Home » , » Baju Wizard of Oz dilelong lebih RM1j

Baju Wizard of Oz dilelong lebih RM1j

LOS ANGELES - Pakaian aktres filem Wizard The Of Oz dilelong pada harga AS$480,000 (RM 1,457,420), manakala sepotong kek perkahwinan Putera William dilelong AS$1,375 (RM4,174) ketika majlis bida di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Kostum pakaian biru dan payung putih dalam filem klasik tahun 1939 itu menjadi rebutan pengumpul barang antik dan pengarah filem kerana ia mempunyai nilai komersial tinggi dalam dunia perfileman di Hollywood.

Tetapi nilai itu dianggap rendah berbanding pakaian aktres Hollywood, Marilyn Monroe dan Audrey Hepburn yang pernah dilelong pada harga AS$910,000 (RM2,763,020) pada tahun 2011.

Penganjur Darren Julien berkata, harga pakaian itu dianggap rendah kerana terdapat tujuh koleksi sama dipakai aktres itu sepanjang pembikinan filem terbabit. - AP

sumber : sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

@Gelagat |

Arkib Blog

Home Sweet Home

MummyNemo