Penceroboh ditangkap kerana lupa sign out daripada akaun Facebooknya

on 01 Disember 2011

Seorang tersangka di AS meninggalkan jejaknya di komputer mangsanya kerana dirinya lupa sign out dari akaunnya di Facebook.

Trevor Jones, 34 tahun dari Georgia dituduh menceroboh sebuah rumah dan menggunakan komputer di rumah itu namun dirinya lupa untuk keluar atau sign out dari Facebook.

Trevor yang dibebaskan dengan jaminan atas dugaan pencurian yang dilakukannya sebelumnya, mengambil barang-barang dari rumah lainnya di kawasan perumahan yang sama pada pagi hari itu.

Setelah kedua insiden itu, Trevor sedang dicari atas tuduhan masuk tanpa izin, pelanggaran pembebasan bersyarat dan juga pencurian.

Pasukan penyelamat tertipu,kucing yang diselamatkan rupanya kucing mainan

ANGLESEY - Pasukan penyelamat harus berjuang dengan keras untuk membebaskan seekor kucing yang terperangkap di temapat pengolahan sampah. Namun ternyata kucing tersebut adalah mainan.

Sebelumnya para pejalan kaki terperanjat saat melintas di sebuah tempat pengolahan dan mendengar suara kucing di dalamnya.

Mereka khuatir bahawa di dalam tempat sampah tersebut adalah Puss Puss, kucing yang sedang hamil dan dikhabarkan hilang oleh pemiliknya.

Beberapa orang bahkan membawa makanan kucing untuk memancing kucing tersebut keluar dari tempat sampah.

Namun usaha mereka tidak berhasil, sehingga pemadam kebakaran harus dikerahkan untuk menyelamatkan kucing malang tersebut.

"Ketika kami tiba di tempat pengolahan sampah tersebut kami masih mendengar kucing itu masih mengeong, namun setelah kami membongkar mesin itu kami hanya menemukan sekantung plastik mainan," ujar salah seorang petugas, seperti dilansir The Sun, Khamis (1/12/2011).

Setelah 12 jam usaha penyelamatan dilakukan, akhirnya kucing mainan itu diamankan oleh pemilik kedai haiwan. Sementara tempat pengolahan sampah kini malah menjadi berselerak dengan sampah.(rhs)

Lelaki Ini Berhasil Memancing Ikan Pari Raksasa Seberat 127 Kg

Pemancing dari Inggris, Jeremy Wade berhasil menangkap seekor ikan pari air tawar raksasa 127 kilogram di Argentina setelah berjuang selama 4 jam yang melelahkan guna mendaratkan salah satu haiwan paling mematikan dunia ini.

Sebelumnya, lelaki berusia 53 tahun itu tidak pernah membayangkan ia akan memenangkan pertempuran dengan ikan raksasa ini, namun dengan tekadnya yang kuat, Wade berhasil menarik ikan pari tersebut ke daratan di Sungai Parana dekat Buenos Aires, Argentina.

Setelah memakan umpan belut, ikan pari itu langsung menyelam ke dasar sungai, membuat pertempuran menjadi panas dengan Wade, yang adalah pembawa acara siri TV River Monster. Namun, setelah bergelut selama empat jam, ikan yang terkenal dengan duri beracun di ekornya ini akhirnya menyerah.

Namun kerana berat ikan ini yang mencapai 127 kilogram, Wade terpaksa harus menggunakan perahunya guna menarik ikan itu ke tepi sungai.

Wade, dari Bath, Somerset, harus menggunakan sepasang sarung tangan anti tusukan ketika menangani makhluk itu, dan kemudian melepaskannya kembali ke air setelah usia mengukur serta menimbang monster air tawar ini.

“Ini adalah ikan air tawar terbesar yang benar yang pernah saya tangkap. Ia bertahan dibawah sungai dan membenamkan dirinya didalam pasir dan lumpur, sehingga sulit mengangkatnya.” katanya yang dikutip Mail Online.


Guru matematik yang cantik ini berhubungan seks dengan pelajarnya

berita2.com: Mengejutkan! Seorang guru matematik mengaku berhubungan seks dengan seorang pelajar yang berumur 17 tahun.

Gabrielle Marvelli, 39 tahun, mengaku bersalah kerana hubungan seks dengan seorang pelajar laki-laki awal tahun ini. Ia tinggal di Pennsylvania.

Dengan gemetar dan disertai deraian air mata, Marvelli memberikan pengakuannya di ruang sidang. Atas perbuatannya ini, Marvelli akan menghadapi hukuman maksima sembilan bulan penjara.

Marvelli ditangkap pada bulan Jun, selang satu bulan setelah berhubungan seks dengan pelajar tersebut di Pennsylvania motel.

Pelajar tersebut yang tak disebutkan identitinya baru akan berusia 18 tahun,1 minggu kemudian.

Marvelli diberhentikan dari pekerjaannya setelah ke ini terbongkar. Peranannya sebagai guru di sekolah, menuntut standard moral yang lebih dari yang lainnya.

Austrian International School of Sex, Sekolah Antarabangsa Khusus Seks Pertama di Dunia Diprotes Dan Dikecam

Sekolah seks yang didirikan Ylva Thompson mendapat kritikan dari banyak pihak. Iklan adegan hubungan seks yang dibikin sekolah itu juga dilarang disiarkan televisyen Austria. Ditolak, lantaran sekolah itu semata-mata menjual adegan seks.

Ylva Maria Thompson adalah pemimpin sekolah itu. Warga kelahiran Sweden ini mendirikan sebuah sekolah yang mengajarkan bagaimana menjadi pecinta yang baik. Biayanya memang cukup mahal.

Ylva Maria Thompson, sang pemilik sekaligus ketua sekolah Austrian International School Of Sex

Satu term pengajian di sekolah seks internasional memakan biaya £ 1.400 setiap pelajar. Ini adalah sekolah internasional pertama yang secara khusus mengajarkan soal adegan intim.

Ylva menegaskan bahawa sekolah menerima siapa saja yang telah berusia di atas 16 tahun untuk menuntut ilmu di sekolah ini.

Selama menjalani pengajian siswa akan tinggal asmara yang digabung agar boleh mencuba pekerjaan rumah."Pendidikan inti kami bukanlah teoritis, tetapi sangat praktikal. Penekanannya adalah bagaimana untuk menjadi kekasih yang lebih baik", ujar kepala sekolah, seperti dikutip Huffington Post.

Namun, keberadaan sekolah khusus ini diprotes keras sejumlah orang ramai. Iklan promosi sekolah yang menampilkan adegan hubungan seks telah dilarang beredar di televisyen Austria. "Semuanya dibungkus dengan sesuatu yang sangat gaya, tapi intinya hanya menjual seks," komen seorang pemrotes.

Berikut Foto-foto guru pengajar di sekolah seks international tersebut:

Polis di Vietnam Tahan Mat Motor Guna Jala Ikan

TRIBUNNEWS.COM- Polis di Vietnam menangkap penunggang motor yang melanggar peraturan lalu lintas dengan menggunakan jala ikan.

Tran Van Thuc, ketua polis daerah Thanh Hoa, mengatakan pihaknya telah menahan lebih dari 100 penunggang motor yang membuat kesalahan di jalan-jalan.


Thuc juga mengatakan polis akan mengirimkan laporan terperinci soal metode penahanan seperti ini kepada Komisi Keselamatan Lalu Lintas dan badan-badan terkait lainnya.

"Kami akan meminta izin untuk meneruskan metode seperti ini," kata Thuc dilansir BBC Indonesia.

Pihak polis Thanh Hoa menerapkan taktik ini sejak 28 Oktober lalu bertepatan dengan hari pelancaran kempen keselamatan jalan raya.


Namun langkah ini menuai kritikan dan polis Thanh Hoa akan menghentikan sementara penggunaan jala ikan sambil mengkaji cara lain yang lebih efektif.

"Kami akan meminta para ilmuwan membantu menciptakan cara khusus untuk melemparkan jala ikan ke pengendara motor guna meningkatkan ketepatan dan keselamatan," kata Thuc.

Jaring ikan ini digunakan hanya untuk menangkap pengendara motor yang tetap ngebut walaupun telah diminta untuk berhenti.

Jaring ini dilempar ke arah penunggang kemudian diikat sehingga yang terkena tahan tidak melarikan diri.

Polis Thank Hoa mengatakan metode ini tidak menyebabkan pengunggang motor yang terjaring terluka atau menimbulkan kecelakaan.

Gempak..Lelaki China Melatih Anjingnya Berbelanja

Anjing yang dianggap sebagai teman manusia yang paling setia, sering kali diajari berbagai kemampuan, seperti menjadi pemandu orang buta, menggembala ternak, dan membantu pihak polis dalam mengesan bahan-bahan terlarang.

Namun, seorang lelaki asal China, berhasil melatih anjingnya dengan kepakaran lain, iaitu berbelanja.

Lelaki dari Shuangyan China ini mungkin terlalu ‘malas’ untuk berbelanja, sehingga melatih anjing peliharaannya untuk melakukan tugas itu untuknya, dengan memberikannya sebuah beg belanja khusus beserta wang dan kertas bahan untuk di beli.

Sang anjing pintar ini kemudian bergegas menuju ke sebuah kedai langganan, dimana pekerja yang familliar membantunya mengisi beg dengan item yang diminta majikananya.

Setiap selesai berbelanja, sang anjing pun mendapat hadiah spesial dari sang majikan, iaitu sosej dan salah satu makanan favouritenya, Ais Krim.

Wow...doktor kenakan bayaran AS$19 juta kepada pesakit

SINGAPURA: Seorang doktor republik ini, Susan Lim yang mengenakan bayaran AS$19 juta (RM46.5 juta) kepada seorang anggota keluarga diraja Brunei untuk rawatan selama tujuh bulan, gagal menghalang siasatan majlis perubatan dijalankan ekoran dakwaan dihadapinya.

“Isu sama ada terdapat caj lebihan dalam bayaran atau petugas tidak bersikap profesional akan diselesaikan jawatankuasa disiplin majlis, kata Ketua Hakim, Chan Sek Keong dalam dokumen setebal 44 halaman, semalam. Kementerian Kesihatan negara itu memulakan siasatan pada 2007 bagi menentukan sama ada bayaran dikenakan Susan adalah caj berlebihan, bayaran yang tidak munasabah atau sesetengah bayaran adalah tidak perlu.


Panel juri yang dilantik majlis perubatan untuk menyiasat meletakkan jawatan selepas Susan mengadu anggotanya membuat keputusan sebelum menyiasat kes itu. Panel kedua kini masih melakukan siasatan terhadap kes itu. Susan gagal menghalang siasatan kedua apabila mahkamah tinggi memerintahkan pada 26 Mei lalu supaya perbicaraan itu diteruskan sebelum dia membuat rayuan. Mahkamah rayuan semalam mengarahkan siasatan perlu diteruskan.


Susan, pakar bedah transplan hati pertama di Asia, mengenakan bayaran S$200,000 (RM490,000) sehari selama tujuh bulan ketika merawat kakak ipar Sultan Brunei, Pangiran Anak Hajah Damit untuk rawatan kanser.

sumber : myMetro

Ditoreh dengan pisau,dipukul,dipijak dengan kasut but kerana pikat kekasih orang


KUALA LUMPUR: Angkara cemburu, seorang lelaki berusia 30-an parah selepas mukanya ditoreh dengan pisau manakala mata kanannya dikhuatiri buta selepas dipijak dengan kasut but dan dipukul sekumpulan lapan lelaki selepas ‘diculik’ dari tempat kerjanya di Jalan Hang Kasturi di sini, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana mangsa disyaki menghubungi teman wanita seorang daripada suspek dipercayai untuk memikatnya.

Selepas diseksa dengan kejam, seorang daripada suspek menghubungi majikan mangsa berusia lewat 30-an dan mengarahkan lelaki terbabit mengambil mangsa di belakang sebuah bangunan di Brickfields di sini.

Akibat perbuatan kejam kumpulan itu, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 50 jahitan di muka dan mata kanannya dikhuatiri buta.



Menurut sumber, kejadian bermula jam 10 malam apabila kumpulan terbabit yang menaiki lima motosikal ke tempat kerja mangsa dan memintanya keluar.

sumber : myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved