Comel..bila ibu dan anak yang sama pekak berbicara

on 15 Januari 2012





sumber : You Tube

Burger Braille Dari Restoran Cepat Saji di Afrika Selatan [Video]

Wimpy, yang merupakan sebuah restoran makanan cepat saji di Afrika Selatan, membuat sebuah kempen biji bijan yang diatur membentuk sebuah pesan dalam huruf Braille.


 Tujuan utama pembuatan iklan ini adalah Wimpy ingin memberitahu kepada orang dengan gangguan penglihatan bahawa Wimpy menyediakan menu dalam huruf Braille untuk memudahkan mereka dalam memesan makanan.


 Para tukang masak di restoran Wimpy menghias 15 roti burger dengan biji bijan menjadi tulisan, misalnya "100% Burger Daging Lembu Asli Dibuat Untuk Anda," dalam huruf Braille. Roti tersebut kemudian dibawa ke tiga institusi yang menangani orang dengan gangguan penglihatan di sekitar Afrika Selatan dan diberikan kepada 15 orang buta.


 Di dalam iklan ini, Wimpy menampilkan bagaimana reaksi mereka ketika meraba tulisan pada roti burger yang akan mereka makan. Kita lihat sama-sama iklanya.

Heboh Video Polis AS Tinju Wanita Gelandangan (Video)


Los Angeles - Seorang polis di Amerika Syarikat (AS) terakam kamera sedang memukul seorang wanita gelandangan. Video yang dirakam dengan telefon seluler itu memperlihatkan seorang polis meninju wajah gelandangan itu. Dalam rakaman itu, seorang polis dan rakannya hendak mengeluarkan wanita itu dari sebuah bas.

Seperti diberitakan news.com.au, seorang penumpang bernama Jermaine Green merakam aksi polisi itu di California, Amerika Syarikat. 

Dalam gambar tersebut, perempuan yang mengenakan jaket putih cuba memberontak saat dipaksa turun dari bas. Bahkan salah satu tangan ibu itu diborgol sementara polis wanita menggeledah tubuhnya.

Green mengatakan, petugas polis juga tahu saat dirinya sedang dirakam. Green menambahkan, dirinya melihat wanita itu naik ke dalam bas dengan sebuah kereta troli yang penuh bantal. 

Saat sedang bertengkar dengan polis dan kedua tangannya juga dipegang, tiba-tiba polis yang berada di depannya langsung melayangkan tinjunya ke wajah wanita bertubuh gemuk tersebut. Seketika itu juga wanita itu jatuh ke atas kerusi penumpang.

"Nampaknya mereka muak berurusan dengan dia. Mereka bahkan sama sekali tidak cuba untuk berbicara dengannya," kata Green.

Juru cakap polis setempat beralasan bahawa wanita itu hampir menyerang seorang lelaki tua dan diketahui oleh polis.


5 Rumor Fenomena 'Blue Ivy' Bayi Beyonce

 infospesial.net -   Puteri pertama pasangan Jay Z dan Beyonce, Blue Ivy Carter, yang lahir Sabtu (7/1) menimbulkan kontroversi, selain kerahsian tentang foto bayinya rumor lain pun berkembang. 


Beberapa gosip yang dilapor dari voice-online ini terlihat cukup unik. Apa saja? 


Kehamilan Beyonce Palsu

 Terlihat jika kehamilan Beyonce palsu. Sulit dipercaya jika wanita hamil boleh membongkok posisi badannya seperti itu kan? Rumor kehamilan palsu ini ramai diberitakan pertengahan 2011 lalu. Tapi faktanya, Beyonce hamil dan pamer perut besarnya di VMA Red Carpet, medio Ogos lalu.


Bayi Beyonce adalah bayi tabung

 Seorang ahli teori konspirasi menuduh Beyonce tak pernah hamil dan telah membayar wanita lain untuk melahirkan anaknya via bayi tabung. Gosip asal ini akhirnya dipatahkan oleh foto Beyonce pamer perut besar di sebuah pantai.


Beyonce mengeluarkan wang hingga £1.3 juta  untuk membayar hospital


 Pasangan Jay Z dan Beyonce menghabiskan dana jutaan dollar untuk menyewa hampir seluruh hospital Lenox Hill. Sayangnya, khabar itu sama sekali tak benar. Perwakilan hospital menyatakan Jay Z dan Beyonce membayar dengan harga standard, seperti halnya orang biasa.

Bayi Beyonce Buruk Rupa

 Beberapa jam setelah Blue Ivy lahir, beredar foto jelek bayi Beyonce lewat twitter. Oh, please, khabar ini tentu tak benar. Tak ada bayi dengan wajah setua itu kan? Hingga saat ini belum ada foto Blue yang rasmi diumumkan Beyonce ke orang ramai.

Bayi Beyonce adalah jelmaan setan

Tulisan ini muncul di salah satu gereja, di North Carolina. Namun pihak gereja mengaku tak ikut campur dengan aksi tersebut. Jay Z dan Beyonce lebih memilih diam dengan khabar ini.

Taniah Datuk Lee Chong Wei,juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012


KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 apabila menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago secara straight set, sebentar tadi.
Chong Wei menang set pertama dengan mudah yakni 21 -6.
Walaupun berusaha memberikan saingan pada set kedua, namun agak nyata Tago masih belum mampu mengungguli kehebatan Chong Wei,
Tago tewas 21-13.
Perlawanan berlangsung selama 36 minit. Selaku juara, Chong Wei membawa pulang USD30,000.
Chong Wei merupakan pemain dengan ranking nombor satu dunia manakala Tago di tempat ke-12.
Daripada 11 pertemuan antara kedua pemain, kesemuanya menyebelahi Chong Wei.
Kemenangan hari ini juga menjadikan Chong Wei telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak 8 kali.
Chong Wei ketika ditemuramah sebaik perlawanan berakhir memberitahu, selepas kemenangan itu beliau mahu memberikan fokus yang lebih kepada persiapan untuk menghadapi sukan olimpik.

Seorang Tahanan Menyembunyikan Revolver 10 Inci di Duburnya


Seorang buruan polis berusia 22 tahun yang dicari kerana pembunuhan telah menyembunyikan sebuah pistol di duburnya, dan senjata itu baru ditemukan setelah ia ditangkap.
Michael Leon Ward dari Canton, Georgia, ditahan pada Khamis (12/01) di North Carolina kerana memandu  alju, tapi ketika melakukan penggeledahan di keretanya, polis dilaporkan menemukan dadah beserta perlengkapannya.



Polis kemudian menemukan sebuah revolver kaliber 38 di toilet sel Ward, setelah ia mengatakan seseorang cuba membunuhnya.
Dalam surat pernyataan oleh Sheriff, Serjan Rocky Maestas mengatakan bahawa saat ditemukan, pistol itu dalam keadaan kosong.





Mail Online menulis bahawa menurut laporan, Ward memanggil warden penjara dan mengatakan bahawa seseorang berusaha untuk membunuhnya dan ada sebuah pistol di selnya. Ia mengaku menemukan pistol di tempat tidurnya dan kemudian melemparkannya ke toilet, di mana senjata tersebut ditemukan oleh warden.
Diduga  Ward menyembunyikan senjata tersebut di duburnya untuk menghindari pemeriksaan.
Ia ditangkap Isnin pagi setelah disyaki memandu Dodge Avenger 2010 yang terdaftar atas nama orang lain.
Petugas terpaksa melumpuhkan Ward dengan menggunakan senjata setrum. Dia kemudian dibawa ke Memorial Hospital Onslow dan diberi suntikan penenang.


Sang buruan tersebut kemudian didakwa dengan tuduhan menyerang seorang pegawai pemerintah dan memberikan informasi fiktif. Dia kemudian ditahan di penjara dengan wang jaminan 2.500 dolar .
Pistol itu kemudian di uji oleh CSI OSCO untuk menentukan apakah senjata tersebut berfungsi, dan dinyatakan pistol itu mampu bekerja dengan baik ketika ditembak.
Diketahui, Ward juga dicari oleh pihak polis di Georgia atas dakwaan pembunuhan serta rompakan bersenjata.

Kisah Mengharukan "Kisah Ibu Buta dan Anaknya"


Ibuku buta sebelah matanya, aku sangat malu dan sangat membencinya. Dia memasak dikantin sekolah untuk murid-murid dan guru-guru guna mencukupi keperluan dirinya dan diriku. Suatu hari saat aku masuk sekolah dia mendatangiku dan mengucap salam kepadaku. Aku begitu malu didepan teman-temanku, bagaimana dia boleh melakukan itu kepadaku dihadapan teman-temanku. Lalu aku abaikan dia dan melemparkan pandangan benci kepadanya sambil berlari.


 Besoknya salah seorang temanku mengejekku dengan berkata “heh ibumu hanya punya sebelah mata” Saat itu ingin mati aku rasanya, dan ingin ibuku itu hilang dan pergi dari kehidupanku. Lalu aku bertengkar dengan ibuku seraya mengatakan: “kalau ibu hanya menjadi bahan ketawa teman-temanku mengapa ibu tak mati saja” Ibuku hanya diam dan tak menjawab makian yang aku tujukan kepadanya.Aku sama sekali tak memikirkan apa yang aku katakan kepadanya, kerana saat itu aku sangat marah kepadanya kerana memendam rasa malu. Dan aku juga tidak memperdulikan perasaannya terhadap makianku itu




 Rasanya aku ingin keluar dari rumah ibuku. Jadi aku belajar dengan rajin agar aku dapat biasiswa keluar negeri dan meninggalkan ibuku yang buta itu.


 Setelah lama berselang aku menikah, kubeli rumah dan aku hidup bahagia dengan mempunyai dua anak. Suatu waktu ibuku mengunjungiku, kerana sudah bertahun-tahun dia tidak menemuiku dan tidak pernah bertemu dengan cucunya. Ketika dia memberi salam dan isteriku membukakan pintu lalu anak-anakku mentertawakannya kemudian takut kerana melihat wajahnya yang hanya dengan satu mata. Lalu aku menemuinya diluar dan berteriak kepadanya: “betapa beraninya kamu kerumahku dan menakut-nakuti anak-anakku, pergi dari sini sekarang juga” Ibuku hanya menjawab: “ Maaf saya salah alamat dan kemudian dia pun pergi”


 Suatu waktu ada undangan reunion sekolah dikirimkan kerumahku. Jadi aku berbohong kepada isteriku dan aku berkata ada outstation kepadanya.Setelah reunion aku mampir kekampungku hanya untuk sekedar rasa ingin tahu. Kemudian salah seorang tetanggaku mengatakan kepadaku bahawa ibuku telah meninggal dunia


 Aku tak terharu ataupun menitiskan airmata. Lalu tetanggaku itu menyerahkan sepucuk surat dari ibuku untukku. Lalu aku pun membuka dan membacanya:


Anakku tersayang, aku memikirkanmu setiap saat.
Maafkan aku telah datang kerumahmu dan menakut-nakuti anak-anakmu.
Aku kerumahmu kerana rindu dan ingin melihat cucuku.
Walaupun kamu mengusirku tapi aku senang dapat melihatmu dan anak-anakmu.
Dan aku sangat bergembira setelah aku dengar engkau mahu datang reunion.
Tapi sayangnya aku tidak boleh bangkit dari tempat tidurku untuk melihatmu.
Anakku, maafkan aku yang telah membuatmu malu sewaktu kita masih bersama.
Ketahuilah anakku, sewaktu kau masih kecil kau mengalami kecelakaan yang membuatmu kehilangan sebelah matamu.
Sebagai seorang ibu aku tidak boleh mendiamkan kamu membesar hidup hanya dengan satu mata saja.
Jadi aku dermakan mataku yang sebelah untukmu.
Aku sangat bangga pada anakku yang telah memperlihatkanku dunia baru untukku ditempatku dengan mata itu.
Bersama dengan cintaku.
IBUMU…
Aku menyesal...ampunkan aku ibu..pengorbananmu sungguh besar..ampunkan aku Tuhan..aku anak yang derhaka..... 
Sungguh sebuah penyesalan yang amat sangat apabila kita mendapati ibu kita meninggal tetapi kita belum berbuat baik ataupun memberikan keinginan yang di inginkan ibu kita.


sumber

SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet,cuma ikut tema


KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.


 Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.




 Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.




 Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).




 Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.




 “Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.







 “Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.




 “Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.




 Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.




 “Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.




 “Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.




 Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.


sumber : myMetro

Si gebu goda ‘bawah perut’ diskaun urut berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil


KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini, mempunyai lebih 20 premis refleksologi yang dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang.


Saingan sesama sendiri menyebabkan 150 wanita tukang urut yang kebanyakannya masih muda, gebu, seksi dan peramah, kelihatan berebut-rebut memancing pelanggan, terutama lelaki yang mengunjungi kompleks itu, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti kawasan ‘lampu merah’ Patpong di Bangkok, Thailand.




Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati, wanita berpakaian seksi terbabit, majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan, pasti mendekati lelaki yang melalui premis di tingkat bawah, satu dan dua kompleks itu untuk menawarkan khidmat urut dengan caj serendah RM35 sejam.




Sebaik lelaki terbabit menunjukkan minat untuk berurut, kumpulan wanita seksi itu mula menggoda supaya turut mendapatkan khidmat seks, sama ada di katil urut atau dibawa ke tempat lain, dengan bayaran dipersetujui kedua-dua pihak.




Siasatan mendapati setiap pusat urut mempunyai antara lima hingga 10 pekerja wanita sambil diawasi beberapa lelaki yang memerhatikan gerak-geri bakal pelanggan, selain memastikan kawasan itu selamat daripada serbuan pihak berkuasa.




Kumpulan wanita itu biasanya menggoda dan memperkenalkan perkhidmatan lain yang disediakan pada harga antara RM35 hingga RM50 dan meminta dulu wang pelanggan sejurus dibawa ke lot kedai menempatkan lima hingga 10 katil bujang yang dipisahkan melalui tirai.


sumber : myMetro

Meninggal dunia selepas keluar dari rumah urut


IPOH: Seorang lelaki tiba-tiba rebah sebelum menghembuskan nafas terakhir hanya selepas beberapa saat keluar dari sebuah pusat urutan tradisional, di sini.


Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa yang dipercayai baru mendapatkan urutan di premis berkenaan menimbulkan tanda tanya orang ramai apabila rebah di atas jalan.




Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, 30, berkata, mangsa ditemui orang ramai terbaring di depan rumah urut berkenaan yang terletak di jalan Kampar, di sini.




Dia yang kebetulan berada di tempat kejadian menyangka hanya kemalangan biasa, namun mula sangsi apabila melihat mangsa langsung tidak bergerak.




“Sebelum itu saya melihat mangsa berjalan keluar dengan mukanya kelihatan pucat. Selepas berjalan beberapa langkah, lelaki berkenaan rebah ke lantai.




“Melihat keadaan itu, saya dan beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian cuba membantu. Pada masa sama kami turut menghubungi polis dan ambulans,” katanya.







Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.




Menurutnya, orang awam melihat sekujur tubuh lelaki dalam keadaan terbaring di atas jalan raya berdekatan rumah urut berkenaan.




Dalam kejadian itu, Loh Kam Kok, berusia 40-an, dari Taman Seri Tasek, dipercayai baru singgah ke rumah urut berkenaan sebelum rebah berdekatan premis itu beberapa minit kemudian.




“Orang awam yang melihat keadaan lelaki berkenaan segera menghubungi polis bagi melaporkan kejadian. “Sehingga kini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut memandangkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mangsa,” katanya.




Mengikut laporan bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.


sumber : myMetro

Di Brazil pekerja yang dapat email dari syarikat selepas waktu bekerja di kira overtime


Para pekerja di Brasil yang menjawab email pekerjaan pada smartphone mereka setelah akhir shift, dapat memenuhi syarat untuk kerja lebih masa di bawah hukum baru di negara tersebut. Dimana peraturan baru ini telah disetujui oleh Presiden Dilma Rousseff bulan lalu.


Dalam peraturan baru ini menegaskan bahawa email perusahaan kepada para pekerja setara dengan perintah yang diberikan secara langsung kepada pekerja mereka. Peguam para buruh mengatakan kepada surat khabar Folha de Sao Paulo, bahawa ini memungkinkan bagi para pekerja yang menjawab email perusahaa setelah jam kerja dapat meminta upah lebih kerja @ overtime.


The Star menulis bahawa isu serupa juga muncul di Amerika Syarikat (AS). Dimana pada bulan Mei 2011 silam, Jeffrey Allen, seorang petugas polis dari Chicago mengajukan saman class action terhadap kota, dan meminta kompensasi  overtime yang belum dibayar dengan alasan yang sama.

Anak kurang ajar ni sanggup langgar ibu sendiri


ST AUGUSTINE, KOMPAS.com — Mungkin orang ini tidak tahu pepatah syurga ada di telapak kaki ibu. Polis di Florida, AS, menangkap seorang lelaki yang dituduh melanggar ibunya dengan kereta sampai dua kali. Ini terjadi ketika si ibu berupaya menghentikannya agar tidak memandu Khamis (12/1/2012).


Anthony Migliaccio (23) sanggup melanggar ibunya, yang melarang dia memandu kerana lesen memandu untuknya dicabut. Ibunya menderita luka ringan dan sempat dibawa ke hospital di Flagler. Migliaccio ditangkap polis yang menemukannya bersembunyi di dekat rumahnya. (UPI/Joe) 


Sumber : Kompas Cetak

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved