Video.wanita diserang beruang yang brutal

on 10 September 2011

Seekor beruang kutub terlihat menerkam seorang wanita di Russia, melemparkannya ke udara sebelum wanita itu lari tanpa cedera, dan semuanya itu tertangkap kamera video.

Hanya sedikit informasi tentang klip video yang diunggah ke YouTube ini, dan tanpa disertai informasi tambahan. Sehingga, wanita dan lokasi sebenarnya kejadian serangan ini belum boleh teridentifikasi.

Pada awal video ini dimulai, terlihat sang wanita itu bersembunyi di balik dinding yang rendah, dan mungkin cuba untuk melindungi dirinya dari beruang itu. Beberapa detik kemudian, beruang kutub itu muncul dan menyerangnya dan membuat orang yang melihatnya berteriak dan sambil membunyi hon.

Untuk menghentikan aksi brutal sang beruang, seorang saksi mata melemparkan sebuah objek kearah beruang kutub itu yamg membuat haiwan itu akhirnya mundur dan meninggalkan korbannya.

Ajaibnya, walaupun dalam rakaman video jelas terlihat dahsyatnya serangan beruang itu, sang wanita yang tidak diketahui identitinya ini langsung berdiri dan berjalan pergi, tanpa satu pun cedera yang terlihat.


Gempak...Perang Belon Terbesar di Dunia [Video]

175.141 balon air

+

8.957 manusia

=

Rekod dunia!

Para mahasiswa dari University of Kentucky bekerja sama dengan CSF (Christian Student Fellowship), menemukan bahawa: 175.141 balon air + 8.957 manusia = 1 Rekod dunia. Mari kita lihat hasil praktek mereka di video berikut ini





sumber: Gizmodo

Kostum Dinosaur Untuk Anjing Peliharaan Anda





Sumber : dailymail

Pesta Seks dengan Gadis di Bawah Umur,Lelaki Inggris Dipenjara 12 Tahun


Pengadilan Kamboja, Khamis (8/9), menghukum seorang lelaki Inggris 12 tahun penjara dan denda 3.000 dolar AS kerana mengadakan pesta seks dengan tiga gadis di bawah umur.

"Michael Jullian (50), dihukum 12 tahun penjara kerana bersenang-senang dengan anak-anak perempuan Kamboja di bawah umur," demikian keputusan Oeung Seang, hakim di Pengadilan Kotapraja Phnom Penh.

Berdasarkan keputusan tersebut, pengadilan membuktikan bahawa Michael Jullian berhubungan seks dengan salah satu dari perempuan tersebut. Sang gadis yang berusia 15 tahun dibayar 1.500 dolar AS untuk seks selama seminggu. Dan dua lainnya mendapat 200 sampai 300 dolar, namun mereka tidak melakukan hubungan seks dengan tertuduh.

Lima warga Kamboja lainnya—dua lelaki dan tiga wanita—yang berkaitan dengan kes itu, dihukum masing-masing empat tahun penjara.

Mereka semua ditangkap pada 5 September 2010 di Desa Koki, Tuol Thnaut Komune, di daerah Kandal, sekitar 17 kilometer di timur Phnom Penh.

Sumber: Antara

Inilah ‘Star’, Itik yang Selalu Mengikuti Majikannya dan Mempunyai Halaman Facebook Sendiri

Persahabatan manusia dan binatang bak cerita dongeng ini bermula ketika Hayman menyelamatkan Star dari inkubatornya, ketika melihat itik kecil tersebut panik kerana dimusuhi saudara-saudaranya. Sejak ketika itu lah, Star menjadi tak terpisahkan dari lelaki berusia 65 tahun ini.

Star yang berumur 11 minggu ini mengikuti Hayman kemana pun ia pergi, dari supermarket, pub, dan bahkan menonton pertandingan rugby dengannya.

“Dia (Star) tidak akan meninggalkan saya dan jadi sekarang kami selalu bersama-sama, kemanapun saya pergi” tutur pria asal Eastleigh, Devon ini.

“Saya tidak melatihnya untuk mengikuti aku, tapi ia nampaknya menyukainya. Dia adalah itik yang fantastik, dan bahkan datang ke Pub dimana orang-orang menyukainya.” tambah Hayman.

Hayman menuturkan bahawa ia telah cuba melatih Star untuk berbaur dengan itik lain, namun ia nampak tertekan dan tidak menyukainya.

Star sekarang memiliki halaman Facebook sendiri, dengan nama Star Hayman, yang berisi daftar buku favoritenya sebagai The Tale of Jemima Puddle-Duck, Animal Farm dan Charlotte’s Web.



Sumber : dailymail

Pemandu lawak sembunyi bawah bas elak kena saman


BEIJING - Seorang pemandu sebuah bas bersembunyi di bawah badan bas untuk mengelak dikenakan notis saman di Zhongshan, China, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia melakukan perbuatan itu selepas memandu basnya dalam keadaan laju ketika ia melepasi sebatang tiang lampu isyarat yang menunjukkan warna merah.

Pemandu itu juga bertindak dengan menukar haluan bas berkenaan dalam keadaan berbahaya.

Dia bersembunyi di bawah badan bas selepas basnya berhenti semasa diarahkan polis dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Tindakan pemandu bas itu menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk berlaku kerana kejadian tersebut berlaku dekat dengan bulatan.

Beberapa anggota polis juga gagal untuk memujuk dia keluar dari bawah badan bas menyebabkan trak penunda dipanggil untuk menunda kenderaan itu.

Namun, pemandu bas itu merangkak di bawah badan bas semasa kenderaan tersebut bergerak semasa ditunda.

Anggota-anggota polis kemudian bertindak menarik tangan pemandu bas tersebut sekali gus menangkapnya. - Agensi

sumber : kosmo online

Ratu tak pakai seluar dalam yakin menang Ratu Cantik Universe Dunia


SAO PAULO - Ratu Cantik Colombia, Catalina Robayo yakin dia akan menang mahkota Ratu Cantik Universe Dunia yang akan diadakan pada Isnin ini, lapor sebuah akhbar semalam.

"Setiap orang (peserta) mempunyai hak untuk memikirkan dan bertanding mengikut cara mereka.

"Saya akan bertanding dan saya bakal memenanginya. Jika tidak, saya tidak akan bertanding," katanya kepada majalah mingguan Elenco.

Menurutnya, dia telah berlatih lebih tiga bulan lalu untuk memastikan tubuhnya berada dalam keadaan sempurna.

Dia membuat kenyataan itu walaupun berdepan kontroversi kerana dia diberikan amaran oleh pihak penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe Dunia kerana tidak memakai seluar dalam.

Menurut laporan berita FOX411, Catalina yang berusia 22 tahun tampil dalam acara rasmi pertandingan itu tanpa memakai seluar dalam.

Dia dilaporkan tidak memakai seluar dalam dalam satu sidang akhbar.

Laporan berkenaan yang memetik sumber-sumber menyatakan, peserta tersebut perlu diberitahu bahawa dia mesti memakai seluar dalam dan perbuatan yang dilakukannya itu adalah tidak senonoh.

Menyentuh mengenai laporan itu, Catalina berkata, dia tidak faham kenapa isu tersebut masih menjadi kontroversi selepas lebih seminggu gambar yang menunjukkannya tidak memakai seluar dalam dirakamkan.

"Kita semua membuat kesilapan. Ia akan membantu saya supaya lebih berhati-hati," katanya.

Dalam pertandingan itu, Malaysia diwakili oleh Deborah Henry. - Agensi

sumber : kosmo online

Tersesat di Hutan, Lelaki Ini Makan Cacing


TENNESSEE - Seorang lelaki yang berburu di hutan yang terletak di Tennessee terpisah dari rombongannya, dirinya pun terpaksa memakan cacing dan minum air bercampur lumpur untuk bertahan hidup selama lima hari.

Bill Lawrence menyatakan, dirinya terpaksa menampung air hujan di rompinya dan cuba untuk menenangkan diri saat tersesat di hutan. Demikian seperti diberitakan Associated Press, Jumaat (9/9/2011).

Pihak keamanan setempat sudah melakukan pencarian terhadap Bill di Hutan Meeman Shelby yang seluas 5.000 hektare sebelum sebelum lelaki itu ditemukan.

Bill hilang saat kawannya tengah mengejar seekor tupai pada 31 Ogos lalu. Bill pun sangat terkejut ketika menyedari dirinya sudah tak bersama kawan-kawannya.

Kawan-kawan Bill melapor ke polis saat Bill sudah tidak ada dalam rombongannya. Polis juga mengerahkan anjing pengesan dan segala macam kendaraannya untuk mencari lelaki tersebut di tengah hutan belantara.

Bill membawa senapang dengan 15 amunisi, dua buah air dalam botol, lampu picit, spray anti nyamuk, dan peralatan berburu. Meski nampak siap dalam sebuah perburuan, Bill tidak membawa handphone dan hal tersebut menyulitkan dirinya ketika memerlukan bantuan.

Bill pun menembakkan senapangnya agar siapa pun yang mendengar suara tembakan itu dapat menghampirinya. Namun, Bill kehabisan amunisinya di hari Minggu lalu.

Lelaki ini pun berhasil diselamatkan pada Isnin (5/9) saat dirinya berjalan menuju jalan raya. Bill pengsan dan ditemukan oleh pejalan kaki. Menurut polis, Bill menderita dehidrasi dan dirinya juga digigit oleh serangga. Bill pun diberikan ubat antibiotik demi kesihatannya kerana dirinya memakan makanan yang tak lazim di hutan.(rhs)

Nilah dia Mat Bontot





Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved