Tertangkap kamera panda sedang makan bangkai seekor kijang

on 29 Disember 2011

Sebahagian orang beranggapan bahawa Panda adalah seekor haiwan yang hanya makan tumbuhan saja. Namun gambar dari kamera infra merah ini menujukkan seekor beruang yang terkenal dengan warna putih hitamnya ini  mengunyah bangkai seekor kijang.



Foto dari kamera infra merah ini diambil di Ping Wu, barat daya  Sichuan, China, menunjukkan bahawa Panda kadang-kadang memakan daging untuk memenuhi keperluan proteinnya.
Menurut World Wildlife Fund yang dikutip Mail Online, Panda memiliki sistem pencernaan karnivora dan akan makan daging jika tersedia, namun telah beradaptasi ke pola makan vegetarian.


Kerana sistem pencernaan karnivora, Panda hanya mendapatkan sedikit energi dan protein dari bambu, sehingga ia harus makan setidaknya 14kg setiap harinya untuk tetap sihat. Serta perlu jutaan tahun hidup di hutan bambu untuk panda, untuk meningkatkan kemampuannya untuk mencerna selulosa dari bambu.
Kerana Panda merupakan haiwan yang lamban, maka tidaklah mungkin ia berburu haiwan yang gesit seperti kijang, dan kemungkinan Panda yang satu ini secara kebetulan menemukan bangkai haiwan tersebut di hutan.

Bintang porno berpunggung besar ini larang masuk ke Britain


TRIBUNNEWS.COM - Bintang porno berpunggung besar dilarang masuk Britain. Demikian dilapor The Sun, Rabu (28/12/2011).


Bintang porno bernama Roxy Reynolds, yang terkenal kerana punggungnya yang superbesar dan dipilih sebagai bintang porno paling laris 2010, berada di negara itu untuk mengais rezeki dengan bekerja sebagai high class escort untuk para pemain bola Liga Premier, aktor, aktris, dan juga tokoh senior di London.


Namun, model sekaligus rapper ini, dihentikan petugas UK Border Agency saat ia mendarat di lapangan terbang Heathrow dari Philadelphia.


Perempuan berusia 27 tahun ini menggunakan visa kunjungan sebagai pelancung dan tidak berhak bekerja saat melakukan lawatan ke sana. Petugas menemukan informasi mengenai "London Tour" yang diiklankan di situs yang menawarkan layanan high class escort di situs rasminya dan juga di Twitter.


"Ini adalah bintang porno AS yang sangat terkenal. Anda akan suka menghabiskan waktu dengannya," demikian iklan di situs tersebut.


"Ia tahu bagaimana menyenangkan Anda. Kenakalannya akan membuat Anda tenggelam," demikian bunyi iklan yang ditawarkan tentang Roxy, yang dibayar 550 poundsterling per jam .


"Seorang warga AS dilarang masuk pada 18 Disember dan kembali ke AS keesokan harinya," demikian keterangan yang disampaikan juru bicara UKBA.

Lubuk dadah di disembur najis babi


LONDON: Sebuah majlis perbandaran berkata, mereka berjaya menghalang remaja berpeleseran dan mengambil dadah dengan menyembur kawasan belukar dengan najis babi.


Pentadbiran bandar Middlesbrough di timur laut England menyatakan, kakitangan kerajaan tempatan itu mencemarkan kawasan semak di Coulby Newham selepas penduduk setempat mengadu ramai pemuda sering mabuk di situ.




Jurucakapnya berkata, langkah itu berjaya meredakan secara ketara masalah berkenaan.




“Penduduk setempat pula lebih rela menghidu sedikit bau busuk berbanding kekecohan dan masalah penagihan dadah di kalangan belia di situ,” katanya. - AP


sumber : myMetro

Ahli politik berkhalwat dalam kereta


KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
  
 Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.
  
 Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.
  
 Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
  
 “Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
  
 “Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
  
 Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
  
 “Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.
  
 “Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.
  
 Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


sumber : sinar harian

Amah di tinggal di tepi jalan selepas diperkosa tujuh lelaki mabuk


MAKKAH: Unit siasatan jenayah polis Makkah menemui seorang pembantu rumah warga Indonesia di pusat imigresen al-Jabal di lebuh raya Makkah-Laith dalam keadaan tidak bermaya.


Menurut polis, pembantu rumah berusia 20-an itu dilaporkan dibelasah dan diperkosa oleh tujuh lelaki mabuk, semalam. Polis berkata, wanita itu yang bekerja dengan penduduk tempatan di Makkah meninggalkan kediaman majikannya bersama dua lelaki muda menuju ke apartmen mereka di Jeddah.




Menurut kenyataan polis, lelaki terbabit kemudian menghubungi lima lagi rakannya untuk bertemu mereka di lebuh raya Makkah-Laith. Dua lelaki terbabit membawa alkohol dari Jeddah dan bertemu lima lagi rakan mereka di satu kawasan terpencil sebelum memperkosa wanita itu.




Mangsa kemudian ditinggalkan di jalan raya berhampiran lebuhraya Makkah-Laith.




Mangsa ditemui anggota polis peronda dalam keadaan terhoyong-hayang, lesu dan sukar untuk berjalan. - AN


sumber : myMetro

Beri jubah dapat bawak balik GRO ke ranjang




KUALA LUMPUR: Pemakaian jubah berwarna kuning, biru dan keemasan kepada pelayan pelanggan (GRO) paling cantik dan menawan serta pandai menari seksi di tiang dengan berbikini menjadi tarikan terbaru pelanggan ke pusat hiburan di sekitar ibu kota.


 Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai ‘Queen of the Night’ dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.


 Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.


 Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.







 Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun.


sumber : myMetro

Warga emas perkosa budak dekat kebun jering


ALOR GAJAH - Perubahan sikap yang berlaku ke atas ­seorang murid perempuan Tahun Enam di sebuah sekolah dekat sini, mendedahkan perbuatan kejam seorang lelaki warga emas yang didakwa merogol kanak-kanak terbabit sejak empat tahun lalu.


 Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan), Superintendan R Gunarajan berkata, kejadian itu berlaku sejak 2007 ketika mangsa berusia lapan tahun dan sedang bersekolah dalam Tahun Dua di sekolah terbabit sering diperkosa oleh suspek yang berusia 60 tahun sehingga penghujung 2010.


 Menurutnya, difahamkan mangsa dirogol secara berterusan sejak 2007 dan perbuatan kejam itu disyaki dilakukan suspek berulang kali tidak mengira waktu sama ada di rumah atau di kebun jering berhampiran rumah mangsa di sebuah Felcra di daerah ini.


 “Perubahan sikap mangsa itu disedari seorang guru kaunseling pada Selasa lalu yang melihat mangsa kemurungan sejak kebelakangan ini sebelum memujuk mangsa untuk menceritakan masalah yang dihadapi.


 “Mangsa kemudiannya memaklumkan dia dirogol seorang lelaki yang juga jiran sebelah rumahnya ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah,” katanya.


 Gunarajan berkata, selepas itu guru kaunseling itu menemui ibu bapa mangsa dan menceritakan kejadian yang berlaku sebelum diarahkan membuat laporan di balai polis berhampiran serta menjalani pemeriksaan di klinik.


 “Mangsa yang dilihat sugul dan murung dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani pemeriksaan dan hasil mendapati mangsa tidak mengandung,” katanya.


 Katanya, suspek yang berusia 60 tahun itu ditahan di rumahnya pada petang laporan dibuat kedua ibu bapa mangsa dan suspek kini ditahan reman sehingga 22 November ini bagi menjalankan siasatan.


 “Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperkosa gadis bawah umur dan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Seksual dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) untuk siasatan lanjut,” katanya.


sumber : sinar harian

Fotografer Dapatkan Ciuman Mesra dari Gorila




BWINDI - Bercengkrama dan mendapat kucupan dari anggota keluarga mungkin adalah peristiwa yang sudah biasa. Namun apa jadinya jika yang bercengkrama dan mencium Anda adalah sekawanan gorila? 


Seorang fotografer yang biasa mengambil gambar haiwan liar, bahkan terkejut ketika mendapati dirinya disambut hangat oleh sekawanan gorila. Kejadian ini dialaminya di dekat Taman Nasional Bwindi, Uganda.


Dalam sebuah video yang diposting di YouTube terlihat beberapa ekor gorila betina dan bayi gorila mendekati John dan memandanginya dengan seksama.


Semuanya berjalan normal sampai gorila betina dan bayi gorila itu mulai membelai rambut John. Lalu tak lama kemudian gorila betina mendaratkan ciuman di pipi John.


Mungkin sekawanan gorila betina memandang menarik baju berwarna hitam yang dikenakan John. 


"Semakin gorila terbiasa dengan kehadiran manusia semakin mereka tidak ketakutan dan ini merupakan perhatian utama," ujar seorang pakar gorila Dr Tony Mudakikwa seperti dikutip Express.co.uk Sabtu, (24/12/2011).


John yang sudah berkeliling dunia dan merakam berbagai hidupan liar bersama isterinya tidak boleh berhenti tersenyum melihat tingkah laku sekawanan gorila tersebut. Tak lama setelah bercengkarama dengan John, sekawanan gorila itu pun berlalu.
(faj)

Wow..anak Bon Jovi seksi berbikini


infospesial.net -   Ternyata Jon Bon Jovi memiliki puteri cantik berusia 18, Stephanie. Saat bercuti di karibia, Stephanie tampak seksi mengenakan bikini.


Dilapor dari Dailymail, Jon bersama isterinya, Dorothea dan tiga anaknya, Stephanie (18), Jacob Hurley (9) dan Romeo Jon (7) bercuti di pulai St.Barts, Karibia. Keluarga tersebut asyik bersantai di pantai yang indah.


Jon beraksi dengan hobi barunya sebagai seorang fotografer. Sedangkan Dorothea bersama tiga anaknya, asyik bermain di pantai sambil berenang.


Stephanie menarik perhatian dengan menggunakan bikini hitam model halterneck dan bawahan bermotif bunga, Stephanie terlihat begitu cantik dan seksi.

Wow! Betina ni Boleh Berhubungan Seks 14 Kali Setiap Hari


Tupai merah betina nampak begitu berghairah mengahwini (hubungan seks) 14 tupai jantan setiap hari. Alasannya sangat sederhana, tupai merah jantan selalu siap untuk kahwin, bila masa pun.


Berdasarkan penelitian di Royal Society Journal Biology Letters, perilaku tidak biasa dari tupai betina itu tidak ada hubungannya dengan gen. Sebelumnya mereka berfikir bahawa genetik telah mendorong tupai betina untuk sering kahwin tapi ini salah. Ketika muncul keinginan kahwin di diri pejantan tupai merah muncul, tupai merah betina tidak pernah menolak.




“Perilaku mereka sangat dipengaruhi oleh kesempatan,” ujar Eryn McFarlane, ilmuwan di University of Guelph. Meskipun menjadi pejantan yang gemar melakukan hubungan seks seringkali dianggap sebagai keistimewaan, namun perilaku ini boleh menimbulkan kematian.


“Memiliki lebih banyak pasangan bererti lebih banyak mengeluarkan energi untuk kahwin, ini meningkatkan paparan bagi pemangsa, serta meningkatkan potensi penyebaran penyakit menular seksual,” tegasnya.


Strategi perkahwinan yang optimal hanya terjadi jika unsur genetik ikut andil untuk menjaga agar kepentingan masing-masing individu terus berjalan. Bahkan, gen manusia telah berevolusi untuk membantu kawalan hormon dan faktor biokimia terkait keinginan seksual. Di luar periode itu, perempuan belum mampu berevolusi untuk mengatakan ‘tidak’ kepada pasangannya .


McFarlane dan pasukannya menemukan bahawa lebih banyak pejantan di suatu area yang tertarik untuk kahwin, maka semakin banyak pula betina yang bersedia. “Tidak ada ikatan yang kuat antara perilaku kahwin dan genetika pada diri tupai merah. Ada indikasi bahawa perkembangan tingkat pergaulan mereka masih berjalan lambat.” 








sumber

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved