KUALA LUMPUR: Seorang wanita dari Sarawak yang dibawa ke sini untuk mengubati penyakit yang dikatakan ada kaitan dengan gangguan makhluk halus mati selepas terjun dari tingkat enam sebuah apartmen di Jalan Tun Razak, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Wong Wei Sing, 54, meninggal dunia tiga jam selepas ditemui di tingkat satu oleh suaminya yang terdengar bunyi kuat dari bahagian luar apartmen berkenaan.
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dibawa suaminya dari Sarawak berubat di sini selepas dikatakan mengalami gangguan makhluk halus.
“Suami mangsa yang ketika itu berada di ruang tamu terdengar bunyi kuat. Selepas memeriksa di dalam bilik, dia mendapati isterinya jatuh,” katanya.
sumber : mymetro




Tiada ulasan:
Catat Ulasan