Kanak-kanak 18 Bulan Ini Telan Kokain Milik Orangtuanya

on 30 September 2011


CALIFORNIA - Orangtua dan pak cik dari seorang kanak-kanak terpaksa ditahan oleh polis, kerana anaknya yang baru berusia 18 bulan menelan kokain yang disimpan oleh mereka.

Balita itu menelan kokain milik orangtuanya yang tercicir. Setelah itu, gejala aneh pun muncul setelah polis tiba di rumahnya. Saat ini,polis juga sedangbmelakukan penyelidikan terhadap kes ini.

Polis datang ke apartment mereka yang ada di Bocina Lane pada Rabu, pukul 10.30 waktu setempat, ketika ibu kanak-kanak tersebut menelefon ambulans. Balita tersebut langsung di bawa ke talhospi setelah menelan kokain itu. Demikian seperti diberitakan Newscore, Jumaat (30/9/2011).

Mereka yang ditangkap adalah Daniel Sanchez, Pricilla Tabarez dan Isaac Tabarez. Ketiga orang tersebut adalah orangtua dan pak cik kanak-kanak tersebut.

Ketiga orang tersebut ditahan atas tuduhan melakukan tindakan yang membahayakan anak-anak. Kanak-kanak itu pun saat ini dikhabarkan sudah berada dalam keadaan yang aman, dan orangtua mereka masih disiasat oleh pihak polis.(rhs)

sumber : international.okezone.com

Datuk Ini Terobsesi Jadi Penguin


BRUSSELS - Meski terhuyung-hayang berjalan menelusuri jalanan Kota Brussels, Alfred David (79), tetap terlihat ceria dan percaya diri dengan pakaian uniknya yang berbentuk penguin.

Lelaki Belgium tersebut memang memiliki minat yang tinggi akan burung laut yang tidak dapat terbang itu.

Hal tersebut disebabkan ketika dia mengalami kecelakaan 40 tahun lalu dan mengakibatkan dirinya mengalami kesakitan pada pinggul sehingga dia tidak dapat berjalan normal.

Kesakitan pada pinggulnya, membuat David berjalan seperti penguin yang terhuyung-hayang. David pun dijuluki oleh masyarakat sekitarnya sebagai si Bapak Penguin. Demikian lansir Dailymail, Jumaat (30/9/2011).

Penguin seperti sudah melekat dengan diri David, sebanyak 3.500 memorabilia penguin telah terkumpul di rumah David yang kini telah dijadikannya muzium penguin.

David pun berkeinginan dimakamkan di Antartika, tempat hidup para penguin, ketika dia mati nanti.(rhs)

OMG!! Ada Keldai Calonkan Diri Jadi Datuk Bandar


Seekor keldai mencalonkan diri menjadi calon untuk pemilihan datuk bandar di Varna, Bulgaria.

Seperti yang dilansir situs Orange, Marko, si keledai berjanji untuk kerja keras, tak ada pembayaran kembali dan kebulatan tekad yang kuat.

Pengarah kempennya untuk Perkumpulan bagi Bulgaria Baru Angel Dyankov menjelaskan,“ Tak seperti para calon datuk bandar dan politikus lainnya, Marko punya karakter yang kuat, tak mencuri, tak berbohong, dan mengerjakan pekerjaan dengan baik.“

Datuk bandar saat ini, Kiril Yordanov pastinya menolak untuk berbagi platform dengan saingannya itu dengan mengatakan hal itu tidak bermartabat.

Namun Angel Dyankov berkata” Dia benar.Fikirkan saja, bagaimana perasaan Marko jika berbagi satu panggung dengan politikus penipu macam itu.

Hal itu bakal sangat tidak bermartabat bagi keledai-keledai yang punya rasa hormat.”

Gila..Perompak Merompak Bank Yang Sama Tiga Hari Berturut-turut


Setelah berhasil merampok wang di hari pertama, dia kembali di hari berikutnya, dan berikutnya. Perampok yang satu ini mungkin belum mengenal apa itu kamera CCTV.

Pagi hari itu, cawangan bank Sovereign di New York mendapat seorang tamu yang tak diundang. Dengan mengancam membawa pistol, Burnett, 29, berhasil menggasak $2,258 dari kerani bank.

Keesokan harinya, pada pukul 10:54 waktu setempat, Burnett tak disangka-sangka datang kembali dan berhasil keluar dengan membawa wang $14,000. Dia tak tahu bahawa kamera CCTV hari itu berhasil merakam wajahnya. Dan hari berikutnya, wajah Burnett sudah terkenal di kalangan polis New York.

Hari ketiga, 'pelanggan' setia bank itu ternyata datang kembali, dan sama seperti kegiatan hari-hari sebelumnya, ia mengancam kerani bank untuk memberinya wang. "Itu adalah orang yang merompak kita kelmarin," ujar salah seorang pekerja bank. "Orang itu bertubuh besar."

Dengan membawa wang sebanyak $10,002, Burnett pergi meninggalkan bank. Di luar bank, 2 orang polis yang sedang meronda melihat seorang lelaki bertubuh besar yang mengenakan ransel berwarna gelap dan memiliki wajah cukup familiar. Menyadari wajah itu sama dengan wajah dalam poster orang yang sedang dicari, kedua petugas itu lalu berhasil menangkap Burnett.

Burnett ditahan atas tuduhan 3 buah kes perompakan dan saat ini masih menunggu panggilan dari pengadilan setempat.

sumber: The Sun

Gila, Lelaki Telanjang Dengan Ayat Ayat Al-Quran Di Tubuhnya


Ini dia gambar pada Sebuah foto berjudul "Koranic Inlay" yang memperlihatkan ayat-ayat dari kitab suci umat Islam yang diprojeksikan pada tubuh telanjang artis Perancis-Marocco telah menyebabkan kemarahan menjelang sebuah minggu seni di Marrakesh.



Karya seni yang ditampilkan Mehdi-Georges Lahlou (27 tahun) dijadualkan akan dipamerkan di pameran seni rupa moden (30 September - 3 Oktober), meskipun pameran tersebut tidak menyinggung atau menampilkan dirinya sendiri untuk hadir di kota Marocco.

"Koranic Inlay" adalah potret diri telanjang di mana ayat-ayat Quran diprojeksikan pada tubuh Lahlou, termasuk di alat kelaminnya. Suratkhabar dan blogger Marocco menyuarakan kemarahan atas gambar tersebut dan isu kehadiran Lahlou di pameran seni moden yang dimulai minggu depan.

"Gambar ini mengejutkan umat Islam," kata salah satu blogger di situs goud.ma.
Di situsnya sendiri, Lahlou mengatakan "dia sangat memahami beberapa gambar dapat disalah fahami" dan menambahkan bahawa dia tidak pernah bermaksud untuk menyakiti keyakinan siapa pun.
Lahir dari seorang ibu Katolik dan ayah Muslim, Lahlou menghasilkan foto hampir sama yang berjudul "Biblical Inlay" dan mendapat kecaman di Marocco untuk pertunjukan kaustik dan instalasi terhadap agama dan gender.

Manusia ini memang celaka, ini bukan namanya seni tapi penghinaan..!! tidak layak dicontoh tinggal tunggu azab yang bakal diterimanya kelak.

sumber : aspal-putih blogspot.com

Lelaki yang jadi buruan polis bekerja sebagai warden penjara


BEIJING: Seorang lelaki yang diburu pihak berkuasa ditemui bekerja sebagai warden penjara - 10 tahun selepas dia didapati melarikan bagi mengelak didakwa di mahkamah, lapor Beijing News, semalam.

Wang Zhijia, 37, didakwa menyerang dan mencederakan isterinya 10 tahun lalu selepas kedua-dua mereka bertengkar.


Beberapa hari lalu, lapor akhbar itu, Wang ditemui bertugas di penjara Anhui, kira-kira 260 kilometer dari rumahnya di tengah China.


Wang menyamar sebagai abangnya untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pembantu pasukan polis di Anhui pada 2008 sebelum bertugas sebagai warden penjara dua bulan lalu. Penyamaran Wang terbongkar selepas polis mengesan berlaku pertindihan identiti. - AFP

Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan


PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.

Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi

sumber : kosmo online

‘Beckham’ koma akibat pendarahan dalam otak


SUBANG JAYA: “Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan anak tunggal mengalami pendarahan dalam otak mungkin akibat hentakan atau gegaran kuat,” kata bapa kepada seorang bayi berusia tujuh bulan yang tidak sedarkan diri, sejak Isnin lalu.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Megat, 29, berkata, bayi lelakinya yang diberi jolokan ‘Beckham’ oleh jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Selepas Beckham gagal dikejutkan dari tidur, pengasuh menghubungi Megat di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4.30 petang, sebelum bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran.

Menceritakan kejadian itu, Megat berkata, pada pagi kejadian, dia menghantar anak lelakinya itu ke pusat asuhan itu seperti biasa.



Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 29 tahun kerap menghubungi pusat asuhan itu bagi mengetahui keadaan anak tunggal mereka dan membuat panggilan terakhir kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian sebelum diberitahu pengasuh sedang memberikannya susu untuk tidur.


“Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang, seorang pengasuh di pusat itu menghubungi saya dan memberitahu anak kami tidak bangun-bangun selepas ditidurkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

Ibu Muda Tewas Akibat Overdose Ubat Flu


VIVAnews - Ramai orang mengubati sakit yang dianggap ringan dengan ubat-ubatan yang dijual bebas. Seringkali pula mereka mengkombinasikan ubat pasaran dengan ubat yang disarankan doktor. Seperti yang dialami seorang ibu muda, Donna Bishop. Dia tewas akibat overdose ubat flu.

Pengadilan Worcesterhire di Stourport-on-Severn mendengar penjelasan bahawa Donna Bishop, 25, sempat melakukan perjalanan ke Scotland sebelum Natal dan mengunjungi seorang teman, Siobhan Dunn. Di sinilah dia mulai merasakan gejala flu.

Menurut Dunn, selama sakit Donna meminum ubat dalam jumlah ‘sangat banyak’. Dia juga menderita sakit flu beberapa kali sebelumnya. Kembali ke rumahnya di Worcesterhire, ibu beranak satu itu terus memakan ubat flu, ubat batuk dan sejenis minuman penghalau flu sebelum akhirnya menyerah dan ke doktor. Doktor mendiagnosisnya mengalami infeksi hati dan meresepkannya antibiotik.

Namun, Donna melanjutkan pengubatan sendiri dengan meminum parasetamol, minuman hangat rasa jeruk yang diklaim mampu mengatasi gejala flu serta ubat batuk.

Dalam hitungan hari, kesihatannya memburuk cepat. Ia kembali ke hospital dengan keluhan nyeri perut, sulit menelan, kaki goyah dan kulit, mata dan rambut menguning. Kerana keadaannya makin memburuk, Donna dirawat. Doktor pun meminta ujian untuk mengetahui penyebab kulitnya menguning.

“Dia sempat berhalusinasi dan gelisah selama dirawat,” ungkap salah seorang jururawat seperti dikutip Daily Mail.

Meski menyangkal meminum parasetamol, Donna akhirnya meninggal sehari kemudian, 4 Januari 2011. Hasil pemeriksaan menunjukkan kematian Donna diakibatkan kerosakan hati kerana overdose parasetamol.

Aksi B-Boy Terbaik Dari Seluruh Dunia di IBE 2011 [Video]


Setiap tahunnya, B-boy terhebat dari seluruh dunia terpanggil jiwanya dalam acara International Breakdance Event di Heerlen, Belanda. Dan untungnya berkat YouTube, kita semua boleh menyaksikan gerakan-gerakan spektakuler mereka cukup dengan berada di depan layar monitor.-idbite.com

Astaga Kanak-kanak 2 Tahun Kunyah Kondom Yang Di Jumpai di Arena Permainan Sebuah Restoran Cepat Saji


VIVAnews - Seorang ayah mengatakan merasa sangat terkejut sekaligus jijik saat menemukan anak perempuannya berumur dua tahun tengah asyik mengunyah kondom ketika berada di kawasan permainan di sebuah restoran cepat saji di Australia bahagian barat.

Dia sedang makan siang di restoran tersebut, Sabtu minggu lalu waktu setempat sementara anaknya dilepas untuk menikmati berbagai permainan yang ada di sana. Betapa terkejutnya ketika si ayah menjemput anaknya dan menemukan kondom dalam mulutnya.

“Saya benar-benar muak. Orangtua yang ada di sekitar kami langsung menarik anaknya keluar dari arena bermain dan hampir saja melompati pagar arena,” kata si ayah kepada surat khabar West Australian seperti dikutip dari news.com.au.

Lelaki itu mengatakan, dia segera mencuci tangan dan mulut anaknya serta akan terus memantau kesihatan buah hatinya.

Setelah menunjukkan kondom yang dimakan sang anak kepada manager restoran, dia diberitahu bahawa itu adalah kondom kedua yang ditemukan di arena bermain pada hari yang sama.

Juru cakap restoran cepat saji ini menegaskan perusahaan sedang menyelidiki insiden di outlet Geraldton. Dia menambahkan, perusahaan memperlakukan masalah itu ‘sangat serius’.

“Kebersihan dan keamanan adalah prioriti utama perusahaan, dengan pergantian manager untuk memeriksa semua bidang, termasuk ruang makan, ruang istirahat dan taman bermain,” katanya.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved