Cara baru nak perangkap pasangan yang selingkuh

on 18 Januari 2012


Mat rempit pun tak boleh buat macam ni

memang gempak atok ni....

Kalender di Berbagai Belahan Dunia




Beberapa kalender didasarkan pada keyakinan, beberapa lain pada perubahan alam.Berikut kalender yang tercatat hingga sekarang berdasarkan data wikipedia.org:


1. Kalender Kibti/Qibti
 Kalender ini adalah kalender Bangsa Mesir, dan saat ini masih terpakai secara rahsia oleh supranaturalis Islam Indonesia. Kalender ini punya banyak fungsi, iaitu untuk mengetahui bila seseorang mati, lahir, sembuh dan sebagainya.


2. Kalender Jepun
 Sampai akhir tahun ke-5 zaman Meiji atau sekitar 1872, Jepun masih menggunakan Kalender Tempō (Temporeki). Lantas Jepun menggunakan sistem Kalender Gregorian sejak tahun ke-6 zaman Meiji atau 1 Januari 1873.
Kalender Jepun dalam satu tahun terbagi menjadi 12 bulan yaitu Ichigatsu, Nigatsu, Sangatsu, Shigatsu, Gogatsu, Rokugatsu, Sichigatsu, Hachigatsu, Kugatsu, Jugatsu, Juichigatsu dan Junigatsu.


3. Kalender Maya
 Kalender Maya merupakan sistem kalender yang disusun oleh sebuah peradaban yang dikenal dengan nama Maya. Kalender ini diciptakan pada masa Baktun ke-6 (sekitar tahun 747-353 SM). Puncak kejayaan peradaban Suku Maya yang tinggal di semenanjung Yucatan, Amerika Tengah terjadi sekitar tahun 250-900 M.


Satu siklus dalam perhitungan kalender ini memiliki lama waktu 260 hari yang terbagi dalam 13 trecena dan lama waktu setiap trecena adalah 20 hari. Meskipun tidak ada kepastian kapan awal hari dari 20 penanggalan tersebut, namun pada buku Chilam Balam diperoleh referensi bahwa hari pertama adalah Imix.


5. Kalender Julian
 Kalender Julian, satu tahun secara rata-rata didefinisikan sebagai 365,25 hari. Angka 365,25 dapat dinyatakan dalam bentuk (3365+ 1366)/4. Kerana itu dalam kalender Julian, terdapat tahun kabisat setiap 4 tahun. Kalender Julian berlaku sampai dengan Khamis-4 Oktober 1582 M.


6. Kalender Gregorius
 Paus Gregorius XIII mengubah kalender Julian dengan menetapkan bahawa tarikh setelah Khamis-4 Oktober 1582 M adalah Jumaat-15 Oktober 1582 M. Jadi, tidak ada tanggal 5-14 Oktober 1582. Sejak 15 Oktober 1582 M itulah berlaku kalender Gregorian.


7. Kalender Hijriyah
 Kalender Hijriyah atau Kalender Islam adalah kalender yang digunakan oleh umat Islam, termasuk dalam menentukan tanggal atau bulan yang berkaitan dengan ibadah, atau hari-hari penting lainnya. Kalender ini dinamakan Kalender Hijriyah, kerana pada tahun pertama kalender ini adalah tahun dimana terjadi peristiwa Hijrah-nya Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah, yakni pada tahun 622 M.
Di beberapa negara yang berpenduduk majoriti Islam, Kalender Hijriyah juga digunakan sebagai sistem penanggalan sehari-hari. Kalender Islam menggunakan peredaran bulan sebagai acuannya. Dalam Kalender Hijriah, sebuah hari/tanggal dimulai ketika terbenamnya matahari di tempat tersebut. 1 tahun Kalender Hijriah lebih pendek sekitar 11 hari dibanding dengan 1 tahun Kalender Masehi.


8. Kalender Jawa
 Kalender Jawa adalah sebuah kalender yang istimewa kerana merupakan perpaduan antara budaya Islam, budaya Hindu-Buddha Jawa dan bahkan juga sedikit budaya Barat. Dalam sistem kalender Jawa, siklus hari yang dipakai ada dua: siklus mingguan yang terdiri dari 7 hari seperti yang kita kenal sekarang, dan siklus pekan pancawara yang terdiri dari 5 hari pasaran.
Pada tahun 1625 Masehi, Sultan Agung yang berusaha keras menyebarkan agama Islam di pulau Jawa dalam kerangka negara Mataram mengeluarkan dekrit untuk mengubah penanggalan Saka. Sejak saat itu kalender Jawa versi Mataram menggunakan sistem kalender kamariah atau lunar, namun tidak menggunakan angka dari tahun Hijriyah (saat itu tahun 1035 H). Angka tahun Saka tetap dipakai dan diteruskan. Hal ini dilakukan demi asas kesinambungan. Sehingga tahun saat itu yang adalah tahun 1547 Saka, diteruskan menjadi tahun 1547 Jawa.


9. Kalender Saka
 Kalender Saka adalah sebuah kalender yang berasal dari India. Kalender ini merupakan sebuah penanggalan syamsiah-kamariah (candra-surya) atau kalender luni-solar. Era Saka dimulai pada tahun 78 Masehi.
Sebuah tahun Saka dibagi menjadi dua belas bulan. Yaitu Srawanamasa, Bhadrawadamasa, Asujimasa, Kartikamasa, Margasiramasa, Posyamasa, Maghamasa, Phalgunamasa, Cetramasa, Wesakhamasa, Jyesthamasa,dan Asadhamasa.


10. Kalender Yahudi
 Kalender Yahudi atau Kalender Ibrani adalah kalender yang digunakan oleh bangsa Yahudi. Kalender ini memiliki 12 bulan, dengan setiap bulannya berjumlah 29 atau 30 hari dan kurang lebih berjumlah 354 hari setiap tahunnya.
Kalender Yahudi merupakan kalender tertua yang pernah ditemukan disebut dengan Sedar Olam yang dibuat oleh rabi Yos ben Halafta. Perhitungan kalendar ini didasarkan pada usia orang-orang yang tercatat dalam Alkitab dan 6 hari penciptaan.


11. Imlek
 Imlek atau Kalender Tionghoa menurut legenda, berkembang sejak 3 milenium SM. Diyakini, kalendar Cina sebagai penanggalan yang paling lama masih digunakan di dunia hingga saat ini. Kalendar ini diciptakan Huang Di atau Maharaja Kuning, yang memerintah, sekitar 2698-2599 SM.


Nama bulan dalam penanggalan Tionghoa yaitu Cia Gwee,Ji Gwee, Sa Gwee, Si Gwee, Go Gwee, Lak Gwee, Cit Gwee, Pe Gwee, Kauw Gwee, Cap Gwee, Cap It Gwee dan Cap Ji Gwee.


sumber

Ketika haiwan dipakaikan UNDERWEAR dan BRA










Gitar Curian 8 tahun ‘Muncul di eBay


Membeli barang melalui situs lelong seperti eBay tentunya harus cermat dan teliti. Pastikan benar bahawa barang yang akan dibeli bukan barang curian sehingga tak menjadi masalah di kemudian hari.Kerana tak semua barang yang dijual adalah baru.Doug Duncan, seorang warga Minnesota saat ini tengah menyelidik gitar  Gibson Les Paul Special yang ada di eBay. Ia curiga bahawa gitar tersebut adalah gitar kesayangannya yang dicuri sekira lapan tahun lalu.


 Melihat gitar tersebut, Duncan langsung mengirimkan email ke eBay mengenai penjual gitar tersebut. Tapi sayangnya, si penjual adalah seorang kolektor gitar yang tak tahu menahu mengenai asal usul gitar tersebut. Kolektor tersebut membantah bahawa ia telah mencuri Gitar milik Duncan, lapan tahun lalu.


 Si penjual di eBay itu mengaku mendapatkan gitar dari seorang kolektor gitar lainnya. Wajar jika ia tak mengetahui bahawa gitar tersebut adalah gitar curian.


 Duncan masih berkeras bahawa gitar tersebut memang sangat mirip dengan gitar miliknya. Ia berharap munculnya gitar tersebut di eBay dapat menjadi petunjuk untuk menemukan pencuri aslinya.

Isteri ditangkap khalwat


LEDANG - Seorang wanita yang masih berstatus isteri dicekup khalwat bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Serom, Sungai Mati dekat sini, semalam.


 Ketika ditahan kira-kira jam 1.20 pagi oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang, anak kedua wanita terbabit yang berusia lingkungan dua tahun turut berada di rumah berkenaan.


 Pada awalnya, pasangan itu cuba menyembunyikan hubungan mereka tetapi akhirnya mengaku mereka adalah pasangan kekasih selepas disoal siasat oleh pihak penguat kuasa.


 Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa dalam proses bercerai dengan suaminya selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.


 “Tetapi kami sudah berpisah sejak dua tahun lalu kerana tiada persefahaman dan sehingga kini, saya tidak tahu di mana suami berada.


 “Ini menyebabkan proses perceraian kami tertangguh begitu sahaja,” katanya.


 Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota penguat kuasa agama datang memeriksa rumah berkenaan.


 Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar panjang membuka pintu.


 “Pihak penguat kuasa hanya menunggu kurang lima minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.


 “Selain lelaki yang membuka pintu, pemeriksaan lanjut menemui dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki dalam rumah ini,” katanya kepada Sinar Harian.


 Katanya lagi, wanita berusia 21 tahun yang merupakan adik kepada lelaki terlibat turut ditahan kerana bersubahat.


 “Pasangan ini kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.


 “Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.


 Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.


sumber : sinar harian

Wow..anjing ni ada 1,500 pakaian dan menukar pakaian tiga kali sehari



Rocky mempunyai koleksi pakaian desainer lebih dari rata-rata yang dimiliki wanita  dan akan merajuk kecuali ia berganti pakaian setidaknya tiga kali sehari.


Dikenal sebagai anjing berbusana terbaik di Inggris, Rocky yang berumur dua tahun ini memiliki almari pakaian yang luas dengan lebih dari 1.500 pakaian yang bernilai 2.500 pound.


Pemiliknya, Lynsey Noble (26) menghabiskan lebih banyak biaya untuk pakaian Rocky setiap tahunnya, dari rata-rata yang dihabiskan oleh wanita Inggris dan bahkan ia memanjakan anjing nya tersebut didalam kereta bayi buatan desainer.


Pakaian yang dipakai Rocky termasuk kostum gajah, dinosaurus, panda, lebah, zebra, Superman, dan kostum favoritnya iaitu sebuah ‘hot dog’.


“Teman-teman dan keluarga mengejek tentang betapa aku memanjakan Rocky, tapi aku tidak peduli. Aku tidak berani menghitung secara tepat, berapa biaya yang telah aku habiskan padanya. Dan ia memiliki pakaian lebih banyak dari aku.” tutur Lynsey yang dikutip Mail Online.


Pakaian Rocky yang paling mahal adalah sebuah kostum dinosaurus yang seharga 39 pound  dan ia juga memiliki halaman Facebook sendiri dengan lebih dari 1.000 teman anjing.








Toilet Jadi Rumah Perempuan Ini Selama 932 Hari

SINGAPURA - Seorang perempuan Singapura tinggal di toilet selama 932 hari. Dirinya merasa ada yang memegang dan menahannya untuk keluar dari toilet tersebut.

Perempuan berusia 58 tahun itu diketahui mengalami depresi. Ong Kean On suami dari perempuan itu mengatakan, isterinya tidak meninggalkan toilet sejak 25 Mei 2009 lalu. Demikian diberitakanThe Straits Times, Rabu (18/1/2012).

Sejak saat itu pula, isteri dari Ong makan, minum dan tidur di dalam toilet. Ong menceritakan bahawa isterinya menolak untuk meninggalkan toilet kerana merasa ada orang yang melempar batu ke arahnya. Perempuan itu menyatakan, air terus menitis ke wajahnya.

Ong akhirnya membawa isterinya ke Pusat Perawatan Kejiwaan. Dilaporkan kesihatannya terus membaik setelah mendapatkan perawatan.

Setelah diperbolehkan kembali untuk ke rumah, Isteri Ong dikhabarkan tidak ingin lagi tinggal di dalam toilet untuk jangka waktu yang panjang.
(faj)

Sanggup curi kerana tiada tv di rumah


AYER KEROH - Hanya kerana di rumahnya tiada televisyen, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sanggup mencuri sebuah televisyen LCD 32 inci di sebuah pasar raya, minggu lalu.


 Akibatnya, Mohd Hasrullah Zulkifli, 23, dari Desa Taming Sari, Sungai Udang dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.


 Berdasarkan pertuduhan, Mohd Hasrullah didapati mencuri sebuah televisyen LCD jenama Panasonic bernilai RM899 di Pasar Raya Jusco Aeon Bandaraya, Jalan Panglima Awang, kira-kira jam 8 malam pada 12 Januari 2012.


 Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.


 Mohd Hasrullah mengaku bersalah terhadap pertuduhan kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Muhather Mohd Kudus di hadapan Majistret MuhammadHazri Hanafi.


 Dalam rayuannya untuk mengurangkan hukuman, Mohd Hasrullah memberi alasan dia tidak mempunyai televisyen di rumahnya.


sumber : sinar harian

Mesej ugutan: Ummi Hafilda, Azwan berdamai


KUALA LUMPUR - Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter, Jumaat lalu.


Ummi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.


"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.


 Ekoran mesej berbaur ugutan menerusi laman Twitter, Azwan, yang terkenal sebagai selebriti yang sering mewujudkan kontroversi telah disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda.


 Difahamkan Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.


 Sebelum ini, Ummi Hafilda berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri. Dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.


 Dalam pada itu, akuan bersumpah yang dibaca Azwan di hadapan media antara lainnya menyebut, beliau tidak akan lagi menghina, mengeji dan mengaibkan peribadi yang mungkin membawa fitnah dasyat kepada Ummi.


 "Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak... sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.


 "Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan," katanya.


 Dalam pada itu, Ummi sekali lagi merayu kepada abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang demi Datuk Seri Anwar Ibrahim.


 Beliau turut merayu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar mengembalikan abangnya yang lama tidak pulang ke rumah ibu mereka, hampir lima bulan.


 "Kalau Anwar dah hitam hatinya untuk balik ke pangkal jalan, jadi saya menyeru pada kak Wan, jangan kerana suami dia, banyak keluarga berpecah-belah, adik-beradik bergaduh kerana seorang manusia.


 "Sebagai seorang isteri dan ibu Kak Wan tentu faham perasaan ibu kami. Apa kak Wan rasa bila anak tak balik rumah lima bulan kerana orang lain. Siapa Anwar? Dia bukan adik beradik kami. Jadi saya merayu, please Kak Wan. Tolonglah perbetulkan keadaan," katanya.


sumber : sinar harian

Tak Punya Sijil Kelahiran, Jenderal Dipaksa Pencen


NEW DELHI - Ketua Staf Angkatan Darat India Jenderal Vijay Kumar Singh berseteru dengan Pemerintah India. Perseteruan terjadi mengenai batas pencen dirinya.


Perseteruan ini terjadi akibat Jenderal Singh memiliki tarikh lahir yang berbeza antara dokumen pemerintah  dengan sejil di sekolahnya dulu. 


Meski terdengar remeh, namun ternyata ini penting bagi Pemerintah India untuk memutuskan bila Jenderal Singh akan memasuki masa pencennya. Seperti banyak warga India yang berasal dari generasi yang sama dengannya, Jenderal Singh tidak memiliki sijil kelahiran.


Jenderal Singh sendiri mengakui dirinya lahir pada Mei 1951, sehingga saat ini dirinya masih berumur 61 tahun dan belum memasuki masa pencen. Namun pengakuannya itu berbeza dengan dokumen yang dimiliki pemerintah yang menyebutkan dia lahir pada tahun 1950. Akibat rumitnya masalah ini, Jenderal Singh memutuskan untuk membawa kes ini ke Mahkamah Agung.


Singh mengajukan permohonan ke MA dan menantang pernyataan pemerintah yang menyebutkan dirinya telah berusia 62 tahun dan saatnya untuk memasuki masa pencen. Singh yang telah memimpin AD India sejak dua tahun lalu menegaskan ini bukan caranya untuk mempertahankan kekuasaan.


"Ini tentang kehormatan dan integritas bukan tentang kekuasaan," ujar Singh seperti dikutip Associated Press, Rabu, (18/1/2012).


Terkait dengan masalah ini Menteri Pertahanan India A.K Antony telah bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singh dan anggota kabinet lainnya.


Menanggapi perseteruan ini pihak oposisi mengatakan, pemerintah harus bersikap hati-hati dalam memutuskan masalah ini. Kecerobohan pemerintah akan membawa impak bagi moral pasukan militer India.


India memiliki salah satu tentara terbesar di dunia dengan 1,2 juta tentara dan hampir satu juta tentara sokongan.(rhs)

Hilang selepas bertengkar


KULIM - Seorang remaja yang bekerja di kedai menjual barangan perubatan herba dilaporkan hilang selepas berlaku pertengkaran melibatkan keluarganya.


 Sebelum dilaporkan hilang, Siti Nazirah Ismail, 18, memaklumkan kepada keluarganya dia akan menghadiri majlis pembukaan kedai baru syarikat di mana dia bekerja di Pekan Serdang sebelum kejadian.


 Abang mangsa berkata, setelah sehari tidak menghubungi mana-mana ahli keluarga, dia mengambil keputusan untuk menghubungi syarikat di mana adiknya bekerja.


 Menurutnya, syarikat terlibat memaklumkan majlis sepertimana dikatakan oleh mangsa tidak pernah dianjurkan.


 “Kami sekeluarga kemudiannya memeriksa almari pakaian dan mendapati sebahagian pakaian dan barangan peribadinya sudah tiada.


 “Sebagai ahli keluarga, pastinya kami mahukan yang terbaik untuk adik perempuan kami. Dipercayai adik saya mengikut seorang kawan lelakinya kerana pertengkaran yang berlaku sebelum ini juga melibatkan perkara ini,” katanya.


 Katanya, adiknya sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya sejak dua tahun lalu walaupun tanpa persetujuan keluarga.


 “Saya tidak kisah sekiranya adik saya mahu mendirikan rumah tangga dengan sesiapapun tetapi pastikan pasangannya itu adalah yang terbaik untuknya,” katanya.


 Keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Selama kira-kira jam 10.50 malam.


 Waris mangsa juga turut meminta bantuan beberapa pihak di sekitar kawasan Kulim untuk membantu mengesan mangsa.


 Bagi sesiapa yang terjumpa atau mengenali mangsa boleh menghubungi di talian 0194190248 atau 0195432085.

Penyamun salah pilih mangsa


PONTIAN - Siapa sangka pengalaman menyertai lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) beberapa tahun lalu akhirnya menjadi sangat berguna bagi seorang pemuda untuk menyelamatkan dirinya ketika berdepan dengan dua penyamun di Pekan Nenas, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.


 Yeo Boon Kang, 23, diekori dua pemuda selepas keluar dari sebuah kedai serbaneka 24 jam dalam jarak kira-kira 100 meter.


 “Saya berjalan, mereka bermotosikal. Mereka kemudian berhenti dan minta saya berikan rantai emas dan beg galas saya tetapi saya enggan,” katanya.


 Seorang daripada pemuda itu kemudian mengeluarkan pistol lalu mengacu tepat ke muka Boon Kang.


 Ketika itulah, penyamun berkenaan tidak sedar bahawa mereka sudah tersalah pilih mangsa.


 “Awal lagi saya sudah rasa pelik. Pistol itu nampak terlalu ringan ketika dikeluarkan dari beg perompak itu. Saya juga nampak dia tarik picu beberapa kali tetapi peliknya, tak berbunyi,” kata pemuda itu lagi.


 Boon Kang berkata, ketika itu, dia langsung teringat pengalamannya ketika melawat Pulapol di Melaka sewaktu masih bersekolah dahulu di mana dia pernah diberi penerangan dan memegang sendiri pistol.


 “Walaupun sudah lama, saya masih ingat lagi. Itu bukan pistol sebenar. Kerana itu, saya jadi berani dan sengaja mahu lengah-lengahkan mereka. Saya pura-pura susah nak tarik keluar cincin emas yang saya pakai,” katanya.


 Menurut Boon Kang, dia terpaksa lengahkan perompak itu kerana tiada orang lain yang berhampiran.


 “Apabila nampak ada orang datang, saya terus tepis tangan penyamun itu dan kami bergelut. Ketika itulah, ada orang datang bantu dan akhirnya seorang daripada dua perompak itu dapat ditahan,” katanya.


 Boon Kang kemudian membuat laporan di Balai Polis Pekan Nenas yang hanya kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian. Polis turut mengesahkan pistol yang digunakan perompak itu adalah pistol palsu.


 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, dua lelaki terbabit dipercayai telah menyamun dua mangsa dalam tempoh tidak sampai dua jam, dipercayai menggunakan pistol yang sama.


 Kira-kira jam lima pagi semalam, mereka menyamun seorang lelaki berusia 63 tahun yang dalam perjalanan ke kedainya di Taman Emas, di sini.


 “Mereka berjaya merampas wang tunai RM200 dan sebuah telefon bimbit. Namun dalam cubaan kedua untuk merompak pemuda berhampiran kedai 24 jam itu, mereka gagal sebaliknya seorang daripada mereka berjaya ditahan,” katanya.


 Mengenai rakan suspek yang berjaya melarikan diri, Zahaliman berkata, polis berjaya mengenal pasti lelaki itu dan sedang memburunya.


 Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata api dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun secara berkawan.


 Selain itu, katanya kedua-dua suspek dipercayai terlibat dengan beberapa kes pecah rumah, ragut, samun, dan curi motosikal di daerah ini sejak beberapa bulan lalu.


 Dalam pada itu, Zahaliman turut menyatakan bahawa enam suspek yang terlibat dengan pergaduhan melibatkan dua kumpulan lelaki di Taman Utama, Pekan Nenas, pada 9 September lalu, sehingga mengakibatkan kematian seorang bapa berusia 38 tahun, telah menyerah diri kelmarin.


 “Kesemua suspek berumur lingkungan awal 20-an kini ditahan reman sehingga 19 Januari (esok) dan kes disiasat di bawah Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat,” katanya.


sumber : sinar harian

Wanita Ini Dipecat Karena Melewatkan Makan Siang


Sharon Smiley telah bekerja selama 10 tahun sebagai resepsionis dan asisten administrasi di sebuah perusahaan real Chicago sampai ia dipecat kerana melewatkan makan tengaharinya suatu hari. Setelah pertempuran dua tahun, pengadilan banding di Illinois hari ini memerintahkan negara membayarkan wang pengangguran yang menjadi haknya.


Smiley, 48 tahun, pada 28 Januari 2010, tetap di mejanya pada jam makan tengahari untuk menyelesaikan sebuah projek yang ditugaskan oleh seorang managernya. Smiley, yang telah melewati 10 kali ulang tahunnya bersama perusahaan itu diperingatkan manager yang lain bahawa sudah waktunya baginya untuk pergi ke makan tengahari dan menjauh dari mejanya, tapi ia menolak.


Manager yang diamati Smiley bekerja pada spreadsheet di komputer, menjawab telefon dan menanggapi pertanyaan oleh orang-orang yang mendekati mejanya, menurut pengajuan dari pengadilan banding of Illinois.


"Aku tahu aku tak boleh makan siang di mejaku," kata Smiley. Di depan persidangan, ia mengaku pekerjaannya telah menjadikannya begitu stress hingga ia pernah mengalami stroke dan sempat berhenti bekerja selama hampir tiga bulan, mulai 13 Julai 2009.


Mengenai alasan pemecatannya, Direktur SDM Equity Lifestyle Properties Inc, pejabat tempat Smiley bekerja sebelumnya, menyatakan selama jam makan tengahari, karyawan dibebaskan dari pekerjaan selama 30 minit. Peraturan itu, katanya, telah diketahui seluruh pekerja "Tidak mengikuti peraturan itu akan menjadi pelanggaran terhadap hukum buruh Illinois," katanya.


Lokasi meja Smiley, katanya, sangat menonjol kerana berada tepat di depan pintu utama pejabat itu. Selain itu, Smiley beberapa kali kedapatan "banyak diskusi dan makan" di mejanya.


Setelah dipecat, Smiley tahu ia tidak memenuhi syarat untuk tunjangan pengangguran kerana dia melakukan kesalahan yang berhubungan dengan pekerjaannya. Dia mengajukan banding ke instansi terkait sebanyak tiga kali, namun ditolak. Kerananya, ia kemudian membawa kesnya ke pengadilan.


Michael LeRoy, profesor hukum di University of Illinois di Urbana-Champaign, menyatakan seperti beberapa negara bahagian, Illinois memiliki hukum yang mengharuskan majikan untuk memberikan karyawan istirehat makan tengahari. "Tetapi hukum tidak dapat dibaca sebagai majikan berhak untuk memecat pekerja yang menolak untuk istirahat dalam rangka untuk menyelesaikan pekerjaannya".


Sumber : http://www.tempo.co

Dituduh Selingkuh, Isteri Tikam Suami Lalu Bunuh Diri


Singapura  - Seorang isteri di Singapura marah besar ketika suaminya menuduh dirinya berselingkuh. Saking marahnya, ibu dua anak itu menyerang suaminya dengan pisau. Setelah itu, wanita berumur 46 tahun tersebut loncat dari apartmentmereka dan tewas.


Menurut harian Sin Chew Daily seperti dilapo The Star, Rabu (18/1/2012), sebelum bunuh diri, wanita Singapura itu bertengkar dengan suaminya, Wong (58). Menurut Wong, dirinya telah mendengar dari teman-teman kalau isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.


Wong pun menanyakan kebenaran hal itu kepada isterinya. Namun, dikatakan Wong, isterinya berubah geram setelah ditanyai soal rumor tersebut.


 Wanita yang tidak disebutkan namanya itu kemudian bergegas ke dapur untuk mengambil pisau. Setelah itu pisau tersebut diarahkannya ke suaminya hingga melukai kedua tangan lelaki itu. Telinga kiri pria itu juga terluka akibat pisau.


 Setelah menikam suaminya, wanita itu nekat melompat dari apartment mereka yang berada di tingkat 10 di Woodlands pada Minggu, 15 Januari lalu. Wanita itu pun tewas s. Sementara suami korban saat ini tengah dirawat di hospital atas luka-lukanya.

Peserta 'Big Brother' Brasil Dituduh Perkosa Peserta Lain


Rio De Janeiro  - Polis Brasil sedang menyiasat salah seorang peserta tayangan reality show 'Big Brother' yang diduga melakukan pemerkosaan terhadap peserta lainnya. Korban diduga berada dalam pengaruh alkohol ketika kejadian itu terjadi.


Seperti diberitakan AFP, Rabu (18/1/2012), setelah sebuah pesta yang merupakan sebahagian dari acara itu, Daniel Echaniz (31) diduga melakukan hubungan seks dengan peserta lainnya, Monique Amin (23). 


"Keduanya sedang berada dalam pengaruh alkhohol dan mereka sedar akan lingkungan mereka. Keduanya membenarkan mereka menyentuh satu sama lain di bawah selimut," kata pegawai polis, Antonio Nunes.


Dalam rakaman video memperlihatkan Daniel melakukan hubungan seks dengan Monique. Namun dalam video itu terlihat Monique berada dalam pengaruh alkohol hingga tak sedarkan diri. Saat ditanyakan tentang kejadian tersebut, Monique nampaknya hanya mengingat sedikit tentang apa yang terjadi saat itu.


Polis mengambil pakaian dalam keduanya serta cadar dari lokasi acara. Daniel pun dibawa polis untuk meninggalkan acara tersebut kerana melakukan perilaku yang tidak pantas.
 Menurut Monique, dirinya tidak ingat hubungan seks itu terjadi. Bahkan dikatakan wanita itu, dirinya tidak ingin hubungan seks itu terjadi.


Menurut polis, Monique saat kejadian itu sedang tidur.


Big Brother merupakan acara reality show di mana peserta hidup bersama di dalam rumah yang diisolasi dan hanya dapat dilihat melalui kamera televisi. Mereka harus hidup bersama selama tiga bulan dan diikuti oleh enam belas peserta.

Gara-Gara Gempa, Diva Pop Jepun ini Ceraikan Suami


TOKYO- Khabar mengejutkan datang dari diva pop Jepun, Ayumi Hamasaki (Ayu). Dia melayangkan gugatan cerai pada suaminya, Manuel Schwarz, setelah Negeri Bunga Sakura ditimpa gempa.
  
 Di blog peribadinya, penyanyi berusia 33 tahun itu mengaku sudah mendaftarkan gugatan cerainya di Pengadilan Amerika Syarikat, tempat dia dan suami mengadakan pernikahan. Dalam tulisan di blog peribadinya, Ayu menceritakan alasan perpisahan dari sang suami, yang baru menikahinya setahun lalu.
  
 "Saya memberitahukan, kalau saya akan mengajukan cerai pada Isnin di Amerika," tulis Ayu dalam blog peribadinya. Demikian seperti disitus Tokyohive, Rabu (18/1/2012).
  
 Dia juga menjelaskan alasannya menggugat cerai. “Dan alasannya terletak pada diri saya. Pada saat pernikahan, kami memutuskan tinggal di Amerika, namun kerana gempa yang melanda Tohoku dua bulan lalu, membuat perasaan yang kuat dalam diri saya bahawa saya tidak ingin berpisah dari Jepun. Saya tidak boleh membayangkan hidup di Amerika, dan hasilnya saya meninggalkan suami saya sendirian di Amerika untuk jangka waktu yang lama," tulis Ayu.
  
 Ayu dan Manuel bertemu saat pembuatan video klip 'Virgin Road'Ogos 2010 lalu. Dan pada 1 Januari 2011, keduanya berjanji sehidup semati di sebuah Gereja kecil di Las Vegas.
(efi)

Polis temu mayat wanita tersangkut atas pokok


Sesusuk mayat wanita yang telah membusuk ditemukan tersangkut di atas pohon di pinggiran Sydney, Australia.Penemuan ini mengejutkan warga setempat kerana selama ini kawasan tersebut merupakan lingkungan yang tenang.






 Bahkan polis  seperti diberitakan News.com.au, Selasa (17/1/2012) dibuat bingung kerana hingga kini mereka tak boleh mengungkap identiti wanita tersebut.


 Jenazah wanita tersebut ditemukan enam hari lalu di atas sebuah pohon di Prince Lane, Randwick, Sydney timur. Polis telah melakukan autopsi atas jasad misteri tersebut. Namun sejauh ini polis baru boleh memastikan bahawa wanita itu memiliki tinggi badan 182 centimeter.


 Wanita tak dikenal itu oleh media Australia dijuluki sebagai 'wanita pohon' kerana ditemukan di atas pohon setinggi 10 meter tersebut. Pohon rendang tersebut ditebang menyusul ditemukannya mayat wanita itu.


 Ketua Inspektor Kepolisian Maroubra, Dave McBeath mengatakan, polis kini tengah berupaya mensesuaikan mayat tersebut dengan daftar orang-orang yang hilang. Namun upaya itu mengalami kesulitan kerana jasad yang sudah sedemikian membusuk sehinggacap jarinya pun tak boleh digunakan lagi.


 Warga sekitar pohon tersebut sangat terkejut dengan penemuan mayat tersebut. Mereka menduga wanita itu adalah gelandangan.


 "Ini aneh. Kami semua bertanya-tanya siapa wanita ini," tutur seorang warga yang enggan disebutkan namanya.


 Danyane Bowring (35), seorang warga yang tinggal di dekat pohon itu menuturkan, kemungkinan wanita itu telah masuk ke pekarangan rumahnya dan memanjat pagar untuk naik ke atas pohon tersebut.

Geng Narkoba Terbesar di Dunia Ternyata Seorang Model


Di balik paras menawan dan keseksiannya, Angie Sanselmente Valencia, model pakaian dalam, sukses menyembunyikan peranan sentralnya sebagai anggota gang narkoba terbesar di dunia. Kini wanita 30 tahun tersebut menjadi buruan interpol.


Daftar cekal internasional telah diterbitkan untuk mengejar wanita ini Valencia dikatakan merekrut wanita-wanita cantik untuk dimanfaatkan sebagai kurier narkoba ke Eropah dan Amerika Utara.


Sebagian dari mereka diyakini berprofesi sebagai model pakaian dalam dan model kelas atas yang pernah menjadi peserta pertandingan ratu kecantikan. Valencia menyebut kurier-kurier itu sebagai “para malaikat cantik yang tidak pernah dicurigai”.


Para kurier cantik itu dibayar GBP 1.300 untuk membawa beg berisi kokain dari Colombia ke Cancun, Mexico, setiap hari. Berbekal pesona lahiriah dan beberapa di antaranya dikenal sebagai publik figure, dengan mudah mereka lolos dari pemeriksaan di lapangan terbang. Saat ini peredaran jaringan narkoba Valencia telah mencapai Eropah.


Polisi menduga Valencia bersembunyi di suatu tempat di Mexico atau Argentina. Sindiket narkobanya baru terungkap tahun lalu setelah orang suruhannya tertangkap  polis kerana ketahuan membawa 55 kilogram kokain di Lapngan Terbang Buenos Aires.


Kurier 21 tahun itu baru mengaku setelah diinterogasi selama 12 jam. Dari keterangan wanita muda tersebut, polis kemudian menangkap tiga kurier lain yang juga direkrut Valencia. Polisi saat ini menyelidiki keterlibatan oknum petugas lapangan terbang dalam jaringan narkoba Valencia.


Setelah penangkapan itu, Valencia dilaporkan menghilang dari sebuah bilik hotel bintang empat di Buenos Aires. Tapi dia tetap diyakini berada di wilayah Amerika Selatan.


Polis meyakini pemenang pertandinagn kecantikan itu berhenti dari dunia model dan menanggalkan kewarganegaraan Colombia dan beralih menjadi warga Argentina demi membangun jaringan narkobanya tahun lalu.


Polisi mencoba mengikuti jejaknya melalui anjing Pomeranian miliknya. Namun, jejak tersebut hanya menuju ke sebuah gudang kosong yang sudah ditinggal penghuninya.


Valencia pernah dianugerahi mahkota sebagai Putri Kopi Kolombia pada 2000. Dia diketahui pecah kongsi dengan bos geng narkoba Meksiko yang biasa dikenal dengan sebutan The Monster. Kini geng lamanya itu menjadi rival jaringan narkoba pimpinan Valencia.

Mengintip Pabrik Silikon Implan Payudara Yang Ditutup Kerana Berbahaya



 Tak merasa puas dengan keadaan dirinya, tidak sedikit kaum hawa melakukan modifikasi tubuhnya untuk tampil lebih cantik dan seksi salah satunya dengan mengoperasi payudaranya dengan memasukan silikon atau implan ke dalam payudara. Belum lama ini sebuah perusahaan implan kelas dunia ditutup memproduksi impan payudara yang boleh membahayakan tubuh,


Ketua perusahaan implan payudara Perancis, yang kini sudah tidak beroperasi, sedang diburu oleh pihak berkuasa di Costa Rica atas apa yang disebut sebagai pelanggaran “hidup dan mati”.  Jean-Claude Mas adalah pendiri Prothese Implan Poli (PIP), perusahaan yang ditutup tahun lalu setelah diketahui menggunakan silikon murah kelas industri untuk memproduksi implan tersebut. Interpol pada hari Jumaat mengeluarkan “red notice” untuk penangkapan Mas.


Sebelumnya  pemerintah Perancis merekomendasikan agar implan pada 30.000 perempuan di Perancis diangkat kerana khuatir boleh pecah. Mereka menepis kekhuatiran bahawa implan itu boleh menyebabkan kanser.


Inilah keadaan dan proses pembuatan impan di kilang yang kini ditutup operasinya . Silahkan anda lihat dan renungkan bagaimana barang seperti ini bisa berada dalam tubuh dan menjadi daya tarik, apa sebenarnya yang di cari?














Ketua kampung bakar pejabat kerajaan kerana rasuah


HONG KONG: Polis China menahan seorang ketua kampung di utara negara itu selepas dia membakar hangus pejabat kerajaan bagi membantah amalan rasuah, kata satu pertubuhan hak asasi manusia semalam.
Akibat tindakan Gao Jinje itu, dua cedera parah.

Bertugas di Kampung Beitai di wilayah Hebei, Gao mempertikaikan pihak berkuasa tempatan di bandar Chengde atas amalan rasuah dan salah guna kuasa pada Ahad.


Pusat Hak Asasi Manusia dan Demokrasi berkata, selepas bertengkar, Gao mencurah cecair mudah terbakar ke kompleks kerajaan dan menyalakan api.

“Kebakaran itu memusnahkan lebih 20 pejabat,” katanya.


Gao kini ditahan polis tetapi tidak diketahui berada di mana. - AFP



sumber : myMetro

Wow, Beyonce Tampil Seksi dan Berkulit Putih?


infospesial.net -  Dia kembali menghadapi kontroversi di tahun 2008 dimana saat itu kulitnya muncul dengan nuansa lebih cerah dalam sebuah iklan. Tetapi tampaknya Beyonce atau produsernya tidak belajar dari pengalaman sebelumnya. Sebuah gambar promosi telah muncul, Beyonce terlihat dengan kulit lebih putih dari biasanya.


Foto baru tersebut diambil sebelum Beyonce hamil dan melahirkan puteri pertamanya 'Blue Ivy Carter'. Dan foto tersebut digunakan untuk iklan album keempatnya, yang telah dirilis tahun lalu. Dalam gambar tersebut Beyonce terlihat berpose menggoda, dengan wig pirang dan berbaring di sofa bermotif harimau bintang mengenakan rajutan monokini minim hitam dan juga mengenakan suspender dan seksi dengan lipstik merah gelap.




Para ahli mengatakan kepada The Sun, penampilannya tersebut mungkin telah diatur dengan diturunkan pencahayaannya saat di studio. Ini bukan pertama kalinya istri rapper Jay-Z itu telah dituduh muncul dengan mencerahkan warna kulitnya.


Diduga bahwa saat memenangkan penghargaan bersama Destiny's Child, ayah Beyonce, Mathew Knowles memujuknya agar menggunakan perawatan kulit agar menjadi anggota dengan kulit paling cerah-langsat diantara Destiny's Child.
(Dailymail)

Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan


TELUK INTAN - "Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."
Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.
Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.
"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.
"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.
sumber : kosmo online

Guru besar guna peranti penyesak untuk halang pelajar tiru


SALZBURG: Seorang guru besar sebuah sekolah menengah di Austria nyaris dikenakan tindakan mahkamah selepas bertindak untuk mengesan bakal peniru satu peperiksaan dengan menggunakan idea berteknologi tinggi, tetapi salah di sisi undang-undang.
Gerhard Klampfer dilapor membeli dan memasang peranti penyesak yang cukup kuat untuk menghalang pelajar tahun akhir meniru daripada Internet dengan menggunakan telefon pintar mereka ketika peperiksaan akhir musim panas lalu.

Radio ORF melaporkan dalam laman webnya semalam, tindakan itu cukup berkesan untuk menarik perhatian sebuah syarikat pengendali khidmat telefon. Ia memaklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawasi aliran radio selepas menyedari perkhidmatannya terjejas.


Mereka kemudian memaklumkan kepada pegawai undang-undang yang mengancam untuk mendakwa Klampfer atas tuduhan kesalahan kecil.

Menurut undang-undang Austria, hanya polis, tentera dan pihak berkuasa mengenai keselamatan boleh menghalang isyarat. Klampfer berkata dia tidak tahu perbuatannya itu salah di sisi undang-undang. Dia dibebaskan dengan amaran. - AFP



sumber : myMetro

Parah...5 bulan simpan mayat bapa kerana wang


LONDON: Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara selepas dia ditemui tinggal bersama-sama mayat bapanya selama lima bulan bagi membolehkan dia menuntut wang bantuan sara hidup si mati.
Christopher Blackburn, 28, ditangkap tahun lalu selepas polis yang bertindak berdasarkan maklumat daripada orang ramai, menyerbu rumahnya dan menemui mayat bapanya, Guy Blackburn.

Hasil bedah siasat menunjukkan Guy Blackburn, 54, bekas pemandu lori, mati kerana penyakit biasa pada November 2010.


Semalam, anaknya, dari Huddersfield, West Yorks, mengaku menghalang pengebumian mayat bapanya.

Dia juga mengaku mencuri 1,869 (RM9,345), wang bantuan sara hidup milik bapanya. Mahkamah Preston diberitahu, Guy Blackburn tinggal di rumahnya di Penwortham, Lancaster sejak 26 tahun lalu tetapi kesihatannya semakin teruk dan dia hanya tinggal di rumah selepas menghabiskan masa seketika di hospital.


Mayatnya ditemui Mac tahun lalu selepas jiran semakin bimbang mengenai keadaannya selepas tidak melihatnya sejak Oktober 2010.



Mereka menghubungi Persatuan Perumahan Eaves Brook, pemilik rumah berkenaan.

Polis kemudian melakukan siasatan di rumah itu dan menemui mayat Guy Blackburn di katil di bilik depan. - Daily Mail



sumber : myMetro

Wanita pakai pakaian daripada kubis jadi tumpuan


BANGKOK - Seorang wanita memakai pakaian diperbuat daripada kubis semasa dia berada di laluan pejalan kaki di sini semalam.
Dia turut memegang kad yang mempunyai mesej bagi meminta penduduk menjadi pemakan sayur-sayuran.
Kelibat wanita itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan pejalan kaki tersebut.
Wanita itu merupakan aktivis pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Ke Atas Haiwan (PETA).
Beberapa rakannya turut membantu dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis itu.- Agensi
sumber : kosmo online

Pemandu lori syok tengok vcd lucah punya kemalangan



JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut itu.


Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang penunggang motosikal lain parah.


Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).


“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.


Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.
“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,” katanya.


sumber : myMetro

Pemain bola buat hal lagi


JITRA: Seorang pemain bola sepak Perlis ditahan akibat memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis selepas disaman kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Jalan Jenan-Kepala Batas, di sini, semalam.
Pemain penyerang berusia 26 tahun itu yang menunggang motosikal Honda EX-5 berwarna hitam ditahan ketika melalui sekatan dilakukan Bahagian Trafik dan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Difahamkan, pemain terbabit kini beraksi bersama kesebelasan utama pasukan Liga Perdana Perlis untuk musim kedua berturut-turut.

Menurut sumber, ketika pemeriksaan dia didapati tidak memiliki lesen menunggang motosikal dan polis mengeluarkan saman kerana kesalahan itu.



Menurutnya, selepas menerima surat saman, pemain berasal dari Bandar Darulaman, di sini, menyuarakan rasa tidak puas hati, namun tidak diendahkan polis yang tegas melaksanakan tugas mereka.



sumber : myMetro

Tauke butik pakaian nyaris putus jari ditetak perompak


KOTA KINABALU: Seorang peniaga butik pakaian menempuh detik cemas apabila ditetak dua lelaki berparang yang menerjah masuk ke dalam premisnya sebelum melarikan beg mengandungi wang RM2,000 dan telefon bimbit dalam kejadian di Jalan Kingfisher, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Norezai Awang Sham, 36, nyaris putus jari kanan ketika cuba menyelamatkan beg tangannya, manakala pembantunya berusia 16 tahun yang turut berada dalam premis itu tidak cedera.

Difahamkan, sebaik berjaya menyamun, kedua-dua lelaki terbabit mengunci mangsa yang mengerang kesakitan bagi melengahkan usaha mendapatkan bantuan.


Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama seorang pekerjanya sedang mengemas butik sebelum didatangi dua lelaki bersenjatakan parang.

Menurutnya, mangsa yang terkejut cuba berlari meminta bantuan, tetapi dihalang lelaki terbabit yang terus mengacu parang ke arah mangsa.


“Seorang daripada suspek yang melihat beg mangsa cuba merampasnya namun mangsa menghalang menyebabkan berlaku pergelutan sebelum suspek menetak jari hantu mangsa dan melarikan diri.



“Mangsa berjaya memecahkan pintu menggunakan batang besi bagi meminta bantuan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Datin Zainab Yunus ketika ditemui berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan anaknya yang menghubunginya mendakwa dirompak dua lelaki berparang.


“Saya bergegas ke butiknya dan mendapati anak saya cedera di jari lalu menghantarnya ke Hospital Likas.

Harian Metro difahamkan, mangsa anak kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Sandakan, Datuk Awang Sham Amit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan masih menjalankan siasatan.



sumber : myMetro

Cium kaki mangsa rogol 11 tahun untuk minta maaf


SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai pendakwa mencium kaki anak tirinya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu di rumahnya di Seksyen 17, di sini.
Tertuduh berusia 59 tahun itu berbuat demikian bagi memohon maaf terhadap mangsa yang dirogolnya sejak berusia enam tahun. Sambil menangis teresak-esak di atas lantai, lelaki itu melahirkan perasaan kesal terhadap perbuatannya sambil disaksikan isterinya yang juga ibu mangsa.

Berdasarkan fakta kes, hubungan terlarang itu pernah disaksikan isterinya, tetapi tidak diendahkan.


Bagaimanapun, ‘drama’ tidak berakhir di situ apabila ibu mangsa memeluk erat anaknya tidak rela berpisah dengan mangsa yang diletakkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Lelaki itu yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Seksyen 17, di sini, pada waktu pagi, antara 2005 dan 30 April tahun lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 8 Mei tahun lalu. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim memohon hukuman berat kerana tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya sebaliknya merogol mangsa. Malah, mangsa pernah mengadu kepada ibunya, tetapi dimarahi.



Katanya, kejadian menyebabkan mangsa trauma dan memberi tanggapan negatif terhadap anaknya.

itu, katanya, hukuman berat perlu bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.


Bagaimanapun, peguam bela, Mohd Hidir memohon hukuman ringan.

atas alasan anak guamnya tua dan menghidap penyakit jantung, kencing manis serta buah pinggang.


Katanya, pengakuan salah lelaki itu juga sudah menjimatkan masa dan kos mahkamah. “Tiada alasan atas apa yang berlaku, cuma tertuduh amat kesal. Dia bertanggungjawab (atas kesalahan itu),” katanya. Berdasarkan fakta kes, tembelang tertuduh pecah apabila mangsa menceritakan kepada ustazahnya bahawa dia ‘berzina’ dengan bapanya selepas mempelajari perkara yang membatalkan puasa ketika pendidikan agama.


Ustazah itu merujuk kepada guru kelas sebelum membuat laporan polis.


Siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika ibu mangsa tiada di rumah. Malah, ibu mangsa mengetahui kejadian itu tetapi mendiamkan diri dan berpura-pura ia tidak berlaku, malah memarahi anaknya.


Mangsa menyatakan tertuduh mengugut menghentak kepalanya ke dinding jika tidak memenuhi permintaan mengadakan hubungan seks, selain mengemukakan kondom diberikan tertuduh kepadanya.



sumber : myMetro

Azwan Ali ugut bunuh dan bakar adiknya


KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.
Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.



“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.


“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.



sumber : myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved