Kucing Liar Berhasil Selamat dari Panah yang Menembus Tubuhnya

on 21 Januari 2012



Ungkapan yang menyatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa sepertinya benar adanya. Contohnya adalah kucing liar ini, yang berkeliaran di jalan selama beberapa hari dengan sebuah anak panah yang menembus tubuhnya.




 Kucing lucu yang sekarang dijuluki Cupid, tertusuk anak panah yang menembus melalui otot kanannya dan tulang belikat. Namun ajaibnya, kucing liar ini berhasil selamat kerana panah tersebut tidak mengenai organ vitalnya.


Dikutip dari Dailymail, warga di Houston, Texas, membawa kucing yang malang ini ke Klinik Haiwan Brittmore, agar panah tersebut dapat dicabut dari tubuhnya. Dan sekarang Cupid sementara dalam pemulihan serta disiapkan untuk diadopsi begitu ia fit kembali.

Rumah baru Gisele Bundchen dan Tom Brady




Satu kata yang tepat untuk menggambarkan rumah baru dari pasangan Gisele Bundchen dan Tom Brady iaitu super mewah. Betapa tidak pasangan tersebut menukar 22.000 luas tanah menjadi rumah bak istana bagi keluarga mereka.


Apa saja isi dari rumah yang diprediksi menghabiskan dana 20 juta dollar AS ini? Ya..rumah tersebut terdiri dari enam garaj mobil, lapan bilik tidur dan kolam renang yang sangat besar. Selain itu untuk memanjakan anaknya, Benjamin yang berusia dua tahun khabarnya di rumah tersebut terdapat perkebunan yang dihubungkan oleh sebuah jembatan.


Tak tanggung-tanggung, rumah ini pun didesain senyaman mungkin dan boleh dikatakan rumah ramah lingkungan. Ia mengatakan bahawa rumahnya menggunakan sistem pengurangan limbah, program recycle dan peralatan jimat tenaga yang digunakan untuk membangun rumahnya tersebut.


“Saya yakin setiap orang adalah bahagian dari energi di planet ini. Manusia dan alam harus hidup dalam harmoni kerana kita adalah satu,” ucapnya beberapa waktu lalu.

Datuk Ini Mentato Seluruh Tubuhnya dengan Watak Kartun








Konsert 'Panas' Katy Perry Live in Sentul Indonesia (foto)








Beginilah orang mabuk main bola


Rita mahu jawab surat Zafuan


SHAH ALAM - Isu surat tuntutan yang diterima pelakon, Rita Rudaini Mokhtar daripada suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak baru-baru ini sebenarnya bukanlah mengenai spekulasi perceraian mereka tetapi ia sebaliknya melibatkan isu anak-anak mereka
Peguam Syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang ditemui di Mahkamah Syariah di sini, semalam berkata, surat bertarikh 11 Januari lalu itu diterima Rita Rudaini, 36, kelmarin.
Bagaimanapun beliau berkata, surat tersebut hanya akan dijawab selepas perayaan Tahun Baru Cina nanti kerana ia memerlukan perbincangan lebih mendalam bersama anak guamnya.
"Saya perlu berbincang lagi bersama Rita, (surat itu) tidak timbul isu penceraian antara mereka, apa yang terbaik adalah sama-sama fikirkan kebajikan anak-anak," katanya selepas dilantik Rita Rudaini bagi menjawab tuntutan terhadap anak-anaknya oleh Mohd. Aidil Zafuan di sini semalam.
Mohd. Zaidi hadir bersama Rita Rudaini di Mahkamah Syariah di sini kira-kira pukul 3.15 petang untuk mendaftarkan kes mereka berhubung tuntutan tersebut.
Mohd. Zaidi bagaimanapun memberitahu, tuntutan yang dibuat Mohd. Aidil Zafuan tidak perlu didedahkan kerana ia lebih kepada perbincangan keluarga.
"Dalam hal ini, beberapa isu perlu diperbetulkan kerana lebih kepada persepsi akibat daripada unsur-unsur lain dan ia tidak boleh didedahkan buat masa ini bagi meredakan keadaan kedua-dua belah pihak," katanya.
sumber : kosmo online

Henti karaoke kotak



KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuat keputusan menghentikan pengeluaran lesen karaoke kotak selepas menerima laporan negatif dari pelbagai pihak kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu mengenai operasi hiburan berkenaan.


 Aduan yang sering diterima PBT tersebut ialah sebahagian besar pengunjung terutamanya remaja yang berhibur di pusat-pusat hiburan yang menyediakan karaoke kotak sering berperangai tidak sopan.
 Tinjauan di sebuah pusat beli belah terkemuka di bandar ini semalam, mendapati lebih 40 karaoke kotak tidak lagi beroperasi dan lengang berbanding sebelum ini.


 Rata-rata pengunjung pusat beli belah yang ditemui menyambut baik keputusan MPK yang tidak membenarkan pusat hiburan itu beroperasi kerana ia lebih memberi kesan negatif terutama kepada golongan remaja.


 Seorang pengunjung, Hamidah Abdullah, 39, berkata, keputusan MPK adalah tepat ketika orang ramai memandang serong kewujudan karaoke kotak itu yang seolah-olah menggalakkan orang ramai terutama golongan remaja bersosial.


 “Karaoke Kotak ini biasanya menjadi pilihan golongan remaja dan mereka terdedah kepada perlakuan negatif seperti berpelukan bersama pasangan masing-masing dan ini memberikan pandangan yang kurang sopan,” katanya kepada Sinar Harian.


 Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan dan Peniaga Kecil MPK, Datuk Suhaimi Sulong, berkata, keputusan menghentikan pengeluaran lesen kepada pengusaha terbabit berdasarkan aduan diterima.


 Menurutnya, kewujudan karaoke terbabit menimbulkan rasa tidak selesa dan permasalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan maksiat adalah sebab keputusan itu dibuat.


 “Namun begitu, kita masih membenarkan perniagaan karaoke yang berkonsepkan famili bagi memastikan operasi perniagaan itu lebih terkawal.


 “Setakat ini, pengusaha terbabit akur dengan peraturan dan semua karaoke kotak yang beroperasi di beberapa pusat beli belah dan premis perniagaan tidak lagi beroperasi sejak awal tahun ini,” katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN

Inilah Yang Terjadi di Kedai Buku Ketika Tengah Malam (video)


Valentine Dilarang Di Rusia

Tarikh 14 februari didaulat oleh kebudayaan barat sebagai hari kasih sayang. bahkan di negara kita banyak anak- anak muda yang tanpa mengetahui makna sesungguhnya hari itu ikut mengadopsi kebudayaannya pula.


Pemerintah Rusia bersikap tegas akan moment ini . Pemerintah Provinsi Belgorod, Rusia, meminta sekolah-sekolah dan institusi pemerintah lainnya untuk tidak melangsungkan perayaan hari yang dilambangkan dengan hati tersebut, kerna dianggap sebagai fenomena asing yang tidak menyehatkan.


Hal tersebut dilakukan untuk menjaga keamanan spiritual sehingga pemerintah provinsi tersebut meminta para pegawai untuk melarang diadakannya perayaan Hari Valentine dan juga Haloween di pusat-pusat pendidikan dan kebudayaan.


Larangan tersebut ditandatangani oleh Wakil Gubernur Belgorod dan direstui oleh uskup Ortodox Rusia di provinsi tersebut, demikian dilansir Reuters.


Dominasi Gereja Ortodox Rusia kini berkembang dengan pesat sejak runtuhnya kekuasaan Uni Soviet pada tahun 1991 dan menikmati masa keemasannya dengan kepemimpinan Kremlin.


www.okezone.com

Polis India Tahan Tiga Pengawal Oprah Winfrey

Polis India sempat menahan tiga pengawal Oprah Winfrey, pembawa acara Talk Show terkemuka di AS, saat perempuan ini sedang mengadakan kunjungan ziarah hindu di Mathuraw, 145 kilometer selatan Delhi, India, Khamis kelmarin. Pejabatr berita India PTI melaporkan, tiga pengawal ini ditahan setelah ribut dengan wartawan televisyen tempatan.

Penangkapan dilakukan setelah wartawan televisyen tempatan mengadu ke polis bahawa peralatan kamera mereka rosak akibat keributan dengan para pengawal Winfrey. Tidak ada yang cedera dalam keributan itu.

Namun, polis akhirnya membebaskan tiga pengawal itu setelah mereka membuat surat permintaan maaf kepada para wartawan televisyen tadi.

Oprah Winfrey melakukan perjalanan yang pertama ke India dalam rangka mengambil gambar aksi talk show-nya yang baru berjudul "Oprah's Next Chapter".

Awal minggu ini, dia muncul di depan masa Mumbai dengan mengenakan baju khas India, sari berwarna orange, saat berjumpa dengan sejumlah artis Bollywood, termasuk Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, dan Aishwarya Rai dalam sebuah pesta peribadi.

Winfrey juga mengunjungi Taj Mahal, symbol kesetiaan cinta dan hadir dalam Festival Kesusastraan Jaipur yang dimulai hari Jumaat ini.

Sumber :http://internasional.kompas.com

Katy Perry 'Unfollow' Russel Brand di Twitter


infospesial.net -  Katy Perry dan Russell Brand mengumumkan perpisahan mereka kurang dari sebulan yang lalu. Dan kini Katy Perry juga telah mengakhiri hubungan mereka di Twitter, dengan meng 'unfollow' suami nya. Twitter Brand dengan nama @RustyRockets sekarang tidak termasuk dalam 83 orang follower Twitter Katy. Namun, Brand masih men following istrinya @katyperry di halaman Twitter-nya. Tapi pelawak Inggris itu terakhir membuat tweet pada  5 Januari lalu.


Menurut Us Weekly, tindakan Katy untuk menghapus Brand dari Twitter-nya sangat 'mengejutkan', "Dia membatasi interaksi mereka, " kata sumber majalah. "Dia begitu mengerikan kerana dia merasa seperti ia benar-benar tidak pernah mengenalnya." "Dia tidak ingin terlihat lusuh dan dikasihani orang. "Dia sangat kuat dan percaya diri." tambah sumber tersebut.


Sebelumnya, Katy telah cuti dari halaman Twitter-nya setelah digugat cerai oleh Brand bulan lalu, tetapi kini ia telah kembali antusias menulis tweet ketika ia menjalani konsert tournya California Dream di Indonesia .




(Dailymail)

Suami gosok burger kemuka isterinya


 Daniel Boss, 25 tahun, ditangkap oleh polisi setelah istrinya mengadukannya kepada polis.

Gara-garanya , kedua pasangan tersebut mulai bertengkar pada Khamis malam. Dan pertengakaran itu semakin menjadi-jadi ketika isterinya menuangkan soda ke hamburger kepunyaan Daniel.
Daniel pun menjadi naik marah kerana tindakan isterinya.
Langsung  burger yang sudah disiram air soda oleh isterinya itu ia gosok-gosokan ke wajah isterinya dan juga melemparkan makanan lainnya ke arah isterinya.

Seperti yagn diberitakan Metro.co.uk, setelah melakukan hal itu, Daniel meninggalkan rumah, tapi isterinya tak terima dengan perilaku suaminya itu.
So, sang istri melaporkan serangan burger kepada pihak polis di Port St Lucie, Florida.
Daniel kemudian ditahan beberapa jam kemudian dengan tuduhan  melakukan tindakan salah  melakukan aksi kekerasan dalam rumah tangga.  

Nekad banduan Mencuri Komputer di Penjara Tempatnya Sedang Ditahan


Willima K Bradley termasuk penjahat yang super nekad. Meski sedang menjalani hukuman di penjara Kalamazoo County Jail tak menyusutkan semangatnya untuk mencuri di "institusi"-nya tersebut. Bradley nekad mencuri komputer dari penjara tersebut. Namun , aksinya tersebut ketahuan dan dirinya harus menjalani hukuman tambahan di penjara tersebut selama 180 hari alias enam bulan lagi.

Seorang hakim dalam kes tersebut Gary C. Giguere Jr. mengatakan  jika apa yang dilakukan oleh Bradley tersebut merupakan kejahatan paling bodoh yang dia dengar hari ini. Selama kariernya di pengadilan, kejahatan Bradley tersebut termasuk dalam daftar puncak kes terkonyol.
Bradley pun terpaksa setuju dengan komen tersebut. 'Saya memang bukanlah penjahat terbaik,' katanya lagi.
Bradley, sendiri adalah seorang mahasiswa diWestern Michigan University yang sebelumnya dijebloskan ke penjara.
Ketika mencuri komputer tersebut, Bradley memasukkannya kedalam beg sampah dan kemudian menyembunyikannya. Harapannya, di lain kesempatan, Bradley dapat mengambil kembali komputer tersebut. Namun malangnya, aksinya ini tertangkap kamera keamanan yang tentunya banyak terpasang di penjara tersebut. Maka terbongkarlah semua rencananya tersebut.
Kepada Bradley, hakim Giguere sempat menanyakan: 'Kemana saya harus menghukummu? Di penjara yang baru saja anda curi?'
Bradley, sempat meminta agar dirinya diberikan kaunseling untuk membantunya mengatasi keinginan mencurinya yang tinggi tersebut dan tidak dijebloskan ke penjara. Meski demikian hakim tidak berkompromi dan tetap mengirimkannya ke penjara yang sama..

Anak Azean nafi ibunya meninggal dunia


SHAH ALAM - Jika petang semalam, negara dikejutkan dengan berita kematian penyanyi Indah Lelapku, Izwan Pilus, pagi ini ramai pula dikejutkan dengan berita palsu kononnya seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia, disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


 Umum sedia mengetahui, Azean kini sememangnya menderita penyakit kanser.


 Bagaimanapun, anak Azean, Elza Irdalynna, menghantar  mesej menerusi Twitter, dengan berkata, ibunya masih sihat, sekali gus menafikan khabar angin yang bertebaran itu.


sumber : sinar harian

Budak ni menang pertandingan kasut paling berbau

Dalam sebuah pertandingan yang diselenggarakan oleh pengeluar  produk anti-bau, Trinette Robinson (11) berhasil keluar sebagai pemenang  sebagai pemilik kasut paling bau, dan dia berhak atas hadiah sebesar $ 2.500.

Pertandingan nasional tahunan ke-35 Odor-Eaters Rotten Sneaker ini diikuti sembilan orang anak, berusia antara enam hingga 16 tahun. Mereka saling berebut untuk memenangkan  "pemakai sneaker paling bau." 

Boleh dikatakn ini adalah pertandinagn yang sulit untuk dinilai, dengan mempertimbangkan semua peserta sudah membuktikan keberanian mereka yang paling bau kasutnya, apalagi pertandingan ini anatara daerah. 

Untuk memastikan pemenang diputuskan dengan cukup adil, penyelenggara menyertakan anggota juri yang mampu serius menghidu bau. Di antara mereka adalah George Aldrich, spesialis kimia untuk misi luar angkasa NASA, dan Rachel Herz, penulis buku Scent of Desire sekaligus profesor di Brown University.

Kasut yang baunya paling tajam dinilai mulai dari bahagian sol, lidah kasut, bagian tumit dan keadaannya secara keseluruhan. 

Ini Dia Nenek Termuda Sedunia


Rifca Stanescu dinobatkan jadi nenek termuda sedunia dengan usia 23 tahun.

Rifca, dari Investi, Romania, kahwin lari dengan Ionel Stanescu – seorang penjual perhiasan – saat dirinya berusia 11 tahun dan Iionel 13 tahun kerana takut dirinya dinikahkan ayahnya dengan lelaki dari desa lain.
Rifca memiliki anak pertama bernama Maria saat usianya 12 tahun, dan anak ke-2, lelaki, bernama Nicolae yang lahir setahun kemudian.

Rifca kemudian dimaafkan oleh orang tuanya ketika melahirkan Maria, sehingga membuat ibu Rifca yang juga kebetulan bernama Maria menjadi nenek di usia 40 tahun.
Sedang Maria anak Rifca menikah diusia 10 tahun dan mempunyai anak 6 bulan kemudian bernama Ion (kini sudah 2 tahun) – meski Rifca sebelumnya sudah meminta Maria untuk tinggal bersekolah.

“Aku sangat bahagia menjadi nenek namun berharap lebih untuk Maria,” ujar Rifca.

Momen pelik dan jarang di lihat









gambar : stomp.com.sg

Potret Tokoh Terkenal Dunia dari Kelongsong Peluru


Seorang seniman telah mengabadikan serangkaian mangsa terkenal dari kejahatan bersenjata dengan menciptakan potret mereka menggunakan selongsong peluru, seperti John Lennon, Tupac Shakur, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy.


 David S. Palmer yang mengaku sorang maniak The Beatles mulai memciptakan koleksi aneh ini sebagai penghargaan untuk penyanyi dan penulis lagu legenda John Lennon.






“Saya ingin membuat sesuatu yang akan mengingatkan kita tentang cara John Lennon meninggal. Jadi saya membuat sebuah potret dari Lennon menggunakan kelongsong peluru, dengan tujuan mengambil benda yang meragut nyawanya itu dan mengubahnya menjadi monumen abadi tentang kekuatannya.” tutur lelaki berusia 58 tahun tersebut


Lelaki asal California ini menggunakan 8.000 casing peluru kaliber 40 untuk membuat potret John Lennon, yang berukuran 48 ‘x 48′ Inci dan berat sekitar 160 pon (72 kg).


 Dikutip dari Dailymail, cara David membuat karyanya ini iaitu dengan membenamkan kelongsong peluru kedalam medium kayu menggunakan perekat yang kuat, sebelum ia menggunakan cat logam, dan sebuah obor las, untuk menciptakan berbagai warna sebagai sentuhan akhir pada kanvas.


“Meskipun tampaknya seperti idea yang baik saya tidak yakin bagaimana publik akan merespon tapi aku senang menemukan ada respon yang sangat positif.


Saat ini David berencana membuat potret Martin Luther King dan Mahatma Gandhi.


Salah satu karya David iaitu sebuah potret John F. Kennedy telah dijual ke seorang kolektor peribadi.




Share

[Foto] Beginilah Wajah Para Gadis Pecandu Dadah






Nissan Menciptakan Casing iPhone yang Boleh LicinKembali dengan Sendirinya Apabila Tergores

Satu lagi keajaiban dunia teknologi menyentuh dunia aksesoris gadget, kali ini giliran Nissan i dengan casing iPhone ajaib yang boleh me"licin"kan dirinya sendiri secara automatik apabila tergores.



Casing khusus iPhone 4 dan 4S yang mereka sebut Scracth Shield ini memiliki cat khusus berbasis polyxorotaxane yang sebelumnya sudah digunakan di beberapa produk automotif mereka seperti Nissan Murano 370Z, X-Trail dan Infiniti. Cat ini memiliki struktur kimia yang beraksi untuk selalu kembali ke bentuk asalnya.
Selain itu, cat yang seperti gel ini memberikan permukaan yang lebih enak dipegang dan tak mudah terlepas oleh tangan dibandingkan dengam permukaan cat glossy biasa.
Mmm... produk yang begitu menggoda bukan? Lihat bagaimana cat ajaib mereka itu bekerja di video berikut ini.

Bintang porno ni insuranskan Mr P 1 juta dollar


Seorang bintang porno Top Inggris iaitu Keiran Lee asal Derby, telah menginsuranskan penisnya sebesar 1 juta dolar pada perusahaan insurans Lloyd of London.


Perusahaan  itu juga terkenal kerana menanggung insurans pita suara Bruce Springsteen dan Bob Dylan serta kaki dari Betty Grable dan David Beckham.


Studio filem porno tempat Kieran bekerja yaitu Brazzers, mengambil kebijakan tersebut yang bernilai 1 juta dolar  untuk melindungi sang bintang jika ia menderita kecelakaan.


“Saya harus menjalani pemeriksaan medik untuk memastikan saya fit dan sihat.” tutur lelaki berusia 28 tahun tersebut,


“Bahagian terburuknya adalah bahawa jika sesuatu terjadi, wang itu akan dibayarkan kepada Frank Lipari, bos saya.” tambahnya.


Thesun menulis bahawa kekasih Kieran yang juga seorang aktris filem dewasa iaitu Kirsten Price bercanda padanya ketika mendengar tentang insurans tersebut “Hanya satu juta dolar? Bagi saya, itu tak ternilai harganya.”


Diketahui, Kieran telah membintangi sekitar 800 adegan dalam kariernya sebagai aktor filem dewasa, dan sekitar 600 diantarannya saat bersama Brazzers.

Tragis, Mahasiswi Tewas Mendadak Setelah Nge-tweet


Perasaan terkejut mungkin masih membayangi teman-teman Ariane Noelle Patterson. Ya, tidak ada yang menyangka jika hari itu mahasiswi berusia 21 tahun tersebut menghembuskan nafas terakhirnya. Keadaanya kian tragis lantaran Ariane meninggal di hari ulang tahunnya.


Padahal sebelumnya, Ariane baru saja memposting rasa syukurnya di Twitter. "Thank you God for another year of life," demikian bunyi tweet terakhirnya, dilapor harian Gaston Gazette.


Namun tak disangka, tak lama setelah itu, mahasiswi Gardner-Webb University di Boiling Springs, North Carolina, AS tersebut langsung pengsan. Tindakan kecemasan pun langsung dilakukan teman-temannya. Kebetulan, saat kejadian itu terjadi, Arianne tengah mengikuti kelas agama di kampusnya.


Tindakan CPR terus dilakukan hingga paramedik datang. Namun sayang, nyawa Arianne tak boleh diselamatkan. Mahasiswi tersebut dinyatakan meninggal di Cleveland Regional Medical Centre di Shelby, AS.


"Teman-temannya menyebut Arianne sebagai susuk yang sangat taat terhadap agama dan baik hati kepada sesama," tukas juru bicara Gardner-Webb University, Noel Manning dilansir Sydney Morning Herald.


"Saya juga dapat merasakannya, bagaimana Arianne begitu disayangi banyak orang," imbuhnya.


Ucapan belasungkawa pun membanjir untuk gadis tersebut. Di Twitter, teman-teman Arianne membuat hashtag #PrayersforAriane sebagai bentuk duka cita.


Lalu apa yang membuat Arianne meninggal? Hal itu masih dalam penyelidikan pihak berwajib. Terutama jika ia pernah memiliki riwayat masalah kesihatan serius sebelumnya.




Sumber : http://www.detikinet.com

Wanita lihat anak dibunuh bekas suami


YANBU (Arab Saudi): Seorang wanita terkejut dan sedih selepas menyaksikan anak lelakinya mati dibunuh bekas suaminya, lapor akhbar al-Madinah, kelmarin.
Polis kemudian menahan lelaki itu sebelum siasatan lanjut dilakukan. 
Lelaki itu memberitahu, dia tidak berniat membunuh anak lelakinya, Wisam, sebaliknya ingin menakutkan remaja berkenaan kerana tidak mentaatinya.

Ibu Wisam yang bercerai dengan bapanya menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman mati ke atas bekas suaminya itu.



“Saya tidak akan berpuas hati jika dia tidak dijatuhkan hukuman mati.


“Dia bukan saja membunuh Wisam, tetapi juga kehidupan saya dan dia tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Wanita berasal dari Mesir itu menuduh bekas suaminya membalas dendam kerana Wisam lebih taat kepadanya.

“Bekas suami saya berang kerana Wisam yang tinggal bersamanya kerap meninggalkan kediaman tanpa izin.

“Dia mengancam untuk membunuh Wisam ketika menghubungi saya di telefon,” katanya.

Ketika kejadian, suspek berang kerana mendapati Wisam berada di depan kediaman bekas isterinya selepas mendapati dia keluar dari rumah tanpa izin.

Suspek menyerang Wisam dengan kayu sebelum menikamnya.

Menurut wanita itu dia menjerit meminta tolong dan pemilik kedai berhampiran membantunya menghantar Wisam ke hospital. - AN



sumber : myMetro

Anak gajah perlu lalui ujian DNA elak dicuri


COLOMBO: Dalam usaha menangani insiden kecurian anak gajah yang semakin menjadi-jadi, badan pemuliharaan hidupan liar Sri Lanka meminta zoo nasional dan pusat pembiakan gajah Pinnawala melakukan ujian DNA ke atas gajah yang diberikan kepada individu tertentu.
Ketua badan itu, Nayanaka Ranwella, berkata mereka meminta Ketua Pengarah zoo nasional, Bashwara Senanka Gunaratne agar gajah yang diberikan kepada individu secara peribadi bukan saja perlu menjalani ujian DNA, tetapi juga perlu dilabel. - Agensi


sumber : myMetro

Adik ipar Giggs takut dibunuh suami kerana curang


LONDON: Sambil menayangkan gaya rambut terbarunya, Natasha Giggs mendedahkan dia takut dibunuh suaminya, selepas hubungan sulit dengan abang iparnya, Ryan Giggs, 38, terdedah.
Menurut Natasha, dia takut bersemuka dengan suaminya, Rhodri, untuk mengaku curang dengan Ryan.

Justeru, kata Natasha, 29, dia melarikan diri ke luar negara dan memilih untuk membuat pengakuan melalui surat kepada Rhodri.


Surat itu disampaikan adiknya kepada Rhodri.

Kini menyertai siri realiti televisyen Celebrity Big Brother, Natasha berkata, hubungannya dengan Rhodri sangat tegang.


“Saya tak tahu bagaimana reaksinya jika saya berdepan untuk mengaku menjalin hubungan sulit dengan Ryan sebelum ini,” katanya ditemubual dalam rancangan This Morning, semalam.



Natasha mengaku meniduri bintang kelab Manchester United itu hanya dua bulan sebelum berkahwin dengan Rhodri, 34.

Bagaimanapun, Natasha mendakwa, dia tidak tidur dengan Rhodri selama tiga tahun.


Natasha dan Rhodri - kini bekerja sebagai pemandu van - cuba memulihkan hubungan itu semula demi masa depan anak lelaki mereka yang berusia lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu daripada Rhodri, Natasha juga memiliki seorang anak lelaki berusia 10 tahun. - TS



sumber : myMetro

Hakim dihidang makanan bercampur air kencing


LONDON: Tukang masak dan staf kantin sebuah mahkamah di Britain disiasat polis selepas ada pihak tertentu menghidangkan hakim dengan makanan bercampur air kencing.
Media semalam melaporkan, pihak berkuasa menyiasat kemungkinan insiden itu dilakukan pihak tertentu yang tidak berpuas hati terhadap sistem kehakiman dan mahu membalas dendam.

Dipercayai, kesan air kencing dipercayai ditemui dalam sup, salad dan sandwic disediakan di Mahkamah Snaresbrook di London Timur.


Kakitangan keselamatan dan polis dihubungi selepas hakim dan pendakwa mengadu hidangan makan tengah hari mereka berbau tengik.

Sumber berkata, pihak berkuasa bimbang kejadian itu dilakukan kakitangan kantin mahkamah.


“Menurut hakim dan pendakwa, makanan mereka berasa semacam ketika dikunyah,” katanya.



Mahkamah itu pernah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, termasuk memenjarakan vokalis Culture Club, Boy George, selama 15 bulan kerana menyeksa seorang pelacur lelaki pada 2009. - TS


sumber : myMetro

Kubur untuk orang yang paling miskin


HOMEWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 30 mayat yang merupakan orang paling miskin kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos pengebumian sendiri telah dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens pada Rabu lalu.
Tiada seorang pun rakan atau saudara si mati yang datang untuk menyaksikan pengebumian itu.
Situasi ekonomi yang sukar di AS menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya. - AFP
sumber : kosmo online

Kematian dua bayi lelaki bukan sebab tersedak susu


KUALA LUMPUR - Kematian dua bayi lelaki di sebuah rumah asuhan kanak-kanak di Taman Permata, Hulu Klang di sini masih menjadi misteri.
Ini kerana keputusan laporan bedah siasat yang dilakukan tidak menunjukkan bayi tersebut meninggal dunia disebabkan tersedak susu.
Dua bayi yang mati di rumah asuhan kanak-kanak itu ialah Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan dan Muzaffar Mohd. Faizal, tiga bulan setengah.
Bapa kepada Arif Amsyar, Ruhi Budiman Samsuri, 35, berkata, pihak hospital memberitahunya siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti sebenar kematian anak bongsu daripada tiga beradik itu.
"Saya dimaklumkan tidak ada unsur tersedak susu atau pun makanan pada bayi saya selepas jalani bedah siasat.
"Sehingga semalam (kelmarin), pihak hospital hanya memberitahu mereka akan jalankan siasatan terperinci punca kematian Arif Amsyar," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Cerita Ruhi Budiman, dalam perbualan ringkas dengan kakitangan rumah asuhan kanak-kanak itu kelmarin, bayinya, Arif Amsyar menyusu setengah jam sebelum disedari tidak bernyawa.
"Mereka kata, selepas beri susu setengah jam, anak saya elok bergerak dan tidak menunjukkan sebarang tanda sesak nafas, kemudian anak saya tidur, ketika tidur itulah mereka kata anak saya sudah tidak bernyawa," ujarnya menahan sebak.
Kosmo! semalam melaporkan dua bayi yang tinggal di sebuah rumah asuhan kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia selepas tersedak susu.
Kejadian pertama berlaku pada pukul 2..40 petang yang membabitkan Muzaffar dan selang sepuluh minit kemudian, Arif Amsyar pula mengalami nasib yang sama.
Dalam pada itu, Mohd. Faizal Jaafar, 32, bapa kepada Muzaffar berkata, dia pasti akan merindui tangisan bayi kesayangannya itu.
sumber : kosmo online

Ibu minta solat jenazah


MUAR: “Dua hari lalu, ketika kami makan malam bersama, ummi meminta saya menjadi imam solat jenazahnya jika dia meninggal dunia.
“Saya anggap ia gurauan, tetapi rupa-rupanya itu pesanan terakhirnya sebelum dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” kata Fared Shazwan Shukor, 16, anak kepada Rosmi Mahfodz, 42, yang maut dirempuh treler di Batu 17, Air Hitam di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, Rosmi dari Kampung Batu 14, sedang menghidupkan enjin motosikalnya untuk pulang selepas membeli kuih untuk sarapan pagi di sebuah gerai di tepi jalan itu apabila dia dirempuh treler terbabas.


Ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Aminah, Fared yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, ketika sedang menikmati hidangan, ibunya yang mesra dipanggil ummi tiba-tiba meluahkan hasrat mahukannya melakukan perkara berkenaan.

“Ummi terdiam dan merenung mata saya sambil berkata, ‘Angah, ummi mahu angah jadi imam sembahyang jenazah ummi nanti.


“Saya membalas permintaan berkenaan dengan senyuman. Walaupun agak pelik dengan permintaan itu, tetapi saya anggap ummi bergurau,” katanya.



Menurut pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Vokasional di Sungai Abong itu, sebelum ke sekolah pagi semalam, dia sempat bersarapan telur separuh masak yang disediakan ibunya dan bersalaman serta mencium tangan ibunya itu.

“Ketika itu ummi kelihatan ceria seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik. Seperti kebiasaan, ummi juga turut memerhatikan saya ke sekolah dari pintu rumah.


“Tidak sampai sejam kemudian, saya diberitahu pihak sekolah mengenai kemalangan itu dan pengetua menghantar saya ke tempat kejadian,” katanya.

Anak bongsu mangsa, Emer Yusoff, 7, berkata, ketika menghantarnya ke Sekolah Kebangsaan Bukit Naning, pagi semalam, ibunya berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh.


“Seperti biasa, ummi senyum setiap kali saya mencium tangannya sebelum memasuki kelas. Ummi turut berpesan supaya saya belajar rajin-rajin,” katanya.


Dalam kejadian itu, Rosmi sedang menghidupkan enjin motosikalnya selepas membeli kuih di gerai berkenaan apabila dirempuh dan diheret treler yang terbabas.


Rosmi diheret hingga terbenam ke dalam parit di belakang gerai menjual kuih berkenaan dan jenazahnya berjaya dikeluarkan kira-kira tiga jam kemudian.


Kemalangan itu turut membabitkan empat kenderaan lain, tetapi semua pemandu serta penumpangnya selamat.



sumber : myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved