Lelaki ini hanya boleh melukis dalam keadaan mengigau

on 24 Oktober 2011

Ada-ada saja bakat terpendam yang dimiliki oleh lelaki ini, kalau boleh disebut demikian. Lee Hadwin hanya dapat melukis saat ia tengah lelap tertidur alias mengigau. Saat ia terjaga, meskipun di tuding dengan senjata di kepalanya ia tak akan mampu menghasilkan sebuah lukisan pun. Sungguh aneh tapi nyata.

Bakat unik ini disedarinya saat ia berusia empat tahun. Saat itu ia sering berjalan sambil tidur dan melukis di perabot di rumahnya. Dari dinding hingga meja kuno milik keluarga yang telah menjadi harta turun-temurun telah menjadi korban hasil karya tangannya. Hal ini tentu saja tidak selalu menyenangkan hati ibunya.

Beberapa hasil karyanya bahkan menyulitkan dirinya sendiri ketika saat bangun ia mendapati dirinya telah melukisi tangga rumah bahkan menggunting seluar jeans terbagus yang dimilikinya.

Namun hingga saat ini Hadwin telah menghasilkan hampir 200 ‘lukisan tidur’ dan berhasil menjualnya ke sejumlah kolektor dengan harga yang fantastik, mencapai ratusan ribu poundsterling.

Hadwin sendiri tidak mengetahui bagaimana caranya ia melakukan semua hal itu. Namun ia yakin saat tidur ada roh yang sedang berkomunikasi dengannya dari alam lain. Para pakar tidur sendiri berpendapat boleh jadi keadaan ini disebabkan oleh trauma psikologi yang disebabkan kematian teman Hadwin saat ia masih kecil.

Saat kreatif Hadwin biasanya muncul setelah ia meminum minuman keras dan dalam keadaan mabuk. Sehingga saat ia terbangun, ia tak ingat lagi apa yang telah dilakukannya. Teman-temannya sempat merakam aksinya saat sedang menggambar dalam tidur.

“Teman-teman pernah merakam saya dan saya merasa sangat malu ketika melihat diri sendiri dalam keadaan mabuk,” ujar mantan perawat itu.

Beberapa orang menganggapnya tidak bisa disebut seniman. “Kamu bukan seniman karena seniman harus dalam keadaan sedar untuk memproduksi karya seni,” ujar Hadwin menirukan komen orang.

Hadwin sendiri tidak bermasalah dengan sebutan seniman atau tidak kerana pada dasarnya ia sama sekali tidak tertarik pada seni. Sungguh sebuah bakat unik yang tidak semua orang memilikinya.[jawaban.com]

Hebat..Seekor Tokek Pemberani Menyelamatkan Kawannya dari Lilitan Seekor Ular

Terkadang alam menunjukkan kepada kita arti pentingnya sebuah persahabatan, dan bagaimana seharusnya yang kita lakukan jika seorang sahabat sementara dalam kesulitan.

Mungkin inilah yang cuba ditunjukkan oleh tokek ini yang dengan beraninya melawan seekor ular untuk menyelamatkan sahabatnya.

Dalam video berdurasi dua minit ini, terlihat seekor tokek berada dalam keaadaan tak berdaya ketika dililit seekor ular. Namun beruntungnya, sang sahabat yang melihat kejadian tersebut dengan beraninya bertarung dengan sang ular dan akhirnya berhasil menyelamatkan cicak malang tersebut dari kematian.


Video... Inilah Kisah Komedi 1987 Sebut Khadafi Tewas 2011

Kematian diktator yang berkuasa di Libya selama 42 tahun, Moammar Khadafi, mengejutkan banyak pihak. Rupanya tidak semua orang terkejut dengan kematian Khadafi yang terjadi di tahun 2011. Ada acara komedi yang ditayangkan pada 1987. Acara komedi atau sitkom yang diputar sekitar 24 tahun lalu itu berhasil meneka tahun kematian Khadafi.



Situs berita TIME menayangkan kembali video yang telah ditayangkan 24 tahun lalu. Adegan itu dibuka dengan permainan parodi yang memainkan peranan Khadafi ialah Matthew Perry dan penjaga pintu syurga St. Peter yang dimainkankan Josep Maher.

Yang menjadi sorotan adalah tayangan parodi berjudul "Second Change" itu mengambil setting tarikh 29 Julai 2011. Dalam adegan itu terlihat, St. Peter bertugas memberikan arahan apakah seseorang akan masuk syurga atau neraka.

Penilaian St. Peter itu tergantung kebaikan yang dilakukan seseorang. Dalam tayangan itu diperlihatkan, tiba-tiba Moammar Khadafi muncul di hadapan St. Peter. "Oh tidak, kau mati. Kau benar-benar mati," kata St. Peter yang langsung disambut ledakan tawa penonton.

Mengejutkan

Dalam tayangan satir itu, Peter menilai Khadafi. Hasil penilaiannya, Khadafi dijatuhi hukuman kekal di neraka. "Tapi sangat mustahil saya mati," kata si Khadafi. Tidak hanya itu, Santo Peter memberitahukan bahawa Khadafi akan menghabiskan sisa waktunya dengan bom yang menempal di badannya.

Bom itu disebutkan akan meledak setiap dua minit. Ini merupakan hukuman kepada Khadafi kerana kerap memerintahkan kematian orang tak bersalah dengan menggunakan bahan peledak.

Cerita komedi itu memang di luar perkiraan semua pihak. Meski tanggal dan bulan melencong, tapi tahun kematian Khadafi diprediksi tepat. Khadafi tewas dalam sebuah pertempuran di Kota Sirte, Khamis 20 Oktober 2011.


Hebat..Di Jepun bra lama dijadikan bahan bakar

Apa yang Anda lakukan dengan bra-bra lama yang sudah tak terpakai? Dibuang begitu saja? Ternyata, bra-bra bekas tersebut masih boleh dimanfaatkan. Siapa sangka ternyata bra bekas boleh didaur ulang jadi bahan bakar.

Seperti yang dilakukan oleh perusahan pakaian dalam, Triumph International Jepun Ltd. Setiap bulan April dan Mei, Triumph Jepun menyediakan bekas beg untuk membuang bra di berbagai toko pakaian dalam.

Sehingga, para pelanggan boleh meletakkan bra mereka yang sudah tak terpakai dalam kantong tersebut. Nantinya, besi pada bra akan dikeluarkan, lalu bra dibakar.

"Tak hanya pertimbangan untuk melestarikan lingkungan, kami ingin mengurangi perasaan cemas dan bingung para wanita yang ingin membuang bra lamanya," kata juru bicara Triumph, dikutip dari Japan Times.

Program ini sebenarnya sudah diperkenalkan sejak 2008, tapi, baru efektif pada 2009. Saat itu lebih dari 200 ribu bra terkumpul dan diubah menjadi 14 ton bahan bakar, yang dalam industri domestik disebut 'refuse paper and plastic fuel' atau RPF. Ini merupakan bahan bakar yang terbuat dari sampah kertas, plastik dan serat seperti yang terdapat pada bra.

Tak hanya Triumph yang melakukan program 'bakar bra' ini. Perusahaan pakaian dalam wanita, Wacoal, juga melakukan hal yang sama. Bra yang dikumpulkan Wacoal mencapai 179.200 buah dan berhasil menghasilkan 17,9 ton bahan bakar RPF.

J.Lo tinggalkan pentas kerana menangis semasa nyanyi lagu cinta

UNCASVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez meninggalkan pentas di sebuah auditorium yang dipenuhi penonton di sini kerana dia menangis semasa menyanyikan lagu mengenai cinta, lapor sebuah akhbar semalam.

Lopez yang berusia 42 tahun membuat persembahan di auditorium Mohegan Sun Arena di sini ketika kejadian itu berlaku kelmarin.

Penyanyi tersebut yang terkenal dengan panggilan JLo menyanyikan lagu I You Had My Love.

JLo memberitahu penonton bahawa lagu tahun 1999 itu merupakan lagu pertama yang dihasilkannya berkaitan dengan cinta.

Penyanyi itu yang pernah beremosi kemudian mengejutkan penonton dengan pertanyaan: "Apakah itu cinta."

Sebelum dia menambah dengan menyatakan: "Selepas lagu terakhir saya mengenai cinta, banyak yang telah berubah sejak itu."

Lagu I You had My Love dihasilkannya semasa dia menjalin hubungan dengan penyanyi rap, P. Diddy.

Pasangan itu berdepan dengan hubungan yang berkocak selama tiga tahun sebelum JLo berkahwin dengan penari sokongan, Chris Judd.

Penyanyi itu kemudian menjalin hubungan dengan aktor, Ben Affleck sebelum terputus walaupun mereka hampir berkahwin.

Selepas episod sedih itu, dia berkahwin dengan penyanyi Latin, Marc Anthony.

Bagaimanapun, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka pada Jun lalu.

Menurut seorang saksi: "Pada penghubung nyanyiannya, dia mula sebak dan terpaksa mengambil sedikit masa untuk kembali tenang.

Saksi itu berkata kepada laman hiburan RadarOnline.com, dia kemudiannya menangis dan berlari dari pentas. - Agensi

sumber : kosmo online

Penangan silat Tok Ghani buat penyamun cabut lari

JERTIH: Seorang warga emas terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum berjaya membuatkan penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk ke rumahnya melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.


Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya.


“Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.


“Walaupun uzur saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini, semalam.


Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri manakala dia dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, bagaimanapun dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi semalam.



Abd Ghani yang luka di dada dan bahu akibat pergelutan itu menerima 10 jahitan di bahagian terbabit.


“Saya dan isteri yang menghidap penyakit lumpuh tidak menyangka penyamun sanggup memecah masuk rumah kerana kami tidak memiliki barang berharga,” katanya.

sumber : myMetro

Jawapan kanak-kanak pada tahun 1984 bila ditanya tentang komputer

Beginilah anak-anak di Sesame Street pada tahun 1984 menjelaskan tentang apa itu komputer. Dimana mereka dengan selamba menjawab bahawa komputer adalah sesuatu yang mempunyai tombol dan digunakan untuk membuat desain dan gambar.

Selain itu, ada juga komen-komen lucu lainnya dari kanak-kanak yang terakam dalam video dibawah ini


Boleh tempah awek melalui internet dan sms

SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.

Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.



Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.

sumber : myMetro

Adegan korek dan j***t budak sekolah tepi jalan

aksi-korek_jilat1

Adakah ini pengaruh keadaan sekeliling atau terlebih bebas pergaulan?Malang kalau generasi muda kita berkelakuan seperti ini.Rosak kehidupan bila nafsu menguasai diri...

sumber gambar : bestoneoffour.wordpress.com

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved