TUMPAT – Seorang peniaga wanita berdepan detik-detik cemas apabila seorang pemuda menceroboh kedai makannya di Kampung Ana di sini semalam sambil menjerit meminta pisau.
Selepas mencapai sebilah pisau di atas meja, lelaki berusia 20-an itu kemudian mengelar lehernya sendiri sebelum beredar.
Cerita Zaleha Awang Hamat, 50, kejadian tersebut berlaku pada pukul 7.30 pagi dan ketika itu kedai makan Zaleha belum dibuka kecuali pintu dapur.
“Semasa menjerang air tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dapur sambil menjerit meminta pisau.
“Lelaki itu kemudian terus mencapai pisau di atas meja sebelum mengelar leher sendiri,” kata wanita itu yang masih takut mengingati kejadian tersebut.
sumber : kosmo online




Tiada ulasan:
Catat Ulasan