Kerbau jadi model body painting

on 20 Disember 2011


Biasanya atau umumnya yang menjadi model body painting adalah manusia. Namun di China tepatnya  di Jiangcheng, Yunnan ada pertandingan body painting dimana yang jadi modelnya kerbau .


 Seperti dilansir dari situs Ecns, acara melukis kerbau antarabangsa  yang diadakan 10 Disember 2011 itu merupakan entertainment yang cukup popular di daerah ini. 


Sebanyak 48 kerbau  dari 10 negara seperti Laos, AS, dan CHina diarak/ dibawa ke tengah padang  untuk diberi penilaian para juri.


 Menurut legenda s, body painting di kerbau boleh menyingkirkan atau menjauhkan harimau dan juga boleh mencegah ternak menjadi mangsa binatang buas.

Best antivirus protection,Seven Eleven pun ada jual

lawak betul...

Kerana pulang lewat,remaja cuba masuk melalui cerobong asap tapi tersangkut


CALIFORNIA - Maksud hati ingin menyelinap masuk ke rumah kerana pulang lewat, seorang remaja justru terjebak dalam cerobong asap rumahnya. Sepertinya dia ingin mencontoh Santa Claus yang menyelinap masuk rumah lewat cerobong asap saat Natal. 


George Herrera didapati terjebak dalam cerobong asap dirumahnya ketika ia cuba untuk menyelinap masuk. Malang, remaja berusia 18 tahun itu tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa menunggu bantuan. 


"Herrera terjebak di dekat bahagian bawah cerobong asap sekira 90 minit sebelum kru darurat menelefon. Ketika mereka tiba, kakinya terlihat terjulur", ujar petugas pemadam kebakaran Art Ray seperti dikutip 3news, Isnin (19/12/2011).


Ray berkata motif remaja berusia 18 tahun itu memang untuk menyelinap masuk, kerana dirinya melanggar jam malam yang sudah ditentukan oleh orangtuanya.


Regu penyelamat akhirnya menggunakan tali sepanjang 2,5 meter yang diikatkan kepada pergelangan tangan remaja itu. Herrera pun akhirnya berhasil diselamatkan dan tidak menderita luka apapun setelah 15 minit proses penyelamatan berlangsung.
(faj)

Kisah Pilu Seorang Gadis Cantik Berumur 18 Tahun Yang Sudah 11 Kali Kahwin Kontrak


 Ironis, itu kalimat yang tepat bagi gadis berusia lapan belas tahun asal Cijantung Jakarta Timur ini. Betapa tidak, di usianya yang masih muda, ia sudah melakukan kaHwin kontrak dengan Lelaki Timur Tengah sebanyak 11 kali.


 Pengakuan Fitriasih, 18, membuat Camat Cisarua, Drs Teddy Pembang mengurut dada. Teddy seakan tidak percaya, jika Fitriasih yang pada bulan Julai lalu telah genap berusia 18 tahun, telah menjalani profesi kahwin kontrak hingga belasan kali.


 Yang lebih mengejutkan lagi, semua kegiatan kahwin kontrak dilakukan melalui ijab kabul. Anak sulung dari tiga bersaudara ini menuturkan, orangtuanya yag tidak punya pekerjaan tetap serta adiknya yang perlu biaya sekolah, memaksa dirinya menjalani pekerjaan menjual diri ke pelancungTimur Tengah.


 “Demi adik, saya rela keluar dari sekolah saat masih duduk dibangku SMP. Orangtua saya tak tahu pekerjaan saya begini. Yang jelas, saya dapat wang, saya bayar sekolah adik dan keperluan rumah tangga,” katanya .


 Menurutnya, dirinya baru tiga hari berada di Puncak. Perkenalan dengan lelaki Arab melalui pembantu sang pelancung yang ia kenal sebelumnya.  Fitriasih juga mengaku, pernah menikah saat usianya menginjak 17 tahun.


 “Selama lapan bulan saya menjalani profesi ini, sudah 11 laki-laki Arab saya nikahi. Kahwin kontrak saya dengan mereka paling pendek 3 minggu dan paling lama 1 bulan. Selama kaHwin kontrak, saya diberi nafkah Rp 5 juta seminggunya. Tinggal hitung aja, kalau dikontrak satu bulan. Wang bayaran, 30 peratusnya dipotong mami,” papar Fitriasih.


 Camat Teddy didampingi polis, Koramil, unsur masyarakat dan agama menuturkan, kegiatan kahwin kontrak sangat bertentangan dengan agama apapun. Maka dari itu, dirinya sangat mengutuk perbuatan tersebut.


 “Mami yang mempekerjakan wanita muda ini demi kepuasan nafsu lelaki Arab, benar-benar tidak punya nurani. Keterangan para korban, akan saya minta polis menyelidiki keberadaan sang mami.”


 “Dia harus bertanggung jawab atas perbuatannya. Ini terakhir wilayah saya dijadikan maksiat. Jika tertangkap lagi kala operasi, saya akan kirim mereka ke Jawa Tengah atau Pasar Rebo Jakarta Timur,” papar Teddy.

Wanita yang hanya dijangka hidup 12 jam kini berusia 105 tahun


SOMERSET: Seorang pesasara semalam meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 105 meskipun hanya diberikan tempoh 12 jam untuk hidup ketika dilahirkan pada 1906.


Namun, Lillie Arnold tidak menyambut pencapaian menakjubkan itu dengan meminum arak memandangkan dia mencapai usia itu kerana dia tidak pernah menyentuh minuman keras.




Dan pesara berkenaan mempunyai satu mesej kepada doktor yang hampir putus asa merawatnya ketika dia baru dilahirkan: “Lihatlah saya sekarang!” Lillie yang kini menetap di Institut Kebangsaan Diraja untuk Orang Buta di Burnham-on-Sea, Somerset berkata: “Saya dilahirkan kembar. Malangnya, adik saya meninggal dunia.




“Saya begitu lemah. Doktor hanya memberi masa setengah hari untuk hidup. Saya sering tertanya-tanya apa yang akan difikirkan doktor itu apabila melihat saya sekarang.” Lillie berjaya mengatasi pendapat perubatan untuk mencapai usia emas dan masih kuat, meneruskan kehidupan selama 199,800 jam selepas dikatakan hanya akan hidup selama 12 jam pada 1906.




Dia berjaya mencapai usia setua itu dengan menjalani kehidupan secara sihat dan menghirup udara segar tepi laut.




Dia yang pernah menetap di London, berpindah ke Portsmouth sebelum menetap di Burnham-on-Sea. - Agensi


sumber : myMetro

Suami potong hidung dan bibir isterinya kerana banyak habiskan masa dengan ibu bapanya


ISLAMABAD: Seorang lelaki memotong hidung dan bibir isterinya selepas pertengkaran besar mengenai perbuatan si isteri yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya.


Ghulam Qadir, 22, yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, Salma, 18, bertindak menoreh muka wanita itu dengan pisau Sabtu lalu di Karhana, kampung terpencil yang terletak kira-kira 475 kilometer ke barat daya Islamabad.






“Ghulam memotong hidung dan bibir isterinya sebelum melarikan diri,” kata Nadir Khan, pegawai pentadbir daerah Musa Khel yang terletak di wilayah Baluchistan.




“Mereka sering bertengkar kerana si isteri lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu bapanya,” kata Nadir. Pasangan itu berkahwin setahun lalu.




Menurut Nadir, pihak berkuasa kini berusaha mennangkap Ghulam.




Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani mendesak supaya tindakan diambil terhadap kes itu.







Bagaimanapun, kebanyakan kes membabitkan keganasan terhadap wanita di Pakistan terlepas tanpa sebarang hukuman dikenakan terhadap pesalah.




“Ibu bapa si isteri membawanya ke hospital di Multan dan mangsa dilapor selamat,” kata Penolong Pesuruhjaya di Muhsa Khel, Aftab Hasnain.





Rangkaian televisyen Express menyiarkan rakaman gambar Salma terlantar di hospital dengan hidung dan bibirnya berbalut.




Kumpulan hak asasi manusia berkata, wanita Pakistan berdepan dengan diskriminasi, termasuk keganasan rumah tangga dan pembunuhan ‘menjaga maruah.’ - AP


sumber : myMetro

Syarat gila..bekas suami minta serah tubuh syarat beri nafkah anak,tak mahu kena simbah asid


KUALA LUMPUR: Dia cuma mahu mendapatkan nafkah untuk menampung kehidupan dua anak yang masih kecil, namun permintaan itu dikenakan syarat gila oleh bekas suami yang rakus memintanya terlebih dulu menyerahkan tubuh sebagai balasan.


 Sedar dirinya terperangkap dosa zina, Elina, 39, pernah cuba menolak permintaan bekas suami, tapi akhirnya mengalah apabila lelaki durjana itu bertindak kasar dengan memecahkan pintu rumah dan mengugut mahu menyimbah asid ke wajahnya.


 Tanpa sedikit rasa malu dan bersalah, bekas suami juga memaksa Elina menghalau dua anak lelaki mereka berusia satu dan empat tahun keluar rumah buat sementara waktu bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks sebelum wanita malang itu diberi ‘nafkah’ sekadar RM50.


 Elina berkata, itulah penderitaan yang dilaluinya selama setahun lalu setiap kali ingin meminta wang saraan dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai penghujung 2010.






 “Derita saya bukan sekadar hari ini, tapi bermula sejak dipaksa bekas suami menjadi isteri kedua secara senyap-senyap dengan alasan saya sudah banyak menghabiskan duitnya,” katanya.


sumber : myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved