Ini Dia Lonceng Buddha Terbesar Di dunia

on 25 September 2011


Lonceng Buddha ini memiliki berat lebih dari 100 ton dan tinggi hampir 30 kaki (9,1 m) dengan diameter terluas 19 kaki ( 5,79 m).

Dan pastinya lonceng candi Buddha yang terbut dari kuningan / timah perunggu ini memiliki dentangan yang sangat nyata.

Lonceng yang dibuat oleh Wuhan Heavy Industry Casting & Forging Co., Ltd di Wuhan, China Pusat ini memuat kitab suci Buddha sebanyak 92,306 kata yang diukir di lonceng.

Adapun lonceng ini dikapalkan ke candi Xilai, di Liuzhou di bahagian Selatan China.

“Lonceng itu memiliki nada dengunggan dan indah dan merupakan lonceng orang Buddha terbesar di seluruh dunia,“ ujar salah seorang pekerja.

Abang ni terbeliak biji mata tengok peha gebu

Lilin cinta membawa petaka



Maksud hati ingin mengembirakan kekasih hati. Sayang, malah harus berakhir di kandang besi. Itulah yang terjadi pada lelaki Taiwan yang dikenali sebagai Lin. Untuk menunjukkan rasa cintanya kepada pujaan hatinya, dia menata lilin di bilik hotel hingga berbentuk tulisan I love you.

Malang, lilin cinta itu membuat kebakaran hotel tersebut. Media setempat melaporkan, petaka itu terjadi ketika pasangan tersebut baru 40 minit berada dalam bilik.

Lin yang bekerja sebagai penghantar makanan beku itu pun harus berurusan dengan pihak yang berwajib. "Lin ditangkap polis dan menjalani pemeriksaan," tulis media setempat.

Tuduhan yang dikenakan kepada dirinya adalah dia telah membahayakan keamanan masyarakat umum. Lin juga harus membayar ganti rugi kepada hotel. Dia membayar sebanyak TWD 120 ribu .

Tragedi tersebut terjadi pada 31 Mei lalu, tapi baru disidangkan kelmarin. Jaksa penuntut umum (JPU) menuntut Lin untuk membuat pernyataan permintaan maaf dan memberikan derma TWD 30 ribu yang akan diberikan kepada keluarga serta anak-anak yang memerlukan. Ada-ada saja..

(rileks.com)

Cuba lihat Laptop yang Dijadikan MP3 Player ini buat korang ketawa terguling-guling

betul-betul buat aku tergelak abang..sampai macamni sekali
ko memang lawak....

Aksi porno abang gemuk bersama anjingnya ketika mandi laut




Ini alasan kenapa pelajar perempuan di Jepun selalu kena rogol

Gaya berpakaian pelajar-pelajar perempuan sekolah di negara Jepun yang hampir semuanya memakai skrit super mini. Di Kyoto,pelajar perempuan sekolah disana rata-rata memakai skirt 16,7cm diatas lutut. Sedangkan di Hyogo kurang dari 6,1cm.

Ternyata memang kebiasaan di Jepun hampir semua pelajar perempuan sekolah memakai skirt super mini, jadi tak salah lah kalau di Jepun banyak terjadi kes sexual harrasement. Jadi anda simpulkan sendiri kaitan skirt super mini dengan sexual harrasement yang seolah bermaharajalela di Jepun. Dan Ternyata Di sekolah-sekolah di Jepun khusus untuk pelajar perempuannya di wajibkan memakai skirt mini di atas lutut.


sumber : forum.vivanews.com

Perempuan Menopause 58 Tahun Ini Lahirkan Bayi Kembar


MILAN - Seorang ibu berusia 58 tahun menjadi perempuan menopause kedua di Milan, Itali yang melahirkan bayi kembar. Peristiwa ini terjadi dua hari setelah pengadilan Itali mengkritik para pasangan tua yang melahirkan seorang anak.

"Kami sangat bahagia, ini adalah keajaiban dan oleh kerana itu, saya berterima kasih pada Tuhan," ujar perempuan berusia 58 tersebut, seperti dikutip AFP, Sabtu (24/9/2011).

Orangtua baru dari bayi kembar fraternal (laki-laki dan perempuan) sebelumnya gagal mengandung selama 27 tahun dan hanya berhasil mengandung ketika seorang wanita dari luar Itali mendonorkan ovule. Praktik donor ovule dilarang di Itali.

Kes yang sama juga terjadi di Itali. Pada Minggu lalu, seorang pasangan di Kota Salero yang berusia 57 tahun dan 70 tahun melahirkan bayi kembar perempuannya.

Pengadilan Turin langsung mengadili kedua pasangan suami isteri tua tersebut kerana mereka terlalu tua untuk membesarkan seorang anak. Pengadilan pun menyarankan anak kembarnya agar dijagai orang lain.(rhs)

Undang-undang pelik yang kadang-kadang masuk akal


Memandu tanpa baju, membayar menggunakan wang syiling dan mengunyah gula-gula getah boleh mendatangkan masalah antara anda dan pihak berkuasa di seluruh dunia.



1. Mengepam tandas selepas jam 10 malam - Switzerland

Di Switzerland, penghuni pangsapuri tidak dibenarkan mengepam tandas selepas jam 10 malam. Ia juga menjadi satu kesalahan untuk lelaki kencing berdiri walaupun di dalam rumah sendiri selepas tempoh itu bagi mengelak bunyi bising.

Penalti: Tiada denda pernah dikeluarkan, hanya tidak digalakkan.



2. Berhenti di lebuh raya - Jerman

Kehabisan minyak di lebuh raya di Jerman mengundang padah, bukan hanya kerana anda terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan minyak, tetapi juga kerana ianya menjadi satu kesalahan untuk berhenti di lebuh raya. Dan anda juga tidak boleh berjalan mencari minyak, kerana berjalan di lebuh raya itu juga dilarang.

Penalti: Denda mencecah AS$100 (RM300).



3. Memandu tanpa baju - Thailand

Jangan biarkan iklim tropika yang nyaman di Thailand membuatkan anda ingin memandu tanpa baju. Polis akan mengeluarkan saman serta-merta jika anda dilihat memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa mengenakan baju.

Penalti: Denda kira-kira AS$10 (RM30).



4. Membayar menggunakan wang syiling - Kanada

Akta Wang 1985 di Kanada menetapkan peraturan bagaimana syiling digunakan termasuk meletakkan had munasabah bagi pembayaran menggunakan wang syiling. Anda tidak boleh membayar sesuatu yang bernilai AS$10 (RM30) dengan syiling sahaja atau menggunakan syiling satu dolar untuk membayar barang berharga lebih AS$25 (RM75).

Penalti: Penjual boleh menerima bayaran itu jika mahu tetapi mengikut undang-undang, penjual boleh menolaknya dan menghalau anda keluar dari kedai.



5. Kasut/selipar hasilkan bunyi bising - Itali

Penduduk tempatan di pulau Capri, Itali tentunya sangat menghargai keadaan senyap dan tenang di bandar itu kerana satu larangan baru diperkenalkan bagi menghalang orang ramai memakai kasut atau selipar yang menyebabkan bunyi bising.

Penalti: Kemungkinan ditahan polis dan didenda.



6. Memandu kereta kotor - Rusia

Ada yang menganggap peraturan ini hanya alasan untuk polis mengeluarkan lebih banyak saman kepada pemandu tetapi anda tetap perlu peka dengan tahap kekotoran kereta anda apabila memandu di Moscow, kerana memandu kereta kotor - iaitu sehingga tahap nombor plat tidak jelas atau pemandu tidak kelihatan - boleh menyebabkan anda disaman.

Penalti: Saman akan dikeluarkan tetapi jumlahnya bergantung kepada budi bicara polis.



7. Larangan terjun payung untuk wanita bujang - Amerika Syarikat

Kepada wanita muda, bujang dan gemarkan aktiviti terjun payung, anda mungkin perlu berhati-hati apabila berada di Florida, AS kerana wanita belum berkahwin yang melakukan terjun payung pada hari Ahad boleh dipenjara.

Penalti: Denda, dan juga boleh dipenjara.

8. Mengunyah gula-gula getah - Singapura

Undang-undang paling pelik di Singapura berasal daripada niat kerajaan untuk memastikan negara itu sentiasa bersih, dengan melarang rakyat dan pelancong di negara itu mengunyah gula-gula getah serta mengharamkan penjualannya. Peraturan itu dilonggarkan sedikit, pada 2004 dan gula-gula getah Nicorette untuk tujuan berhenti merokok dibenarkan (tetapi anda perlu mendapatkannya daripada doktor yang akan merekod nama anda).

Penalti: Saman bernilai hampir AS$100 (RM300)



9. Meninggal dunia di Bangunan Parlimen - Britain

Sebab utama orang ramai dilarang meninggal dunia di Parlimen kerana ia dianggap sebahagian daripada istana. Sesiapa yang meninggal dunia di situ secara teknikalnya perlu diberikan pengebumian negara. Jadi jika anda kelihatan sakit, pekerja Parlimen akan membawa anda keluar secepat mungkin. Jurucakap Parlimen Britain berkata, undang-undang itu mungkin tidak berasas tetapi ia tetap wujud dan tertulis di dalam akta tertentu.

Penalti: Tiada, kerana pesalah telah meninggal dunia, menjadikannya undang-undang paling tidak masuk akal pernah digubal dan masih berkuatkuasa walau tidak pernah diguna.



10. Boleh hisap ganja, bukan rokok - Belanda

Peraturan yang berkuatkuasa di Belanda pada 2008 menghalang orang ramai menghisap rokok di tempat awam seperti kafe dan restoran, tetapi mereka tetap dibenarkan menghisap ganja.

Penalti: Denda kira-kira AS$70 (RM210)

sumber : sinar harian

Datuk 77 tahun meninggal dunia selepas menang pertandingan makan


KIEV: Ungkapan “makan sampai mati” mendapat takrif baru dalam pertandingan makan ladu di Ukraine, awal minggu ini.

Media tempatan melaporkan, Ivan Mendel, 77, diumum juara selepas berjaya menghabiskan 10 ladu- dikenali sebagai vareniki di Ukraine - dalam tempoh 30 saat.


Bagaimanapun, beberapa jam selepas diisytihar sebagai juara, Mendel dilaporkan sakit sebelum dikejarkan ke hospital.


Dia disahkan mati tidak lama kemudian.


Vareniki dihasilkan dengan tepung dengan intinya boleh diperbuat daripada pelbagai bahan, termasuk ceri, cendawan, kentang dan daging.


Pada 2008, seorang penuntut kolej berusia 23 tahun mati ketika menyertai pertandingan memakan pau di Taiwan.



Pertandingan itu adalah acara tahunan dan 60 pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menghabiskan sebanyak mungkin pau.


Mangsa kemudian dilaporkan muntah tidak berhenti-henti sebelum tidak sedarkan diri.


Seorang lelaki Wales juga menemui ajal selepas menyertai pertandingan memakan kek pada 2008. - AP

sumber : myMetro

Bangga jadi 'call girl',tiga beradik sapu semua


TERLUPA batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.

Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang.

Wartawan Metro Ahad, Zuhainy Zulkifli berkesempatan bertemu dengan tiga beradik ini untuk mendengar sendiri pengalaman dan luahan rasa mereka.




AIZA (bukan nama sebenar), 26, anak ketiga dari lima beradik:


“Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah.

Ketika itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara kepadanya.

Saya masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang.

Saya masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.

Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.

Bermula hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar.

Saiful anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek.

Jumlah itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima adalah cukup besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia meratah tubuh saya.

Setahun selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta apabila dipaksa bapanya.

Saya yang seperti ketagih hubungan seks kemudiannya bertaut kasih pula kepada seorang pemain muzik berkumpulan yang terkenal, Azlan.

Hubungan saya dan Azlan hanya sekadar untuk melempiaskan keinginan seks masing-masing dan bukan kerana cinta.

Azlan juga seorang yang agak kaya, kacak dan digilai ramai gadis ketika itu membuatkan saya bangga diusung ke sana ke mari ketika dia melakukan persembahan jelajah negeri.

Saya berpisah dengan Azlan dua tahun kemudian dan selepas itu saya mula memburu lelaki kaya dan hidung belang tanpa mengira usia, namun tidak bagi lelaki biasa dan tidak berduit.

Ibu dan ayah tidak pernah bertegas dengan saya dan mereka hanya memberi teguran dan nasihat supaya meninggalkan kehidupan penuh dosa itu.

Pada usia remaja, saya tidak perlu bekerja seperti rakan yang lain, telefon saja lelaki yang saya kenal, mereka akan memberi saya wang dengan hanya perlu melayan nafsu dan tuntutan batin mereka saja.

Pada suatu hari, saya mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan yang mendakwa video seks mirip wajah saya tersebar di internet.

Saya tidak tahu siapa yang menyebarkannya kerana saya sudah tidur dengan beberapa lelaki dan akhirnya saya mengambil keputusan menetap bersama kakak sulung saya yang tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur.

Ibarat lari dari mulut buaya, masuk ke mulut naga, saya sedari sikap kakak dengan saya sama saja. Sebut sahaja nama kelab malam, semuanya kami tahu dan kakak yang bekerja di sebuah butik pakaian juga memperkenalkan rakannya kepada saya, malah ramai juga yang sudah 'cuba' saya.

Dua bulan kemudian, saya bekerja di sebuah butik kecantikan sebagai mengisi masa lapang pada waktu siang. Dengan wang gaji, saya membeli sebuah kereta supaya nampak mewah bagi mengaburi mata lelaki.

Jika lelaki itu kaya, tinggi jugalah habuan yang akan saya dapat asalkan melayan mereka sebaiknya.

Kadang kala, terbit juga penyesalan di hati saya mengenai tahap pendidikan, pekerjaan dan seluruh kehidupan saya.

Ada rakan yang saya jumpa sudah bertudung dan mengenal tikar sembahyang sedangkan saya, membaca surah al-Fatihah pun sudah lupa.

Kakak kedua saya sering menghubungi saya dan kakak dengan menasihatkan kami supaya pulang ke pangkal jalan tetapi semua itu saya balas dengan gelak tawa.

Kini, saya tidak pasti berapa lama lagi kami adik-beradik akan terus berada dalam keadaan tersesat begini, adakah Tuhan akan mengampunkan dosa kami yang sudah jauh tersesat ini.”



LILY (bukan nama sebenar), 29 tahun dan anak sulung dari lima beradik:

“Kehidupan saya dan Aiza tidak banyak bezanya tetapi saya jadi begini kerana seorang lelaki. Saya akui bahawa saya lebih pandai bersosial daripada Aiza kerana semua lelaki saya sapu.

Minuman keras pula sentiasa di tangan, pendek kata mahu sarapan pun dengan air kencing syaitan itu.

Saya pernah belajar di sebuah universiti tempatan di pinggir Kuala Lumpur selepas tamat tingkatan enam tetapi diberhentikan pada semester ketiga selepas pelajaran saya merosot.

Semua itu terjadi selepas kejutan budaya yang dialami menyebabkan saya berhibur setiap malam bersama rakan.

Saya tidak mahu pulang ke kampung kerana kehidupan di kota lebih seronok, malah saya langsung tidak menjenguk keluarga dan hanya menelefon mereka sebulan sekali.

Saya berkenalan dengan Rizal yang berusia 26 tahun ketika itu, bekerja sebagai penjual kereta. Kehidupan saya mewah kerana dia juga membela saya ketika baru berusia 21 tahun di rumah yang saya tinggal sekarang di Cheras.

Dia mengajar saya merokok, meneguk arak, malah dia sering berkunjung ke rumah sewa saya bagi memadu kasih.

Rizal yang sudah mempunyai tunang ketika itu tetapi dia bijak menyembunyikan hubungannya dengan saya.

Pada hujung minggu, Rizal akan ke Johor Bahru berjumpa tunangnya dan pada ketika itulah saya mengambil peluang memberi layanan istimewa kepada beberapa rakan lelaki lain yang sanggup memberi wang.

Dua tahun kemudian, kira-kira tiga bulan sebelum Rizal berkahwin, kami ditangkap basah. Saya pulang ke Pulau Pinang pada malam itu juga bersama Rizal selepas diikat jamin.

Ayah dan ibu hanya diam membisu, malah bersetuju saja dengan keputusan kami yang mahu segera berkahwin.

Rizal pula berdepan dengan masalah apabila keluarga tunangnya minta ikatan diputuskan. Sebulan kemudian kami berkahwin tanpa restu keluarga Rizal.

Mungkin perkahwinan yang tidak diberkati, kami bercerai enam bulan kemudian. Dengan gelaran janda pada usia 24 tahun, saya kembali liar dan berpeleseran di kelab malam.

Kegiatan saya lebih rancak selepas Aiza tinggal di rumah saya, malah bekas suami juga sering berkunjung ke rumah bagi menghilangkan rindu sedangkan saya sendiri sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Rizal tetap membayar sewa rumah dan memberi wang perbelanjaan menyebabkan saya sendiri tidak kisah dengan perbuatan itu.

Namun, tidak pernah pula Rizal mencuba Aiza serta menyayangi Aiza seperti adiknya malah dia sering membawa kami pergi bercuti.

Dengan hidup yang bergelumang dosa, adik keempat saya juga sering berkunjung ke rumah saya kerana menyambung pelajaran di universiti tempatan di Shah Alam.
Setiap hujung minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih cenderung secara ringan-ringan.

Saya terfikir, adakah dosa saya ini diwariskan kepada dua adik saya dan apakah ibu bapa masih mahu menerima kami selepas mereka tahu kegiatan kami? Saya dan Aiza tidak berani menjejak kaki ke rumah di kampung dan pulang hanya pada Aidilfitri.

Selepas memohon ampun dan maaf, kami terus pulang ke ibu kota. Panas rasanya berada di kampung.”



SHILA (bukan nama sebenar), 24 tahun dan keempat daripada lima beradik:

“Antara lima beradik, saya paling bijak dalam pelajaran malah tidak pernah mengabaikannya. Begitu juga ketika menuntut di universiti, saya hanya bersosial setiap hujung minggu dan turut menerima wang tambahan dari kedua kakak saya bagi membeli keperluan belajar.

Ketika pertama kali pergi ke rumah kakak keempat saya itu, agak terkejut apabila terdapat tiga lelaki ada dalam rumahnya termasuk bekas abang ipar yang sedang berbaring di bilik tidurnya.

Saya tanya kepada Lily, tetapi dia hanya tersenyum dan mendakwa itu adalah perkara biasa jika menetap di Kuala Lumpur.

Pada malam itu, saya dibawa ke sebuah pusat hiburan dan agak kekok dengan suasana baru.

Namun sedikit pun saya tidak berminat menyentuh minuman beralkohol yang dipesan Lily malah beberapa lelaki menawarkan RM400 bagi mencuba saya tetapi saya tolak dengan baik.

Tetapi selepas itu, saya semakin seronok apabila diraba rakan Lily dan Aiza. Akhirnya saya tewas dan terjebak dengan aksi ringan-ringan.

Mereka membayar saya RM300 sebagai duit poket dan jumlah akan ditambah jika saya ikut mereka balik ke rumah tetapi saya masih sayangkan dara saya dan tidak mungkin akan menyerahkannya kepada sesiapa sebelum berkahwin.

Namun, bagi saya wang bukanlah segalanya. Saya berkenalan pula dengan Shafiq yang berusia 27 tahun dan dia seorang pemain gitar di sebuah kelab.

Shafiq seorang yang baik, jauh sekali meminta tubuh saya dan saya senang ketika bersamanya. Saya tidak pasti berapa lama hubungan kami dapat bertahan kerana saya mula mengharapkan Shafiq dapat membawa saya keluar dari keseronokan hidup ini.

Hiburan yang kami nikmati saban malam, kadang kala membosankan. Kini saya mula rasa bersalah kepada keluarga.

Pernah saya menangis apabila teringat wajah ibu yang menyediakan sarapan semasa saya hendak pulang ke kampus dan wajah ayah yang sudah tua dengan topi lusuhnya mengusung beg ke kereta buruknya.

Ibu hanya suri rumah, ayah pula seorang pesawah, siapa pula yang mahu menemani mereka di hari tua.

Jika dulu, saya jarang pulang ke kampung kerana terpengaruh dengan rentak hidup Lily dan Aiza, kini Shafiq akan menemani saya sebulan sekali pulang ke kampung bagi menjenguk keluarga.

Kini saya bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai penolong pembantu tadbir. Gaya hidup saya kini lebih kepada melepak di kedai makan bersama teman tetapi tabiat merokok saya masih sukar dibuang.

Hubungan saya dengan Lily dan Aiza tidak pernah renggang, saya juga sering mengikut mereka bercuti di beberapa pusat peranginan dalam negeri.

sumber :myMetro

Wanita mengamuk pukul mesin ATM dengan kasut tingginya

Wiltshire, Inggris. Seorang wanita tertangkap kamera merosak mesin ATM di Wiltshire dengan kasut tinggi-nya.

Mesin ATM, di depan Barclays Bank, Chippenham itu, dipukul "hampir 50 kali" oleh seorang wanita setelah tengah malam.

Polisi mengatakan wanita itu berdiri di sekitar mesin ATM selama beberapa mienit sebelum melepaskan kasut dan melancarkan aksinya.

Polis meminta bantuan khalayak untuk mengidentifikasi wanita itu.


Video..Kanak-kanak laku adegan seks dilkawasan awam

Lintascerita.com inilah yang terjadi jika pornograpi sex video di lihat kanak-kanak.
Dalam video terlihat dua KANAK-KANAK itu mempraktIkan berbagai macam posisi
yangg biasa di lakukan adegan filem dewasa.


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved