal yang tepat."


"Saya melihat sejumlah awak yang bekerja di bilik mesin. Mereka mengatakan kepada saya, "Kita semua akan mati di lambung (kapal). Ada sobekan sepanjang 70 meter dan sobekan lain sepanjang 10 meter."


Malena mengatakan, dia melihat seorang gadis kecil jatuh. Ia menjelaskan, "Saya memeluknya, menentramkannya, dan mengembalikan dia ke ibunya lagi. Mereka lalu masuk ke sekoci."


Pastor itu mengatakan, "Tentu saja itu adalah kes yang melibatkan faktor kesalahan manusia kerana kami seharusnya tidak boleh begitu dekat dengan pulau itu. Tapi bukan tugas saya untuk menilai. Para ahli yang nanti akan menilai itu."


Pater Malena membantah klaim bahawa awak kapal tidak kompeten dan gagal membantu penumpang yang takut naik ke sampan "Anak-anak ini, anak-anak saya, bukan hanya pahlawan. Mereka pahlawan super," katanya tentang rakan-rakannya.


"Anak-anak saya tahu mereka akan mati, tapi mereka tidak meninggalkan pos mereka. Ada pahlawan dari semua bangsa dan mereka gemetar ketakutan. Mereka terancam. Mereka memberi tahu orang-orang untuk tidak masuk ke sampan yang sudah penuh, tetapi orang-orang tetap saja masuk." 


Ia melanjutkan, "Orang boleh melempar lumpur sebanyak-banyaknya ke wajah mereka (awak kapal), tetapi mereka tidak dapat mengatakan bahwa anak-anak itu tidak bekerja, bahawa mereka tidak terlatih."


Pater Malena kini kembali ke rumah di desanya di Ciro Marina, di Calabria. Sementara itu, Schettino berada dalam tahanan rumah dan menghadapi kemungkinan tuduhan pembunuhan, meninggalkan kapal, dan menyebabkan kapal karam. Kapten itu mengakui, ia secara tidak sah mengubah arah sehingga keluar dari rute yang ditetapkan, yang menyebabkan kapal itu melanggar karang dan terbalik.

Saintis buat zakar tiruan yang menghasilkan sperma


SAN FRANCISCO: Sekumpulan saintis diberi kebenaran menghasilkan buah zakar tiruan yang menghasilkan sperma, dalam usaha membantu menyelesaikan masalah ketidaksuburan lelaki. 


Saintis sebelum ini cuba menghasilkan sel sperma tetapi cuma mampu menyelesaikan tiga per empat daripada proses itu di dalam makmal kerana persekitaran khas dalam buah zakar lelaki diperlukan untuk menjayakan proses itu. 
 Kumpulan pakar diketuai Dr Paul Turek itu berharap dapat menghasilkan mesin biologi pembuatan sperma yang berbentuk beg silinder dan tidak dilekatkan pada tubuh. 
 Ia perlu diganti selepas setiap kitaran pengeluaran sperma yang mengambil masa 70 hari dan berbeza dengan alat tiruan, lelaki yang kehilangan buah zakar tidak menghasilkan sperma. 


Dr Turek kini menghasilkan prototaip dan menganggarkan ia mengambil masa lima hingga tujuh tahun untuk menyempurnakan kaedah itu. 


“Geran yang diperoleh adalah satu penghormatan dan diberi selepas beberapa tahun kami mengkaji idea ini. 


“Kami sudah mengumpulkan saintis hebat yang amat komited dengan kejayaan,” katanya. 
Bagi menghasilkan buah zakar tiruan itu, penyelidik perlu membangunkan teknik untuk menumbuhkan sel sperma manusia. 


Mereka bercadang menggunakan sel tunjang embrio lelaki dengan gen untuk mengemudikan ia menjadi sel reproduktif yang boleh digunakan dalam IVF. 


Ketika kajian menunjukkan ada kemungkinan dapat merawat tikus jantan tidak subur dengan menghasilkan sperma menggunakan sel tunjang, kajian ke atas manusia gagal. 


Dr Turek berkata, salah satu tujuan utama ialah menghasilkan semula buah zakar tiruan dengan semua komponennya. Bagaimanapun, sebahagian pakar skeptikal dengan kaedah itu. 


Pakar sakit puan dan sains reproduktif di Universiti Pittsburgh, Kyle Orwig, berkata: “Ia satu projek yang pastinya sukar tetapi mengagumkan jika berjaya. Ia akan memberi impak besar kepada bidang kesuburan.” 


Katanya, tiada siapa pernah mencuba menghasilkan sperma dengan mencipta semula ‘rumah pengeluaran’ sel sperma. Buah zakar bertanggungjawab menghasilkan dan menyimpan sperma. Jika rosak, ia boleh memberi kesan serius kepada kualiti sperma. – Agensi


sumber : berita harian

Kutu babi punca wanita ni rasa tua


NEW MARSKE: Seorang ibu kepada tiga orang anak dari New Marske di utara England, berkata beliau menghidap penyakit misteri yang menyebabkan mengalami masalah kesihatan seperti seorang yang berusia 90 tahun, gara-gara digigit sengkenit 20 tahun lalu. 
 Sengkenit yang juga dikenali sebagai kutu babi atau pirah, adalah sejenis serangga parasit luaran (ektoparasit) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia, burung malah reptilia dan amfibia. 
 Adelle Huckins, 31, berkata beliau kerap menghidap sakit kepala yang kuat (migrain) rasa letih melampau, sakit seluruh badan manakala mata kirinya membengkak sejak 20 tahun lalu.


Bagaimanapun, hanya pada 2011, Huckins dapat memahami punca yang menyebabkan masalah kesihatannya, apabila pakar perubatan mengesahkan beliau menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai penyakit Lyme (Lyme Disease), berpunca daripada jangkitan bakteria yang dibawa oleh sengkenit.


Bakteria dikenali Borrelia burgdorfer kerap ditemui dalam sistem penghadaman haiwan seperti tikus, rusa dan burung. Apabila sengkenit menghisap darah haiwan yang mempunyai bakteria terbabit, ia akan menyebabkan serangga itu turut dijangkiti. Sengkenit boleh memindahkan bakteria itu kepada manusia melalui gigitannya.


Penyakit Lyme melemahkan sistem imunisasi penghidapnya menyebabkan mereka mengalami keletihan melampau, sakit kepala dan bengkak di bahagian sendi. Jika dibiarkan penghidapnya boleh diserang jangkitan kuman pada otak, lumpuh dan boleh membawa maut. 
Keterangan doktor berkenaan segera mengingatkan Huckins kepada satu lawatan sambil belajar ke Jerman yang disertainya pada 1991, ketika berusia 11 tahun, apabila beliau digigit sengkenit pada bahagian kaki.


“Gigitan itu menyebabkan ruam di kaki saya, tetapi saya menyangka ia perkara biasa dan tidak memikirkan langsung kesannya selepas itu. Saya tidak terfikir gigitan itu akan mengakibatkan saya dijangkiti penyakit yang membuatkan saya berasa seolah-olah sudah berusia 90 tahun.


“Sejak kembali daripada lawatan itu, kesihatan saya semakin merosot, tetapi pakar perubatan tidak mengetahui punca masalah saya. Serangga itu benar-benar menyebabkan hidup saya menjadi tidak keruan,” katanya.


Huckins berkata beliau mengalami pelbagai tanda penyakit tetapi doktor seringkali mengaitkannya dengan penyakit lain.


“Bagaimanapun apabila saya membaca mengenai penyakit Lyme, saya sedar bahawa saya adalah salah seorang mangsanya. Saya baru berusia 31 tahun tetapi saya berasa seperti sudah berusia 90 tahun,” katanya.


Selama beberapa tahun pakar perubatan kebingungan untuk menerangkan mengenai penyakit yang dialami Huckins, tetapi apabila beliau terbaca mengenai penyakit Lyme di internet, Huckinssedar ia mungkin boleh menjawab persoalan mengelirukan mengenai masalah kesihatannya.


Ujian kesihatan asas yang dijalankan selepas itu memberi jawapan negatif. 
Bagaimanapun ujian kedua di Hostpital Nuffield di Newcastle terhadap Tyne membuktikan sangkaan Huckins adalah benar.


Kini Huckins dilanda kebimbangan suaminya Rob mungkin menghidap sama, kerana Lyme boleh berjangkit melalui hubungan seks.


Beliau juga bimbang dengan nasib anaknya Joshua, 9, Kaitlyn, 6 dan Dexter, walaupun tiada bukti Lybe boleh menjangkiti bayi ketika proses kehamilan.


Ketika ini Huckins diberi ubat antibiotik untuk meredakan pelbagai tanda penyakitnya.


“Saya ingin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika membuat perjalanan ke luar negara terutama di kawasan desa. Sengkenit hanya serangga halus, tetapi gigitannya menyebabkan hidup saya tunggang terbalik,” katanya. – Agensi


sumber : berita harian

Banduan keluar penjara tanpa seluar


VANERSBORG, KOMPAS.com — Seorang banduan Sweden yang sudah menyelesaikan hukuman dua bulan penjara menarik perhatian kerana berjalan meninggalkan penjara Brinkeberg di Vanensborg, Sweden, tanpa memakai seluar dan kasut. 


Lelaki itu, yang oleh media setempat dipanggil Percy, mengatakan kepada petugas penjara bahawa seluarnya yang dipakai sewaktu masuk penjara sudah sempit. Lelaki yang dihukum kerana memandu sambil mabuk dan melanggar lalu lintas itu meminta penjara membelikan seluara dan kasut, tetapi permohonan itu ditolak. 


Pihak penjara menolak permohonan itu kerana di antara barang-barang milik Percy saat masuk penjara terdapat wang 118 dollar AS (sekitar Rp 1 juta) yang diambilnya lagi saat keluar. Jadi, Percy dianggap boleh membeli sendiri keperluannya. Percy beralasan, dia tak sempat membeli kerana penolakan penjara waktunya terlalu sikit. 


Penjara menjual seluar dan kasut untuk tahanan yang dibebaskan, tetapi harganya terlalu mahal. Percy akhirnya mendapat tumpangan untuk pulang ke Trollhattan dengan hanya mengenakan kemeja, pakaian dalam, dan stoking. Dia pun akhirnya boleh membeli seluar dan kasut dengan harga yang lebih murah dari yang ditawarkan penjara. Ada-ada saja.... 
Sumber : Kompas Cetak

Pelik...guna muzik techno untuk galakan orang muda ke gereja



Sebuah gereja di Sweden berusaha menarik orang muda dengan menampilkan musik Techno saat pelayanan ibadah di gereja.


Untuk meningkatkan kembali jumlah  yang semakin berkurang Olle Idestrom, seorang pendeta di Gereja All Saints di Stockholm, Sweden, muncul dengan idea untuk menarik lebih banyak kaum muda untuk ke Gereja dengan memasukkan musik Techno dalam pelayanan ibadah.


Menurut Orange, Idestrom melihat cara ini sebagai suatu langkah yang efektif untuk kembali menarik kaum muda untuk ke gereja. Dimana mereka mengganti nyanyian-nyanyian rohani dengan lagu yang secara khusus ditulis untuk tari modern.


Nampaknya idea ini terbukti sukses dan sangat populer pada kaum Kristen muda yang menyukai metode baru ini.



Gila.. Ketua polis curi 4 Xbox


ST LOUIS: Seorang bekas ketua polis semalam mengaku bersalah mencuri empat konsol Xbox 360 daripada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Menurut dokumen siasatan, Michael Baxton yang berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun dan denda sehingga AS$500,000 (RM1.5 juta), ditangkap selepas pegawai mencurigai tingkah lakunya.

Pegawai mengesyaki bekas Ketua Polis St Louis itu menawarkan layanan baik kepada beberapa suspek penjenayah dan mencuri serta menjual barangan bukti.


FBI yang mengambil keputusan mengujinya, membeli lima XBox 360 dan meletakkannya di dalam sebuah kereta sebelum melaporkan kereta itu dicuri.

Baxton dan seorang pegawai lain yang menyiasat kes itu, mengarahkan pegawainya meletakkan empat Xbox itu ke dalam keretanya. “Tanpa disedari oleh Baxton, pegawai itu sebenarnya bertindak sebagai saksi FBI. Dia dilengkapi dengan peranti perakam audio dan video yang merakam kejadian mencuri itu,” menurut dokumen mahkamah.


Baxton yang dilantik menjadi ketua polis untuk menggantikan seorang bekas ketua polis yang dipecat kerana jenayah cukai, sebelum ini mempunyai dua kesalahan jenayah lain. - AP



sumber : myMetro

Lelaki makan kucing ditahan


PHOENIX: Seorang lelaki tidak berumah ditangkap selepas didakwa membunuh seekor kucing dan memakannya di sebuah gudang.
Pemilik bangunan itu menelefon polis selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena di dalam gudang itu.

Polis yang memasuki gudang berkenaan menemui Russell Christopher Hofstad (gambar) di dalam dengan mukanya bercat and ekor serta sebahagian tali perut haiwan itu tergantung pada lehernya.


Polis menemui bahagian lain kuncing itu di tengah gudang. Hosstad memberitahu polis, dia mahu menggunakan tulang kucing itu sebagai barang hiasan. - AFP


sumber : myMetro

Pasangan kekasih Facebook akui zina


DUBAI: Seorang pembantu rumah dan pekerja binaan dihadapkan ke mahkamah semalam kerana berzina di kediaman majikan pembantu rumah itu selepas jatuh cinta menerusi Facebook.
Amah warga Filipina berkenaan dan buruh rakyat Pakistan itu mengaku berkenalan menerusi laman sosial terbabit “Selepas bersembang selama dua minggu menerusi Facebook, dia memberi alamat majikannya dan membantu saya memasuki rumah itu. Kami mengadakan seks di sana,” kata warga Pakistan berusia 23 tahun itu yang dikenali di mahkamah sebagai IA.

Kegiatan mereka didedahkan oleh tukang masak di rumah berkenaan yang melihat IA keluar dari bilik tidur amah berkenaan, NS, pada awal pagi.


NS, 27, dalam kenyataan kepada mahkamah mengaku melakukan seks dua kali dengan kekasih Facebooknya itu. - GN


sumber : myMetro

Kahwin dengan mayat


PATTAYA: Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.
Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.
Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.



Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.


Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan.

Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. - Agensi



sumber : myMetro

Gila..potong mayat anak


KEPALA mangsa dihentak bertubi-tubi dengan batu bata sehingga mati. Tubuh kanak-kanak itu kemudian dipotong menggunakan gergaji tangan dan dibuang ke pesisir jalan.
Yang mengejutkan, perbuatan kejam terhadap Aliahna Lemmon yang baru berusia sembilan tahun dilakukan bapa kandungnya, Michael Plumadore, 39. 
Kejadian ngeri itu berlaku di Fort Wayne, Indiana, Amerika Syarikat pada 22 Disember lalu.

Selepas membunuh anaknya, Plumadore membuang cebisan tubuh mangsa yang diisi ke dalam beg plastik sampah ke pesisir jalan berdekatan kediamannya. Namun bahagian kepala, kaki dan tangan mangsa disimpan dalam peti ais.



Ibu mangsa, Tarah Souders, 28, sebelum itu membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa sepanjang perayaan Krismas lalu. Tarah dan Plumadore ketika itu sudah berpisah, kali terakhir mereka bersama pada hujung November lalu.


Ketika siasatan dijalankan, selang sehari selepas Krismas iaitu pada 26 Disember lalu, Plumadore menyerah diri dan mengejutkan polis dengan pengakuannya melakukan pembunuhan ngeri itu.

Suspek kemudian membawa pegawai penyiasat mendapatkan semula tubuh mangsa yang dibuangnya sebelum itu.

Pegawai Polis, Kenny Fries berkata, pembunuhan itu paling kejam pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun di Indiana.

“Suspek membawa kami (polis) ke rumahnya, kemudian memberitahu sebahagian tubuh Aliahna diletakkannya dalam peti ais.

“Sukar mempercayai apa berlaku, kejadian ini antara kes yang tidak mungkin dapat saya lupakan,” katanya.

Setakat ini, polis tidak mahu mendedahkan motif pembunuhan sehingga kes ini dibawa ke mahkamah bagi pendakwaan pada Januari ini.

Berdasarkan laporan polis, pembunuhan berlaku sekitar awal pagi pada hari kejadian. Sebaik melakukan pembunuhan, suspek tidur dan hanya dikejutkan dengan panggilan daripada Tarah yang tercari-cari Aliahna ketika itu.

Mulanya, suspek cuba menyembunyikan jenayah dilakukannya, namun akhirnya menyerah diri selepas sambutan Krismas iaitu 26 Disember.

Bagi Tarah, kematian anak perempuannya masih mengejutkan, lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh pasangannya.

“Dia (suspek) sangat menyayangi Aliahna. Apa yang berlaku bagaikan mimpi ngeri buat saya. Saya sukar menerima hakikat yang Plumadore melakukannya,” katanya.

Sementara itu, polis Indiana mendedahkan suspek adalah tidak asing dalam dunia jenayah, terutama membabitkan serangan seksual. Rekod polis mendapati suspek terbabit dengan 15 jenayah berkenaan. 



sumber : myMetro

Lelaki tidak sedar paku dalam kepala


ORLAND PARK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki pada mulanya menyangka sebatang paku yang keluar daripada penembak paku yang dia guna- kan untuk bertukang, sipi melepasi kepalanya.
Namun, paku tersebut sebenarnya tertusuk ke dalam kepala lelaki berkenaan, Dante Autullo yang menetap di sini, negeri Illinois.
Beberapa anggota keluarganya memberitahu, paku sepanjang 8.8 sentimeter itu terbenam di otak Autullo lebih sehari sebelum ia dikeluarkan Khamis lalu.
Lelaki berusia 32 tahun itu sedang bertukang di kediamannya Selasa lepas apabila dia tertembak paku tersebut.
Dia melihat terdapat kesan luka kecil di kepalanya tetapi tidak menyangka bahawa dia tertusuk paku.
Dia hanya pergi ke hospital lewat keesokan harinya selepas mengalami mual dan sakit kepala.
Autullo terkejut selepas pemeriksaan imbasan sinar-X mendapati terdapat sebatang paku yang menembusi otaknya.
Dia kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi mengeluarkan paku tersebut.
- AP
sumber : kosmo online

Bayi sebesar tapak tangan dibenarkan keluar hospital


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bayi antara terkecil di dunia dibenarkan keluar dari sebuah hospital yang menjadi tempat tinggalnya selama hampir lima bulan.
Memakai topi merah jambu dan dibaluti selimut yang juga berwarna merah jambu, Melinda Star Guido menjadi tumpuan lensa kamera televisyen dan jurugambar akhbar di luar Pusat Rawatan USC di sini kelmarin.
"Saya gembira kerana anak saya sihat," kata ibunya yang berusia 22 tahun, Haydee Ibarra.
"Saya juga gembira kerana akhirnya saya dapat membawanya pulang," tambah Ibarra.
Melinda dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu dengan berat cuma 269 gram atau lebih ringan daripada setin air minuman berkarbonat.

GAMBAR tanpa tarikh menunjukkan Melinda yang baru dilahirkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) Pusat Rawatan Daerah Los Angeles-USC di Hospital Los Angeles.


Bayi itu amat kecil sehinggakan dia muat dalam tapak tangan doktor yang merawatnya.
Melinda dipercayai bayi terselamat ketiga terkecil di dunia dan kedua terkecil di AS.
Kini seberat 2.04 kilogram dan masih bernafas melalui tiub oksigen sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa doktor memberitahu bahawa Melinda cukup sihat untuk pulang selepas hampir lima bulan berada dalam inkubator hospital berkenaan.
Ibunya melahirkan Melinda melalui pembedahan caesarean pada minggu ke-24 selepas dia didapati mengalami penyakit darah tinggi semasa hamil. - Agensi
sumber : kosmo online

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved