Home » , » Terkejut buka kain jenazah

Terkejut buka kain jenazah


ALOR SETAR: “Ketika menerima panggilan ada kemalangan maut melalui walkie-talkie, saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan sebenar.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, saya mendapati empat mayat dibawa keluar dari sebuah Perodua Viva manakala seorang lagi dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” kata Abdul Wahab Othman, 58, adik ipar mangsa nahas ngeri yang mengorbankan empat beranak, semalam. 
Dalam kejadian itu, empat beranak yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Shafie Hamid, 57, isterinya, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka, Mohd Ittihal, 26, dan Nurul Faiz, 24.

Anak bongsu keluarga itu yang berada dalam kereta berkenaan, Mohd Iqbal Zakuan, 15, dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HSB.



Menurutnya, ketika itu, dia seperti mengenali nombor pendaftaran Perodua Viva dinaiki keluarga malang itu sebelum membuka kain penutup jenazah yang diletakkan di atas jalan seorang demi seorang.


sumber : mymetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@Gelagat |

Arkib Blog

Home Sweet Home

MummyNemo