Seluar Dalam Cheryl Cole Dijual Kuli Bangunan

on 03 Januari 2012


LONDON- Pekerja bangunan di bekas rumah Cheryl Cole menjual barang-barang milik bekas isteri pesmain bolasepak, Ashley Cole itu. Termasuk pakaian dan seluar dalam Cheryl yang tak dibawa saat pindah rumah.


Cheryl memutuskan meninggalkan London, dan tinggal di Los Angeles saat ini. Selain ingin menjual barang peribadi Cheryl, seorang pekerja bangunan, dan penjaga rumah juga meminta bayaran bagi wartawan yang ingin melihat isi rumah itu.


"Ya pakaian Cheryl. Aku punya beberapa seluar dalamnya, baju atasan, bra. Berapa banyak Anda akan membayarku untuk mengambil gambar di dalam rumah? Beri aku tawaran dan beri waktu sejenak. Aku akan sampaikan kepada rakanku," jelas seorang penjaga rumah seperti dikutip Digitalspy, Selasa (3/1/2011).


Seluar dalam milik Cheryl itu diduga diambil para pekerja bangunan kerana ditinggal pemiliknya. Namun, barang yang dianggap tak berharga oleh sang bintang justru boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan wang bagi para pekerja di rumah itu.(rik)

3 Tahun Kena HIV,Lelaki Ini Sengaja Berhubungan Seks Tanpa Kondom dengan 3000 Orang


Petugas kesihatan Michigan mengeluarkan peringatan kepada warganya untuk waspada dan melakukan pemeriksaan bila pernah berhubungan badan dengan David Dean Smith, lelaki yang terinfeksi HIV positif dan mengatakan telah berhubungan seks dengan 3000 orang, baik lelaki dan wanita.


Polis menangkap David Dean Smith (51 tahun) atas tuduhan pelanggaran seksual. Kepada polis Grand Rapids, Michigan ia mengatakan selama 3 tahun terakhir telah berhubungan seks tanpa kondom dengan ribuan orang.


Smith yang terinfeksi HIV positif sengaja melakukan itu dengan misi ingin menulari orang sebanyak mungkin dan membunuh mereka. Berapa banyak orang yang telah terinfeksi HIV selama 3 tahun terakhir sulit ditentukan, tapi Smith mengatakan dirinya telah berhubungan seks dengan 3000 orang, baik lelaki mahupun wanita.


Jabatan Kesihatan Kent County, Michigan, mendorong setiap orang yang percaya bahawa mereka mungkin telah terinfeksi HIV dari Smith untuk melapor. Siapapun yang khuatir telah terinfeksi HIV juga dapat menghubungi Jabatan  Kesihatan Kent County di Pelayanan Kesihatan Klinik Peribadi dengan nombor 616.632.7171. Semua panggilan dan tes HIV bersifat rahsia, seperti dilapor huffingtonpost, Isnin (2/1/2012).


Menurut dokumen yang diajukan ke Pengadilan Distrik Grand Rapids 61st, Smith menargetkan warga Michigan yang tinggal jauh dari negara bahagian Amerika Syarikat tersebut, yang ia hubungi melalui Yahoo! Personals.


Metode itu juga digunakan Smith untuk menghubungi salah satu korban yang akhirnya mahu  melaporkan diri. Wanita itu setuju untuk diwawancarai stesen berita Grand Rapids, WOOD-TV, tanpa menyebutkan identitinya.


Wanita itu mengatakan telah tertular HIV pada tahun 2008 dan langsung tahu bahwa Smith adalah orang yang menginfeksinya. Tepat sebelum penangkapannya, Smith sempat mengiriminya pesan 'Menjerumuskan saya pada hukum, hidupku sudah berakhir. Jaga dirimu. Selalu mencintaimu'.


Tak jelas mengapa Smith melakukan hal itu, namun dokumen pengadilan menunjukkan bahwa Smith memiliki riwayat penyakit mental kerana pernah dirawat di Pine Rest Christian Mental Health Services kerana pernah cuba untuk bunuh diri. Catatan hospital menunjukkan bahawa Smith dapat terangsang dengan membuat perempuan kesakitan.


Sumber : http://www.detikhealth.com

Kisah Satu Keluarga di AS Diusir dari Pesawat


Peristiwa tak menyedapkan dialami suatu keluarga di Kota Charlotte, Amerika Syarikat. Rencana mereka untuk berlcuti Natal bersama orangtua di Kota Chicago pada pertengahan Disember lalu gagal lantaran diusir dari pesawat oleh anak kapal US Airways sebelum lepas landas. Alasannya, pasangan itu membawa terlalu banyak anak kecil.


Pasangan Jason dan Kathy Fickes mengaku kecewa sekaligus hairan atas perlakuan US Airways. Pengusiran itu terjadi pada saat mereka sudah duduk bersama keempat anak mereka di dalam pesawat rute Charlotte - Chicago pada 15 Disember 2011.


"Saya merasa kami didiskriminasi kerana membawa ramai anak di mata mereka," kata Kathy kepada stesen televisyen ABC7, yang dikutip di laman The Blaze. Kejadian ini baru mendapat liputan luas dari media nasional di AS pada 1 Januari 2012.


Jason dan Kathy memiliki empat anak, yang semuanya masih tergolong di bawah umur. Paling tua berusia 3 tahun, lalu ada pasangan kembar berusia 20 bulan serta seorang lagi masih berusia 8 bulan. 


Pasangan Fickes mengaku sudah mengikuti aturan saat membeli tiga buah tiket pesawat di laman rasmi US Airways, iaitu dua tiket dewasa dan satu tiket untuk anak berusia di atas 2 tahun. Pada tampilan utama laman pembelian tiket US Airways itu tidak mencantumkan aturan bagi penumpang di bawah usia 2 tahun, yang muncul pada halaman lain di situs itu yang baru muncul setelah pengunjung mengklik suatu tautan (link). Pasangan Fickes mengaku tidak melihat tautan itu.


Pada saat hari keberangkatan, semua anggota keluarga Fickes tidak menemui masalah - baik saat melapor di kaunterr check-in, pemeriksaan keamanan, hingga boarding. Halangan muncul ketika mereka sudah duduk  di kerusi masing-masing.


Jason, Kathy, beserta putra mereka yang sulung masing-masing memangku seorang bayi pada satu deret kerusi yang sama. Namun awak kabin mempermasalahkan putra pasangan Fickes, yang masih berusia tiga tahun, memangku adiknya yang masih bayi.


Menurut alasan awak kabin, hanya ada empat mask oksigen dalam satu deret kerusi sehingga, sesuai aturan keamanan dari FAA, harus ada penumpang memangku anak yang pindah ke deret lain. Walau sudah ada yang pindah, tetap saja awak kabin mempermasalahkan rombongan keluarga Fickes.


"Kali ini, menurut keluarga Fickes, pramugari memerintah mereka agar salah seorang anak mereka yang masih bayi dipangku oleh penumpang lain yang sudah dewasa. Permintaan itu sudah disanggupi oleh penumpang yang duduk di belakang mereka. Namun, tidak lama kemudian, awak kabin masih belum puas," tutur laporan stesen televisyen NewsChannel 36.


Menurut pasangan Fickes, bahkan ada seorang penumpang di Kelas Satu yang menawarkan diri membeli satu tiket tambahan untuk mereka. Namun, solusi itu tetap saja ditolak oleh awak kabin.


Setelah tawar-menawar selama 50 minit, awak kabin meminta keluarga Fickes meninggalkan pesawat. "Kami sudah berusaha mengikuti aturan mereka. Tetapi mereka tidak memberi alasan yang jelas," kata Jason.


Juru bicara US Airways, kepada ABC 7, menyatakan bahawa langkah awak kabin itu sudah memenuhi prosedur keamanan. Setiap anak kecil hanya boleh dipangku oleh satu orang dewasa.


US Airways akhirnya mengembalikan wang pembelian tiket keluarga Fickes. Namun langkah itu tidak mengubati kekecewaan mereka. Percutian ke Chicago akhirnya batal.


Sumber : http://dunia.vivanews.com

Artis China Viann Zhang Bogel di Filem 'Flying Swords of Dragon Gate'


infospesial.net -  Artis seksi Cina, Viann Zhang tampil bogel mempamerkan keseksian tubuhnya untuk peranannya dalam Filem Flying Swords of Dragon Gate yang arah oleh sutradara yang sudah legendaris, Tsui Hark. Filem ini saat ini telah menduduki tangga kedua film yang box office di China.


Beberapa pose menggoda dan adegan bogel dalam potongan filem tersebut banyak beredar di Internet, sehingga menyebabkan kehebohan.


"Kasihan anak-anak. Menjual tubuhnya untuk mendapatkan ketenaran, "komen netizen" seperti yang dikutip dari Maydaily.

Adakah ini gambar seksi Amalina Che Bakri pelajar genius 17A1?







Wow..begitu seksi..BERALIH 360 DARJAH...nampaknya jika betul inilah wajah pelajar genius yang mendapat 17A1 maka hancur luruh hati umat yang memuji dan mengambil contohnya sebagai idola.Tewas dipengaruhi budaya barat..moga2 ini bukan gambar beliau..sedih bila megenangkan umat Islam hancur hanya kerana terlalu ikutkan nafsu serakah budaya barat..

Amah kerabat mati tergantung


KUALA LUMPUR – Dua anggota polis di Balai Polis Desa Jaya, Kepong kelmarin tergamam apabila menemui mayat seorang amah warga Kemboja yang bekerja dengan sebuah keluarga kerabat diraja sebuah negeri di utara tanah air tergantung di jeriji tingkap tandas balai polis itu.


Mayat wanita yang dikenali sebagai Chhouy Ren, 33, itu ditemui pada pukul 6.40 petang dalam tandas tersebut dengan lehernya terjerut pada sehelai seluar yang diikat pada jeriji tersebut.


Difahamkan, dia datang ke negara ini sejak lima bulan lalu dan baru bekerja dengan majikannya yang merupakan seorang Datin berusia 45 tahun minggu lepas.


Dua hari sebelum kejadian, pembantu rumah berkenaan telah ditahan oleh pengawal keselamatan di kawasan perumahan majikannya di Valencia, Desa Jaya dekat sini pada pukul 4 petang selepas dia dikatakan telah melarikan diri sejauh dua kilometer kerana memberontak untuk berhenti kerja.


Dia melarikan diri selepas hasrat dia untuk berhenti kerja pada hari berkenaan memerlukan dia menunggu tempoh beberapa hari berikutan ejennya gagal dihubungi manakala pejabat agensi itu pula tutup sempena cuti umum.


Pihak kedutaan Kemboja pula memaklumkan pihaknya memerlukan satu hingga dua minggu untuk urusan antara amah berkenaan dengan ejen itu. 


Tanpa diduga, mangsa kemudian menjerit lalu terus berlari keluar rumah sebelum dia ditahan oleh pengawal kawasan perumahan dan ditempatkan di sebuah bilik.


Keesokan harinya, pengawal berkenaan membawa mangsa ke balai polis kerana bimbang dia akan mencederakan sesiapa ekoran kemurungan yang dialaminya. Mangsa kemudian meminta tumpang sementara di balai polis itu kerana tiada tempat tinggal.


kosmo online

Kekasih pelik suka cucuk-cucuk


KUALA LUMPUR: Seorang wanita dicucuk dengan puluhan jarum akupuntur oleh teman lelakinya tanpa kerelaannya, malah dia diugut dengan pisau jika enggan berbuat demikian.


 Dalam kejadian jam 7 pagi di rumah wanita itu di Bukit Jalil, di sini semalam, mangsa yang sedang tidur dikejutkan teman lelakinya yang berusia 40-an sebelum dipaksa menerima puluhan jarum yang ditusuk di muka, tangan dan badan.




 Lebih malang, teman lelaki mangsa turut mengacukan pisau sebelum memaksa wanita terbabit mencucuk jarum ke badannya.




 Bimbang dicederakan, mangsa akur permintaan pelik teman lelakinya itu.




 Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk tindakan lanjut.




 Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang sedang tidur di bilik di rumahnya itu dikejutkan teman lelakinya yang baru pulang dari kerja.






 “Pada mulanya mangsa enggan bangun menyebabkan suspek memarahinya.




 “Suspek mengambil jarum dan mencucuk benda tajam itu di badan mangsa. Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa memarahi teman lelakinya, namun suspek mengacukan pisau ke arahnya,” katanya.





 Sumber berkata, mangsa yang bimbang dicederakan akur dengan arahan teman lelakinya itu.




 “Kesempatan itu diambil dengan mencucuk puluhan jarum di muka, tangan dan badan teman wanitanya.




 “Suspek memaksa mangsa supaya mencucuk jarum berkenaan di badannya dan keengganan wanita terbabit berbuat demikian menyebabkan suspek mengugut mencederakannya dengan pisau,” katanya.




 Sumber berkata, mangsa sekali lagi akur dengan permintaan pelik teman lelakinya itu.




 “Selepas semua permintaan suspek dipenuhi, mangsa merayu kepada teman lelakinya mencabut semula jarum berkenaan kerana dia hendak mandi dan bersiap ke tempat kerja.




 “Pada mulanya suspek enggan melepaskan mangsa, namun selepas dirayu, lelaki terbabit membenarkannya,” katanya.




 Katanya, sebaik meninggalkan rumahnya, mangsa bergegas ke balai polis dan membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.




 Difahamkan, mangsa cedera di muka, tangan dan badan.




 Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan difahamkan, usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.




 Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.


sumber : myMetro

Hanya kerana bermain dompet anak di kurung


GEORGETOWN: Hanya kerana bermain dompet bapanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diperlakukan dengan kejam apabila dipukul dan dikurung bapanya di sebuah rumah di Jalan Perak, Jelutong, di sini, awal pagi semalam. 


 Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersendirian dalam rumah itu hampir 10 jam.


 Kejadian itu hanya terbongkar apabila tangisan kanak-kanak itu didengari jiran yang kemudiannya menghubungi polis dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


 Jiran berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendengar tangisan kanak-kanak terbabit yang sesekali turut merayu meminta tolong sejak jam 3 petang hingga 1 pagi, semalam.






 “Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, saya dan beberapa lagi jiran menghubungi polis kerana tangisan kanak-kanak itu tidak berhenti walaupun sudah menjangkau ke awal pagi,” katanya.


Sumber : myMetro

Wow! Berpesta Kenakan Gaun Tipis, Puting Rihanna Terlihat


infospesial.net -   Rihanna tampil seksi dan sangat menarik dengan mempamerkan lekuk tubuhnya saat dia menghadiri acara di P. Diddy Pesta Malam Tahun Baru, di Miami tadi malam. Penyanyi 23 tahun itu dengan bangga mempamerkan tindikan di putingnya dalam dibalik gaun transparant bermotif tutul yang dikenakannya.


Penyanyi We Found Love itu memutuskan untuk pergi dengan gaun bersemangat saat ia berpesta pada tahun 2012. Nampaknya Rihanna sangat menikmati pesta yang diadakan rapper di perkebunan Miami dan baru merasakan efeknya hari ini.


'Sunglasses and Advil... Lastnight was mad real!' tweet Rihanna.


Rihanna juga memposting gambar dirinya yang sedang minum dengan temannya, dan mungkin terlalu banyak minum sehingga menyebabkan ia mabuk hari ini. (Dailymail)

Video..aksi selamba lelaki dijahit kepalanya


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved