Selamatkan Anak Kecil, Anjing Kampung Jadi Pahlawan

on 09 Oktober 2011


Seekor anjing kampung di Brasil menjadi pahlawan ketika mengalahkan seekor anjing pit bull yang menyerang kanak-kanaj perempuan berusia tiga tahun.

Ibu anak perempuan tersebut, Kenya Suelen Rodrigues mengatakan, seekor anjing pit bull masuk ke rumahnya yang terletak di Campo Grande dan menyerang puterinya. Namun anjing tersebut mendapatkan perlawanan dari Fluffy, seekor anjing kampung miliknya.

"Ia adalah pahlawan, tanpanya, saya tidak akan tahu apa yang terjadi," ujar Rodriguez, seperti dikutip Newscore, Jumaat (7/10/2011).

Kedua anjing itu pun melakukan perkelahian di jalan. Para warga pun melemparinya batu dan kayu untuk menghentikan perkelahian anjing tersebut. Perkelahian itu berhenti ketika sebuah kereta melanggar anjing pit bull.

Anjing kampung dan juga pit bull itu mengalami luka, dan gadis kecil korban serangan pit bull itu sangat terkejut.

Fluffy nampak beruntung dalam perkelahian itu. Dirinya selamat ketika berkelahi dengan anjing petarung.

"Ia pasti memiliki sembilan nyawa," ujar Rodriguez.

Sumber : http://international.okezone.com

Gila..Demi Beli Cincin Tunang Lelaki Ini Sanggup Jual Ginjalnya


Rela mati demi cinta. Nampaknya itulah yang membuat seorang lelaki asal Ukraine nekad menjual ginjalnya demi membeli sebuah cincin pertunangan seharga £12.300 ribu seperti dikutip dari mirror.co.uk.
Lelaki itu mungkin berfikir kekasihnya akan bertambah cinta saat dilamar dengan cincin indah yang supermahal. Alih-alih membuat kekasihnya bahagia, ia justru diputus kekasihnya. Sang kekasih marah dengan keputusannya yang membahayakan kesihatan.

Street Journal menyebut bahawa penjualan organ manusia telah menjadi bisnis yang menguntungkan di beberapa negara, sejak kesan kejatuhan ekonomi global.

Di Inggris misalnya, bukan hal mengejutkan lagi jika menemukan iklan penjualan ginjal di internet. Beberapa bahkan menentukan calon pembeli harus siap untuk membayar setidaknya £1.000 untuk biaya perjalanan ke luar negeri, ditambah tiket pesawat dan £1.200 atau sekitar biaya tambahan mengingat banyak ahli bedah yang enggan melakukannya kerana alasan hukum dan faktor risiko..

Sejumlah investigasi mengungkapkan bahawa penjualan ginjal pernah menembus angka £25.000 . Sebahagian besar pelaku nekad menjual ginjal kerana faktor ekonomi. Meski tak dipungkiri faktor ekonomi menjadi motivasi utama, namun mereka juga beralasan ingin berkontribusi menyelamatkan para pesakit yang memerlukan organ.

Jun lalu, kes penjualan ginjal juga sempat membuat heboh. Seorang remaja 17 tahun dari China rela menjual ginjalnya seharga £2.000 demi membeli komputer tablet iPad 2. Ia melakukan operasi pengangkatan ginjal di sebuah hospital di kawasan utara kota Chenzhou, Provinsi Hunan.

Perdagangan organ masih jamak di China, meskipun pemerintah setempat berulang kali mencuba membasmi praktik tersebut. Tahun lalu, sebuah stesen televisyen di Jepun mengungkap bahawa sekelompok 'pelancung transplantasi' berhasil mendapatkan ginjal baru di China seharga £5.000 .

Inilah blogger cantik dan popular di Norway

Cantiknya blogger cantik dari Norway. Namanya Emilie Nereng, namun orang kerap memanggilnya Voe. Dialah blogger popular dari Norway yang cantik dan ramah. . Dan inilah wajah cantik Voe:




Wow..sekolah rendah di Britain guna anjing untuk Tingkatkan Ketrampilan Berbicara Murid

Untuk membantu meningkatkan keterampilan berbicara para muridnya, sekolah dasar (sekolah rendah) Gawsworth di Cheshire, Britain, menggunakan sebuah metode khusus sekaligus unik, iaitu dengan menggunakan bantuan Hollie, yang tidak lain adalah seekor anjing Labrador.

Anjing hitam berusia sepuluh tahun ini mengunjungi sekolah tersebut sekali dalam seminggu pada tengah hari untuk duduk, diam, dan mendengarkan anak-anak membaca buku kesukaan mereka.

Projek ini merupakan sebahagian dari program yang dilancarkan oleh sebuah lembaga amal Haiwan peliharaan Sebagai Terapi (PAT), yang menyediakan haiwan untuk kunjungan terapi di sekolah-sekolah, hospital dan pusat perawatan.

“Penelitian telah menunjukkan bahawa ramai anak merasakan bahawa membacakan cerita adalah suatu pengalaman menakutkan, tetapi ketika membaca untuk anjing tekanan yang pada mereka hilang.” tutur guru besar sekolah, Pam Childs.

Murid Lucy Holland,9 tahun , berkata: “Aku mencintainya, dia benar-benar hebat. Saya ingin membaca untuknya.” tutur Lucy Holland (9), salah seorang murid.

Frances Gregory (50), ibu dua anak yang merupakan Majikan Hollie, mendengar kegiatan amal tersebut dan memutuskan bahawa itu adalah pekerjaan sempurna bagi Hollie.

“Saya berfikir ini merupakan pekerjaan yang sempurna untuknya (Hollie). Selain terlatih, ia juga lembut dan sangat mencintai anak-anak.” tutur instruktur renang dari Henbury ini.

Sumber : dailymail

Dua beradik goda lelaki dilaman sosial,tawar pakej urutan berahi


KUALA LUMPUR: Taktik mereka licik. Dengan memaparkan gambar seksi dan menawan dalam laman sosial, dua beradik ini berusaha menjerat lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami atau golongan berada untuk menampung kehidupan mereka.

Mereka menjaja kisah hidup sedih semata-mata untuk memerangkap mangsa, dengan seorang mendakwa ditinggalkan suami manakala seorang lagi melahirkan anak luar nikah selepas kekasih enggan bertanggungjawab dan melarikan diri.

Lelaki yang terperangkap akan ditawarkan pakej urut berahi dengan bayaran tertentu. Jika tidak mahu menerimanya, urut biasa disediakan asalkan berbayar.

Perbuatan tidak bermoral dua beradik itu didedahkan kepada Metro Ahad oleh Azli, 36, yang berstatus suami dan nyaris menjadi mangsa selepas berkenalan dengan mereka menerusi laman sosial.



“Saya cuma mahu berkawan, tapi lama-lama mereka mula tunjukkan taring dan belang mereka,” kata Azli.


Menurut Azli, dua beradik itu yang memperkenalkan diri mereka sebagai Liza, 27, dan Anis, 25, memang bijak meraih simpati daripada mangsa, terutama golongan suami, dengan mendakwa terpaksa melakukan kerja urut itu untuk menanggung anak serta bayi masing-masing selepas ditinggalkan pasangan.

sumber : myMetro

Gadis Ini Diperkosa Dan Dikuburkan Hidup-Hidup

4
Kisah ini sungguh ajaib. Gadis 10 tahun yang diperkosa dan dikubur hidup-hidup oleh sepupunya, 21 tahun, bangkit kembali. Ia keluar dari kuburan yang tak terlalu dalam, lalu kembali ke rumah orang tuanya dan melaporkan kejahatan itu ke pihak berwajib.

Kejadian ini terjadi di desa terpencil di Kota Magpet, Cotabato Utara, Filipina, Rabu, 5 Oktober 2011. Menurut Ketua polis Magpet Inspektur Polisi Roberto Ocumen, awalnya pelaku yang bekerja sebagai petani mengajak mangsa berbual di luar rumah.

Pelaku yang diketahui bernama Dennis Quilaton ternyata memendam birahi terhadap sepupunya itu. Tak lama berbincang, Dennis memukul korban dengan benda keras. Dalam keadaan tak sedar, tubuh mungil itu diseret ke rerumputan dan pelaku pun memperkosanya.

"Pemerkosa lalu menguburnya di tanah yang tidak terlalu dangkal dan menutupi dengan daun pisang," ujar Ocumen dalam incuirer.ner. Tanpa diketahui pelaku yang segera meninggalkan lokasi penguburan, sang gadis ternyata masih sedar. Ia merangkak ke permukaan tanah. Pihak polis belum tahu berapa lama remaja perempuan ini bertahan di dalam tanah.

Akhirnya, remaja ini bertemu tetangga yang kemudian menghantarnya kembali ke rumah dan menemui orang tuanya.

okezone.com

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved