Bayi Berkepala Tiga

on 06 November 2011


Seorang bayi lahir dua hari yang lalu di Kota Binjai, Sumatera Utara, memiliki kepala tiga namun badannya hanya satu, dan kini bayi tersebut masih dirawat secara intensif di Rumah Sakit, Kesrem.

Bayi yang lahir dengan operasi ceasar pada Jumaat malam (28/10/2011) itu dirawat di rumah sakit yang belum memiliki peralatan lengkap, kerana orang tua bayi tidak memiliki biaya untuk dibawa ke rumah sakit moder di Kota Medan, kata Syamsidar, nenek bayi di Binjai, Isnin (31/10/2011).

Nabila Huda sambut Halloween? (Full pic)




Nabila Huda kantoi sambut Halloween ?Kebenaran belum pasti.

Namun, selepas tiga keping gambar di’siarkan melalui sebuah program hiburan TV9, Galaksi ramai peminat hiburan Malaysia mula bertanya tanya siapakah selebriti yang di maksudkan.

Di’minit minit akhir rancangan tersebut, dua pengacara yang petah berbicara menunjukkan tiga keping gambar sosial selebriti yang di’katakan baru sahaja bercerai dan mempunyai seorang anak.

Penyiasat awam di forum hiburan mula mengutip semula gossip lama yang pernah tersebar dahulu tentang Nabila Huda yang di’kaitkan dengan seorang pengajar ilmu selam .

Galaksi mendakwa gambar selebriti bersama teman teman termasuk seorang lelaki yang di dakwa kekasih baru selebriti tersebut di’ambil di Kg Salang, Pulau Tioman baru baru ini.

bk-kalau betullah dia menyertai pesta sungguh malang nasibnya serta ibubapanya..betapa sedihnya mereka jika anak yang di sayang ni sudah tidak tahu hukum halal atau haram

sumber : rotikaya.com

Video ngeri..sekumpulan lelaki Russia pukul seorang wanita dan lelaki sehingga mati

WTF is it with Russian teenagers casually murdering innocent people & recording it, news reports are saying six young people aged 17 to 22 years have been arrested, the women lived but the two men died at the scene

Dah puas tiduri seluruh perempuan di kotanya,lelaki ini cari mangsa ditempat lain

Danny James lelaki yang suka berhubungan seks terpaksa mencari mangsa baru, setelah seluruh perempuan yang ada dikotanya sudah ia tiduri semua. Playboy tersebut terpaksa pindah kota untuk mencari target lain.

Lelaki berusia 27 tahun tersebut yang menurut pengakuannya telah meniduri lebih dari 500 perempuan ini dengan mendapatkan mangsanya, kerana pekerjaannya sebagai pembuat tato memungkinkannya berhubungan dengan ramai orang.

Seringkali ketika seluruh perempuan di kota tempat tinggalnya di Lytham St Annes, Lanchasire, Inggris, sudah habis ia tiduri, James pindah ke kota lain untuk mencari target.

"Setelah semua wanita di kota sudah habis saya tiduri semua, saya terpaksa naik taksi ke kota lain untuk mencari perempuan baru," ungkap Danny James seperti dikutip The Sun.

"Saya boleh menghabiskan ratusan pound tiap malamnya hanya untuk pesta semalaman dan membawa perempuan ke hotel," tandasnya.

Namun semua ini membuatnya merasa depresi dan menghancurkan bisnis tato yang selama ini.Pada akhirnya James pun menemui terapis Steve Pope, untuk menghentikan kecanduan seks yang ia alami.

Kini ia memiliki pasangan tetap dan memiliki bisni tato baru di Liverpool. James pun menyamakan kisahnya dengan pemain golf dunia Tiger Woods yang memiliki masalah kecanduan seks seperti dirinya. Menurut James penyakit ini bukanlah sebuah lawak seperti yang dianggap beberapa orang.

Saat mengikuti terapi James bahkan menemui seorang eksekutif wanita berusia 31 tahun yang tidur bersama 127 lelaki berbeza dalam waktu enam bulan. Keadaan ini bagi James tentunya membuktikan betapa kecanduan menjadi masalah penting bagi pria mahupun wanita.

Inilah bayi yang dikatakan anak Justin Bieber

Bayi itu bernama Tristyn Anthony Markhouse Yeater. Bayi laki-laki itu lahir pada 6 Julai 2011. Mariah Yeater, sang ibu, mengatakan bayi itu adalah buah cinta dengan Justin Bieber tahun lalu saat penyanyi remaja itu mengadakan konsert di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Yeater mengatakan malam itu dia didekati oleh para pengawal Bieber. Selanjutnya dia diminta datang ke belakang pentas, Yeater dan Justin Bieber mulai berciuman. Tak lama kemudian atas usulan Justin Bieber mereka pindah ke tempat yang lebih privsit. Versi lain disebutkan tempat itu adalah bilik mandi. Di sanalah mereka bercinta kilat selama 30 saat. Konon itu adalah percintaan pertama Justin Bieber. Justin saat itu menolak memakai kondom.

"Ada bukti kuat yang menunjukkan bahawa Justin Bieber adalah ayah dari bayi itu," kata Mariah. "Bukti itu akan kami buka di pengadilan." Mariah menuntut Justin Bieber bertanggung jawab atas bayi itu. Mariah menuntut bayi tersebut mendapatkan nafkah 7.500 poundsterling se bulan

Menurut dokumen pengadilan, Yeater mengaku ia diabaikan oleh orang-orang di dekat Bieber ketika merasa sudah mengandung. Ia menginginkan bintang itu memberikan jaminan ke bank senilai 3 juta poundsterling sebulan untuk menjalani ujian DNA.

"Ia sebenarnya orang yang jujur. Ia memiliki hati yang besar. Ia seorang anak yang baik dan ia mencintai bayi ini," kata datuk Yeater, Eddie Markhouse. Justin Bieber lewat Twitter-nya membantah tuduhan ini. "Sungguh menyedihkan mendengar seseorang melontarkan tuduhan palsu," katanya. Pengadilan baru akan mendengar tuntutan Yeater ini pada 15 Disember.

Sumber : tempointeraktif.com

Kesian...gadis pintar patah kaki hampir 50 kali

KUALA TERENGGANU: Dia gadis pandai tetapi diuji Tuhan dengan sepasang kaki istimewa yang terlalu rapuh hingga patah hampir 50 kali, menyebabkannya tidak lagi boleh berjalan.

Akibat kekurangan itu, Nurul Fatihah Hashim, 16, kini menjadi pemalu dan kurang keyakinan diri, sedangkan dulu dia murid cerdik dengan pencapaian 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mengekalkan keputusan baik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.


Untuk bergerak, Fatihah terpaksa menggunakan kerusi roda sambil kebiasaannya menyembunyikan kedua-dua kakinya kerana malu dan tidak sanggup diejek rakan sebaya.


Selain Fatihah, dugaan ini sebenarnya turut dikongsi bapanya, Hashim Omar, 53, abangnya, Asrul, 23, dan pasangan kembarnya, Mohd Syafiq, 16, cuma masalah Fatihah paling kronik.


Menurut Mohd Syafiq, kehadiran Aidilfitri atau Aidiladha dalam sejarah hidupnya tidak pernah seceria orang lain kerana mereka tidak boleh bergerak jauh seperti remaja lain, selain hidup serba kekurangan dengan keadaan kakinya yang rapuh.


“Sebenarnya saya sudah biasa begini, dulu ada pelajar sekolah mengejek memanggil kami penyu kerana keadaan kaki dan pergerakan saya seperti reptilia itu.



“Mulanya malu juga namun lama-kelamaan saya tidak peduli, cuma kakak yang masih malu mungkin kerana keadaan kakinya semakin teruk sejak kami membesar.


“Pernah satu ketika, kerusi roda kakak ditarik atau dihentak pelajar nakal menyebabkan kakinya patah, namun selepas insiden itu, kami tidak lagi diganggu kerana mereka takut melihat kesan yang kami tanggung akibat perbuatan mereka,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di Perkampungan Orang Kurang Upaya (OKU), Pulau Kerengga, Marang, dekat sini.


Syafiq mewarisi penyakit tulang rapuh daripada Ha- shim, menyebabkan organ kakinya patah tidak kurang 20 kali hanya kerana tersepak tunggul, tersepak kaki sendiri, terhentak, jatuh kerusi roda atau tersilap duduk dan akibatnya betisnya membengkok. Lebih memburukkan keadaan, kulitnya turut sensitif dan luka jika terkena seluar dipakai.


Bagaimanapun, Fatihah mengalami kesan paling teruk apabila kakinya patah hampir 50 kali, menyebabkan kedua-dua kakinya semakin melidi dan membengkok. Dia terpaksa mengengsot untuk bergerak atau berkerusi roda ketika di sekolah.


“Setiap kali patah, kami memerlukan dua hingga tiga bulan untuk kembali pulih dan keadaan itu menyebabkan pembelajaran kami terjejas, biasanya kakak yang sering mengulang kaji pelajaran di rumah, jadi tidak hairan dia mampu menjadi pelajar cemerlang,” katanya.


Syafiq dan Fatihah biasanya menjalani aktiviti bersama, menyebabkan mereka seakan-akan tidak dapat dipisahkan dan ia mungkin kerana perkongsian rahim kira-kira 15 tahun dulu, namun yang membezakan mereka ialah Fatihah kini menjadi semakin pemalu dan kurang keyakinan diri akibat kekurangan dialaminya.


Sebaliknya, Syafiq yang hanya mengalami sindrom itu pada kaki kanan dilihat tetap aktif walaupun pergerakan terbatas kerana masih mampu menggunakan sebelah lagi kakinya untuk bergerak.


Hashim pula berkata, sindrom itu dialami ketika dia berusia belasan tahun dan ia berjangkit pula kepada tiga daripada lapan anaknya.


“Saya bernasib baik kerana kerapuhan tulang saya hanya berlaku dari paras paha ke bawah, menyebabkan organ lain tidak terjejas dan akibatnya doktor menasihatkan kami sekeluarga minum susu khas untuk mengekalkan kekuatan tulang dan bukan untuk menguatkan tulang.


“Dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya tidak mampu membelanjakan setin susu RM50 seminggu tetapi bersyukur dengan apa yang diterima kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya sekeluarga,” katanya.


Katanya, ketiga-tiga anaknya mengalami sindrom tulang rapuh sejak berusia 18 bulan iaitu ketika mula belajar berjalan, sekali gus menjejaskan pembesaran mereka kerana tidak dapat bergerak aktif berikutan risau cedera terlanggar tunggul kayu atau anak tangga.


“Jika tersilap langkah, mereka terpaksa menanggung akibatnya antara dua hingga tiga bulan sementara menunggu kecederaan pulih semula. Fatihah kini menanggung rasa sakit dan malu yang teramat sangat kerana melalui kesan patah sehingga 50 kali, menyebabkan struktur kakinya semakin pipih seolah-olah akar kayu.


“Akibatnya, dia yang semakin meningkat remaja kini menjadi pemalu dengan kekurangan dirinya dan hanya tuhan dapat memahami perasaan kami sekeluarga kerana penyakit dialami tiada penawar,” katanya.


Akibatnya, empat beranak itu terpaksa menyusun langkah berhati-hati setiap hari supaya tulang tidak patah lagi akibat terlanggar objek, manakala Fatihah menggunakan sebiji bantal bagi memudahkannya mengengsot untuk bergerak dalam rumah.


Ketika di luar rumah, hanya kerusi roda menjadi teman dan Fatihah mula kurang bergaul dengan rakan, mungkin disebabkan kekurangan diri.


Hashim berkata, keluarganya menempuhi kesukaran hidup dengan penuh kesabaran dan saling menjaga antara satu sama lain bagi mengelak ditimpa kemalangan.


“Sebenarnya saya bersyukur dengan keadaan ini kerana ada hikmah di sebaliknya. Ia serba sedikit membuktikan kesetiaan isteri, Nurzaimah Husin, 46, yang tetap bersama-sama menghadapi dugaan ini.


“Pengorbanan isteri dan anak sangat bernilai bagi saya, cukup dengan apa yang mereka tanggung, setiap kali Aidiladha, saya memanjat kesyukuran dengan kesanggupan mereka berkorban keinginan untuk hidup senang seperti orang lain.


“Kadangkala saya hampir putus harapan kerana tidak mampu memberikan kelengkapan atau keperluan mewah kepada mereka.


“Namun apakan daya, dengan kudrat yang tidak seberapa, kami sekeluarga masih dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan bantuan bulanan RM300 daripada JKM,” katanya.

sumber : myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved