Wow ..peti simpan mayat siap dengan alarm,akan berbunyi jika mayat itu bergerak

on 22 September 2011


MALATUA - Dewan kota di Turki membuat sebuah tempat penyimpanan mayat yang dilengkapi dengan alarm, untuk berjaga-jaga jika nantinya mayat tersebut tiba-tiba hidup kembali.

Pejabat berita Turki Anatolia melaporkan bahAwa ruang tempat penyimpanan mayat berbentuk peti sejuk tersebut sangat sensitif jika ada gerakan di dalamnya.

Seorang petugas pemakaman mengatakan bahawa jika ada gerakan yang terjadi di tempat penyimpanan mayat itu meski kecil, automatik alarm akan berbunyi.

“Meski pesakit dinyatakan telah meninggal dunia oleh doktor, kami tetap menjaga adanya kemungkinan pesakit tersebut hidup kembali,” ujarnya seperti dilansir BBC, Khamis (22/9/2011).

Sementara petugas lainnya, Akif Kayadurmus menambahkan bahawa pintu penyimpanan mayat tersebut dilengkapi dengan sistem spesial yang secara automatik akan membuka pintu jika ada gerakan.

Rumah duka di Provinsi Malatua tersebut memiliki kapasiti untuk menampung mayat sebanyak 36 jenazah.

Sumber :http://www.okezone.com

Tertekan dengan keganasan rumah tangga yang dialaminya wanita ini tukar diri jadi vampire


FLORIDA – Seorang janda dengan empat orang anak dari Guadalajara, Mexico, memutuskan mengubah dirinya menjadi menyeramkan semenjak dirinya mendapatkan perlakuan kasar dari bekas suaminya.Semenjak menjadi mangsa kekerasan dalam rumah tangga (KDRT), Maria Hose Cristerna (35), mentato hampir keseluruhan bahagian tubuhnya, menanam tanduk dari titanium di tengkorak kepalanya serta mengoperasi giginya untuk dipasangkan taring.


Dia mengungkapkan, tanduk yang ditanam di kepalanya menyimbolkan kekuatan dirinya. Bahkan saat tanduk dari titanium tersebut ditanam di tengkorak kepalanya, dia lalui tanpa obat bius.

“Tanduk yang saya miliki ini menyimbolkan kekuatan dan ditanam tanpa anastetik (ubat bius). Saya pun memasang taring di gigi saya kerana saya mencintai susuk vampire sejak masih kecil. Saya pun mengganti warna mata saya agar mereka mengetahui bagaimana saya ingin menjadi vampire,” ujar Maria, sebagaimana dilapor Dailymail, Khamis (22/9/2011).

Keunikan Maria ini mendapat perhatian dari sebuah perusahaan hiburan dengan nama Ripley’s Believe It Or Not!. Maria pun diundang ke pusat perusahaan tersebut di Florida, Amerika Syarikat, untuk diambil fotonya. Keunikan Maria ini akan diabadikan di muzium Ripley’s Believe It Or Not!.

Keinginan Maria untuk menjadi vampire yang hidup abadi pun demikian terwujud, kerana susuk Maria akan terus dapat menakutkan generasi masa mendatang kerana Ripley’s akan mengabadikan susuk Maria dengan membuatkannya lima buah patung lilin. Tiga diantaranya akan ditaruh di Odditotiums di Veracruz, Mexico City dan kota kelahiran Maria, di Guadalajara.

Maria tentu senang, namun membuat replika dirinya adalah sebuah pekerjaan tersulit bagi para pembuat patung Ripley’s.

“Maria adalah wanita paling aneh di dunia ini, atau setidaknya yang paling langka yang pernah saya temui,” ujar Edward Meyer Wakil Presiden Ripley’s.

Maria kini memiliki penampilan yang sangat menyeramkan, namun dia berujar bahawa di dalam kehidupan sehari-hari dia jalankan normal sebagai seorang ibu dari empat orang anak.

Wanita yang menikah di usia 17 tahun ini, kini berkerja sebagai seniman tato dan tindik. Padahal sebelumnya Maria adalah seseorang yang dididik menjadi seorang pengacara dan membesar di keluarga yang sangat pentingkan agama.

Sumber :http://www.okezone.com/

Pelik..Pembunuh ini Protes Kerana Mendapat Hukuman Ringan


Mungkin baru kali ini ada pembunuh yang mengatakan kalau hukuman yang diterimanya terlalu sedikit. Pelik!

Adam Patrick Owens, lelaki 36 tahun dari Australia dinyatakan bersalah setelah membunuh ibu kandungnya sendiri (69 tahun) dengan menggunakan pisau dan dicucuk berulang kali ke tubuh sang ibu.

Ketika dipengadilan, setelah mendengarkan hukuman yang diterimanya dari hakim Lucy McCallum, iaitu dirinya dipenjara selama 17 tahun, Adam pun memprotes dan berteriak kalau hukuman itu kurang lama.

Dr Caleb Owens, saudara Adam merasa hukuman yang diterima saudaranya itu sudah cukup pantas dan lega kerana koment yang diberikan Adam selama pengadilan tidak diabaikan oleh hakim.

Adam pernah mengatakan kalau dirinya boleh jadi akan mengulangi perbuatannya lagi, setelah selesai menjalani hukumannya itu.

berita asal : dailytelegraph.com.au

Nova, Anjing Betina Tertinggi di Dunia 5 kaki 11 inci

Dengan tinggi 5 kaki 11 inci (sekitar 1,5 meter), Anjing jenis Great Dane ini secara rasmi dinobatkan sebagai anjing betina tertinggi di dunia.

Berat badannya lebih dari 70 kg, Anjing betina yang diberi nama Nova oleh pemiliknya Ann Suplee dari Addison, Illinois, baru-baru ini menerima gelaran sebagai anjing betina tertinggi di dunia oleh Guinness Book of Records.



“Saya ingin Nova mendapatkan pengakuan ini, kerana dia anjing yang baik dan dia layak untuk itu.” kata Ann yang mengaku sangat bangga dengan anjing peliharaannya ini.

Kerana ukurannya yang besar, Ann bahkan mempunyai panggilan khusus untuk anjingnya ini yakni ‘Super-Nova’.

Sumber : dailymail

Inilah perompak yang suka merompak pada Hari Khamis


Seorang perampok bank dari New Jersey tertangkap setelah terbiasa merompak pada hari Khamis .

Peter Bielecke dinyatakan bersalah pada bulan Jun atas sebuah perompakan yang dilakukannya.

Tapi ternyata Peter tak hanya merompak di sebuah bank saja, tapi juga sekitar 5 bank pada bulan Januari, Februari, dan March dibeberapa kota termasuk dikampung halamannya Brick.

Seperti yang diberitakan Metro.co.uk, Peter tak memberi alasan kenapa dirinya hanya mencuri pada hari Khamis saja, tapi pihak berkuasa mengatakan pola yang dilakukannya – merompak hari Khamis sahaja- membuatnya mudah untuk dijejaki

Lelaki yang berusia 40 tahun itu ditahan pada 5 March ketika merompak di Old Bridge, New Jersey.

Dan dirinya bakal dipenjara selama 5 tahun 10 bulan. Selain juga harus membayar denda hampir $12,000 bersamaan dengan hukuman yang diterimanya di pengadilan daerah di Trenton.

sumber : Metro.co.uk

Demi Anjing, Sebuah Keluarga Renjis Air Kencing Sekeliling Rumah


Kerana putus asa mencari anjing mereka yang hilang, sebuah keluarga menyebarkan atu merenjiskan air kencing mereka disekitar kawasan rumah mereka untuk membantu si anjing pulang ke rumah.

Simon, seekor anjing Labrador hilang dari rumahnya di Bristol pada hari Sabtu dan semua usaha yang dilakukan keluarga Baltesz untuk menemukannya tak berhasil.

Dan usaha tanpa hasil itu membuat keluarga itu memutuskan untuk pergi ke pakarnya haiwan dan meminta nasihat.

Seperti yang diberitakan Femalefirst.co.uk, si pakar haiwan itu memberikan nasihat agar mereka mengisi botol-botol dengan air kencing mereka sehingga si anjing boleh menghidu bau tersebut.

Dan kerana nasihat itu semua keluarga yang terdiri dari 4 orang itu melakukan hal yang disarankan oleh si pakar dan menyebarkan air kencing mereka di sekitar rumah untuk membuat Simon kembali.

“Dia tak pernah belajar bagaimana melalui sebuah pintu tanpa mengenai/ menjatuhkan semuanya atau semua orang dan meluncur di sekitar lantai dapur seolah-olah kalau lantai itu adalah ais.

Kami bahkan merindukan rengekannya dan nyalakkan awal di pintu dari lantai bawah” ujar keluarga itu kepada ThisisBristol.co.uk.
Sehingga berita ini ditulis tidak di ketahui anjing sudah pulang atau belum.

sumber : ThisisBristol.co.uk

Remaja lelaki 13 tahun tembak kekasih sejenisnya kerana cemburu


MANILA: Gara-gara cemburu dalam hubungan cinta sejenis, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menembak temannya - berusia 16 tahun - dalam sebuah kompleks beli-belah semalam, sebelum menembak kepalanya sendiri.

Kejadian itu menyebabkan kedua-dua remaja lelaki terbabit tidak sedarkan diri kerana otak masing-masing tidak lagi berfungsi.


Ketua Polis Mexico, Wilson Santos, berkata berdasarkan nota ditinggalkan remaja 13 tahun itu, pihak berkuasa yakin ia bermotifkan cemburu.


“Polis melihat kes ini berpunca daripada cinta tiga segi dan cemburu,” katanya.


Santos berkata, tembakan dilepaskan menggunakan pistol yang dipercayai diseludup masuk ke kompleks berkenan yang terletak tidak jauh di utara Manila.


Insiden itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap amalan pemilikan senjata api di Filipina.



Kata Santos, nota berkenaan agak panjang tetapi isinya menjurus kepada cemburu.


“Penyerang marah kerana pasangannya menjalin hubungan dengan orang ketiga dan menegaskan tiada sesiapa boleh merampas kekasihnya itu,” katanya.


Sementara itu, jurucakap hospital berkata, disebabkan keadaan remaja terbabit tidak dapat diselamatkan, doktor mula mengambil organ kedua-dua mereka untuk didermakan kepada sesiapa yang memerlukan.


Kejadian semalam turut membimbangkan Presiden Filipina, Benigno Aquino.


Ia adalah kejadian serangan kedua membabitkan pistol di kompleks beli-belah dalam tempoh enam hari. - AFP

Wanita ini merasa diaibkan kerana rambut Afronya


ATLANTA: Seorang wanita mengalirkan air mata sejurus selepas dia dibenarkan melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang hanya kerana rambut keriting melampaunya.

Pendandan rambut, Isis Brantley, dilaporkan berjalan menuruni eskelator di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta, Georgia, apabila dia ditahan pegawai keselamatan di situ.


Sebelum itu, Isis dibenarkan ke dewan menunggu apabila melepasi alat pengimbas keselamatan.


Kata Isis, dia terkejut apabila terdengar seseorang menjerit ke arahnya dan menyuruhnya berhenti.


“Dua anggota keselamatan mengarahkan saya berhenti untuk memeriksa rambut kerana disyaki menyembunyikan bahan letupan,” katanya.


Berasal dari Dallas, Texas, Isis berkata, dia terpaksa menurut kehendak anggota keselamatan itu dan membiarkan mereka memeriksa rambutnya dengan teliti.



Katanya, dia menangis kerana malu diperlakukan begitu.


“Sepatutnya mereka boleh membawa saya ke tempat tertutup sebelum menjalankan pemeriksaan lanjut,” katanya.


Menurut Isis, dia rasa terhina diperlakukan begitu.


Selepas disahkan selamat, Isis dilepaskan semula, tetapi dia membuat aduan rasmi kepada penyelia keselamatan di lapangan terbang itu.


Pegawai di situ kemudian meminta maaf atas perbuatan kakitangannya.


Sering mengunjungi pelbagai bandar raya di seluruh Amerika Syarikat untuk bertemu pelanggannya, Isis berkata, rambut keriting itu adalah semula jadi dan disimpannya sejak 20 tahun lalu.


Katanya, selama ini rambut lebatnya itu tidak pernah menimbulkan kecurigaan atau dianggap mengancam keselamatan sehinggalah dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson semalam.


“Insiden itu menyebabkan saya ketakutan kerana ada kemungkinan saya dimalukan sekali lagi,” katanya.


Sementara itu, pegawai keselamatan berkata, walaupun peralatan keselamatan dipasang di lapangan terbang mampu memastikan ketenteraman awam terjaga, kadang-kadang langkah tambahan diperlukan.


“Pemeriksaan lanjut mungkin diperlukan ke atas pakaian, topi atau rambut yang mungkin digunakan untuk menyembunyikan objek larangan,” katanya.


Jurucakap itu berkata, kakitangan keselamatan menawarkan Isis ke bilik pemeriksaan tetapi dia menolaknya. - DM

sumber : myMetro

Doktor jumpa 270 cacing kerawit seberat 1.5 kg dalam perut kanak-kanak berusia 5 tahun


SUMATERA: Pakar bedah di daerah Mana di Bengkulu menemui 270 cacing kerawit yang seberat 1.5 kilogram dalam perut seorang kanak-kanak berusia lima tahun ketika membedahnya.

“Kami diberitahu mengenai penemuan cacing kerawit itu selepas doktor dan pasukan perubatan di Hospital Daerah Mana membedah perut anak saya,” kata Sudirman, bapa pesakit berkenaan, Haikal.


Menurutnya, Haikal mengalami sakit perut menyebabkan dia membawa kanak-kanak itu ke hospital Isnin lalu.


Doktor mendapati ada objek aneh dalam perut Haikal dan mengambil keputusan membedahnya.


Sudirman berkata, meskipun bertani, dia dan isterinya tetap memastikan kebersihan makanan dan minuman anak mereka. - AP

sumber : myMetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved