Jack, Kambing biri-biri yang Menganggap Dirinya Seekor Anjing

on 27 September 2011

Jack begitu yakin bahawa dirinya adalah seekor anjing sehingga ia mahu memakai pengikat leher, mengambil tongkat, berdiri dengan kaki belakang, dan bahkan cuba untuk menyalak.

Kambing biri-biri berusia enam bulan tersebut juga tidak mengakui spesiesnya sendiri, dan cuba menggembalakan kambing -kambing tersebut ketika ia dimasukkan kedalam kandang.

Sang pemilik, Alison Sinstadt (48) dan pasangannya Simon Sherwin (50) terkejut ketika kambing biri-biri tersebut berteman dengan Jessie, anjing spaniel mereka yang berusia sembilan tahun.

“Jack merupakan salah satu dari dari tiga anak kambing biri-biri yang dilahirkan ibunya, yang merupakan suatu kejadian yang cukup langka, dimana seekor kambing biri-biri melahirkan lebih dari satu anak.” tutur ibu dua anak yang mengelola pertanian Adderley Wharf serta sebuah kedai dekat Pasar Drayton, Shropshir.

Kerana Jack sangat kecil saat dilahirkan, kedua pasangan itu memutuskan untuk membawa kambing biri-biri mungil tersebut ke rumah mereka, menggunakan pengering rambut untuk menghangatkannya, serta memberinya susu.

“Akhirnya Jack berhasil merebut hati anjing kami dan mereka sekarang tidur bersama dalam keranjang anjing di teras rumah.” jelas Alison sambil menambahkan bahawa Jack mengikuti Jessie kemana pun dia pergi dan bahkan cuba untuk menggonggong seperti sekor anjing.

“Dia membuat suara aneh ketika cuba untuk menyalak, dan setiap orang menganggapnya sangat lucu. Jack juga tidak mengenali domba lainnya, dan menganggap dirinya adalah seekor anjing.” tandasnya.

Namun, satu-satunya hal yang tidak membezakan Jack dari kambing biri-biri lainnya adalah ia tetap makan rumput.

Sumber : dailymail

Pengusaha internet ini Raja Twitter 1.8 juta follwer

Rajanya Twitter, Bukan Orang terkenal, 1,8 juta Follower mungkin seharusnya yang paling banyak “follower” dan berpengaruh di twitter adalah selebriti tapi ternyata tidak.
Pete Cashmore, 24 tahun hanya seorang pengusaha internet mengalahkan Stephen Fry seorang presenter TV yang lebih terkenal hanya punya 1,1 juta follower sedangkan Pete mencapai 1,8 follower.
Pete Cashmore

Ini Dia Roti Naan Terbesar Sedunia


Sebuah kota kecil di China mengatakan mereka telah mencipta rekod untuk roti naan terbesar sedunia.

Roti naan itu memiliki diameter 9 meter dimana para sukarelawan yang terdiri dari seorang guru naan bernama Memeti, 4 orang pembantu dan 12 pekerja tempatan memanggang roti dengan pangsit daging itu di Qiemo County, Xinjiang, China.


Bahan yang dipergunakan dalam pembuatan roti naan itu antara lain 30 kg daging kambing, 125 kg tepung, 16 kg bawang merah dan 90 kg air dan diperlukankan waktu 10 jam untuk membuat roti itu.

Dan katanya roti terbesar itu boleh untuk sekitar 10 ribu orang.


Untuk membakar roti naan itu, pemerintah setempat juga membangun talenan raksasa dan oven besar berukuran 6 meter.

Penjaring Penalti Terunik di Dunia Tewas Kemalangan


TRIBUNNEWS.COM - Salah satu penjaring penalti terunik di dunia, Theyab Awana, meninggal dunia akibat kemalangan.

Nama winger United Emirat Arab itu mulai menjadi sebutan publik setelah dia menjaringkan gol penalti melalui tumit saat United Emirat Arab menang 6-2 atas Lebanon dalam perlawanan persahabatan (17/7/2011).

Theyab kala itu seolah-olah hendak menendang bola. Begitu mendekati bola, Theyab justru membalikkan badannya lalu menendang bola menggunakan tumit kanannya. Bola yang bergulir pelahan tak mampu ditangkap oleh penjaga gol Lebanon, Hassan Moghnieh, kerana tertipu.

Sayang, atraksi menghebohkan itu tak akan pernah lagi dilakukan Theyab. Pemain pasukan kebangsaan Uni Emirat Arab (UEA) itu tewas dalam kemalangan kereta pada Ahad (25/9/2011).

Kecelakaan terjadi di Jembatan Sheikh Zayed saat dia dalam perjalanan kembali ke Abu Dhabi dari Al Ain bersama adiknya, Raad (13 tahun). Saat itu Theyab baru saja selesai menjalani latihan bersama pasukan UEA.

Kereta yang dinaikinya menghentam trak kerana kereta tidak dapat dikawal. Berdasarkan data di lapangan, Theyab memandu sambil berkomunikasi dengan seseorang melalui BlackBerry miliknya. Hal itu boleh dilihat dari adanya beberapa pesan melalui BBM. Theyab meninggal sebelum sempat dibawa ke hospital. Sementara adiknya meninggal beberapa jam setelah dirawat secara intensif.

Kematian pemain kelab Baniyas itu jelas memukul pasukan UEA. Theyab adalah pemain yang populer di UEA. Dia berjasa besar membantu UEA menjadi runner-up Asian Games 2010 di China.(*)


Peguam dakwa pelajar AS ini suka seks liar dan syaitan


PERUGIA, Itali - Peguam pemilik sebuah bar di Perugia menggelar seorang pelajar Amerika Syarikat (AS), Amanda Knox yang disabitkan kesalahan membunuh rakan sebiliknya sebagai seorang yang sukakan seks dan syaitan yang menipu kepada polis untuk mengalihkan siasatan.

Peguam itu, Carlo Pacelli memberitahu mahkamah semalam bahawa Knox mempunyai dua personaliti.

Menurutnya, Knox mempunyai personaliti sebagai seorang wanita yang baik semasa duduk di depan hakim selain personaliti syaitan yang meminati seks liar.

Dakwaan itu dibuat ekoran Knox mendakwa anak guam Pacelli, Diya 'Patrick' Lumumba membunuh Meredith Kercher.

Kercher merupakan rakan sebilik Knox yang merupakan warga Britain.

Lumumba dipenjarakan tetapi kemudian dibebaskan.

Namun, Knox disabitkan kesalahan dalam pembunuhan Kercher yang berlaku pada 2007 itu dan dihukum penjara selama 26 tahun.

Knox menafikan melakukan pembunuhan itu dan kini sedang merayu berhubung sabitannya. - AP
sumber: kosmo online

Penyanyi geli-geli


KUALA LUMPUR: “Sebaik selesai menyanyi, saya dan rakan diarah melayan tetamu dalam dua bilik berasingan.

“Kami terkejut diarah berbuat demikian lalu memberi alasan belum bersedia melayan tetamu kerana hanya mahu menyanyi di kelab seperti dijanjikan,” kata remaja mahu dikenali sebagai Anisa, 18, dan rakannya, Ana, 20-an, yang bukan sahaja ditawarkan bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam, tetapi turut dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO).

Anisa berkata, disebabkan ingkar arahan majikan, mereka dikurung dalam sebuah hotel hampir seminggu, namun dia bernasib baik kerana diselamatkan ibunya bersama jiran, kelmarin.

Sebelum itu, dia teruja menerima tawaran menjadi penyanyi di sebuah kelab malam terkenal di Subang Jaya seperti diiklankan kerana bergaji lumayan iaitu RM8,000 sebulan.



Bagaimanapun, katanya, semua itu helah apabila dia dan Ana yang menerima tawaran itu bukan saja diarah menyanyi, tetapi turut dipaksa menjadi GRO.

sumber :myMetro

Iklan slimming dari Siam yang bikin korang gelak


boleh sampai macam ni dia orang punya kreatif

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved