Ada anjing di Jepun yang suka senyum kalau bertemu majikannya

on 01 Oktober 2011


Di Jepun terdapat seekor anjing yang sangat lucu bernama Chii, seekor Shiba inu (jenis anjing dari Jepun) yang dapat kamu temui di daerah Okayama. Anjing ini mempunyai keunikan..apabila dia dekat majikannya,mimik wajahnya menjadi tersenyum.

Wow!! Wanita Ini Memiliki Payudara bernilai US$ 1 JUTA


Mungkin bagi sebahagian orang terutama yang bekerja dengan tampilan diri lebih utama akan menganggap organ tubuh sesuatu hal yang penting dan punya nilai strategik sendiri. Itu pula yang terjadi dengan salah seorang selebriti dari negeri uncle sam ini. Bekas kekasih bos Playboy Hugh Hefner, Holly Madison, menginsuranskan payudaranya senilai 1 juta dolar Amerika Serikat di syarikat insurans Lloyd’s of London, seperti diungkapkannya kepada majalah People. Madison mengungkapkan, keputusan untuk melakukan hal tersebut dilakukan demi melindungi diri sendiri dan pihak lain yang tergabung di produksi Peepshow yang dibintanginya di Las Vegas.

Baginya payudara merupakan aset yang sangat berharga oleh kerananya penting untuk diinsuranskan.

“Jika terjadi sesuatu pada dada saya, saya kemungkinan akan keluar dan memerlukan waktu beberapa bulan. Saya kira diperlukankan sekitar satu juta dolar,” ungkap Madison. “Saya harus melindungi aset-aset milik saya,” sambung dia. Madison mengaku “berhutang” besar pada operasi bedah plastik. Pada 2001, Madison melakukan operasi plastik untuk mengubah ukuran payudaranya dari A-cup size menjadi D-cup size. “Operasi payudara ini telah mengubah hidup dan karier saya,” katanya

Bintang berusia 31 tahun yang memperoleh ketenaran kerana menjadi salah satu kekasih dari pendiri majalah Playboy, Hugh Hefner, di salah satu siri televisen The Girls Next Door bukanlah satu-satunya selebriti yang menginsuranskan bahagian tubuhnya. Beberapa bintang filem seperti Betty Grable dan Angie Dickinson, mahupun bintang televisyen Angie Everhart dan Mary Hart, masing-masing menginsuranskan kaki mereka senilai 1 juta dollar Amerika.

Madison juga menjadi salah satu pesreta dalam tayangan televisyen Dancing With the Stars sebelum keterlibatannya dalam pertunjukkannya di Las Vegas. (Sumber)

Papan iklan tunjuk lelaki londeh seluar hingga hampir nampak kemaluan buat orang ramai marah


SINGAPURA - Sebuah papan iklan di sini menimbulkan kontroversi kerana memaparkan gambar seorang model lelaki melondehkan seluar yang dipakai sehingga hampir menampakkan kemaluannya.

Papan iklan gergasi itu terletak di luar kedai jenama fesyen dari Amerika Syarikat (AS), Abercrombie and Fitch di kawasan pusat beli-belah di Orchard Road di pusat bandar raya ini.

Sebuah badan pemantau pengiklanan tempatan telah meminta pihak bertanggungjawab supaya menurunkan papan iklan berkenaan.

Badan berkenaan bertindak demikian selepas media Singapura menyiarkan aduan orang ramai yang melabel papan iklan itu sebagai tidak senonoh. - AFP

sumber : kosmo online

Pecah lubang kerana facebook


LONDON: Seorang lelaki yang mengamalkan bigami ditangkap selepas isterinya melihat gambar perkahwinan keduanya di laman Facebook.

Diane Haynes masih berkahwin secara sah dengan pemandu bas, Paul Haynes apabila dia melihat gambar perkahwinan suaminya di rangkaian laman sosial itu. Pendakwa raya, Andrew Scott memberitahu Mahkamah Agung Lincoln ketika pasangan itu berpisah, Haynes menjalin hubungan baru bersama Sandra Jones sebelum mereka berkahwin secara sivil di Hotel George di Stamford, Lincolnshire pada 25 Jun tahun lalu.


Tiga bulan selepas itu, Diane menemui gambar berkenaan ketika melayari Facebook dan kemudian menghubungi polis.


Scott berkata, ketika Haynes mengatur perkahwinan keduanya, dia menipu timbalan pendaftar perkahwinan semasa mengisi borang mengatakan dia masih bujang dan tidak pernah berkahwin.


“Dia diminta mengesahkan sama ada dia pernah berkahwin sebelum ini dan mengatakan tidak.


“Penipuan itu terbongkar hingga September tahun lalu. Diane yang masih berkahwin dengan Haynes menemui beberapa gambar di Facebook menunjukkan perkahwinan defendan bersama Sandra.



“Perceraiannya dengan Diane masih diproses dan defendan adalah suami Diane ketika dia berkahwin dengan Sandra,” katanya.


Haynes, 38, dari Stonald Road, Whittlesey, Cambridgeshire mengaku bersalah di bawah Akta 1911 kerana membuat pengakuan palsu mengenai perkahwinan.


Dia dihukum penjara 16 minggu dan 80 jam khidmat komuniti serta didenda 250 pound (RM1,250). - DM

sumber : myMetro

Warung sediakan 'sajian goyang berapi'


KUALA LUMPUR: Sebuah warung di Jalan Ampang di sini mempunyai rahsia tersendiri untuk menarik pelanggan apabila ‘menghidangkan’ aksi berunsur ghairah dua penyanyi karaoke dipercayai wanita warga Indonesia pada setiap malam.

Warung yang terletak kurang 30 meter dari pencawang elektrik itu hanya menawarkan makanan dan minuman biasa, namun ‘gelek berahi’ dua penyanyi terbabit membuatkan ia sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu.

Pemantauan Harian Metro selama dua malam berturut-turut mendapati sebahagian besar pengunjung seolah-olah sukar menghabiskan segelas teh akibat terpukau tarian ghairah dua ‘artis residen’ warung itu melalui nyanyian lagu dangdut mereka.

Warung terbabit menyediakan pentas ringkas bagi kemudahan pelanggan yang mahu berkaraoke, tetapi persembahan dua penyanyi dangdut itu sentiasa ditunggu pelanggan.



Dua penyanyi berusia 20-an mendendangkan tiga hingga empat lagu dangdut dengan tarian gelek mengghairahkan sebelum berehat beberapa minit untuk memberi peluang kepada pengunjung berkaraoke sebelum menyambung persembahan mereka sehingga awal pagi.

sumber : myMetro

Nenek Perawan

KETIKA mencari gadis perawan di sebuah kota besar sama sulitnya seperti menemukan ketiak ular, seorang perempuan suku Cornish - kelompok etnik di kawasan Cornwall, Inggris - mengaku masih perawan pada usianya yang ke 105 ertinya nenek perawan di usia 105.




Clara Meadmore menyebutkan, dia memutuskan sebagai seorang anak untuk tidak menikah atau berhubungan seks, dan hingga kini tetap mempertahankannya.

Kepada surat khabar Daily Mirror, Clara mengatakan, "Saya tak pernah tertarik atau tergoda untuk berhubungan seks. Saya membayangkan terlalu banyak perjuangan yang harus dilakukan untuk itu, dan saya selalu disibukkan oleh hal lain."

Menurutnya, sumpah itu telah ia ikrarkan sejak masih berusia 12 tahun. Clara lahir pada 1903, menghabiskan masa mudanya di Mesir, Kanada, dan New Zealand sebelum kembali ke kampung halamannya pada usianya yang ke 20an untuk menjadi sekretari.

Ia menambahkan, "Saya tak pernah memiliki kekasih ataupun terganggu oleh sebuah hubungan. Saya pernah memiliki banyak hubungan cinta platonis dengan berbagai lelaki, namun tak pernah merasa perlu untuk melanjutkannya lebih jauh."

Clara kini tingal di sebuah pusat asuhan di Perranporth, Cornwall. Sahabat karibnya, Josie Harvey (72 tahun) yang mengunjunginya setiap hari mengatakan, "Barangkali dengan tidak pernah memiliki seorang kekasih pun telah menjadikannya merasa muda sepanjang tahun."

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved