Nama Artis Tak Boleh Digunakani untuk Domain .XXX

on 08 September 2011


KOMPAS.com - Dibukanya pendaftaran nama domain internet berakhiran .XXX menimbulkan kekhuatiran adanya penyalahgunaan. Tapi buat sejumlah artis dan tokoh dunia tak perlu khuatir kerana nama-nama mereka telah dilindungi secara automatik sehingga tidak boleh dipakai siapapun.

Nama-nama seperti Angelina Jolie, Justin Bieber, Beyonce, dan Britney Spears telah diblok secara automatik oleh ICM Registry selaku pengelola domain tersebut. Begitu pula nama Barack Obama bahkan Osama bin Laden serta nama-nama yang menggunakan kata Mohammed.

Total sudah ada 15.000 nama dalam daftar alamat yang tidak boleh dipakai. Selain nama artis dan tokoh dunia, yang diblok juga nama kota di dunia serta nama-nama bagus yang dipersiapkan sebagai domain premium di masa depan.

Tapi perlindungan tersebut tidak automatik dilakukan untuk cap dagang. Kalau artis dan tokoh dunia tidak perlu melakukan apa-apa agar namanya tak disalahgunakan, para pemilik cap dagang mesti meengeluarkan ratusan dollar AS. Misalnya Disney, jika tidak ingin namanya diklaim pihak lain, perusahaan tersebut harus mengklaim domain Disney.xxx cukup sekali bayar sekitar 200 dollar AS.

Para pemilik merek dagang mendapat prioriti mengklaim domain sesuai nama yang terdaftar dalama 52 hari ke depan sampai 28 Oktober 2011. Ada dua penawaran yang disiapkan ICM Registry sebagai pengelola nama domain tersebut. Pertama adalah Sunrise A yakni nama domain untuk pemilik usaha pornografi. Kedua adalah Sunrise B untuk cap dagang umum yang tidak ingin namanya diasosiasikan dengan hal-hal berbau pornografi.

Setelah penawaran terbatas, pendaftaran nama domain .XXX akan dibuka untuk komuniti pornografi selama 18 hari. Pendaftaran untuk umum baru akan dilakukan mulai 6 Desember 2011

Miss Colombia ditegur kerana tak pakai seluar dalam ketika sesi bertemu media


Catalina Robayo, salah satu peserta Miss Universe 2011 sedang menjadi perbincangan. Finalis dari Colombia ini mendapat teguran kerana tidak memakai seluar dalam ketika menghadiri acara sesi bersama media di Sao Paulo, Brazil.

Seperti yang dikutip dari huffingtonpost, seorang sumber mengatakan,"
Peserta Colombia harus menjelaskannya. Apa yang ia lakukan benar-benar tidak bagus. Orang-orang cukup kecewa dengan hal itu. Ada banyak kamera dan media ketika ia tak mengenakan seluar dalam."

Presiden dari Organisasi Miss Universe, Paula Shugart menjelaskan,"Para pengawai kami telah memberitahukan kepada seluruh peserta agar mengenakan pakaian yang sopan dan salah satu humas kami juga telah berbicara padanya (Robayo) dan ia menjelaskan bahawa dirinya memakai seluar dalam namun terlepas."

Hal ini bukan kontroversi pertama bagi Robayo. Menurut sumber dari Sepanyol, wanita berusia 22 tahun itu mendapatkan gelar sebagai Miss Colombia 2009 setelah pemenang yang sebenarnya, Diana Salgado terpaksa menyerahkan mahkotanya.

Hingga saat ini belum jelas alasan Salgado memberikan gelar Miss Colombia kepada Robaya. Banyak rumor yang mengatakan, hal tersebut kerana masalah medik atau kenaikan berat badan Salgado.

Sumber detik.com

Jururawat 'Palsu' Tertangkap Setelah Rawat 1.400 Pesakit


Jururawat yang diduga palsu ditangkap polis Kent dan Essex, Inggris. Perempuan anonim berusia 46 tahun ini ditangkap atas laporan seorang pesakit yang meragukan kelayakannya sebagai jururawat yang telah merawat 1.400 pesakit.

Seorang ibu dua anak Heidi Godden (38), yang telah menjalani ujian pap-smear untuk mengetahui kanker serviks, mengatakan dia sangat khuatir kalau ujian pap-smearnya tidak dilakukan dengan tepat.

"Saya masih lemah mengetahui seseorang yang tidak memenuhi syarat dipekerjakan langsung menangani operasi saya dan marah bahawa ini telah terjadi," jelas Godden seperti dilapor Daily Mail, Rabu (7/9/2011).

Sementara dr James Thallon dari Kent and Medway Primary Care Trust, tempat jururawat yang dilaporkan palsu itu, mengatakan tidak ada alasan untuk percaya pada keluhan pesakit yang telah dirugikan dan berkeras tidak ada keluhan.

"Kami melakukan peninjauan langsung untuk memeriksa bahawa standard perawatan yang diterima pesakit kami telah dipertahankan. Penyelidikan kami belum menemukan masalah atas pekerjaan orang ini, dan tidak ada alasan untuk percaya bahawa telah ada kerugian apa pun untuk kesihatan seseorang," jelas Thallon.

Pihaknya juga telah memeriksa dan tidak menemui adanya keluhan tentang orang ini selama beberapa pihak mempekerjakannya sebagai jururawat. Sebagai tindakan pencegahan, pihaknya menulis surat dan menawarkan beberapa pesakit secara private untuk diperiksa semula.

Sementara polis Rob Vinson dari Direktorat Jenayah Berat Kent dan Essex mengakui penahanan jururawat 'palsu' itu.

"Mereka akan mengadakan siasatan atas staf yang bekerja di beberapa orang doktor umum di Medway antara Ogos 2006 hingga September 2010," jelas Vinson.

Perempuan yang berasal dari Brecon, Wales, itu telah dibebaskan dengan jaminan.

Sebenarnya, jururawat 'palsu' itu bekerja sebagai health care assistant atau asisten nonmedis hospital yang kerjanya mengganti alas cadar, membantu pesakit mandi, berpakaian dan ke toilet. Asisten nonmedis ini memang tidak memerlukan pelatihan seperti jururawat.

Asisten nonmedis ini sering dianggap sama dengan jururawat kerana seragam mereka yang hampir sama, namun asisten nonmedis ini tidak memiliki pelatihan medik dan hanya memerlukan kelayakkan matematik dasar dan membaca saja.

Namun perempuan ini mulai berlagak menjadi jururawat pada prakter doktor umum di 4 wilayah di Inggris, Chatham, Gillingham, Kent dan Essex, lebih dari 4 tahun lamanya. Diketahui jururawat 'palsu' ini terlibat dalam kegiatan medik pada 1.400 pesakit di Kent and Medway Primary Care Trust. Termasuk melakukan pap-smear pada 341 perempuan dan memberikan imunisasi TB, polio, campak, dan rubella pada 504 anak.

Nenek miang bermadu asmara dengan kekasihnya berumur 23 tahun

KULIM: Tindakan seorang nenek bercucu dua cuba memadu asmara dengan teman lelakinya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel di sini, mengundang padah apabila pasangan berkenaan ditahan dalam operasi cegah maksiat, semalam.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berusia 50 tahun dan berasal dari Pulau Pinang berkenaan ditahan bersama dua lelaki berusia 23 tahun dalam bilik di hotel terbabit.


Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), berkata berdasarkan maklumat, sepasukan lima pegawai penguat kuasa bergegas ke hotel terbabit lalu mengetuk pintu bilik sambil memperkenalkan diri untuk melakukan pemeriksaan. Menurutnya, seorang lelaki membuka pintu tidak lama kemudian dan anggota penguat kuasa yang masuk ke bilik itu yang mempunyai sebuah katil menemui seorang wanita bersama seorang lelaki lain.


“Pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki dan wanita terbabit tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Lunas untuk dibuat laporan tangkapan.


“Hasil soal siasat juga mendapati wanita terbabit sudah bercerai dengan suaminya dan mempunyai dua anak serta dua cucu. Seorang daripada lelaki terbabit adalah teman lelakinya yang bekerja di kilang sama di Kulim Hitech, di sini,” katanya.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sepasang kekasih terpaksa bermalam di Penjara Pokok Sena, Alor Setar selepas gagal membayar wang ikat jamin bernilai RM1,500 setiap seorang selepas ditahan kerana melakukan maksiat, semalam.


Jurucakap itu berkata, pasangan berusia 26 dan 22 tahun terbabit ditahan anggota penguat kuasa PADK selepas dipercayai berasmara dalam bilik sewa wanita berkenaan di pekan Kulim, di sini, sebaik menerima maklumat awam, jam 1.30 pagi.


“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan, tetapi mereka gagal membayar wang ikat jamin RM1,500 menyebabkan ditempatkan di Penjara Pokok Sena sementara menunggu kes disebut di Mahkamah Syariah,” katanya.

Katanya, kedua-dua kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah Tahun 1988 jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

sumber : myMetro

CINCIN berlian Elizabeth Taylor berharga RM7.4 juta hingga RM10.4 juta.akan di lelong


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Firma lelongan AS, Christie akan menjual koleksi penuh barang kemas milik pelakon legenda Hollywood, mendiang Elizabeth Taylor dalam satu lelongan di sini.

Koleksi bernilai jutaan dolar AS tersebut yang akan dilelong pada 13 dan 14 Disember depan melibatkan tiara, rantai leher, gelang tangan dan cincin berlian.

Antara barang kemas yang bakal menarik perhatian pembeli termasuk sebentuk cincin berlian seberat 33.19 karat yang dianggarkan berharga antara AS$2.5 juta (RM7.4 juta) hingga AS$3.5 juta (RM10.4 juta).

Cincin tersebut dihadiahkan kepada aktres itu oleh aktor legenda Hollywood, Richard Burton yang merupakan bekas suaminya.

Seutas loket bertatahkan mutiara, berlian dan delima dari abad ke-16 dikenali sebagai La Peregrina dianggarkan berharga antara AS$2 juta (RM5.9 juta) hingga A$3 juta (RM8.9 juta) akan juga dilelong.

Turut akan dilelong ialah seutas rantai berlian berharga di antara AS$200,000 (RM596,800) hingga AS$300,000 (RM895,349) yang dihadiahkan oleh bekas suaminya, Mike Todd dan rantai leher berlian bertatahkan zamrud yang tidak dinyatakan harganya.

Selain itu, Christie akan juga melelong sebentuk kerongsang yang dianggarkan berharga di antara AS$400,000 (RM1.19 juta) hingga AS$600,00 (RM1.7 juta), sebuah tiara berharga di antara AS$60,000 (RM178,920) hingga AS$80,000 (RM238,759) gelang tangan berharga di antara AS$12,000 (RM35,784) hingga AS$15,000 (RM44,767), seutas rantai emas gading dari kurun ke-19 yang berharga di antara AS$1,500 (RM4,476) hingga AS$2,000 (RM5,969) dan sepasang anting-anting bernilai di antara AS$100,000 (RM298,449) hingga AS$150,000 (RM447,674) serta barang kemas loket bertatahkan berharga di antara AS$70,000 (RM208,740) hingga AS$100,000 (RM298,449).

Elizabeth yang meninggal dunia pada 23 Mac lalu ketika berusia 79 tahun kerana kegagalan jantungnya berfungsi telah membintangi lebih 54 buah filem sejak dia berusia seawal 12 tahun.

Sepanjang hidupnya, aktres berkenaan pernah berkahwin sebanyak lapan kali termasuk dengan Burton, penyanyi Eddie Fisher, aktor Michael Wilding dan penerbit filem Michael Todd. – Agensi

sumber : kosmo online

Kesian..lelaki pekak ini ditikam kerana dikatakan guna bahasa isyarat kumpulan gangster


Alfred Stewart berusia tiga puluh satu tahun daripada Miramar pergi ke lounge untuk meraikan hari jadi seorang rakan. Bagi Stewart, yang pekak dan bisu, bahasa isyarat adalah cara komunikasi mereka. "Hanya bahasa isyarat. Itu satu-satunya cara mereka semua, mereka melakukan bahasa isyarat," kata ibu Stewart, Brenda Stewart.

Menurut Polis Hallandale Beach, Barbara Lee yang berusia 45 tahun berhadapan Stewart dan kawan-kawannya, kerana dia fikir mereka mengunakan bahasa isyarat geng saingan mereka.

Laporan polis itu berkata Lee meninggalkan bar, tetapi kembali dengan Ibanez Marco juvana yang berusia 19 tahun, yang dikatakan telah mengeluarkan pisau dan menikam mangsa. "Suspek mendapat dua suspek lain, mereka datang dalam bar dan mula berlawan dengan mangsa-cacat pendengaran itu" kata Hallandale Beach Pegawai Polis Sonia quinon.



Empat orang, termasuk Stewart, salah satu kawan-kawannya dan bouncer di ruang tamu, telah dibawa ke Hospital Daerah Memorial di Hollywood. Mereka pulih daripada kecederaan mereka. Quinon berkata, "Kami mempunyai dua mangsa yang ditikam dengan pisau , kecederaan bukan mengancam nyawa. Mereka telah dibawa ke hospital. "

Lelaki Amerika ini dipenjara kerana marah orang bersolat


Seorang warga Amerika telah dijatuhi hukuman lima bulan penjara di Indonesia untuk tuduhan melakukan penghujatan dan membuat kerusuhan.

Pengadilan di Nusa Tenggara Barat memutuskan bahawa Gregory Luke telah menghina Islam dengan menyerbu masuk ke masjid di dekat rumahnya di desa Kuta selama bulan Ramadhan dan menarik keluar kebel speaker surau.

Hakim Suhartoyo mengatakan Luke, 64 tahun, telah ditemukan bersalah atas dua tuduhan penghujatan dan membuat kekacauan pada bulan Ogos.

Hukuman lima bulan, termasuk beberapa bulan yang telah dijalani, lebih ringan dari tujuh bulan dakwaan oleh jaksa.

Hakim Suhartoyo mengatakan ada keadaan mitigasi untuk menyerahkan di bawah hukuman yang ringan."Terdakwa tidak pernah melakukan kejahatan sebelumnya, bertindak sopan selama persidangan dan menyatakan penyesalan atas tindakannya," jelasnya.

Suhartoyo mengatakan faktor lain dalam mendukung Luke adalah dia adalah seorang Muslim dan mengaku tidak pernah berniat untuk menghina Islam.

"Ada juga faktor usia lanjut dan keinginan untuk tetap di Indonesia dan membantu mengembangkan sektor pelancungan di Lombok, " kata hakim. Luke menjalankan usaha resort di desa Kuta.

Berbicara setelah mendengar putusan, Luke mengatakan dia puas dengan hukuman yang ringan yang diterimanya. "Saya sangat senang, saya merasa sangat baik hari ini, "katanya. Saya menerima dakwaan yang diputuskan kepada saya. "

Ia menambahkan ia belum yakin apakah ia akan kembali ke Kuta setelah pembebasannya. "Saya belum membuat rancangan, "katanya.

Luke sebelumnya membantah tuduhan, mengatakan bahawa yang menyerang pertama kali dan masuk ke mushola tanpa melepas alas kaki dan hanya meminta agar amplifier dimatikan.

Seorang kenalannya juga bersaksi bahawa pemahaman Luke tentang bahasa Indonesia terlalu rendah untuk telah membuat pernyataan secara ofensif yang dihubungkan kepadanya oleh penduduk desa.

Dalam insiden itu, Luke diserang olehorang ramai dan rumahnya diceroboh.(fq/dm)

sumber

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved