Pasangan ini cuti tempat lain tempah hotel tempat lain..pelik

on 17 September 2011


VIVAnews - Sepasang pelancung dari Afrika Selatan yang berniat menikmati percutian mereka di New Zealand terganggu oleh sebuah insiden unik. Mereka menempah hotel di Eastbourne, yang terletak di benua yang berjarak 12 ribu km dari tujuan mereka.

Michael dan Sunette Adendorff menempah bilik hotel secara online di Hotel Majestic dengan biaya £90 semalam yang menjanjikan 'pemandangan indah' dari dermaga kota pantai Sussex. Sayangnya, mereka sedang berada di Eastbourne, New Zealand, yang bahkan tidak memiliki hotel.

Keduanya sempat berputar-putar di pinggiran kota Wellington dan menyangka penunjuk arah GPS mereka bermasalah. Dan, mereka terkejut saat menanyakannya pada sebuah kedai. Pelayan kedai Linda Burke, berkata, "Mereka masuk dan bertanya padaku di mana Royal Parade dan Majestic Hotel.

"Aku menjawab 'Oh, tidak ada hotel di sini. Hotel itu berada di Britain," urainya.

Kerana tidak ada penginapan, Burke kemudian menawarkan pasangan ini untuk menginap di rumahnya. Pasangan tersebut ingin menjelajahi New Zealand sambil menonton Piala Dunia Rugby yang sedang berlangsung di negara kiwi itu. Keduanya ternyata keliru memesan hotel melalui internet.

"Saya memesan hotel yang tepat, hanya saja berada di negara yang salah," kata Adendorff kepada surat khabar Dominion Post seperti dikutip orange.co.uk.
• VIVAnews

Hakim kata Kondom wanita dari China kecil, tidak berkualiti

Siqamba Medical (Pty) Ltd


JOHANNESBURG: Mahkamah Afrika Selatan melarang kerajaan membeli 11 juta kondom wanita dari China atas alasan ia terlalu kecil untuk kegunaan di negara berkenaan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Afrika Selatan memberikan kontrak pembekalan kondom wanita itu kepada syarikat Siqamba Medical.


Akhbar Beeld melaporkan, syarikat terbabit bercadang mendapatkan bekalan itu dari China.


Sebuah syarikat yang bersaing dengan Siqamba Medical, Sekunjalo Investments Corp, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Pretoria selepas gagal dalam bidaan kontrak berkenaan.


Menurut Sekunjalo, kondom wanita yang mereka bekalkan 20 peratus lebih besar berbanding produk China itu.


Hakim Mahkamah Tinggi Pretoria juga memutuskan, kondom wanita dari China itu dibuat dengan bahan yang tidak sesuai, selain gagal mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP

sumber : myMetro

Gila..timah dijahit pada sotong kering

BUKTI...Mohd Shukri menunjukkan ketulan timah yang ditemui dalam sotong yang dibeli.

KUALA LUMPUR: Sotong batu ladung. Itu kejutan diterima seorang kakitangan sebuah sekolah di sini, selepas mendapati lebih 10 kilogram (kg) sotong kering yang dibeli bagi majlis kenduri kahwin anak keduanya mengandungi bahan tambahan berbentuk ketulan timah, seberat 2kg yang dijahit pada beberapa bahagian sotong itu.

Mohd Shukri Taib, 56, berkata dia membeli sotong kering berkenaan secara borong di sebuah kedai pemborong makanan kering di Selayang, di sini, pagi kelmarin.


Menurutnya, selepas membawa pulang makanan kering itu, dia bersama isteri mula menyiang sotong itu menjadi kepingan kecil dan terkejut apabila mendapati beberapa bahagian sotong yang bersaiz besar sukar dikerat terutama pada bahagian ekor dan kepala.


“Selepas membelek sotong itu, saya terkejut apabila menjumpai dua biji batu ladung (pemberat yang digunakan untuk memancing) terselit di celah ekor manakala dua lagi di kepala.


“Lebih mencurigakan, ketulan itu seolah-olah sengaja diletakkan kerana ia dijahit dengan rapi menggunakan tali tangsi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Selepas menjumpai ‘bahan tambahan’ itu, Mohd Shukri dan isteri memeriksa semua sotong yang belum disiang dan mendapati semuanya mengandungi ketulan timah.



Mohd Syukri berkata, sebelum ini keluarganya sudah biasa membeli barang makanan kering di kedai berkenaan, tetapi dalam kuantiti yang kecil.


“Boleh dikatakan saya pelanggan tetap kedai itu dan kerap membeli barang makanan kering seperti sotong, ikan masin atau udang kering, namun ini kali pertama saya membeli dalam kuantiti yang banyak.


“Saya mengesyaki ketulan timah itu hanya diletakkan pada makanan kering yang dijual secara pukal bagi mengelak taktik itu dikesan pembeli yang hanya menyedari perkara ini selepas pulang ke rumah,” katanya yang turut membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).


Katanya, boleh dikatakan setiap sotong kering bersaiz sederhana dan besar mengandungi tiga hingga empat ketulan timah dan tidak dapat dilihat pembeli sekiranya tidak dibelek dengan teliti.


Menurut Mohd Shukri, dia membeli makanan kering itu pada harga RM44 sekilogram dan nilai keseluruhan bagi satu bungkusan besar yang dibeli berjumlah RM455 dengan berat lebih 10 kilogram.


“Saya enggan menuduh, namun musykil dengan tindakan menyelit ketulan timah itu pada sotong kering berkenaan. Saya mengesyaki ia mungkin sengaja dijahit bagi menipu berat sebenar sotong kering itu yang mungkin tidak mencecah nilai yang tertera,” katanya.


Katanya, selepas ditimbang semula, berat sebenar sotong itu kira-kira lapan kilogram manakala berat ketulan batu yang ditemui dianggarkan dua kilogram.


Mohd Shukri berkata, dia bukan sahaja tertipu, malah terpaksa berbelanja lebih untuk membeli sotong tambahan untuk kenduri anaknya.


Sementara itu, Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima bagi mengenal pasti punca ketulan batu itu diselit pada sotong berkenaan.


“Kita akan menyiasat kes itu kerana berdasarkan maklumat kemungkinan wujud unsur penipuan timbangan bagi makanan kering yang dijual,” katanya.

sumber : myMetro

bk-kes nak aniaya orang ni....

Gara-gara Sejoli 'Mesra' di Toilet, Dua F-16 Paksa Pesawat Mendarat


TEMPO Interaktif, Detroit - Dua jet tempur F16 bergegas mengawal sebuah pesawat dari Denver untuk mendarat setelah dua penumpang mengunci diri di toilet pesawat yang sedang terbang.

Tiga penumpang ditangkap dan disoal siasat di Lapangan Terbang Metropolitan Detroit kelmarin setelah anak kapal Frontier Airlines melaporkan aktiviti yang mencurigakan di pesawat.

Mereka dibawa dari pesawat tetapi kemudian dibebaskan tanpa tuduhan.

Pesawat Frontier 623 dengan 116 penumpang mendarat tanpa insiden di Detroit pukul 03:30 sore waktu setempat setelah kru pesawat melaporkan bahawa dua orang menghabiskan "waktu yang sangat lama di bilik mandi," kata juru cakap syarikat penerbangan Petrus Kowalchuck.

Menurut berita ABC, petugas penegak hukum mengatakan pasangan itu 'bermesraan' di toilet.

Salah satu penumpang, Marilyn Kietrich, mengatakan kepada Fox 2: "Satu orang pergi ke bilik mandi dan berada di sana cukup lama."

Dia menambahkan: "Penumpang lain menyusul dan berada di sana dan mereka semacam saling tersenyum."

Setelah pesawat mendarat di Detroit, polis dilaporkan naik pesawat dengan senjata.

Seorang penumpang, Kevin Kelly, mengatakan: "Mereka datang dengan senapang mesin dan menyuruh kami agar tunduk."

Peristiwa itu terjadi setelah kejadian serupa di pesawat American Airlines tujuan Los Angeles-New York.

Dua pesawat F-16 juga mengekori pesawat setelah tiga penumpang melakukan perjalanan berulang kali ke bilik mandi, kata pegawai.

Penumpang menjadi 'ketakutan' dengan aksi tiga lelaki itu, tetapi setelah mereka berhadapan dengan polis udara federal mereka memenuhi instruksi dan tidak ada tuduhan yang diajukan terhadap mereka.

Ketika ditanya apakah pemerintah beraksi berlebihan, juru bicara bandara Scott Wintner mengatakan bahawa respons lapangan terbang itu biasa dan langkah-langkah yang sama akan diambil setiap saat.

"Terlepas dari alasan bila pun kita mendapatkan panggilan radio terkait masalah keamanan di pesawat, respons kami adalah sama seperti kelmarin atau besok," ujarnya. "Kami selalu bereaksi seolah-olah itu adalah akhir dunia."

Tim Smith, juru bicara untuk American Airlines, mengatakan kapten pesawat tidak pernah menyatakan ancaman keamanan di pesawat dan tidak pernah meminta bantuan penegakan hukum.

Dia mengatakan 'masalah keamanan' menjadi perhatian syarikat penerbangan dan kru menggunakan 'prosedur normal' untuk menilai keadaan. Pesawat mendarat seperti yang direncanakan.

"Di mata kami, itu bukan masalah besar," kata Mr Smith.

DAILY MAIL

Kegemukan buat kaki kuda ini bengkok

SOMERSET - Berderap dengan gagah di antara rerumputan dan menikmati derai angin hanyalah impian bagi seekor kuda jantan bernama Jerry, yang sempat menderita obesiti. Namun kini ia boleh menikmati hidup layaknya seekor kuda.

Sebelum dia ditemukan oleh Joanne Vaughn dari Horse World, sebuah pusat rehabilitasi kuda, Jerry adalah kuda malang yang ditinggalkan pemiliknya di peternakan lembu.

Sebagaimana dikutip dari Dailymail, Jumaat (16/9/2011), di sana Jerry tidak terawat dengan baik. Yang terburuk, tulang kuku kaki-kaki Jerry yang tak terawat itu terus tumbuh memanjang hingga 30 sentimeter dan membuat Jerry tampak seperti sedang memakai sepatu Aladin.

Jerry yang saat itu kelebihan berat sehingga 127 kilo (20 stone) dan nyaris tidak dapat berjalan, semakin tersiksa dengan keadaan tulang kukunya yang memanjang dan membengkok. Keadaan itu membuatnya kesakitan bila berjalan. Bahkan, sinar-X menunjukkan bagaimana tulang kuku Jerry telah bengkok dan tulang kukunya boleh menembus telapak kuku.

Selama di pusat rehabilitasi, Jerry mendapatkan perawatan dengan baik. Dalam enam bulan, secara mengejutkan Jerry telah menghilangkan timbunan berat tubuh hingga 114 kilogram (18 stone). Kuku kaki Jerry yang kotor dan panjang itu pun telah mendapatkan perawatan.

Kini Jerry telah kembali menjadi seekor kuda sejati yang tampan. Dia dapat kembali berderap dengan lincah dan tanpa perlu kesakitan kerana kuku kaki bengkok yang menyakitkan.(rhs)

sumber : international.okezone.com

Pasukan rugbi bogel ini kalah dengan pasukan rugbi wanita


TEMPO Interaktif, Dunedin - Apa jadinya jika pasukan rugbi lelaki yang bogel melawan pasukan rugbi wanita berbaju? Pemenangnya justru pasukan rugbi wanita. Pasukan rugbi New Zealand--dikenal dengan nama Nude Blacks--kalah untuk pertama kalinya sepanjang 9 tahun oleh pasukan rugbi perempuan pada Ahad lalu.

Mereka menaNggalkan satu per satu baju mereka setiap kali pasukan wanita mendapat mata--mungkin telah mempengaruhi hasilnya. Ketika ditanya apakah jika mereka mengunjungi markas Conquistador, Sepanyol, angkanya lebih mudah, Brad Henderson, 23 tahun, anggota rugbi Nude Blacks, menjawab, "Tentu saja."

Lawan Nude Blacks, yang semuanya amatur, kontra Conquistador, digelar di New Zealand menjelang pertandingan Piala Dunia Rugbi antara Argentina dan Inggris. Nude Blacks bermain dalam undangan khusus dalam pertandingan rugbi internasional di Dunedin, markas mereka.

Perlawanan persahabatan yang disaksikan oleh 1.500 orang tersebut berakhir dengan kemenangan Conquistador atas Nude Blacks dengan skor 25-20. Di antara anggota pasukan Conquistador, terdapat satu penari striptis yang merupakan guru dan mahasiswi. Semua gadis di pasukan itu berbaju biru dan seluar pendek hitam dengan seluar dalam bergaris pink. Vanessa Pleguezuelos, 31 tahun, dari Conquistador mengatakan, "Boleh jadi itu suatu selingan, tapi kami bermain seperti biasanya."

ORANGE

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved