Video..Lembu suka muzik jazz

on 13 September 2011

Sekawan lembu-lembu di Peranchis begitu mengemari muzik jazz


Anjing PintarDapat Mengimbangkan Biskut Seperti Sarkis

Dengan tumpukan biskut anjing yang diletakan pada hidungnya, haiwan berbulu yang satu ini mempunyai kemampuan mengimbangkan benda yang sangat hebat.

Anjing ini telah dilatih khusus untuk berpose hampir tidak bergerak dengan tumpukan snack favoritenya yang bertenggek di atas hidung.

Snack menggoda ini diletakkan satu persatu di atas hidungnya, dan walaupun air liur bertitisan dari mulutnya, anjing ini tetap menunggu dengan sabar.

Bahkan sang anjing mampu tetap tak bergerak ketikakekasih pemiliknya, Andrew B








Sumber : dailymail

Gadis 5 Tahun Menemukan Fosil Berusia 160 Juta Tahun Hanya Dengan Sebuah Skop

Seorang gadis berusia lima tahun berhasil menggali sebuah fosil langka yang diperkirakan telah berumur 160 juta tahun.

Emily Baldry (5) menemukan fosil Rieneckia Odysseus dengan diameter 16 inci, di Cotswold Water Park di Gloucestershire dengan bantuan ayahnya Jon, 40.

Diketahui, Rieneckia Odysseus adalah sisa-sisa moluska yang hidup di lautan selama zaman Jurassic, yang memiliki cengkerangg bermotif spiral dengan duri-duri yang menonjol untuk menjauhkan musuhnya. Itulah yang membuat Emily menamai temuannya itu ‘Spike’ atau ‘Duri’.

Ketika ditemukan fosil ini terbungkus dalam batu lumpur, sehingga Emily memberikannya kepada seorang ahli geologi Neville Hollingworth untuk kajian.

Emily kembali bertemu dengan fosil itu pada hari Minggu di Pusat Informasi dekat Cirencester, mana fosil tersebut dipertunjukkan.

“Sangat menarik untuk kembali melihatnya. Saya sangat senang ketika pertama kali melihat dia dan sekarang Spike terlihat sangat cantik.” tutur gadis asal Chippenham, Wiltshire ini.

“Sangat mempesona melihat mereka merestorasi fosil itu.Setelah ditampilkan di sini kami akan membawanya kembali ke rumah, namun akan sulit untuk menyimpannya kerana kita memiliki anak kecil dan fosil itu sangat tajam. ”

“Ini adalah Ammonite pertama dari jenis ini yang ditemukan utuh di Inggris.” tutur Dr Hollingworth, yang menghabiskan satu tahun memulihkan fosil tersebut.

Sumber : dailymail






Video menarik burung salah naik eskalator

Ada tiga kemungkinan mengapa video ini menjadi cukup popular. Pertama mungkin kerana burung ini terlihat bodoh sekaligus lucu setelah cuba menggunakan ekskalator di arah yang salah. Atau kemungkinan kedua, banyak netter yang kagum melihat bagaimana burung ini memanfaatkan ekskalator sebagai pengganti treadmill. Atau alasan yang terakhir, kerana orang yang yang merakamkan video ini terdengar begitu histeria seperi ia baru kali ini melihat burung selama hidupnya.-www.idbite.com




sumber: Buzzfeed

Hebat..polis buka kedai muzik hip hop untuk perangkap gangster


LONDON: Anggota polis yang menyamar, berjaya memerangkap beberapa kumpulan gangster dengan membuka sebuah kedai menjual muzik hip hop dan menjadikannya sebagai pusat jenayah.

Selama sebelas bulan, penyangak yang datang ke kedai itu digalakkan untuk menggunakan bilik belakang.

Di situ, mereka menjalankan kegiatan jenayah menjual dadah, senjata api dan barang curi kepada pegawai polis yang menyamar sebagai peniaga yang tidak jujur. Setiap urusniaga dirakam menggunakan kamera dan mikrofon tersembunyi.

Operasi bernilai 500,000 pound (RM2.4 juta) itu berjaya menahan 37 orang dan dipenjarakan sejumlah 150 tahun.



Kedai yang diberi nama Boombox, dibuka di Edmonton, utara London pada Mac 2008, setelah lima kejadian bunuh berlaku di kawasan itu.


Tiga anggota polis belajar menjadi mahir dalam muzik rap dan menjaga kedai itu sepenuh masa. Kebanyakan pelanggan yang datang ke kedai itu untuk membeli album muzik.

Daam beberapa minggu dibuka, penyangak mula datang ke kedai itu.

Kata Superintenden Lucy D’Orsi, “Pegawai polis yang ditugaskan sudah diberi latihan mengenai muzik dan menjalankan perniagaan.

“Mereka berjaya mendapatkan keyakinan pelanggan dan berjaya menghadapi apa saja situasi.

“Selain mendapatkan bukti, mereka juga menghalang orang daripada melakukan kesalahan - termasuk mereka yang mungkin boleh membunuh.”

Dalam jangka masa 11 bulan itu, pihak polis membeli 19 pistol yang diubah suai berharga kira-kira 400 pound (RM 1,922) dan juga kuantiti dadah yang banyak.

Kesemua 37 penjenayah yang berusia antara 16 dan 41 tahun akan menghadapi tuduhan jenayah termasuk menjual dadah dan senjata api dan pengubahan wang haram. - AFP

sumber : myMetro

Gila..Pelajar perempuan maut angkara seks ganas


ROME: Seorang lelaki berusia 42 tahun didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan ketika mengadakan hubungan seks.

Soter Mule telah mengikat Paola Caputo, 24 dengan seorang wanita yang lain ketika melakukan hubungan seks teknik Jepun yang dikenali sebagai ‘sado-masochist’ atau “shibari”.


Mule, seorang jurutera, pada mulanya ditahan kerana membunuh tetapi pihak berkuasa di Rome percaya yang Paola dan kawannya memberi kebenaran untuk mengadakan seks itu.


Pegawai penyiasat mendapati, ketiga mereka bersama-sama malam itu, minum minuman keras dan mengambil dadah di kelab sebelum Paola, teman wanita Mule, mencadangkan mereka ke bangunan tempat letak kereta di luar Rome di mana dia bekerja sebagai penjaga.


Dua wanita itu masih lengkap berbaju, diikat bersama menggunakan tali dan digantung dua meter dari atas tanah. Apabila wanita yang tidak dinamakan itu pengsan, tali regang itu menyebabkan Paola tercekik. - AFP

sumber : myMetro

Gempar...‘merisik’ guna parang

h
KUALA LUMPUR: Satu majlis merisik bertukar huru-hara apabila dua penjenayah bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam rumah dan menyamun wang tunai serta barang kemas dipakai anggota rombongan merisik, selain menetak dua daripada mereka yang cuba melawan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin di sebuah rumah di Batu 4, Jalan Gombak, dekat sini, dan nilai keseluruhan barang kemas serta wang tunai yang dilarikan dianggar RM50,000.

Difahamkan, anggota rombongan merisik itu membabitkan ibu, bapa, abang dan kakak serta bakal pengantin lelaki berusia 20 hingga 50 tahun pergi ke rumah bakal pengantin wanita untuk merisik dan menetapkan tarikh perkahwinan
Sumber polis berkata, ketika perbincangan keluarga kedua-dua pihak, dua lelaki berusia 30-an yang bersenjatakan parang meluru ke dalam rumah.


Menurutnya, dua penjenayah itu mengacukan parang dan mengarahkan semua mangsa menyerahkan wang tunai dan barang kemas dipakai.

“Bimbang dicederakan, keluarga kedua-dua bakal pengantin patuh arahan itu dan menyerahkan barang kemas seperti gelang, rantai dan subang kepada suspek.

sumber : myMetro

Menyamar pekerja awam untuk tipu dan memeras ugut wanita

DAMMAM: Polis Ahsa semalam berkata mereka menahan seorang warga Saudi berusia 40-an yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan perkhidmatan awam kepada beberapa wanita dengan niat menipu dan memeras ugut mereka.

Jurucakap polis wilayah selatan, Leftenan Kolonel Ziyad Al-Riqaiti berkata, suspek yang tiada kaitan langsung dengan Kementrian Perkhidmatan Awam berjaya menipu sejumlah besar wanita. Beliau berkata, siasatan mendedahkan suspek biasanya menghubungi wanita yang memohon pekerjaan di kementerian itu. Dia kemudian memberitahu mangsa boleh membuat susulan mengenai permohonan jika mereka membayar sejumlah wang kepadanya dan merahsiakan hal itu.


Ziyad berkata, siasatan mendapati suspek sudah memperdaya sebilangan wanita muda dan memeras mereka selepas memperoleh data peribadi mangsa.


sumber : myMetro

Pembantu rumah maut kerana tersepit di atap kereta automatik BMW


VIVAnews - Seorang pembantu rumah berusia 60 tahun di Lokeren, Belgium, tewas dengan luka di bahagian leher setelah terjepit atap kereta automatik. Saat itu korban sedang membersihkan kereta majikannya, BMW Seri 3.

Namun ternyata, penyebab kematiannya itu cukup sederhana, pembantu tersebut terjepit atap lipat mekanik mobil BMW Seri 3, yang memang bolehmembuka dan menutup secara automatik
Seperti dilansir Autoevolution, Isnin 12 September 2011,kereta tersebut sempat dikeluarkan dari garaj untuk dibersihkan. Saat itu, diduga korban juga tertekan tombol mekanisme pembuka atap yang menyebabkan tragedi tersebut. Atau kemungkinan lain, atap kereta tertutup dengan sendirinya saat sedang dibersihkan.
Apapun penyebabnya, peristiwa tetap menimbulkan satu pertanyaan besar. Mengapa atap lipat BMW yang dilengkapi dengan fitur keamanan, tidak berhenti secara otomatis saat ada gangguan.
BMW sedang menyelidiki kes ini agar tidak berulang di kemudian hari. Yang pasti, pengguna harus lebih hati-hati ketika menguji jenis kereta beratap automatik tersebut.
• VIVAnews

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved