Penuntut kolej swasta didakwa cuba bunuh teman wanita

on 17 Januari 2012


KUALA LUMPUR - Seorang penuntut di sebuah kolej swasta hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan menikam perut wanita itu menggunakan sebilah pisau, minggu lepas.


 Osleh Osman, 20, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.


 Mengikut kertas pertuduhan, Osleh yang tinggal di Pandan Indah, Ampang Jaya di sini didakwa menikam Nor Azlin Yusuf, 20, di sebelah kiri perutnya dengan menggunakan sebilah pisau sehingga boleh menyebabkan kematian terhadap mangsa.


 Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Kolej Ican, Tingkat 10, Menara Maxis Segar, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, Ampang Jaya di sini pada 10.30 pagi, 11 Jan lepas.


 Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


 Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana ia melibatkan kesalahan serius dan penggunaan senjata berbahaya.


 "Mangsa yang merupakan kenalan rapat tertuduh mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan melibatkan usus kecil dan besar, kini berada di Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan. Sekiranya diberikan jaminan dikhuatiri tertuduh akan mengganggu mangsa," katanya.


 Namun, sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihak pendakwaan memohon jaminan tidak kurang RM15,000 berserta syarat tambahan iaitu mangsa tidak diganggu oleh tertuduh dan keluarga serta tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan.


 Peguam M.K Thas yang mewakili Osleh pula memohon mahkamah memberikan jaminan dan mempertimbangkan jaminan pada jumlah yang berpatutan kerana anak guamnya bukan daripada golongan yang berada serta penjamin iaitu bapa saudaranya yang bekerja di sebuah firma sekuriti hanya mempunyai wang RM8,000 untuk menjaminnya.


 Beliau berkata anak guamnya juga merupakan seorang yang pasif dan dengan karakter itu tidak mungkin dia boleh menakut-nakutkan mangsa kerana mangsa adalah teman wanitanya dan keluarga tertuduh turut mengenali mangsa dengan rapat.


 Hakim Manira membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Feb untuk sebutan semula kes.


 Mahkamah juga memerintahkan Osleh melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali dan tertuduh dikenakan syarat iaitu tidak boleh mendekati mangsa dan keluarga serta saksi-saksi pendakwaan.


 "Sekiranya tertuduh melanggar syarat-syarat berkenaan, jaminan terhadap tertuduh akan ditarik balik dengan serta-merta oleh mahkamah," kata Hakim itu.


 Bapa saudara tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.- Bernama


sumber : sinar harian

Laporan BBC: Anwar mahu Utusan minta maaf


SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan mahkamah ke atas Kumpulan Utusan dengan menuntut agar ia menarik balik laporan-laporan yang menurutnya telah memfitnah beliau.


 Utusan Malaysia menerbitkan laporan itu berdasarkan satu temu bual Anwar dengan stesen BBC baru-baru ini, susulan pembebasan beliau dari tuduhan meliwat.


 Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata, laporan akhbar itu mendakwa Anwar dalam wawancaranya bersama BBC telah meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang yang melibatkan hubungan homoseksual di negara ini.


 Menurut Surendran, Anwar sebenarnya mengatakan bahawa sebagai penganut agama Islam dan bagi orang bukan Islam di negara ini, umumnya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia.


 Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, Surendran yang juga seorang peguam berkata: "Menerusi peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari (hari ini) telah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan pemilik akhbar Utusan Malaysia dan juga ke atas Editor Utusan Malaysia, meminta penarikan balik kesemua dakwaan, permintaan maaf dan ganti rugi."


sumber : sinar harian

Cuti di Hawaii, Rihanna Menikmati Rokok Ganja


infospesial.net -  Rihanna kembali menjadi perhatian publik lantaran kedapatan sedang menghisap sepuntung rokok saat berlibur di Hawaii yang dikenali adalah rokok ganja! 


Penyanyi 23 tahun ini nampak santai menghisap rokok . Namun rokok yang dihisapnya itu terlihat berbeza dengan rokok diisap oleh teman-teman Rihanna. Warnanya coklat pada rokok tersebut sangat mirip dengan rokok ganja yang saat ini populer di kalangan musik hip hop.


Memang bukan hanya Rihanna saja yang nampak merokok saat itu, namun rokok yang dihisap oleh orang di sekeliling Rihanna saat itu tampaknya hanya rokok biasa. Rihanna sendiri tampak sangat santai dan menikmati rokok tersebut dalam balutan busana yang sangat santai pula.




Di bawah sinar matahari Rihanna yang tanpa make-up tersebut hanya terlihat mengenakan legging dan tank-top warna pink. Dia tampak menghisap rokoknya dalam-dalam dan menikmati suasana hari Minggu (15/1) di Hawaii.


Baru-baru ini, Rihanna juga sempat menyebut marijuana dalam twitternya dengan mengatakan, "4:20... Hi." 4.20 sendiri adalah bahasa untuk marijuana, sehingga hal ini semakin memperkuat dugaan bahawa penyanyi asal Barbados tersebut adalah pengguna ganja.

Pelanggan pasar raya gempar bumbung disambar percikan api


KUANTAN - Pelanggan dan pekerja sebuah pasar raya di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Beserah sini lari bertempiaran menyelamatkan diri selepas bumbung bangunan itu disambar percikan api akibat masalah sistem pendawaian utamanya, petang semalam.


 Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, tiada kebakaran serius berlaku, sebaliknya hanya sedikit kesan terbakar kelihatan di bahagian bumbungnya.


 Insiden itu bagaimanapun mencetuskan suasana panik memandangkan bangunan pasar raya itu terletak hanya kira-kira 100 meter dari sebuah stesen minyak.


 Timbalan Penguasa Bomba, Razali Ismail berkata, memandangkan bangunan itu terletak bersebelahan stesen minyak, tiga jentera termasuk dua ‘water tanker’ dan satu ‘water tander’ dihantar bersama 21 anggota bagi membantu kerja-kerja memadam kebakaran.


 “Bagaimanapun kebakaran tidak serius dan api mulai padam sebelum pasukan bomba dan penyelamat tiba ke lokasi kejadian,” katanya hari ini.


 Razali berkata, hasil siasatan pihaknya, percikan api itu berlaku selepas sistem penyambungan pendawaian elektrik ke bangunan itu longgar dan berkemungkinan kabelnya yang kendur tersentuh antara satu dengan yang lain.


 “Masalah ini mungkin akibat masalah pemasangan atau kabel utama dari tiang ke premis itu menjadi longgar akibat terdedah kepada tiupan angin kuat sejak kebelakangan ini.


 “Tiada kebakaran berlaku di bahagian dalam bangunan bagaimanapun operasi perniagaan pasar raya ini terpaksa dihentikan seketika untuk siasatan dan akan dibenarkan beroperasi semula sekiranya keadaan didapati selamat,” katanya.


 Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga tiba menjalankan siasatan sebelum memulihkan kembali bekalan elektrik ke bangunan berkenaan.


 “Saya berpuas hati dengan tindakan pekerja apabila mereka berjaya mematuhi langkah-langkah keselamatan yang pernah didedahkan pihak bomba dan penyelamat kepada mereka sebelum ini,” katanya.


sumber : sinar harian

Parah..Duda, ibu mengandung khalwat


AMPANG - Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.


 Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.


 Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.


 “Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.


 Sementara itu, menurutnya, dalam operasi sama, tindakan seorang gadis menyorok di belakang pintu bagi mengelak daripada dicekup pegawai penguat kuasa agama gagal.


 “Gadis berusia 25 tahun itu masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam, manakala pasangannya juga berusia 25 tahun, hanya berseluar pendek tanpa memakai baju manakala pasangannya berpakaian lengkap,” katanya.


sumber : sinar harian

Terharu...Anak Wardina mahu pencuri 'jadi orang baik'


KUALA LUMPUR – “Azra nak pencuri jadi baik, Azra tak nak dia masuk penjara.” Itulah yang sering diperkatakan Azra Fareera Ikhwan, 5, anak kedua selebriti, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot apabila teringat peristiwa hitam yang meragut perasaan selamat mereka, Khamis lalu.


 Wardina berkata, sejak mereka sekeluarga berdepan situasi mencemaskan apabila rumahnya disamun tempoh hari, anak- anaknya masih lagi trauma terutamanya anak keduanya itu.


 “Azra tidak banyak bercakap, sering terjaga dari tidur, tidak bergaul dengan kawan-kawan di sekolah, malah kini menjadi pendiam.


 “Saya terpaksa memujuk Azra dengan mengatakan bahawa pencuri tersebut telah ditangkap polis dan segalanya selamat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


 Bagaimanapun, Azra sering mengingatkan agar pencuri tersebut tidak dimasukkan ke penjara dan diberi peluang menjadi baik.


 “Hati saya tersentuh apabila mendengar permintaan Azra. Mulia sungguh hati anak kecil ini.


 “Saya terpaksa menenangkannya dengan mengatakan pencuri itu tidak masuk penjara, tetapi kita suruh dia mengaji al-Quran dan berdoa jadi baik,” katanya.


 Wardina berkata, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan anak bongsunya Imran Ar-Razi, 3, kini beransur melupakan peristiwa pahit itu selepas dibawa bercuti ke Janda Baik minggu lalu.


 “Imran masih kecil, dia mudah lupa. Amna pula sentiasa mengingatkan kami agar lebih berhati-hati.


 “Saya risaukan perubahan Azra kerana dia masih trauma dan ketakutan,” katanya.

Pulak...Bekas Pengarah Veterinar palsukan dokumen naik pangkat


SEREMBAN - Bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan Datuk Dr Noor Soeraya Norsham, yang dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan pangkat.


 Dr Noor Soeraya, 38, yang kini Pegawai Veterinar di Seksyen Komunikasi Korporat dan Antarabangsa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian
 dan Industri Asas Tani di Putrajaya, turut mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan.


 Hakim Datin Nursinah Adzmi membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 22 Feb
 untuk sebutan semula kes.


 Mengikut pertuduhan pertama, Dr Noor Soeraya didakwa memberikan satu surat rujukan bertarikh 27 Feb 2009 berhubung Arahan Kenaikan Pangkat dan Pengesahan Jawatan Pegawai Veterinar Gred G48 yang mengandungi butiran palsu kepada Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Siti Norhayati Md Yusof.


 Ketika itu, tertuduh memangku Gred G44 dan didakwa melakukan perbuatan tersebut bagi tujuan kenaikan pangkat ke Gred G48, yang membolehkan penyelarasan
 gaji dan elaun dibuat menyebabkan dia memperoleh secara salah RM39,536.90.


 Bagi pertuduhan kedua, Dr Noor Soeraya didakwa memberikan satu surat rujukan bertarikh 28 Dis 2009 berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 - Khas Untuk Penyandang di Jabatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang mengandungi butiran palsu kepada Siti Noorhayati.


 Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun menyebabkan dia memperoleh secara salah RM5,013.82.


 Dr Noor Soeraya juga didakwa memberikan surat rujukan bertarikh 1 Julai 2010 berhubung Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 di Jabatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang mengandungi butiran palsu kepada pembantu tadbir yang sama.


 Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai di sini antara 16 Mac 2009 dan 2 Julai 2010 mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum
 penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai kesalahan.


 Mengikut pertuduhan keempat, Dr Noor Soeraya didakwa memberikan Siti Norhayati surat rujukan palsu bertarikh 31 Mac 2011 berhubung Keputusan
 Pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke G54, di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu di sini pada 12 April tahun lepas.


 Bagi pertuduhan pilihan, dia didakwa menggunakan tiga surat rujukan palsu berkaitan sebagai tulen mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum
 mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


 Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Fairuz Johari menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.


 Peguam Mohammad Faiz Datuk Fadzil pula meminta mahkamah mengurangkan jumlah itu kepada RM3,000.


 Beliau berkata ini kerana Dr Nor Soeraya telah berkeluarga dan menunjukkan komitmennya terhadap kes ini dengan hadir ke mahkamah.


 Bagaimanapun, Hakim Nursinah berpendapat permintaan itu tidak munasabah kerana pertuduhan terhadap tertuduh amat serius. - Bernama


sumber : sinar harian

Pakar sejarah: Hang Tuah, Hang Li Po tak wujud,betulkah?


upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBuku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

dipetik dari : malaysiakini

'Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti'

PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan  bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis) di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.

NONE“Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

“Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

“Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.

BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ ke atas kumpulan itu.

Beliau menjawap: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” katanya dalam temu bual itu.

Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

“Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini,” kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.

Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

“Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian,” akhirinya kenyataannya itu.


dipetik dari Malaysiakini

Video Masjid Hazrat Sultan Terbakar, Masjid Terbesar di Asia


Sebuah masjid besar dan terkemuka di Astana, Kazakhstan terbakar. Satu orang tewas dalam kebakaran yang terjadi di masjid terbesar di Asia itu.

Api membakar hampir seluruh ruang Masjid Hazrat Sultan yang sedang dibangun itu, Minggu 15 Januari 2012 petang. Kebakaran terjadi di tengah musim dingin di Kazakhstan.
Kebakaran menghanguskan area seluas 800 meter persegi dari masjid seluas 17 ribu meter persegi ini. Diduga, api berasal dari peralatan las yang mengenai perancah di bawah kubah masjid.

Pihak kontraktor kini sedang memikirkan untuk merombak plan masjid.



Demi Wang Jutaan Mahasiswi China Siap Dijadikan Kekasih dan Isteri Simpanan





Fenomena cari pasangan kaya oleh mahasiswa kini menjadi gaya hidup baru di China. Awalnya, para mahasiswi ini terdesak olah biaya sekolah tinggi dan prospek pekerjaan yang buruk di negara itu. Tetapi kemudian, hal ini menjadi trend. Menurut The Australia, jutaan gadis China, mulai dari pelajar sekolah menengah hingga mahasiswa, senang ditemukan di situs cari jodoh terbesar di China, Jiayuan. Situs itu kini telah menjadi tempat promosi para gadis ini untuk mendapatkan pasangan yang lebih tua, terutama orang-orang kaya yang bersedia mendukung pendidikan mereka dan membayar gaya hidup yang diinginkan.


 Situs ini kini beranggotakan 25 juta netter, umumnya adalah mahasiswa yang secara eksplisit mencari lelaki yang dinamakan “empat kaya”, yakni memiliki bisnis atau pekerjaan bergaya, rumah, keretadan gaji yang tinggi. Zhang Yan, seorang mahasiswi di Guiyang Medical College, menuntut 200 ribu yuan atau sekitar 39,091 dolar untuk pernikahan mereka. “Tidak peduli siapa orang itu. Selama dia bersedia memberiku 200 ribu yuan, aku akan menikah segera,” tulisnya di situs tersebut.


 Siaran televisi tempatan menunjukkan cuplikan berita dari dirinya menerima wang yang diminta dari seorang lelaki muda. Bahkan ibunya setuju untuk transaksi. tersebut. Dalam kes lain, seorang lelaki 54 tahun bernama Wang memulai hubungan dengan seorang mahasiswa pascasarjana 24 tahun yang mendaftar di situs itu, mencari seorang lelaki dengan sebuah rumah di Shanghai dan 1 juta yuan atau 195.458 dolar di bank”.


 Wang mengatakan bahawa mereka bertemu di sebuah kedai kopi dan kemudian tinggal bersama selama beberapa bulan, sampai kekasihnya menemukan seorang lelaki China berusia 60 tahun kelahiran Amerika. Sang bandot menjanjikan akan membawanya ke Amerika Syarikat. Namun Wang tidak peduli kerana sekarang ia berkasih seorang mahasiswi lain yang dibawa temannya ke Shanghai. Wanita yang dibawa temannya itu seorang sarjana berusia 28 tahun. Wanita itu mahu dengan Wang kerana menyewakan sebuah rumah untuknya.


 “Aku tidak boleh jatuh cinta dengan seorang lelaki yang tidak memiliki rumah sendiri, meskipun ia masih muda dan tampan,” kata wanita itu.


 Banyak mahasiswi China saat ini menjadikan situs mencari jodoh sebagai tempat mencari pasangan. Bahkan, para laki-laki muda di universiti tidak peduli kekasihnya suatu saat akan dilarikan orang lain demi wang. Sebab, sejak awal, mereka sudah sepakat untuk hal itu. Bahkan, lelaki muda pun mulai bertindak yang sama. Xiao Louming, seorang mahasiswa di Hangzhou kepada wartawan menyatakan: “Jika sebuah keluarga dapat memberi saya 10 juta yuan modal untuk pelaburan maka saya siap untuk menikahi seorang wanita 10 tahun lebih tua dari saya.
sumber

Wow..Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek


EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.
Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.

Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian.


Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.. - Agensi


sumber : myMetro

Ada dialog berahi di Kompleks Berahi



Menurut HM, lebih 20 premis refleksologi di sebuah pusat beli-belah berhampiran dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang. Siasatan wartawan mendapati wanita berpakaian seksi yang menawarkan khidmat tersebut majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan.  Khidmat urut dikenakan caj serendah RM35 sejam.


 
 sumber : duniacacamarba

BAYI BELUM UMUR 1 TAHUN SUDAH TUMBUH PAYUDARA


Pernah mendengar ada bayi perempuan yang belum berumur 1 tahun sudah tumbuh payudara? Kejadian nyata ini benar-benar terjadi di China. Sejak bulan Ogos lalu dikhabarkan sejumlah bayi yang ada di China mengalami perkembangan payudara. Sampai kini, semakin banyak kes serupa terlihat di sejumlah provinsi antara lain Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing.






Susu tepung diduga mengandung hormon seks dan menjadi penyebab pertumbuhan payudara pada bayi-bayi ini. Meski demikian Menteri Kesihatan China menolak sejumlah rumor itu. Namun, baru-baru ini ditemukan pada sejumlah bayi enam bulan yang mengalami pubertas dan gadis-gadis pada usia dua tahun. Diduga sejumlah hormon ini adalah gonadotropins dan testosterone.


Sejumlah ahli mengatakan, ini normal terjadi pada bayi dan keadaan ini akan kembali saat bayi berusia dua tahun. Akumulasi gejala-gejala ini antara lain memberikan efek satu di antara 5.000-10.000 bayi yang ditandai dengan tumbuhnya bulu di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.


Sebuah penelitian yang dikeluarkan Universiti North Carolina pada tahun 2010 mengemukakan jika gadis keturuan Kauskasia di AS mengalami pertumbuhan yang cepat di usia mereka yang belia dimulai pada usia 7 tahun hingga 10 tahun.


 [sumber]

Wanita patah riuk terjun flat


PORT DICKSON: Tindakan ‘berani mati’ seorang wanita yang dipercayai terjun dari tingkat empat sebuah flat sebaik menyedari kediamannya diserbu polis, mengundang padah apabila kaki kirinya patah serta cedera parah di pinggang dan leher dalam kejadian di Jalan Lama, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, wanita berusia 36 tahun itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana kecederaan dialaminya.
Harian Metro difahamkan, wanita yang tinggal bersama ibu dan beberapa anaknya ketika itu sedang berehat di ruang tamu rumahnya.

Dia yang menyedari kehadiran polis, secara tiba-tiba berlari ke arah tingkap dapur rumahnya sebelum terjun dari tingkat empat kediaman itu.


Sebagai Rakyat Malaysia, Jom Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2



Tidak lama selepas itu, dia ditemui terbaring di dalam longkang di belakang flat berkenaan sambil meraung kesakitan akibat kecederaan dialaminya.



sumber : myMetro

Dua janda bekas ejen insurans ditahan


KOTA BHARU: Dua bekas isteri seorang ejen insurans, Wan Hussin Wan Yusof, 52, yang melecur teruk di muka dan badan akibat disiram cecair dipercayai asid, Sabtu lalu, ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata dua wanita berusia 31 dan 42 tahun itu ditahan berasingan di rumah masing-masing di Tumpat dan Kota Bharu jam 6 petang.

Katanya, dua lagi lelaki dipercayai terbabit serangan itu masih diburu, namun setakat ini motif serangan masih dalam siasatan.


“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Polis tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan memberi peluang kepada pasukan penyiasat menjalankan tugas.

“Keadaan mangsa kini kritikal tetapi stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis serah terima tugas kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Superintendan Amran Ramli di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.



Sebelum ini, jawatan berkenaan dipangku Deputi Superintendan Mit a/l Emong.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Wan Hussin baru keluar dari kereta untuk membeli rokok disiram sejenis cecair dipercayai asid sehingga melecur teruk di muka dan badan.


Dalam kejadian jam 11.30 malam di Kampung Tendong, Pasir Mas, mangsa sempat menghubungi adiknya, Wan Sulaiman, 48, memaklumkan kejadian menimpanya sebelum dibawa ke HRPZ II oleh orang ramai.


sumber : myMetro

Anjing ini mendambakan Oscar


berita2.com: Menurut anda, apakah hanya manusia saja yang berhak mendapat penghargaan? Bagaimana bila makhluk hidup lain seperti anjing begitu memukau lagaknya dan memikat hati para penonton saat membintangi suatu filem?Pantaskah mendapat penghargaan?


 Anjing tersebut adalah Uggie, bintang Bonio Fide di hit movie the artist ,berusia 9 tahun dan berkaki panjang  telah dinominasikan untuk enam penghargaan Golden Globe dan dipastikan akan menyapu bersih Oscar.

Sebagai Rakyat Malaysia, Jom Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2



 Sementara aktor, sutradara dan desainer yang terlibat dalam filem tersebut telah 'mandi' penghargaan dan pujian, Uggie masih diabaikan. Uggie terpilih sebagai anjing berkinerja terbaik di Festival Film Cannes 2011."Dia adalah bersinar, dicintai, menyenangkan, polos dan lucu," kata para juri.


 Rasanya Uggie layak untuk mendapatkan penghargaan ini dan mendambakannya. Tapi saat musim penghargaan akan berlangsung akhir minggu ini, anggota voting BAFTA telah diberitahu melalui surat bahawa  Uggie tidak akan memenuhi syarat untuk kategori Best Supporting kerana ia "bukan seorang manusia" .
 Tidak adil bukan?


 Di tempat lain, kempen di Facebook untuk mendorong Uggie mendapatkan penghargaan juga terjadi walau kontrovesi juga muncul,bagaimana dengan  bintang Alsatian Rin Tin Tin seharusnya mendapat suara terbanyak untuk Aktor Terbaik pada 1929, namun justru penghargaan jatuh ke bintang manusia?


 Bila ditanya kepada Uggie, bagaimana perasaannya? Pasti Uggie akan menjawab dia sakit hati sambil menyalak. Aksi Uggie yang memukau juga berlanjut di luar film yang dibintanginya. Perjalanan singkatnya ke Inggris minggu ini, menangkap hati semua orang. Uggie meluncur di atas skateboard dengan satu kaki dan melakukan aksi lain yang tak terpikirkan.

Mengerikan! mayat laki-laki dalam keadaan bogel serta alat sulit dipotong ditemukan


Tokyo  - Mengerikan! Sesusuk mayat laki-laki dalam keadaan bogel ditemukan di sebuah apartment di Tokyo, Jepun. Bahkan mayat tersebut ditemukan dalam keadaan kemaluan terpotong.


Mayat laki-laki berumur 49 tahun tersebut ditemukan terbaring di atas ranjang di sebuah apartment yang ada di wilayah Tokyo sebelah barat. Dilaporkan terdapat beberapa luka tusukan di bahagian dada dan perut jasad tersebut.


Saat ditemukan polis, bahagian kemaluan lelaki tersebut telah terpotong. Demikian seperti dilaporkan media tempatan Jepun, NHK, dan dilapor oleh pejabat berita AFP, Isnin (16/1/2012).


Menurut Jiji Press yang mengutip sumber di polis, bahagian potongan kemaluan mayat tersebut ditemukan di bawah ranjang. Selain itu, sebuah pisau dapur yang dipenuhi darah juga ditemukan di ruangan yang sama.




Sebagai Rakyat Malaysia, Jom Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2



Tidak disebutkan jati diri lelaki tersebut. Juru bicara Polis Metropolitan Tokyo mengatakan, pihaknya masih melakukan penyelidikan atas kess kematian yang tidak wajar ini.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved