WOW! ADA SELUAR DALAM ANTI BAU KENTUT

on 07 Januari 2012

Saat menderita perut kembung, seseorang sering merasa tersiksa saat berada di tempat umum kerana takut buang angin yang dapat menyebabkan bau. Tapi kini tak perlu khuatir, peneliti baru saja menemukan seluar dalam yang boleh meredam bau, termasuk bau kentut.


 Orang yang mengalami perut kembung sekarang tak perlu khuatir harus buang angin di tempat umum, kerana peneliti dari Australia telah menemukan dan memasarkan seluar dalam yang boleh meredam dan mencegah bau keluar. Seluar dalam tersebut khusus dibuat untuk lelaki dengan menggunakan nanaoteknologi yang dirancang dapat mencegah bau kurang sedap keluar melalui kain.


 Idea pembuatan seluar dalam khusus ini berawal dari seorang pengusaha asal Australia yang tak berdaya menahan rasa malu saat mengalami perut kembung di pejabatnya. "Saya memimpikan konsep pakaian 4SKINS yang menahan bau ini setelah saya dan beberapa anggota keluarga saya menderita perut kembung," jelas Gilbert Huynh, pengusaha 4SKINS, dilansir Foxnews.


Menurutnya setelah mengalami keadaan tersebut, ia berpikir untuk membuat seluar dalam yang tidak hanya nyaman digunakan tetapi juga boleh dimanfaatkan untuk menahan bau yang tidak sedap agar menghindarkan dari rasa malu. "Jika ini membantu mengurangi jumlah bau, maka akan jadi sebuah peluang yang besar, terutama bagi orang yang mengalami kembung dan harus sering buang angin," jelas Huynh. Setelah dua tahun penelitian dan pengembangan, termasuk pengujian terhadap 50 sukarelawan, Huynh akhirnya dapat menyelesaikan projek tersebut dan memprodsi seluar dalam yang menjadi solusi dengan menggabungkan kenyamanan dan gaya.


 Rahsia seluar dalam yang dapat menahan ancaman metana ini adalah teknologi yang disebut dengan kain Neutraliser. Kain yang dibuat dengan Nano-Tex ini tidak seperti solusi lain yang dimaksudkan untuk mengurangi bau, tetapi untuk menahan bau yang keluar. Bau dibalik seluar ini dipastikan tidak keluar, sehingga memungkinkan orang-orang di sekitar pemakai boleh bernafas. "Saya pakai sendiri dan melakukan beberapa ujian dasar. Lalu keluarga dan teman-teman saya juga memakainya dan mengatakan ini benar-benar berfungsi," tutup Huynh 


 sumber : detik.com

Charlize Theron santai tak berhubungan seks selama 2 tahun


LOS ANGELES- Sejak hubungan yang sudah dibina selama sembilan tahun dengan Stuart Townsend kandas, Charlize Theron masih menikmati masa sendiriannya. 


Namun, hal itu bukan kerana tidak ada lelaki yang berkenan dengannya. Peraih piala Oscar itu memutuskan tidak mahu gegabah lagi membina hubungan dengan sembarangan lelaki. 


Bahkan, bintang filem North Country itu disebut hampir dua tahun tak berhubungan seks sejak putus dari Stuart tahun 2010 lalu. Hal itu dia lakukan agar dirinya terlihat makin berharga. 


"Dia bukan penggemar one-night stand, dan sejak perpisahannya dia memberitahu teman-teman bahwa dia hanya belum menemukan orang yang layak," kata seorang sumber kepada National Enquirer, Jumat (6/1/2012).(rik)

Awek ni selamba kencing dan rosakkan lukisan Bernilai US$30 juta


TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan bernama Carmen Tish dari Denver, Amerika Syarikat (AS), merosak lukisan bernilai US$30 juta. Demikian dilapor watoday.com, Jumaat (6/1/2012).


Lukisan abstrak merupakan karya seniman ekspresionis ternama bernama Clyfford Still, kelahiran tahun 1904. Dalam laporan polis itu disebutkan jika Tisch menumbuk lukisan itu lalu menggoresnya. Setelah itu, ia melorotkan seluarnya lalu mengencingi serta menggosok bontotnya pada lukisan itu.


Akibat tindakan itu, pihak Denver muzium memerlukan dana sebesar 10 ribu dollar AS untuk membaikinya. Lukisan itu berjudul 1957-J no.2 dan dilukis di atas kanvas menggunakan bahan minyak.


Perempuan berusia 36 tahun ini dikenakan tindakan melakukan perbuatan tak senonoh dan ditahan dengan wang jaminan sebesar 20 ribu dollar AS. Demikian disampaikan juru cakap pejabat Kejaksaan Wilayah Denver.

Pemuda ditemui mati dengan gitar di sisi badan


KUANTAN - Seorang pemuda ditemui mati dengan muka berbalut plastik manakala sebuah gitar berada di sisi badannya di sebuah resort di Pantai Batu Hitam, Beserah di sini kelmarin.


Mayat Kok Kah Leong, 28, dari Taman Pandan Perdana, Kuala Lumpur ditemui pada pukul 5 petang oleh pengusaha resort yang hanya mahu dikenali sebagai Wong selepas curiga apabila mangsa tidak mendaftar keluar kelmarin.
Menurut Wong, dia terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka bilik disewa mangsa selepas mangsa tidak mendaftar keluar pada pukul 12 tengah hari kelmarin selepas mendaftar masuk pada 4 Januari lalu.
"Sebaik pintu bilik dibuka menggunakan kunci pendua, saya terkejut mendapati mangsa terbaring dengan kepala diserkup plastik manakala terdapat satu tiub disambung ke satu tong kecil dipercayai mengandungi gas helium," kata Wong.
Gas helium kebiasaannya digunakan untuk menerbangkan belon panas.
Wong memberitahu, mangsa juga ada meninggalkan sekeping nota ditujukan kepada ibu bapanya dengan antara isi kandungannya adalah meluahkan dia keletihan dengan semua perkara yang dilaluinya dan mahu berehat dengan aman.
sumber : kosmo online

Menyamar jadi lelaki pecah masuk rumah jiran


SALT LAKE CITY: Polis berkata seorang wanita tempatan memakai misai palsu untuk menyamar sebagai lelaki ketika mencuri di kediaman jirannya. 


Polis berkata, wanita berusia 31 tahun itu didakwa dengan dua tuduhan pecah rumah dan satu tuduhan mencuri, semalam.




Salt Lake Tribune melaporkan jiran wanita itu mendapati wang tunai ribuan dolar hilang dari kediamannya dalam beberapa kejadian berasingan.




Kenyataan mahkamah melaporkan pasangan itu kemudian memasang perangkap melalui kamera keselamatan dan meletakkan wang tunai sebagai umpan. Kamera kemudian menunjukkan suspek yang memakai baju lelaki, topi dan misai palsu itu adalah jiran mangsa. - AP


sumber : myMetro

Gila..Mak lemaskan anak dalam baldi disaksikan kekasih secara online


LONDON: Seorang wanita Norway melemaskan anaknya berusia setahun dalam baldi dengan disaksikan oleh teman lelakinya di Britain menerusi Internet.


 Yasmin Chaudhry membenamkan anaknya dengan kepala dulu pada jam 3 pagi dengan disaksikan oleh kekasihnya itu menerusi panggilan Skype.




Yasmin, 26, berkata, lelaki itu ingin tahu bagaimana dia mendisiplinkan anaknya kerana terjaga pada awal pagi dan ‘tidak ikut arahannya.’ Baik Yasmin mahupun lelaki Britain itu, yang bukan bapa kanak-kanak berkenaan dan masih belum didedahkan namanya, menafikan mempunyai niat untuk membunuh budak itu. Penyiasat dari Oslo, tiba di Britain untuk menyoalsiasat lelaki itu dengan bantuan Scotland Yard, sejurus selepas Krismas lalu.




Jurucakap Polis, Kristin Rusdel berkata: “Kedua-duanya mempunyai cerita yang sama tetapi sedikit berbeza.




“Wanita itu berkata, lelaki berkenaan yang mengarahkannya berbuat demikian. Lelaki itu pula berkata, mereka mengambil tindakan itu selepas berbincang mengenai cara untuk mendisiplinkan kanak-kanak berkenaan.




“Lelaki itu berkata, tujuannya bukan untuk membunuh kanak-kanak itu. Mereka sama-sama takut dan mengambil keputusan untuk menyembunyikan kejadian itu.






“Dia adalah kekasih Internetnya. Mereka pernah bertemu sekali dan meneruskan hubungan menerusi Internet untuk kira-kira setahun.” Kejadian itu berlaku pada Oktober 2010. Yasmin memberitahu anggota ambulans, anaknya jatuh ke dalam baldi secara tidak sengaja. Kanak-kanak berkenaan disahkan mati keesokannya.




Yasmin ditahan kerana disyaki membunuh dan anak lelakinya berusia lima tahun diserahkan kepada pihak berkuasa.




Semalam, penahanannya dilanjutkan hingga 4 Februari. Bapa kanak-kanak itu kini menetap di Pakistan selepas bercerai dengan Yasmin.




Peguamnya berkata di Islamabad: “Dia sudah tentu terkejut.” - Agensi


sumber : myMetro

Parah...Datuk gila seks simpan gambar kemaluan cucu


KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu selepas mendapat tahu anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dicabul bapa mentuanya sejak beberapa hari lalu.


 Sumber polis berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa yang bekerja sebagai eksekutif jualan membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta selepas kanak-kanak itu mengadu sakit perut, kelmarin.




 Bagaimanapun, ketika menunggu untuk menerima rawatan, mangsa mula menangis.




 “Ketika cuba ditenteramkan, kanak-kanak itu mengadu dicabul datuknya ketika berada di rumah lelaki itu dan terkejut dengan penjelasan itu, ibu mangsa memaksa anaknya itu menceritakan lebih lanjut mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan warga emas itu,” katanya.




 Sumber berkata, warga emas gila seks itu juga merakam gambar kemaluan cucu perempuannya itu dan disimpan di dalam telefon bimbit selain mengugut kanak-kanak itu untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.




 Sebagai tindakan susulan, wanita itu membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut dan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai.






 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


sumber : myMetro

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun diseksa dan dilemaskan dalam air kerana dituduh amalkan ilmu sihir


LONDON: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun diseksa dan dilemaskan dalam air pada Hari Krismas selepas saudara-maranya menuduh dia mengamalkan ilmu sihir, mahkamah Britain diberitahu, semalam.


Kristy Bamu mengalami sebanyak 101 kecederaan akibat diserang dengan pahat, tukul besi dan besi. Dia dilaporkan mengalami kesakitan yang amat sangat hingga merayu agar dia mati saja, kata pendakwa raya kepada mahkamah Old Bailey di sini.




Mangsa dan dua adik lelaki serta dua adik perempuan nya berkunjung ke bandar raya ini dari Paris, di mana mereka tinggal bersama ibu bapa mereka untuk menginap di flet kakak mereka, Magalie di Newham, di timur London.




Pendakwa raya berkata, teman lelaki Magalie, Eric Bikubi adalah dalang yang memulakan angkara, menuduh Bamu dan dua adik perempuannya mengamalkan sihir. Bikubi kemudian melancarkan kempen untuk menyeksa mereka.




Kakak Bamu terpaksa bersekongkol dalam serangan itu ketika lima adiknya menginap selama empat hari di situ. Mereka ditempatkan dalam tab mandi dan dipancut dengan air sejuk pada 25 Disember 2010.




Anggota paramedik dipanggil selepas Bamu jatuh pengsan, tetapi dia kemudian diumumkan mati. Laporan bedah siasat mendapati dia mati akibat dibelasah dan dilemaskan dalam air.






“Bamu menjadi mangsa keganasan dan serangan kejam yang berlanjutan,” kata pendakwa raya Brian Altman.




Beberapa panggilan dibuat kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan di ibu negara Perancis itu tetapi bapa mereka tidak tahu apa yang berlaku. - AFP


sumber : myMetro

Cincin Kahwin USD4.500 Ditelan Anjing




Albuquerque - Kebiasaan buruk terkadang menimbulkan penyesalan bagi diri sendiri. Seperti yang terjadi pada seorang wanita dari Albuquerque, Amerika Syarikat (AS), Rachelle Atkinson.


Menjelang tidur Rachelle terbiasa melepaskan cincin kahwinnya. Cincin itu biasa diletakkannya di meja samping tempat tidurnya.


Ketika suatu pagi Rachelle ingin memakainya kembali, cincin itu hilang. Rachelle dan suaminya menduga, pencuri telah menyelinap masuk ke rumah mereka dan mencuri cincin seharga USD4.500.


Namun dugaan pasangan itu terbantahkan ketika mereka menyedari, bahawa ada anjing peliharaan di biliknya bernama Coraline.


"Ia satu-satunya yang berada di bilik kami, jadi kami memandanginya. Dia tampak merasa bersalah," ujar Rochelle seperti dikutip Daily Mail, Jumaat, (6/1/2012).


Anjing peliharaannya yang lapar tengah malam mengira cincin itu adalah makanan dan memakannya.


Namun, Rachelle berhasil mendapatkan kembali cincinnya setelah dia mendatangi seorang doktor haiwan. Doktor tersebut meletakkan tabung di tenggorokan Coraline dan berhasil menariknya keluar.(rhs)

Model ini diminta berbogel oleh peminatnya




MUMBAI- Poonam Pandey sempat dikritik bangsanya kerana beraksi bogel. Kini, dia mendapat dukungan dari fans Pasukan Kriket India untuk kembali telanjang.
  
 Ramai orang di Twitter meminta model kontroversi itu untuk bogel, jika pasukan India boleh menang di Piala Dunia 2012 untuk memotivasi serta mengangkat nama pasukan India, yang baru saja kalah dari Australia.
  
 Berikut, tweet dukungan dari penggemar pasukan kriket India untuk Poonam. Demikian seperti yang dilapor One India, Jumat (6/1/2012).
  
 Abhilash R, "Whattay pathetic secnario for Indian cricket. @ipoonampandey , arrey yaar kuch toh karo so that they can play some good cricket."
  
 Bigg Boss Online, "Bigg Boss chahte han ki @iPoonampandey Bharatiya team ki dubti hui nayia ko paar lagayein."
  
 Jaydip Parikh, "India Cricket Team is not playing well. They need motivation from Poonam Pandey. Whatever r u @ipoonampanday #IndvsAus."
  
 GulabiAakhien, "Can we have Poonam Pandey out now? @IPoonamPandey. Wake up woman!! The team needs your c**p!!"
  
 MrPayjamaChaap, "We desperately need Bhajji/Symonds/Sreesanth/Bucknor/Poonam Pandey or anyone else to take our mind off the game" #IndvsAus.
(efi)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved