Snowy, Rusa Putih Langka Dengan Bulu Seputih Salji

on 07 Disember 2011

Dengan mengintip keluar dari antara pepohonan, Snowy seekor bayi rusa putih langka telah membuat para pengunjung di sebuah peternakan di Whitby, North Yorkshire, menjadi lebih bersemangat untuk merayakan Natal tahun ini.

Rusa langka yang seluruh tubuhnya ditutupi dengan bulu putih ini menjadi pusat atraksi di Victoria Farm Garden Centre. Dan yang menjadi perhatian pengunjung adalah bulu rusa berusia enam bulan ini yang putih seperti salju.

Bulu putih bersih Snowy ini terjadi kerana mutasi genetik aneh. Namun dia tidak termasuk sebagai rusa albino kerana warna matanya yang tidak merah.

Salah satu pemilik taman tersebut mengatakan bahawa ia tidak percaya ketika mereka menemukan Snowy di lahan peternakan mereka, yang telah mengembang-biakkan rusa selama bertahun-tahun.

“Kemungkinan rusa dengan bulu seputih salju yang lahir kira-kira satu berbanding 10.000.” tutur Mark Noble yang dikutip Mail Online.

“Kami merasa sangat beruntung memiliki Snowy, dan kami senang melihat dia berada di peternakan. Kami telah membiakkan rusa selama bertahun-tahun, tetapi belum pernah mengalami kejadian seperti ini sebelumnya. Pengunjung kami benar-benar mencintainya. Dia adalah seekor rusa kecil yang lucu dan ia telah membuat kami semua sangat bahagia.” tambah lelaki berusia 44 tahun ini.

Pencuri Gendut Tersangkut di Langit-langit Lift

Jika kamu ingin mencuri, ada baiknya untuk melakukan sedikit fitness. Tubuh penuh lemak tidak baik bagi kariermu. Dan yang lebih baik lagi, jangan pernah mencuri.

Seorang lelaki China bernama Xi memiliki dendam kesumat terhadap perusahaan teknologi yang telah memecatnya. Merasa tak rela dipecat ditambah keperluan untuk mencari sumber wang baru, muncul ide jahatnya untuk mencuri kamera pengintai milik perusahaan.

Sabtu petang kelmarin, dengan sabar ia menunggu hingga seluruh pegawai pulang ke rumah. Setelah pejabat yang berada di Shenzhen itu kosong, ia bergerak menuju bangunan di ltingkat bawah.


Namun usahanya memasuki tak berhasil, akhirnya ia memutuskan untuk menggunakan ventilasi lift barang.

Di saat ia mengangkat tubuhnya untuk menaiki lubang venitlasi tersebut, lubang itu ternyata terlalu sempit bagi perut besarnya, membuat ia tak dapat bergerak ke atas mahupun ke bawah. Tubuhnya terjebak diatas langit-langit lift.


Perlu bantuan, Xi segera memanggil kekasihnya. Kekasihnya pun datang dan berusaha membantu melepaskan Xi dari langit-langit. Tapi meskipun sang kekasih telah melakukan berbagai upaya selama 2 jam, termasuk melepaskan seluar milik Xi, perut gemuk lelaki itu tetap tak boleh lepas dari lubang ventilasi.

Ketika minggu pagi petugas keamanan datang, mereka menemuka Xi yang tanpa seluar, dan kekasihnya yang keletihan.

Akhirnya polis datang dan membebaskan Xi dari lubang ventilasi, hanya untuk membawa ia dan kekasihnya ke bilik baru mereka di penjara.

sumber: telegraph

foto: www.thenanfang.com

Wow..anjing dengan 15 ekor anak

Seekor anjing bernama Romy berhasil melahirkan bayinya hingga mencapai 15 ekor. Pemiliknya bernama Natasha White dan Alicia Copping,dari Inggris. Wow...

Mayat Hidup Kembali Setelah Dikubur (video)

Kajadian yang menggemparkan,orang yang sudah dikubur ternyata masih hidup. Kejadian ini nyata dan terjadi di Kalimantan Selatan.tidak satupun manusia yang dapat menentukan mati hidup seseorang.



Banjarmasin: Kuburan seorang lelaki digali kembali oleh pihak keluarga kerana diyakni mayat dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki yang sudah dikubur lapan jam itu diketahui bernama Yadi, warga Kelurahan Kelayan Selatan, Banjarmasin Selatan, Kalimantan Selatan.

Setelah diambil dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain kafan dibawa ke Hospital Banjarbaru. Pasukan medik setempat menyatakan kalau lelaki yang berselimut kain kafan sudah meninggal. Kerana tidak yakin, pihak keluarga lalu membawa korban pulang ke rumah.

Warga setempat berduyun-duyun datang untuk melihat Yadi. Suatu keanehan terjadi pada korban. Sekalipun tak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih hangat bahkan mengeluarkan keringat. Sejumlah ahli agama yang datang menyatakan ada tanda-tanda kehidupan pada Yadi.

Yadi dinyatakan meninggal setelah tenggelam di sebuah sungai. Keluarga menemukan Yadi dalam keadaan sekarat kerana sudah 10 minit tenggelam. Saat dibawa ke RS Umum Ulin, pihak doktor mengatakan Yadi sudah meninggal. Selanjutnya keluarga menguburkan Yadi.

Pada malam harinya, isteri Yadi kesurupan dan meminta agar kuburan suaminya dibongkar. Sebab suaminya belum meninggal. Pihak keluarga yang mendengar itu sepakat menggali kuburan Yadi. Kini, rumah korban terus didatangi warga yang penasaran. Jasad Yadi terletak di pembaringan.

Pondan Kena Tembakan Taser di Bahagian Kelamin Setelah Mengaku Seorang Lelaki

Seorang pondan bernama Brooke Fantelli, 43, dari Romano, San Diego, Amerika Syarikat (AS), terkena tembakan taser di bagian organ kelamin setelah mengaku seorang lelaki. Polis melihat lesen memandu dan menanyakan jika dirinya seorang lelaki dan dijawab," benar". Polis kemudian menembak di bahagian organ genitalnya dan membuatnya jatuh terduduk kesakitan. Kejam juga polis

Tak dapat barang berharga,pencuri panggang kucing

TRIBUNNEWS.COM, LONDON- Kesal tak mendapatkan barang berharga ketika menjalankan aksinya, seorang pencuri sanggup memasukan anak kucing milik si tuan rumah ke dalam microwave yang sedang menyala.

Peristiwa itu diketahui, ketika sang pemilik rumah mencari-cari kucing kesayangannya tersebut yang masih berusia 10 minggu, beberapa jam setelah apartmentnya yang terletak di Nuneaton, Warwickshire, Inggris, dimasuki pencuri.

"Puteri saya kembali ke apartmentnya dan menemukan pintu depannya terbuka. Ia tidak menemukan anak kucingnya, yang ia namai, Adele. Puteriku kemudian menghubungi polis. Kemudian ia pergi ke dapur, dan ia melihat ke dalam microwave dan menemukan anak kucingnya," kata ibu dari si pemilik kucing seperti dilapor dari dailymail.

Menurutnya, puterinya tidak boleh menghadapi kenyataan tersebut. Setelah menemukan kucing kesayangannya tewas terpanggang. Puterinya terus menangis meraung-raung tak berhenti.

"Itu telah membuat saya sakit juga kerana saya terus berpikir tentang anak kucing kecil yang cantik dengan wajah cantik yang mungil itu," ucapnya.

Pihak polis yang menangani kes tersebut menduga, aksi gila si perampok itu dilakukan kerana kesal tidak mendapatkan barang berharga saat melakukan aksinya.

"Itu adalah tindakan pengecut yang akan menyebabkan penderitaan yang tak terlukiskan untuk haiwan yang tak berdaya itu. Kita akan mencari tahu siapa pelakunya," kata PolisWarwickshire, Ben Hood.

Berdasarkan data yang dilapor oleh pihak polis kejadian tersebut terjadi pada 27 November 2011, yang lalu sekitar pukul 2 pagi.

Seorang model cedera parah kerana terkena kipas kapal terbang

AUSTIN (Texas): Seorang model cedera parah kerana terkena kipas kapal terbang 2011 Aviat Husky selepas dia merempuh alat itu kerana teruja mahu melihat lampu Krismas.

Akibat kemalangan itu, Lauren Scruggs, 23, hampir putus tangan kirinya, selain luka di muka serta bahagian atas tubuh.


Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan, tetapi doktor terpaksa memotong tangan kirinya.


Lauren - banyak menulis mengenai fesyen dalam blog dan mengedit majalah dalam talian di Texas - terkena kipas berkenaan sejurus selepas keluar dari pesawat.


Dia tiba di Lapangan Terbang Aero di McKinney untuk melihat sambutan Krismas di situ.


Menurut rakannya, sebaik saja dia keluar dari pesawat berkenaan, Lauren terus berjalan ke aras kipas.



Jurucakap keluarga mangsa berkata, satu blog dibuka khas sebagai penghormatan terhadapnya.


“Sebaik saja Lauren sedar, dia tahu bagaimana keadaannya,” katanya.


Menurut jurucakap itu, adik Lauren, Brittany, menjelaskan kepadanya bahawa dia terbabit dalam kemalangan dan cedera parah.


“Nampaknya Lauren memahami apa dikatakan Brittany,” katanya.


Walaupun mata kirinya berbalut, kata jurucakap itu, Lauren masih mampu membuka mata kanannya.


“Tolong berdoa supaya penglihatan mata kirinya selamat,” katanya.


Lauren - terbabit dalam siri televisyen Gossip Girls di bahagian pakaian - dikejarkan ke hospital di Dallas sebaik saja kejadian berlaku. Setakat ini juruterbang itu belum dikenal pasti, tetapi dipercayai rakan Lauren yang baru membeli pesawat ringan berkenaan baru-baru ini. - DM

Sumber : myMetro


Atlet bina badan bogel serang sepasang suami isteri

COLTON: Polis California berkata, seorang atlet bina badan ditahan dalam keadaan berbogel kerana menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka, semalam, menyebabkan mangsa cedera parah.

Ruben Arzu, 22, dipercayai berada dalam keadaan separuh sedar kerana dipengaruhi steroid dan pelbagai dadah lain.


Disebabkan mempunyai badan seberat 140 kilogram, empat anggota polis dan dua senapang pegun terpaksa digunakan untuk menahan Arzu.


Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada pasangan suami isteri itu beberapa minit sebelumnya.


“Mangsa mengadu ada lelaki berbogel di depan rumah mereka,” katanya.


Apabila ditegur si suami yang berusia 35 tahun, katanya, Arzu menyerang mangsa sehingga mengalami trauma di kepala.



“Isteri mangsa menghubungi talian kecemasan 911 sebelum dia turut dibelasah suspek,” katanya. - AP

sumber : myMetro

Wanita menyamar lelaki untuk nikah dipenjara 2 tahun

JAKARTA: Seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki dan memperdaya seorang wanita lain dengan berjanji untuk berkahwin dengannya, semalam dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Joni Nunas Lestari, 31, dikenakan hukuman itu oleh Mahkamah Daerah Sungginasa, Gowa, Sulawesi Selatan selepas didapati bersalah menipu Nur Aslim Velayati, 22.


Mahkamah berkenaan juga menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap rakan Joni, Waode Nirmalasari, 30, kerana bersubahat untuk memperdaya mangsa.


“Tertuduh dikenakan hukuman ringan kerana mereka berjanji untuk tidak lagi merahsiakan identiti mereka sebagai wanita,” kata Ketua Panel Hakim, Abdul Rahman Hakim ketika menjatuhkan hukuman itu.


Nur sebelum itu memberitahu mahkamah, dia hanya mengetahui Joni adalah wanita selepas ‘kekasihnya itu’ menetap di rumah ibu bapanya selama sebulan, sebelum mereka dijadual melangsungkan perkahwinan pada pertengahan Oktober lalu.


“Saya mengenali Joni menerusi telefon. Kami berpacaran selama dua minggu,” kata Nur.



Bagaimanapun, keluarganya mengesyaki sesuatu tidak kena pada Joni. “Dia tidak pernah menanggalkan bajunya selepas mandi. Tingkah laku dan wajahnya juga mencetuskan keraguan,” kata mangsa.


Nur berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian kerana sudah berbelanja untuk kenduri kahwin itu. - Agensi

sumber : myMetro

Lady Gaga bikin gila lagi,tampil bogel untuk video klip terbarunya

Tampil bogel dengan pamer payudara bukan hal yang aneh lagi bagi Lady Gaga. Terbukti demi video klip terbaru Lady Gaga rela tampil 'seronok'.

Seperti dikutip Dailymail, penyanyi 'Born This Way' itu rela memperlihatkan tubuh indahnya tanpa ada sehelai benang pun yang menempel untuk menutupi bahagian kewanitaannya itu demi sebuah video klip terbaru berjudul 'Marry The Night'.


Video klip dari single kelima album terbaru Lady Gaga tersebut memiliki durasi hingga 13 minit 47 detik sekaligus menjadi video klip yang pertama kali di arah oleh penyanyi hits Bad Romance itu.

Dalam video klip tersebut, Lady Gaga mempamerkan bahagian payudaranya serta bermain alat musik piano tanpa mengenakan busana sama sekali.

"Saya begitu gugup dan bersemangat untuk berbagi bahagian masa lalu saya dengan Anda. ini bahagian dari masa lalu saya dengan Anda," tulis Lady Gaga dalam akaun Twitter-nya sebelum pelancaran videonya, seperti dikutip Dailymail.

"Ada sesuatu yang sangat lucu tentang pembukaan video, meskipun itu cukup menakutkan dan gelap," lanjut Lady Gaga.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved