Home » , » Didakwa larikan kucing Benggal

Didakwa larikan kucing Benggal


IPOH: Dua beradik dan seorang rakan mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan memecah masuk sebuah kedai haiwan peliharaan, Rabu lalu.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka iaitu seorang pelajar, Muhammad Hafeez Mohd Azman, 18, serta pasangan adik beradik, Zizan Zakaria, 22, dan Zuhairi, 29, mengaku tidak bersalah selain meminta dibicarakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab.

Nur Melati Diana kemudian menetapkan 18 Disember ini bagi tarikh sebutan semula kes selain mengenakan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.


Semua mereka berasal dari Pulau Tiga, Kampung Gajah itu didakwa melarikan dua ekor kucing serta beberapa barangan lain di premis yang beroperasi di Gunung Rapat itu.

Tertuduh didakwa dengan niat bersama melakukan pecah rumah dan mencuri seekor kucing Benggal, seekor kucing Siam, satu bakul dan dua beg makanan haiwan itu, sebuah komputer riba jenama Dell, dua tabung kebajikan serta wang tunai RM300 dengan keseluruhannya bernilai RM2,902.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Ben Exotic Pet Shop di No 488, Jalan Besar Gunong Rapat, pada kira-kira 2 pagi, hari berkenaan dan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.



Terdahulu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, S Kavitha memohon mahkamah mengenakan jaminan RM6,000.

sumber : mymetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@Gelagat |

Arkib Blog

Home Sweet Home

MummyNemo