Cuba Lakukan Ini: Taip "do a barrel roll" di Google

on 04 November 2011

Kru Google memang terkenal dengan kekreatifannya dalam menyisipkan beberapa "rahsia" aneh dalam sistem pencari mereka. Hari ini ada ribuan orang yang mencari "do a barrel roll" di halaman google.com, maHu tau apa hasilnya? Silakan cuba sendiri...disini

Update:

Cuba juga beberapa kata rahsia lainnya berikut ini:
  • tilt.
  • the lonliest number.
  • recursion.
  • once in a blue moon.
  • anagram.
  • ascii art.
  • askew.
  • answer to life, the universe, and everything.


via: reddit / imgur

Wanita-wanita dengan Organ Kelamin Paling Unik

Tak ada wanita yang memiliki organ kelamin vagina dengan bentuk sama , setiap wanita memiliki keunikan masing-masing. Tapi beberapa wanita diyakini memiliki vagina paling unik. Siapa saja? Vagina adalah saluran berbentuk tabung yang menghubungkan uterus ke bahagian luar tubuh wanita.



Tak hanya pada lelaki, bentuk dan ukuran organ intim wanita juga sering diperbincangkan, terutama yang berkaitan dengan kepuasan seksual. Berikut 7 wanita yang memiliki vagina paling unik, seperti dilapor Huffingtonpost, Khamis (3/11/2011): (diedit : borak kosong)

1. Wanita dengan 2 vagina

Ada beberapa wanita yang memiliki 2 vagina, salah satunya adalah Lauren Williams. Wanita ini terlahir dengan kelainan langka bicornuate uterus, yang membuatnya memiliki dua vagina, dua rahim dan juga dua leher rahim (serviks).

2. Wanita yang berhubungan dengan 620 lelaki dalam 1 hari

Pada tahun 1999, bintang filem dewasa Houston berhubungan seks dengan 620 lelaki dalam satu hari, yang dikatakan sebagai 'gang bang' (berhubungan seksual dengan beberapa orang secara bergantian) terbesar di dunia.

3. Wanita dengan vagina terkuat di dunia

Tatiata Kozhevnikova memiliki vaginanya terkuat di dunia. Organ intimnya tersebut dapat mengangkat beban hingga 14 kg. Ia bahkan terdaftar di Guinness World Records dan memiliki barbel spesial untuk vagina.

4. Wanita tanpa vagina

1 dari 4.000 perempuan terlahir dengan kelainan bawaan yang membuat vaginanya tidak berlubang. Secara eksternal, area genital wanita dengan kelainan ini normal, dengan klitoris, labia dan uretra, tapi di bahagian vagina hanya ada lekukan kecil yang tidak berlubang. Beberapa perempuan yang terlahir dengan keadaan ini lebih memilih melakukan operasi.

5. Tradisi memanjangkan labia pada wanita Rwanda

Di Amerika, banyak wanita menjalani operasi plastik untuk mengecilkan labia (bibir vagina) yang disebut labiaplasty. Tapi di Republik Rwanda, Afrika bagian tengah, wanita-wanita sengaja meregangkan labia. Dalam budaya mereka, labia yang memanjang dianggap sebagai aset yang dapat menghasilkan kepuasaan seks yang lebih baik.

6. Wanita dengan vagina terdalam dalam sejarah

Anna Swan (1846-1888) dilaporkan sebagai pemilik vagina terdalam yang pernah tercatat dalam sejarah, iaitu sepanjang 37,5 cm. Hal ini tidak begitu menghairankan kerana tinggi wanita ini mencapai 2,27 m sehingga organ-organ tubuhnya pun berukuran besar.

7. Wanita dengan rambut kemaluan terpanjang

Maoni Vi dari Capetown, Afrika Selatan dilaporkan memiliki kemaluan terpanjang dengan ukuran mencapai 28 inci (71,12 cm).

Sumber : detikhealth.com

Pakai Ducati, Tiga Anak Bob Marley Keliling Afrika Selatan

JOHANNESBURG - Dalam membuat sebuah filem dokumentari untuk Discovery Channel, ketiga anak Bob Marley, Ziggy, Rohan dan Robbie Marley berkeliling Afrika Selatan (Afsel) dengan menunggani Ducati Multistrada 1.200.

Filem dokumentari yang berjudul Marley Africa Road Trip ini akan menceritakan akan-anak Bob Marley kembali ke tanah kelahiran ayahnya dan bertemu masyarakat, hidupan liar dan musik asli benua itu, yakni reggae.

Seperti dilapor Reggaefilms, Khamis (3/11/2011) selama perjalanan ketiganya menggunakan motor Ducati yang lengkap dengan touring dan peralatan lainnya (diedit:borakkosong). Perjalanan tersebut terinspirasi oleh ayahnya yang 30 tahun silam pernah melakukannya untuk konsert perayaan kebebasan di Zimbabwe.

”Johannesburg merupakan kota yang megah. Semua masyarakatnya ingin memberikan sebuah gagasan yang berbeza. Menjelajahi negeri ini sama saja kita menonton permainan bolasepak Brazil yang tidak pernah memberikan kekecewaan,” ungkap Ziggy.

Lebih lanjut, Ducati Multistrada yang digunakan ketiga anak Bob Marley tersebut berkapasiti 1.200 cc yang mampu menghasilkan tenaga hingga 150 HP pada 9.250 rpm dan torsi 118,7 Nm pada 7.500 rpm. Multistrada 1.200 cc ini merupakan generasi keenam yang dilancarkan pada 2003 dengan mesin 1.000 cc.
(ian)

http://autos.okezone.com/read

Lelaki 70 tahun ini tak puas lagi berhubungan seks dan ingin lakukan lagi sebanyak 15 ribu kali sebelum meninggal dunia

Roberto Cavalli memang sudah berusia 70 tahun, tapi kenyataan tersebut tidak membuatnya ingin 'pencen' dari aktiviti ranjang. Saat ditemui di pembukaan butik barunya di Jepun, dia mengungkapkan perasaannya kepada WWD tentang kekuatan brandnya di pasar Asia. Designer berdarah Itali tersebut juga mengungkapkan tentang impiannya untuk berhubungan seks sebanyak 15.000 kali sebelum dia meninggal.

"Saya masih muda. Saya masih akan hidup 50 tahun lagi," kata Cavalli. Dalam wawancara tersebut, Cavalli juga melakukan perhitungan matematik dan memperkirakan bahawa dirinya akan melakukan hubungan seks sebanyak 15 ribu kali sebelum kematiannya di umur 120 tahun. Cavalli memang cukup berani untuk bermimpi.
Cavalli juga mengungkapkan bahawa usia bukan halangan untuk mendapatkan penggemar wanita, mengingat rancangannya memang cenderung disukai oleh wanita-wanita muda. Cavalli memang sering terlihat bersama-sama artis-artis muda seperti Solange, Bar Rafaeli dan Britney Spears.

Pernyataan-pernyataan Cavalli memang selalu menghebohkan. Pada musim panas kelmarin di sebuah acara red carpet di London, Cavalli menyatakan bahawa dengan menjadi lelaki straight (diedit : borakkosong), dia boleh menjadi desainer yang lebih baik.

"Di dunia saya, iaitu dunia fashion, hanya saya yang straight. Dan dengan menjadi lelaki straight saya boleh menjadi desainer yang lebih baik, kerana saya mengerti apa yang wanita inginkan. Itu boleh dilihat dari sisi kewanitaan dan kelembutan mereka. Dengan beginilah saya merasa bahagia."

Pada acara lain di bulan Jun 2010, Cavalli juga mengungkapkan inspirasinya untuk merancang busana wanita. Seperti yang dikutip oleh Harper's Bazaar, dia berkata, "Tentu saja saya memikirkan wanita cantik yang sedang berpakaian, itulah cara saya untuk menghasilkan rancangan, bukan bermasturbasi memikirkan fashion."

Lelaki ini dilarang untuk berada didepan jendela kaca bilik tidurnya dalam keadaan telanjang selama 10 tahun

Seorang lelaki dilarang berdiri sambil telanjang di jendela kaca bilik tidurnya.

Mark Benfold, 34, naturist yang hobinya berbogel di jendela bilik tidurnya yang berukuran besar dari kaca sehingga dirinya dilarang untuk melakukan hal itu selama 10 tahun.

Mark membuat seorang murid sekolah dan sejumlah wanita yang melalui rumahnya ketakutan.

Penduduk Ashford, Kent itu sudah diperingatkan oleh polis setelah adanya keluhan daripada penduduk namun dirinya mengabaikannya dan akhirnya ditahan .

Saat di tahanan, Mark setuju kalau para saksi mungkin merasa terancam dengan kelakuannya , namun menurutnya aksi-aksinya itu merupakan sebahagian dari fantasi seksual yang dia miliki tentang memulai hubungan dengan para wanita yang ‘menyukai apa yang mereka lihat’.

Mark pun dihukum dengan community supervision order selama 36 bulan dan diinstruksikan untuk melakukan program perawatan berkait hobinya itu.Hakim James O’Mahony mengatakan,” pemenuhan/pemuasan seksual mu yang tak biasa itu membuat marah orang lain.”

Pelik..lelaki berwasiat ingin berdiri walaupun sudah mati



Seorang lelaki berusia 24 tahun dari Puerto Rico punya permintaan terakhir yang aneh.
Angel Pantoja, sebelum kematiannya meminta untuk tetap boleh berdiri, bahkan setelah ia mati.

Permintaan itu kemudian dikabulkan oleh keluarga Angel. Dengan proses pembalseman Angel, yang dipakaikan topi Yankees dan kaca mata, berdiri tegak di ruang tamu rumah ibunya selama 3 hari.

Saudara Angel, dalam laporan surst khabar El Nuevo Dia mengatakan, ”Dia ingin bahagia, berdiri.” (ananova.com)

Lelaki tersangkut di buaian kanak-kanak selama 9 jam kerna bertaruh

Seorang lelaki AS tersangkut atau tersekat di buaian kanak-kanak selama 9 jam setelah melakukan pertaruhan sebanyak $100 dengan teman-temannya.

Lelaki berusia 21 tahun itu tersangkut dibuaian selama 9 jam di Blue Rock Springs Park setelah melakukan taruhan sebanyak $ 100 jika dirinya boleh masuk/sesuai ke buaian kanak-kanak itu.

Untuk masuk ke ayunan itu lelaki tersebut tak mengalami banyak masalah kerana dirinya menggunakan deterjen pencuci mesin basuh untuk masuk ke kerusi ayunan, tapi kemudian dirinya tersangkut dan teman-temannya meninggalkannya.

Akhirnya dia bebas setelah diselamatkan petugas PMK, yang memotong rantai-rantai dan membawanya ke hospital terdekat.

Stesen TV yang siarkan payudara Janet tak didenda

PHILADELPHIA, Amerika Syarikat (AS) – Sebuah mahkamah rayuan di AS kelmarin membatalkan keputusan sebuah agensi persekutuan, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) yang mahu mendenda stesen televisyen CBS Corp sebanyak AS$550,000 (RM1.72 juta) kerana menyiarkan insiden payudara Janet Jackson terdedah semasa penyanyi itu sedang melakukan persembahan pada satu perlawanan bola sepak Amerika Super Bowl pada 2004.

Dalam penghakimannya, mahkamah rayuan di sini menyatakan, pelaksanaan denda tersebut menyimpang daripada dasar FCC untuk memberi pengecualian terhadap insiden lucah yang berlaku secara spontan dan singkat.

Satu kenyataan FCC menyatakan ia kecewa dengan keputusan tersebut tetapi bertekad akan menggunakan semua peruntukan undang-undang yang ada bagi memastikan agar media penyiaran AS tidak menyalahi kepentingan awam ketika melakukan penyiaran.

Payudara kanan Janet terdedah semasa hampir 90 juta penonton televisyen menontonnya.

Ia terdedah selepas penyanyi pop, Justin Timberlake secara tidak sengaja telah mengoyakkan coli Janet semasa mereka membuat persembahan pada waktu rehat perlawanan sukan popular itu. – Reuters

sumber : kosmo online

Soalan sejarah buat lelaki ini jadi jutawan

NEW DELHI, India - Soalan yang menyebabkan seorang kerani miskin dari timur India, Sushil Kumar menang AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam program kuiz televisyen popular Who Wants to Be a Millionaire? versi India musim kelima akhirnya didedahkan.

Soalan itu ialah: "Kuasa penjajahan yang manakah menamatkan penglibatannya di India dengan menjual haknya ke atas Kepulauan Nicobar kepada Britain pada 16 Oktober 1868?"

Jawapannya ialah Denmark.

Soalan itu dikemukakan oleh hos, Amitabh Bachchan yang juga seorang pelakon legenda Bollywood.

Pada minggu lalu, Kumar diumumkan sebagai pemenang.

Bagaimanapun, penerbit tidak mendedahkan soalan yang membawa kemenangannya itu sebelum rakaman program berkenaan disiarkan kelmarin.

Kejayaan pemuda berusia 27 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire yang pernah memenangi beberapa anugerah Oscar.

Filem arahan Danny Boyle itu mengisahkan seorang remaja miskin yang menjadi kaya selepas dia berjaya menjawab semua soalan kuiz Who Wants To Be A Millionaire? seperti yang berlaku kepada Sushil. - Agensi

sumber : kosmo online

Pencuri perempuan di China ini dibogel dan dipermalukan didepan orang ramai



sumber : stomp.com.sg

A mob caught a female thief red-handed in the city of Taizhou in China's Zhejiang province and went on to rip off her top and bra before writing 'I am thief' on her back with a marker. They also physically assaulted her.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved