Tolak Turuti Perintah Suami, Seorang Isteri Digondolkan

on 12 Ogos 2012

RIYADH - Gara-gara perintahnya ditolak oleh sang isteri, seorang lelaki di Arab Saudi dilaporkan nekad mencukur habis rambut isterinya. Pelakunya juga menyiksa isterinya. 

"Lelaki itu tidak hanya menggondoli rambut isterinya. Namun juga menyiksa isterinya berkali-kali saat dia mencuba melawan," tulis suratkhabar Alriyadh yang dikutip emirates247.

Dalam laporan itu juga disebutkan, akibat tingkah laku lelaki keturunan Afghanistan itu, sang isteri menderita luka di bahagian kepalanya setelah terkena pisau cukur.

Kini akibat perbuatannya, lelaki yang diketahui berusia 50 tahun itu terpaksa mendekam dibalik jeriji besi.

"Setelah mendapatkan bukti yang cukup berupa visum dari pihak rumah sakit, polis pun menahan lelaki itu," tulis Alriyadh.

Namun, tidak dijelaskan lebih lanjut permintaan apa yang ditolak untuk dituruti oleh perempuan malang tersebut.(rhs)
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved