Paderi buka salon tato di gereja

on 09 Januari 2012


Seorang paderi di Michigan membuka sebuah salon tato di dalam gereja. Seperti diberitakan laman Heraldonline Jumaat (6/1) lalu, Paderi Steve Bentley mengatakan dia melakukan ini agar boleh menjangkau semua orang yang merasa tidak pernah nyaman di gereja.


Gereja Bentley, di Bridge, menempati luas 3.000 meter persegi di dalam pusat perbelanjaan kota Flint Township. %u2018Tato Ketenangan’ adalah nama jasa salon tato yang ia tawarkan.


Dua pekerja dari seniman tato berlesen pun telah bekerja dengannya.Salon tato %u2018tato ketenangannya’ buka setiap hari kecuali Minggu. Bentley menolak kritik bahawa gereja adalah tempat yang salah untuk sebuah salon tato. Ia menyebut bahawa tato dapat berfungsi sebagai "tindakan moral yang neutral", sama seperti ia menilai tindikan pada telinga. Paderi Steve Bentley sendiri memiliki dua tato pada bahagian tubuhnya.


Sumber : http://www.republika.co.id

Inikah foto-foto telanjang Nikita yang menjadi kecoh itu?

berita2.com (Jakarta): Nikita Mirza, namanya tiba-tiba menjadi buah bibir awal tahun ini. Foto telanjangnya menghiasi bingkai internet.


Ia sendiri bertanya-tanya tentang foto itu. “Masa sih? Mana link-nya,” ujar Nikita, Sabtu (7/1/2012) kepada salah satu media massa.




Lalu banyak yang bertanya-tanya siapa dia Nikita Mirza? Dia adalah yang main dalam acara Kakek Kakek Narsis di Trans TV.




Tapi perempuan yang pernah terlibat perseteruan dengan bekas vokalis The Potters, Kiki, seperti bermain dengan media terkait foto tersebut. Kerana lain kali bertanya-tanya dan kali berikutnya mengakui.






“Foto-foto itu sudah lama, sekitar setahun lalu. Saya juga nggak tahu bagaimana bisa foto itu bisa tersebar,” ujarnya kepada media lainnya.
Sedang mencari sensasi atau ada tangan jahil yang memasukan foto-foto itu ke internet? Entahlah, yang jelas 12 atau 17 foto syur itu sudah menjadi buah mulut orang ramai.


Open spolier untuk melihat gambar:




Kesian..Budak maut bilik tidur dirempuh lori


SYDNEY: Seorang budak lelaki 11 tahun maut ketika tidur di biliknya apabila sebuah lori merempuh dua rumah, kira-kira jam 5 pagi semalam. 


Insiden itu turut menyebabkan tujuh yang lain, termasuk seorang budak lelaki berusia 14 tahun, cedera parah.




Lori itu terbabas dari jalan selepas merempuh sebuah van yang terkandas akibat tayarnya pancit.




Pemandu van berkenaan juga maut, manakala pemandu lori berkenaan kritikal.




Kemalangan berlaku di Lebuh Raya Pasifik yang menjadi laluan utama menghubungkan bandar raya di pantai timur Australia. - AFP


sumber : myMetro

Datuk Seri Anwar Ibrahim di dapati tidak bersalah dan dibebaskan


Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.  
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

sumber :Malaysiakini

Kakak ni tak kisah suaminya jadi perempuan


LONDON: Seperti kebanyakan pasangan suami isteri, Barry dan Anne Watson mahu memperbaharui ikrar perkahwinan mereka.


Bagaimanapun, ketika ia akan dilangsungkan sembilan tahun kemudian, muncul perbezaan ketara - kali ini Barry muncul sebagai wanita bernama Jayne.




Tanpa mempedulikan perubahan itu, Anne tetap mahu meneruskan majlis berkenaan sebagai bukti cinta sejatinya.




Menceritakan pengalamannya, Jayne, 43, berkata pada peringkat awal Anne berang apabila diberitahu dia akan menjalani pembedahan menukar jantina.




Bekas pemandu bas itu berkata, rumah tangga mereka bermasalah kerana Anne menyangka dia menjalin hubungan dengan wanita lain.




“Sebaliknya, Anne tidak faham kerana sebenarnya saya yang mahu jadi wanita,” katanya.







Selepas diberi penjelasan, katanya, Anne akhirnya bersetuju dengan keputusan menukar jantina itu.




“Anne bersedia mencintai saya sebagai Jayne, sekali gus memperbaharui ikrar sebagai cara terbaik membuktikan bahawa kami bahagia,” katanya.




Sementara itu, Anne, 53, berkata dia sedih kerana ‘kehilangan’ Barry tetapi pada masa sama, ada aspek lain pada diri Jayne yang menarik perhatiannya.




“Kini kami duduk bersama dan berborak gembira mengenai rambut, pakaian dan mekap,” katanya.




Mengenai majlis memperbaharui ikrar itu, Anne berkata, ia lebih istimewa berbanding detik perkahwinan mereka sebelum ini.




Katanya, dia gembira kerana Jayne kini lebih selesa dengan keadaan fizikal dirinya.




Sejak kecil Jayne memang menyedari dia mempunyai banyak perbezaan berbanding budak lelaki lain.




Di sekolah, katanya, dia gemar bermain dengan budak perempuan berbanding menghabiskan masa di padang bola sepak.




“Saya mula memakai pakaian ibu ketika dia tiada di rumah.




“Apabila saya menyarung semula pakaian lelaki, saya seperti kembali ke penjara,” katanya. - TS


sumber : myMetro

Parah ..bayi maut digilis lori


CHUKAI: “Pagi sebelum kejadian, dia sangat berselera makan nasi goreng dan sempat bergurau dengan mengambil nasi daripada pinggan abangnya dan letak dalam pinggan saya.


 “Selesai makan, dia terus naik ke atas motosikal menunggu bapanya tanpa berkata apa-apa,” kata Zuriah Ismail, 36, ibu Muhammad Shakir Zufayri Mohd Asri, setahun 11 bulan, yang maut dalam kemalangan ngeri, pagi kelmarin.




 Dalam kejadian jam 9 pagi dalam kawasan kuari Terengganu Tengah di Ibok, dekat sini, mangsa maut digilis lori apabila kenderaan berat itu diundurkan pemandunya tanpa menyedari kanak-kanak itu dan bapanya berada di belakang.




 Zuriah yang ditemui di rumah ibunya di Kampung Batu 9, Ibok, semalam berkata, suaminya, Mohd Asri Nawi, 36, keluar bersama anak bongsu mereka dan dia terkejut apabila diberitahu abang iparnya mengenai kemalangan berkenaan.




 Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu seorang yang susah menangis, tetapi tiga hari sebelum kejadian, dia berkelakuan pelik apabila lebih banyak merengek dan buat perangai.




 “Kalau kanak-kanak lain suka bermain dengan alat permainan, dia pula lebih suka bermain dengan ayam dan kucing peliharaan kami. Kalau dia jumpa beras di dapur, habislah beras itu diberi makan kepada ayam di luar,” katanya.







 Sementara itu, moyang saudara mangsa, Sufiah Mamat, 71, yang juga orang terawal tiba di tempat kejadian berkata, ketika sampai, dia melihat motosikal Honda EX5 dinaiki cucu saudaranya terperosok di bawah lori dan menimpa mangsa.




 “Hancur luluh hati saya apabila melihat otak arwah dikutip ahli keluarga untuk dikebumikan bersama mangsa dalam kemalangan yang menyebabkan motosikal itu putus dua,” katanya.




 Katanya, Mohd Asri yang rebah akibat rempuhan itu cuba menyelamatkan anaknya dengan menarik lengan mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa apabila pautan terlepas.




 “Semuanya berlaku begitu pantas, sekelip mata saja arwah sudah berada di bawah lori menyebabkan bapanya meraung melihat anaknya tidak bernyawa lagi,” katanya.




 Difahamkan, bapa mangsa mahu pulang ke rumah sebelum disapa sepupu yang bekerja di kawasan kuari berkenaan dan mereka sempat berborak sebelum lori yang diletakkan di hadapan motosikal dinaikinya bersama mangsa tiba-tiba mengundur.




 Menurut Sufiah, pada malam sebelum kejadian, Muhammad Shakir sempat menyambut hari jadi sepupu di rumahnya dan baju dipakainya pada malam itulah yang dipakai sehingga ke akhir hayatnya.




 Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian dan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




 Beliau berkata, menurut laporan diterima, pemandu lori tidak menyedari kehadiran motosikal berkenaan mengundurkan kenderaannya lalu merempuh motosikal itu.




 Katanya, pemandu lori itu hanya menyedari menggilis mangsa selepas lorinya ditepuk beberapa kali oleh saksi di tempat kejadian .




 Menurutnya, mangsa mati di tempat kejadian dan bedah siasat menunjukkan kematian disebabkan parah di kepala serta mayatnya dituntut tengah hari kelmarin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9, Ibok.


sumber : myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved